Wednesday, December 31, 2008

Cerita tentang dengar vs cakap...

Semalam, ada dua adik menegur abah kenapa dah lama tak mengepek. The truth is, abah ketiadaan bahan untuk mengepek. Walaupun bercuti hingga 5 Jan nanti, idea macam takde yang singgah. Kertas exam yang beratus2 nak disemak tu, tak sentuh sekeping pun lagi. Masak ler 2,3 hari ni nak perabihkan semua skrip tu.

Apapun, semalam bersembang dgn sorang kawan baik. Dia meluahkan sesuatu, dan abah sebagai abah, yang memang kalau bercakap tak reti nak naik lampu merah, memainkan peranan yang sama semalam. Hingga akhirnya, sahabat tadi kata, "Bro, saya cuma meluahkan je apa yang saya rasa." Dan ayat itu secara otomatiknya buat abah tersedar. Abah baru sedar yang dia cuma bercerita, dan abah pulak memandai2 cakap itu dan ini, kononnya untuk beri pendapat, walhal kawan tu tak sebut pun nak mintak pendapat abah. Aduihhhh, abah. Apalah abah ni.

Kenapa la selalu lupa, bahawa sebagai kawan, sebagai sahabat, kita perlu "listen more, speak less". Abah dah belajar benda tu waktu degree dulu, tapi selaaaaaalu lupa. Khilafnya abah. Semoga sahabat2 maafkan kekhilafan abah yang satu itu, jika ada abah terbuat pada sahabat. Sebab dalam berbicara samada secara bersemuka atau maya, kebanyakan kita hanya mahu pihak yg satu lagi mendengar apa yg kita ingin kata. Dan kita akan minta pendapat jika kita mahukan. Tapi bila pihak yg satu lagi itu pulak yang melebih2 bercakap, memang potong stim la kan. Ekekekeke.

Takpe, sempena tahun hijrah yang baru, dan juga tahun masihi yang baru esok ni, abah kena buat satu azam bin tekad la, bahawasanya abah tak nak bercakap dan menulis banyak2 lagi. Abah akan cuma mendengar dan membaca bicara dan luahan hati kawan/sahabat. Bahawa abah cuma akan memberi pandangan dan pendapat bila diminta sahaja. Boleh? Entah, abah rasa susah. Sebab azam2 tahun2 yg lepas2 tu, rasanya terlalu banyak yg tak terbuat pun. Bukan tak termampu, tapi sebab takde usaha nak membuatnya.

Bercakap tentang azam, cukup la itu satu je azam abah kali ini. Harap2 Allah mudahkanlah bagi abah untuk menunaikannya, demi kelangsungan dan kepanjangan perhubungan abah dengan sahabat2 semua.

Nak menyentuh sikit isu Gaza. Sedih sgt tengok apa yang jadi pada saudara2 kita disana. Mereka menangis merayu bantuan kita semua, tapi kita semua tak mampu nak membantu. Sangat tidak mampu. Sebabnya? Anda fikirlah sendiri. Nak harapkan pemimpin-pemimpin, mereka hanya mampu taip dan faks surat bantahan dan kecaman sajalah. Dan kita sendiri, disebalik sedih dengan apa yg terjadi pada saudara seagama yang dihina dan diseksa disana, kita masih sempat mengubati kesedihan dengan menyokong perkembangan ekonomi Isreal laknatullah itu. Masih sempat makan burger McD, masih sempat beli barang di TESCO, masih mampu hilangkan dahaga dengan Nescafe ais. Memang kecik sangat usaha kita kalau setakat nak boikot barang2 itu. Tapi yg kecik itupun kita tak mampu nak buat.

Berdoalah wahai sahabat, semoga Allah beri mereka kekuatan untuk melawan musuh dan menuntut hak mereka. Dan semoga Allah datangkan semula semangat ukhuwah dan saling bantu membantu sesama Muslim dalam hati kita semua.

Monday, December 22, 2008

Cerita tentang KK...

Salam sahabat. Sekarang ini sedang menunggu flight ke KL di airport baru KK yang nampak canggih dan cantik ini. Sementara tunggu depa panggil masuk, sempat la rasanya kot mengepek satu post. Bukan ada apa pun, sekadar nak bercerita apa yg berlaku pada kedatangan abah ke KK kali ini. Kerja macam biasa la kan. Tak nak bercerita tentang itu.

Sabtu malam selepas habis kerja, rakan pejabat bawa abah ke majlis makan malam anjuran alumni chapter sabah di Shangrila Tanjung Aru. Kali pertama abah ke sini, dan boleh tahan juga tempatnya. Ada 2 perkara yg menarik tentang dinner kali ini. Pertama, makanannya sedap. (Itu yg penting kan, nama lagi majlis makan2). Keduanya, abah boleh terima persembahan yang diberikan, kerana persembahan hanya tertumpu pada tarian kaum2 unik Sabah, yang abah jarang sangat dapat tengok (apatah lagi secara live). Yang paling best tengok depa menari yang guna buluh tu ler. Hebat juga depa nih. Sebab kalau tak kena gaya, boleh hancur kaki terkepit batang buluh tu (ini kata Abu Bakar Elah).

Abu Bakar Elah sebagai seorang yg abah kenal kerana rambutnya, pada malam itu menunjukkan pada abah yang dia sememangnya seorang entertainer yang baik. Dia boleh menyanyi, berlawak, bercakap dengan baik, dan dalam cara yang menghiburkan. Oleh kerana tekak abah tak berapa sihat, maka tak boleh la nak gelak lebih2 waktu dia buat lawak. Sengih saja ler yg mampu.

Adam AF juga tidaklah mengecewakan sangat. Boleh la. Abah bukan minat Adam pun, tapi ok la persembahannya malam itu. Tapi satu insiden yg tak boleh abah lupa;

ABE: Adam, ko tahu ka kalau aku masuk universiti, apa bidang aku mau ambil?
Adam: Tak tahulah bang. Bidang apa?
ABE: Sains. Sebab aku mahu cari formula yg boleh naikkan ketinggian aku ini. Ko pun aku tahu sesuai ambik bidang apa kalau masuk universiti.
Adam: Bidang apa bang?
ABE: Bidang solekan.
Adam: Solekan? Kenapa?
ABE: Sebab ko cantik, dan sebab ko macam pondan.

Dan ketika ini, memang gamat la dewan makan tu. Kesian Adam, merah padam mukanya. Abah memang kesian dia, tapi abah pun tak boleh nak tahan rasa nak gelak juga. Tapi abah tahu, Adam tahu yg ABE cuma bergurau saja dengan dia. Biasalah kan, jadi MC untuk majlis2 sebegitu, kadang2 kena jenis cakap lepas macam itu juga. Kalau sopan santun sangat pun, nanti jadi bosan pula majlis.

Ahad malam, lepas balik kerja. Irman datang jemput abah dihotel, dan bawa abah makan malam sambil ditemani cahaya lilin (romantik abih tu) kat tepi pantai. Terima kasih banyak2 Man. Makanannya sedap, dan abah kenyang. Terima kasih sudi belanja, walaupun abah tahu, kopak juga beg duit tuh. Dan terima kasih juga sudi temankan abah makan, serta bersembang2 tentang macam2 benda.

Terima kasih juga sebab sudi hantar abah ke airport sekejap tadi, disebalik kesesakan jalanraya, dan terkejar2 waktu kerja. Abah sangat-sangat hargai. Allah saja yg boleh balas budi baik Irman pada abah.

Oklah, sampai sini saja. Cek mek molek kat kaunter tu dah suruh masuk kapal.

Sampai juga lagi nanti, insyaAllah.

Friday, December 19, 2008

Cerita tentang cinta suci...

Salam sahabat. Sekarang tengah membunuh waktu (kata orang la), tapi abah tak tahu membunuh waktu tu macamana. Agaknya dengan melepak kat KFC di KLIA nih, layari Internet, baca blog kawan2, dan tak buat sebarang kerja berfaedah, itulah kot yg dinamakan membunuh waktu.

Memang betul abah tak buat satu kerjapun sambil2 tunggu flight ke KK kejap lagi ni. Dok berchatting, dan duduk baca emel2 yg tak sempat bak baca kebelakangan ini. Dan bercakap pasal emel, ada satu emel yang menarik hati abah untuk dikongsi dengan anda. Mungkin anda dah baca, atau mungkin tak minat pun nak baca, tapi abah tetap nak tempek juga emel tu disini.

CINTA SEORANG SUAMI...

Based on True Story (abah tak tahu tahu how true is this story)

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak..disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA Maha Mendengar...

Satu je yg abah nak cakap: I wish I could be like Pak Suyanto. Yang mampu memiliki cinta yang cukup suci, kerana Allah. Dan abah tahu abah kena struggle betul2 untuk jadi macam itu, sebab ujian2 persekitaran sangat hebat sekarang ini. Semoga Allah mudahkan, insyaAllah.

Wednesday, December 17, 2008

Cerita tentang bantuan...

Post kali ini adalah post istimewa bagi memaparkan rayuan dan sekaligus memohon jasa baik anda untuk menyumbang sedaya yang mampu. Abah tidak ada kaitan secara rasmi dengan apa yang dipaparkan, cuma ingin menyumbang sedikit upaya sebagai hamba Allah yg telah banyak menikmati keindahan hidup yg Allah bagi.

Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - Kg Baru Flat tinggi pasar minggu Kg Baru berdekatan Stesyen LRT .

Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu oleh Ustaz Fadzli , seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqah yang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu dimasjid-masjid serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta .

Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik anak-anak tahfiz dan tahfizah nya. Pada masa ini terdapat 51 orang pelajar lelaki dan perempuan disamping 5 orang ustaz dan ustazah sepenuh masa. Dengan perbelanjaan lebih RM35,000 sebulan adalah sesuatu yang agak berat bagi madrasah ini untuk terus bergerak tanpa bantuan dari orang ramai. Oleh yang demikian kami merayu anda untuk sama-sama menghulurkan bantuan terus kepada Madrasah Al-Yamani Kg. Baru , Kuala Lumpur .

Untuk menghulurkan bantuan boleh terus hubungi Ustaz Fadzli 019-3838730

Akaun Bank Islam Berhad - Madrasah Alyamani - 1415-3010-0014- 53.

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
(No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.

Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Rumah-rumah tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah Kajang , Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana'ah Gombak, Kuala Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

Sumbangan Melalui Maybank2U

Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.

Sumbangan Melalui CIMBClick

Caranya ialah :
1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit


Pengerusi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Saya Kamarudin Abdullah selaku Pengerusi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa dan seorang bekas penganut agama Keristian telah menjalankan aktiviti Dakwah dan Kebajikan sudah hampir 18 tahun di negeri Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya. Alhamdullillah sambutan dari non muslim dan saudara baru amat menggalakkan.

