Thursday, August 21, 2008

Cerita tentang luahan...

Hari semalam perasaan abah bercampur baur. Ada juga rakan yang bertanya, tapi abah sendiri pun tak tahu nak jawab, apa kandungan campuran perasaan abah itu.

Hari ni, perasaan bercampur baur itu telah hilang, kerana segala campuran itu bergaul menjadi satu adunan perasaan, rasa kecewa.

Dan segalanya bermula hanya dengan satu luahan. Satu luahan yang pada fikiran abah, akan membawa kebaikan, tapi akhirnya yang nyata, ia mengecewakan abah. Disini hari ini, abah terasa nak meluahkan soal luahan ini, yang mungkin untuk sesetengah orang, ini adalah rungutan. Abah pun tak pasti sangat apa bezanya luahan dengan rungutan, tetapi sewaktu meluahkan, abah tidak pernah terlintas pun sekiranya ia satu rungutan.

Awal minggu lepas, abah meluahkan ketidakpuasan hati abah pada laman web KWSP. Ini mungkin satu rungutan la kot. Sebabnya, mereka tangguhkan kerja mereka yang melibatkan abah. Proses yang sepatutnya makan masa 2 minggu, tertangguh hingga sebulan lebih. Sehari selepas rungutan dibuat, alhamdulillah, KWSP telefon abah, bagitahu cek dah siap, boleh datang ambik. Berbaloi jugalah merungut macam itu kot. Kalau tak merungut, tak tahulah bila depa akan siapkan kerja tu.

Dua hari sebelum itu, abah juga meluahkan apa yang abah pendam selama 3 tahun bekerja ini pada boss abah dan juga pada rakan2 sejawatan melalui emel. Banyak kali abah berfikir sebelum abah tekan butang Send, tetapi entah kenapa, hati abah kuat sangat kata, "This is the moment!". Dan akhirnya, emel luahan hati abah itu (yang mungkin dipandang sebagai emel rungutan oleh boss abah dan kawan2 sekerja) masuk juga dalam kotak emel mereka.

Hasilnya?? Boss datang berjumpa abah semalam, dan abah diberi kata dua:

1. Awak teruskan dengan kerja2 tambahan yang diberi, dan saya akan cuba sarankan pada pihak pengurusan untuk naikkan pangkat awak awal tahun depan.

2. Awak lepaskan segala kerja tambahan yang awak lakukan sekarang ini pada staf lain, dan saya tidak akan sarankan apa2 untuk pihak awak berkaitan kenaikan pangkat selepas ini.

Dan bila abah bangkitkan isu appraisal, kata boss abah, "Ohh, appraisal semua orang mesti sama. Semua orang meet requirements." Bila abah tanya, "Then what's the point of giving extra work to certain staff, but not the others, and at the end, everyone is equal?" Dijawab dengan, "Apparaisal mana boleh tak sama, memang semua orang akan sama."

Dan itulah saatnya perasaan abah bercampur baur itu mengadun diri mereka menjadi satu. Kerana kesebatian perasaan itu, abah akhiri perbualan dengan, "Ikut suka boss la nak buat macamana. Kalau boss nak saya buat kerja2 tambahan ni, saya akan buat sebab saya tak kisah sangat banyak kerja. Kalau boss rekomen dan awal tahun depan saya naik pangkat, saya akan teruskan dengan kerja2 ini. Tapi kalau boss rekomen, dan tidak diluluskan kenaikan pangkat saya, saya akan lepaskan semua kerja ini pada staf lain. Tak guna juga buat kerja berlebihan bila penilaian performance akan masih tetap sama rata untuk semua orang."

That's it.

Hari ini, pagi ini, abah buat kerja2 abah seperti biasa. Walaupun feeling abah masih jelas kecewa, tapi kerja tetap kerja. Itu tanggungjawab abah.

Abah cuma mampu berdoa pada Allah, semoga keadilan akan muncul ditempat kerja abah ini yang sangat ketara ketidakadilan berlaku dimana2 jabatan. And yes, we are keeping on losing talented and dedicated staff almost every months. Bila teringat kata2 seorang staf pergurusan tertinggi, "Tak apalah mereka nak pergi, sebab sorang yang pergi, seribu orang yang akan datang." And with that, I rest my case.

Semoga anda semua sihat dan ceria saja hari ini.

Tahniah juga untuk bro TJ atas kehadiran ahli keluarga baru. Abah akan cuba luangkan masa hujung minggu ini untuk menziarah bro dan baby baru itu. Mesti akan comel semacam unclenya juga, kan? :-)

2 comments:

Anonymous said...

Tindakan abah tu memang patut dapat pujian. Bukan semua orang 'berani' nak buat mcm abah tu, walaupun hanya sekadar dimulai dengan hantaran e-mel to the top management. Kalo sy pun, mau pikir seminggu dua utk capai keputusan seberani abah.

Saye tak pernah lalui fasa mcm ni, tapi sy tahu pasti abah perit tu. Doa2 la ya bah.. Allah Maha Mendengar. Dia tak pernah jemu dengar doa2 hambaNya. InsyaAllah.

Abah take care.

chekgu Bani Hassim said...

sabar abah...
kerja satu ibadah dan sumber untuk mencari rezeki..
banyak2 berdoa, insyaAllah doa abah akan dimakbulkan lebih2 lagi kalau doa dtg dari org teraniaya...

Banyak2 sabar ye... :)