Salam sahabat. Lama tak mengepek. Rindu pulak rasanya nak mengepek. hahaha. Itupun lepas ditegur seorang sahabat, "Kalau ada masa tu, rajin2la update blog!".
Dan pagi ini, abah update. Tapi kalau cerita yg tak best lagi takpe kan? Janji update. Ekekeke.
Bukan tak best apa pun, cuma nak mengepek soal adil, takdir, dan nasib.
Ada beberapa insiden yang buatkan abah nak mengepek tentang tu.
1. Baru2 ni ada seorang sahabat menceritakan bagaimana bossnya menjalankan sesi "performance appraisal" dengan dia. Menurut sahabat itu, bossnya go through dan discuss satu persatu item dalam borang itu, sebelum mereka agree untuk satu keputusan. Dan pada abah, itu yang sepatutnya. Dan sahabat itu beruntung dapat boss yg detail dan adil macam itu. Tak semua orang dapat boss yg macam itu, termasuk abah. Hahaha, bukan nak komplen, tidak. Tapi bila tiba time appraisal macam skrg ini, abah antara orang yang tidak bernasib baik. Tidak bernasib baik kerana boss abah tidak pernah serius dalam soal appraisal staff. Mungkin bagi dia itu benda remeh, tapi untuk staff, itulah benda yg memberi kesan untuk bertahun2 lamanya. Peringatan untuk abah, dan anda semua, bila tiba soal menilai prestatsi staf bawahan, be serious, dan berlaku adillah kepada mereka, dan juga organisasi. Lagi sedih bila dengar ada rakan berkata, "Well, sorry. You are just unlucky to have such boss."
2. Baru2 ini juga syarikat abah buat aktiviti pelarasan gaji. Benda yg sepatutnya jadi berita gembira untuk semua orang, akhirnya menjadi berita gembira untuk sesetengah orang sahaja. Sesetengah yang lain, termasuk abah, cuma sekadar pandang sepi berita itu. Bukan tidak bersyukur, sangat bersyukur atas rezeki yang Allah bagi, tetapi bila dilihat pada formula pengiraan yang HR gunakan, betapa tidak bernasib baiknya kami. Hanya kerana gaji sudah dikatakan tinggi, dan kerana pengalaman kerja sebelum2 ini tidak diambil kira dalam pelarasan, maka ramailah junior2 kami (yang rata2nya 7-8 tahun lebih muda) mendapat gaji yang hampir sama dengan kami. "Well, sorry, you are just unlucky."
3. Dua hari lepas, abah diminta menilai hasil kerja beberapa manusia. Berdasarkan penilaian, abah rasa mereka sepatutnya mendapat apa yg mereka deserve. Tetapi bila dibuat pengiraan, dan dimasukkan dalam sistem, kadar bayaran untuk setiap mereka berbeza. Abah suarakan hal ini pada seorang rakan sekerja, katanya, "Tak apalah, bukannya derang tahu apa derang dapat, dan derang takkan tahu sapa yg menilai depa." Hahaha, mudahnya nak mencipta alasan untuk satu persoalan, kan? Dan abah, tidak akan sanggup nak kata pada orang2 itu, "Well, sorry, you are just unlucky. Some of you get RM700, and some of you get RM300, eventhough the quality of your work are almost similar."
Memang dalam hidup, adakalanya, kita akan tergolong dalam golongan yang tidak bernasib baik. Untuk benda yang tidak boleh dibetulkan, abah rasa, orang tidak akan regret sangat bila mereka dikatakan "unlucky". Tapi untuk perkara2 yang boleh dibetulkan dan boleh diusahakan, agak zalim juga bila kita cuma boleh kata, "Sorry, you are just unlucky", terutamanya apabila isu adil dan tidak adil menjadi satu agendanya.
Orang boleh kata, "Kita tidak boleh nak puaskan hati semua orang." Kan? Betul. Tetapi kalau boleh berlaku adil, walaupun tidak memuaskan hati semua orang, itu lebih baik.
Abah tak salahkan sesiapa dalam soal adil tidak adil ini. Kerana pada abah, dalam sesetengah situasi, kita kadang2 berlaku tidak adil dengan secara tidak sedar. Tetapi bila kita sedar yg kita tidak berlaku adil, dan kita tidak berbuat apa2 untuk menjadikan ia lebih adil pada orang lain dan diri kita sendiri, then, sangat malanglah kita.
Apapun, abah tinggalkan la soal nasib, takdir dan adil itu sebagai kenangan untuk waktu ini. Abah kena bergerak kedepan, berusaha sebaiknya. Semoga kita semua akan diberi lebih hidayat dan berusaha kearah mencapai hidayat Allah itu, dengan lebih berlaku adil pada mereka disekitar kita. Supaya disana nanti, orang2 itu tidak akan menuntut keadilan mereka, yang kita pandang remeh sewaktu didunia ini, dari kita.
Hingga jumpa lagi, insyaAllah. Selamat bercuti hujung minggu.

3 comments:
karenah bos2 ni memang pelik dan bermacam ragam... kdg kita xsuka dengan bos kerana tak sealiran dengan kita, tapi bg man.. terima apa yg ada, sentiasa fikirkan itu yang terbaik untuk kita ditentukan oleh Allah...
nasib dan takdir dah tertulis olehNya. Terpulang pada kita nak merubah dan mengubah.
Dia beri kita akal dan ilham. Ilham pencetus, akal buat pilihan.
Adil, itu masih lagi terpulang dengan orang disekeliling kita. Dan sebagai diri sendiri, kita adil ke pada orang sblm kita mahukan keadilan itu?
Adakah kiter senasib..?Sedih lahhhh..dpt boss mcm tu...
Post a Comment