Aktiviti kami terdiri untuk kanak-kanak hingga orang dewasa. Di antaranya adalah dari Public Talk hingga seminar serta berdakwah secara one to one basis kepada non muslim dan kauselling saudara baru. PUBLIC TALK TERKINI ADALAH SHEIKH YUSUF ESTES BEKAS PADERI DAN PENDAKYAH KRISTIAN DARI AMERIKA SYARIKAT.

Masalah utama kami adalah kekurangan dana untuk menjalankan aktivitinya.

Kami pohon jasa baik Tuan-tuan dan Puan-puan untuk menghulur apa jua bantuan demi membantu Agama Allah yang benar ini.

Segala Bantuan kewangan bolehlah di salurkan di atas nama "Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa atau IPSI.

Akaun No. 557380300023 Maybank cawangan Lebuh Bishop Pulau Pinang.

Bantuan melalui cek bolehlah di hantar ke alamat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa IPSI, CO-33A-GF Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama 10460 Pulau Pinang.
Tel/Fax 04-2274849.

Untuk senarai yang lebih banyak, abah sarankan anda ke info-jariah.blogspot.com.

Sungguh banyak ruang Allah buka untuk kita dalam membantu saudara seagama yang memerlukan.

Monday, December 15, 2008

Cerita tentang Adam dan Hawa...

Semalam, terjumpa lagu baru Samihah, yang boleh tahan sedap jugalah abah dengar. Dan nak dikongsikan dgn anda. Lagunya tentang Cinta Adam dan Hawa.



Terlanjur Samihah dok menyanyi tentang adam dan hawa tu, abah nak juga mengepek sikit pasal majlis makan malam yang abah hadiri bersama ummi malam Sabtu lepas. Majlis makan malam itu adalah majlis anjuran syarikat tempat ummi bekerja. Abah tak la suka sangat nak hadiri majlis2 makan malam sebegini, sebab abah tahu, mana2 majlis dinner, mesti akan lewat tamatnya. Tapi kerana dalam majlis ini, Ummi dapat award untuk Long Service Staff, maka nak tak nak, kena hadiri juga.

Majlis yang OK pada mulanya, dengan keletah MC yang memang jenis cakap lepas, dan kelakar, akhirnya membuatkan abah rasa sesak nafas sedikit. Sesak bila ditengah2 majlis, tetamu dihidangkan dengan tarian sekumpulan "adam yg nak jadi hawa" yang diberi nama London Dolls. Aduhaiiii. Dengan pakaian yg sangat2 menjolok mata (dan pastinya isu aurat tidak dipedulikan oleh mereka ini), mereka buat tarian2 yang pada fikiran abah sengaja untuk melalaikan tetamu.

Abah tak boleh nak komen banyak sebab abah cuma tonton sekejap saja. Oleh kerana terasa sesak nafas dan minda, abah keluar dari dewan itu. Bila keluar, rupa2nya bukan abah saja, hampir 1/3 tetamu lain juga keluar. Dan dari cakap2 yg abah dengar, masing2 meluahkan betapa tidak selesanya mereka dengan apa yang dipersembahkan. Bagaimana nak selesa. Dengan sekumpulan hawa2 palsu ini menyanyi dan berjoget hingga keatas riba tetamu (tanpa minta izin), sudah pastinya akan buat ramai orang tidak selesa.

Bukan setakat duduk atas riba, malah digesel2kan buah bidara palsu itu juga kemuka tetamu. MasyaAllah. Abah tak tengok la yg ini, tapi itu yg ummi cerita. Sedih, sungguh sedih.

Mujur juga aksi2 mereka itu tidak lama. Kerana kalau lama, pastinya abah akan tarik tangan ummi untuk balik saja. Abah bukan manusia baik, tidak. Abah sangat lemah iman, dan abah banyak kelemahan lain. Tapi untuk abah duduk, dan enjoy persembahan melampau hawa2 palsu ini, it is a NO-NO. Abah tahu itu cara mereka cari makan, tapi pada abah, banyak lagi cara lain untuk cari makan. Bukan dengan bergelek, dan tayangkan hampir 80% tubuh badan pada orang lain.

Oklah, tak nak mengepek banyak2, nanti anda bosan pula.

Abah undur diri dulu, jumpa lagi nanti insyaAllah.

Saturday, December 13, 2008

Cerita tentang korban...

Seminggu tak mengepek apa2. Hari ni terasa nak mengepek, tapi bukan ada apa pun, sekadar nak berkongsi apa yang berlaku sepanjang seminggu tak mengepek (yang penting2 sajalah).

Hari Sabtu 6 Dis, kami sekeluarga bertolak balik ke Kelantan. Lepas saja tol Gombak, mak aihhh, beratur panjang kereta. Walaupun meter minyak ada banyak lagi, tapi sebab tak sedap hati, berhenti juga kat BP isi minyak. Sambil isi minyak, sempat juga sembang dgn staf BP tu. Kata dia, "Dari pagi tadi lagi bang jem macam ni." Aduihhhh. Dan perjalanan seterusnya tak perlu ceritalah. Perjalanan yang selalunya cuma ambil 6-7 jam sahaja, kali ini bertukar menjadi 14 jam. Memang masak ler dalam kereta. Rasa nak menangis pun ada, ekekeke, yelah, ini first time kami travel 14 jam. Mengantuk pun ya, letih pun ya, tapi sebab nak teruskan juga, makan go ahead saja la. Sampai la umah mek kat Jelawat tu dalam pukul 3 pagi. Barang semua tinggal dalam kereta, masuk bilik. Alhamdulillah. Mimpi apa pagi tu ek?

Hari raya korban di kelantan macam biasala. Takde la macam beraya sangat, walaupun orang2 luar pakat dok kata, "Meriah kan raya haji kat Pantai Timur". Pada abah yang hampir saban tahun (sejak kecik) beraya haji di Kelantan dan Trg, abah tidak rasa meriah mana. Lepas solat raya (untuk pertama kalinya, abah terlupa langsung bawa Mek ke masjid untuk sama2 solat sunat raya, sungguh abah lupa). Bila balik rumah, baru abah perasan. Waktu tu Ummi kata, "Ngepek Mek abah tinggal dia." Aduhaiii, pagi2 raya dah buat dosa baru kat mak mertua. Apalah punya menantu abah ni.

Lepas makan nasi dagang yg mi masak, abah tukar baju, sebab perlu bergerak kerumah mak saudara untuk sesi melapah lembu. Alhamdulillah, Allah beri peluang abah untuk berkorban tahun ini. Sambil2 melapah daging, terdengar keluhan hati seorang makcik, "Menantu kita kat rumah tu, diajak datang sini, tak mahu dia. Tak biasa kerja2 macam ni katanya." Bila ada sorang pakcik tanya, "Orang mana?", "Orang Johor". Abah tak nak komen apa lah, sebab abah tahu apa si menantu makcik tu rasa. Sebab abah pernah rasa yang sama. Abah ni walaupun orang kampung, tapi bab2 melapah lembu ni, memang takde skill langsung. Memang fail la. Kalau kat umah abah, selamat la, sebab mak tahu abah tak biasa dgn kerja2 macam ini.

Tapi dikampung mertua ni, nak tak nak, kena la buat macho juga sama2 menolong melapah lembu. Dan hasilnya, boleh pun buat, walaupun kekok sikit. Ekekekekke. Tapi itu tak penting, yang penting, pengalaman melapah lembu tu ada, dan sekarang dah rasa konfiden sikit nak bantu orang melapah lembu. Ekekeke. Dan untuk pengetahuan sahabat, ini kali ke2. Harap2 tahun depan ada peluang lagi insyaAllah.

Habis raya, kami ke Pasar Jelawat setiap pagi. Apa lagi, cari makan ler. Dengan anak2 buah yang berbelas orang kat rumah Mek tu, memang terpaksa le cari makan. Dan kali ni abah terjumpa benda baru. Baru abah tahu rupa2nya disini, ada dijual bihun dan mee goreng secara timbang kilo. Ekekeke, kelakar juga bunyinya. Dalam ramai2 orang tu, sempat jugalah abah beli sekilo bihun goreng campur dgn mee goreng. Cukup la untuk anak2 buah. Harganya - RM4.

Hari Khamis, kami balik ke KL. Dan kali ini abah memilih jalan Trg, sebab nak singgah jumpa mak sekejap di Paka. Oleh kerana abah lupa nak bagitahu mak yg abah cuma singgah, maka tak merasalah nasi dagang mak hari tu. Sebab mak cuma sediakan bahan saja, nak masaknya hari Jumaat (sebab mak ingat abah akan bermalam). Kesian mak, beria2 dia siapkan dan beli bahan2 tu semua. Alih2, anak jantan ni kena balik KL juga petang tu. Tak apalah mak, insyaAllah ada cuti lagi, kami akan balik lagi. Dan kali ni, mak kena masak nasi dagang dan laksa untuk abah. Ekekeek. Sebab masakan air tangan mak saja yg abah nak makan, selain masakan air tangan ummi. Ekekeke.

Dalam 2 jam singgah tu pun, sempat juga belasah tapai pulut. Hasilnya, suara abah tiba2 hilang, hinggalah pasa saat abah mengepek ni. Aduihhhh. Punyalah susah nak berkomunikasi time2 macam ini. Dan waktu takde suara inilah juga datang rasa, syukurnya Allah bagi aku suara.

Cukuplah tu kot abah mengepek tentang diri abah. Nanti abah ngepek pasal benda lain pulak, insyaAllah.

Selamat berhujung minggu untuk anda semua. Semoga kasih sayang dan keampunan Allah sentiasa ada untuk kita, insyaAllah.

Friday, December 05, 2008

Cerita tentang loghat...

Irman ada tulis di Msjbox kat bawah tu tentang betapa tergelincir telinganya mendengar orang Terengganu bercakap dalam TV. Itu baru dengar orang biasa Man, belum dengar MB Ganu bercakap lagi. Sebab abah pernah dengar dia bercakap dalam TV pasal isu Proton Perdana hari tu. Alhamdulillah abah dah biasa dgn loghat Ganu, faham la abah apa dia kata. Tapi orang lain? Sebab itu ada satu manusia tu tulis dalam suratkhabar minta MB Ganu itu cakap bahasa yang orang lain faham.

Betul jugalah. Dalam menyokong loghat ibunda pun, jangan dilupa akan orang yg mendengar. Depa pun nak tahu juga apa kita kata kan. Kalau dibantai dalam loghat kampung sendiri, susah la orang lain nak tahu apa kita kata. Kesian la kat depa kan? Abah tak kata nak kena cakap macam orang KL (ada ke cakap KL?) tapi memandangkan semua orang dah belajar silibus Bahasa Malaysia sejak dari Darjah 1, takkan la tak boleh nak bercakap Bahasa Malaysia sewaktu orang temuramah, atau sewaktu bercakap dengan orang yg kita tahu bukan suku sakat kita.

