Friday, August 17, 2007

Cerita tentang persona...

Semalam abah cuti, tapi cuti tak dapat berehat, sebab abah ambil cuti semata2 nak siapkan satu kerja yang sangat perlu abah siapkan. Tapi, seperti dijangka, tak siap juga. Haha, takpe, insyaAllah hari akan siap juga.

Kenapa tak siap semalam? Sebabnya satu je - abah mencuri masa pergi kedai kereta, sebab nak tengok Proton Persona. Abah biasalah kan, ada je kereta baru keluar, mesti akan pergi tengok. Hehe, bukan nak beli pun, tapi saja nak tengok camna keretanya.

Dan Persona, cantik, luas, dan berbeza dengan model proton yang lain. Abah tengok yang Hi-Line dan juga yang Base-Line, memang ketara perbezaannya dari segi kelengkapan aksesori. Secara umumnya, dengan harga yang ditawarkan, pada abah Persona adalah sebuah kereta keluaran Proton yang baik dan berbaloi untuk dimiliki. Rekabentuknya menarik, keluasan dalamannya boleh dipuji, interior pun cantik. Cumanya kalau tanya abah, adakah abah akan beli. Abah akan kata, tak. Sebab? Sebab bila masuk dalam Persona, dan bila abah masuk dalam Waja, abah rasa ada benda pada Waja yang tidak ada pada Persona. Hehe, pendeknya, abah lebih prefer Waja berbanding Persona. Kalaulah Proton boleh refine kereta Waja, dengan menggunakan barang2 berkualiti sikit, abah pasti akan pilih Waja sekali lagi untuk ditukarkan dengan Waja yang abah ada sekarang. Ekekekek, berangan sajalah kan, duit takde pun.

Hehe, oklah merepek pepagi ni pasal kereta. Nak siapkan kerja.

Tapi untuk rakan2 abah yang sedang memikirkan untuk beli Myvi, abah nasihatkan, pergi la tengok Persona dulu, dan kemudian timbangkan untuk beli yang mana.

No comments: