Thursday, September 25, 2008

Cerita tentang ucapan, dan pengharapan...



Dalam abah mencari-cari kata-kata untuk diluahkan kepada anda semua sempena Idul Fitri 1429H yang akan menyusul tidak lama lagi, abah diemelkan dengan satu ucapan hari raya dari Tuan Guru Nik Aziz. Satu ucapan dan pesanan yang sangat baik untuk dihayati. Dan abah nak pinjam ucapan Selamat Hari Raya Tok Guru itu untuk dijadikan ucapan abah juga buat anda semua.

"Perasaan suka dan duka adalah fitrah manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T. Sejak daripada zaman kecil sampai kepada kita tua dan dewasa kita selalu berdepan dengan pelbagai suasana sukacita dan dukacita. Oleh kerana islam adalah agama fitrah, Allah taala tahu bahawa manusia tetap akan bergembira bila sampai waktu berhari raya. Cuma bezanya hanyalah antara orang awam dengan orang yang 'arif billah', yakni orang yang rapat dengan Tuhan. Bagi orang awam, mereka merasa gembira bila Ramadhan berakhir kerana boleh makan dan minum. Tetapi sebaliknya bagi orang 'arif billah'mereka akan merasa dukacita bila Ramadhan berakhir, kerana peluang untuk bermunajat pada Allah; peluang mendekati Allah berakhir. Tetapi mereka tidak boleh menolak kedatangan hari raya. Nisbah bilangan diantara orang awam dengan orang 'arif billah' lebih ramai orang awam.

Maka Allah s.w.t mewajibkan manusia berbuka dihari raya, dan diharamkan puasa dihari raya. Alasannya ialah hari raya adalah hari Allah buat jamuan. Jadi, samada orang itu arif billah, atau orang awam, mahu tidak mahu
mereka harus menerima jamuan Allah. Mereka tidak boleh sekali-kali berfikiran sendiri. Jadi mahu tak mahu hari raya adalah hari gembira untuk semua kerana bukan hanya hamba Allah yang membuat jamuan tetapi sebenarnya ibarat Allah sendiri juga yang membuat jamuan. Mana-mana orang tidak sudi menerima jamuan Allah, maka mereka sudah berfikiran diluar kebiasaan. Seperti juga masalah sembahyang 'qasar'. Sembahyang 'qasar' ini bila timbul masalah khilaf, boleh ke tidak kita menolak 'qasar' bila kita bermusafir. Jadi sesetengah ulama' kata, orang yang tidak menerima 'qasar' ini adalah orang yang tidak menerima 'rukhsah' Allah s.w.t. Allah memberi kita peluang sembahyang dua rakaat bila bermusafir, maka mengapa kita memandai tidak mahu menerima 'rukhsah' Allah.

Mudah-mudahan rakyat kelantan, malaysia amnya boleh memahami sedar dan mengerti bahawa suka-ria di hari raya itu satu juzuk daripada ajaran agama. Dengan kawalan, jangan melampaui batas daripada garisan-garisan yang dibenarkan oleh Allah. Jangan sampai kita berhari raya tetapi dipandu oleh nafsu. Firman Allah s.w.t bermaksud "kamu diminta sempurnakan bilangan puasa dan bertakbir kepada Allah, kerana Allah memberi hidayah kepada kamu" (Surah Al-Baqarah: 185).

Takbir yang dimaksudkan dalam ayat diatas ialah takbir hari raya. Jadi hari raya itu disuruh oleh Islam.

Dan ini, ada pantun yang abah terima dari seorang kawan lama, yang juga abah tampalkan disini buat anda. Walaupun ucapan dan pantun bukanlah kata2 asal abah, tapi makna disebalik ucapan dan pantun itu, abah khaskan untuk anda, ikhlas dari lubuk jiwa abah.

Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan...

Salam IdulFitri buat semua rakan2 dan pembaca blog abah.

Ikhlas dari,
Abah
Ummi
Ahmad Mu'izz Hakim
Ahmad Azim Hafiz

8 comments:

Aki (kotakitam) said...

Selamat Hari Raya buat Abah sekeluarga!

Jamal Abd Rahman said...

salam abah...lama tak kesini pulak...


selamat hari lebaran utk abah sekeluarga..moga ceria dihari raya nanti..mesti balik kg raya kan?

thanks bagi kad tu..i really appreciate it..nak balas address pulak dah hilang...

nanti kalau free dtg beraya ke bangi ye..

Abah Mui'zz said...

Fai, Selamat Hari Raya juga buat Fai untuk tahun ni. Raya ni gi jalan umah awek tak? Ekekekkeke.

Salam UncleJ. Selamat hari raya untuk uncle sekeluarga. Alhamdulillah kad tu dah sampai, itu cuma tanda yg abah sentiasa ingat kat uncle sekeluarga. Tak yah balas Uncle. Uncle buka dan baca kad tu pun dah cukup untuk abah.

InsyaAllah abah akan sampai juga Bandar Sri Putra tu nanti insyaAllah.

akupunyahal said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Anonymous said...

salam perkenalan dan salam eidulfitri, semoga berbahagia disamping keluarga tercinta. keep in touch ye!

~zulhusni~

arsaili said...

salam abah..maaf zahir batin..raya kat mana ni?

AyyaDDaD ArieyannA said...

Salam abah... Walaupun dah raya ke-6, saya tetap nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri buat abah sekeluarga. Pohon ampun dan maaf andai ade salah dan silap sepanjang mengenali abah. Tak sempat nak reply abah punye komen kat blog saya coz hari terakhir b4 cuti raye last 2 week saya MC. Ni pun masuk keje dalam seminggu jek then kene cuti semula sbb dah tgu hari jek nak bersalin. Abah doakan laa keselamatan saya dan baby ye! Hehe...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Nana & Asrie.

Anonymous said...

Sedap ucapan dari Tuan guru tu ya abah, banyak nasihat dan amanat yg boleh kita buat sebagai amalan