Abah bangga dengan loghat Ganu, tapi itu bukan modal untuk abah menuturkannya dengan semua orang. Tengok dengan siapa abah bercakap la. Kalau dengan org yg abah rasa dia faham, ok jer nak cakap ala2 makang ikang ni kang. Tapi kalau abah rasa dia tak faham, dan dia tak selesa, abah cakap la macamana yg abah rasa dia akan faham.

Dan bercakap soal loghat dan bahasa ni, abah pelik juga bila tengok orang2 kita bercakap dengan cina2 atau india2, kita seboleh tidak nak guna bahasa pelik. Manyak, mulah, talak. Apa bendanya tuh? Padahal cina2 dan india2 itupun orang Malaysia juga. Dan depa pun belajar gak BM waktu sekolah dulu. Tapi nak juga kita cakap melayu ala2 cina dan india bercakap. Mungkin sebab nak dia faham, betul. Tapi kalau cakap BM biasa pun, abah tak rasa dia tak faham. Tak perlu la nak pelatkan bahasa melayu kita tu, atau cuba nak cakap apa2 cina+english. Pelik bebenor abah dengar. "I told you oledi what", "No need to write maaa, just draw only".

Tutup bab tu. Nak bukak bab accident yg abah lihat petang semalam. Sepanjang abah memandu dari Tanjung Malim ke Sg Buloh, ada 4 kemalangan berlaku, dan kesemuanya adalah kerana terbabas. Memang betul la kata kawan abah, lebuhraya PLUS dari TM ke KL ni kena hati2 sikit, sebab jalannya licin, terutamanya waktu hujan. Setakat 2 minggu abah ulang alik SB-TM ni, memang banyak sangat kemalangan yg abah dah lihat. Untuk anda yg lalu jalan ni, berhati2lah ya memandu. Jangan bawak kereta tu laju sangat.

Dan bercakap soal berhati2 memandu ni, teringat perbualan maya abah dgn seorang sahabat beberapa hari lepas.

Sahabat: Hati2 bawak kereta balik nanti.

Abah: InsyaAllah. Saya pun sayang juga kereta tu bro. Tak nak apa2 jadi kat dia.

Sahabat: Le, ke situ pulak. Orang bukan sayang kereta lah, orang sayang drivernya tu.

Alhamdulillah, ada juga sahabat yang sayangkan abah ya! terima kasih. Ingatkan dah takde sahabat2 yang sayangkan abah. Ekekekeke.

Selamat berhujung minggu, selamat menyambut hari raya AidilAdha dan Selamat bercuti pada yang terlibat. Abah insyaAllah akan balik ke kg Ummi di Kelantan untuk beberapa hari.

p/s: Entah apa kena hari ni, abah lupa banyak benda - lupa nak pakai jam tangan, lupa nak sembut perfume (hangit semacam je pagi ni), dan lupa nak bawak AC adapter laptop abah ni. Sib baik sempat post satu entri ni. :-)

Thursday, December 04, 2008

Cerita tentang syukur...

Syukur..syukur..syukur Ya Allah. Syukur..alhamdulillah.

Tahu bait2 lagu Raihan tu kan? Alhamdulillah.

Abah tahu sikit2 jer, sebab dulu2 masa lagu tu famous, rajin gak la test kesedapan suara waktu tengah basuh baju kat dorm hostel dulu.

Saja nak merepek tentang syukur hari ni. Bukan apa pun, sebab kata Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam radio hari tu, kita ni jarang2 bersyukur sebenarnya. Kenapa tidak? Sebab kita payah sangat nak ucap terima kasih pada orang lain. Untuk orang2 tertentu je kita berterima kasih, tapi untuk orang2 lain, kita tak ucap. Kata DDFK, mengucapkan terima kasih itu sebenarnya satu penunjuk bahawa kita bersyukur dengan apa yang Allah beri, dan Allah sampaikan pada kita melalui orang2 itu. Mamak yang hidangkan teh tarik yang kita pesan, pekerja tol bagi balik duit baki tol yg kita bayar, makcik tea lady penuhkan tin milo kat bilik pantri, isteri kita memasak makanan sedap2 untuk kita, anak kita cakap lemah lembut dengan kita, dan banyak contoh lagilah.

Mungkin orang kata, saya tak ucap dimulut, tapi dalam hati saya ada juga ucap. Ada juga yang kata, tak perlu nak ucap, sebab dah memang itu kerja dia. Abah camna pulak? Abah masuk dalam kategori kadang2 abah ucap, kadang2 abah terlupa ucap. Tapi betul la kata DDFK tu, tak salah mengucapkan terima kasih, kalau bukan kerana orang berbudi pada kita pun takpe, tapi kerana Allah memberikan kepada kita sesuatu yang baik. Kan?

Lepas ni kena pakat2 ucap terima kasih la pada orang2 lain ya? Selain dapat buat dia rasa seronok dalam hatinya (jangan la lelebih plak terima kasih, kang dia riak susah!), kita juga dapat salurkan rasa bersyukur kita pada Allah.

Khutbah Jumaat ari tu di Masjid Jamek Tanjung Malim ni juga ceritakan kisah yang sama. Kata Khatib, bagaimana nak tunjukkan rasa syukur pada Allah? Ialah dengan menjaga dan mempergunakan sebaiknya apa kelebihan yang Allah beri pada kita. Allah beri kita anggota badan yang cukup dan lengkap- diberi hidung, mulut, lidah, telinga, otak dan akal, segalanya lah. Cuma soal wajah cantik ke tidak tu, abah tak nak komen la kan, sebab wajah cantik atau tidak tu, hanya pada mata yang memandang. Kan? Ke tak?

Kata khatib lagi, kita manusia ni jarang bersyukur. Sebab kita tidak gunakan apa yg Allah beri itu untuk memperbaiki hubungan dan ibadah kita dengan Allah. Lebih teruk lagi, anugerah Allah itu kita gunakan untuk melakukan maksiat dan menuju jalan kekufuran. Dan khatib sebut jugalah tentang anugerah2 Allah itu akan satu ketika nanti menjawab bagi pihak kita dihadapan Allah SWT, samada kita bersyukur atau tidak dengan pemberianNya itu.

Itu sajalah kot dulu. Semalam kami sekeluarga menyaksikan fenomena alam ciptaan Allah yang dipanggil orang fenomena Langit Tersenyum. Ia berkaitan dengan pergerakan dan kedudukan bulan dan planet Jupiter serta Venus. Subhanallah, agungnya kekuasaan Allah.

Venus, Jupiter and the crescent moon gave
a treat to astronomers all over the world.
This picture was taken by Martin Cooper in Bangkok, Thailand.


p/s: Ada orang jawab ucapan terima kasih dengan "sama-sama". Ada juga yang balas dengan, "kasih diterima." atau "sama-sama kasih". Camna tuh?

Wednesday, December 03, 2008

Cerita tentang kerja gila...

Malam tadi, abah dan ummi buat 2 kerja gila. Opsss, kalau anda terfikir kesitu, stop. Bukan kerja gila berkaitan yang itu ya!

Tapi kerja gila lain. Nak tahu? Kalau tak nak, jangan baca! (Walaupun abah tahu anda akan baca :-))

Petang semalam, lepas isi minyak kat Shell (ini lagi satu, gara2 tak baca blog PaulTan petang semalam, abah tak tahu minyak dah turun 10 sen hari ni - dah rugi RM4), kami ke klinik kanak-kanak di Kelana Jaya. Sebabnya Muizz demam. Oleh kerana ramai sangat pesakit yg menunggu, maka abah beli ubat saja untuk Muizz. Lepas abah singgah solat di KJMC, kami ke Kota Damansara, sebab ummi nak beli sikit barang untuk ofis dia.

Dan disinilah bermulanya kerja gila kami.

Masuk saja Giant KD, ternampak Secret Recipe. Muizz apa lagi, demam punya pasal, terus mintak nak makan Classic Cheese Cake di SR. Dan kerana nak memenuhi permintaan orang sakit, maka kami masuklah ke SR. Dah terlanjur masuk, maka abah dan ummi pun pesan jugalah makanan untuk kami. Bila makanan dah sampai, si Muizz pulak kata tak nak makan, sebab demam katanya. Ummi pulak dah makan sikit, kata kenyang. Maka nak tak nak abah terpaksa juga habiskan makanan2 tuh. Bukan 1, tapi 2 makanan. 1 pinggan chichken mushroom, dan 1 mangkuk tomyam koong. Sedap memang sedap la, tapi perut pun sedap juga membuncitnya. Brpppp, alhamdulillah.

Bila mintak bil, tu dia - RM91. Mampuih (sori ler tersebut). Tak pernah2 kami makan sebanyak itu, tetiba malam tadi makan sampai dekat seratus ringgit. Hahaha, memang kerja gila.

Lepas makan, terus masuk Giant, cari barang2 utk ofis ummi. Waktu nak bayar, tengah beratur, tetiba ada staf Giant datang, dan bawa abah ke kaunter lain. "Tak payah beratur" katanya. Alhamdulillah. Lepas keluar Giant, kami balik terus la. Abah dah perasan si Azim menguap banyak kali. Ummi pun ada cakap yang dia tak ada mood nak tengok baju baby (yg selalunya suka saja dia tengok). Mahu tidak, masuk keta, tengok jam. Pukul 11 malam. Aduihhhh, pukul 11. Ini memang sah2 kerja gila. Patut la staff giant tu suruh tukar kaunter bayaran, depa dah nak tutup rupanya. :-)

Tak pernah2 kami ke tempat shopping sampai pukul 11 malam, dan malam tadi kami buat.

Abah tak tahulah, inikah yang dikatakan buang tebiat, atau memang kerja gila, atau mungkin satu petanda untuk kami.

Apapun, lepas ni tobat tak nak buat dah.

Tuesday, December 02, 2008

Cerita tentang ke'hilang'an...

Semalam, ada seorang sahabat terkisah pada abah tentang pemergian sahabat baiknya. Pemergian yang agak mengejutkan. Pergi yang buat sahabat abah itu terkilan. Terkilan kerana mereka berdua sepatutnya bertemu sewaktu sahabat abah balik kg hari tu. Namun takdir Allah mereka tidak bertemu.

