Saturday, August 09, 2008

Cerita tentang kehilangan...

KE SANA KITA NANTI
(Al-Fatihah, Belasungkawa buat yang kehilangan)

Keberangkatan telah menjemput
satu-satu pergi
tak kembali.

Genangan airmata
tumpah disisi
pusara.

Cuma
yang tinggal
adalah cermin nostalgia.

Pasti
menyusul nanti
kami.

Menghadap-Nya
ke liang lahad
negeri akhirat!

Karyacipta - SHUKRI SAIFUDDIN, KOTA KINABALU.

Abah pinjam karyacipta ini dari sebuah emel yang abah terima satu ketika dulu. Dan ianya adalah kerana seorang kawan baik yang juga rakan sepejabat abah, telah kehilangan seseorang. Seseorang yang takkan ditemui dalam alam nyata ini lagi, tak kira sekuat mana dia berusaha. Untuk Yun, doakan pemergiannya dengan doa tulus ikhlas dari seorang anak. Semoga rohnya bersama roh2 mereka yang dikasihi Allah SWT. Ini waktu orang lain pergi, waktu kita juga akan tiba nanti.

Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah
irji’ii ilaa Rabbiki
raadhiyatan mardhiyyah
Fadkhulii fii ‘ibaadii
wadkhulii jannatii
Al-Fajr: 27-30

(Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kamu kepada Tuhanmu
dengan hati puas lagi diredhai
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
Maka masuklah ke dalam syurga-Ku.)

3 comments:

YuN said...

Thanks mate...
Aku redha dengan pemergiannya. Kami adik beradik bergading bahu memandi, menkafan dan menyempurnakan jenazah allahyarham sehingga ke liang lahad. Itulah nilai kasih sayang anak-anaknya. Cuma kesedihan masih dirasai sebab arwah pergi secara tiba-tiba. Dalam masa yang singkat, dia telah dijemput pulang. Inilah yang dinamakan ajal. Ianya datang setelah tiba waktunya. Kita semua juga akan dijemput pulang....

Al-Fatihah untuk ayahandaku...Yusoff bin Mat Ali

Anonymous said...

semoga roh arwah dicucuri rahmat.

bila kala mendengar kisah-kisah seperti ini, saya sering tertanya-tanya bgmana keadaan saya bila tiba giliran nanti .. mungkinkah saya yg dulu atau org yg kita kasihi itu dulu. kalau mrk yg dahulu bgmana keadaan saya menghadapinya.. kalau saya yg dahulu bgmana nak hadapi alam kekal itu. mampukah ... ?

Abah Mui'zz said...

Yun dan Jeff,

Siapa pun yang pergi dulu, dan bila pun mereka pergi, semoga kita semua akan disambut dengan kasih sayang Allah. Dan semoga kasih sayang dan iman Allah yang ada dalam diri kita kala hidup ini akan dapat disebarkan seluasnya, baik utk orang lain, untuk diri sendiri mahupun untuk dunia seluruhnya.

Semoga Allah beri kita semua kekuatan untuk menghadapi - menghadapi hakikat orang kesayangan kita dijemputNya pulang, dan menghadapi proses kita sendiri dijemput pulang nanti, insyaAllah.

Dan jeff, abah pun seringkali tertanya2 perkara yang sama.