Thursday, February 26, 2009

Cerita tentang maman...


Nasi kerabu anyone? Haha, ajak je, tapi takleh nak bagi dah la, sebab dah abis.

Nasi kerabu tapau kat Glenmarie waktu hantar Ummi ketempat kerjanya pagi tadi. Hari ni terpaksa hantar ummi dulu, sebab malam tadi Mi kena stayback sampai kul 9 lebih, dan terpaksa juga pergi ambil mi diofis malam tadi, sebab mi takut nak bawak keta malam2. Kesian mi tengah banyak kerja kat ofis. Abah nak tolong, tapi tak tau nak tolong apa, sebab abah tgk figure2 tu semua pun dah naik konfius.

Balik pada nasi kerabu. Kalau anda tanya abah sedap ke, abah kata, "Sedap gilerrr". Kalau tak percaya, pergi la kat Stesen Caltex area Glenmarie tu, dan anda cuba. Memang puashati.

Sampai sini dulu. Esok abah cuti, lusa ke Serting insyaAllah, ikut rombongan meminang sahabat baik abah. Akhirnya...

Lusa kalau sempat, akan ke Muar pula hadiri majlis kenduri kahwin kawan pejabat Ummi. 

Kita jumpa minggu depan insyaAllah. Semoga anda semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu, insyaAllah. Enjoy ur weekend.

Wednesday, February 25, 2009

Cerita tentang tips hidup...

Ada sahabat abah di Singapore yang emelkan abah satu emel yang sangat menarik minat abah. [Mekasih banyak2 Sis] Dan abah nak berkongsi dengan anda. Kalau2 anda dah pernah terbaca, anggap saja ini sebagai bacaan ulangan, sebab kita manusia kadang mudah lupa apa yang kita pernah baca, apatah lagi jika kita tidak amalkan (opsss, kena batang hidung sendiri nih!).

40 tips of 2009.

Health:
1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Always make time to pray.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.

Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:
25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will.
Stay in touch.

Life:
32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least:

40. Please Forward this to everyone you care about or put it in your blog. Someone may find it useful.

Monday, February 23, 2009

Cerita tentang Geng (II)...

Sabtu lepas, kami sekeluarga sempat ke 1-Utama untuk sesi menonton Geng. Awal2 masuk hall tu ok lagi, lepas sejam cerita tu ditayangkan, dan sewaktu abah tengah syok melayan Upin dan Ipin serta Rajoo, Azim tiba-tiba merengek2. Sepatutnya itu waktu dia tidur, tapi sebab dalam hall tu bising sangat, maka dia tak boleh tidur. Oleh kerana tak mahu mengganggu konsentrasi orang2 lain yg juga membayar untuk menonton, maka abah bawa Azim keluar dari hall tu. Bagi peluang Muizz dan Ummi enjoy cerita Geng tu.Bila habis cerita, Muizz kata, "Abah, bessstt citer tuh, rugi abah tak tengok." Ummi pulak, "Bang, nanti nak beli la DVD dia bila dah keluar, best la. Lagi best pada Chicken Little." Dan abah.. dengar sajalah. Tapi abah rasa betul pun apa Muizz dan Mi kata, sebab kawan2 abah yg dah tengok cerita tu, rata2 puashati.

Takpe,takpe, kang DVD dia keluar, abah layan DVD je lah. 

Semalam, 22 Februari 2009, genap setahun usia si kecik Azim. Pejam celik (dan banyak aktiviti lain), pejam celik (masih banyak aktiviti lain lagi), dah setahun si kecik abah tu. Rasa macam baru lagi abah pegang dia waktu mula2 lahir dulu, dan semalam, dahhh setahun. Semoga anak abah yang ini akan jadi anak yang baik, yang pandai, yang menjaga agamanya, yang akan menyejukkan mata dan hati abah dan ummi bila besar nanti, insyaAllah.


Happy birthday adik!

Friday, February 20, 2009

Cerita tentang Geng (I)...


Sapa nak ikut? Jom, jom, jom...

Wednesday, February 18, 2009

Cerita tentang trailer...

Ini adalah posting yang ke500, dan untuk yang ke500 ini, abah cuma ingin letakkan satu trailer cerita yang abah tunggu tarikh tayangannya, dan pasti juga Muizz dan rakan2 abah yg lain yg sememangnya tidak akan lepaskan peluang.

