Tuesday, November 21, 2006

Cerita tentang tikus...

Lama dah tak menulis apa-apa kat sini. Pertamanya sebab sibuk sikit dengan urusan kerja. Keduanya, sebab tak ada idea apa nak diepekkan.




Jumaat lepas, abah bawak Muizz dan Ummi tengok wayang di 1Utama. Dah lama tak buat outing macam ini. Alhamdulillah orang tak la ramai sangat. Ceritanya pun seronok, Flushed Away. Cuma Muizz macam tak enjoy sangat tengok, sebab dari luar panggung, dia dah nampak iklan Happy Feet, dan dia nak tengok Happy Feet. Tapi sebab waktu tayangan tak sesuai, kami tengok Flushed Away. InsyaALlah, kalau ada rezeki dan kelapangan, abah bawak Muizz tengok Happy Feet. Bukan bawak Muizz pun sebenarnya, abah yang memang nak tengok. Macam biasalah kan, cerita2 animasi memang tak pernah gagal menarik minat abah.

Sekarang ni sibuk menengok Beast Machine kat TV2. Dah lama abah tinggalkan dunia Transformers ni, tapi bila tengok ada siaran tu kat TV, hehe, melekat balik la abah dengan Transformers.

Dua tahun lepas abah ada melawat satu tempat di Cyberjaya, dan abah diberikan preview tentang satu cerita animasi tempatan yang bakal ditayangkan nanti, kalau tak silap, Saladdin tajuknya. Abah tunggu juga, tapi sampai la ni tak tayang lagi. Tapi takpe, abah akan tetap sabar menunggu, sebab abah yakin cerita animasi kita pun setanding dengan cerita animasi luar negara, itupun kalau ditolak ketepi Keluang Man, Usop Sontorian dan Anak-anak Sidek.

3 comments:

Anonymous said...

hehe, kiranye abahmuizz ni kakiwayang ler nih kan...tapi seronok gak sesekali gie outing ngan famili nengok big screen...
skrg baru ada film animasi, masa time bang long muda remaja dulu xde pun...citer hindustan & kung fu jerk berlambak...citer indon pun berlambak masa tuh...

Anonymous said...

abah...bola kampung punya kartun tu salah satu animasi hasil kerja tangan anak murid abah tau..tapi xtau la abah ada tengok x..hehe saya pun lom pernah tengok, masih belum berkesempatan..

Anonymous said...

A'ah abah... Hasil kerja tangan anak murid abah tuh. Bola kampung tuh kartun favourite anak sedare saye tau abah! Siap hafal lagu tema lagi.. Haha! Anime 2D tp nampak menarik. Saya pun takde kesempatan nak tgk lagi sbb waktu tayangan dia dulu tak mengizinkan saya nak tgk. Hehe! Isnin, 7pm, TV2. Skang dah abis kot.. Tayang time2 world cup dulu. :D