Saturday, November 11, 2006

Cerita tentang ulangtahun kelahiran ke-5

Abah nak tujukan post hari ini khusus buat anak kesayangan abah, Ahmad Mu'izz Hakim yang menyambut ulangtahun kelahiran ke 5 hari ini. Semalam masa abah telefon, Ummi kata ummi belikan basikal untuk Ahmad, Atuk Man bagi duit dan kad, Auntie Nord hadiahkan toys dan kad. Basikal tu kira hadiah dari abah dan ummi la ya sayang.

Semoga anak abah yang seorang ini akan terus menjadi anak yang baik, anak yang soleh, dan anak yang taat pada Allah.

Abah sangat-sangat harapkan dan abah serta ummi senantiasa doakan moga Allah memberkati hidup abang, dan semoga Allah berikan abah dan ummi kekuatan untuk mendidik dan membesarkan abang, dalam suasana dan keadaan yang penuh dengan kebaikan dan rahmat Allah.

Dan untuk rakan2 yang baca blog abah, doakan moga Mu'izz akan jadi manusia yang baik, yang akan hidup diatas landasan agama Allah, yang akan berjuang di jalan Allah, yang akan senantiasa jadi manusia yang tunduk dan tawadhuk pada Allah. Yang akan menggunakan segala kebijaksanaan dan ilmu yang dia akan pelajari, insyaAllah untuk menegakkan agama Allah yang satu itu.

Salam dari abah di KK.

Tak sabar rasanya abah nak balik jumpa Ummi dan Mu'izz.

5 comments:

bang long said...

Abahmuizz, sampaikan pd Ahmad ek:

hepi besday 2 u
hepi besday 2 u
hepi besday 2 ahmad muizz hakim
hepi besday 2 u

nanti uncle jumpa Ahmad uncle bagi present...Ahmad nak apa? jgn nak kapai selam sudah...hehehe

p/s: Abahmuizz, peribahasa ni relevan lagi- sayangkan anak di tangan2 kan...jgn patah riok sudah ekk.

comei said...

happy birthday to muizz :-)

Faizah said...

selmat hari jadi muiz, moga jadi anak yg soleh

Am said...

Selamat Hari jadi juga dari Am buat muiz, semuga kejayaan akan sentiasa bersama muiz

sue said...

Selamat Hari Lahir buat Muizz...semoga Muizz jadi anak yang soleh...Semoga Abah dan Ummi akan diberi kekuatan untuk mendidik Muizz menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat..Amin..