Wednesday, September 09, 2009

Cerita tentang hati...

Salam sahabat,

Malam tadi, sewaktu tazkirah sebelum terawih, ustaz (yg masih muda) tu cerita pasal pandangan mata. Bukan setakat cerita, siap mendendangkan lagi lagu ini.



Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Tak pasti kerana apa, mungkin kerana suara ustaz tu sedap, atau kerana lirik lagu itu memang mendalam dan menyentuh, abah rasa tertarik untuk berkongsi dengan anda tentang ini.

Tapi anda fikir sendirilah tentang apa yang dikatakan dalam lagu itu. Abah nak cerita pun tak reti, sebab contoh2 yg diberi oleh ustaz muda malam tadi itu, pada abah tidak berapa menjelaskan erti 'pandangan hati' dalam bentuk yg menarik.

Cuma yg abah nak tanya sahabat semua, orang melayu kita kata hati, yg kalau diterjemah akan jadi 'liver'. Orang putih pulak kata heart, yang kalau dalam bahasa kita, 'jantung'. Soalan abah, perasaan dalam diri kita ni ada dimana? Jantung(heart) atau liver(hati)? Ada sapa2 boleh tolong jawab. hahaha, minta maaf, abah tahu ini soalan budak darjah 2 Hormat, tapi abah betul2 tak tahu jawapannya.

2 comments:

Pengembara said...

Salam,
tentang soalan tu, saya ingin memetik kata-kata Imam Ghazali (maaf saya tak dapat berikan sumber rujukan yang jelas) yang pernah saya faham. Dia kata bila kita sebut hati, secara literalnya hati merujuk kepada jantung (heart), seketul daging dalam tubuh manusia. Namun secara falsafahnya, hati tu terletak pada tempat yang tak dapat kita lihat dengan mata kasar kita. Seperti juga nyawa...di mana letaknya nyawa? kepala, badan atau kaki?

Lebih kurang begitula alkisahnya...

tapi dalam hadis sebut juga pasal hati, iaitu seketul daging dalam tubuh anak adam.

pernah seorang salih yang menjaga binatang ternakan diminta oleh tuannya membawakan bahagian paling elok dan paling teruk...dibawanya lidah dan jantung (atau kita tulis hati)..sebab baik buruk puncanya dari dua organ tersebut.

wallahu 'alam

Abah Mui'zz said...

Salam Bro Maher,

terima kasih banyak2 atas jawapan. Alhamdulillah, boleh difahami.