Abah di Miri kala ini, sedang dalam proses memberi latihan pada kakitangan sambilan disini pun sebenarnya ni. Dan nak berkongsi sedikit berita2 yang buat abah berbangga dengan anak2 muda melayu islam malaysia. Mungkin berita ini telah agak lama, tapi abah baru berkesempatan nak kongsikan dengan anda.
Cerita pertama ialah cerita tentang kejayaan seorang anak bangsa yang berjaya menyempurnakan pengajian PhDnya pada usia yang muda. Kisahnya anda baca kat bawah ni la. Abah tak nak komen banyak, cuma abah bangga dengan pencapaian dia.
Dan kisah kedua, cerita Ariff dan Amira jadi juara Pidato Piala Diraja. Ini juga cerita yang membanggakan abah.
Inilah dua cerita yang abah harap akan memenuhi ruang2 berita dalam akhabar atau majalah, bukan cerita Ella ada video lucah, atau cerita Erra fazira dah ada pakwe baru. Itu semua cerita sampah yang terlalu asyik sangat jadi fokus akhbar dan wartawan kita. Tapi tak boleh salahkan depa, sebab dah pembaca yang suka nak baca, depa letak sajalah. Abah tahu, wartawan pun kalau boleh tak nak paparkan banyak sangat cerita murah artis2 yang tak boleh nak dibanggakan itu, tapi mereka terpaksa letak, sebab nak cari makan, dan sebab nak penuhi keinginan pembaca.
Ok, tutup cerita. Miri macam bandar2 lain yang abah pernah sampai. Bandarnya agak tenang, mungkin sebab abah datang pada hari minggu. Hotel Grand Palace yang abah duduk itupun OK. Setakat ni abah puashatilah. Cuma receptionist je saja yang jenis bercakap ngan abah macam dia bercakap ngan kawan lama dia. Hehe, tapi abah tak marah pun. Dia cuba nak jadi 'friendly' dgn abah kot. Tak tahu nak komen apa lagi ttg Miri sebab abah tak berjalan sangat, datang untuk kerja sahaja. Mungkin ada keistimewaan yang abah tak sempat nak tengok agaknya.
No comments:
Post a Comment