Friday, October 17, 2008

Cerita tentang suara hati...lagi

Ada yang bertanya kenapa blog abah statik. Memang ya pun statik, abah perasan itu. Tapi sebab hambatan kerja dan kekurangan idea untuk mengepek buat blog ini statik sekejap. Hari ni, bila terbaca The Star berkenaan kisah seorang tukang cuci dia LCCT Sepang, buat abah terasa nak mengepek sikit.

Kenapa abah dapat idea dari situ. Kerana abah fikir, Pn. Sirammah telah melakukan perkara yang betul iaitu dengan memulangkan semula laptop yang ditemuinya dalam tandas. Kerana apa? Kerana dia mengikut suara hati. Ingat lagi tentang epekan abah berkaitan suara hati tempohari. inilah satu contohnya.

Siapa-siapapun sebenarnya akan terlintas dalam hati untuk berbuat perkara betul (sekiranya nurani dia bersih la) bila berdepan dengan sesuatu. Ambil contoh kes diatas. Bila kita terjumpa laptop didalam tandas, perkara pertama terlintas dihati sanubari kita ialah, "Ohh, ada orang tertinggal laptop dalam tandas. Nak kena pulangkan balik ni. Itu kata suara hati. Tapi kata suara hati itu tidak lama. Untuk ramai dari kita, akan banyak fikiran dan kata-kata lain yang menyusul selepas itu. "Camna nak pulangkan balik, tatau siapa tuan punyanya.", "Alah, biarkan je la kat situ, nanti tuan dia datang la carik.". Itu ok lagi, kalau "Eh, mahal laptop nih, baik aku ambik, boleh aku guna nanti." tak ke parah.

Kes2 yang lain pun sama juga. Tapi biasalah kita manusia, antara nak mengikut suara hati dan tidak saja yang jadi masalah. Ambil contoh, sewaktu memandu, nampak kemalangan, suara hati kata, "Kesiannya dia, nak kena bantu tu.". Tapi kita tak pergi bantu pun, sebab selepas itu ada kata-kata lain pula yang datang kebenak. "Camna nak berenti ni, nanti jem pulak jalan." atau, "Takpelah kot, ada la tu sapa2 yang tolong dia nanti." dan sebagainya. Alangkah baik kalau suara hati itu dituruti. Bukan sekadar membantu manusia lain, tapi juga membantu membentuk diri kita menjadi manusia yang lebih baik. Tapi dalam kes kemalangan tu, kena tengok keadaan jugalah. Sebab ada ketikanya, memang kita tak boleh nak tolong, walaupun hati meronta2 nak tolong.

Pn.Sirammah bukan Muslim, tapi dia tunjukkan yang hati nurani manusia ini Allah jadikan suci sebenarnya (walaupun mungkin dia tak tahu itu). Kita yang muslim ini pula yang seringkali gagal menunjukkan kesucian hati yang Allah beri itu, dek kerana banyak sangat tanggapan, fikiran yang bermain2 diminda. Kalaulah kita pakat2 tunjukkan kesucian itu, dengan menurut suara hati yang betul, alangkah indahnya. Abah rasa akan banyak kes2 yang tidak sedap didengar yang terjadi sekarang ini akan tidak kita dengar hari ini. Spt mana kisah pelajar perempuan tingkatan 2 yang terajang gurunya semalam. Sangat sedih akhlak anak2 muda sekarang. Abah tak nak ulas panjang, sebab abah yakin, anda pun ada pendapat sendiri.

Tapi kita sebagai kita sekarang ini, pendapat cuma tinggal pendapat, saranan cuma tinggal saranan, sebab spesis pengimplementasi saranan dan idea baik sudah semakin pupus. Kita cuma boleh berkata2 dan memberi saranan semata, untuk membuat, belum tentu.

Abah undur diri dulu, insyaAllah minggu depan kalau panjang umur kita jumpa lagi insyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Awal tahun ni saya ada tertinggal hp di tandas dekat KFC tu ada seorg hamba allah telah menunggu kat situ. Dia kata kalau lambat sikit dia nak serahkan kat polis hp saya tuu. Saya pun tak sempat berkenalan dgn bro tuuh. Masa tu saya dah nak boarding dan kel;uar semula bila terperasan hp tertinggal di tandas. Bayangkan semua password bank saya ada di situ heheheh...Org baik wujud lagi kat Malaysia ni. Saya plan nak tulis surat kat Berita Harian ke nak ucapkan terima kasih kat bro yang baik hati tu tapi tak berkesempatan. Walau di mana di aberada moga ALLah permudahkan hidupnya.