Dan sahabat tadi berulang kali meluahkan betapa dia terkilan. Dan sebab itu dia dok tertanya2 diri sendiri kenapa dia tak berusaha untuk bertemu dengan arwah sewaktu mereka berjanji untuk bertemu. Dan abah cuma boleh kata, "Kerja Allah. Bila dia kata jadi, maka jadilah. Walaupun mungkin ada kesilapan kita tidak berusaha berbuat sesuatu, tapi jangan kita tolak akan takdir Allah." Ada sebab Dia tidak temukan sahabat itu dengan arwah. Dan hanya Allah saja yang lebih Mengetahui. Cumanya, jangan pemergiannya sekadar perginya dia dari kita. Semoga perginya dia, membuat kita akan lebih kuat berusaha untuk jadi manusia lebih baik, kerana itu pun mungkin antara keinginan sahabat yang pergi itu - untuk melihat kebahagiaan kita dan untuk melihat kita jadi manusia lebih baik, cuma dia tak mampu menyaksikannya didunia fana ini.

Dan sahabat abah tadi itu kata, jadi sedih bila dengar lagu Hijjaz yang satu ini. Dan abah perlu bersetuju dengan itu, untuk yang kehilangan sahabat permata hati, lirik dan lagu ini pasti sangat memberi kesan. Tapi disebalik kesedihan akan pemergian mutiara hati kita itu, jangan dilupa pesan2 dalam lagu ini juga, "Moga amanlah dan bahagia dikau di sana. Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan. Moga di sana kau bersama para salihin"

Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati...

p/s: Bro, takziah atas kehilangan Azwan Ahmad. Semoga rohnya akan senantiasa dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah.

Friday, November 28, 2008

Cerita tentang Honda City 2009...

Salam sahabat,

Hari ni tak ada cerita nak diepekkan. Sekadar nak berkongsi beberapa perkara.

1. Abah ada beli CD Zikir dan Doa Selepas Solat, dan abah rasa CD ini sangat bagus untuk didengari. Kalau sahabat mampu untuk beli, abah sarankan beli CD yang original. Tapi kalau masih belum mampu, dan nak dengar juga [dan delete selepas dengar], maka disini abah kongsikan dengan anda. Harap2 Hazamin dan InTeam tak marah abah.
  1. Zikir 1
  2. Zikir 2
  3. Al Fatihah
  4. Zikir 3
  5. Zikir 4
  6. Surah
  7. Zikir 5
  8. Doa lepas solat
  9. Doa Penutup
2. Dengar2 berita, Honda City 2009 akan dilancarkan pada 18 Disember 2008 nanti, dan sekarang ini, depa tengah promote kereta baru tersebut di laman web Excitement in the City. Kalau anda rajin nak explore(mana tahu kot2 dapat iPod free nanti), maka layarilah laman tersebut. Abah suka nak share dengan anda bukan sebab abah nak promote City baru tu, tidak. Tapi sebab abah rasa kaedah yang Honda guna untuk promote City baru tu menarik. Menarik macam mana? Kena klik pada link kata atas tu. Kalau nak beli City tu pun ok juga, boleh abah tumpang naik City anda nanti. :-)

3. Masih ingat dengan cerita tentang uang dan urusannya? Abah ada buat update sikit pada entri itu dengan menyertakan satu aplikasi Excel yang boleh sahabat2 gunakan untuk menilai kedudukan kewangan. Boleh dimuatturun di entri itu, atau disini.

Selamat berhujung minggu esok dan lusa. Jumpa lagi minggu depan insyaAllah.

Thursday, November 27, 2008

Cerita tentang manusia keji...

Petang semalam, balik dari UPSI, abah singgah gunting rambut dikedai Abg Basri. Sambil2 tunggu giliran abah, abah belek2 suratkhabar. Baca sikit tentang kisah Allahyarham Farhan yang mati akibat dipukul oleh sekumpulan manusia yang tidak ada belas kasihan dalam hati mereka.

Dan bila abah mengomel tentang itu, Abg Basri mula buka cerita tentang kisah pekerja kedai masakan Thai (bersebelahan kedai gunting rambutnya) meninggal sehari sebelum itu. Meninggal kerana asalnya disamun, kemudian diliwat dan dibunuh. Walaupun abah jarang makan dikedai tu, tapi abah tahu arwah yang meninggal tu. Tahu kerana dalam ramai2 pekerja, arwah seorang saja yang lembut perwatakannya. Dan kali terakhir abah makan disitu, arwahlah yang ambil pesanan abah.

Laporan Harian Metro 1
Laporan Harian Metro 2

Betapa keji dan zalimnya manusia2 berhati syaitan ini sekarang ini. Bukan sekadar menyamun (harta apa lah yang ada pada seorang pekerja kedai makan, hingga dia disamun) ,tapi dibogelkan, diliwat, dan akhirnya ditetak dengan parang hingga mati. Paling menyayat hati, sewaktu ditemui, arwah masih bernafas. Abah tak tahu la apa perasaan keluarganya di Thailand itu bila anak yang datang ke Malaysia mencari rezeki, balik dalam keadaan tidak bernyawa, dan badan yang penuh luka. Hanya akibat perlakuan manusia2 keji itu.

Abah percaya sangat ini bukan kes terpinggir, kerana saban hari berita orang disamun, diragut, dipecah rumah, dibunuh terpapar diakhbar. Bukan dunia yang makin kejam, tapi manusia2 iblis inilah yang kejam. Yang hanya inginkan duit mudah, dan kerana itu, nyawa manusia lain tidak ada nilainya pada depa.

Sebab itulah abah setuju sangat kalau penjenayah2 ini ditembak mati oleh polis. Kalau dah sah itu penjenayah yang banyak lakukan kekejaman, maka tembak mati sajalah bila ada peluang. Tak perlu nak sumbat dalam jel dan jalani perbicaraan. Hanya membuang masa dan RM sahaja. Dan abah rasa ahli keluarga penjenayah2 ini pun tidak ralat kalau anak depa mati ditembak polis.

Minta maaf kalau abah agak terlebih emosi hari ini, tapi sungguh, abah sedih dengan apa yang terjadi. Semoga roh arwah Farhan, dan arwah Mohd Kamil ditempatkan Allah dikalangan roh2 mereka yang dikasihiNya.

Dan semoga Allah menjahanamkan juga manusia2 keji itu dari muka bumiNya ini.

Wednesday, November 26, 2008

Cerita tentang teguran...

Malam tadi, sewaktu abah bawak famili makan sate di Gerai Sate Subang kat Kuang tu, ada insiden yang buat abah terkedu sekejap.

Dan insiden ini tak lain adalah disebabkan oleh anak jantan abah.

Muizz: Abah nak tahu tak?

Abah: Apa dia?

Muizz: Abah ni kan, suka betul cakap kasar dengan orang tau!

Abah: Ya ke abah cakap kasar? Abah cakap kasar dengan sapa?

Muizz: Tadi tu abah cakap kasar dengan Ummi. Tak baik tau!

Dan abah takleh nak cakap apa. Memang betul apa yang dikata. Cuma abah tak pernah sangka Muizz akan tegur abah macam itu. Memang sebelum dialog itu abah ada tercakap sesuatu yg agak kasar pada Ummi, walaupun pada abah tidaklah kasar mana (haha, nak cover la nih!).

Dan pagi tadi,

Abah: Abang rajin tak? Kalau abang rajin, tolong start enjin keta boleh?

Muizz: Abah ni, suka betul tanya macam tu. Lain kali jangan la tanya camtu, abah cakap je, "Ahmad boleh tak tolong start enjin keta." Kan senang.

Dan sekali lagi abah terkedu.

Adakah abah yang salah, atau anak jantan abah telah mewarisi sifat abah yang suka berleter?? Ohh tidak!

Apapun, abah hargai komen ikhlas dari Muizz, sebab abah tahu, ada antaranya yang betul. Yang bukanlah abah terlepas pandang, tapi abah selalu lupa. Terutamanya bab bercakap kasar. Sejak kahwin, hinggalah sekarang, nada abah tetap kasar pada keluarga. Walaupun abah rasa dah lembut. Kalau dulu bolehlah abah buat alasan abah org Ganu yang sememangnya kasar bunyi percakapannya, tapi sekarang ni dah tak boleh la nak buat alasan sama, sebab kata Ummi, adik beradik abah kat Ganu tu tak pulak bercakap kasar cam abah. Ekekeke. Aduihhhhhh.

Pagi tadi, Dato Dr Fadzilah Kamsah kata, pasangan yang bahagia sepatutnya boleh senaraikan 15 persamaan antara mereka. Dan abah ajukan pada Ummi soalan yang sama. Balas Ummi, "Boros, kuat makan." Aik, 2 jer. Mana lagi 13. Aduihhh, sah sah la kami ni pasangan tak bahagia. Hehehehe. Abah pun tak tahu nak senaraikan apa. Nak kena fikir la malam nanti sebelum tidur, insyaAllah.

Abah tinggalkan anda disini. Semoga kasih sayang dan rahmat Allah akan sentiasa bersama kita, insyaAllah.

Monday, November 24, 2008

Cerita tentang sms...

Sewaktu dalam perjalanan balik dari Kluang hari Jumaat lepas, abah terima satu sms dari seorang adik. Kandungan smsnya adalah seperti berikut:

Ketika ibumu ttdr LeLap, cba pndg dia dLm2..
BygKn,mtAnya tdk akn tbka utk sLmanyA, Tgnnya tdK Lg mgHpuS air mta,dN tiadA Lg naShat yg sLma ini sring daBaikn.
BygkN ibu sdh TIADA. Apakh kmu sdh mbhgiakN diA Yg sLLu mbhgiaknmu,mnuhi khndakmu?
Apakh kmu prnh bfkr? Btpa bsar pngorbnannya?
Krim sms ni kpd 10org,klu kmu trmsuk org yg syg pd ibu.
AMANAH..

Komen abah:-

1. Abah sekarang ni pelik betullah dengan tulisan sms budak2 sekarang. Kalau tak kerana bunyinya yang agak "biasa" didengar, memang sah2 abah takkan faham apa yang ditulis. Abah pun kesian kat Muizz. Setiap kali sms masuk dalam henpon abah, tiap kali itulah dia nak cuba baca, dan dia tak dapat baca. Sebabnya, ayat yang ditulis bukan ayat yang dia belajar di sekolah. Akhirnya, "Susah la nak baca mesej abah ni." Abah faham yg sms ni terpaksa guna shortform perkataan, untuk mengelakkan hantar sms berjela2, tapi kalau dah nak membaca pun tergeliat biji mata nak memaham apa yg ditaip tuh, tak ke naya. Teringat kata seorang sahabat senior sepejabat abah. Katanya, "Saya kalau student jawab exam ada shortform2 macam depa tulis dalam sms, memang saya takkan bagi markah tinggi." Tang tu abah tak boleh nak komen apa la kan, sebab sahabat itu seorang ahli bahasa Melayu. Ekekekke.

