Monday, January 29, 2007

Cerita tentang adik...

Satu ketika yang tak berapa lama dulu, abah rajin jugalah mencari2 lagu-lagu lama kesukaan abah dalam Internet. Dalam mencari-cari tu terjumpalah satu lagu arwah Sudirman yang abah pernah suka dengar waktu kecik-kecik dulu. Abah letak je kat blog abah ni, nak kongsi ngan anda. Nak tujukan kat adik perempuan pun tak boleh, sebab adik perempuan abah dah berkeluarga, bukan sekolah lagi.




Pesan Abang

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula
Pasti ramai kan tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan

Tumpukan Perhatian
Dengan Sepenuhnya
Serahkan selainnya
Kepada Yang Esa

Bila adik dah berjaya
Abang kan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas
Bukan Untuk Selamanya
Dihati sematkan pesanan
Ingat Abang tetap sayang...


Bercakap tentang adik ni, semalam ada seorang kawan yang abah anggap macam adik sendiri, hantar sms pada abah, katanya, dia mintak maaf sebab lama tak contact abah. Dan kalau contact pun, waktu dia ada kesulitan hidup. Pada abah, tak contact tak bermakna sudah lupa. Dan itu yg abah bagitahu dia. Walaupun tak contact, tapi selagi ingatan dia pada abah ada, itu sudah memadai. Sekurang-kurangnya, disatu ketika nanti kalau berjumpa, dia masih tahu siapa abah. Dan sebab balasan sms abah itu jugalah, dan mungkin juga sebab masalah yg dia hadapi, 45 minit juga kami bersembang ditelefon pagi semalam. Kalau Din sempat baca blog abah ni, abah harap segalanya akan baik untuk Din. Hidup manusia tak akan lepas lari dari cabaran dan dugaan. Yang penting, hadapi cabaran itu, supaya kita kan boleh terus melangkah kearah destinasi hidup yang lebih baik, insyaAllah.

Thursday, January 25, 2007

Cerita tentang nilai diri...

Hari ni tak nak mengepek apa-apa, cuma nak kongsi sesuatu yang abah rasa perlu dikongsi. Abah terima emel dari kawan satu ketika dulu, dan abah nak kongsi dengan anda isi kandungannya. Ini dia...

Self Worth
[ Don't try to be what you are not. Be yourself. ]

Do not undermine your worth
By comparing yourself with others.
It is because we are different
That each of us is special.

Do not set your goals
By what other people deem important.
Only you know what is best for you.

Do not take for granted
The things closest to your heart.
Cling to them as you would your life.
For without them, life is meaningless.

Do not let your life slip through your fingers
By living in the past nor for the future.
By living your life one day at a time,
You live all the days of your life.

Do not give up
When you still have something to give.
Nothing is really over
Until the moment you stop trying.
It is a fragile thread
That binds us to each other.

Do not be afraid to encounter risks.
It is by taking chances
That we learn to be brave.

Do not shut love out of your life
By saying it is impossible to find.
The quickest way to receive love is to give love;
The fastest way to lose love is to hold it too tightly.

In addition,
The best way to keep love is to give it wings.
Do not dismiss your dreams.
To be without dreams is to be without hope,
To be without hope is to be without purpose.

Do not run through life
So fast that you forget not only where you have been
But also where you are going.
Life is not a race but a journey
To be savored each step of the way.

So smile.... and let the sun shine through.
For there's someone, somewhere, watching over you.

Tuesday, January 23, 2007

Cerita tentang akhbar...

Hari ni tak nak mengepek banyak-banyak, sebab kebelakangan ni, abah rasa abah dah terlebih mengepek. Tak tahu kenapa, sekarang ni macam senang je nak mengepek. Sindrom yang sama pernah abah hidapi sekitar tahun 2001 dahulu. Harap-harp tak lama la, sebab abah tak suka sebenarnya abah jadi kaki mengepek. Takut nanti Ummi panggil abah pak nenek lak nanti, haru.

Hari ni nak sentuh sikit tentang akhbar. Tentang bagaimana akhbar ni kadang-kadang paparkan berita yang tak berapa penting untuk dipaparkanpun. Contohnya semalam la, Berita Harian letak gambar Adibah Noor besar-besar kat muka depan. Hanya kerana Adibah Noor menang. Memang Adibah Noor menang, tapi realitinya bukan dia seorang saja yang menang, orang lain yang gubah lagu tu pun menang juga. Abah tak la nak pertikaikan yang itu, sebab hari ni dalam BH juga, dah ada orang pertikaikan BH ttg cerita kemenangan Adibah. Cuma abah fikir, boleh nak 'cover' cerita tu, tapi tak perlu la letak muka depan. Menang AJL tak ada apa sangat pun. Itu kata abah la kan, orang lain abah tak tahu.

Dan tadi waktu makan tengahari dengan Yun, terkeluar juga soalan yang abah dok tertanya-tanya tentang keperluan akhbar Mingguan Malaysia menyediakan ruangan Lelaki Pilihan(ke apa ntah namanya) dalam Pancaindera. Abah tanya Yun, dan abah dapat jawapan yang sama. Kalau anda peminat Mingguan Malaysia, pasti akan perasan satu kolum yang selalu tunjuk orang-orang lelaki dan kisah mereka. Abah tak nampak apa relevannya ruangan tu diadakan. Nak kata mereka itu orang-orang yang cemerlang dan boleh dijadikan contoh, tak juga. Sebab kalau ya mereka cemerlang, takdelah foto tak pakai baju yang dipaparkan. Kalau kolum Dicelah-celah Kehidupan itu, abah boleh faham apa sebab ianya diwujudkan. DCCK tu bagus untuk kongsi pengalaman hidup orang lain dgn pembaca, agar pembaca dapat mempelajari sesuatu dari pengalaman orang lain. Apapun, orang-orang di Utusan sajalah yang tahu apa sebabnya. Cuma abah je tak boleh nak fikir alasan logik ttg ruangan yang pada abah pelik itu.

Sebab itulah agaknya, abah lagi senang membaca akhbar percuma macam The Sun, yang abah fikir isi kandungan mereka lebih bagus untuk dibaca. Bercakap tentang The Sun ni, nak petik sikit kata Dr. Yap Sin Tian, Presiden Dong Zong. Katanya, angka graduan bumiputera menganggur yang tinggi iaitu hampir 94% berbanding 1.73% untuk graduan berbangsa Cina menunjukkan bahawa polisi kerajaan yang membantu hanya satu kaum sahaja gagal. Maksudnya, usaha kerajaan membantu kaum bumiputera dengan pelbagai skim, sebenarnya tidak berjaya, kerana dengan pelbagai bantuan pun, ramai yg menganggur. Mungkin betul juga apa yang dikata, walaupun faktor yg mendorong kepada pengangguran ini pelbagai lagi. Mungkin dengan bantuan yang diberi, kita tak perlu bekerja keras sangat. Dan sebab tak perlu bekerja keras itulah, bila tiba masa nak mintak kerja dan terpaksa bersaing dengan bangsa lain yang lebih bekerja keras, kita kalah. Mungkin. Abah tak kata ini saja alasannya, banyak lagi, tapi dari pandangan abah, ada betulnya juga alasan bantuan kerajaan ni jadi satu sebab.

P/S: Teringat-ingat kata-kata Kak Rubiah dalam CINTA - "Kadang-kadang orang yang paling kita sayang lah yang paling susah untuk disayangi."

Monday, January 22, 2007

Cerita tentang CINTA...

Cinta...
Cinta itu apa?
Ada orang tahu,
ada orang yang tak tahu,
ada yang buat-buat tak tahu,
lagi parah, tak tahu tapi buat-buat tahu.

Cinta itu sering buat kita
tercari-cari
tertanya-tanya
termimpi-mimpi
tertunggu-tunggu
terbayang-bayang...

Cinta itu bahagia
cinta itu juga derita

Cinta itu mengasyikkan
Cinta itu juga menyiksakan

Cinta itu perjuangan
Cinta itu juga pengorbanan

Cinta itu memiliki
Cinta itu juga melepaskan pergi

Cinta itu menerima
Cinta itu juga memberi

Cinta itu madu
Cinta itu jugalah racun

Cinta itu suka
Cinta itu jugalah benci

Cinta itu rindu
Cinta itu jugalah dendam

Cinta itu pengertian
Cinta itu jugalah salahtafsiran

Cinta itu ketawa
Cinta itu jugalah airmata

Cinta itu kebenaran
Cinta itu jugalah kepalsuan

Cinta itu syurga
Cinta itu jugalah neraka

Tidak kira apa pengertiannya
Cinta itu kemestian
Kerana itu doa dipohon
Dipohon moga diketemukan
Dipohon moga tidak kehilangan
Dan apapun ia dihati kita
Moga-moga cinta itu
Cinta yang diredhai olehNya.

Haha, apa yang pepagi Isnin ni dah merepek tentang cinta ni. Entah, abah pun tak tahu. Kat atas tu pun abah tak tahu nak panggil apa, sajak bukan, puisi pun tak, sementelah lagi seloka atau syair gurindam.

Bukan apa pun, petang semalam, lepas abah balik kerja, dan selepas menikmati mee kari dan lamb chop yang ummi masak, abah melepak la sekejap, sambil-sambil tengok cerita Cinta. Tak sekejap juga pun, boleh tahan lama juga melayan cerita jiwang itu.

So, apa komen abah? Cerita tu menarik pada abah, menarik kerana jalan ceritanya, menarik kerana lakonannya, menarik kerana sinematografinya (cewah, sejak bila lak pandai menilai bab2 sinematografi nih!). Tapi yang paling abah puji, jalan ceritanyalah. Ringkas, tapi digarap dengan cukup cantik. Banyak pengertian cinta yang diberi oleh cerita tu, dan sebahagian besarnya dah abah repekkan dalam kata-kata diatas tu.

Malam semalam juga sempat menonton AJL21 dan Tanah Kubur di Astro Ria. Sayangnya masa tayangan sama, jadi, abah main tukar-tukar saluran sajalah, sekejap AJL sekejap TK. AJL21 tak banyak kejutan jugalah. Bukan kejutan dari segi sapa menang, sapa kalah, tidak. Tapi kejutan dari segi persembahan dan tayangan percuma yang diadakan.

