Monday, August 13, 2007

Cerita tentang ustaz, dan menilai...

Pagi ni, abah terima satu emel, emel yang beritahu ada satu komen yang diposkan berkenaan posting abah hari tu iaitu Cerita tentang ayah. Dan abah seperti biasa, akan baca setiap komen yang dihantar dan akan balas sekiranya perlu.

Apa yang buat abah tertarik untuk berkongsi dengan anda hari ini, ialah berkenaan komen yang abah terima, dari seorang hamba Allah yang menggunakan identiti Anonymous. Tapi bukan tentang anonymous yang abah ingin kongsikan, kerana abah secara tulusnya, tidak kenal siapa anonymous. Haha, memang itupun tujuan kita guna identiti anonymous tak, supaya orang tak kenal siapa kita.

Berikut adalah komen yang abah terima, dan abah balas, dan abah terima lagi.

Anonymous said...

Dari petikan blog ...

"kita yang hidup akan pergi juga....
Lelaki berat tanggungjawabnya....
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak....
isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama."

Aiseh .. mana lak dia belajar agama dosa suami/ayah tanggung ...

Luqman 31:33
Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.

Al-Anaam 6:164
Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan."

mana tak senyum ayah dia time dah mati... hihihi ...

Wednesday, July 25, 2007 10:04:00 AM
Abah Mui'zz said...

Anonymous, part itu abah tak berani nak komen. Yang abah boleh kata, dosa anak2 dan isteri secara tak langsung akan beri dosa juga pada si ayah. Ini ustaz abah yang cakap masa sekolah dulu. Contoh yang diberi - kalau isteri tak tutup aurat dan anak2 tidak solat, dan suami tidak menegur dan betulkan apa-apa, dua2 akan berdosa. Si isteri berdosa kerana tidak tutup aurat, anak berdosa kerana tak solat, dan si suami/ayah berdosa kerana tidak didik dan tegur isteri/anak.

Agaknya itulah yang dimaksudkan oleh sipenulis kisah kematian ayah itu. Apapun, terima kasih kerana beri maklumbalas.

Wednesday, July 25, 2007 10:15:00 AM
Anonymous said...

Dengar cakap ustaz eh? macam mana nak tahu ustaz tuhh betul?

Al Anaam:116.
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

Based on ayat nihh ... ustaz ada banyak kat dunia ni. so ikut la orang lagi. Pasti sesat punya. Ikut diri sendiri? sesat jugak sebab ada perasaan persangkaan.

Renungkan la.


Abah tertarik nak memberi komen pada komen anonymous. Komen dari abah, yang tidak begitu mahir dalam soal hukum hakam agama, dan juga tidak mahir untuk 'quote' firman2 Allah dalam Al-Quran.

Komen 1: Dengar cakap ustaz eh? macam mana nak tahu ustaz tuhh betul?

Betul juga kata anonymous, macamana nak tahu ustaz yang kita dok ikuti kuliah atau pengajarannya itu betul? Anda ada jawapan, kalau ada, kongsilah dengan abah. Kalau anda tak ada, abah yakin, anonymous ada jawapannya, kalau tidak masakan dia boleh bertanya. Kan?

Tapi dalam masa yg sama, abah bersyukur juga, kerana selama abah mengikuti kuliah dan pengajian agama, sejak dari sekolah hinggalah sekarang, abah tidak ada rasa was-was yang keterlaluan berkenaan ustaz. Dan seikhlasnya abah cakap, tidak wujud pertanyaan dalam hati, "Betul ke tidak ustaz ni?". Mungkin kalau abah asyik dok menilai setiap ustaz2 dan guru2 agama itu, apa yang abah perolehi sekarang ini tidak akan abah perolehi, maksud abah, apa ilmu dan pengetahuan yang abah pelajari dari mereka.

Bukan tidak boleh menilai, boleh, malah perlu pun. Tapi kalau asyik sangat menilai, bimbang juga, sebab kerana menilai itulah, kita tidak dapat banyak benda. Ambil satu contoh, anda pergi kompleks membeli belah, tiba waktu solat, anda pergi surau, sampai sana orang tgh solat berjemaah. Kalau anda jadi abah, adakah anda dok menilai2 betul ke tidak imam kat depan tuh, atau anda bersama2 solat berjemaah? Anda pun tak kenal siapa dia. Nak berjemaah ke, nak solat sorang2? Dan abah sangat yakin, bila masa anda dapat jawapan, mereka yang berjemaah pun dah selesai solat.

Begitu juga waktu mengikuti kuliah, kalau asyik nak persoalkan betul atau tidak, abah rasa apa yang dikuliahkan pun tak masuk dalam kepala dan hati kita, sebab kepala kita asyik dok tanya, betui ke dak ustaz/ustazah ni?

Komen 2: Based on ayat nihh ... ustaz ada banyak kat dunia ni. so ikut la orang lagi. Pasti sesat punya. Ikut diri sendiri? sesat jugak sebab ada perasaan persangkaan.

