Monday, August 20, 2007

Cerita tentang kek, dan sahabat...

Alhamdulillah, siap juga 90% kerja yang abah tengah dok siapkan sekarang ni. Ingat nak siapkan semuanya, tapi dah penat nak buat. Balik rumah malam kang, abah sambung balik kerja tu. Abah nak ambil masa sikit untuk mengepek sekali lagi disini, dan untuk mengemas pakaian, sebab flight abah ke KL pukul 2.20 nanti. Hari nak gi ke lapangan terbang awal sikit, takut terlepas flight macam Sabtu lepas.

Semalam abah dibawa melawat Canada Hill diMiri ini. Menarik tempatnya, memang jadi tumpuan orang2 Miri pun dihujung minggu. Dari bukit ini, kita boleh lihat hampir keseluruhan bandar Miri. Pemandangannya cantik. Cuma kekaguman abah tidak sehebat waktu abah di Trigg Hill di Sandakan dulu. Abah rasa pemandangan dari Trigg Hill lebih cantik lagi. Disini ada juga muzium petroluem, tapi sebab kami sampai dah petang, muzium pun dah tutup. Tak apalah, nanti kalau panjang umur, abah akan melawat muzium tu pulak, sekiranya ada peluang ke Miri lagi.

Semalam, adalah hari pernikahan salah seorang kawan baik Ummi. Kalau ikut plan, memang abah nak bersama2 meraikan hari bahagia dia, kerana abah pun kenal sahabat ummi itu. Tapi sayangnya, tugasan ke Miri kali ini tidak mengizinkan abah untuk bersama2 Ummi meraikan perkahwinan kawan Ummi. Dan Ummi pun terpaksa la pergi dengan kawan lain, sebab Ummi tak berapa mahir jalan sekitar Keramat. Alhamdulillah, Ummi kata semuanya berjalan dengan baik.

Abah tumpang gembira untuk sahabat ummi itu, kerana akhirnya bertemu jodoh juga. Disebalik banyak ujian dan dugaan dalam hidup, Allah sampaikan juga jodoh dia. Doa kami
untuk Nieda dan suami, semoga akan kekal bahagia dalam melayari rumahtangga nanti. Perkahwinan itu indah, tapi tidak akan kekal sekiranya tidak dipertahankan, dan dihiasi dengan apa yang sepatutnya. Moga ikatan itu akan lahirkan zuriat2 yang soleh dan solehah nanti, insyaAllah.

Dan Ummi, seperti biasa, buat kejutan pada Nieda dan juga abah. Semalam Ummi call abah, beritahu yang Mi tempah sebiji kek perkahwinan sebagai hadiah untuk Nieda. Terkejut jugalah abah, kerana Ummi tak beritahu sebelum ni. Kami pun sebenarnya dah belikan satu hadiah lain buat pasangan itu. Tapi hadiah yang satu itu kena hold dulu la. Tunggu Nieda bawa cik abenya datang rumah kami, baru boleh bagi. Hahahaha.

Dan pagi tadi, Ummi call abah minta abah lawat satu fotopages, kerana menurut
Ummi, orang yang membuat kek itu telah uploadkan foto kek yang dibuat itu. Satu yang boleh abah kata bila abah tengok kek itu - cantik. Dan alhamdulillah, Nieda sangat2 gembira dengan pemberian Ummi yang tidak seberapa dibanding nilai persahabatan mereka.

Untuk Ummi, abah faham kenapa Ummi buat kejutan sebegitu. Dan alhamdulillah, kerana ummi punya niat yang ikhlas. Hehe, nanti boleh la tempah lagi dengan Kak Mis ya Mi, buat kejutan untuk abah lak, boleh?

Untuk rakan2 abah, andai ada terasa nak menempah kek, cubalah hubungi
Kak Mis . [Hehehe, takpe ya Kak Mis, abah tolong promosikan kek Kak Mis disini]. InsyaAllah anda akan berpuashati, seperti puasnya hati Ummi dengan hasil kerja Kak Mis.

Oklah, abah nak berkemas, kang lambat pulak ke airport. Choww.

2 comments:

Anonymous said...

salam.

lama tak ziarah ke sini.

wahhh cantiknya kek !

Abah Mui'zz said...

Salam jeff.

Takpe, abah tahu jeff bz. Outstation lagi ke? Abah pun dah lama tak jenguk blog jeff. nak singgah la kejap kesana.
:-)