Artis2 wanita masih juga sibuk menayang dada masing2, yang sesetengahnya menampakkan lurah didada pun. Nak kata tak perasan, tak mungkin la kan, sebab baju tu dah dicuba berkali-kali. Artis lelaki pun sama juga. Dengan fesyen yang orang utan pun segan nak pakai, ditambah lagi dengan ucapan2 yang tidak membangun minda, kata hati abah, habis punah ranah semuanya. Ada juga yang menyanyi sambil selak kain tayang peha. Belum lagi dicampur dengan goyang gerudi artis Indonesia. Dan dalam AJL21 jugalah, Zahid mengalunkan kalimah suci Allah. Dalam itu jugalah satu ayat dari satu surah dibacakan pada penonton, Yasin dan Too Phat juga begitu asyik mengalunkan Alhamdulillah. Apa maknanya? Apa kesannya? Anda fikirkan dan nilaikan sendirilah.

Pada yang tahu menilai dan memilih apa yg baik dan apa yg tidak, alhamdulillah. Tapi pada jutaan lagi yang kurang bijak menilai dan memilih, harap2 mereka tidak terikut2 lagak-lagak yang bisa meruntuhkan itu.

Oklah, takleh nak merepek lagi, sambung lain kali, insyaAllah.

Friday, January 19, 2007

Cerita tentang sekolah...

Rabu malam hari tu, abah kebetulan menonton TV, dan pada masa tu TV3 sedang udarakan rancangan Sebalik Malam, dengan hos Juragan dan Puteri yang abah pun tak pasti kenapa perlu dipanggil juragan dan puteri. Tak kisahlah yang itu, sebab abah tertarik dengan kisah yang dibicarakan saja. Kisahnya tentang asrama. Dan ada 3 perkara yang dikaitkan dengan asrama iaitu gejala buli, histeria dan kelakuan sumbang.

Walaupun abah cuma duduk asrama waktu dah masuk matrikulasi, tapi dari cerita kawan2 abah, apa yang dipaparkan dalam Sebalik Malam itu memang betul. Memang jadi satu kebiasaan kes-kes buli berlaku disekolah. Dimatrikulasi tempat abah belajar dulupun ada kes-kes buli, cuma tidak la teruk sangat. Alhamdulillah, setakat abah di asrama, Allah pelihara abah dari mengalami keadaan dibuli.

Kes kena paksa basuh baju senior, kena pukul dengan senior, kena lecture berjam2 dengan senior, dan yang paling teruk, kes buli yang melibatkan perlakuan seksual. Tak ada satupun kes buli itu baik hasilnya. Semuanya buruk. Kalau ada yang baik pun, bila ada orang yang pernah kena buli, tidak akan lakukan perkara yg sama pada orang lain, sebab dia tahu apa rasanya bila dibuli. Tapi susah nak jumpa yg itu, yang selalu kita jumpa, kebanyakan yang membuli itu sebabnya adalah kerana dia pernah kena buli. Bermula mungkin untuk balas dendam sebab dia pernah kena, hinggalah pada, perbuatan buli itu datangkan satu rasa keseronokan pada dia. Ada kes sehingga meninggal pun ada. Nauzubillah.

Siapa yang tukang bulinya? Anak-anak dan adik2 kita. Siapa yang kena buli? Anak-anak dan adik2 kita juga. Kita tahu ke depa tu membuli dan dibuli? Ada yang tahu dan ada yang tak tahu, dan ada juga yang "ah, malaslah nak ambik tahu". Kalau kita tahu, alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita ambil berat tentang persekolahan dan kehidupan anak dan adik kita diasrama. Kalau kita tak tahu, abah sarankan rajin2 lah kita ambik tahu. Bak satu pengakuan dalam Sebalik Malam itu, "Saya selalu kena buli diasrama, tapi dengan keluarga, saya berpura2 yang kehidupan saya diasrama sangat baik dan saya gembira, sedangkan saya rasa macam sampah bila saya berada diasrama". Anak atau adik tak cerita bukan bermaksud tak ada masalah, cuma mungkin dia segan nak bercerita. Yalah, siapalah nak balik rumah cerita kat ayah atau ibu, yang dia kena liwat disekolah. Jarang sangat yang berani. Itu kalau dia yang kena, kalau dia yang mengenakan orang, jauh sekali la kan nak bercerita kat family.

Kenapa abah mengepek ttg ni pulak hari ni ya? Sebabnya satu saja: abah nak kita semua yang ada anak dan adik disekolah berasrama supaya lebih mengambil tahu akan keadaan depa disekolah dan asrama. Kalaulah kita tahu dia dibuli, ambil lah langkah2 yang patut, dan kalau kita tahu dia pembuli, ambil jugalah langkah2 yang patut. Jangan harapkan pada pihak sekolah dan warden asrama juga.

Kenapa penting untuk diambil tahu? Sebab apa yang terjadi hari ini, akan menghantui mereka juga sampai mereka dewasa. Ambil satu kes sajalah: kes liwat disekolah. Lazimnya berlaku disekolah berasrama lelaki. Kalau anda kebetulan kenal dengan orang yg pernah diliwat disekolah, cubalah tanya, samada dia dah lupakan peristiwa itu atau belum. Abah yakin 90% daripada mereka masih tetap ingat. Malahan ada yang trauma pun. Dan ramai juga dari mangsa-mangsa itu akhirnya bertukar menjadi orang yang sukakan hubungan sesama jenis. Kerana apa? Seks. Siapalah yang akan kata seks itu tidak menyeronokkan. Semua orang akan kata ia best. Maaf cakap.

Kali pertama diliwat disekolah, mungkin dia akan rasa sangat sedih, marah, geram, kecewa dan sebagainya. Tapi kalaulah peristiwa itu berulang kali berlaku, abah fikir, perasaan kecewa, marah, geram, sedih semua itu akan bertukar jadi satu keseronokan. Dan hasilnya, bermula dengan dipaksa, mereka akhirnya akan secara sukarela memperlakukan perkara yang sama. Paling malang, ia akan terbawa-bawa walaupun dah berbelas tahun tinggalkan alam persekolahan. Hatta dah kahwin pun masih belum boleh tinggalkan perkara itu.

Memang la orang akan kata, "Ler, dah besar, dah reti berpikir, buat apa nak buat benda tu lagi. Tak yah la buat". Cakap cam biasalah kan, memang senang. Tapi pada yang mengalaminya, abah tak rasa sesenang itu mereka boleh selesaikan masalah dalam diri mereka itu. Sebab itulah kita selalu baca dalam suratkhabar daripada mangsa-mangsa rogol yang menceritakan takutnya mereka bila bakal suami tahu yg mereka pernah dirogol. Sebab benda itu bawa trauma pada depa. Akan teringat2 sampai bila2. Cuma bezanya kes rogol ni, depa takkan rogol orang lain pulak sebab nak balas dendam.

Cukuplah dulu, meleret la pulak.

Ingatan abah untuk anda, dan diri abah juga. Kalau kita ada anak2 dan adik2 diasrama, ambil tahu la sikit apa yg berlaku, dan buatlah apa saja supaya kes2 yang kita tak ingini takkan terjadi. Yang penting didik mereka sebaiknya. Pihak sekolah pun, kena lebih rajin memantau dan mengambil tindakan. Skrg bukan zaman tutup mata dan telinga saja hanya semata2 sebab kes2 sebegitu tidak penting berbanding pencapaian akademik.

Oklah, abah ada meeting kejap lagi. Jumpa lagi minggu depan, insyaAllah.

Selamat berehat dihujung minggu nanti. Sebelum terlupa, Selamat Menyambut Tahun Baru 1428 Hijrah. Abah doakan moga tahun hijrah yang baru ini, kita semua akan lebih berjaya mendekatkan diri pada Allah, lebih tawadhuk dan lebih istiqamah dalam apa jua yang kita buat, moga Allah kan sentiasa memberkati hidup kita, moga juga kebahagiaan yang kita sering idamkan itu akan dihamparkan Allah pada diri kita, insyaAllah.


Send this eCard !

Thursday, January 18, 2007

Cerita tentang Come Primavera...

Hari ni tak nak mengepek apa-apa, walaupun hajat dihati tu nak mengepek tentang cerita dalam Di Sebalik Malam TV3 yang ditayangkan semalam, tapi nantilah dulu. Lain kali. Hari ni nak kongsi lagu baru kegemaran abah dulu. Jangan bimbang kalau tak faham liriknya, sebab abah pun tak faham juga. :-)



L´inverno sai finirá
e come é arrivato se ne andrá
e scioglierá il dolore
come la neve al sole

E le ferite che ai
lo sai guarirano prima o poi
dopo la notte l´aurora ancora verrá
si perché

Torna la vita piú serena
e rifiorisce come primavera
la vita grida a voce piena
dentro te

Ritroverai anche tu
la forza che ora non ai piú
e quella voglia di vivere
che ancor non c´é tornerá

Torna la vita piú serena
e rifiorisce come primavera
la vita grida a voce piena
dentro te

Torna la vita piú serena
e rifiorisce come primavera
la vita grida a voce piena
dentro te

la vita grida a voce piena
dentro te

Come primavera

Wednesday, January 17, 2007

Cerita tentang didik dan hukum...

Bosan tengok TV tadi, abah tukar-tukar channel, alhamdulillah tertekan RTM1 yg jarang abah berminat nak tengok. Me’lekat’ jugalah abah sejam depan TV tengok rancangan Isu Semasa. Isu yg dibincang: Ulama dan kehidupan masa kini. Tetamu jemputan: Mufti Perlis. Sudah lama abah nak tengok Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan idea2nya, dan pandangannya. Alhamdulillah, abah puashati dengan penjelasan, tentang beberapa isu kontroversi – isu tangkap khalwat, isu perubahan pemikiran dan beberapa isu lain.

Disentuh juga, bab-bab penentangan dan kritikan yg diterima. Dan abah perasan pun dalam yahoogroups yang abah langgan, ada yang terang-terang menunjukkan penentangan pada Dr. Asri. Mulanya penentangan idea, tapi merebak kepada menentang Dr. Asri sebagai individu pulak. Abah pun tak faham la dengan sekelompok orang melayu islam kita itu.

Abah tak ada hubungan saudara pun dengan Dr. Asri, tapi idea-idea beliau adalah idea yang banyak betulnya. Abah bukan ustaz ataupun ahli agama yang boleh tafsirkan dengan mendalam apa yang Dr. Asri kata, tapi setakat ilmu agama yg ada sikit ini, abah fikir yang idea-idea Dr. Asri banyak yang kena difikirkan dan ditimbangkan serta dipraktikkan.

Ambil satu contoh, isu tangkap khalwat. Kata Dr. Asri, kenapa perlu tekankan pada tangkap khalwat, sedangkan kita tidak mendidik pun orang akan dosa zina. Kenapa perlu Islam itu dipakejkan sebagai agama yang menghukum, sedangkan Islam itu satu agama yang banyak mendidik. Tapi untuk yang menentang, macam-macam alasan yg diberi. Tak salah mengkritik, tapi kritikan orang kita ini, banyak kritikan yang meruntuhkan. Bukan sikit yg abah baca komen orang tentang Dr. Asri nak bawa fahaman itu dan ini di Malaysia, Dr. Asri jadi alat UMNO, Dr. Asri itu dan ini.

Abah akui abah kadangkala lurus bendul juga orangnya. Tapi abah pelik sangat2 bila orang2 kita ni terlebih prejudis pada banyak benda. Orang buat itu, dikatakan ada udang disebalik batu. Orang buat ini, dikatakan ada helah politik, dan macam-macam. Abah tak tahu kalau-kalau Dr. Asri itu ada agenda lain disebalik idea2 dan komen2nya, tapi kalau ada pun, abah tak pandang itu. Abah pandang pada apa yang dikata. Dan abah yakin, Dr. Asri ikhlas dalam apa yg diperjuangkannya.

Dah lama abah tertanya-tanya, kenapa kita diMalaysia ini, lebih pada nak mengamalkan Islam yang menghukum. Orang Islam kita sangat senang menghukum. Mendidiknya ada, tapi tak sehebat menghukum. Kita akan lebih sokong kalau orang yg buat dosa dihukum seberatnya, tapi kita tak akan kisah sangat dengan idea untuk mendidik orang supaya tak buat dosa.

Ambil sajalah kes pelacur2 dan penagih2 dadah yg ada diserata tempat. Apa yang kita buat? Menghina adalah perkara pertama yg selalu orang buat. Menangkap dan mendenda ialah perkara kedua. Jarang sangat kita mendengar orang mendidik dan menarik orang2 ini kembali ke jalan Allah. Dan yang pentingnya, kita tidak mendidik sebetulnya orang2 yg melanggan pelacur itu supaya kembali kejalan Allah juga.

Abah sangat meyokong idea2 yang menyarankan kita supaya mengambil pendekatan yang lebih penting dalam memastikan syiar islam itu akan terus kukuh.

Mengantuk la pulak, nantilah abah sambung. Ada lagi idea nak mengepek isu ini.

Sikit lagi nak cakap, hehe, abah teringin nak dengar Dr. Asri beri komen tentang kerajaan yang perlu melakukan sesuatu pada media TV dan radio diMalaysia ini. Sebab abah nampak, TV kita tidak banyak mendidik. TV kita hanya banyak menyimpangkan orang melayu dari Islam dengan mendekatkan kita ini pada kemodenan, kononnya. Kenapa anak-anak dara suka pakai seksi2, sebab TV mendidik mereka supaya seksi. Kenapa anak2 melayu sibuk nak masuk AF, Mentor, bintang itu ini?? Sebab TV kita galakkan. Tak cukup dengan TV luar yang menghampirkan kita dengan benda2 itu, TV tempatan kita pun turut sama berbuat demikian. Semua klasifikasi U, 18SX, dan macam2 jenis lagi itu sudah tak nampak mana relevannya, sebab anak didik Inul goyang gerudi pun dikelaskan sebagai U. Tak pelik la nanti, kalau ada anak2 kita seawal 4-5 tahun sudah pandai goyang gerudi.

- Abah,
14/1/07
Marco Polo Hotel Tawau

Tuesday, January 16, 2007

Cerita tentang KK, Sandakan dan Tawau...

Abah sedang tunggu flight ke KL. Sambil-sambil tunggu, abah lepak kat KFC di airport KK ni dan cuba nak mengepek sikit. Bukan mengepek apa pun, nak bercerita sikit tentang apa yg berlaku sepanjang 4 hari abah di Sandakan, KK dan Tawau.

Alhamdulillah semua OK. Sandakan hujan macam yang dilaporkan dalam akhbar dan berita. Abah sempat juga pekena Bakso yang memang dah lama abah rindu. Hehe. Terima kasih Su sebab belanja abah makan bakso. Abah juga sempat makan di Sim-sim. Cuma tak sempat nak pekena Soto Makasar. Takpe, insyaAllah ada masa lagi nanti, abah akan datang lagi dan pekena soto pulak. Cuma yang agak sedih sikit, abah sempat juga lihat tempat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang yang mengorbankan 2 orang pelajar sekolah di Sandakan hari tu. Banyak pun sebenarnya kejadian tanah runtuh di Sandakan semenjak hujan tidak berhenti-henti. Keadaan jalan pun agak banyak yang rosak dan berlubang-lubang.

Jadual agak ketat di Sandakan. Sampai disana pun dah petang. Perancangan nak ke rumah Irman terbantut, sebab hujan dan sebab dah lewat sangat. Tugasan pun sempat 80% saja abah laksanakan pada hari sabtu sebab nak 'kejar' flight ke Tawau. Tugasan yang selebihnya 20% tu abah serahkan pada rakan di Sandakan untuk diselesaikan.

Flight ke Tawau tak ada yang terus, jadi, abah terpaksa ke KK dulu. Memandangkan abah ada masa 5 jam untuk menunggu flight ke Tawau, abah call kawan abah di KK. Alhamdulillah, dia free sikit masa itu.Jadi, sempat jugalah pergi makan, dan ronda2 Pasar Filipina di KK. Kalau duduk lama sikit, mesti lagi seronok, sebab KK agak mengujakan abah. InsyaAllah ada rezeki nanti, abah nak bawak Ummi dan Muizz ke KK. Abah nak juga bawak depa ke Kinabalu.Moga2 Allah beri kelapangan dan kemurahan rezeki untuk kami ke KK nanti.

Flight ke Tawau delay hari tu, jadi, abah tiba lewat jugalah di sana. Sampai Tawau, abah daftar ke hotel, dan terus lena. Penat bah! Hari Ahad, abah ke pejabat disini utk laksanakan tugas abah. Alhamdulillah, pukul 3 dah siap apa yg perlu dibuat. Sempat abah jalan-jalan Bandar Tawau dengan kawan pejabat yang baru abah kenal.

Kalau nak tanya abah Tawau macamana, abah kata, OKlah. Bandar tak lah besar sangat. Tenang macam Sandakan juga. Yang paling menarik hati – Kepak Ayam Lelek. Mak aih…sedap hingga menjilat jari. Makanan lain tak sempat abah cuba lagi. InsyaAllah lain kali kalau datang abah akan cuba makanan yang lain. Hotel di Tawau pun OK, alhamdulillah. Satu yang best, hotel tu betul-betul bersebelahan dengan masjid. Dan abah perhatikan, orang Tawau ni bagus bila tiba waktu azan. Ramai yang bergegas kemasjid itu, walaupun ramai juga lagi yang asyik dgn urusan masing-masing. Tapi bagus lah. Orangnya pun ramah-ramah, tapi sebab abah ni jenis tidak berapa ramah, so, tak adalah nak bersembang banyak sangat.

Bercakap tentang Tawau, teringat pada rakan sebilik abah waktu abah mula-mula masuk matrik tahun 91 dahulu. Rakan sebilik abah itu senior matrik, dan orang Tawau. Bila terpandang papan arah ke Kuhara, teringat kat dia. Halimuddin namanya. Entah dimana dia sekarang. Teringin juga nak jumpa, sebab dah lama sungguh abah tak jumpa dia. Entah di semenanjung ataupun balik ke Sabah. Baik orangnya, dan abah tak boleh lupakan dia sebab dialah satu-satunya rakan sebilik abah yang hampir saban malam menangis disejadah. Dia menangis sambil berdoa pada Allah. Dan abah pun kadang turut sama bergenang air mata tiap kali dengar dia menangis selepas solat malam. Dan sebab itu juga, abah dulu rajin sikit buat apa yg dia buat, cuma lepas tamat belajar saja, abah jadi liat semula. Moga Allah kembalikan sikap yg baik itu pada abah. Apapun, abah doakan moga rakan abah ini akan senantiasa dalam rahmat Allah dan semoga hidup dia sebahagia yang diingininya.

Oklah dulu, nanti abah sambung lagi. Dah ada pengumuman suruh masuk sebab flight abah akan berlepas setengah jam lagi. Tak sabar nak jumpa Ummi dan Muizz. Rindu bah! Hehehe.

Salam dari KK,
Abah, 15 Jan 06, 5pm.

Thursday, January 11, 2007

Cerita tentang boleh II...

Minta maaf la pada rakan pembaca yang tersinggung dengan post abah semalam. Hehehe, abah pun pelik dengan apa yg abah tulis, tapi abah masih lagi maknakan apa yg abah tulis.

Bang long kata, tutup mata sajalah. Boleh bang long, memang sangat boleh untuk tutup mata, dan tutup mulut. Abah mengepek kat blog ni pun, sebab abah pun selalu tutup mata dan tutup mulut sebelum ini. Orang kita pun bukan tak biasa diajar tutup mata dan mulut. Kita selalu diajar benda itu. Nampak apa yang tak berapa betul, "Alah, diamkan ajelah, buat-buat tak nampak". Tak pun, "ler, biarlah dia. kita takyah bising-bising, tu kan hal kecik aje." Tapi yang bagusnya sekarang ini, kalau masuk tandas, mesti akan ada sticker atau nota yang kata, "Sila flush selepas guna". Zaman hari tu tak ada, sebab orang semua tutup mata dan tutup mulut saja bila masuk tandas yg tidak diflush oleh orang sebelumnya. Ada juga nota yang kata "Sila duduk, bukan bercangkung" dalam tandas duduk. Hahaha, kelakar juga bunyinya, tapi itulah kenyataan. Ada pernah jadi mangkuk tandas duduk di opis lama abah pecah, akibat ada orang yang gunakan seolah2 guna tandas cangkung. Pihak pentadbiran terpaksalah keluarkan memo dan notis, sebab benda dah pecah. Kalau setakat retak je tu, abah rasa, mereka pun akan tutup mata dan tutup mulut seperti yg bang long sarankan.

Tapi betul bang long, abah pun selalu tutup mulut. Bukan sebab tak sakit hati, sakit juga mata dan hati, tapi sebab abah rasa kita ini memang macam itu. Cuma sekarang ini, bila Muizz tanya, "Kenapa orang tu buat motor dia bunyi bising(macam yg mat rempit selalu buat)? atau bila dia tanya, "Kenapa orang tu hisap rokok?", atau beberapa soalan lagi, jawapan abah dan ummi ialah "Orang itu sakit otak. Ahmad jangan buat macam itu nanti, tak baik buat macam itu, Allah marah." So, sekarang ni bila dia tgk budak-budak rempit naik motor ataupun tgk orang hisap rokok, dia sendiri akan mengomen, "Sian orang tu sakit otak kan bah!".

