Thursday, July 16, 2009

Cerita tentang masa tambahan...


Dapat video ni dari seseorang. Dan abah nak share dengan anda. Bukan nak suruh anda menangis (kalau terasa nak, ok jer), tapi nak suruh abah dan anda sedar kembali bahawa dalam hidup, kita takkan tahu samada Allah nak bagi kita masa tambahan atau tidak, walapun kita mungkin nak masa tambahan tu nanti. Sebab hidup bukan macam game bola, boleh ada masa tambahan.

Dan sebab kedua abah share dengan anda video ni, adalah kerana ia adalah iklan di Thailand, dan abah akan ke Bangkok awal bulan depan. Yes. Walaupun sekadar jadi kulibatak a.k.a ballaci, tapi itu tetap peluang untuk abah gunakan passport yg tak pernah digunakan sejak abah buat dulu. Hahaha.

Ada nak kirim apa2?

Ini ada satu lagi video iklan Thai yg agak menarik, dan abah rasa ada kaitan sikit dengan satu cerita yang abah kongsi dengan anda suatu ketika dulu dalam Cerita tentang salah faham.

2 comments:

Restnrileks said...

Abah, memang iklan ni berkesan.

Selain masa tambahan, iklan ni macam sedarkan, yang kita ni suka ambil remeh tentang banyak perkara- seperti lebih banyak habiskan masa marah2, atau pentingkan semangat keakuan - aku, aku, aku daripada cuba memahami orang lain untuk wujudkan hubungan lebih baik dan lebih positif.

Adoi Abah, afsal komen atas skema sangat ni.. keke.

Kena rajin buat entri dalam BM ni nak perkasakan ilmu. Whoaho!!

RaufTakaful said...

abah video ni pasal persediaan bilo kito susah..pasal insuran. tapi den ado yo buek takaful ikhlas.iolah kesonangan pado anak bini bilo kito tak ado nnt.......