Thursday, July 30, 2009

Cerita tentang pemergian dan solat...

Selepas makan tengahari tadi, abah dan 2 sahabat bersembang2 kosong. Antara isu yang dikeluarkan oleh sahabat, "Lama dah tak baca posting AbahMuizz." Hahaha, jangan tak percaya, sahabat di ofis abah pun baca epekan abah yang ntahhapahapa tu.

Jawab abah, "Itulah. Rasa nak berhenti mengepek pun ada. Entah kenapa sekarang ni sudah tidak ada rasa nak mengepek lagi."

Dan dalam itupun, keluar juga posting yang ini. Hahahaha, abah..abah, cakap tak serupa bikin betul la.

Tapi posting ini sekadar nak merakamkan bahawa 2 malam lepas, antara orang yg cukup abah hormati di ofis abah ini, pergi meninggalkan abah, dan anakanda2 lain. Meninggal dipejabat, tanpa disedari oleh sesiapapun. Itu yg buatkan ramai anakanda2 disini terkilan.

Kali terakhir abah jumpa arwah, adalah pada 2 minggu lepas. Itupun sebab abah mintak bantuan arwah edit surat abah. Dan dalam masa sama, bantu arwah selesaikan sikit masalah komputernya. Dalam waktu itu juga, arwah tunjukkan satu buku baru yang diterbitkan, ditulis oleh beliau. Walaupun bukan bidang abah, abah beli juga, dan minta arwah tandatangan di dalamnya. Dan arwah waktu itu, sibuk menceritakan betapa seronoknya dia dapat menulis buku, dan berkongsi ilmu yang ada dengan pembaca2 bukunya. Tak abah sangka, itu perjumpaan terakhir abah dengan arwah. Dan abah akan ingati saat2 itu.

Satu kehilangan buat ramai insan2 di ofis abah ini, yang pastinya akan sukar kami lupakan jasa dan nasihat2 arwah pada kami. Semoga Allah mencucuri rahmatNya buat Allahyarham PM Dr Alias Mohd Yatim dialam barzakh sana.

Hari ini, abah tertarik dengan satu artikel berkaitan kelebihan bersolat untuk jasmani kita. Antara petikan yang penting untuk abah kongsi dengan anda:

1. mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

2. solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.

3. kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

4. kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

5. ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

dan yang paling menarik perhatian kaum sejenis abah khususnya,

6. Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Dan kita??? masih sibuk mencari alasan untuk tidak bersolat.

Tuesday, July 21, 2009

Cerita tentang nama...

Lama tak mengepek, tetiba hari ni terasa nak jiwang sikit la.

Bukan apa, sebabnya kebetulan ari ni, abah terjumpa cari satu lagu yang dah sekian lama abah carik. Abah suka sangat lagu ni, dan lagi suka lagu ni bila abah dah ada ummi. Dulu2 ada la abah nyanyikan kat ummi (walaupun cam badak air nyanyi jer), tapi ummi kata dia tak pernah dengar lagu ni. Itu yg meraban abah mencarinya.

Alhamdulillah, hari ni dapat download. Dan abah nak share dengan anda. Share lagu sajalah, bukan share apa feel abah pada lagu tu. Sebab feel abah dengan lagu tu, hanya untuk Ummi saja.

Hahaha, tak kisah anda nak kata abah buang tebiat ke apa. Tapi abah nak gak letak lagu tu kat sini.



Nama Seindah Wajah

Kalau ku dapat mendaki gunung
Akanku seru kulaungkan
Oh namamu, kuserukan oh namamu
Pasti nanti
Bergema namamu di pergunungan
Bergema namamu di seluruh maya

Indahnya namamu seindah wajahmu
Bagai bidadari di dalam mimpi
Indahnya namamu seindah wajahmu
Kaulah pilihan hati

Kalau ku dapat mengepul awam
Akan kupintal ku jadikan
Oh namamu ku tuliskan oh namamu
Pasti nanti
Tertulis namamu di kepulan awam
Kan jelas terlihat di seluruh maya

Indahnya namamu seindah wajahmu
Bagai bidadari di dalam mimpi
Indahnya namamu seindah wajahmu
Kaulah pilihan hati...

p/s: Ummi, itulah yang abah selalu dok imagine abah buat, tapi realitinya abah tak mampu nak panjat gunung, atau nak kepul awan untuk Ummi.

Thursday, July 16, 2009

Cerita tentang masa tambahan...


Dapat video ni dari seseorang. Dan abah nak share dengan anda. Bukan nak suruh anda menangis (kalau terasa nak, ok jer), tapi nak suruh abah dan anda sedar kembali bahawa dalam hidup, kita takkan tahu samada Allah nak bagi kita masa tambahan atau tidak, walapun kita mungkin nak masa tambahan tu nanti. Sebab hidup bukan macam game bola, boleh ada masa tambahan.