Hana kata nak kena bagi masa untuk ubah mindset orang kita. Betul juga tu. Tapi rasanya dah banyak masa diberikan. Daripada pelajaran Ilmu Sivik diperkenalkan hinggalah pada Sivik & Kewarganegaraan, rasanya sama juga. Yang buat benda2 pelik itupun bukan orang tak sekolah, sekolah pun. Ada yang masuk U lagi. Tapi macam itu juga. Nak kata tak diajar, rasanya diajar, tapi tak tahulah kot-kot masa orang ajar, dia sibuk belajar benda lain.

Abah pun tak reti nak bagi saranan apa, cuma kalau kita ni mak ayah, pastikan anak2 kita dilatih dengan perkara-perkara itu. Kita orang Islam - Islam ajar kebersihan, Islam ajar kebaikan tingkah laku, Islam ajar erti tanggungjawab dalam bekerja, Islam ajar segalanya. Pastikan anak-anak kita itu terajar dengan benda-benda itu. Adab guna tandas, adab buang sampah, adab bercakap dengan orang, adab berpakaian. Supaya satu hari nanti, InsyaAllah anak kita tidak akan mengotorkan tandas, anak kita tidak akan buang sampah merata-rata, anak kita tidak akan buat kerja sambil lewa, anak kita tidak akan berpakaian yang tidak patut, etc.

Oklah, cukuplah mengepek bab ini. Abah nak siapkan kerja sikit. Jumpa lagi minggu depan, insyaAllah. Esok abah akan ke Sandakan, dan kemudian ke Tawau - atas urusan kerja. Doakan abah selamat dalam perjalanan.

P/S: Sebelum abah lupa, nak tunjukkan hasil kerja tangan Ummi untuk majlis p
ertunangan anak pengasuh Muizz baru-baru ni. Ummi minta komen, kot-kot boleh dia baiki lagi skill, insyaAllah.


Wednesday, January 10, 2007

Cerita tentang Malaysia BOLEH...

Petang semalam, waktu abah sedang isi minyak kereta, Muizz dok main2 ngan tingkap kereta, dan hasilnya, tingkap tu dah rosak. Aduihhhh, sabar la hati. Bersebabkan itu, (atau mungkin sebab lain yg Allah saja yang tahu), pagi ni abah terpaksa guna komuter ke tempat kerja. Dan komuter pulak buat hal hari ni, lewat dari jadualnya. Aduihhhhh.

Terlanjur cerita tentang komuter lewat ni, nak la mengepek sikit tentang pengalaman kakak abah berurusan di sebuah pejabat majlis daerah di kampung. Kakak abah pergi ke pejabat tanah sebab nak perbaharui lesen perniagaannya. Bila sampai ke pejabat, kata pegawai kat situ "Kerani tak ada, dia MC". Hari lain pulak kakak abah ni pergi, pegawai tu kata lagi, "Kerani cuti hari ni". Dan hasilnya, lesen tak boleh diperbaharui gara2 kerani tak ada. Kata abah, "Selamat Datang ke Malaysia". Bukan nak kondem apa, tetapi memang banyak sangat cerita tentang perkhidmatan pelanggan yang tak berapa baik yang disediakan diMalaysia. Macam kes kakak abah tadi la. Abah rasa la kan, kalau la takdirnya kerani tu meninggal dunia, habis la kelam kelibut pejabat tu, sebab tak ada orang nak buat kerja. Pegawai-pegawai cuma tahu 'punch in' dan 'punch out' saja, selebihnya bergebang kat opis, dan buat2 sibuk kalau orang besar turun.

Abah fikir, bukan soal perkhidmatan saja, banyak lagi yang perlu diperbaiki di Malaysia ni. Semalam baca luahan pembaca diakhbar berkaitan keadaan tandas2 awam di Malaysia. Kata abah, tandas2 awam dinegara kita ni bukan manusia yang guna, lembu yang guna, sebab itu jadi macam itu. Ada jugalah manusia yang guna, tapi beberapa kerat je. Selebihnya, lembu-lembu dan monyet2.

Kasarnya bahasa ek! Haha, maaf la, bukan sengaja nak kasar, tapi memang terpaksa kasar. Orang kita dinegara tercinta ini adalah punca kepada banyak benda yang tak kena. Abah tak nak la komen banyak tentang orang-orang diatas yang macam dewa-dewa saja lakunya tu, tapi nak komen orang2 yang dibawah, yang macam kita semua ni.

Kat Malaysia ni la rasanya negara yang boleh tengok macam-macam benda. Bak kata arwah Pak Said (ke apa namanya ntah) Macam-macam Ada.

Boleh tengok sampah melayang keluar dari kereta semasa memandu ataupun keluar dari rumah sapa-sapa ntah dirumah yg bertingkat-tingkat.
Boleh tengok sampah berulat2 sebab takde lori datang kutip.
Boleh tengok pelanggan menunggu berjam-jam sebab kaunter yg bukak cuma satu.
Boleh tengok tandas yang "nak melepas pun boleh hilang rasa nak melepas".
Boleh tengok orang berebut2 nak masuk komuter atau bas.
Boleh tengok orang bergaduh2 dalam yahoogroups.
Boleh tengok kereta potong Q masa jalan sesak.

Dan macam-macam lagilah yang boleh tengok.

Sebabnya, MALAYSIA BOLEH. Rakyatnya semua boleh buat, baik buat benda yang baik dan bermanfaat, hinggalah pada buat benda yang tak senonoh dan tak berfaedah. Belum lagi pergi pada buat benda yang menyusahkan orang lain. Orang Malaysia serba boleh. Patut la slogan itu yang asyik disebut-sebut.

Oklah, cukup la mengepek hari ni. Sambung esok pulak. Hehehe. Pada yang dok fikir samada abah tgh marah atau tidak skrg ini waktu menulis entry ini - jawapannya: Abah tak marah.

Tuesday, January 09, 2007

Cerita tentang banjir...

Semalam abah sempat tonton Buletin Utama setelah sekian lama abah tak dapat tonton berita TV. Kisah utamanya - banjir. Agak teruk juga kelihatan banjir dinegeri Kelantan. Di Trg abah nampak macam ok sikit. Harap-harap tidak akan ada berlaku kejadian yg tidak diingini, memandangkan banjir berlaku hampir saban tahun.

Tiap kali tengok dan baca berita tentang banjir, tiap kali itu jugalah abah akan teringat kisah-kisah dulu. Pengalaman dengan banjir juga lah antara perkara yang masih ada dalam kotak fikiran abah, dan alhamdulillah, ianya pengalaman manis. Masakan tidak manis, waktu itu abah masih budak. Bayangkan bangun tidur saja, abah nampak air mengalir dibawah rumah. Rumah abah rumah papan masa itu, masih boleh intai apa ada bawah rumah melalui celah-celah lantai papan. Dan abah juga sempat saksikan bagaimana air banjir perlahan-lahan mengalir kearah rumah abah, dan tidak sampai sejam pun, air dah mencecah setengah tiang rumah. Waktu itu, mandi air bah sajalah yang abah reti. Banjir juga bagi abah satu rahmat, kerana dengan banjir jugalah abah boleh menahan pukat hanya ditepi jalan. Dan untuk mendapat ikan-ikan tidak sesukar biasa.

Waktu itu juga jalanraya utama terpaksa ditutup, maka bersidaianlah kenderaaan yang tidak mampu nak kemana-mana. Dapat jugalah mak beranak-angkatkan 3-4 orang kakak-kakak maktab yang stranded kerana banjir.

Banjir juga pernah buat abah saksikan bagaimana sebuah rumah perlahan-lahan runtuh dan dihanyutkan air ke laut. Hanya tinggal bahagian dapur sahaja. Alhamdulillah, waktu itu, tiada kemalangan jiwa. Alhamdulillah, kebelakangan ini, kampung abah tidak dilanda banjir lagi. Setakat air naik sikit-sikit tu adalah. Walaupun rindu nak tengok banjir dikampung, tapi abah syukur, kerana tidak ada banjir. Rahmat bagi abah belum tentu lagi satu keseronokan pada orang lain.

Pada mangsa-mangsa banjir, abah harap mereka akan bersabar dan hadapi dengan tenang.

Entah bila agaknya, Muizz dapat alami pengalaman dengan banjir seperti yang abah alami. Susah agaknya dia nak lalui perkara sama, kerana dunia kami membesar sudah sangat jauh berbeza.

Hingga jumpa lagi...

P/S: Sejuk hati abah tengok rata-rata wanita diTrg dan Kelantan yang ditemuramah TV3 semalam, bertudung. Alhamdulillah. Dan rawan juga rasa hati, bila abah dikhabarkan tentang orang-orang yang pernah rapat dengan abah satu ketika dulu, kebanyakannya telah mula membuka tudung, atas alasan yang abah sendiri pun tidak pasti. Moga mereka semua akan masih terus diberi hidayah oleh Allah.

Friday, January 05, 2007

Cerita tentang korban...

Tuannya bercuti, blog pun menyepi. Hehe, tapi tak sepi juga pun, sebab ada juga kawan2 blog yang rajin singgah blog abah dan tinggalkan ucapan, pesan mahupun doa. Terima kasih atas tanda ingatan anda.

Nak kata lama bercuti tu idak la sangat, cuma nak mengepek tu macam tak ada apa nak diepekkan.

Hari Raya Korban abah dan keluarga sambut macam biasa juga. Kali ini diKelantan. Dan menurut Ummi, bermula 2007, hari raya haji cuma disatu lokasi sahaja, sebab cuti tak panjang.

Di Kelantan, raya korban cuma meriah dengan sesi korban. Alhamdulillah, Ummi dan abah dimurahkan rezeki untuk sama-sama berkorban lembu pada tahun ini. Dan tahun ini juga satu pengalaman baru bagi abah. Sebelum ni abah cuma banyak memerhati, sebab ramai orang yang terlibat. Tapi kali ini, orang yang terlibat tidak ramai, kerana ada banyak tempat korban dikampung. Abah pun terpaksa turut sama melapah lembu. Alhamdulillah, penat, tapi seronok. Sepanjang hayat abah, belum pernah abah buat kerja-kerja itu, alhamdulillah kali ini, Allah berikan abah peluang untuk berkorban dan turut sama membantu dalam proses penyembelihan dan pembahagian daging korban.

