Tuesday, April 28, 2009

Cerita tentang nasihat jiwa...

Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar
mencintai semua orang yang membenciku,
Dan berteman dengan mereka yang memfitnahku.

Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku
bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai,
tetapi juga orang yang dicintai.

Sejak saat itu bagiku cinta ibarat jaring lelabah di antara dua bunga, dekat satu sama lain;
Tapi kini dia menjadi suatu lingkaran cahaya di sekeliling matahari yang tiada berawal pun tiada berakhir, Melingkari semua yang ada, dan bertambah secara kekal.

Jiwaku menasihatiku dan mengajarku agar melihat kecantikan yang ada di
sebalik bentuk dan warna.

Jiwaku memintaku untuk menatap semua yang buruk dengan tabah sampai nampaklah keelokannya.

Sesungguhnya sebelum jiwaku meminta dan menasihatiku,
Aku melihat keindahan seperti titik api yang tergulung asap;
tapi sekarang asap itu telah tersebar dan menghilang, dan aku hanya melihat api yang membakar.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari tenggorokan.
Sebelumnya aku hanya mendengar teriakan dan jeritan di telingaku yang bodoh dan sia-sia.

Tapi sekarang aku belajar mendengar keheningan,
Yang bergema dan melantunkan lagu dari zaman ke zaman.
Menyanyikan nada langit, dan menyingkap tabir rahsia keabadian.

Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar memuaskan kehausanku dengan meminum anggur yang tak dituangkan ke dalam cangkir-cangkir,
Yang belum terangkat oleh tangan, dan tak tersentuh oleh bibir
Hingga hari itu kehausanku seperti nyala redup yang terkubur dalam abu.
Tertiup angin dingin dari musim-musim bunga;
Tapi sekarang kerinduan menjadi cangkirku,
Cinta menjadi anggurku, dan kesendirian adalah kebahagianku.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku mencari yang tak dapat dilihat;
Dan jiwaku menyingkapkan kepadaku bahwa apa yang kita sentuh adalah apa yang kita impikan.

Jiwaku mengatakan padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan
yang tak memiliki akar, tangkai maupun bunga, dan yang tak pernah dapat dilihat mata.

Sebelum jiwaku menasihati, aku mencari bau harum dalam kebun-kebun,
Dalam botol minyak wangi tumbuhan-tumbuhan dan bejana dupa; Tapi sekarang aku menyedari hanya pada dupa yang tak dibakar,
Aku mencium udara lebih harum dari semua kebun-kebun di dunia ini dan semua angin di angkasa raya.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian.
Dan agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian.
Sampai hari ini aku berasa ragu akan nilai pekerjaanku;
Tapi sekarang aku belajar;
Bahawa pohon berbunga di musim bunga, dan berbuah di musim panas
Dan menggugurkan daun-daunnya di musim gugur untuk menjadi benar-benar telanjang di musim dingin.
Tanpa merasa mulia dan tanpa ketakutan atau tanpa rasa malu.

Jiwaku menasihatiku dan meyakinkanku
Bahawa aku tak lebih tinggi berbanding cebol ataupun tak lebih rendah berbanding raksasa.
Sebelumnya aku melihat manusia ada dua,
Seorang yang lemah yang aku caci atau kukasihani,
Dan seorang yang kuat yang kuikuti, maupun yang kulawan dalam pemberontakan.

Tapi sekarang aku tahu bahawa aku bahkan dibentuk oleh tanah yang sama darimana semua manusia diciptakan.
Bahwa unsur-unsurku adalah unsur-unsur mereka, dan pengembaraan mereka adalah juga milikku.

Bila mereka melanggar aku juga pelanggar,
Dan bila mereka berbuat baik, maka aku juga bersama perbuatan baik mereka.
Bila mereka bangkit, aku juga bangkit bersama mereka;
Bila mereka tinggal di belakang, aku juga menemani mereka.

