Friday, August 13, 2010

Cerita tentang hukuman...

Pagi ini, terlihat satu gambar dikaca TV. Sedihnya rasa hati. Dalam pada kabinet memutuskan kes buang bayi dikelaskan sebagai kes bunuh (walaupun lambat, tapi alhamdulillah), kita dipaparkan lagi dengan kisah sebegini.

Mayat seorang bayi perempuan yang ditemui
dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama
sebuah kolej kediaman di Bandar Bukit Bunga,
Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Abah rasa (ikut rasa hati la ni), kalau dapat tangkap siapa yg membuat benda ni, sebelum dihukum bunuh tu, elok la dipaksa dia berendam dalam lubang kumbahan najis untuk 3/4 jam, dan siarkan di kaca TV. Daripada dok siarkan konsert2 artis yang menghancurkan itu, lebih baik siarkan hukuman yg ini. Sekurang2nya orang2 yg menonton akan boleh rasa bahananya perbuatan yg dilakukan tu.

Kita manusia ni kalau nak kata takut dengan hukum Allah, abah rasa semua tak takut. Setakat takut dimulut saja. Sebabnya, masing2 tak dapat nak bayangkan betapa siksanya hukuman Allah diakhirat, walaupun sekian banyak kisah tentang bagaimana orang2 yg meninggal merayu2 Allah supaya dihidupkan semula. Kita tetap macam itu, hanya kerana tak nampak bagaimana hukuman akhirat, kita jadi tidak takut dan tidak endah. Kita buat semua kesalahan2 yg Allah haramkan kita buat. Maka, elok juga ditunjukkan hukuman dunia ni pada semua orang. Dan bagitahulah diTV, ini baru hukuman dunia, belum hukuman akhirat lagi.

Abah tahu anda tidak setuju dengan apa yg abah kata. Tapi kita dah makin kritikal. Setelah sekian banyak benda kita buat (ataupun tidak buat apa2), kes buang bayi semakin banyak.

Mintak maaf la kalau abah terlebih emosi sikit. Sedih sgt tgk mayat bayi tu, dalam kumbahan najis. Celakanya siapa yg sanggup buat macam itu pada bayi itu.

3 comments:

mama ami rania said...

betul tu abah, rasa sedih sangat tgk bayi tu.

sekarang ni semakin menjadi-jadi pulak kes-kes buang bayi. manusia semakin tak berakal.

Ainur68 said...

Dah sampai masa nya utk laksana kan hudud kat Malaysia negara tercinta ni. Katalah apa saja...hukum ALLAH tetap kena junjung.

Abah Mui'zz said...

mama chami, hari ni kes ayah menyembelih anak pula dipaparkan. Sedihnya masyarakat kita hari ini.

Ainur, sejak dulu, itulah antara kaedahnya. Tapi kita tutup mata dan telinga, kita fikir kita sudah hebat. Moga2 satu hari ada yg akan sedar keperluan pada mengamalkan Islam 100% dinegara tercinta ini.