Tapi rasa seronok tu tak lama, sebab menjelang malam abah demam. Bukan demam sikit2, demam yang jarang2 abah jumpa. Nak kata sebab lapah lembu, tidak juga. Agaknya sebab berhujan kot. Tapi tak apalah, sakit itu mungkin untuk menyuci dosa2 kecil abah.

Sebelum balik ke KL, abah sempat pergi berurut dengan seorang pakcik dikampung. Mak mertua abah dan ummi yang sarankan. Alhamdulillah, abah sangat berpuashati dengan urutan yang diberi. Memang betul la kata orang, tukang2 urut diKelantan memang bagus-bagus. Bukan setakat urut sahaja, banyak ilmu dan petua yang dicurahkan pada abah, walaupun abah tidak minta. Tapi kebanyakannya petua orang lelaki la. Tapi tak salah pun abah ambil ilmu dan petua yang diajar, asalkan tidak menyalahi ajaran Allah.

Muizz pun dah mula bersekolah semula. Hari pertama dia ponteng, sebab kami masih dikampung. Semalam adalah hari pertama, dan dia nampak gembira kerana masih bersama dengan beberapa orang kawan sekelas dia yang dahulu. Dan sekarang ni makin banyak cakap la pulak. Penat juga rasanya nak melayan. Tapi tak apalah, memang budak umur macam itu akan suka bercakap. Cuma kalau abah rasa tak larat melayan tu, abah suruh juga dia berhenti sekejap bercakap. Kalau dirumah kurang la sikit dia bercakap, sebab ada TV, tapi kalau didalam kereta atau diluar, susah nak berhenti.

Oklah dulu, cukup takat ini. Abah nak ke masjid untuk Solat jumaat. Hingga jumpa lagi, insyaAllah.

Opss, sebelum terlupa, abah nak ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2007 pada anda semua - Am, Muzem, PB, Irman, Bang Long, Kak Hajjah, Anim, Zamdee, Yun, Aarin, Hana, Niezam, Ustaz Muda, Aba-Muiz dan yang lain-lainnya. Abah doakan moga tahun ini, kita akan lebih diberi peluang untuk lakukan yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, dan orang2 disekitar kita. Moga kita antara orang2 yang dipilih Allah untuk dilimpahkan kurnia dan rahmatnya senantiasa, insyaAllah.

Friday, December 22, 2006

Cerita tentang hati...

Abah terbaca satu artikel di Berita Harian Online sekejap tadi. Artikel yang berguna, walaupun pada sesetengah kita, ini benda yang biasa sahaja. Tetapi dalam kebiasaan itu pun, kita tak mampu nak amalkan apa yang dibaca. Abah tak kata orang, diri abah sendiri. Pantang jumpa buku yang menarik, sekiranya abah berduit masa itu, abah akan beli. Dan kebanyakan buku-buku itu bagus isi kandungannya. Dan lebih bagus kalau mampu diamalkan apa yang diterangkan dalam buku-buku itu. Bukan abah tak faham pun apa yang ditulis, jauh sekali nak menyangkal kebenaran tulisannya, cuma bila pergi kepada mengamalkan apa yang dibaca, abah rasa sukar sedikit. Abah pun tak faham kenapa.

Kalau anda pun ada masalah macam abah, kenapa ya kita jadi macam itu?? Bila kearah berbuat kebaikan, susah sangat, hingga perlu memaksa diri. Sedangkan bila ingin berbuat sesuatu yang mungkar, senang sungguh. Kadang tak perlu rancang apa-apa pun, ada peluang, buat terus benda itu.

Liatnya hati kita rasanya untuk berkorban kejalan Allah. Nak solat pada masanya, malas. Nak mengaji setiap hari pun, malas. Nak cakap elok-elok dengan orang lain pun, selalu terkasar juga. Nak berfikir positif tentang peristiwa dan orang lain pun, seringkali keluar juga yang negatif.

Oklah, tak nak merepek lebih lanjut, anda bacalah sedikit excerpt dari tulisan itu yang abah petik.

Artikel: Hati kotor hanya boleh diubat, dibersih dengan iman

Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam enam perkara;

Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya;

Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu;

Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati;

Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.

Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram. Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah;

Keenam, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.

Monday, December 18, 2006

Cerita tentang mak ayah dan anak2 kecil...

Kebelakangan ni agak kalut sikit, sebab tu lama tak jenguk tempat ni. Banyak dalam minda ni yang nak dicurahkan pada blog abah ni, tapi abah tak tahu nak menulis yang mana satu dahulu. Abah mengepek rojak ayam la hari ni, campuradukkan semua yang abah rasa nak mengepek. Boleh??

Hari Sabtu hari tu, kebetulan abah, ummi dan Muizz keluar ke KL, nak belikan hadiah perkahwinan untuk anak pada Pakcik, rakan sepejabat Ummi. Lepas solat maghrib, kami pergi makan kat Tingkat 6 Sogo. Dan sewaktu makan, abah terpandang la 2 orang budak kecil yang sedang membuang tisu, botol air mineral, dan straw kedalam kolam yang ada ikan-ikan cantik di Sogo tu. Bila abah jenguk kedalam kolam, rupanya banyak la lagi sampah sarap yg ada termasuklah tisu. Abah tercari2 juga mana mak ayah budak dua orang tu. Tapi abah tak nampak mak ayahnya. Ingat nak tegur juga, tapi belum apa2, mereka dah hilang.

Ini bukan kes pertama abah tengok ada anak2 kecil yang berbuat benda yang tidak patut, dan mak ayah tidak berbuat apa2. Dalam kes budak berdua tadi, abah fikir, mak ayah mereka tidak tahu anak buat macam itu. Tapi ada beberapa kes lagi, mak ayah cuma sekadar memerhatikan anak berbuat benda2 macam itu, tanpa berbuat apa-apa.

Pernah satu ketika, abah terjumpa dengan seorang budak yang bermain2 dalam pasaraya. Emaknya ada disebelah dia, sedang sibuk memilih barang. Entah macam mana, tiba2 sebotol sos tomato yg besar jatuh berkecai atas lantai. Budak itu terus terdiam, sebab abah rasa dia pun yg buat benda tu jatuh. Tahu apa emaknya buat? Tarik tangan budak itu, dan terus lari ke tempat lain, seolah2 mereka tidak tahu botol sos itu jatuh.

Kes kedua, Ummi yang nampak. Ada seorang emak sedang memegang anak kecil sedang minum disebuah restoran. Anaknya dok bermain dengan cawan minuman emaknya. Entah macamana main, cawan itu jatuh dan berkecai. Bila pekerja restoran itu datang, emak budak itu cuma kata maaf pada pekerja tadi, dan duduk memegang anaknya seolah2 tidak ada apa yang berlaku.

Itu antara kes-kes yang buat abah pun sakit hati nengokkan. Nak salahkan budak2, tak boleh juga, sebab memang budak2 suka bermain2. Yang si emak pulak, jangan kata nak menegur anak, benda jatuh berkecai pun masih boleh lari ataupun buat muka 20 sen. Macam tidak ada rasa bersalah apa pun.

Abah tak la kata emak2 itu sepatutnya bertempik-tempik marah anak bila dia bermain, tapi kawal la, dan tegur la anak itu. Anak-anak ini boleh ditegur dan diajar perkara yang betul. Dan kalau betul terjadi juga macam kes botol atau gelas pecah akibat perbuatan anak, bertanggungjawablah sedikit. Bukan dengan lari atau buat2 macam tidak ada apa2.

Abah harap lepas ni abah tidak berjumpa lagi dengan kes-kes macam ini. Sebab kalau terjumpa lagi, rasanya abah akan rasa sakit hati lagi, dan kalau terlebih sakit hati, ada la orang yang kena 'sound' dengan abah. Hehehe. Jangan tak percaya, abah boleh pada tahap 'sound' orang kalau ada benda yang abah tidak puas hati. Ekekekeke. Bukan sengaja nak buat, tapi dah memang akan terjadi bila dah tak boleh nak sabarkan hati.

Yang lain2 abah sambung nanti la ya!

P/S: Sewaktu konvokesyen hari Sabtu baru ni, Yun ada beritahu abah, ada pelajar yang menitiskan airmata lepas turun dari pentas. Bukan airmata sedih, tapi airmata gembira, setelah 4 tahun berhempas pulas, akhirnya ijazah sudah ada digenggaman. Alhamdulillah. Teringat pada rakan karib abah sewaktu di UUM dulu, yang juga menitiskan airmata sewaktu menerima ijazahnya. Bila abah buat2 tanya kenapa, katanya, itulah saat yang dia dok tunggu2 semenjak hari pertama dia jejakkan kaki ke UUM. Abah rasa itulah erti kemenangan yang sebenar bagi orang2 yang tidak jemu berusaha, dan pada mereka yang berpenat lelah berusaha utk dapatkan sesuatu.

Tahniah utk 3000++ graduan yg menerima ijazah masing2 sewaktu konvokesyen baru-baru ini. Untuk sebahagian besar graduan yang merupakan guru-guru, abah berharap sangat pada anda, agar ilmu yang anda perolehi dapat dimafaatkan sebaiknya dalam mendidik anak-anak kami semua nanti. Bukan sekadar ilmu dunia, tapi ilmu membentuk anak kami menjadi manusia. Abah tumpang bangga dengan kejayaan anda semua, terutama pada mereka yang abah kenali.


Thursday, December 07, 2006

Cerita tentang Bilut...

Hari minggu hari tu, abah tengok cerita Bilut. Tapi bukan la tengok kat panggung, beli CD cetak rompak je. Tak berbaloi tengok kat panggung rasanya, sebab cerita yang tak ada kesan bunyi yang hebat macam Bilut tu, tengok kat rumah pun OK. Lain la cerita-cerita yang ada kesan bunyi yang bagus, memang akan abah tengok di panggung. Nak buat macamana, abah dah memang suka dengan kesan-kesan bunyi yang bagus, dan kebetulan kat rumah tak ada sistem teater rumah. Hehe, pagi-pagi dah melalut.

Cerita Bilut tu satu cerita yang bagus pada abah. Cerita yang memberitahu abah erti kesusahan hidup orang-orang Melayu satu ketika dulu, dalam meneroka tanah baru untuk projek Felda. Dan dalam cerita itu pun banyak ditunjukkan akan kelebihan dan kekuatan orang Melayu, dan tak lari juga keburukan orang bangsa macam abah ini.

Bangsa Melayu bangsa yang kuat dan rajin sebenarnya. Sanggup bersusah payah. Sangat akrab perhubungannya. Tapi dalam masa yang sama, bangsa Melayu ini juga suka 'sentimental' pada perkara-perkara yang tidak patut. Tapi itulah Melayu, kalau sekadar Melayu. Itulah sebab Melayu kena diadun dengan Islam, supaya yang baik dan hebat akan terus kekal hebat, dan yang tidak baik itu akan berubah jadi baik.