Jiwaku menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa bukanlah cahayaku,
Bahawa laguku tidak diciptakan dalam diriku;
Kerana meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah cahaya,
Dan meskipun aku bermain kecapi yang diikat kemas oleh dawai-dawaiku,
Aku bukanlah pemain kecapi.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan perkataan ini: “Di sana ada hari semalam dan di sana ada hari esok.” Pada saat itu aku menganggap masa lampau sebuah zaman yang lenyap dan akan dilupakan, Dan masa depan kuanggap suatu masa yang tak mampu kucapai;

Tapi kini aku terdidik perkara ini : Bahawa dalam keseluruhan waktu masa kini yang singkat,
serta semua yang ada dalam waktu, harus diraih sampai dapat.

Jiwaku menasihatiku, saudaraku, dan menerangiku.
Dan seringkali jiwamu menasihati dan menerangimu.
Kerana engkau seperti diriku, dan tak ada beza di antara kita.
Kusimpan apa yang kukatakan dalam diriku ini dalam kata-kata yang kudengar dalam heningku,
Dan engkau jagalah apa yang ada di dalam dirimu, dan engkau adalah penjaga yang sama baiknya seperti yang kukatakan ini.

~ Kahlil Gibran

p/s: Entri kali ini mungkin bukan untuk sahabat2. Untuk abah semata. Tapi kalau rasa ada kebaikan dari nasihat jiwa disitu, ambillah buat pedoman hidup.

Friday, April 24, 2009

Cerita tentang pergi...


Rasanya anda tahu, bila abah mulakan dengan Al ‘Ankabuut ayat 57 itu, abah pastinya akan bercerita tentang pemergian.

Tepat 11.32 pagi tadi, sms dari Irman masuk ke telefon abah - "Nurul dah pergi jumpa Maha Esa."

Ingin abah berkongsi rasa duka dan simpati atas kehilangan Nurul pada ahli keluarga Irman, tapi telefon abah di"barred" oleh Celcom, maka hanya ini yang mampu abah luahkan tanda simpati abah pada Saidah dan suami, serta Irman dan keluarga.

Pemergian yang pada abah adalah suratan yang telah Allah tetapkan, tidak sesaat, tidak sedetik pun terawal atau terlewat.

Pergi menghadap Allah di penghulu segala hari, pergi membawa kesakitan yang ditanggung (harap2nya tidak), dan pergi bawa bersamanya kasih sayang serta doa ikhlas dari ibu ayah, pakcik makcik, atuk nenek dan sesiapa yang mengasihi dan sudi mengirimkan doa buat Nurul disana.

Semoga Nurul akan tenang disana, menunggu hari2 dimana kita semua akan diketemukan kembali.

Dan untuk kita semua,

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

p/s: 25 April, pukul 2.50 pagi, sms dari kakak abah di Trg masuk ke hp abah. Memaklumkan bahawa ayah sepupu abah meninggal dunia. Mungkin benarlah kata orang tua2, kalau mata asyik bergerak2 tu, tandanya akan menangis. Dan kebelakangan ini, mata kiri abah selalu bergerak2. Tapi abah tidak menangis, alhamdulillah. Cuma hati abah saja yg rasa sedih atas kehilangan orang2 yg pernah abah kenal, yang baik dengan abah, dan yg tak mampu abah melawat mereka disaat akhir. Semoga Allah cucuri rahmat keatas mereka ini, dan semoga roh2 mereka ditempatkanNya dikalangan mereka yang Dia kasihi.

Thursday, April 23, 2009

Cerita tentang kekurangan...

Salam sahabat,

Semoga anda semua sihat sejahtera dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

Kebelakangan ini, ada satu perkara yang abah belajar. Bukan benda baru, dan bukan perkara luar biasa. Ianya adalah perkara yang tidak terjadi pada semua orang pun, cuma untuk orang2 macam abah saja benda ini berlaku.

Benda apa ek? Menerima diri sendiri.

Pelik la pulak, selama ni abah tak terima diri abah sendiri ker? Tak juga. Abah terima diri abah. Tapi tidak semua aspek kehidupan dan diri abah yg abah terima sepenuhnya. Abah tak tahu anda, tapi abah rasa tak ramai yg kena sakit macam ini. Walaupun tidaklah sakit mana pun, tapi sedikit sebanyak, ia beri kesan pada kehidupan kita.

