Semalam, terjumpa lagu baru Samihah, yang boleh tahan sedap jugalah abah dengar. Dan nak dikongsikan dgn anda. Lagunya tentang Cinta Adam dan Hawa.
Terlanjur Samihah dok menyanyi tentang adam dan hawa tu, abah nak juga mengepek sikit pasal majlis makan malam yang abah hadiri bersama ummi malam Sabtu lepas. Majlis makan malam itu adalah majlis anjuran syarikat tempat ummi bekerja. Abah tak la suka sangat nak hadiri majlis2 makan malam sebegini, sebab abah tahu, mana2 majlis dinner, mesti akan lewat tamatnya. Tapi kerana dalam majlis ini, Ummi dapat award untuk Long Service Staff, maka nak tak nak, kena hadiri juga.
Majlis yang OK pada mulanya, dengan keletah MC yang memang jenis cakap lepas, dan kelakar, akhirnya membuatkan abah rasa sesak nafas sedikit. Sesak bila ditengah2 majlis, tetamu dihidangkan dengan tarian sekumpulan "adam yg nak jadi hawa" yang diberi nama London Dolls. Aduhaiiii. Dengan pakaian yg sangat2 menjolok mata (dan pastinya isu aurat tidak dipedulikan oleh mereka ini), mereka buat tarian2 yang pada fikiran abah sengaja untuk melalaikan tetamu.
Abah tak boleh nak komen banyak sebab abah cuma tonton sekejap saja. Oleh kerana terasa sesak nafas dan minda, abah keluar dari dewan itu. Bila keluar, rupa2nya bukan abah saja, hampir 1/3 tetamu lain juga keluar. Dan dari cakap2 yg abah dengar, masing2 meluahkan betapa tidak selesanya mereka dengan apa yang dipersembahkan. Bagaimana nak selesa. Dengan sekumpulan hawa2 palsu ini menyanyi dan berjoget hingga keatas riba tetamu (tanpa minta izin), sudah pastinya akan buat ramai orang tidak selesa.
Bukan setakat duduk atas riba, malah digesel2kan buah bidara palsu itu juga kemuka tetamu. MasyaAllah. Abah tak tengok la yg ini, tapi itu yg ummi cerita. Sedih, sungguh sedih.
Mujur juga aksi2 mereka itu tidak lama. Kerana kalau lama, pastinya abah akan tarik tangan ummi untuk balik saja. Abah bukan manusia baik, tidak. Abah sangat lemah iman, dan abah banyak kelemahan lain. Tapi untuk abah duduk, dan enjoy persembahan melampau hawa2 palsu ini, it is a NO-NO. Abah tahu itu cara mereka cari makan, tapi pada abah, banyak lagi cara lain untuk cari makan. Bukan dengan bergelek, dan tayangkan hampir 80% tubuh badan pada orang lain.
Oklah, tak nak mengepek banyak2, nanti anda bosan pula.
Abah undur diri dulu, jumpa lagi nanti insyaAllah.
3 comments:
Tak sangka abah pun ada pengalaman sebegini..
Yang paling tak sangka dinner mempersembahkan tarian sebegini, apa salahnya membuat tarian tradisional ke...
Anyway, dinner kerajaan @ swasta?
isk3...saya pun benci dengan perkara palsu kat dunia ni abah,,,tambah2 perkara palsu yang merosakkan anak bangsa seagama kita sendiri...bila majlis2 sebegini diterima didalamnya perkara yang x bermoral..so bebudak zaman sekarang pun berkata
"alah, open minded ma, sekarang zaman moden,,kalau kat majlis rasmi pun dibenarkan,,apa salahnya aku menjadi PONDAN"...
saye takut malaysia jadi negara macam orang putih..satu masa nanti saya takut, lesbien, pondan, homo, biseksual dan segala2 yang laknatullah ini diterima umum...dan dilindungi golongan2 yang punya kuasa.,..
abah taukan perasaan saya,,abah pun pendidik juga...
takut juga yang bakal anak2 saya nanti, menerima perkara yang rosak ini,,,
moga Allah selamatkan kita semua.,..amin...
man pernah dengar pasal london dolls ni dulu masa kja dkt puchong.. masa tu diorang pun perform dinner giant puchong... mujur la man dihindarkan dari diorang ni sbb sibuk konvo masa tu..darpada tengok london doll, baik makan london choco roll...hehe
Post a Comment