Monday, April 12, 2010

Cerita tentang usikan jiwa...

Salam sahabat,

Sekadar cerita malam tadi.

A(bah): Abang guna pensil ni, bagi abah pensil lain.
M(u'izz): Takde dah pensel lain.

A: 1 ni je pensil yg ada?
M: {terkebil2}

A: Mana pergi pensil abang yg abah belikan banyak2 tu?
M: Hilang.

A: Pemadam? Pembaris?
M: Hilang.

A: Semua hilang?
M: {angguk}

A: Sedih abah macam ni. Abah kerja penat2 untuk dapat duit, belikan abang pen
sil, pembaris, pemadam semua. Abah ingat abang ada semua tu. Tapi bila abah tanya, abang cuma cakap 'hilang".
M: {terkebil2}

A: Abah tak nak marah abang. Abah cuma nak cakap abah sedih abang tak jaga barang2 abang kat sekolah.
M: {bergenang air mata}

dan seterusnya, sesi kaunseling bermula, dan juga sesi mengajar Multiplication.


Kenapa abah tulis drama yg berlaku malam tadi ni? Kerana pada malam tadi, abah guna pendekatan yang berbeza dengan anak sulung abah itu. Kebiasaannya, abah marah. Abah berleter bila dia hilangkan kelengkapan tulisnya. Ada masa abah rotan dia untuk setiap barang yang dihilangkan. Tapi masih tetap juga hilang alat tulisnya.

Dan malam tadi, terlintas untuk guna psikologi sikit. Dan abah tidak sangka anak abah bergenang air mata bila abah cakap macam itu. Selalu bila kena marah atau rotan, dia tak pernah bergenang air mata.

Abah harap, akan berlaku sikit perubahan dengan kaedah 'usikan jiwa' ini. Abah bukan nak dia jadi anak manja, tidak, cuma terfikir untuk usik sikit perasaan dia dalam bab ini. Tapi kalau tak berjaya juga, nak kena pikir kaedah lain la pulak.

Aduhai anak! Sukarnya membesarkan dan mendidik anda!

Semoga Allah berikan abah kesabaran, kekuatan, kebijaksanaan dalam mendidik dan membesarkan anak2 yang sangat mencabar abah kebelakangan ini.

2 comments:

harsa said...

hmm.. all this while.. mmg marah la yg dulu bila anak2 buat silap.. i know its terrible thing to do.. tapi geram la..rasa hati sakit ya amat.. rasanya mak dia yg kene control marah nih..
nampak gaya nak kene try pendekatan 'mengusik jiwa' gak nih.. esp to my 2nd son.. dia ni.. tangan patah pun tak nangis.. agaknya kene usik jiwa dia gak la kot..
memang besar cabaran mendidik anak nih.. teringat ustaz cakap.. anak biar sorang tapi berkat.. jgn ramai tapi tak mendapat keberkatan daripada mereka.. aduhhh...

shina said...

salam abah..
ini memang sama kes,asyik hilang je..
samala..asyik nak marah je tapi sekrg ni,kena talk slowly baru nak ikut..
sabar jela nak membesarkan anak ni...huhuhu