Bila banyak baca tulisan2 berkaitan benda ini, satu benda yg abah rumuskan, bahawa sesesungguhnya, abah perlu menerima keadaan diri abah sepenuhnya. Supaya hidup abah akan lebih bahagia, supaya abah tidak akan terbeban dengan kelebihan dan tuah yg ada pada diri orang lain (yang tidak ada pada diri abah), dan supaya cita2 dan usaha abah untuk mencapai sesuatu dalam hidup tidak akan ada halangannya.

Maksud abah, bukanlah kita kena menerima segalanya pada diri dan kehidupan kita seadanya, tanpa ada usaha untuk memperbaiki, tidak. Tapi untuk perkara yang kita tidak boleh perbaiki, usahakan untuk gembira, bersyukur dan berpuashati dengan apa yg Allah berikan. Tidak ada kelebihan2 itu bukan bermakna kita tidak baik, tidak bermakna kita tidak bagus. Cuma perlu fokus, dan perlu terima ia, supaya tekanan dalam diri akan kurang, dan kita boleh hidup gembira seadanya kita.

Abah tahu ada orang diluar sana yg tidak berapa menerima diri mereka sebab 'kekurangan' yg ada, yang mungkin sebenarnya 'kelebihan' yg Allah bagi, hanya sebab kita tidak sedar saja apa kelebihannya. Kita sedih sebab kita gemuk, kita sedih sebab kita tidak secantik mana, kita sedih sebab kita tak berapa pandai, kita tak terima diri kita yg tidak pandai bergaul dengan orang, dan macam2 lagi kelemahan yang kita rasa ada pada diri. Dan kalau anda ada rasa2 begitu, buanglah jauh2. Abah cakap benda yg betul. Buangkan rasa itu jauh2, dan gantikan dengan rasa bersyukur dan gembiralah dengan apa yg anda ada. Mungkin 'ketiadaan kelebihan' itu buat anda lebih gembira sebenarnya. Anda tidak ada rupa, ada sebabnya. Anda gemuk, ada sebabnya. Anda pendiam, ada juga sebabnya. Anda tidak pandai, pun ada juga sebabnya.

Jika dirasakan boleh diubah, ubahlah pada yang lebih baik. Jika tidak boleh diubah, terimalah seadanya. Gembira dengan apa yg ada. Capailah apa yg anda ingin capai. Fokus pada kelebihan lain yg anda ada, dan itulah sebenarnya kelebihan yg Allah bagi untuk anda. Untuk anda gunakan, sekaligus untuk menguji anda. Jangan sekali-kali cuba nak bandingkan diri kita dan diri orang lain. Orang yg kita nampak ada sangat banyak kelebihan dalam diri dia, belum tentu sebahagia yang kita rasa dirinya itu. Learn to accept yourself, be happy with what you have, and always strive for the best in life. May Allah bless us all.

p/s: Tengahari tadi, abah bersama dua kenalan di UPSI ini pergi makan di Andre Ayam Kampung. Sebab dengar cerita macam hebat je kedai makan ni. Bila sampai sana, mak aih, beratur panjang pelanggan dok menunggu depan kedai. Dia buka pukul 1 (jam dia), dan pelanggan yg dok menunggu tengah panas tadi pakat serbu la. Nak ambik lauk, kena beratur lagi sekali. Adoiii. Tapi berbaloi la bila dah dapat makan. Bukan selera abah sangat pun, sebab dia masak minang. Tapi ayam kampung rendangnya, aduhaiii, memang sedap. Lembut je dagingnya. Nanti kalau ke Tanjung Malim, anda singgah la sini. Tapi kena datang antara pukul 1 - 2.30 ptg , sebab itu saja masa dia buka kedai. Unik..unik.

Tuesday, April 21, 2009

Cerita tentang duka...

Salam sahabat,

Kebelakangan ini, agak banyak cerita duka yg melingkari hidup. Samada hidup abah, dan juga hidup sahabat2 abah (yg sedikit sebanyak berkaitan dengan abah juga).

Untuk 2 sahabat ini, semoga Allah bantu kita semua mengatasi rasa duka itu. Dan semoga apa yg kita inginkan akan dimakbulkan oleh Maha Pencipta. Kita cuma manusia lemah, yang disebalik kelebihan yg Allah beri, masih terlalu kecil untuk berbuat sesuatu seingin kita.

