Wednesday, March 24, 2010

Cerita tentang laskar pelangi

Salam sahabat blog, semoga kita semua tetap dalam rahmat kesihatan dan kasih sayang Allah SWT.

Pada rakan2 fesbuk abah, pastinya sudah tahu akan kondisi Ummi yang dimasukkan ke wad di DSH baru-baru ini. Sempat jugalah bermalam di hotel DSH tu selama 2 malam. Habis juga dalam RM1.6K (tapi senyum saja, sebab insurans yg bayau). Walaupun begitu, tak nak la masuk wad lagi walaupun kos ditanggung majikan. Sekarang Ummi telah sedikit sihat, dan masih dalam cuti berehat.

Terima kasih buat semua sahabat2 yang mendoakan.

Kali ni abah cuma nak bercerita sikit pasal satu filem Indo yang abah tonton minggu lepas. Dah lama nak tonton, cuma baru berkesempatan. Filem Laskar Pelangi, yang diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata (yang berlatarbelakangkan Pulau Bangka) ini adalah sebuah kisah kehidupan. Kehidupan yang tak jauh lari dari kita. Situasi dan watak2nya.

Abah tidak baca novel itu, tapi selepas habis menonton filem ini, abah boleh rasakan yang novelnya sebagus filemnya. Cerita tentang kehidupan, dan kekangan yang ada. Ada sekian banyak kekangan yang melingkari hidup anak2 kecil itu, tapi bukak kekangan itu yang ditonjolkan. Yang diperlihatkan adalah bagaimana kita perlu hidup diatas kekangan yang ada.

Kesusahan hidup jangan dijadikan lesen untuk tunduk pada keadaan. Dan anak2 itu sesungguhnya bijak dalam melayari hidup disebalik kesulitan yang ada.

Kisah tentang duka, pengorbanan, kasih sayang, persahabatan, cita-cita...

Jika anda gemarkan kisah2 tentang kehidupan, tontonlah LP ini, dan abah pasti ada benda positif boleh diceduk dari situ, paling tidak untuk motivasi diri anda.

Tertarik abah dengan kata-kata Pak Harfan, "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya...".


1 comment:

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Abah Muiz - life dah tgok movie dia nih..kat you tube jer. Mula2 dah dload novel tp kurang paham. Bila dh tgok movie bru paham bila baca novel..

LP mmg best & life suka part buaya melintas & junggle dance!