Dalam cerita tu, ada ditunjukkan babak kenduri kahwin, dan di kenduri tu, Syura menyanyikan lagu yang abah minat juga - Nazam Berkasih. Kebetulan abah ada simpan mp3 lagu tu, abah seperti biasa la kan, nak juga berkongsi dengan anda.



Nazam Berkasih - Syura

Pandang-pandang hati berkenan
Tidur malam wajah terbayang
Renung-renung hati keliru
Siapakah dihatimu

Jeling-jeling mahu memandang
Dua mata bertentang mata
Harap-harap ulang bertemu
Bimbang nanti resah menunggu

Lama-lama... lama apa
Lama rindu... pada siapa
Pada teruna idaman

Rasa-rasa... rasa apa
Rasa pilu... Eh! kenapa
Hai dia buat tak tahu
Jauh-jauh... jauh apa
Jauh hati... hati siapa
Hati kita yang terluka

Rasa-rasa... rasa apa
Rasa malu... Eh! kenapa
Tangan bertepuk sebelah
Dapatkah... ku inginkan
Hatimu dan hatiku
Berpadu jadi satu

Jauh-jauh orang berpesan
Yang di sana sedang merindu
Harap-harap masa terluang
Ada waktu ingin bertemu
Jauh-jauh menyemai padi
Tidak lalang tumbuh sebendang
Harap-harap kasih menjadi
Dua jiwa berpasangan
Cintaku... cintamu
Suci berpadu

Rinduku... rindumu
Mekar menjadi satu
Dua jiwa berpasangan
Dua cinta berpautan
Senandungkanlah alam
Irama cinta suci

Hari Ahad hari tu, Ummi jatuh tangga. Kesian Ummi, sampai kehari ni masih lagi tak boleh nak bergerak macam biasa. Abah dah bawak Ummi pergi klinik dan pergi berurut. Harap2 tidak ada apa yang serius nanti. Anda doakanlah moga Ummi akan cepat sembuh seperti biasa.

Agak sibuk sikit kebelakangan ini, itu yang abah tak selalu berkesempatan nak kemaskini blog abah ni. Hingga jumpa lagi, insyaAllah.

Friday, December 01, 2006

Cerita tentang kain...




Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu

Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku

Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang

Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan

Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi

Gurindam lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati

Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali


Tadi masa tengah memandu, abah terdengar lagu ni kat radio. Haha, terus teringat zaman2 masa abah tengah minat lagu ni. Masa tu abah bujang lagi, dan masa tu baru je jadi orang bandar KL. Teringat waktu bersahur waktu duduk Kg. Baru hari tu, time tu la TV3 dok tayang2 klip video cindai ni.

Sedap iramanya, apatah lagi liriknya. Orang yang faham akan tahu la apa makna lagunya. Tapi lirik tu takde la kaitan apa dengan diri abah pada masa tu. Sebab masa tu tengah muda, tengah enjoy, tengah nak kenal dunia. Masa tu bukan era jiwang-jiwang lagi. Dan satu yang buat abah suka lagu tu ialah sebab Siti sangat pandai lagukan. Itulah kot antara sebab abah minat dengan nyanyian si Datuk Siti Nurhaliza.

Eh, apa abah mengarut tentang lagu Cindai hari jumaat nih????

Thursday, November 30, 2006

Cerita tentang tanggungjawab...

Sejak kebelakangan ni, abah perhatikan dalam satu yahoogroup yang abah langgan, agak hebat juga perbincangan antara rakan group tentang isu suami isteri ni. Dan seperti perbincangan-perbincangan yang lain juga, kisah tentang lelaki dan wanita ini pasti takkan ada penghujungnya, sebab masing-masing akan ada hujah masing2, terutamanya pabila bercerita tentang soal tanggungjawab. Ada yang dituduh 'chauvinist', ada juga yang sengaja menunjukkan keegoan jantina. Macam-macam cerita.

Dan kebetulan malam tadi, abah tertonton segmen Bersama Dato' Dr. Fadzilah Kamsah di Astro Ria. Menarik juga topiknya: Rintihan lelaki. Dalam pada Dato' minta kaum lelaki menghantar sms pada beliau dengan rintihan masing-masing, ada juga kaum hawa yang tersilap hantar sms merintih pasal suami. Aduhhhh. Tapi tidak apalah, agaknya sebab dah tak mampu ditahan sarat perasaan kecewa pada suami, itu yg terlepas juga sms ke rancangan tersebut.

Abah seperti biasalah, tidak akan memihak mana-mana dan tidak akan menentang mana-mana, bila bercakap soal orang lelaki dan perempuan serta tanggungjawab masing-masing, baik sebelum berkahwin, ataupun selepasnya.

Abah berpegang pada kenyataan bahawa kita semua ini, tidak kira lelaki atau perempuan, kita cuma makhluk Allah yang banyak kelemahan. Sebagus mana pun kita, pasti akan ada titik kelemahan dalam diri, samada kita sedari atau tidak. Dan bila sudah berumahtangga, kita berdepan pula dengan keadaan diri pasangan kita, yang juga manusia biasa, yang juga ada kelemahan.

Tetapi, kelemahan yang ada itu bukan sekadar untuk dikenalpasti sahaja, apatah lagi untuk dibuat tidak peduli. Allah turunkan Islam pada kita, Allah bagi kudrat, bagi akal, bagi perasaan pada kita untuk berbuat sesuatu. Jika merubah kelemahan diri itu sesuatu yang tidak mustahil dan dituntut agama, kenapa tidak boleh ubah.

Abah bercakap ini merujuk banyaknya pada diri abah juga. Walaupun abah rasa abah dah cuba jadi manusia yang baik disebalik kelemahan yg abah ada, tetapi pasti banyak lagi kekurangan diri yang perlu abah perbaiki, untuk kesejahteraan hidup abah dan orang-orang terdekat, ataupun untuk masyarakat.

Dan kalau mungkin pun diri kita tidak mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu, tidak ada salahnya kalau kita ambil tahu tentang perkara itu, mana tahu, satu hari nanti, anak cucu kita mempunyai kekurangan itu, boleh juga kita bantu mana yang patut.

Berbalik kepada rancangan Dato' Dr. Fadzilah tadi, ada beberapa perkara berkaitan rintihan lelaki yang abah rasa kaum wanita patut tahu, dan patut sematkan difikiran, sebagaimana mereka ingin lelaki a.k.a suami memahami diri mereka.

Antaranya:-

1. Elakkan dari berleter. Lelaki tidak suka perempuan yang suka berleter, walaupun mungkin dia nampak tidak kisah, tetapi sebenarnya, dia tidak suka.

2. Cakap orang lelaki kadangkala agak keras pada wanita, tapi itu tidak bermakna dia marah. Jangan merajuk atau berkecil hati hanya kerana sebab ini.

3. Suami sangat sayangkan isterinya, tetapi sifat lelaki itu sendiri sukar untuk meluahkan dengan kata-kata rasa sayangnya itu. Isteri tidak boleh terlalu berharap suami akan tuturkan kata2 cinta sepanjang masa. Walaupun dia tidak luahkan, Allah saja yang tahu betapa cinta dan kasihnya dia pada isterinya.

4. Jangan mendesak suami. Lelaki tidak boleh terasa didesak oleh wanita, kerana ia akan membuat dia akan cepat rasa marah atau bosan.

5. Apabila suami marah, jangan cuba untuk dipujuk, atau lebih teruk, memberikan reaksi negatif spt merajuk atau marah. Lelaki yang sedang marah perlukan masa dan ruang untuk meredakan kemarahan dia. Selepas beberapa ketika, dia akan pulih dengan sendirinya, dan bila dia pulih, berkomunikasilah seperti biasa, dan jangan tunjukkan yg anda merajuk dengan dia kerana dia marah tadi. Ini akan memanjangkan lagi rasa marah dia.

6. Jangan sesekali mendedahkan kelemahan suami pada orang lain. Sekecil manapun kelemahan itu, itu hanya untuk anda sahaja, bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

7. Jangan juga cuba meremeh-remehkan keperluan rohani suami. Seks itu sangat penting pada orang lelaki. Walaupun mungkin dia nampak tidak kisah bila tidak dilayan sebetulnya, dia sangat kisah sebenarnya.

Itulah serba sedikit yang abah dapat ambil dari rancangan semalam itu. Abah tulis disinipun bukan sekadar untuk pengetahuan kaum wanita, tetapi untuk lelaki juga.

Dalam hidup berhubungan dengan orang lain, bukan setakat keperluan kita yang orang lain perlu hormati dan penuhi, tetapi keperluan orang lain juga perlu kita penuhi.

Hiduplah dengan penuh berkasihsayang antara suami isteri dan keluarga, dan berbuatlah apa saja untuk kebahagiaan, asalkan diatas landasan Islam, insyaAllah, kita akan diketemukan dengan kebahagiaan hidup berpasangan yang kita cari.

Andai ada perkara yang tidak kena, muhasabah diri kita, periksa hubungan kita dengan Allah, elokkah hubungan itu? Kalau elok, alhamdulillah. Kalau tidak, perelokkanlah. Kita hamba. Allah yang Maha Berkuasa. Perbaikilah hubungan kita dengan Allah, nescaya Allah akan perbaiki hubungan kita dengan isteri, anak-anak serta orang lain disekitar kita.

Teringin juga nak memberi komen tentang program baru TV3 bertajuk 'Sebalik Malam', tapi nantilah dulu, tunggu abah lapang sedikit.

P/S: Semalam juga entah kenapa abah tiba-tiba terasa nak belek album gambar. Sambil2 tengok TV, abah belek satu persatu gambar lama, termasuklah gambar Muizz waktu dia baby hinggalah umurnya setahun. Dan kebetulan abah ada simpan kat laptop ni satu gambar waktu usia Muizz setahun, abah nak kongsi dengan anda.

Tuesday, November 28, 2006

Cerita tentang mati...

Hari ni abah kena jaga periksa di UNITEN. Dah masuk hari ke-3 pun abah jaga periksa. Inilah peluang abah untuk lari dari pejabat sekejap, dan dalam masa yang sama, untuk berkenalan dengan kakitangan dari unit peperiksaan yang ada sesetengahnya masih belum abah kenal.