Irman - Semoga Nurul akan pulih seperti sediakala, jika itu yg terbaik buat dia dan diri kita semua. Abah dan Ummi doakan yg terbaik buat Nurul. Masih teringat sewaktu dia berkunjung kerumah abah beberapa tahun yg lalu. Masih kecil dia waktu itu. Semoga Nurul akan kuat. Sekuat ibu ayah, pakcik makcik dan atuk neneknya.

Syed - Semoga roh mak akan sentiasa dicucuri rahmat Allah. Abah tahu kehilangan bukan antara perkara yang kita minta, terutama bila melibatkan insan kesayangan. Tapi yakinlah, Allah memanggil dia kerana itu yg terbaik untuk dia, dan juga kita. Jangan sesekali putus doa dan harapan buat mak disana. Walaupun abah tak sempat nak kenal mak, tapi abah yakin, mak sangat berbangga dan berterima kasih pada Syed yang telah menjaga mak sebaiknya sewaktu hayat dia. Be strong bro.

Memetik kata-kata Sue, bahawa hidup ini tak selalu indah. Inilah ketikanya hari2 tidak berapa indah untuk kita. Apapun, sinarnya tetap ada, menunggu masa untuk menerangi jiwa kita dengan kasih sayang Allah. Asal saja kita redha menerima, dan kuat menghadapi.

Tambah sedih lagi bila abah baca akhbar tentang komen seorang manusia popular di Malaysia kala ini. Katanya, memeluk perempuan bukan muhrim itu, tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Dan dia tidak nampak perbuatan itu salah. Aduhai, memang dunia hari ini sudah semakin menyesakkan. Manusia tanpa segan silu mengiyakan perbuatan yg jelas tidak dibenarkan Islam. Dan moga2nya, apa yg ditunjukkan dan dikatakan itu tidak jadi ikutan manusia2 yg mempopularkan mereka.

Kalau ada anak2 atau adik2 anda yg merasakan mereka itu idola, anda betulkanlah persepsi mereka itu. Kita tentu tak mahu orang2 sebegini jadi pujaan adik2 dan anak2 kita kan? Dan berdoalah moga2 mereka ini akan diberi lebih rahmat dan kesedaran akan hakikat hidup, insyaAllah.

Thursday, April 16, 2009

Cerita tentang 'pray'...

Salam sahabat,

Terima kasih pada sahabat2 yang banyak bertanya khabar tentang Ahmad Muizz, dan terima kasih juga tidak terhingga atas doa dan harapan sahabat2 semua. Semoga Allah makbulkan doa kita semua, dan semoga anak jantan abah itu akan sihat walafiat insyaAllah.

Minggu depan abah akan bawa Muizz ke HSB lagi untuk sesi EEG. Akan abah update sahabat2 semua tentang perkembangannya. Sekadar untuk makluman dan panduan.

Sesuatu yg menarik abah jumpa dalam Reader Digest hari ini, ialah tentang kekerapan manusia di beberapa negara 'pray'. Melihat pada carta, Alhamdulillah.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke sini.

Wednesday, April 15, 2009

Cerita tentang Epilepsi...

Salam sahabat,

Pagi semalam, kurang lebih pukul 5 pagi, abah dan ummi dikejutkan dengan satu bunyi pelik dari Muizz. Bunyi yg tak pernah kami dengar sebelum ini. Bila tengok pada dia, memang terkejut dan panik jugalah. Mata hitam dah naik keatas, giginya dikancing kuat2, tangan dan kaki dah mengejang, dan dia tak bagi respon apa2 pada kami. Allah saja yg tahu betapa takutnya abah dan ummi masa itu. Teringat kata orang2 bahawa kalau jadi perkara macam ini, kena cari benda keras untuk dia gigit, supaya dia tak tergigit lidah, maka kami letakkanlah sudu. Pada waktu itu mulut Muizz memang dah berdarah sebab dia dah tergigit lidahnya. Abah tak pasti berapa lama ia berlaku, tapi agak2 dalam 5 mini5, atau mungkin kurang. Biasalah kan, orang tengah takut dan panik, seminit pun serasa macam 10 minit.

