Monday, December 22, 2008

Cerita tentang KK...

Salam sahabat. Sekarang ini sedang menunggu flight ke KL di airport baru KK yang nampak canggih dan cantik ini. Sementara tunggu depa panggil masuk, sempat la rasanya kot mengepek satu post. Bukan ada apa pun, sekadar nak bercerita apa yg berlaku pada kedatangan abah ke KK kali ini. Kerja macam biasa la kan. Tak nak bercerita tentang itu.

Sabtu malam selepas habis kerja, rakan pejabat bawa abah ke majlis makan malam anjuran alumni chapter sabah di Shangrila Tanjung Aru. Kali pertama abah ke sini, dan boleh tahan juga tempatnya. Ada 2 perkara yg menarik tentang dinner kali ini. Pertama, makanannya sedap. (Itu yg penting kan, nama lagi majlis makan2). Keduanya, abah boleh terima persembahan yang diberikan, kerana persembahan hanya tertumpu pada tarian kaum2 unik Sabah, yang abah jarang sangat dapat tengok (apatah lagi secara live). Yang paling best tengok depa menari yang guna buluh tu ler. Hebat juga depa nih. Sebab kalau tak kena gaya, boleh hancur kaki terkepit batang buluh tu (ini kata Abu Bakar Elah).

Abu Bakar Elah sebagai seorang yg abah kenal kerana rambutnya, pada malam itu menunjukkan pada abah yang dia sememangnya seorang entertainer yang baik. Dia boleh menyanyi, berlawak, bercakap dengan baik, dan dalam cara yang menghiburkan. Oleh kerana tekak abah tak berapa sihat, maka tak boleh la nak gelak lebih2 waktu dia buat lawak. Sengih saja ler yg mampu.

Adam AF juga tidaklah mengecewakan sangat. Boleh la. Abah bukan minat Adam pun, tapi ok la persembahannya malam itu. Tapi satu insiden yg tak boleh abah lupa;

ABE: Adam, ko tahu ka kalau aku masuk universiti, apa bidang aku mau ambil?
Adam: Tak tahulah bang. Bidang apa?
ABE: Sains. Sebab aku mahu cari formula yg boleh naikkan ketinggian aku ini. Ko pun aku tahu sesuai ambik bidang apa kalau masuk universiti.
Adam: Bidang apa bang?
ABE: Bidang solekan.
Adam: Solekan? Kenapa?
ABE: Sebab ko cantik, dan sebab ko macam pondan.

Dan ketika ini, memang gamat la dewan makan tu. Kesian Adam, merah padam mukanya. Abah memang kesian dia, tapi abah pun tak boleh nak tahan rasa nak gelak juga. Tapi abah tahu, Adam tahu yg ABE cuma bergurau saja dengan dia. Biasalah kan, jadi MC untuk majlis2 sebegitu, kadang2 kena jenis cakap lepas macam itu juga. Kalau sopan santun sangat pun, nanti jadi bosan pula majlis.

Ahad malam, lepas balik kerja. Irman datang jemput abah dihotel, dan bawa abah makan malam sambil ditemani cahaya lilin (romantik abih tu) kat tepi pantai. Terima kasih banyak2 Man. Makanannya sedap, dan abah kenyang. Terima kasih sudi belanja, walaupun abah tahu, kopak juga beg duit tuh. Dan terima kasih juga sudi temankan abah makan, serta bersembang2 tentang macam2 benda.

Terima kasih juga sebab sudi hantar abah ke airport sekejap tadi, disebalik kesesakan jalanraya, dan terkejar2 waktu kerja. Abah sangat-sangat hargai. Allah saja yg boleh balas budi baik Irman pada abah.

Oklah, sampai sini saja. Cek mek molek kat kaunter tu dah suruh masuk kapal.

Sampai juga lagi nanti, insyaAllah.

6 comments:

Am said...

Sempat juga buat entry ya abah.
Biasalah abah kalau joke memang selalu kenakan org, harap mereka ni faham dan tak simpan dalam hati.

ps: bila pulak kita nak makan bersama ya abah, pada hal tak ler jauh sangat hehehe

Abah Mui'zz said...

Hahaha, macam ni lah Am orang suka mengepek. Ada je peluang, terus mengepek. Ekekeke. Sebab tu sapa2 yg jumpa ngan abah, akan penat nak mendengar epekan abah yg tak putus2.

Abah rasa depa ni faham kot yg MC cuma bergurau. Sekadar nak menghidupkan majlis.

ps: InsyaAllah tahun 2009 nanti abah akan arrange untuk makan dengan Am pulak. lama dah kenal, tapi tuannya belum tahu lagi camna rupa bentuknya. kan?

arsaili said...

salam abah..terlupa plak abg duduk sungai buloh...InsyaAllah nanti kita jumpa..teringin gak nak jumpa abah..jomla Am join sekali, jgn lupa pakai topeng ahaha. InsyaAllah maybe Jun saya balik lagi..kalau jadilah program di Europe.

irman_rahs said...

ABE tak terkenal dgn malaysia ni, mungkin sebab dia sabahan kot... jgn ingat diskriminasi negara kita ni dlm politk dan ekonomi saja, hiburan pun ikut sama...

kalau arrange dgn Am, jemput man sekali...betul tu misteri betul Am ni..(jgn lupa pakai topeng)ahaks!

arsaili said...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

kotakitam (Aki) said...

Sapa si Abe ni? Tak pernah dgr pun nama dia? Tapi lawak dia kenekan Adam tuh memang selambar lawak habis! hehe