Sekejap tadi, Ummi telefon abah, dan Ummi bawa dua berita yang agak menyedihkan Ummi, dan abah juga. Rakan sepejabat Ummi telah kemalangan jalan raya di Puchong tengahari tadi, dan meninggal di tempat kejadian, manakala bapa saudara pada rakan sepejabat ummi juga meninggal dunia kerana penyakit kanser yang dihidapinya. Abah dengar suara ummi macam terkejut juga dia sebab ummi kata, pagi tadi elok saja dia berjumpa dengan rakan yang kemalangan itu, alih2 waktu mereka makan tengahari, dapat panggilan telefpn tentang kemalangan itu. Dan menurut ummi, rakan itu adalah seorang rakan pejabat yang baik. Ummi secara tidak langsung pesan pada abah supaya pandu kereta dengan berhati-hati, kerana Ummi tahu abah bukan jenis pemandu yang sivik bila diatas jalanraya. Hehehe, suka memecut la tu maknanya.

Dan cerita tentang dua kematian ini juga buat abah berminat untuk mengepek sikit petang-petang macam ini. Dua berita kematian, dalam dua suasana berbeza, dan kejutan yang diberi juga berbeza. Yang satu, masih segar bugar, tiba-tiba dijemput Allah dengan sebab kemalangan jalanraya. Lupa abah nak mention, rakan tadi adalah lelaki berbangsa India. Hampir satu pejabat terkejut, sebab waktu paginya, elok saja mereka berbual. Yang satu lagi, meninggal akibat penyakit kanser yang sudah lama dihidapi. Sedih juga, cuma kejutan yang diberi agak kurang, kerana sanak-saudara sudah tahu akan penyakit arwah.

Dan abah rasa kita yang segar bugar ini perlu berjaga-jaga sentiasa dengan keadaan yang pertama tadi. Bukan berjaga-jaga apa pun, cuma bersedia sepanjang masa seandainya kita dijemput Allah hanya dengan sebab yang mudah sewaktu kita masih segar bugar lagi. Abah yang alhamdulillah setakat ini masih diberikan rahmat kesihatan tubuh badan oleh Allah, juga seringkali lupa akan kenyataan bahawa Allah boleh menjemput abah kembali ke-rahmatNya bila-bila masa saja. Semoga abah akan senantiasa diberi peringatan oleh rakan2 abah sekalian supaya senantiasa menyiapsediakan diri sebelum dipanggil Allah.

Dalam kes hamba yang dijemput Allah setelah beberapa ketika diuji dengan masalah kesihatan, abah rasa ada nikmat yang perlu disyukuri. Nikmat bahawa Allah memberikan petanda bahawa, kita akan dijemput kealam kematian dalam jarak waktu yang terdekat itu. Dan berbahagialah pada mana-mana hamba Allah yang mengambil peluang untuk muhasabah diri sewaktu ditimpa penyakit, dan memperbaiki diri serta memperbanyakkan amalan sebagai persediaan menemui Allah SWT satu hari nanti. Inilah abah fikir, antara rahmat yang Allah beri untuk mereka yang diujinya dengan penyakit. Sebab itu abah selalu dengar rakan2 abah kata, penyakit yang didatangkan oleh Allah itu adalah kerana sebab Allah sayang kita, Allah memilih untuk menguji kita, dan memilih kita untuk diberi sedikit peringatan, bahawa Dia Maha Berkuasa, dan kita perlu senantiasa ingat dan sujud kepadaNya.

Pada yang senantisa sihat sejahtera, dan jarang diuji Allah dengan masalah kesihatan, itu juga rahmat Allah pada kita. Semoga dengan kesihatan tubuh badan, kita akan lebih kuat dan rajin hidup dengan mentaati Allah, dan barangkali itu juga satu dugaan untuk melihat sejauhmana kita mensyukuri nikmat yang Allah beri dan mengambil keberkatan daripadanya.

Semoga kita semua samada yang sihat tubuhbadannya, ataupun yang ditimpa penyakit, mampu untuk melihat apa yang ada itu sebagai satu petanda rahmat dan kasihsayang Allah pada kita, dan mampu melihat itu juga sebagai satu tanda peringatan dan ujian pada kita. Dan berdasarkan pandangan dari kedua-dua aspek itu, kita akan mampu menjadi hamba Allah yang senantiasa hidup sebagai hamba yang diredhai Allah.

Sama-samalah kita berdoa. Amin.

Thursday, November 23, 2006

Cerita tentang 'grow'...

Tengah sibuk buat kerja jap ni, tetiba abah terima satu emel dari Ummi. Dan dalam emel, Ummi sertakan satu lagu. Abah pun muat turun dan dengar kat laptop abah ni. Sedap juga lagunya, dan yang paling penting, liriknya.

Untuk Ummi - terima kasih atas lagu tu. Abah tahu bukan lagu yang penting, tapi apa disebaliknya yang ummi nak abah tahu. Dan sememangnya abah tahu, sejak dari mula kenal Ummi lagi. It keeps growing, bigger and bigger, every day. Though sometimes it looks like it wasn't there, but believe me, it was there.

I wanna grow old with you - Westlife



Another day
Without your smile
Another day just passes by
But now I know
How much it means
For you to stay
Right here with me

The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad I can't take it any longer

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing everything you do
I wanna grow old with you

A thousand miles between us now
It causes me to wonder how
Our love tonight remains so strong
It makes our risk right all along

The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad I can't take it any longer

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing everything you do
I wanna grow old with you

Things can come and go I know but
Baby I believe
Something's burning strong between us
Makes it clear to me

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing everything you do
I wanna grow old with you

Wednesday, November 22, 2006

Cerita tentang menikmati hidup...

Semalam abah dok berbalas emel dengan seorang kawan, dan penghujungnya, kami bercerita soal motto hidup kami yang lebih kurang serupa iaitu "live life to the fullest". Dan kebetulan dia kata ada terbaca satu penulisan dalam The Star berkenaan topik itu. Cari punya cari, abah jumpa la artikel tu, dan hari ni, abah nak kongsi dengan anda artikel itu.

LIFE. Such a simple word yet it has the deepest meaning. What's the true definition of life? Can you understand the word simply by looking it up in the dictionary?

Life has no definite meaning and the definition simply depends on how one perceives it and the way one deals with it.

Each of us leads a different life. There might be some similarities but it's still different one way or the other.

Things aren't always how they appear and there are times when we are deceived by our eyes, when we should really look deep into our hearts to find the answers that we are searching for.

Being a human being might not be easy but is that going to make you stop living? Is that going to stop your craving for a better life or a better future? Is it because of the pain within, the torture or the suffering?

If you find yourself dealing with depression, why not try finding a way out of it? Find someone you can trust, someone you can share your problems with, someone worth caring for.

Life does not always remain the same. Even the world revolves so what makes you think your life won't change?

In life, you'll meet all sorts of people – some are true and some are not. You just have to look carefully to see who is and isn't sincere.

We are mortals living each day till the time comes for us to leave this world. We have only one life, one chance and there is no turning back. Cherish those around you before it's too late. Don't live in the past and let bygones be bygones.

Life is more than just memories and one day when you're older, you'll realise how wonderful life has been.

So plant a seed of happiness in your heart, and see things from different perspectives. Then you'll see what you've missed. Live your life like never before. Live it to the fullest while you can.

Shoujo

Untuk kawan-kawan abah yang kebelakangan ini agak sering juga menghubungi abah, atas kesulitan yang mereka hadapi, abah rasa idea Shoujo tentang hidup diatas itu, wajar anda baca dan fikirkan. Hidup kita bukanlah mudah, dan ia juga tidak payah. Yang penting, kita perlu tahu apa kehendak/objektif kita. Yang paling penting, berusahalah untuk mencapai kehendak kita itu. Abah doakan semoga anda semua akan diberi kekuatan oleh Allah untuk mengatasi kesulitan yang sedang anda semua hadapi. Dan abah yakin, kawan-kawan abah ini akan mampu mengatasinya, insyaAllah.


Dan ini, satu gambar pokok yang abah ambil semasa dalam perjalanan dari Keningau ke KK. Cantik pokonya dan juga bunganya. Abah ada juga bawak balik ke KL anak pokok tersebut, dan dah pun abah tanam. Alhamdulillah, pagi tadi abah tengok pokok itu makin segar, dan mudah-mudahan ia akan membesar dengan cantik, insyaAllah.

Tuesday, November 21, 2006

Cerita tentang tikus...

Lama dah tak menulis apa-apa kat sini. Pertamanya sebab sibuk sikit dengan urusan kerja. Keduanya, sebab tak ada idea apa nak diepekkan.




Jumaat lepas, abah bawak Muizz dan Ummi tengok wayang di 1Utama. Dah lama tak buat outing macam ini. Alhamdulillah orang tak la ramai sangat. Ceritanya pun seronok, Flushed Away. Cuma Muizz macam tak enjoy sangat tengok, sebab dari luar panggung, dia dah nampak iklan Happy Feet, dan dia nak tengok Happy Feet. Tapi sebab waktu tayangan tak sesuai, kami tengok Flushed Away. InsyaALlah, kalau ada rezeki dan kelapangan, abah bawak Muizz tengok Happy Feet. Bukan bawak Muizz pun sebenarnya, abah yang memang nak tengok. Macam biasalah kan, cerita2 animasi memang tak pernah gagal menarik minat abah.

Sekarang ni sibuk menengok Beast Machine kat TV2. Dah lama abah tinggalkan dunia Transformers ni, tapi bila tengok ada siaran tu kat TV, hehe, melekat balik la abah dengan Transformers.

Dua tahun lepas abah ada melawat satu tempat di Cyberjaya, dan abah diberikan preview tentang satu cerita animasi tempatan yang bakal ditayangkan nanti, kalau tak silap, Saladdin tajuknya. Abah tunggu juga, tapi sampai la ni tak tayang lagi. Tapi takpe, abah akan tetap sabar menunggu, sebab abah yakin cerita animasi kita pun setanding dengan cerita animasi luar negara, itupun kalau ditolak ketepi Keluang Man, Usop Sontorian dan Anak-anak Sidek.

Saturday, November 11, 2006

Cerita tentang ulangtahun kelahiran ke-5

Abah nak tujukan post hari ini khusus buat anak kesayangan abah, Ahmad Mu'izz Hakim yang menyambut ulangtahun kelahiran ke 5 hari ini. Semalam masa abah telefon, Ummi kata ummi belikan basikal untuk Ahmad, Atuk Man bagi duit dan kad, Auntie Nord hadiahkan toys dan kad. Basikal tu kira hadiah dari abah dan ummi la ya sayang.

Semoga anak abah yang seorang ini akan terus menjadi anak yang baik, anak yang soleh, dan anak yang taat pada Allah.