2. Abah tak berkenan betul bila ada sms yang menyebarkan perkara kebaikan, diminta sipenerimanya pula menyebarkan kepada sebilangan orang lagi. Dan selalunya siap bagitahu, 10, 5, 7 atau beberapa orang. Bukan tidak berkenan soal nak sebarkan, tapi pantang betul abah bila sipenghantar nyatakan jumlahnya. Abah tahu bahawa sipenghantar tu cuma menyebarkan sms tersebut, tapi abah tak faham kenapa depa ni tak boleh nak berfikir sedikit sebelum menyebarkan sms sebegitu. Mesejnya bagus, alhamdulillah. Tapi kenapa nak sebarkan kepada 10 orang, kenapa tidak 1 atau 100 atau 70 orang? Ilmu agama abah memang cetek, tak abah nafikan itu, tapi setakat yg abah belajar, belum pernah lagi ada ilmu yang menyuruh sebarkan kebaikan pada bilangan orang yang tertentu sahaja.

Bukan setakat suruh sebarkan pada sebilangan orang sahaja, siap ugut lagi pulak tu. Kononnya, kalau anda sayangkan ibu, sebarkan sms ini pada 10 sahabat lain. Adakah abah tidak sayang ibu kalau abah tidak sebarkan sms ini? Adakah abah tidak sayangkan ibu kalau abah memilih untuk sebarkan sms ini pada 15 orang, dan bukan 10 orang?

Abah tak tahu. Tapi abah minta pada sahabat2 abah yang seringkali terima sms2 sebegini supaya baca, fahami, dan fikir sejenak sebelum disebarkan pada orang lain. Kalau anda memilih untuk menyebarkan, apakah niat dan tujuan anda? Kalau anda berniat untuk berkongsi benda baik, alhamdulillah. Tapi kalau berniat untuk buktikan anda sayang ibu, abah rasa ini bukan caranya. Ibu anda takkan tahu pun anda sebarkan sms sebegini pada 10 rakan baik anda. Tapi sekiranya selepas baca sms itu, anda telefon ibu, bertanya khabar dan ucapkan bahawa anda sangat kasihkan mereka, itu baru betul. Dan kalau betul nak sebarkan, tengok balik isi kandungannya, jangan main forward saja. Sebab kalau tersalah forward pada abah, dan kena pulak mood abah tak berapa baik hari itu, akan rajinlah abah membalas sms sinis pada rakan2.
Hahaha, jangan ikut resmi abah yg ini tau! Nanti lari semua kawan2.

Sekejap tadi njuga abah terima emel yang mengatakan bahawa amalan membaca Salawat Syifa' adalah syirik. Nauzubillah. Abah tidak tahupun itu syirik. Dan itulah antara salawat yang abah gemar lagukan untuk Azim dan Muizz. Takut juga bila baca yang amalan itu syirik. Oleh kerana abah tidak faham kenapa dikatakan syirik, abah menyelusuri laman web Dato Dr Haron Din berkenaan isu ini: Penjelasan tentang kekeliruan Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah, dan abah terima penjelasan Tuan Guru bahawa amalan membaca Salawat Syifa' tidak syirik seperti yang dikatakan. Cuma abah agak takut juga bila soal2 macam ini diperjelaskan sebagai syirik oleh satu pihak, dan satu pihak lagi kata tidak syirik. Abah yang cetek agama ini, seolah2 tersepit antara dua fahaman ini. Tapi abah memilih untuk menerima mana yang akal dan hati abah kata betul dengan penjelasan mereka. Semoga Allah ampunkan abah, dan semoga Allah pelihara hati abah supaya tidak berpaling dariNya. Dan abah doakan yang sama untuk anda.

Wednesday, November 19, 2008

Cerita tentang Madagascar 2...

Hari ini abah cuti. Sebabnya nak habiskan cuti, dan juga nak servis kereta. Dan memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, maka abah heret juga anak jantan abah ke tempat servis kereta.

Habis je servis kereta, yg mengopakkan dompet abah sebanyak RM350, abah bawa Muizz ke 1-Utama. Bukan nak shopping, tapi sebab abah dah janji dengan dia minggu lepas nak bawa dia tonton Madagascar 2. Kebetulan hari ni Rabu, dan harga tiket murah sikit, maka kami pun dapatlah tonton Madagascar 2. Penuh jugalah panggung dengan mak ayah dan anak2. Maklum sajalah, cerita animasi, dan budak2 pulak bercuti sekolah.

Apa komen? Pada abah, M2 adalah cerita yang menghiburkan. Banyak juga adegan yang buat abah dan Muizz ketawa, dan banyak juga adegan yang menyedarkan abah. Tak terkecuali adegan2 yg abah rasa agak kurang sesuai untuk budak2 macam Muizz. Cuma abah tertarik dengan adegan2 yg menyedarkan tu la. Betapa dalam animasi untuk kanak2 itupun ditunjukkan betapa dalam perhubungan (baik persahabatan dan perhubungan suami isteri), meluahkan apa yang ada dalam hati itu perlu. Bukan luahan negatif, tapi luahan positif. Maksudnya, kalau kita hargai kawan, kena cakap pada dia yg kita hargai dia, betapa dia sangat istimewa dalam hidup kita. Dan kalau kita sayang isteri kita, dan betapa uniknya diri dia, dan betapa dia penting dalam hidup kita, luahkanlah. Tidak perlu luahkan selalu, asalkan dia tahu apa nilai diri dia dalam hati kita. Kalau anda tonton animasi ini, anda fahamlah adegan mana yg abah maksudkan.

Itu sajalah kot bahan untuk dikongsi hari ini. Esok, abah akan heret Muizz ke Kluang dan Batu Pahat pula selama 2 hari. Abah ada kerja disana, dan Muizz nak ikut, maka kenalah bawa. Sebab tadi sewaktu memandu balik dari 1-Utama, Muizz tanya abah, "Abah, abah tahu tak bila "musim kebosanan"?. Abah kata tak tahu, dan abah tanya dia apa tu musim kebosanan. Kata dia, "Musim kebosanan tu time Ahmad boring sangat. Abah tahu bila? Waktu tengahari.". Abah tanya lagi, "kenapa bosan?". 'Sebabbb, waktu tengahari, nenek (pengasuh) suruh Ahmad tidur, ahmad tak nak tidur." Aduhaiiii, itu ke maksud musim kebosanan. Dan terpaksalah abah jelaskan tentang betapa perlunya waktu tidur tu untuk dia sebagai seorang budak 7 tahun. Dan kerana itu juga, abah nak bawak dia teman abah drive esok ke Johor. Sambil2 teman abah, boleh dia escape "musim kebosanan" dia selama 2 hari, insyaAllah.

Kita jumpa lagi minggu depan, insyaAllah.

Tuesday, November 18, 2008

Cerita tentang sahabat2 lama...

Petang semalam, abah bersembang (abah ni takde kerja ke, asyik bersembang saja kerjanya) dengan seorang rakan pejabat, yang juga sahabat baik abah. Kami baru saja kenal sebulan dua ini, dan abah rasa kami punya chemistry untuk bersahabat baik. Dan seperti yang abah selalu pegang, Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita dengan bersebab. Abah harap kehadiran kawan ini, akan membawa banyak kebaikan pada diri abah, dan juga diri dia.

Kami bersembang tentang kawan, tentang betapa hubungan persahabatan itu perlu dijaga. Abah luahkan padanya betapa dalam kamus hidup abah, istilah persahabatan itu jarang yang kekal lama. Berkawan baik untuk satu tempoh, dan akhirnya, masing2 bawa haluan sendiri. Tidak ada lagi perkongsian cerita, apatah lagi perkongsian masalah. Sibuk dengan urusan sendiri, keluarga, dan mungkin sebab hadir kawan baru yang lain, maka momentum persahabatan itu jadi makin lemah. Hingga pada satu ketika, baru tersedar, "Lamanya aku tak contact dia, apalah cerita dia sekarang ini."

Tapi bila tiba waktu itu, diri sudah malu untuk hubungi sahabat. Padahal, itulah sahabat yang dulunya, saban hari kita mahu jumpa dan berkongsi cerita. Tapi pada kala ini, kita mati kutu apa benda nak dicakapkan andainya kita nak hubungi dia semula. Seperti yang berlaku baru2 ini. Abah terima sms jemputan rumah terbuka dari seorang sahabat yang sudah sangat lama abah tidak jumpa. Abah sekeluarga kerumahnya kerana dijemput hadiri majlis rumah terbuka. Abah duduk tidak lama dirumahnya, kerana dia sibuk melayan tetamu lain. Dan dia seolah2 kekok nak bersembang dengan abah. Abah pun sama, tercari2 soalan apa nak ditanya. Padahal kalau diikutkan, 12 tahun jarak kami tidak bertemu, sudah boleh beri abah ratusan soalan untuk ditanya dan dikorek jawapannya. Tapi masing2 kelu. Dan tidak memeranjatkan apabila sahabat itu kata pada Ummi, "Saya tak tahulah nak bercakap apa dengan dia. Saya jadi segan dengan dia." Abah tidak tahu apa maksudnya, tapi abah rasa abah faham.

Dan selepas itu, kami masing2 sudah tidak berhubungan, walaupun no telefonnnya masih ada dalam HP abah. Untuk mudahkan cerita, call saja lah kan, sembang macam biasa, dan insyaAllah, persahabatan akan kembali tergilap. Memang mudah. Tapi untuk abah, sangat susah untuk dibuat. Bukan sebab abah ego, bukan sebab abah tidak kasihkan sahabat (kerana sahabat sentiasa dekat dihati abah) - tapi sebab abah malu. Hahaha, kelakar sungguh, malu nak telefon sahabat2 bertanya khabar? Betul- abah malu dan bimbang andainya abah dilemparkan soalan, "Aik, takde ribut takde hujan, lepas 12 tahun baru reti nak telefon tanya khabar?" Sesungguhnya abah rasa abah tak mampu nak berdepan soalan macam itu.

Eh, apa abah merepek ni. Abah..abah. Untuk kawan2 dan sahabat2 abah yang mungkin rasa abah sudah 'jauh' dari depa. Anda fahamlah apa yg abah repekkan ini. Semoga anda mampu beri kekuatan pada abah untuk gilap semula persahabatan yang pernah satu ketika dulu menceriakan hidup kita. Sebab dalam minda abah, ingatan silam dengan sahabat2 semua, sangat susah untuk terpadam (dan abah berharap yang ia tidakkan terpadam), walaupun David Archuleta kata, "Memories supposed to fade..."