Bila keadaan dah ok, dia terus tidur. Dan tidur yang sangat nyenak. Dia langsung tak mahu buka mata atau respon pada panggilan abah. Memandangkan waktu itu dah masuk Subuh, abah ngan ummi solat dulu, lepas tu terus berkejar ke Hospital Sg Buloh. Alhamdulillah, elok je masuk kereta, terus dia buka mata. Tertanya2 kenapa nak bawa dia ke hospital.

Sampai di HSB, memandangkan Dr yg bertugas di Wad Kecemasan itu tidak boleh beri jawapan, maka Muizz terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik. Dan dari penerangan beberapa doktor lain, barulah abah tahu bahawa Muizz sebenarnya kena apa yg dipanggil Epilepsi. Bukan sesuatu yang pelik, tapi jika tidak dirawat dengan betul, kemungkinan orang yg terkena epilepsi akan mengalami kejutan (seizure) dengan kerap sepanjang hayatnya.

Dan malam tadi, abah temankan dia di wad. Alhamdulillah, tidak ada lagi seizure berlaku malam tadi. Oleh kerana itu, tengahari ni mungkin sudah boleh keluar wad insyaAllah. Tapi akan kena datang semula nanti untuk EEG dan MRI. Abah harap tidak ada apa2 yg teruk berlaku pada dia. Seboleh2nya tak nak la Muizz makan ubat untuk jangka masa yg lama. Tapi kalau itu kehendak Allah nanti, abah sekeluarga kena redha. Mohon sahabat2 doakan kesejahteraan anak kesayangan kami ini.

Sesekali ingat kes semalam, baru sikit Allah nak uji kami, tapi rasa takut dan risau itu sudah memuncak sekian banyak. Apapun bersyukur pada Allah juga kerana diuji sekecil itu saja. Semoga Allah tidak uji abah dengan ujian anak2 yg lebih berat. Abah tidak kuat.

Setakat itu sajalah, sekadar nak memaklumkan pada sahabat. Dan berharap pada doa dan harapan sahabat2 semua untuk Muizz.

Oh, sebelum lupa. Dr ada pesan, bila berlaku lagi seizure pada sesiapapun, jangan letak apa2 dalam mulut dia. Terlalu kecil sangat peratus mereka yang mengalami kecederaan lidah yg serius sewaktu kena serangan, berbanding mereka yg mendapat kecederaan dari barang2 yg dimasukkan kedalam mulut mereka. Jika berlaku, baringkan mereka mengereng atas lambung kiri. Ini untuk mengelakkan air liur atau muntah (jika ada) buat mereka tercekik, atau masuk dalam paru2.

Semoga kita semua akan tetap dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Tuesday, April 07, 2009

Cerita tentang falsafah hidup...

Salam sahabat,

Hari ini abah sekadar nak menampalkan satu artikel yg abah ceduk dari buku James Rohn. Suatu benda yg kena pada batang hidung abah sendiri. Dan mungkin satu benda yg boleh buatkan anda berfikir dan menilai sesuatu tentang falsafah hidup anda pagi ini, insyaAllah.

How To Develop A Powerful Personal Philosophy

The greatest influence on what we decide to do with tomorrow’s opportunity is not going to be circumstance, but rather what and how we think. What we think, and the conclusions we reach regarding life’s challenges, is going to be the sum total of what we have learned until now.

The learning process plays a major role in determining our personal philosophy. Over the years we have all managed to gather up considerable knowledge. We cannot live without the information that surrounds us making an impact on how we think. The human mind is continually taking pictures and recording the sights and sounds around us. Every experience is etched into the neurons of the brain. Every word, every song, every television program, every conversation, and every book has made an electrical or chemical imprint on our mental computers.

Each emotion, each thought, each activity in which we have been engaged has created a new circuit in the brain, which is linked to all of the others circuits that already existed. All that has touched our lives has been indelibly recorded, and all that we now are is the result of an accumulation of input which is intricately connected by a delicate combination of chemical and electrical impulses stored in the three-pound brain. All that has ever happened in and around us is now this uniqueness we call self— the individual human being.