Dan sebab kedua abah share dengan anda video ni, adalah kerana ia adalah iklan di Thailand, dan abah akan ke Bangkok awal bulan depan. Yes. Walaupun sekadar jadi kulibatak a.k.a ballaci, tapi itu tetap peluang untuk abah gunakan passport yg tak pernah digunakan sejak abah buat dulu. Hahaha.

Ada nak kirim apa2?

Ini ada satu lagi video iklan Thai yg agak menarik, dan abah rasa ada kaitan sikit dengan satu cerita yang abah kongsi dengan anda suatu ketika dulu dalam Cerita tentang salah faham.

Friday, July 03, 2009

Cerita tentang hantu...

Malam tadi waktu abah teman Muizz buat kerja sekolah dia, mata dok jeling2 TV. Terpandang la satu iklan TV yang buat abah rasa tertarik. Rasanya sebelum ni pernah tertengok juga, tapi sebab tak beri perhatian, maka tak rasa benda tu menarik sangat. Cuma malam tadi, sebab tengok dan beri perhatian, menarik pulak iklan tu.


Cuma yang jadi masalahnya bila Muizz tanya, "Apa benda tu bah?" Hahaha, soalan simple, tapi nak jawab supaya dia faham tak sesimple itu. Yalah, abah bukan pandai sangat nak terangkan "apa itu 'cupid?'". Malaikat ke, hantu ke, manusia ke, robot ke? Budak sekarang tak boleh salah jawab. Bukan sebab takut dia lebih banyak tanya, tapi sebab takut dia salah faham. Macam cerita Ceplos yang ditayangkan ditv9 itulah. Mula2 abah tak berapa kisah sangat Muizz tengok Ceplos. Tapi bila dia mula ceritakan bahawa kawan2 sekolah dia ramai tengok Ceplos, dan pada mereka, Ceplos itu hantu baik. Dan abah rasa nak kena betulkan persepsi Muizz tentang konsep "hantu baik" itu.

Abah tak tahu samada perlu atau tidak sebenarnya abah ambil kisah pasal itu. Sebab ada orang kata, "Alah, budak2, awal2 dia tak nampak benda tu, bila dah besar dia faham sendiri la apa benda tu." Mungkin betul juga. Tapi abah dan ummi memilih untuk terangkan juga, supaya anak abah itu dapat cakap pada kawan2 sekolahnya, bahawa dalam dunia ini tidak ada istilah "hantu baik". Sebab hantu itu sebenarnya syaitan, dan tidak akan ada syaitan yang baik pada manusia. Semua syaitan, tidak kira apa nama dan kastanya, kerjanya cuma satu - menyesatkan manusia supaya dapat ikut mereka ke neraka Allah.

Dan abah pun tidak pasti nak cakap Ceplos itu apa. Hantu? Jin? Dan itu abah akui pada Muizz. Sebab dalam dunia ni bukan hanya manusia dan binatang saja makhluk ciptaan Allah. Makhluk2 yang kita tidak nampak pun ada, antaranya syaitan dan jin. Syaitan semuanya jahat, dan jin ini pula ada yang baik sebab dia Islam, dan ada yang jahat. Abah tak tahu la Penerbit cerita Ceplos tu kelaskan Ceplos sebagai apa, jin atau syaitan. Tapi yang pastinya, selain dari lawak, ia juga mengelirukan kanak2 yg masih baru nak kenal apa itu dunia dan cerita2 didalamnya.

Bukan abah tidak setuju dengan cerita2 sebegini. Mungkin niatnya baik, tapi kena fikir juga siapa yang tonton. Ramai kanak2 tonton cerita hantu ni, yang macam2 ada kat TV skrg ni. Tak faham juga abah kenapa perlu banyak sgt cerita2 hantu di TV. Entahlah, tak reti pulak nak komen yg ini.

Balik pada iklan Digi tadi tu, susah juga nak terangkan pada budak sebesar Muizz akan apa itu cupid. Yang kononnya adalah Dewa Cinta, yang ideanya dtg dari kepercayaan orang2 Roman dulu kala. Dan skrg pun dipercayai oleh ramai orang lagi. Paling baik abah boleh terangkan, itu cuma khayalan orang2 bukan Islam. Tidak pernah ada Cupid dalam dunia ini, sama seperti tidak pernah adanya Tuhan orang2 bukan Islam. Alhamdulillah, dia tidak banyak tanya lagi selepas itu. Sebabnya, kerja sekolahnya masih belum siap. hahaha. Selamat abah.

Oklah, abah berhenti sini dulu. Sambung lagi minggu depan insyaAllah.

Selamat berhujung minggu buat anda dan keluarga. Semoga akan tetap dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa, insyaAllah.