Monday, January 19, 2009

Takde cerita lagi, cuma lara...

Salam sahabat. Bertemu lagi kita. Maaf sebab lama sangat mendiamkan diri. Bukan sengaja, tapi sebab ada banyak benda berlaku, yang hampir keseluruhannya berpusat dalam diri dan minda abah.

Pada rakan2 yang ada add abah pada YM mereka, pasti tahu yg mood abah tak berapa best kebelakangan ini. Bukan disengajakan, tetapi sebab banyak faktor luaran yang mengusik minda dan jiwa abah, ditambah pula dengan kelemahan diri abah sebagai seorang hamba Allah.

Untuk hari ini, abah tidak berhasrat untuk berkongsi perkara2 yang mengganggu itu, insyaAllah satu hari nanti akan abah kongsikan. Sepanjang 36 tahun hidup, baru kali ini abah berdepan dengan ujian Allah yang cukup berat pada abah. Nak tidur malam pun susah, mengingatkan benda2 ini. Yang mampu abah buat, minta pertolongan Allah tiap kali lepas solat, supaya dikurangkan beban ujian ini. Dan itupun secara sembunyi2 dibelakang ummi dan anak2. Abah tak nak depa tahu, dan abah tak nak depa susah hati.

Dan anda sebagai rakan2 abah yg sangat baik, jangan susah hati juga baca sikit luahan abah ini. InsyaAllah, abah yakin Allah akan bantu. Abah akan OK nanti. Kena perlu bersabar, dan perlu berusaha kearah menyelesaikan benda2 itu.

Anda doakan abah, ya!

7 comments:

axim said...

semoga abah akan ok ok saja

saya doakan anda..

:)

*tabah dan sabar hadapi dugaan Tuhan..

irman_rahs said...

doa saya mengiringi abah juga...pasal apa ya?bole bagi hint sikit...manatau kita bole bagi pendapat..tu pun klu BOLE...

CAHAYA said...

harap semua akan kembali OK. :) InsyaAllah. Minta pada DIA. :)

Anonymous said...

Salam abah...
abah sakit ke...?

semoga Allah permudahkan hidup abah...amiinnn....

Abah Mui'zz said...

Axim, Irman, Cahaya dan Anonymous,

Terima kasih. Bertuah abah dikelilingi rakan2 yg sangat baik, yang sering mengambil berat walaupun belum pernah bersua muka.

Abah sangat2 hargai. Dan alhamdulillah, things are getting better. Spt kata orang, whatever happens, life must goes on!

Anonymous, abah tak sakit. Abah sihat2 saja, alhamdulillah.

Terima kasih atas doa dan harapan kalian.

Skullsplitter said...

Abah. Setiap yang terjadi itu apa yang dikehendaki olehnya. Takdir yang tidak dapat diubah melainkan doa, usaha, redha dan tawakal sebagai kunci. Zikir itu satu penenang besar buat hati yang terusik, akal yang bingung. Banyakkan zikir dan memohon kepadanya. InsyaAllah. Nice blog. Salam perkenalan.

skullsplitter

Abah Mui'zz said...

Skullsplitter, terima kasih banyak2 atas ingatan dan pesanan. Abah bersetuju. Itulah sebaik2nya. Alhamdulillah, jalan penyelesaian dah makin nampak cahayanya, dan hati abah sudah tidak seralat tempohari. Semoga Allah akan lebih memudahkan.

Salam perkenalan juga dari abah.