Thursday, May 14, 2009

Cerita tentang Ulangtahun...

Lagu dulu, cerita akan menyusul kemudian. Tapi hari ni juga insyaAllah.

Banyak benda nak diceritakan, tapi yang ni penting untuk diutamakan, kala ini.

Ummi, selamat ulangtahun. Lirik lagu ini tidak berapa kena dengan isi hati abah, tapi abah suka melodi waktu part - Selamat ulangtahun sayang...

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

to be continued...

Ini sambungannya...

Semalam hari ulangtahun kelahiran ummi. Cuma kali ni istimewa sikit, sebab tahun ini, diwaktu ini, ummi sambut ulangtahun kelahiran dengan satu berita gembira. Berita gembira untuk kami sebenarnya. Ummi disahkan hamil lagi. Syukur pada Allah atas nikmat rezeki yang diberi. Dalam waktu abah berdoa untuk dikurniakan paling tidak seorang lagi zuriat, Allah mendengar doa abah. Dan semoga kali ini, Allah berikan abah dan ummi baby girl yg kami idam2kan selama ini, insyaAllah.

Dan kerana kehamilan ini juga, 2 hari lepas ummi terpaksa ditahan dihospital kerana berlaku sikit pendarahan. Alhamdulillah tidak serius, tapi masih perlu berehat dan berjaga2. Abah dah plan nak surprisekan ummi dipejabatnya pada hari semalam, tapi sebab ummi sedang berehat dirumah, maka terpaksa la surprise dibuat dirumah saja.

Surprisenya hanyalah sekadar kek yang abah tempah khas dari kak mis. Abah tunjukkan disini kek tersebut, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tidak, tapi sekadar memaparkan hasil kerja kak mis yang selalu abah kagumi. Kak Mis, ayat pertama yang keluar dari mulut ummi waktu dibuka kotak kek tersebut, "Cantiknyaaaaa, abah tempah dgn kak mis ke nih? Cantikkkkk..." Terima kasih banyak2 kak mis, sebab berjaya sampaikan perasaan abah pada ummi dengan hasil kerja kak mis. Thanks for the birthday gift too.

Kebetulan harijadi sahabat baik abah juga kurang lebih sama dengan Ummi, maka abah tempah dengan kak mis, satu kotak cupcake utk G for his 29th birthday, dan juga babynya Fatin (bakal menantu abah nih) yg sambut 1st birthday tempohari. Dan abah paparkan juga disini, untuk promosikan hasil kerja Kak Mis.

Ini sajalah dulu untuk makluman sahabat semua, berita2 lain akan abah ceritakan kemudian nanti. Sebab banyak benda yg berlaku kebelakangan ini.

Semoga sahabat2 semua dalam lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa. Itu doa abah untuk anda semua, dan abah pohon doa anda semua juga, untuk kesejahteraan keluarga abah.

5 comments:

:: NiNa :: said...

abah..tahniah..kerana dikurniakan seorang lagi rezeki..makin bertambah rezeki Abah..alhamdulillah..to ummi..happly belated birthday dari mama nina@atie..sedapnya kek tue bila mama nina tengok..terliur...penuh strawberi..pasnie leh tempah lah plak dengan kak mis tue..hehehe...

-mfa- said...

Happy Belated Birthday to Ummi Muizz&Azim...semoga diberkati, dirahmati dan dikurniakan kesihatan yang baik...Tahniah kepada Abah sekeluarga di atas rezeki yang hadir..

muzem said...

Tahniab buat abah. Juga Ummi. Bestnye nak dapat baby lagi. Meriah lah Sungai Buloh lepas ni. Hehe.

Selamat buat Ummi.

pB said...

tahniah Abah


reseki Allah dtg dengan pelbagai cara

Ejalz said...

tahniah abah dan ummi .. insya-allah, semua akan berjalan lancar..