Sunday, August 17, 2008

Cerita tentang cekal...

Malam tadi, sewaktu sedang memeriksa kertas peperiksaan pelajar abah yang hampir 200 keping itu, abah terjeling2 juga pada TV, dan selepas 2,3 kali jeling, akhirnya mata abah terpaku pada TV itu, dan tangan abah secara otomatik berhenti menanda kertas. Hehehe, itulah bahananya buat kerja didepan TV, di bilik hotel pulak tu. Kalau dirumah, TV bukan masalah sangat sebab dirumah abah, kami tidak langgan saluran 'movie'. Tapi dihotel, memang ada saluran 'movie', dan abah pula memang kaki 'movie', terutamanya cerita2 yang kena dengan selera abah.

The Guardian adalah 'movie' yang buat abah terpaku pada skrin TV itu malam tadi. Sebuah cerita yang menarik pada abah, sebab abah memang minat pada 'movie' heroic kemanusiaan macam ini. Kisah bagaimana kehidupan US Coast Guard, dan bagaimana pengorbanan mereka dalam menyelamatkan manusia. Walaupun mungkin ada orang kata, diluar tak semestinya sama dengan dalam filem, tapi pada abah, nilai yang ditunjukkan dalam filem itu yang lebih penting. Kerana nilai itu adalah sesuatu yang baik yang tidak mustahil kita pun boleh amalkan dalam kehidupan kita.

Lebih menarik lagi, adalah lagu yang mengiringi 'ending' cerita ini.



Can you lay your life down, so a stranger can live?
Can you take what you need, but take less than you give?
Could you close every day, without the glory and fame?
Could you hold your head high, when no-one knows your name?
That's how legends are made, at least that's what they say.

We say goodbye, but never let go.
We live, we die, 'coz you can't save every soul.
Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go.

Can you lose everything, you ever had planned?
Can you sit down again, and play another hand?
Could you risk everything, for the chance of being alone?
Under pressure find the grace, or would you come undone?
That's how legends are made, at least that's what they say?

We say goodbye, but never let go.
We live, we die, 'coz you can't save every soul.
Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go.

Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go.

We say goodbye, but never let go.
We live, we die, 'but you can't save every soul.
Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go.

Will never look back, never look down,
and never let go.


Oklah, abah tinggalkan anda dengan lagu tema The Guardian itu. Abah nak sambung kerja melihat dan menilai projek pelajar2 abah di KK ini. Ini dah masuk hari ke-2, dan hari ni, mungkin akan terperap diofis ini sampai pukul 6 ptg lagi, macam semalam. Bukan terperap sangat pun, sebab abah ditemani oleh pelajar2 ini, yang kadang2 buat abah seronok dengan pembentangan mereka, ada juga yg buat abah nak ketawa, tak campur lagi dengan ramai yang buat abah rasa sedih tgk hasil kerja mereka. Ada yang mintak no telefon abah, dan jemput abah melawat tempat mereka. Tapi abah tahu, itu cuma basa basi pelajar sahaja, kerana selepas ini, mereka cuma menunggu gred apa yang mereka dapat, dan selepas itu mereka akan lupa siapa abah. hahaha, nak buat macamana, memang itulah hakikat kehidupan...

Selamat berhujung minggu untuk anda semua...

4 comments:

arsaili said...

salam abah..ke KK rupanya...saya pun dh balik ke Australia. Hari tu ke KK juga...masa kat KL sempat juma Jeffrocker. Abah jer tak sempat jumpa lagi..ehehehe. Abah, mungkin budak2 tu memang ikhlas nak bawa abah jenjalan dan mungkin takan lupa kan abah. Saya sampai sekarang masih contact cikgu saya..walau pun tak semua cikgu la kan..tapi cikgu yg beri impak yg besar tetap sy kenang..walaupun ada yg dh lost contact..tapi ada ketika saya akan teringatkan mereka...sy pasti abah mesti seorang cikgu yg baik

Abah Mui'zz said...

Salam Ar. Memang belum rezeki kita berjumpa lagi agaknya. InsyaAllah, sampai waktunya nanti, abah yakin, kita akan kenal juga diri masing2.

Tang budak2 tu, abah tahu depa ikhlas, sebab sebahagiaanya memang sudah buktikan keikhlasan mereka. Tapi mungkin masa atau keadaan tak membenarkan mereka mengingat abah (yang mana abah tidak harapkan sangat).

Abah cikgu baik??? Hahahahaha, hanya bebudak (mak2 dan bapak2 orang sebenarnya) itu saja yang boleh berikan jawapan.

Anonymous said...

saya rasa abah mmg seorg guru yg baik dan juga mungkin rakan yg baik,tp saya mungkin salah seorang bekas pelajar yg kurang baik...hehhe

Abah Mui'zz said...

anonymous, terima kasih atas rasa yang diberi. Abah tidak berapa kisah sgt soal baik atau tidak, kerana dalam melakukan sesuatu, lakukan dengan ikhlas. InsyaAllah keikhlasan akan membuahkan keseronokan, samada pada kita, kerja atau org yang terlibat. Anda juga seorang pelajar yang baik, cuma mungkin keadaan tidak membenarkan perkara itu menjadi nyata.

p/s: Tiap kali abah dapat komen dari anonymous, hati abah selalu tertanya-tanya, siapakah gerangannya si anonymous itu.