How we use all of this information and the way in which we assemble the knowledge we have gathered forms our personal philosophy. The problem is that much of the information we have gathered has resulted in erroneous conclusions about life that can actually block the achievement of our goals. The only way to eliminate these mental barriers is to review, reline and revise our personal philosophy.

The best way to establish a new and powerful personal philosophy is to begin with an objective review of the conclusions we have drawn about life. Any conclusion that is not working for us may actually be working against us. Suppose, for example, a man has decided that his current employer is not paying him enough. His value system – based on years of accumulated information and experiences - then says, “That’s not fair!” This value judgment causes him to take specific steps in retaliation. As a result, he reduces his efforts and does only those things he feels his current paycheck justifies. There is nothing wrong with this decision...provided his goal is to remain where he is, doing what he is currently doing and getting paid what he is currently getting paid for the rest of his life.

All of our counter-productive beliefs and choices are the result of years of accumulating misinformation. We have simply been around the wrong sources and gathered up the wrong data. The decisions we are making are not wrong based on the information we have; it is the information we have that is causing us to make wrong decisions. Unfortunately, these wrong decisions are leading us further away from rather than closer toward the achievement of our goals.

Sunday, April 05, 2009

Cerita tentang kawan dan mengekalkan...

Salam sahabat.

Hari minggu ni, terasa nak mengepek sesuatu tentang sahabat. Yes, you. Bukan la semua, tapi kebanyakan sahabat yg membaca posting ini.

Kebelakangan ini, Allah mengembalikan sahabat2 yg sekian lama abah tidak tahu khabar beritanya. Bukan tidak ingin tahu, tapi sebab abah (dan mungkin sahabat), tidak berusaha (atau berdepan kekangan yg tidak membenarkan) untuk ambil tahu, maka masing2 seolah2 menghilang.

Dan kebelakangan ini, mereka datang semula dalam hidup abah. Walau sekadar teguran singkat di YM, emel ringkas, tinggalan komen yg pendek diblog, dan juga SMS di 019 abah- itu semua beri abah kelegaan, sekaligus kesyukuran. Bahawa sesungguhnya sahabat2 abah tidak lupakan abah (dan abah tidak sekali-kali lupakan mereka). Tapi sebab abah ini abah, yang cuma ada kelebihan membuat kawan, tapi tidak ada kemahiran untuk mengekalkan kawan. Sebab itu ramai yg semakin lama, semakin menghilang dari abah. Abah tahu depa tak berniat nak menghilangkan diri, tapi sebab komunikasi berkurang dari hari ke hari, maka lama2, depa menyepi begitu saja.

Terima kasih2 banyak2 pada yang masih mengingati. Minta maaf kerana lama tidak berkomunikasi. Bukan sebab hambatan masa dan tuntutan dunia sangat, tapi sebab abah tidak pernah berubah. Masih tetap seorang kawan yg cukup tidak mahir untuk mengekalkan kawan. InsyaAllah, hasil dari melayan "The Five Major Pieces to the Life Puzzle" karya James Rohn, abah akan mengubah diri sedikit. Abah nak jadi manusia yg bukan sekadar tahu membuat kawan, tapi juga tahu, dan pandai dalam mengekalkan persahabatan. Kerana apa? Kerana sahabat2 memainkan peranan dalam hidup abah. Anda semua penting dalam hidup abah, walau mungkin kita belum pernah bersua pun.

Nanti nak berkongsi sedikit info berkenaan karya James Rohn. Ingatkan abah kalau abah lupa, maklum sajalah, bila uban mula merayap dikepala, daya ingatan tu makin mula melemahkan diri. :-)

Akhir kata:-
Irman - tahniah kerana dapat anak buah baru. Itu petanda untuk cepat2 kahwin tu. Hehe. Maaf juga tak dapat luang banyak masa hari tu. Jangan serik ke Sg Buloh, ya!
Muzem - abah tak lupa pasal Office 2007 tu, nanti abah akan maklumkan dalam sehari dua ni, insyaAllah.
Arsaili - I know you are strong. And I am confident that you will make it.
Syed - bersabar banyak2 atas ujian Allah. Jagalah mak sebaiknya. Semoga mak akan cepat sembuh.
G - cabut je ekzos keta tu, ganti yg baru. Takpun gi booking Exora cepat2.
Ustaz - terima kasih sudi buat sajak untuk abah. Abah faham maksudnya. Doakan saja moga keadaan akan jadi lebih baik untuk kita, insyaAllah.
sahabat2 lain - semoga anda semuanya tetap dalam rahmat dan kasihsayang Allah.

