Wednesday, December 03, 2008

Cerita tentang kerja gila...

Malam tadi, abah dan ummi buat 2 kerja gila. Opsss, kalau anda terfikir kesitu, stop. Bukan kerja gila berkaitan yang itu ya!

Tapi kerja gila lain. Nak tahu? Kalau tak nak, jangan baca! (Walaupun abah tahu anda akan baca :-))

Petang semalam, lepas isi minyak kat Shell (ini lagi satu, gara2 tak baca blog PaulTan petang semalam, abah tak tahu minyak dah turun 10 sen hari ni - dah rugi RM4), kami ke klinik kanak-kanak di Kelana Jaya. Sebabnya Muizz demam. Oleh kerana ramai sangat pesakit yg menunggu, maka abah beli ubat saja untuk Muizz. Lepas abah singgah solat di KJMC, kami ke Kota Damansara, sebab ummi nak beli sikit barang untuk ofis dia.

Dan disinilah bermulanya kerja gila kami.

Masuk saja Giant KD, ternampak Secret Recipe. Muizz apa lagi, demam punya pasal, terus mintak nak makan Classic Cheese Cake di SR. Dan kerana nak memenuhi permintaan orang sakit, maka kami masuklah ke SR. Dah terlanjur masuk, maka abah dan ummi pun pesan jugalah makanan untuk kami. Bila makanan dah sampai, si Muizz pulak kata tak nak makan, sebab demam katanya. Ummi pulak dah makan sikit, kata kenyang. Maka nak tak nak abah terpaksa juga habiskan makanan2 tuh. Bukan 1, tapi 2 makanan. 1 pinggan chichken mushroom, dan 1 mangkuk tomyam koong. Sedap memang sedap la, tapi perut pun sedap juga membuncitnya. Brpppp, alhamdulillah.

Bila mintak bil, tu dia - RM91. Mampuih (sori ler tersebut). Tak pernah2 kami makan sebanyak itu, tetiba malam tadi makan sampai dekat seratus ringgit. Hahaha, memang kerja gila.

Lepas makan, terus masuk Giant, cari barang2 utk ofis ummi. Waktu nak bayar, tengah beratur, tetiba ada staf Giant datang, dan bawa abah ke kaunter lain. "Tak payah beratur" katanya. Alhamdulillah. Lepas keluar Giant, kami balik terus la. Abah dah perasan si Azim menguap banyak kali. Ummi pun ada cakap yang dia tak ada mood nak tengok baju baby (yg selalunya suka saja dia tengok). Mahu tidak, masuk keta, tengok jam. Pukul 11 malam. Aduihhhh, pukul 11. Ini memang sah2 kerja gila. Patut la staff giant tu suruh tukar kaunter bayaran, depa dah nak tutup rupanya. :-)

Tak pernah2 kami ke tempat shopping sampai pukul 11 malam, dan malam tadi kami buat.

Abah tak tahulah, inikah yang dikatakan buang tebiat, atau memang kerja gila, atau mungkin satu petanda untuk kami.

Apapun, lepas ni tobat tak nak buat dah.

6 comments:

Anonymous said...

Sekali sekala apa salahnya abah, tu bukan buang tebiat tapi tak perasan namanya hehehe

ps: memang musim demam sekarang ni, Am, isteri dan adik dah selsema, Abang pula nampak macam dan nak mula tu

irman_rahs said...

nampak mcm best dan dedikasi nya staf giant... mcm man dulu2 la tu..kan bagus klu dari start buka diorang mcm tu..

musim demam man dah berakhir, yg belum demam kena simpan ubat awal2 d ruma..hehehe

Anonymous said...

semalam pon makan fish n chip kt secret recipe..mcm buang tebiat plk mkn mahal2 tuh heheh

CAHAYA said...

Alahai, sekali sekala kan? Apa salahnya. Belanja utk family dan keluar pun dengan family. Baik gunakan masa skang ni. Nanti esok² bila dah tua nyesal. X elok tu.

p/s: middle life krisis selalu melanda orang yg tak puas life masa muda. Harap² kita bukan salah seorang dari mereka. Ke Abah nak rasa?

irman_rahs said...

eh yaka krisis ni? kalau macam ni, kena hidup puas2 dulu la...lama2 membujang bole terima ka?hehehe

Abah Mui'zz said...

Am dan Cahaya, alhamdulillah. Betul juga kan, sekali sekala apa salahnya. Tapi macam kata Faizah, bila fikirkan kos yg dibayar, rasa cam membazir la pulak.

Am dan Man, memang skrg musim demam la agaknya. Ramai kawan2 abah yg demam juga.

Cahaya, middle life krisis? Kalau untuk kebaikan, nak gak la rasa. Ekekekeke. Tapi kalau benda tu bawa keburukan, moga dijauhkan Allah benda tu dari abah.

Man, lama2 membujang maknanya tak merasa hidup sepenuhnya la, kerana kepenuhan hidup akan dikecapi bila berkeluarga (tapi tak semestinya). Tak caya, tanya Am. Kan Am?