Abah tinggalkan anda dengan satu lagu David yg abah rasa macam best je dengar.

Wednesday, November 12, 2008

Cerita tentang Tuhan...

Malam tadi, sewaktu Muizz sedang menonton TV, dalam cerita tu, ada watak seorang Rahib (Nun). Muizz pun macam biasa la akan laju saja bertanya.

Muizz: Abah, itu orang yang baru balik dari Mekah ke?
Abah : Tak, itu rahib.
Muizz: Rahib tu apa abah?
Abah: Rahib tu orang perempuan yang mengajar dan mengajak orang-orang menganut agama kristian.
Muizz: Ohhh, dia bukan orang Islam la ya.
Abah: Bukan.

Dan pertanyaan dia terhenti disitu. Alhamdulillah. Risau juga abah sebenarnya takut Muizz bertanya lagi perkara2 yang agak sukar untuk abah jelaskan pada dia. Dan bercakap tentang ini, teringat pada emel yang abah terima bertajuk "Uncle sebelah buat apa tu Abah?".

Kalau anda baca emel tu, anda akan faham kenapa ibu bapa sekarang ini perlu bijak dalam menjawab persoalan anak2. Kerana soalan anak2 sekarang ini bukan soalan2 anak2 zaman abah kecik2 dulu. Kalau dulu, abah tak pernah tanya mak dan ayah tentang tuhan orang cina dan india. Mungkin sebab abah hidup dalam persekitaran melayu sepenuhnya. Tapi zaman sekarang, anak2 abah, anak2 anda semua membesar dalam keadaan sekitaran yang bercampur gaul bangsanya, dan agamanya.

Maka untuk menjawab persoalan, "Apa orang india buat kat Batu Caves tu abah?", kita perlu bijak. Bijak supaya jawapan kita itu betul, dan juga supaya dia tidak keliru akan soal agama ini, dan bijak supaya dia faham akan konsep, tiada Tuhan melainkan Allah.

Dan pengalaman mendengar sendiri jawapan dari kawan2 abah berkenaan ini, abah kadang2 jadi risau. Risau sebab abah rasa ramai antara kita masih tidak mampu menjelaskan soal "tiada Tuhan selain Allah" itu. Mungkin kita faham akan hakikatnya, tapi bila penjelasan kita kabur2, abah bimbang anak2 kita akan keliru. Kalau kekeliruan mereka diluahkan, baguslah. Tapi kalau dipendam, dan mereka pegang itu sebagai keyakinan mereka, haru kita.

Anda tentu nak tahu apa abah jawab bila Muizz tanya, "Apa orang india tu buat kat Batu Caves abah?", kan?

Dan ini jawapan abah.

Abang, orang yg pergi Batu caves tu orang-orang Hindu. Bukan semestinya India. Sebab orang India ramai yang sembah Allah macam kita. Ramai orang2 India yang agamanya Islam macam kita. Orang Hindu yang pergi Batu caves tu, diaorang pergi sana untuk sembah patung. Diorang buat macam tu sebab diaorang ingat patung tu Tuhan, padahal patung tu bukan Tuhan. Tuhan tu cuma Allah saja.

Abah rasa abah dah beri jawapan yang terbaik yang abah mampu, supaya dia faham. Sesuai dengan umurnya. Nanti kalau dia dah lebih pandai nanti, akan abah ceritakan yang lain pula. Tapi abah nak tahu juga pendapat anda, kalaulah anak2 atau anak2 buah anda bertanya pasal Tuhan orang Cina dan India ni, apa agaknya jawapan anda?

p/s: Awal pagi tadi, Muizz bertanya abah banyak konsep yang susah abah nak terangkan pada dia. Antaranya, "liang lahad tu apa?", "perkosa tu apa?". Kenapa dia boleh tanya? Sebab dia dok belek majalah Mastika yang abah letak berhampiran TV malam tadi. Aduhai anak!

Tuesday, November 11, 2008

Cerita tentang hero...

Hari ini, 11 November 2008, genaplah 7 tahun masihi usia anak sulung abah. Dah besar dah anak abah tu. Pagi tadi waktu dia kenakan baju sekolah, dia boleh tanya abah, "Abah, hari ni berapa haribulan?". Abah kata, "11 November". Dia kata lagi, "Hari ni hari apa?". Dan belum sempat abah jawab, Ummi terlebih dahulu jawab, "Hari ni harijadi Ahmad. Happy birthday." Muizz apa lagi, meleret la tersenyum. Abah yakin Muizz tidak sebetulnya memahami apa maksud harijadi. Dia juga belum boleh menghayati apa ertinya umur sudah masuk 7 tahun.

Dan abah tidak berharap sangat dia akan fahami itu, sebab abah dahulu pun, tidak pernah kenal akan erti ulangtahun kelahiran sewaktu abah seusia dia. Apatah lagi untuk faham apa maknanya pada diri abah. Abah akan biarkan Muizz dan Azim faham sendiri satu hari nanti apa maksudnya ulangtahun kelahiran itu. Tapi dalam itupun abah tetap pesan pada dia, "Abang dah genap umur 7 tahun ni, kena lebih behave. Jangan lasak dan nakal sangat. Kena dengar cakap abah dan ummi, nenek, cikgu, ustazah. Abang juga kena lebih fokus bila buat sesuatu". Dan Muizz, angguk sajalah. Abah harap dia akan semat pesanan abah dalam minda dia, dan seterusnya, amalkan.

Pagi ini juga abah ke sekolah KAFA dia untuk tandatangani kad kemajuan. Prestasi dia agak menurun untuk peperiksaan akhir baru2 ini, tapi masih boleh abah terima. Abah cuma nak dengar komen dari Ustazahnya saja tentang diri dia. Kata Ustazah Aishah, "Muizz ni sekarang ni lain sikit. Dia suka sangat berkawan, dan bila dia dalam kelompok kawan2 dia, dia tak berapa nak dengar cakap kita. Dalam kelas pun suka main2. Tapi alhamdulillah, pelajarannya baik." Walaupun purata markah keseluruhan cuma 85%, tapi bukan itu yg abah risau. Komen ustazahnya yang buat abah perlu fikirkan sesuatu. InsyaAllah untuk tahun 2009, abah akan cuba didik dia kaedah yang betul dalam berkawan. Sebab abah ada nampak ciri2 yang dia jenis suka mengikut perbuatan dan kata2 kawan.

Semoga hero abah ini akan jadi anak yang baik, anak yang soleh, dan anak yang luhur pekertinya sehinggalah dia dewasa, insyaAllah. Dan si hero kecik sorang lagi itupun, abah doakan yang sama. Sekarang ini dia sangat lasak. Sejak boleh merangkak, hampir seluruh pelusuk rumah itu dia nak teroka. Dan kami terpaksa beri lebih tumpuan pada hero kecik itu, supaya tidak terjadi apa2 yang tidak diingini pada dia.

Bercakap tentang hero, hari Khamis lepas, siri kegemaran abah, Heroes telah dimulakan dengan 2 episod musim ke3. Abah seperti biasalah kan, akan menunggu penuh minat untuk menonton sinambungannya dari musim lepas. Untuk musim ke3 ini, abah rasa ceritanya agak over sedikit berbanding sebelumnya, dan agak lebih memeningkan. Apapun, ini baru 2 episod, harap2 episod seterusnya akan lebih baik, dan menarik plot ceritanya. Dan abah akan tetap suka dengan Hiro Nakamura. Suka sebab dia bawakan watak seorang hero yang sangat luhur hatinya. Hero yang dahulukan orang lain berbanding dirinya. Abah juga minat dengan kuasa yang dia ada, yang waktu kecil2 dulu, abanh selalu angankan yang abah punya kuasa sebegitu. Kuasa apa? Anda tontonlah Heroes, dan anda akan tahu apa kuasa yang abah angankan itu.

Jumpa lagi insyaAllah.

Friday, November 07, 2008

Cerita tentang wajah baru...

Salam wahai sahabat,

Abah sedang dalam proses nak ubahsuai blog abah ni sikit. Maklumlah, dah 3 tahun rupa yang sama jer. Sesekali terasa nak bertukar rupa juga. Dan sementara abah menggodek2 skrip template tu, akan ada la benda yang tak sedap mata memandang kat blog ni. Harap anda boleh tahan sikit la ya.

Tak tahu bila nak selesai menghias rumah baru ni, tapi insyaAllah tak lama. Dan dalam menghias itu, epekan2 abah insyaAllah akan tetap ada, sekiranya ada idea.

Hari ni abah cuti, dan sekarang kalau bercuti pun, masih boleh update blog. Kenapa? Sebab abah dah ada internet brobang kat rumah. Terpaksa langgan juga, sebab keperluan untuk internet dah memuncak kala ini. Itu yang banyak iklan kat blog tu, sekadar nak cover bil internet nanti. Harap anda semua tidak serabut memandang iklan2 itu. Kalau ya, maklumkan pada abah. Abah akan buat apa yang patut nanti, insyaAllah.

3 hari lepas, Muizz bawak balik kertas periksa akhir tahun. Kertas BM. Markahnya, 84%. Alhamdulillah. Dalam tak bukak buku itupun, Allah masih beri dia peluang untuk menjawab dengan baik (pada anggapan abah la). Mungkin markahnya tidak secemerlang pelajar lain, tapi abah bersyukur juga. Dalam kenakalan dia, dalam kuatnya dia dgn kartun, alhamdulillah masih ada ruang untuk memperbaiki diri. Cuma yang tak bestnya, ada satu soalan tunjuk gambar cacing, dan disuruh tulis apa nama haiwan itu. Tahu dia tulis apa? Chaching. Aduihhh, klasik sungguh BM anakku ini. Ekekekkee.

Oklah, abah undur diri dulu. Nak siapkan diri untuk solat jumaat.

Selamat berhujung minggu untuk anda semua. Semoga hujung minggu ini akan bawa kebahagiaan pada anda sekeluarga, insyaAllah.

Wednesday, November 05, 2008

Cerita tentang permasalahan remaja dan peranan ibubapa...

Ini abah letakkan satu emel yang abah kirim pada group Sahabat Interaktif Malaysia. Ada baiknya abah letak disini, untuk dikongsikan dengan anda juga.

------------------------------------
Salam pada semua warga SIM yg budiman,

Terpanggil saya untuk berkongsi pendapat dengan anda dan adik ezey_hotchoc (emelnya ada dibawah sekali) yang bertanya soal remaja dan permasalahannya semalam.

Bukan apa, saya secara peribadi terfikir bahawa ini adalah antara suara yang perlu didengari juga oleh kita yang dewasa ini. Disebalik kerancakan kita bercerita soal ayah yang ingin kahwin lagi, dan ibu yang tidak rela dimadukan – tidak salah sesekali mendengar dan berbincang soal anak-anak, terutamanya anak2 remaja. Sebab mereka pun ada hak, yang seringkali kita alpa akan hak mereka itu (kerana sibuk menuntut dan memenuhi hak kita sahaja, mungkin).