Abah sangat-sangat harapkan dan abah serta ummi senantiasa doakan moga Allah memberkati hidup abang, dan semoga Allah berikan abah dan ummi kekuatan untuk mendidik dan membesarkan abang, dalam suasana dan keadaan yang penuh dengan kebaikan dan rahmat Allah.

Dan untuk rakan2 yang baca blog abah, doakan moga Mu'izz akan jadi manusia yang baik, yang akan hidup diatas landasan agama Allah, yang akan berjuang di jalan Allah, yang akan senantiasa jadi manusia yang tunduk dan tawadhuk pada Allah. Yang akan menggunakan segala kebijaksanaan dan ilmu yang dia akan pelajari, insyaAllah untuk menegakkan agama Allah yang satu itu.

Salam dari abah di KK.

Tak sabar rasanya abah nak balik jumpa Ummi dan Mu'izz.

Wednesday, November 08, 2006

Cerita tentang berehat...

Abah tak sempat nak update blog seminggu dua nih. Sebabnya tak selalu berkesempatan untuk capai Internet.

Abah ada di KK sekarang ini, ada kerja sikit. Akan balik ke KL insyaAllah minggu depan.

Dan balik ke KL nanti, abah terpaksa ke Batu Pahat pulak. Lepas tu baru abah akan lapang sikit untuk update blog, insyaAllah.

Nak kirim apa2 ke dari KK?

Thursday, November 02, 2006

Cerita tentang ayah dan ibu II

Syurga Di Telapak Kaki Ibu



Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Cerita tentang ayah dan ibu I

Ayah Dan Ibu



Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...

Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Ahai...
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

- Allahyarham Sudirman

Wednesday, November 01, 2006

Cerita tentang beberapa cerita...

Cerita tentang raya

Alhamdulillah, eidulfitri dahpun kita sambut dengan sedikit meriahnya, dan dengan penuh kesyukuran pada Allah. Abah tak tahulah orang lain, tapi untuk abah, syawal tahun ini agak menarik jugalah, walaupun abah rasa banyak hati yang akan terasa. Bukan terasa apa, terasa sebab abah dan famili tak sempat nak bertandang kerumah tuanpunya-tuanpunya hati tersebut. Jangankan rumah kawan2, rumah saudara mara pun tak terhabis abah ziarah. Begitulah saban tahun, ada saja yang tak sempat. Tetapi dalam tidak sempatpun, pasti akan ada rumah yang jadi kewajipan abah ziarah, yang memang tak pernah miss lagi setakat ni.

Abah balik kampung pada hari Deepavali, sampai Paka dah petang pun, tapi sempat juga berbuka puasa ngan keluarga. Kesian mak terpaksa masak extra dalam waktu yg singkat, sebabnya, abah memang tak inform yg abah nak balik hari tu. Dan sebab tak inform tu la agaknya, duit raya yang abah dah tukar, tertinggal kat rumah. Aduihhh, kena la cari duit raya lain.

Raya ke-3 kami ke kampung Ummi pulak di Kelantan. Menziarah pun seadanya saja, sebab ramai saudara mara yang dah mula balik bandar semula. Ramai yg tak sempat jumpa.

Hari Isnin baru ni, bertolak semula ke bandar Sungai Buloh, sebab dah kena masuk kerja. :-(

Cerita tentang Muizz

Abah rasa orang yg paling gembira balik beraya dikampung, tak lain dan tak bukan, Ahmad Muizz kesayangan abah. Malam pertama di Paka, dia ajak balik KL, sebabnya rumah tok mak takde aircon, dia kepanasan. Aduihhh.

Tapi bila dah start jumpa sepupu-sepupunya, terus tak nak balik KL. Ajak ke Kelantan pun tak mahu. Dah pandai pergi rumah sepupu2 dia tanpa abah dan ummi bersama.

2 hari di Paka, slang cakap dia pun dah bertukar. Abis campur aduk slang biasa dia ngan loghat Trg. Geli hati la pulak kami dengar dia bercakap ngan geng-geng sepupu dia. Dan bila diKelantan, pun kes yang sama. Habis dicampur aduk loghat Kelantan, Trg, dan juga loghat KL dia. Mana dia belajar pun abah tak tahu, tapi yang pasti, banyak perkataan dia Terengganukan atau Kelantankan. Ahmad...ahmad.

Nak ajak balik ke Kelantan, puas dipujuk. Siap kena tipu nak bawak gi jalan2 lagi. Itupun sepanjang jalan tanya, "Kita nak gi mana ni? Ahmad tak nak pegi Kelantan. Ahmad nak balik umah Tok Mak". Aduihhh anak. Sampai kelantan, dia bagi syarat, "Kita tidur satu malam je kat sini tau, esok kita balik Terengganu, ok?". Abah ok kan je lah. Nak buat camna.

Duit raya? Alhamdulillah, ada la rezeki dia sikit. Yang paling best, setiap paket duit raya, dia tak bukak langsung, dapat je dari orang, terus dia pass pada abah atau ummi. Nasib baik la abah ni baik(ececececece), kalau tak, abis dah duit raya Muizz abah guna buat isi petrol kereta.

Masa nak drive ke Sungai Buloh, abah tipu dia lagi, abah kata, kita nak balik Trg. Dia pun ok lah, sebab memang dia nak balik umah Tok Mak. Bila sampai Machang, dia tanya abah, "Abah, Ahmad rasa ini jalan nak balik KL je". Hahaha, Ummi dah sengih, abah pun tak tahu nak cakap apa. Nasib baik dia tak sambung ayat dia lagi.

Cerita tentang isu semasa.

Malas nak komen tentang isu Datuk Zakaria tu. Satu pelajaran penting, kalau anda orang berpangkat dan berkuasa, buat la salah macam manapun, kesannya cuma sikit saja. Anda masih boleh berkuasa dan bermewah2.

Tentang Tun Mahathir, abah rasa dia ni memang ada agenda tersembunyi. Tak tahulah agenda apa, tapi dari kesungguhan, dia tuntut perkara2 yang bukan utk kepentingan rakyat sangat pun, tapi lebih pada kepentingan sesetengah pihak saja - AP, Projek Mega. Abah memang jenis tak respect sangat pada dia kan, jadi tak tahu nak komen apa. Cuma kesian la kat Pak Lah. Kat Tun pun kesian juga, sebab nampak cam makin tak betul je dia.

Cerita tentang TV

Abah tengok banyak juga rancangan TV sempena raya hari tu, tapi satupun abah tak tengok. Yang abah tengok dalam 90% cerita pun, masa malam raya, sambil2 temankan ummi masak. Cerita Takbir Suci ke kalau tak silap abah. Hehe, dah la syahdu dengar orang takbir raya, kena pulak tengok kisah sedih macam itu, hehe, memang bergenang jugalah kelopak mata.

Dan abah tertarik lak dengan promo satu cerita wayang yang akan ditayangkan hujung bulan nanti. Kalau tak silap, CINTA nama tajuknya. Abah ni jenis liat sikit nak tengok cerita melayu. Jarang sgt abah berkenan dengan filem melayu, tapi promo CINTA tu macam tahu je yang abah akan tertarik. Teringat dialog Rahim Razali, "Isteri itu bukan hakmilik, tapi anugerah...". Nanti abah nak ajak Ummi pergi tonton la ceita tu kat wayang. Harap2 filem tu tak mengecewakan macam filem2 melayu yang sebelum2 ini lah.



Oklah, takat sini dulu, insyaAllah, lain hari sembang lagi.

Thursday, October 19, 2006

Cerita tentang iklan...

Semalam Ummi tanya abah, "Abang dah tengok iklan raya PETRONAS?". Abah kata abah dah tengok. Ummi tanya lagi, "Abang tak rasa apa-apa ke?". Abah kata "Tak." Dan abah malaslah nak tulis apa komen Ummi seterusnya.

Tapi bukan itu yang abah nak sentuh. Abah nak sentuh tentang kisah dalam iklan tu. Kalau anda belum tengok lagi, boleh tengok kat sini:



Iklan tu bagus. Tapi bagus kalau kita lihat betul2. Lihat dari semua segi. Bukan sekadar lihat dan rasa sedih. Abah yakin ramai yang rasa sedih. Mahu tak sedih, tengokkan nasib seorang ayah tua. Tapi bukan mesej kesedihan yang cuba disampaikan pada kita, lebih dari itu.

Abah tahu itu antara kisah yang memang realitinya berlaku. KIta takleh kata itu cuma rekaan syarikat iklan. Realitinya sekarang memang macam itu, cuma kisahnya mungkin sikit berbeza, tapi patinya tetap sama. Cerita tentang keadaan diri kita bila dah tua. Tentang anak-anak kita bila kita dah tua.

Memang semua orang tak mahu lalui hidup tua semacam itu, tapi kita tak boleh jamin kita tak akan jadi macam itu. Kalau Allah nak duga, mungkin diujinya kita macam itu.

Kalau anda dah tua, tak boleh nak betulkan banyak benda lagi la kan. Tapi kalau anda muda lagi, dan anak2 masih boleh dibentuk lagi, abah rasa ambillah pengajaran dari iklan itu. Jangan ditonton sekadar iklan raya saja.

Fikirkan sikit diluar dari iklan itu. Letakkan diri kita sebagai ayah tua itu. Letakkan diri kita sebagai anak perempuannya. Letakkan diri kita sebagai menantu lelakinya. Letakkan diri kita sebagai dua anak kecil itu. Letakkan, dan fikirkan.

Abah yakin banyak yang boleh dipelajari dari iklan beberapa minit itu. Dan satu perkara penting yang abah pelajari dari situ - Bila dah tua, jangan lupa pakai lampin. Hehehe, lawak saja!

Bukan iklan Petronas itu saja yang boleh ditonton dan dipelajari sesuatu, abah rasa cerita Seputeh Qaseh Ramadhan kat TV3 tu pun banyak mesej yang ingin disampaikan pada kita. Mesej yang betapa dalam masyarakat kita, banyak sangat kepincangannya. Dan semoga dengan watak-watak dan kisah yang dipaparkan, kita boleh fikirkan sesuatu dan usahakan sesuatu agar drama hidup kita satu ketika nanti, bukan drama pincang seperti yang ditayangkan itu, insyaAllah.

Kalau anda boleh memikirkan sesuatu dan pelajari sesuatu, alhamdulillah. Moga kita sama-sama akan jadi hamba Allah yang lebih baik dalam kehidupan seharian kita, insyaAllah.

Jumpa lagi lepas raya, insyaAllah.