Wednesday, April 15, 2009

Cerita tentang Epilepsi...

Salam sahabat,

Pagi semalam, kurang lebih pukul 5 pagi, abah dan ummi dikejutkan dengan satu bunyi pelik dari Muizz. Bunyi yg tak pernah kami dengar sebelum ini. Bila tengok pada dia, memang terkejut dan panik jugalah. Mata hitam dah naik keatas, giginya dikancing kuat2, tangan dan kaki dah mengejang, dan dia tak bagi respon apa2 pada kami. Allah saja yg tahu betapa takutnya abah dan ummi masa itu. Teringat kata orang2 bahawa kalau jadi perkara macam ini, kena cari benda keras untuk dia gigit, supaya dia tak tergigit lidah, maka kami letakkanlah sudu. Pada waktu itu mulut Muizz memang dah berdarah sebab dia dah tergigit lidahnya. Abah tak pasti berapa lama ia berlaku, tapi agak2 dalam 5 mini5, atau mungkin kurang. Biasalah kan, orang tengah takut dan panik, seminit pun serasa macam 10 minit.

Bila keadaan dah ok, dia terus tidur. Dan tidur yang sangat nyenak. Dia langsung tak mahu buka mata atau respon pada panggilan abah. Memandangkan waktu itu dah masuk Subuh, abah ngan ummi solat dulu, lepas tu terus berkejar ke Hospital Sg Buloh. Alhamdulillah, elok je masuk kereta, terus dia buka mata. Tertanya2 kenapa nak bawa dia ke hospital.

Sampai di HSB, memandangkan Dr yg bertugas di Wad Kecemasan itu tidak boleh beri jawapan, maka Muizz terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik. Dan dari penerangan beberapa doktor lain, barulah abah tahu bahawa Muizz sebenarnya kena apa yg dipanggil Epilepsi. Bukan sesuatu yang pelik, tapi jika tidak dirawat dengan betul, kemungkinan orang yg terkena epilepsi akan mengalami kejutan (seizure) dengan kerap sepanjang hayatnya.

Dan malam tadi, abah temankan dia di wad. Alhamdulillah, tidak ada lagi seizure berlaku malam tadi. Oleh kerana itu, tengahari ni mungkin sudah boleh keluar wad insyaAllah. Tapi akan kena datang semula nanti untuk EEG dan MRI. Abah harap tidak ada apa2 yg teruk berlaku pada dia. Seboleh2nya tak nak la Muizz makan ubat untuk jangka masa yg lama. Tapi kalau itu kehendak Allah nanti, abah sekeluarga kena redha. Mohon sahabat2 doakan kesejahteraan anak kesayangan kami ini.

Sesekali ingat kes semalam, baru sikit Allah nak uji kami, tapi rasa takut dan risau itu sudah memuncak sekian banyak. Apapun bersyukur pada Allah juga kerana diuji sekecil itu saja. Semoga Allah tidak uji abah dengan ujian anak2 yg lebih berat. Abah tidak kuat.

Setakat itu sajalah, sekadar nak memaklumkan pada sahabat. Dan berharap pada doa dan harapan sahabat2 semua untuk Muizz.

Oh, sebelum lupa. Dr ada pesan, bila berlaku lagi seizure pada sesiapapun, jangan letak apa2 dalam mulut dia. Terlalu kecil sangat peratus mereka yang mengalami kecederaan lidah yg serius sewaktu kena serangan, berbanding mereka yg mendapat kecederaan dari barang2 yg dimasukkan kedalam mulut mereka. Jika berlaku, baringkan mereka mengereng atas lambung kiri. Ini untuk mengelakkan air liur atau muntah (jika ada) buat mereka tercekik, atau masuk dalam paru2.

Semoga kita semua akan tetap dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

4 comments:

Anonymous said...

epilepsi..cam penah dgr je..tp yg pasti lau kena ag pd muizz..elok abah suruh ummi masukkan jari dia sambil panggil nama muizz..itu lah yg sering my mum buat utk adik perempuan sy..adik saya selalu lawan penyakit tu bila dia dgr my mum merayu..

Anonymous said...

salam abah...
cubaan tuk abah tu...
semoga abah & family sentiasa dlm lindungan Allah SWT...
amiinn...

Anonymous said...

Abah..saya doakan semoga Muizz cepat sembuh..

Just to share, kakak saya lahir normal tp kena epilepsi masa baru pandai berjalan. Smpai sekarang dah umur 33 tahun akal sama mcam dulu. Makan, pakai semua kena jaga. Masih tidur dalam buaian. Cuma nasib baik boleh berjalan. Epilepsi seminggu kadang-kadang 2-3kali. Kalau salah makan, perut kembung pon boleh kena epilepsi. Kami sekeluarga x boleh buat apa-apa cuma jaga kakak selagi dia masih hidup.

~Silent blog readeer

Abah Mui'zz said...

Dear anonymous, terima kasih banyak2 atas doa dan harapan. Abah pun harap yg sama, semoga Muizz tidak akan diuji dengan sakit macam itu. Minggu lepas dah buat EEG, tapi kena tunggu 3 bulan lagi untuk tahu hasilnya, sebab tidak ada pakar di HSB. Tapi dari graf tu, nampak macam ada tanda2.

Utk Silent reader, ujian Allah untuk kita datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah kakak anda dilahirkan dalam keluarga yg penuh prihatin dan kasih sayang. Abah bersimpati atas apa yg berlaku. Besar pengorbanan anda sekeluarga, dan tidak semua orang diberi peluang untuk berhadapan dengan ujian sebegitu.

Semoga kita semua akan tetap diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi sebarang dugaan dalam hidup.