Inilah dia, trailer yg abah pinjam dari Paultan.org - Transformers 2: Revenge Of The Fallen.

Tuesday, February 17, 2009

Cerita tentang gred...

Hari ini adalah post caca merba rasanya. Sebab? Sebab abah totally lost in my ownself.

Banyak perkara, banyak rasa, banyak peristiwa (yang buatkan abah termenung banyak kali, sedih banyak kali, insaf banyak kali, berikrar banyak kali, senyum banyak kali, bahagia banyak kali dan sebagainya) yang berlaku kebelakangan ini.

Dan semua itu buat abah rasa abah sesat dalam diri sendiri. Tidak tahu siapa sebenarnya diri abah. Kadangkala juga tertanya2, mana abah nak pergi.

Dan itu semua seperti biasalah, adalah benda2 yang melibatkan abah dengan manusia2 lain. Sejak umur abah matang, rasanya inilah antara ujian2 dari Allah yang kerap abah hadapi. Ujian dengan manusia lain. Be it friend, co-worker, family members, etc.

Bukan menyesal akan keadaan, bukan juga nak menidakkan peristiwa. Tapi bila terjadi, kadang rasa ralat dan rawan juga hati ni. Ada masa abah kuat, ada masa abah sangat lemah.

Teringat perbualan dengan seorang sahabat baik hari tu (2 jam melepak di KFC bercerita dgn seseorang tentang hidup) bahawasanya, sangat sukar untuk menjadi manusia gred A dalam semua perkara. Cubalah kuat mana, pasti sangat sukar. Paling baik, jadilah manusia A dalam keadaan yang kita boleh capai. Macam ada orang kata, be yourself, and be that well.

Nak jadi hamba Allah gred A, ayah gred A, suami gred A, pekerja gred A, sahabat gred A, guru gred A, anak gred A, jiran gred A, saudara gred A dalam satu masa yang sama bukan perkara mudah nak dicapai. Terutamanya apabila orang2 disekitar mengharapkan kita akan A dalam semua perkara.

So, apa nak buat? Baiki mana yang boleh dibaiki. Jika tak sampai pada A pun tak apa, sebab A- pun not bad juga. Tapi pada perkara yang E atau F, memang sangat2 perlu diperbaiki.

Semoga Allah beri kekuatan dan memudahkan segala urusan abah, dan anda juga, dalam mencapai gred terbaik dalam apa saja aspek hidup yang kita lalui, insyaAllah.

Tuesday, February 10, 2009

Tiada cerita, cuma berita...

Salam sahabat.

Tiada cerita, sekadar kisah peribadi sahaja.

Khamis - Sabtu lepas, abah dikurung di Awana Genting Hinghlands, untuk bengkel Juruaudit Dalam. Abah jadi IA? Hahaha, abih la jabatan2 yang abah kena audit nanti. Ataupun abah yang abih. Bengkel OK, bosan, dan sesekali menyeronokkan. Makan pun so-so saja. Paling best - tido malam. Sejukkk. Kalau la ummi dan anak2 ada, mesti lagi best.

Ahad - Isnin, kami melepak dirumah saja. Berperang dengan Azim, dan juga sebab ada sesi berleter dengan Muizz. Apa lagi, benda sama - kerja sekolah.

Isnin, awal2 pagi Ummi dah merajuk dengan abah, sebab berebut treadmill. Boleh? Dan kerana nak memujuk ummi, bila ummi buka mulut waktu kami sarapan, "Kita gi Sogo cari seluar Muizz nak?", maka abah terpaksa la layan. Kopak jugalah duit. Hahaha, takpe, janji rajuk ummi terpujuk. Sebab??? Abah saja yang perlu tahu.

Dan pagi Selasa ini, jalan jem macam biasa. Cuma bila sampai ofis rasa seronok. Sebab? Abah dapat emel dari bekas pelajar yang sudah lama sangat abah tak tahu apa ceritanya. Abah ajar dia waktu Sem 1, dan skrg dia dah nak tamat belajar. Lama tuh. Paling best, bila dia tulis, "Kan dah kata, anda memang seorang guru yang baik. Nama anda terpahat dalam memori kehidupan seorang mahasitua."

