Tuesday, October 21, 2008

Cerita tentang pukulan...

Pagi tadi sewaktu mula sampai diofis, dan selepas siap membalas segala emel dan forum yang perlu, terasa ingin mengepek sesuatu disini, tapi tak terepek. Kerana ada banyak benda, dan benda2 itu saling tidak berkaitan antara satu sama lain, walaupun hakikatnya semuanya berkaitan dengan hidup.

Tapi petang ini dipaksa juga menulis. Kebetulan sebab waktu lunch ini free, dan abah tak keluar makan, sebab nak habiskan puasa 6 yang masih belum habis lagi ni. :-)

Nak mengepek soal anak. Anak siapa lagi, anak abah yang itu la. Masih ingat cerita tentang bagaimana abah pukul dia sebab tak tahan dengan karenah dia tempohari? Abah dapat banyak maklumbalas dari rakan2 (terima kasih). Ada yg setuju, ada yang tidak. Tapi alhamdulillah, dari maklumbalas dan perbincangan, serta pembacaan seterusnya, abah semakin faham akan hakikat hidup membesarkan dan mendidik anak. Sesiapapun akan mengakui mendidik anak ini bukan calang-calang kerja. Siapa yang kata itu kerja mudah, abah rasa dia mungkin tidak melalui perkara itu lagi, atau mungkin dia tak dapat bezakan antara membesarkan anak dan mendidik anak.

Anak, itulah pengharapan kita. Segala apa yang kita ingin capai, dan tak tercapai, dan mungkin tak mampu kita capai, kita harapkan pada si anak untuk menjadi orang yang akan mencapainya. Abah tak terkecuali. Abah nak banyak benda dalam hidup, ada yang dah abah dapat, ada yang belum, dan ada yang abah rasa tak tercapai dek tangan dah. Dan bila tak tercapai dek tangan abah, abah nak tangan Muizz atau tangan Azim, atau tangan anak2 abah yg lain (sekiranya ada nanti insyaAllah) untuk mencapai benda2 itu. Dan sebab nak depa capai benda itulah, banyak halangan perlu ditempuh, banyak benda perlu difahami, banyak tindakan perlu diambil, banyak hati yang perlu dijinakkan (terutamanya hati sendiri) terutamanya apabila si anak tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam nak mencapai benda2 tersebut.

Anak itu anak, yang paling tidak akan membawa sifat dan perwatakan ibu bapa. Tapi dalam itupun, masih banyak benda nak kena difahami. Walaupun mungkin rupanya ada iras-iras bapa, kelakuan nakalnya sama macam bapanya juga, petahnya sama macam ibunya, atau apa sajalah warisan genetik yang ada, tapi masih tetap tidak sama. Anak itu anak, bapa itu bapa. Dalam kita mengharap dia akan jadi apa yang kita nak, kita juga perlu terima hakikat dia akan jadi apa yang diri dia nak. Tapi itu bukan alasan untuk tidak membentuk. Kerana apa pun yang jadi akhirnya, dia masih perlu dibentuk. Dan itulah yang abah cuba buat dengan Muizz dan Azim. Cumanya, ada masanya proses dan teknik pembentukan abah silap.

Dan bila itu berlaku, abah kena kaji semula akan teknik lain dan kaedah lain yang lebih sesuai supaya proses pembentukan itu menjadi. Abah nak dia jadi anak yang baik, yang menurut kata, yang tidak membantah permintaan ibu ayah, yang tidak menjawab bila ditegur, dan macam-macam lagi. Tapi dek kerana sabar itu tipis, teknik yang digunapakai, terasa silap dibenak minda, selepas ia terjadi.

Walaupun abah cuba nak membenarkan teknik memukul itu sebagai teknik berkesan, realitinya, abah tahu ia tidak berkesan (setidak-tidaknya untuk Muizz). Dan kerana abah rasa ia tidak berkesan, sekarang ini guna teknik yang lebih lembut - mendekati dan memahami (yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi). Hasilnya??? belum boleh dikatakan berhasil lagi, tapi bunga-bunga positif itu sudah ada. Alhamdulillah. Walaupun masih juga buat karenah sesekali, tapi sudah berkurangan dari sebelumnya. Semoga Allah berikan kesabaran yang cukup tinggi untuk abah, supaya abah boleh istiqamah dengan kaedah mendidik yang terbaru ini, insyaAllah.

Itu bercerita tentang anak abah secara spesifik, belum bercerita tentang kanak-kanak secara umum. Sebab kalau nak bercerita juga, buahnya tidak lari dari buah kerisauan dengan apa yang berlaku dan terjadi depan mata. Tentang ralatnya dengan sikap dan sifat budak-budak sekarang. Dan terfikir-fikir juga tentang kenapa jadi sebegitu, mana puncanya, mana silapnya, dan lebih penting, apa kita nak buat?

Nak harap kat cikgu dan sekolah semata tak boleh juga. Sebab cikgu dan sekolah itu ada kekangan dan batas tersendiri yang kita kena faham dan terima. Nak salahkan masyarakat, tunding jari pada kita dulu, sebab kita juga sebahagian dari masyarakat itu. Tapi abah tak nak cakap la apa yang perlu dibuat, sebab pernah dicakapkan sebelum ini, dan abah rasa kebanyakan kita tahu apa perlu dibuat. Antara kita nak buat dan tak buat saja yang jadi masalah besarnya.

Kalau kita rasa kita masih boleh tolerate dengan keadaan sekarang, maka bolehlah berdiam diri dulu. Jika kita rasa keadaan makin membimbangkan, maka buatlah sesuatu. Dan mulakan dengan diri sendiri dan keluarga sendiri.

Apapun, dalam bertindak sesuatu dengan budak2, dan anak2, cubalah mulakan dengan konsep mendekati dan memahami dahulu. Jangan jadi macam abah, yang fikirkan konsep kekerasan itu akan membuahkan hasil. Ya, berbuah, tapi buahnya tak semanis dan semengkal yang kita harap.

Dan bercakap tentang mengharap pada guru untuk membentuk dan mendidik anak2 kita, teringat pada cerita Muizz 2 hari lepas. Katanya, "Abah, ustaz sekolah agama cakap - "Minggu depan ada ujian akhir. Jangan ponteng sekolah. Apa jadipun, pastikan datang sekolah. Kecuali kalau dah sakit macam nak mampus tu, boleh la dikecualikan."

Dan abah, terkedu sekejap dengar apa yang anak jantan abah laporkan. Bukan tidak percaya, abah percaya, sebab Muizz setakat ini tidak pandai menipu (semoga akan kekal sifat itu insyaAllah). Tapi abah tidak percaya yang perkataan "mampus" itu boleh diluahkan oleh seorang ustaz, pada kelompok budak2 darjah satu. Abah yakin Muizz tahu apa maksud mampus itu, sebab dia tidak tanya apa maknanya. Tapi abah sangat ralat, kerana dirumah abah, itu antara perkataan yang dilarang keras disebut. Tapi akhirnya, ustaz sekolahnya sendiri yang sebut, dan sekaligus mengajar budak2 itu, bahawa itu perkataan biasa yang tidak ada salahnya disebut. Itupun kalau kita faham yang budak2 ini belajar banyak benda dari perkataan orang-orang dewasa.

Itu sajalah dulu, melalut pulak rasanya abah mengepek ari ni. Jumpa lagi nanti insyaAllah.

بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ.

“Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak memerlukan segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dariMu).”

9 comments:

@xiM said...

SALAM ABAH..APA KHABAR??LAMA TAK LEPAK KAT SINI..HARAP ABAH SIHAT SIHAT AJA...

:)

Anonymous said...

segalanya .. dari perenggan pertama sampailah akhir. saya bersetuju 100% dgn abah. beberapa hari ini pun saya terpaksa memberi buah tangan kepada anak saya yg rasanya hampir seusia dengan Muiz. cuma, semarah mana pun saya mulakan dngan kalimah bismillah, agar niat saya memukul itu kerana Allah dan bukan kerana marah; hasutan syaitan (ambil iktibar kisah sahabat Nabi di ludah dalam peperangan lalu menangguhkan saat membunuh musuhnya kerana bimbang niat terpesong).

walau bgmanapun terdetik rasa sedih di hati bila berbuat begitu. cuma hakikatnya ialah setiap bapa akan melalui proses ini. abah kita dulu pun sama juga. datuk kita pun sama juga. jadi ? laluilah dengan hikmah (wisdom) kerana .. hidup ini perlu diteruskan.