Hak berbentuk material dan fizikal mungkin kita sudah penuhi, insyaAllah. Tapi hak jiwa anak2 itu yang pada pengamatan saya, sangat ramai antara ibubapa yang pandang enteng.

Saya mulakan dengan menjawab soalan adik ezey_hotchoc, yang bertanya, "SIAPA yg harus kte persalahkan?????ibu bapa/remaja sendiri????". Soal nak dipersalahkan siapa, agak sukar untuk kita jawab. Kerana apa? Kerana kita semua sememangnya bersalah. Tidak guna nak tunding jari kesatu arah, kerana jari2 yang lain menunding kearah kita juga. Anak remaja ada salahnya, ibubapa pun banyak silapnya, masyarakat pun ada juga salahnya, begitu juga persekitaran.

Dan bila ada kesalahan, wajib ada teguran. Dan apa yang saya nak merepekkan ini adalah lebih pada teguran, dan saya fokuskan kepada para ibubapa semacam saya. Bukan untuk anda saja, tapi untuk diri saya juga. Sebab saya seperti anda juga, kita tidak sempurna (dalam konteks manusia biasa hari ini).

Saya fokus pada ibubapa, kerana secara peribadinya saya fikir, ibubapalah yang paling banyak sekali mainkan peranan dalam mendidik dan membentuk anak2. Dan tugas ini bukanlah mudah. Sebab itu kalau orang kata mendidik anak itu mudah, itu adalah kata2 orang yang belum berumahtangga lagi, atau mungkin dia tidak tahu apa beza 'besarkan anak' dengan 'mendidik anak2'.

Satu perkara yang kita sering lupa, bahawasanya kita ibubapa adalah role-model pada anak2. Terutamanya untuk anak2 yang masih kecil dan remaja. Betul kata orang tua dulu, "bapak borek anak rintik", bukan bapa sajalah, ibu pun sama. Dan kalau kita menyedari akan hakikat ini, saya rasa kita perlu untuk menjadi contoh terbaik untuk anak2. Dan perkara pertama dalam mendidik anak2 kecil dan remaja, adalah dengan menjadikan diri kita satu role-model yang kita ingin anak kita jadi satu hari nanti.

Saya yakin, kalau saya tanya, rata2 anda akan jawab, "Saya nak anak saya jadi manusia yang soleh, beriman. Saya nak anak2 saya taat pada perintah ibuayah. Saya nak anak saya baik pekertinya. Saya nak anak saya cergas fizikalnya. Saya nak anak saya cerdas mentalnya. Saya nak dia jadi manusia yang luhur jiwanya, dan sebagainya. Bukan anda saja, saya pun nak macam itu. Tapi dalam kita nak itu, kita selalu lupa menjawab soalan2 ini, "Solehkah aku? Berimankah aku? Taatkah aku pada mak ayah? Baikkah akhlakku? Cergaskah fizikalku? Cerdaskah akalku? Luhurkah jiwaku? Dan sebagainya.

Susah nak jawab, tapi kita masih boleh jawab dan kita tahu apa jawapannya. Kan? Kalau semua jawapannya positif, alhamdulillah. Anda sudah memulakan langkah menjadi role model terbaik untuk anak2 anda. Tapi kalau kebanyakan jawapannya negatif, apa perlu anda buat?

Langkah pertama adalah perbetulkan diri anda sebagai ibubapa dulu. Kalau nak anak solat 5 waktu tanpa gagal, kita mesti solat 5 waktu tanpa gagal. Kalau nak anak tutup aurat, kita juga mesti tutup aurat. Kalau nak anak cakap berhemah, kita juga perlu cakap berhemah. Kalau nak anak tidak merokok, kita sebagai bapa ini juga perlu haramkan rokok didepan anak2. Kalau nak anak sukakan ilmu, kita juga perlu cintakan ilmu, dan sebagainya.

Dan ini penting untuk kita buat. Bukan penting untuk orang lain, tapi penting untuk anak2 kita, diri kita, dan juga masyarakat. InsyaAllah, kalau baik rolemodel dalam rumahtangga, anak2 akan jadi baik.

Anda boleh kata, "Saya tidak sempurna, susah saya nak buat semua tu." Memang betul susah, saya akui itu. Apatah lagi jika kita kelaskan diri kita dalam kumpulan "jahil tukil" (kata orang Ganu). Tapi jangan terus2an jadikan itu alasan. Tak cukup masa, tak reti nak ajar, cikgu dah ada, biar mak dialah yang buat, takpelah dia budak lagi, dan sebagainya. Itu cuma alas an yang kita suka reka, apabila kita rasa sukar untuk laksanakan benda2 itu. Pinta saya pada anda, dan pada diri saya sendiri, "Inilah masanya kita buang segala macam alasan itu. Inilah masanya kita merubah diri kita, inilah masanya kita mengambil langkah2 perlu". Kerana kita sayangkan anak2 kita, kita kasihkan remaja2 kita. Kerna kita inginkan agama Allah tetap tegak kukuh dimuka bumi ini.

Muhasabahlah diri kita dulu. Ingat semula apa yang kita buat bila kita bangun tidur, sehinggalah kita lena semula pada malam harinya. Apa yang kita tunjuk pada anak2 kita?

Jangan tunggu pada satu keajaiban dimana kita akan jumpa satu ubat yang mujarab, yang bila dimakan, akan jadikan anak kita seorang anak yang hebat. Anda tidak akan jumpa. Kerana saya fikir, kehebatan anak2 kita, datang dari lubuk jiwanya. Dan lubuk jiwa itulah yang perlu kita didik, asuh, sayangi, dan bentuk sebaiknya.

Jangan lagi kita menambah statistik anak2 kelahiran luar nikah yang sudah cecah ratusan ribu itu. Jangan biarkan anak kita jadi anak2 gothic, skinhead, punk, dan sebagainya itu. Jangan sampai satu hari kita tanya anak, "Kenapa kau buat mak dan ayah macam ini?". Kerana sebelum itu semua terjadi, kita masih punya waktu dan pilihan. Pilihan untuk membentuk sebuah keluarga bahagia, mendidik anak2 menjadi manusia hebat jiwa dan raganya.

Untuk bapa, tinggalkan dulu sementara niat nak berpoligami itu. Toleh sebentar lihat anak2 anda. "Siapakah mereka, dan bagaimanakah jiwa mereka?"

Untuk ibu juga, ketepikan dulu soal pertahankan hak anda untuk dikasihi sepenuhnya, pandang kebelakang, renung anak2 anda itu. Itukah anak2 yang anda idamkan dia jadi? Apa yang anda dah lakukan sebelum ini, dan apakah yang anda boleh lakukan selepas ini. Supaya anak2 itu jadi anak2 penyejuk hati anda satu ketika nanti, insyaAllah.

Kita semua akan kembali ke rahmat Allah satu masa nanti. Adakah anak2 yang ada ini adalah anak2 yang akan senantiasa mendoakan kesejahteraan kita disana nanti?

Saya tinggalkan anda dengan persoalan2 dan saranan2 ini. InsyaAllah, ada masa, saya akan sambung dengan melihat pada perspektif anak remaja itu sendiri pula.

Nota: Ini semua adalah pandangan peribadi saya semata, tidak ada langsung niat negatif. Jika ada yang tersilap, maafkan saya, itu mungkin khilaf yang saya terlepas pandang.


On 11/4/08, ezey_hotchoc wrote:
Assalamualaikum pd smue ahli SIM smoga hidup anda diberkati ALLAH...

Sy nak tanya lh mengenai masalah muda-mudi skang yg bergelumang dgn dosa.. sy nk minta pndpat pd anda smue..sy adlh remaja yg sedng meningkt remaja,hurm spt remaja lain,rakn2 disekolah sy juga inginkn diri mreka disyngi oleh org yg mreka syg..tapi yg peliknya apbla berkasih smue hukum Allah mreka lupa,smpai tahp snggup serahkn mahkota diri yg mnjadi harta ternilai bg stiap wanita snggup diserhkan pd lelaki...

ALAAAA MUDA CUMA SEKALI...

BIARLH IDUP AK,SKEATI LH......

ALAAA KITORNG BUKN UAT PE POWN,PEGANG TANGAN JEEEEEE...

SEBLUM BLEK KISS PIPI,SALAM SIAP CIUM TANGAN LAGI...

BIARLH DIAKN COUPLE AKKKK......

E2 lh pkare/ayat yg sering kte dengr apble kte cuba menasihati mereka.. SIAPA yg harus kte persalahkan?????ibu bapa/remaja sendiri???? minta berikan pendapat kepada smue MUSLIMIN diluar.....

Cerita tentang ralat mengada2

Sekadar nak berkongsi rasa hari ini. Abah mencari kawan baik abah, tapi dia offline hari ni. Maka tak dapatlah abah nak luahkan ralat hati pada dia. Sudahnya, abah luahkan disini. Itupun kalau ada yang nak baca. :-)

2 minggu lepas, ada seorang staf jabatan lain di syarikat abah, telefon abah, "En. R, kami perlukan bantuan En. R untuk laksanakan satu tugasan di Miri dan Kota Bharu." Balas abah, "Saya mungkin kena pergi ke Batu Pahat pada waktu tu, tapi sebab yang itu tak confirm lagi, maka boleh la. Saya setuju untuk ke Miri dan KB ni."

Dan kerana persetujuan abah itu, maka abah reserved 2 weekends abah untuk itu. Dan abah dah maklumkan pada Ummi, bahawa 2 weekends itu abah kena outstation. Ummi yang sudah faham akan rutin kerja abah, angguk saja. Dan abah juga telah tercakap pada kawan2 sepejabat yang baik dengan abah sewaktu makan tengahari yang abah akan ke dua tempat itu nanti.

Dan abah menunggu juga sebarang makluman tambahan dari staf itu. Dek kerana kesibukan, abah lupa untuk follow up dengan dia (yang sepatutnya dia followup dengan abah).

Penantian abah rupanya, hanya untuk diberitahu oleh kawan baik abah tadi, bahawa, "Saya kena pergi Miri dan KB la nanti."

Bila abah emelkan staf yang terlibat, katanya, "Saya ingat En R busy, so saya minta lah staf yang sorang lagi tu pergi, dan dia agree untuk pergi."

Aduhai, ralat sungguh rasa hati. Mungkin ini benda remeh. Memang remeh sangat pun. Entah kenapa abah betul2 terasa ralat. Ralat kerana abah setuju, dan abah menunggu. Tapi disebalik abah menunggu itu, mereka suruh orang lain pula yang pergi, hanya atas alasan "Saya ingat En R busy."