Friday, April 03, 2009

Cerita tentang Tanjung Malim...

Bermula 1 April lalu, hinggalah ke 26 April nanti, abah akan hampir setiap hari berulang alik ke Tanjung Malim, atas sikit urusan kerja di UPSI. Satu tugas yg abah tunggu sentiasa, kerana dengan tugas inilah abah boleh escape dari kesesakan trafik ke pejabat. Dan kerana tugas inilah minyak kereta abah ditanggung oleh syarikat. Hahaha, itu je sebabnya, kan?

Tanjung Malim spt biasa. Abah suka keadaan disini. Waktu abah tiba kat sini jam 8 pagi, kabus masih ada. Sejuk saja rasa. Nyaman sekali. Berbeza benar dengan keadaan diKL. Kat KL ada kabus juga pagi2, tapi kabus ekzos kereta dan lori. Jangan kata sejuk, nyaman jauh sekali.

Dan selama 3 hari diUPSI setakat ni, satu saja yg abah ralat. Bila abah perhatikan gelagat pelajar U sekarang ini, tidak nampak bezanya dengan waktu abah jadi pelajar dulu. Sama saja. Padahal kalau nak kira, abah dah 13 tahun tinggalkan zaman pengajian. Tapi senario nampak masih juga sama. Disana sini, pelajar berkumpul, tak tahu melepak ke belajar. Tapi dari gaya bercakap dan gelak ketawa, rasanya melepak saja. Walaupun didepan mata, laptop terbuka, dengan capaian Internet pun boleh tahan laju, abah rasa pelajar sekarang masih bawa mentaliti kami waktu belajar dulu. Iaitu pelajaran cuma didalam bilik kuliah dan diperpustakaan.

Kalau ditempat2 lain, adalah masa bersembang soal kehidupan dan soal jiwa (faham kan?). Abah tak salahkan depa. Depa mahasiswa yang juga remaja. Nak la bersosial dan berhibur hati juga. Tapi rugilah sikit. Sebab abah perhatikan, mahasiswa bangsa lain, walaupun remaja, masih sempat belek2 buku waktu makan. Sama juga dengan keadaan waktu abah belajar dulu. Pelajar bangsa lain, seolah2 tahu menggunakan waktu. Bukan macam kami, yg kalau takde kelas, membuta atau melepak bilik member saja kerjanya.

Cukup la tu ya. Tak elok berleter pasal ni banyak2. Sebab kita akan tetap jadi kita juga. Dah nama melayu, islam - nak kemana lagi kalau tak kesitu. Tapi untuk mahasiswa melayu yang pandai menghargai waktu dan tahu apa tujuan depa belajar, abah tabik spring pada anda. Andalah contoh melayu yang akan lari dari stereotaip pelajar melayu yg biasa orang nampak.

Terfikir juga abah, kalaulah mahasiswa melayu islam kita belajar macam kakak-kakak dan abang2 Indon bekerja cari duit di Malaysia, abah rasa ramai graduan Melayu kita akan sangat cemerlang dalam pelajaran.

Dan kalau juga kita semua bekerja setekun dan serajin orang2 Indonesia dan Myanmar yang cari rezeki dinegara kita ini, abah rasa akan maju dan makmurlah syarikat2 Malaysia ini. Tapi sayang, realitinya tak semacam itu.

Dan dengan itu, abah berehat lagi. Tak pasti untuk berapa lama. Terima kasih sebanyaknya pada yang masih sudi menjenguk blog abah ini, walaupun ada yg berkata, "rasa macam dah 'jauh' je dengan abah sekarang ni..."

Semoga kita semua akan tetap dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.