Thursday, December 07, 2006

Cerita tentang Bilut...

Hari minggu hari tu, abah tengok cerita Bilut. Tapi bukan la tengok kat panggung, beli CD cetak rompak je. Tak berbaloi tengok kat panggung rasanya, sebab cerita yang tak ada kesan bunyi yang hebat macam Bilut tu, tengok kat rumah pun OK. Lain la cerita-cerita yang ada kesan bunyi yang bagus, memang akan abah tengok di panggung. Nak buat macamana, abah dah memang suka dengan kesan-kesan bunyi yang bagus, dan kebetulan kat rumah tak ada sistem teater rumah. Hehe, pagi-pagi dah melalut.

Cerita Bilut tu satu cerita yang bagus pada abah. Cerita yang memberitahu abah erti kesusahan hidup orang-orang Melayu satu ketika dulu, dalam meneroka tanah baru untuk projek Felda. Dan dalam cerita itu pun banyak ditunjukkan akan kelebihan dan kekuatan orang Melayu, dan tak lari juga keburukan orang bangsa macam abah ini.

Bangsa Melayu bangsa yang kuat dan rajin sebenarnya. Sanggup bersusah payah. Sangat akrab perhubungannya. Tapi dalam masa yang sama, bangsa Melayu ini juga suka 'sentimental' pada perkara-perkara yang tidak patut. Tapi itulah Melayu, kalau sekadar Melayu. Itulah sebab Melayu kena diadun dengan Islam, supaya yang baik dan hebat akan terus kekal hebat, dan yang tidak baik itu akan berubah jadi baik.

Dalam cerita tu, ada ditunjukkan babak kenduri kahwin, dan di kenduri tu, Syura menyanyikan lagu yang abah minat juga - Nazam Berkasih. Kebetulan abah ada simpan mp3 lagu tu, abah seperti biasa la kan, nak juga berkongsi dengan anda.



Nazam Berkasih - Syura

Pandang-pandang hati berkenan
Tidur malam wajah terbayang
Renung-renung hati keliru
Siapakah dihatimu

Jeling-jeling mahu memandang
Dua mata bertentang mata
Harap-harap ulang bertemu
Bimbang nanti resah menunggu

Lama-lama... lama apa
Lama rindu... pada siapa
Pada teruna idaman

Rasa-rasa... rasa apa
Rasa pilu... Eh! kenapa
Hai dia buat tak tahu
Jauh-jauh... jauh apa
Jauh hati... hati siapa
Hati kita yang terluka

Rasa-rasa... rasa apa
Rasa malu... Eh! kenapa
Tangan bertepuk sebelah
Dapatkah... ku inginkan
Hatimu dan hatiku
Berpadu jadi satu

Jauh-jauh orang berpesan
Yang di sana sedang merindu
Harap-harap masa terluang
Ada waktu ingin bertemu
Jauh-jauh menyemai padi
Tidak lalang tumbuh sebendang
Harap-harap kasih menjadi
Dua jiwa berpasangan
Cintaku... cintamu
Suci berpadu

Rinduku... rindumu
Mekar menjadi satu
Dua jiwa berpasangan
Dua cinta berpautan
Senandungkanlah alam
Irama cinta suci

Hari Ahad hari tu, Ummi jatuh tangga. Kesian Ummi, sampai kehari ni masih lagi tak boleh nak bergerak macam biasa. Abah dah bawak Ummi pergi klinik dan pergi berurut. Harap2 tidak ada apa yang serius nanti. Anda doakanlah moga Ummi akan cepat sembuh seperti biasa.

Agak sibuk sikit kebelakangan ini, itu yang abah tak selalu berkesempatan nak kemaskini blog abah ni. Hingga jumpa lagi, insyaAllah.

3 comments:

Anonymous said...

syafakallah buat ummi.
sabarlah.

Anonymous said...

Am masih belum tengok lagi cerita Bilut itu, sejak cd rosak, memang Am tak dapat tengok cd, nak hantar betulkan asyik tertangguh sahaja.

Semuga ummi cepat sembuh ya

Anonymous said...

Am, beli jerk DVD player baru,skrg ni udah murah sesangat, less than rm200 pun ada, berjenama lagi.
Am, dlm blog Am ada blogger nama Abang Long, itu bukan bang long tau... bang long belum ada blog lagi, baru terkial2 nak buat...nak suruh Abahmuizz tolong takut kacau dia plak...hehe