Andaikan, suatu hari, seorang sahabat baik anda datang kerumah. Dibawa bersama buah tangan. Katanya, "Aritu saya balik kampung, bawak la balik sini buah2 rambutan dari kebun. Banyak sangat. Yang lain semua dah bagi pada orang lain, ini ada balance skit ni, saya bawak la untuk awak, sebab dah tak tahu nak bagi kat sapa." Apa agaknya rasa hati? Jawapan pastinya akan berbeza. Ada yg akan kata, "Saya ok jer. Seronok la dia bagi buah rambutan." Ada juga orang yg kata (dalam hati), "Kot ya pun bawak belen2 rambutan yg ada je kat aku, tak payah ler cakap". Dan pasti akan ada yang rasa ralat dihati, "Sahabat baik bawak buah rambutan belen jer? Hanya sebab dah tak tahu nak bagi kat sapa?".
Abah tak expect jawapan anda seperti diatas. Sebab bukan itupun intipatinya abah nak mengepek hari ni. Tapi sebab kita ni manusia, maka abah sebut jugalah tentang rasa hati manusia dalam perenggan atas tu. Yang abah nak mengepek adalah tentang soal sisa, atau saki baki. Dan bukannnya saki baki atau sisa untuk kita. Tapi untuk Allah Rabbul Jalil. Sisa untuk Allah? Sadis dan menyedihkan sangat bunyinya, kan?
Yalah, takkan untuk Allah diberi sisa2 dan saki baki saja. Betul, tapi itu kata kita, bukan tindakan kita. Abah tak rujuk pada orang lain, abah ambil diri abah sendiri sebagai contoh. Dengar azan berkumandang di surau, ada kalanya abah akan terus ke surau, tapi banyak ketikanya juga, abah tak ke sana terus. Sebab? Kat TV tgh tayang cerita yang abah tengah syok tengok. Dah habis cerita tu, solat lah. Sedihkan? Hanya kerana cerita TV, sanggup abah bagi sisa pada Allah. Maknanya, dah habis urusan dunia, baru abah nak buat urusan akhirat, which is menyembah Allah Maha Pencipta. Bukan sisa ke tu?
Sama juga soal ibadat lain, seperti sedekah. Kita bersedekah? Ya. Ikhlas? InsyaAllah ya. Banyak mana? Terpulang atas kemampuan. Alhamdulillah. Tapi yang atas kemampuan itu sebenarnya setelah ditolak pada tuntutan duniawi kita yg kadang2 tidak berkait dengan akhirat pun. "Ohh, bulan ni takleh sedekah banyak, sebab nak simpan duit beli PSP nanti." Bersedekah juga, bukan tak bersedekah, tapi sisa dan saki baki sajalah. Kan? Tapi itu lebih baik dari tak bersedekah langsung.
Dan lagi sekali, abah tak point pada siapa2. Sekadar peringatan untuk diri abah sendiri, dan pada sahabat2 yg terasa ingin diperingatkan. Renung2lah ibadat kita pada Allah selama ini. Adakah 'krim' yg kita bagi, atau sekadar sisa? Kalau kita beri krim @ yang terbaik, alhamdulillah. Tapi kalau sisa saja yg selalunya kita persembahkan pada Pencipta kita, usahakanlah sesuatu. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang dimurkai Allah, insyaAllah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,
lemah-lemah kami, kuatkanlah
salah-salah kami, maafkanlah
lalai-lalai kami, ingatkanlah
bodoh-bodoh kami, pandaikanlah
sakit-sakit kami, sembuhkanlah
dosa-dosa kami, ampunkanlah
kurang-kurang kami, cukupkanlah
susah-susah kami, mudahkanlah
riak-riak kami, tundukkanlah
bangga-bangga kami, tawadhukkanlah
gundah-gundah kami, tenangkanlah
sibuk-sibuk kami, lapangkanlah...
Sesungguhnya kami sangat lemah ya Allah...
1 comment:
tq la bah psl intipati yg sangat mengena dgn diri man juga... rupanya kita tidak sedar tindkan kita ni sebahagian dari sisa utk Allah...daif betul kita ni...
ni puisi buatan sendiri ka? bakat yg jangan disiakan...
Post a Comment