Wednesday, December 31, 2008

Cerita tentang dengar vs cakap...

Semalam, ada dua adik menegur abah kenapa dah lama tak mengepek. The truth is, abah ketiadaan bahan untuk mengepek. Walaupun bercuti hingga 5 Jan nanti, idea macam takde yang singgah. Kertas exam yang beratus2 nak disemak tu, tak sentuh sekeping pun lagi. Masak ler 2,3 hari ni nak perabihkan semua skrip tu.

Apapun, semalam bersembang dgn sorang kawan baik. Dia meluahkan sesuatu, dan abah sebagai abah, yang memang kalau bercakap tak reti nak naik lampu merah, memainkan peranan yang sama semalam. Hingga akhirnya, sahabat tadi kata, "Bro, saya cuma meluahkan je apa yang saya rasa." Dan ayat itu secara otomatiknya buat abah tersedar. Abah baru sedar yang dia cuma bercerita, dan abah pulak memandai2 cakap itu dan ini, kononnya untuk beri pendapat, walhal kawan tu tak sebut pun nak mintak pendapat abah. Aduihhhh, abah. Apalah abah ni.

Kenapa la selalu lupa, bahawa sebagai kawan, sebagai sahabat, kita perlu "listen more, speak less". Abah dah belajar benda tu waktu degree dulu, tapi selaaaaaalu lupa. Khilafnya abah. Semoga sahabat2 maafkan kekhilafan abah yang satu itu, jika ada abah terbuat pada sahabat. Sebab dalam berbicara samada secara bersemuka atau maya, kebanyakan kita hanya mahu pihak yg satu lagi mendengar apa yg kita ingin kata. Dan kita akan minta pendapat jika kita mahukan. Tapi bila pihak yg satu lagi itu pulak yang melebih2 bercakap, memang potong stim la kan. Ekekekeke.

Takpe, sempena tahun hijrah yang baru, dan juga tahun masihi yang baru esok ni, abah kena buat satu azam bin tekad la, bahawasanya abah tak nak bercakap dan menulis banyak2 lagi. Abah akan cuma mendengar dan membaca bicara dan luahan hati kawan/sahabat. Bahawa abah cuma akan memberi pandangan dan pendapat bila diminta sahaja. Boleh? Entah, abah rasa susah. Sebab azam2 tahun2 yg lepas2 tu, rasanya terlalu banyak yg tak terbuat pun. Bukan tak termampu, tapi sebab takde usaha nak membuatnya.

Bercakap tentang azam, cukup la itu satu je azam abah kali ini. Harap2 Allah mudahkanlah bagi abah untuk menunaikannya, demi kelangsungan dan kepanjangan perhubungan abah dengan sahabat2 semua.

Nak menyentuh sikit isu Gaza. Sedih sgt tengok apa yang jadi pada saudara2 kita disana. Mereka menangis merayu bantuan kita semua, tapi kita semua tak mampu nak membantu. Sangat tidak mampu. Sebabnya? Anda fikirlah sendiri. Nak harapkan pemimpin-pemimpin, mereka hanya mampu taip dan faks surat bantahan dan kecaman sajalah. Dan kita sendiri, disebalik sedih dengan apa yg terjadi pada saudara seagama yang dihina dan diseksa disana, kita masih sempat mengubati kesedihan dengan menyokong perkembangan ekonomi Isreal laknatullah itu. Masih sempat makan burger McD, masih sempat beli barang di TESCO, masih mampu hilangkan dahaga dengan Nescafe ais. Memang kecik sangat usaha kita kalau setakat nak boikot barang2 itu. Tapi yg kecik itupun kita tak mampu nak buat.

Berdoalah wahai sahabat, semoga Allah beri mereka kekuatan untuk melawan musuh dan menuntut hak mereka. Dan semoga Allah datangkan semula semangat ukhuwah dan saling bantu membantu sesama Muslim dalam hati kita semua.

4 comments:

irman_rahs said...

adakah ini bermaksud yg epekan abah semakin kurang? harapnya tak gitu sebab rasa boring dan suram alamaya ni klu abah tak mengepek? btw dah lama nak tanya tapi baru hari ni nak tanya, epek, mengepek, epekan tu apa ye? hehehe khilafnya saya...

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Abah Muizz.... kita share dua perkara hari ini... nama anak kita sama, MUIZZ, lebih tepatnya Muizzuddin... dan satu lagi, kita cuti hingga 5 jan... he he he!

-Kawan-

Azhan Kamal said...

Salam Abah Muiz,

Begitulah saya pun hanya mampu menulis. Saya dah hantar puisi terbaru saya pasal hal Gaza ini ke Mingguan Malaysia. Harapnya dapatlah disiarkan.

Abah Mui'zz said...

Man, epekan abah akan datang seperti biasa. Masih melihat pada kelapangan dan idea abah.

Waalaikumsalam wbt Anonymous,
Alhamdulillah, Muizz ada geng satu nama dengan dia. Salam perkenalan dari abah.

Azhan, abah nak baca juga puisi itu satu hari nanti.