Tapi tak apalah, dia pun dah minta maaf. Dan abah pun dah maafkan dia. Abah pun dah beritahu supaya jangan buat macam itu lagi. Sebab bila abah dah setuju untuk berbuat sesuatu, abah akan usahakan untuk membuatnya, kecuali jika ada kes2 yang betul2 tak dapat abah elak. Dan abah juga beritahu dia, betapa perlunya abah dimaklumkan bila ada pertukaran rancangan macam itu. Bukan pada abah sajalah, pada sesiapa saja, bila terjadi kes2 pertukaran macam itu.

Sebab kalau abah diberitahu lebih awal, abah tak rasa abah akan ralat.

Hah, lega rasanya dapat luahkan kat sini.

Nak sambung kerja semula.

2 minggu lagi, abah akan ke UPSI untuk 3 minggu. Dan selepas itu, ke KK insyaAllah. Dan kesemuanya adalah untuk melaksanakan tugas. Bila la nak bawak keluarga bercuti hujung tahun ya? :-)

Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Monday, November 03, 2008

Cerita tentang uang, dan urusannya...

Salam wahai sahabat.

Sekejap tadi, Irman tegur abah di YM, dan bertanya, "Bila nak update blog?".

Alamak, abah ni kalau orang tanya, mulalah tak senang duduk. Nak buat kerja pun tak selesa rasanya. Maka, sebagai nak menyenangkan abah duduk, nak menyelesakan abah untuk buat kerja, maka abah mengepek la sikit. Ekekeke, pandai je abah buat alasan mengepek guna nama orang lain. Sorry la Man ya!

Kali ni nak mengepek benda lain sikit, masih berkisar pada hidup kita, tapi kali ni abah nak sentuh sikit soal pendapatan dan pengurusannya. Abah terpanggil nak berkongsi dengan anda, sebab 2 minggu lepas, abah ada hadiri satu bengkel asas kewangan yang dianjurkan oleh ejen insurans abah, En Azha Syazri Azizan. Memandangkan abah pelanggan, maka kursus itu percuma untuk abah. Tapi abah pergi bukan sebab percuma (walaupun abah suka juga benda2 percuma ni), tapi sebab intipati bengkel itu yang buat abah hadir juga ke sana.

Dan seperti abah jangka, banyak ilmu menarik yang dikongsi En Azha. Dan abah berkongsi sedikit dengan anda hari ini, sekadar yang terlarat nak ditaip.

Abah rasa anda semua bekerja dan mempunyai pendapatan, kan? Untuk yang masih belajar tu, tak boleh la nak amalkan apa tips yang abah nak kongsi ni (tapi masih boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan, insyaAllah).

Setiap bulan anda terima pendapatan wang ringgit (gaji, untung berniaga dan sebagainya), kemana duit2 itu pergi? Adakah banyak pergi kepada simpanan? Atau banyak pergi pada tauke kedai dan pasaraya? Atau banyak di'derma'kan pada bank2? Atau banyak pergi pada ibu ayah? Atau kemana?

Untuk yang mampu menguruskan dengan baik, abah percaya anda tidak banyak mengeluh (tak elok mengeluh selalu, meletihkan diri sendiri saja) saban bulan, kerana anda tahu duit anda itu perlu kemana, dan anda salurkan dengan kaedah yang betul. Tapi kebanyakan kita, duit pendapatan tiap bulan itu tidak diagihkan dengan baik. Baik macamana maksud abah? Macam ini:-

Untuk pendapatan kita tiap2 bulan itu, seboleh-bolehnya, pecahkan kepada 3 bahagian.

Bahagian 1 - 1/3 akan disalurkan untuk perbelanjaan diri dan keluarga
Bahagian 2 - 1/3 akan disalurkan untuk pinjaman2 di bank
Bahagian 3 - 1/3 akan disalurkan untuk simpanan/pelaburan/takaful

Contohnya, kalau gaji bersih RM3000, maka RM1ooo anda perlu gunakan untuk perbelanjaan keluarga. Ini termasuklah untuk makan, kelengkapan rumah, belanja sekolah anak, minyak kereta, sewa rumah, bil2 air api telefon, dan sebagainya. Senarainya pasti panjang (terutamanya jika anda berkeluarga), tetapi sepanjang manapun ia, hadkan pada RM1000 sahaja, kerana itu adalah kemampuan perbelanjaan anda.

RM1000 lagi untuk bayar hutang2 pinjaman dibank, baik pinjaman kenderaan, rumah, peribadi dan sebagainya. Kata En Azha, hutang kad kredit sebaiknya dimasukkan dalam bahagian 1 tadi, kerana kebanyakan kita menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan keluarga. Jika pembayaran untuk bahagian ini lebih dari RM1000, anda telah terlebih hutang sebenarnya - samada membeli kereta mahal atau rumah yang besar. [Tak salah nak beli, kalau anda mampu]

Baki RM1000 adalah untuk anda gunakan bagi tujuan kehidupan masa depan anda. Daripada 1/3 tadi itu, 30% adalah untuk simpanan, 30% adalah untuk perlindungan takaful, 40% adalah untuk pelaburan. Ini penting bagi memastikan pada masa hadapan, anda tidak akan mempunyai masalah kewangan, insyaAllah. Dan sebagai bekalan, andainya anda memerlukan sumber kewangan secara terdesak. Dan juga untuk bekalan bagi kualiti pendidikan anak2 satu hari nanti.

Sebaiknya ketiga2 bahagian tadi, seimbang agihannya. Jika anda terlebih disatu bahagian, maknanya anda tidak menguruskan sumber pendapatan anda dengan baik.

Itu sajalah dulu yang abah boleh kongsi dengan anda. Satu ilmu yang cukup simple, tapi hanya sekarang abah tahu. Kalau abah tahu lebih awal, insyaAllah keadaan abah tidak akan seperti sekarang. Tapi tak apalah, yang lepas itu lepas. Yang hari ini dan kehadapan, akan abah cuba untuk amalkan apa yang En Azha beritahu. Bukan apa pun, untuk kemudahan hidup abah, isteri dan anak2 suatu ketika nanti. Itupun dengan izin dan kehendak Allah.

Update: Disini abah kongsikan satu aplikasi Excel yang boleh anda gunakan untuk menganalisis kedudukan kewangan anda. Sumbangan dari En. Azha Syazri.

Thursday, October 30, 2008

Cerita tentang permintaan terakhir...

Bayangkan, suatu petang, sahabat baik anda telefon. Dia minta bantuan anda untuk ambil dia dipejabat dan hantarnya balik kerumah, sebab dia tak boleh nak memandu, sakit kepala katanya. Dan anda, kebetulan sebab ada kerja lain waktu itu, terpaksa menolak permintaan sahabat itu. Tak lama selepas itu, anda dapat lagi panggilan telefon, dari sahabat yang lain pula. Dan dia telefon bukan nak minta tolong anda, tapi untuk maklumkan bahawa sahabat yang sakit kepala tadi telahpun meninggal dunia.

Apa perasaan anda??? Terkejut? Sedih? Terkilan?

Abah rasa macam2 rasa yang anda akan rasa. Kebetulan pula kalau anda tahu bahawa andalah orang terakhir yang arwah telefon sebelum dia hembuskan nafas terakhir.

Kenapa abah cerita macam itu pulak petang ni? Sebab abah cuba bayangkan jika abah berada ditempat yang abah kata tadi. Dan ini ada kaitan dengan cerita kematian jiran abah.

Arwah (yang tak pernah bersembang dengan abah - sebab arwah sangat pendiam orangnya) meninggal dunia pada hari Khamis lepas. Arwah meninggal kerana serangan jantung. Umur baru 41 tahun. Pergi meninggalkan isteri dan 2 anak berusia 10 tahun dan 10 bulan.

Menurut mertua arwah, arwah meninggal selepas jatuh pengsan berhampiran keretanya, ketika hendak pulang dari kerja. Dan pada waktu itu, arwah sedang bercakap dalam telefon dengan kawan baiknya, meminta bantuan.

Arwah pergi, itu sudah janji Allah - setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Tapi pada sahabat arwah yang menolak permintaan akhir arwah, abah rasa depa pasti cukup ralat. Abah tidak salahkan depa (dan abah tidak ada hak pun untuk salahkan depa), tapi abah faham kalau depa terkilan sangat2. Jika abah berada ditempat depa pun, abah takkan terfikir bahawa itu permintaan terakhir dari sahabat. Kerana kalau abah tahu itu permintaan terakhir, abah akan berusaha sekuat2nya untuk penuhi permintaan sahabat. Sebab abah tahu, bukan mudah nak usir pergi rasa ralat dan terkilan bila tidak dapat penuhi permintaan terakhir seorang sahabat, seolah rasa macam diri berhutang dengan arwah.

Abah tak tahu anda, tapi abah rasa itulah yang abah rasa jika perkara sebegini menimpa diri abah. Dan semalam, abah bercuti. Bukan bercuti sebab meraikan deepavali, tidak. Tapi bercuti sebab nak gunakan cuti yang masih banyak berbaki. Dalam bercuti itu, abah sempat menonton satu cerita di TV. Kisahnya tentang bagaimana perlunya kita berbuat sesuatu yang baik pada orang yang kita sayang dan kasih, sewaktu kita masih ada peluang.

Kalau kita sayang dia, tunjuklah sayang itu pada dia. Jika kita hargai diri dia, tunjukkan penghargaan itu sewaktu dia masih boleh merasanya. Jika kita sanggup berkorban untuk dia, tunjukkan juga. Paling penting, kalau kita berbuat salah padanya, mintalah kemaafan dia sewaktu masih ada peluang. Sebab kalau dia sudah tidak ada, kemana kita nak tunjukkan itu semua? Pada siapa? Kalau dia sekadar lari dari diri kita, mungkin kita boleh cari dia. Tapi kalau Allah sudah menjemput dia dari dunia? Dan ini adalah berkait dengan apa saja jenis perhubungan anda dengan orang itu, baik dia isteri, ibu ayah, anak2, sahabat sejati, dan apa sajalah.

Jangan sampai satu hari anda terkilan dan ralat sendiri sebab sudah tidak ada peluang untuk menunjukkan pada dia apa yang dia perlu tahu dan rasa dari anda, sebab dia sudah dijemput pulang.

Tetapi kalau ini sudah pun berlaku pada kita, perkara paling baik adalah untuk terus-terusan berdoa pada Allah, semoga dia akan dicucuri rahmat Allah selalu disana.

Al-fatihah pada orang-orang kesayangan kita yang telah pulang...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.