Anonymous said...

begitu byk dugaan dan cabaran dlm mendidik anak2 skrg...yg pastinya dlm mendidik anak2,ia bknlah warisan turun temurun ttp kita harus sama2 bkongsi mencari ilmu dlm mbsrkan anak2 kita...insyaAllah

jimi said...

saya terbaca dan singgah di blog ini. salam. saya seorang guru. semoga banyak lagi bapa seperti saudara penulis. jemput baca pengalaman saya sebagai guru di blog saya.

irman_rahs said...

selamat hujung minggu la... man nak komen pun baik dlm blog je..kat sini panjang sangat kot..hehe...beruntung la muiz dapat abah mcm ni...

arsaili said...

salam abah...saja nak berkongsi, tiada pengalaman lagi tapi melalui pemerhatian. Kemungkinan muiz rasa terabai kerna kehadiran org baru...tidak sedekit pasti ada. Ingin orang ambik peduli maka dia akan demonstrate perangai dia...kalau bole try involve kan dia dgn adiknya..agar dia berasa menjadi seorg abg dan at d same time merapatkan hubungan dua beradik. Rasanya memukul tidak salah tapi pukul la bahagian kakinya...dan sebaiknya jgn lakukan dalam kemarahan. Pesan la kat umi atau pengasuh, kalau kita tengah marah, ask them to stop us coz kita tak mahu melaku perkara yg dikesali. Ramai kes penderaan terjadi kerna tak tahan marah sehingga tidak terasa memukul tubuh si kecil sehingga parah. Dan pernah sy terbaca pasal berhadapan dengan anak - sikap adil dan jgn membandingkan anak2 another good issue yg bagus di baca sebab si kecil semakin membesar...

Sharifah Hassan said...

Salam,

Membesarkan anak-anak memerlukan ilmu dan kekentalan dalam disiplin!

Kesabaran adalah pendinding yang bakal menyelamatkan mereka dari banyak kesilapan kita!

Abah Mui'zz said...

axim, abah sihat alhamdulillah. Harap axim pun sihat juga insyaAllah.

Jeff, kita berkongsi posisi yang sama, dan mungkin berkongsi rasa yang sama dalam mendidik anak. Semoga proses ini akan mematangkan kita menjadi hamba Allah yang lebih tawadhuk. terima kasih atas saranan.

anonymous, abah bersetuju dengan anda.

jimi, terima kasih sudi singgah. Abah yakin jimi antara guru yang sentiasa berusaha untuk kebaikan anak didiknya, insyaAllah.

irman, komenlah, akan abah baca komen man diblog nanti.

arsaili, satu nasihat yang sangat berguna. terima kasih banyak2 bro.

sharifah, sangat setuju. bapa perlu punya ilmu, dan kesabaran.

Mohd Sufri Yakup said...

salam abah. ezam yakin abah seorg abah yg baik utk muizz. beruntung muizz.

ezam sentiasa berdoa kesejahteraan abah dan keluarga.

ezam harap suatu hari nanT ezam akan jumpa muizz.

ezam nk sentuh ckit tntg apa ust tu ckp..

kdg2 ezam tgk segelintir ust2 ni nk berlawak dgn anak2 di skul. smpi mrka guna pktaan mcm tu.

malah ada seorg ust yg ezam knl dia suka dok guna pktaan sumpah seranah, bodoh dsb kat student.

ini menhilangkan kredibilti mereka sdkit sbyk. dan inilah bukti x semstinya glgan ust ni btl shj. ( dh lain dah ezam ckp ni)

ksimpulannya, sbg seorg guru, ezam akan didik anak murid mcm ezam akan didik & impian utk anak ezam sndiri.insya Allah.