Dan lagi best, ada 26 keping setem yang dikeluarkan sempena minggu bioteknologi, notepad, dan ... terima kasih banyak2 kak. (kalau baca la post nih).

Jumpa lagi insyaAllah.

Maaf abah merepek ari ni.

Wednesday, February 04, 2009

Cerita tentang 'stress'...

Tiada idea abah hari ini, sekadar memetik artikel dari satu sumber. Elok untuk anda baca, dan lebih elok lagi untuk abah baca. Ekekeke.

Bagaimana menangani stress?

Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.

Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan. Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup.

Camana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat Anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.

Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada sesuatu yang kita tak puas hati, mungkin sebab kewangan, keluarga, kawan2 atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.

Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita 'immune' dari stress.

Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.

Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.

Dan hari ini abah rasa stress sikit. Sebab apa? Sebab ada sorang kawan baik abah yg sekian lama tak dengar berita dia, tiba-tiba hantar emel pada abah, dan disertakan sama gambar baby barunya. Nak tengok baby barunya?

Macamanalah abah tak stress. Jeles ah. Ekekeke. Gurau saja. Abah gembira dengan kejayaan dan pencapaian kawan2 dan sahabat2. Sungguh abah tumpang gembira, kalau tak boleh tumpang keta dia pun. Ekekeke. Kalau dia baca posting ini, abah cuma nak kata, "Bro, you deserved it."

Abah tak stress apa sangat pun. Cuma rasa penat saja kebelakangan ini. Penat dengan manusia dan sikap2 mereka. Bukan nak kata abah baik, tidak. Tapi dengan sikap kawan2 yg kadang2 buat abah sedih, pening kepala dan sebagainya itu, kadang2 rasa naik malas nak layan dan ambik tahu. Tapi tak boleh, sebab itulah sahabat dan itulah kawan.

Yg terbaik abah boleh buat ialah untuk menerima seadanya diri mereka dan sikap2 mereka itu. Mungkin Allah nak abah belajar lebih banyak tentang manusia. Tentang betapa dalam bersahabat, jangan lebihkan pengharapan, tapi lebihkan penerimaan. Penerimaan diri sahabat itu sebagai individu yang unik, yang datang kepada kita bukan sekadar jasad dan hatinya semata, tapi juga datang dengan pakej sifat dan sikap, yang kita suka, dan juga kita tidak suka.

Kalau dulu2, zaman muda2, abah akan lebih suka ambil tindakan "withdraw" diri dari perhubungan, apabila abah dah penat dengan sikap2 sahabat2 yg buat abah rasa tidak seronok. Tapi bila dah jadi ayah orang dan umur pun dan nak masuk 40 ni, abah kena lebih realistik. 'Withdrawal' bukanlah tindakan yg baik, untuk kita, dan untuk kawan2. The best is to accept them, correct them if we could, and if they allow it. Kalau tidak, layan sajalah setakat boleh. Lupakan, dan pikirkan yang positif-positif saja.

Sampai jumpa lagi insyaAllah. Abah mungkin akan diam sekejap, sebab esok sampai hujung minggu, abah akan berada di Genting. Ada kerja ofis sikit. Dan tak boleh nak bawak laptop rasanya.

Kita jumpa lagi minggu depan insyaAllah. Anda jaga diri baik2. Allah sayang anda semua, dan abahpun sayang juga anda semua.

Tuesday, February 03, 2009

Cerita tentang sisa...

Andaikan, suatu hari, seorang sahabat baik anda datang kerumah. Dibawa bersama buah tangan. Katanya, "Aritu saya balik kampung, bawak la balik sini buah2 rambutan dari kebun. Banyak sangat. Yang lain semua dah bagi pada orang lain, ini ada balance skit ni, saya bawak la untuk awak, sebab dah tak tahu nak bagi kat sapa." Apa agaknya rasa hati? Jawapan pastinya akan berbeza. Ada yg akan kata, "Saya ok jer. Seronok la dia bagi buah rambutan." Ada juga orang yg kata (dalam hati), "Kot ya pun bawak belen2 rambutan yg ada je kat aku, tak payah ler cakap". Dan pasti akan ada yang rasa ralat dihati, "Sahabat baik bawak buah rambutan belen jer? