Abah rasa kebanyakan kita sudah tahu akan 99 Nama Allah ini. Walau mungkin kita tidak hafal, tapi kita tahu (sepatutnya). Tapi dalam pada itupun, abah yakin ada juga hamba Allah yang tidak tahu Asma 'Ul Husna Pencipta mereka. Seperti mana ada seorang kawan yang kebetulan bertanya tentang mimpi, "Aku bermimpi aku solat, tapi dalam mimpi tu aku tak boleh nak baca Fatihah dan surah-surah lain." Tak perlulah abah ceritakan yang selebihnya. Yang penting, kita perlu sedar, ramai lagi rakan seagama kita diluar sana yang masih kabur akan hala tuju. Dan mereka ini bukan menanti untuk dicemuh atau diperli, sebaliknya menanti untuk didekati dan diajak berjalan ke jalan kebaikan. Ke jalan yang membantu mereka mengenali Allah Maha Pencipta.
Itu baru soal tahu atau tidak, belum masuk soal 'faham', 'penghayatan' dan 'amalan'. Abah tak kata orang lain, diri abah ini sendiri pun banyak sangat yang kurangnya. Dalam abah kata abah tahu benda2 ini, tapi bila tiba bab penghayatan dan amalan, banyak lagi yang tak lepas markah lulus 40% (kalau ada la kan!) pun.
Salah satunya, dalam kes memahami, menghayati dan meng'amal'kan 99 zat Allah ini.
Sewaktu kecil, sekadar menghafal Asma 'Ul Husna ini, itupun sebab tertarik dengan laguan yang dicipta untuk menghafalnya. Maknanya memang tak tahu la. Bila dah besar sikit, tahu maknanya. Tapi setakat tahu, fahamnya entah ya entah tidak. Bila dah masuk era 'rambut pun dah mula beruban' ni, abah kadang2 tertanya2 juga diri, "Betulkan aku mengerti dengan sebetulnya makna dan maksud 99 Nama Allah ini?. Adakah cukup sekadar faham dan mengerti? Bagaimana boleh diamalkan? Supaya aku akan jadi hamba Allah yang lebih tunduk padaNya?"
Sekali-kali mendengar alunan Asma 'Ul Husna diatas tu sekarang ni, kadang rasa sayu dihati. Sayu sebab abah rasa persoalan2 diatas itu masih belum mampu abah jawab dengan jelas. Tapi abah perlu berusaha untuk menjawabnya juga. Untuk menyedapkan hati abah, bahawa abah telah berada dalam jalan mereka yang sangat mencintai Allah SWT, bukan mereka yang sekadar mencintai Allah dimulut semata, tetapi dihati nurani itu juga.
Mampukah abah menjadi seperti Zahid dalam salah satu novel Kang Abik, iaitu Di Atas Sajadah Cinta itu??
Di serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegap menghadap kiblat. Kedua matanya memandang teguh ke tempat sujud. Bibirnya bergetar melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Hati dan seluruh gelegak jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Orang-orang memanggilnya “Zahid” atau “Si Ahli Zuhud”, karena kezuhudannya meskipun ia masih muda. Sebagian besar waktunya ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah dan menuntut ilmu pada ulama terkemuka kota Kufah. Saat itu masjid adalah pusat peradaban, pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat perhatian.
Pemuda itu terus larut dalam samudera ayat Ilahi. Setiap kali sampai pada ayat-ayat azab, tubuh pemuda itu bergetar hebat. Air matanya mengalir deras. Neraka bagaikan menyala-nyala dihadapannya. Namun jika ia sampai pada ayat-ayat nikmat dan surga, embun sejuk dari langit terasa bagai mengguyur sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.
Tatkala sampai pada surat Asy Syams, ia menangis,
“fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha. qad aflaha man zakkaaha. wa qad khaaba man dassaaha…”
(maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya…)
Anda doakan abah. Semoga kita sama-sama diberi rahmat keampunan Allah, dan semoga kita sama-sama dapat berusaha sebaiknya kearah itu, insyaAllah...

Hatinya bertanya-tanya. Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya. Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk golongan yang beruntung, ataukah yang merugi?
Ayat itu ia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya berguncang. Akhirnya ia pingsan.
Ayat itu ia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya berguncang. Akhirnya ia pingsan.
Anda doakan abah. Semoga kita sama-sama diberi rahmat keampunan Allah, dan semoga kita sama-sama dapat berusaha sebaiknya kearah itu, insyaAllah...
3 comments:
peringatan yang baik abah..lama tak jumpa abah kat sini..
Terima kasih axim, sebab masih ingat abah. Tak singgah lama tu abah faham axim sibuk, sebab abah pun tak sempat juga nak melawat blog axim.
Apapun, selamat menunaikan ibadah sebanyak2nya dibulan Ramadhan ini untuk Axim.
SALAM ... Asma Ul Husna mengandungi 99 nama Allah ..... Perkataan Allah tidak termasuk dalam Asma Ul Husna .... dan dalam Asma Ul Husna yang dipaparkan tertinggal 1 nama Allah iaitu ALBADI'U ...
tERIMA KASIH .. sy menjadikan Asma Ulhusna tersebut sebagai rujukan bahan saya .. dan perasan tertinggal 1 ...
Wallahua'lam
Post a Comment