Wednesday, January 27, 2010

Cerita tentang tasbih cinta...

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta...



Haha, kalau dapat agak, pastinya anda tahu abah nak mengepek tentang apa hari ini.

Setelah lelah 2 hari fokus abah milik kertas2 peperiksaan yg kadangkala sesakkan nafas itu, akhirnya hari ini, abah berkelapangan untuk mengepek sedikit.

Dan epekan ini adalah berkaitan dengan sebuah cerita yg sekian lama telah abah tunggu - Ketika Cinta Bertasbih.


Abah tidak mahu komen banyak, sebab abah tidak pandai mengkritik filem. Abah mengomen ini dari sudut pandangan abah, seorang penonton yang mengharapkan ada kebaikan dari adaptasi novel yg sangat berjaya itu.

Alhamdulillah, kalau Ayat-Ayat Cinta mengecewakan abah kerana filem tidak begitu menjelmakan novelnya, tapi tidak dengan yang ini. KCB ini adalah realiti pada imaginasi abah ketika membaca kedua novelnya.

Jalan cerita yg hampir menyamai, dan filem yg berjaya mengusik rasa hati abah. Ada ketikanya abah senyum sendiri, ada masanya abah bergenang air mata, dan ada ketikanya, imaginasi abah disentuh.

Walaupun pelakon2nya bukanlah muka2 yg abah biasa lihat, tapi lakonan mereka begitu bersahaja dan tulus. Abah dapat rasakan itu. Abah tidak pasti adakah memang pelakon2 itu sekadar menjiwai watak mereka atau apa, tapi yg penting, lakonan mereka dengan kisah mereka itu, begitu mengusik jiwa abah. Sungguh.

Itu saja komen abah untuk filem yg abah sarankan anda tonton ini. Kalau anda baca novel2nya, akan lebih seronok mengikuti filem ini. Tapi kalau tidak pun, masih tidak ada cacatnya menonton KCB ini.

Ini antara filem yg abah akan beli DVDnya, yang asli pastinya. Ekekeke. Bukan senang nak tengok abah beli DVD original. Hahaha.

Semoga berjumpa dilain ketika, insyaAllah.

Kata-kata ini adalah definisi Anna pada cinta, menarik kata2nya, dan tidak sukar juga untuk difahami yg tersirat.

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

p/s: Sayang sekali, Anna Althafunnisa dalam filem ini tidak seperti yg abah imaginasikan. Tidak dari segi fizikalnya. hahahahha. Tapi sifat, sikap dan kualiti diri wanita muslimah idaman masih tetap berjaya ditonjolkan pelakonnya. Dan itulah yg penting sebenarnya, kan? kan? kan?

5 comments:

irman_rahs said...

KCB2 suda tengok??? tidak kurang hebatnya.... tapi KCB lebih mengusik jiwa....hehehehe

Adliff said...

Salam Abah,

Wah-wah tengok filem yer? :)Baby dan mummynya sihat?

Solehah Muhammad said...

Abah, maaf, sy dah balik malaysia dan stok dvd nya dah habis di tempah. but kalau abah nak, nanti 6hb ada kwn akan balik ke sini, sy boleh pesan kpd dia. info ya kalau nak ke dr_solehah@yahoo.com

Abah Mui'zz said...

Man, KCB2 tetap mantap macam KCB1. Abah dah order dah DVDnya. Ekekeke.

Salam Muz, baby dan Umminya sihat. Ummi dah nak masuk keja semula dah pun. Abah sesekali ada peluang, tengok gak la Muz. Tapi yg KCB ni mmg abah tunggu dari dulu lagi.

Solehah, jangan lupa ya!

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Abah... cerita nih mmg best..salute to kang Abik!!..