Thursday, April 23, 2009

Cerita tentang kekurangan...

Salam sahabat,

Semoga anda semua sihat sejahtera dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

Kebelakangan ini, ada satu perkara yang abah belajar. Bukan benda baru, dan bukan perkara luar biasa. Ianya adalah perkara yang tidak terjadi pada semua orang pun, cuma untuk orang2 macam abah saja benda ini berlaku.

Benda apa ek? Menerima diri sendiri.

Pelik la pulak, selama ni abah tak terima diri abah sendiri ker? Tak juga. Abah terima diri abah. Tapi tidak semua aspek kehidupan dan diri abah yg abah terima sepenuhnya. Abah tak tahu anda, tapi abah rasa tak ramai yg kena sakit macam ini. Walaupun tidaklah sakit mana pun, tapi sedikit sebanyak, ia beri kesan pada kehidupan kita.

Bila banyak baca tulisan2 berkaitan benda ini, satu benda yg abah rumuskan, bahawa sesesungguhnya, abah perlu menerima keadaan diri abah sepenuhnya. Supaya hidup abah akan lebih bahagia, supaya abah tidak akan terbeban dengan kelebihan dan tuah yg ada pada diri orang lain (yang tidak ada pada diri abah), dan supaya cita2 dan usaha abah untuk mencapai sesuatu dalam hidup tidak akan ada halangannya.

Maksud abah, bukanlah kita kena menerima segalanya pada diri dan kehidupan kita seadanya, tanpa ada usaha untuk memperbaiki, tidak. Tapi untuk perkara yang kita tidak boleh perbaiki, usahakan untuk gembira, bersyukur dan berpuashati dengan apa yg Allah berikan. Tidak ada kelebihan2 itu bukan bermakna kita tidak baik, tidak bermakna kita tidak bagus. Cuma perlu fokus, dan perlu terima ia, supaya tekanan dalam diri akan kurang, dan kita boleh hidup gembira seadanya kita.

Abah tahu ada orang diluar sana yg tidak berapa menerima diri mereka sebab 'kekurangan' yg ada, yang mungkin sebenarnya 'kelebihan' yg Allah bagi, hanya sebab kita tidak sedar saja apa kelebihannya. Kita sedih sebab kita gemuk, kita sedih sebab kita tidak secantik mana, kita sedih sebab kita tak berapa pandai, kita tak terima diri kita yg tidak pandai bergaul dengan orang, dan macam2 lagi kelemahan yang kita rasa ada pada diri. Dan kalau anda ada rasa2 begitu, buanglah jauh2. Abah cakap benda yg betul. Buangkan rasa itu jauh2, dan gantikan dengan rasa bersyukur dan gembiralah dengan apa yg anda ada. Mungkin 'ketiadaan kelebihan' itu buat anda lebih gembira sebenarnya. Anda tidak ada rupa, ada sebabnya. Anda gemuk, ada sebabnya. Anda pendiam, ada juga sebabnya. Anda tidak pandai, pun ada juga sebabnya.

Jika dirasakan boleh diubah, ubahlah pada yang lebih baik. Jika tidak boleh diubah, terimalah seadanya. Gembira dengan apa yg ada. Capailah apa yg anda ingin capai. Fokus pada kelebihan lain yg anda ada, dan itulah sebenarnya kelebihan yg Allah bagi untuk anda. Untuk anda gunakan, sekaligus untuk menguji anda. Jangan sekali-kali cuba nak bandingkan diri kita dan diri orang lain. Orang yg kita nampak ada sangat banyak kelebihan dalam diri dia, belum tentu sebahagia yang kita rasa dirinya itu. Learn to accept yourself, be happy with what you have, and always strive for the best in life. May Allah bless us all.

p/s: Tengahari tadi, abah bersama dua kenalan di UPSI ini pergi makan di Andre Ayam Kampung. Sebab dengar cerita macam hebat je kedai makan ni. Bila sampai sana, mak aih, beratur panjang pelanggan dok menunggu depan kedai. Dia buka pukul 1 (jam dia), dan pelanggan yg dok menunggu tengah panas tadi pakat serbu la. Nak ambik lauk, kena beratur lagi sekali. Adoiii. Tapi berbaloi la bila dah dapat makan. Bukan selera abah sangat pun, sebab dia masak minang. Tapi ayam kampung rendangnya, aduhaiii, memang sedap. Lembut je dagingnya. Nanti kalau ke Tanjung Malim, anda singgah la sini. Tapi kena datang antara pukul 1 - 2.30 ptg , sebab itu saja masa dia buka kedai. Unik..unik.

3 comments:

ibnuismail said...

salam abah,,,

bab kekurangan ni,,,memang ada betulnya apa yang abah kata,,,iaitu terima seada perkara yang tidak boleh kita ubah...

"kita sedih sebab kita gemuk, kita sedih sebab kita tidak secantik mana, kita sedih sebab kita tak berapa pandai, kita tak terima diri kita yg tidak pandai bergaul dengan orang, dan macam2 lagi kelemahan yang kita rasa ada pada diri"

seperti ayat abah dia atas.,..kekurangan2 yang ditulis diatas pada saya,,,boleh diubah,,

gemuk.,,,kita boleh berusaha untuk menjadi lebih sihat,,, dengan cara makan yang betul,,dan aktiviti2 yang membakar lemak...

cantik,,,kita boleh ubah pemikiran kita supaya mencari makna kecantikan yang lebih hakiki..iaitu kecantikan akhlak,,,manakala kecantikan rupa adalah tipu daya dunia..

pandai...kita usaha menuntut ilmu untuk menjadi lebih pandai,,,

..................................

jadi,,pada pendapat saya,,kita sebagai manusia..iaitu juga hamba Allah,,memang sifat kita tidak sempurna dan serba kurang,,,

tapi kita juga sebagai hamba Allah,,,wajib bertindak seperti seorang hamba.,,,

iaitu 'berusaha'

berusaha untuk menjadi lebih baik dari masa ke semasa..

dalam pada masa yang sama...jika kita dalam keadaan berusaha,,,bersangka baik dengan Allah,,,dan sentiasa mengharapkan Allah akan balasan yang baik terhadap usaha kita,,,maka barulah cukup syarat,,untuk kita bersyukur...

"berusaha...sehingga tercapai matlamat,,atau sekurang2nya mati berusaha"

dan berusaha itu juga tanda bersyukur,,,

akhir sekali,,dalam kita berusaha,,wajib kita memahami maksud

'lahaulawala kuwwatailla billahil a'liyyala'zim..."

sekian,,,

Abah Mui'zz said...

Salam ibnuismail,

Sangat betul apa dikata. Berusaha perbaiki apa yg kurang. Asal saja jangan keterlaluan, kerana diri setiap manusia ada had dan limitasinya. Tetapi dalam masa yg sama, bergembiralah dengan apa yg ada.

arsaili said...

salam abah..sekarang bertugas di tanjung malim ker? dah bertukar kerja?