Sunday, April 05, 2009

Cerita tentang kawan dan mengekalkan...

Salam sahabat.

Hari minggu ni, terasa nak mengepek sesuatu tentang sahabat. Yes, you. Bukan la semua, tapi kebanyakan sahabat yg membaca posting ini.

Kebelakangan ini, Allah mengembalikan sahabat2 yg sekian lama abah tidak tahu khabar beritanya. Bukan tidak ingin tahu, tapi sebab abah (dan mungkin sahabat), tidak berusaha (atau berdepan kekangan yg tidak membenarkan) untuk ambil tahu, maka masing2 seolah2 menghilang.

Dan kebelakangan ini, mereka datang semula dalam hidup abah. Walau sekadar teguran singkat di YM, emel ringkas, tinggalan komen yg pendek diblog, dan juga SMS di 019 abah- itu semua beri abah kelegaan, sekaligus kesyukuran. Bahawa sesungguhnya sahabat2 abah tidak lupakan abah (dan abah tidak sekali-kali lupakan mereka). Tapi sebab abah ini abah, yang cuma ada kelebihan membuat kawan, tapi tidak ada kemahiran untuk mengekalkan kawan. Sebab itu ramai yg semakin lama, semakin menghilang dari abah. Abah tahu depa tak berniat nak menghilangkan diri, tapi sebab komunikasi berkurang dari hari ke hari, maka lama2, depa menyepi begitu saja.

Terima kasih2 banyak2 pada yang masih mengingati. Minta maaf kerana lama tidak berkomunikasi. Bukan sebab hambatan masa dan tuntutan dunia sangat, tapi sebab abah tidak pernah berubah. Masih tetap seorang kawan yg cukup tidak mahir untuk mengekalkan kawan. InsyaAllah, hasil dari melayan "The Five Major Pieces to the Life Puzzle" karya James Rohn, abah akan mengubah diri sedikit. Abah nak jadi manusia yg bukan sekadar tahu membuat kawan, tapi juga tahu, dan pandai dalam mengekalkan persahabatan. Kerana apa? Kerana sahabat2 memainkan peranan dalam hidup abah. Anda semua penting dalam hidup abah, walau mungkin kita belum pernah bersua pun.

Nanti nak berkongsi sedikit info berkenaan karya James Rohn. Ingatkan abah kalau abah lupa, maklum sajalah, bila uban mula merayap dikepala, daya ingatan tu makin mula melemahkan diri. :-)

Akhir kata:-
Irman - tahniah kerana dapat anak buah baru. Itu petanda untuk cepat2 kahwin tu. Hehe. Maaf juga tak dapat luang banyak masa hari tu. Jangan serik ke Sg Buloh, ya!
Muzem - abah tak lupa pasal Office 2007 tu, nanti abah akan maklumkan dalam sehari dua ni, insyaAllah.
Arsaili - I know you are strong. And I am confident that you will make it.
Syed - bersabar banyak2 atas ujian Allah. Jagalah mak sebaiknya. Semoga mak akan cepat sembuh.
G - cabut je ekzos keta tu, ganti yg baru. Takpun gi booking Exora cepat2.
Ustaz - terima kasih sudi buat sajak untuk abah. Abah faham maksudnya. Doakan saja moga keadaan akan jadi lebih baik untuk kita, insyaAllah.
sahabat2 lain - semoga anda semuanya tetap dalam rahmat dan kasihsayang Allah.

3 comments:

muzem said...

Tengkiu, bah. Terharu bace entry ni. Two thumbs up!.

Sy pun kekadang (selalu sebenarnye) leka sampai lupe utk keep in touch dgn memember. Sampai ade yg dah merajuk pun dgn sy skrg ni kes lame tak msg ngan call.. Adehh..

Tapi apepun, kalau nak kekalkan persahabatan ni mesti lah secara "dua hala". Kalau harapkan "satu hala" je, payah gak kan nak direalisasikan.

Nak jaga hati kawan ni mmg payah. Bukan senang nak bagi semua pihak puas hati. Dan... bukan susah sebenarnya untuk mengekalkan persahabatan.

Ukhuwah fillah ya abi.

arsaili said...

salam abah...baru la dapat landing kat blog abah, lega skit baru lepas jumpa boss dan busy juga sebab esok ada lunch meeting dengan professor dari Canada, harap la meeting esok menghasilkan input untuk kerjaan saya yg slow tuh.
Perihal kawan ni, saya pun begitu. Kekadang kerna kerja yg byk, kekadang terleka...sehingga lupakan kawan, tapi ada kala tetiba kawan yg lama tak berhubungan akan tertiba muncul in my mind, tu la baru sibuk nak call or sms. Lepas sms abah, saya call sorg kawan blogger, terasa sgt nak call. Dia penghidap kanser otak, dan masa call tu rupanya dia kurang sihat dan ada kat emergency unit. Syukurla dia beransur ok...

Abah Mui'zz said...

Muzem, terima kasih. Betul kata muzem, persahabatan perlukan komitmen 2 pihak. Muzem juga betul bila kata bukan susah nak kekalkan persahabatan, terpulang pada pilihan dan tindakan kita - utk kekalkan atau tidak kekalkan.

Arsaili, semoga semuanya baik saja disana. Abah faham tuntutan tugas dan pelajaran AR disana. Dan terima kasih masih sudi berhubungan. Semoga kawan AR yg itu akan cepat sembuh, insyaAllah.