Monday, October 04, 2010

Cerita tentang anak2 kita...lagi

Salam sahabat2 semua,

Semoga kita semua masih tetap dalam rahmat dan kasihsayang Allah SWT.

Sekejap tadi abah mencari2 bahan di Internet berkaitan Ustaz Kazim Elias. Suka sangat dengar penyampaian Ustaz Kazim dalam banyak kuliah2 beliau di Internet. Alhamdulillah, dengan adanya Internet ni, banyak ilmu yg boleh dikongsi dan disebarkan.

Cuma yang mengejutberukkan abah, sewaktu dalam mencari2 bahan itu, tetiba terklik satu link yg kemudiannya bawa abah ke satu blog. Blog kepunyaan seorang anak gadis, yg abah rasa Melayu, dan Islam agamanya. Gerun sangat rasa bila baca apa yang ditulis. Minta maaf kalau abah ketinggalan zaman, tapi inilah pertama kalinya abah terjumpa blog yg macam ini.

Betul depa ada hak nak menulis apa pun diblog depa, tapi kalau dibaca apa yg depa tulis, nauzubillah. Agama dan alim ulama dijadikan bahan cemuhan dan kutukan depa.

Abah tidak tahu berapa banyak lagi anak2 sebangsa dan seagama dengan kita yang
berbuat macam itu. Kalau Namewee tu bermain dgn isu kaum, yang ini abah fikir, lebih dahsyat. Bermain dengan agama.

Pesan abah pada mak2 dan ayah2, perhatikanlah aktiviti anak2 kita diInternet. Tahu2lah sikit apa mereka buat. Semoga Allah kuatkan kita untuk membimbing dan mendidik anak2 kita supaya mereka tetap dijalan Allah.

Abah tinggalkan sahabat2 semua dengan satu snapshot yg abah ambil di blog tersebut. Anda lihat, baca dan nilaikanlah.


7 comments:

Adliff said...

Abah,

Inilah akibatnya pendidikan agama tidak diambil berat dan dunia dikejar-kejar.

arsaili said...

salam abah,,apa kabar..lama tak berblogging...semoga sihat selalu di samping keluarga....

Ini dari segi perkataan, pernah plak terlihat orang Islam sendiri mempersendakan solat dalam youtube. Moga kita dan keluarga dilindungi dari sikap sebegini...

arsaili said...

salam abah,,apa kabar..lama tak berblogging...semoga sihat selalu di samping keluarga....

Ini dari segi perkataan, pernah plak terlihat orang Islam sendiri mempersendakan solat dalam youtube. Moga kita dan keluarga dilindungi dari sikap sebegini...

Abah Mui'zz said...

Muz, benar apa yg Muz kata. Ibubapa terlalu mengharapkan orang lain membentuk anak2. Ibubapa di Malaysia cukup hebat dalam mempraktikkan konsep 'outsourcing'. Andainya kita tahu apa 'kos' sebenar outsourcing kita itu...

Arsaili, abah sihat alhamdulillah. Harap Man pun sihat2 juga. Camna progress PhD? Moga semuanya lancar insyaAllah.
Abah tak pernah selongkar lagi youtube, walaupun pernah dengar. Tapi takutnya bila kenangkan anak2 muda kita sebegini jadinya.

Mohamad said...

Dunia akhir zaman...

Abah Mui'zz said...

En Mohamad, sesungguhnya.

Izza Rozieka RoziQin said...

teruknya sampai kutukkutuk agama macamtu .. izza pun tak delah solehah mana .. tapi babbab agama ni mana boleh dipersendasendakan .. astaghfirullahalazim~
btw ,,
nice blog and ceritacerita dalam ni semua best ,, boleh dijadikan pengajaran and panduan :)