Wednesday, November 26, 2008

Cerita tentang teguran...

Malam tadi, sewaktu abah bawak famili makan sate di Gerai Sate Subang kat Kuang tu, ada insiden yang buat abah terkedu sekejap.

Dan insiden ini tak lain adalah disebabkan oleh anak jantan abah.

Muizz: Abah nak tahu tak?

Abah: Apa dia?

Muizz: Abah ni kan, suka betul cakap kasar dengan orang tau!

Abah: Ya ke abah cakap kasar? Abah cakap kasar dengan sapa?

Muizz: Tadi tu abah cakap kasar dengan Ummi. Tak baik tau!

Dan abah takleh nak cakap apa. Memang betul apa yang dikata. Cuma abah tak pernah sangka Muizz akan tegur abah macam itu. Memang sebelum dialog itu abah ada tercakap sesuatu yg agak kasar pada Ummi, walaupun pada abah tidaklah kasar mana (haha, nak cover la nih!).

Dan pagi tadi,

Abah: Abang rajin tak? Kalau abang rajin, tolong start enjin keta boleh?

Muizz: Abah ni, suka betul tanya macam tu. Lain kali jangan la tanya camtu, abah cakap je, "Ahmad boleh tak tolong start enjin keta." Kan senang.

Dan sekali lagi abah terkedu.

Adakah abah yang salah, atau anak jantan abah telah mewarisi sifat abah yang suka berleter?? Ohh tidak!

Apapun, abah hargai komen ikhlas dari Muizz, sebab abah tahu, ada antaranya yang betul. Yang bukanlah abah terlepas pandang, tapi abah selalu lupa. Terutamanya bab bercakap kasar. Sejak kahwin, hinggalah sekarang, nada abah tetap kasar pada keluarga. Walaupun abah rasa dah lembut. Kalau dulu bolehlah abah buat alasan abah org Ganu yang sememangnya kasar bunyi percakapannya, tapi sekarang ni dah tak boleh la nak buat alasan sama, sebab kata Ummi, adik beradik abah kat Ganu tu tak pulak bercakap kasar cam abah. Ekekeke. Aduihhhhhh.

Pagi tadi, Dato Dr Fadzilah Kamsah kata, pasangan yang bahagia sepatutnya boleh senaraikan 15 persamaan antara mereka. Dan abah ajukan pada Ummi soalan yang sama. Balas Ummi, "Boros, kuat makan." Aik, 2 jer. Mana lagi 13. Aduihhh, sah sah la kami ni pasangan tak bahagia. Hehehehe. Abah pun tak tahu nak senaraikan apa. Nak kena fikir la malam nanti sebelum tidur, insyaAllah.

Abah tinggalkan anda disini. Semoga kasih sayang dan rahmat Allah akan sentiasa bersama kita, insyaAllah.

2 comments:

irman_rahs said...

kecik2 dah pandai tegur abah...sian abah... mungkin ada baik dan ada buruk...tapi man tak setuju, takut2 mendatangkan kemudaratan di lain hari..mungkin masa abah waras(positif), abah bole terima, tapi masa abah datang angin ka datang bulan ka...tak ka naya nanti muiz tu...man smpi sekarang tak berani nak tegur bapa...

Abah Mui'zz said...

Tak apa Man. Sesekali ditegur anak pun ok juga. Sebab apa yg ditegur pun benda betul. InsyaAllah abah tak marah, sebab abah rasa dia pun mewarisi sifat abah. Semoga Allah tak datangkan angin dan bulan kat abah. Hehehe.

Man dah sihat ke tu? Kesian baca entri ttg demam tu.