Memang betul ustaz ada ramai kat dunia ni. Ustaz alim ada, ustaz cool ada, ustaz garang ada, ustaz rock pun ada.

Tapi, adakah kerana dia cool, kerana dia garang, atau kerana dia rock itu, kita perlu pergi atau jauhkan diri dari dia? Sebetulnya, abah tak berapa mahir nak memilih. Sebab setakat ni, abah cuma guna prinsip yang mudah - selagi abah fikir, apa yang dikata ustaz itu, perkara2 kebaikan, dan perkara2 yang menyeru kepada kebaikan, insyaAllah abah akan terima. Kalau setakat ustaz kata, suami wajib memberi ilmu agama pada isteri, dan kalau isteri berbuat dosa kerana suami itu tidak mendidik isterinya dengan ajaran agama, maka suami itu berdosa - abah terima itu. Dan tidak akan abah pertikaikan.

Tapi kalau ustaz itu kata, "Solat itu tidak perlu dengan perbuatan, cukup dengan niat sahaja." Maka, itu akan buat abah fikir dua tiga kali juga.

Abah tidak tahu anonymous tinggal didunia realiti atau dunia khayalan. Sebab didunia khayalan, mungkin semua manusia yang wujud dimuka bumi ini, tidak memerlukan ustaz atau guru agama, kerana setiap dari mereka, sudah sangat berilmu dengan Al-Quran dan Hadis2 Rasulullah s.a.w. Tidak perlu ada orang ajar, kerana mereka semua pakar. Tapi untuk pengetahuan anonymous, abah hidup dalam dunia realiti, dimana tidak semua orang mahir dalam soal agama. Tapi itu tidak bermakna mereka tidak beriman pada Allah. Kalau anonymous kata, jangan ikut ustaz, ikutlah Al-Quran dan Sunnah Nabi, abah pun sangsi juga. Bukan sangsi pada Al-Quran dan Sunnah (nauzubillah), tapi abah sangsi samada setiap dari kita ini, boleh dengan sendirinya memahami setiap firman Allah dan setiap hadis Nabi?

Terjemahan Al-Quran memang ada dikedai, boleh saja dibeli. Tapi betulkan bila kita beli, kita baca, dan kita faham? Dan itu bagi kita lesen untuk tidak perlu pergi kepada ustaz dan guru2 agama? Sebabnya, kita dah mengikut Al-Quran dan Sunnah?

Abah tidak pandai nak memetik ayat2 Al-Quran dalam berbicara dan menulis, tapi disini abah nak petik juga apa yang anonymous petik,

Al Anaam:116.
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

Dan berdasarkan ayat itu, abah juga sangat berharap moga anonymous bukanlah salah seorang dari kebanyakan orang-orang dimuka bumi ini, yang hanya menyesatkan orang lain dari jalan Allah.

Untuk makluman anonymous, abah cuba juga merenungkan sepertimana yang anonymous minta, tapi atas kelemahan abah, abah gagal menghayati apa yang anonymous nak abah dapat. Bolek ke kalau anonymous tunjukajar mana yang patut, sebab abah rasa anonymous pun mesti hebat ilmunya, kerana orang yang hebat ini saja yang selalu mengeluarkan ayat2 yang sinis terhadap orang lain - yang pada pandangan mereka, manusia lain ini dungu.

-----------------------------------

Anim emelkan abah satu jawapan yang dipetik dari laman al-ahkam.net . Satu jawapan yang lebih jelas tentang isu yang abah ceritakan diatas. Terima kasih Nim.

Secara ringkasnya, antara DASAR dalam syariat Islam yang maha adil ini ialah: SESEORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN TIDAK MENANGGUNG KESALAHAN ORANG LAIN.

Jadi tidak timbul masalah dosa seseorang anak samada lelaki atau wanita itu ditanggung oleh ayahnya atau ibunya. Seorang anak yg sudah baligh, samada lelaki atau perempuan maka dia sendiri yg bertanggungjawab atas dosa yang dilakukannya. Cuma jika berlaku dosa disebabkan kecuaian ayah dan ibu, maka ayah dan ibu hanya menanggung KESALAHAN CUAI DALAM TARBIAH. Bukannya menanggung dosa anak-anaknya.

Kecuali bagi mereka yang mengajar dan menunjukkan kepada jalan maksiat, maka di sana DASAR dalam syariat Islam yang sempurna ini mengatakan: SESIAPA YANG MENUNJUKKAN KEPADA SUATU DOSA, MAKA KE ATASNYA JUGA DOSA TERSEBUT. Maka si ayah atau si ibu yang mengajar anak-anaknya sesuatu amalan maksiat, lalu anak2 itu membuat maksiat dengan sebab ajaran ayahnya dan ibunya, maka tidak syak ayah dan ibu akan bersama2 menanggung dosa anaknya.

TETAPI bukan bererti ayahnya menanggung dosa anaknya, dan anaknya dikira terlepas dari dosa.. bahkan, kedua-dua mereka sama2 menanggung dosa yang sama.

No comments: