Wednesday, September 16, 2009

Cerita tentang Raya 1430H...

Untuk raya tahun ini, abah cukup tak ada mood beraya. Tapi dalam pada tidak ada mood itupun, Aidilfitri tetap perlu disambut dengan penuh kesyukuran dan keriangan. Pada rakan blog, Selamat berhari raya untuk anda yg insyaAllah akan disambut pada 20 September nanti.

Ampun maaf abah pohon andai ada kata2 dan tindakan yg melukakan hati dan perasaan sahabat semua.


Moga AidilFitri tahun ini adalah AidilFitri yang paling bermakna buat kita semua. AidilFitri yang benar-benar mengembalikan kita kepada fitrah kita yang asal, fitrah sebagai makhluk Allah yang akan terus sujud dan taat padaNya.

Pada yang akan berjalan jauh, hati-hati dijalanraya. Doakanlah moga perjalanan kita semua akan dilindungi Allah, dan moga segalanya selamat buat kita dan keluarga. Abah insyaAllah akan bertolak ke Kelantan petang esok.

Dipagi raya kang, mohonlah ampun dan maaf dari mak ayah, mohon dengan sungguh-sungguh dan seikhlas hati. Mungkin sebelum ini kita cuma jadikan perbuatan itu satu rutin Hari Raya, tapi kali ini, jadikan ia satu perbuatan yang boleh 'melegakan' hati kita dan kedua ibubapa.

Mohon jugalah maaf dari pasangan hidup kita (suami atau isteri). Sebab kalau nak kata tak ada silap salah, abah pasti tiada pasangan yg akan bebas dari berbuat silap pada pasangannya, samada secara sengaja atau tidak. Jadikan Aidilfitri kali ini titik tolak pada sebuah kehidupan berumahtangga yang lebih diredhai Allah, dan membahagiakan kita semua.

Selamat Hari Raya...

5 comments:

Nik Fauzi said...

satu lagi abah..nak tambah skit boleh??... perlu juga bermaaf maafan sesama adik beradik di pagi raye...he he he

Abah Mui'zz said...

beeetul betul betul.

aliff muhammad said...

Salam,
Abah,

Benar, bermaafan dari hati bukan sekadar rutin. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya pun kurang semangat mahu berhari raya. Sedih ramadhan pergi terlalu cepat!

pB said...

apasai tak dak moodddddd

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

selamat hari raya abah muizz..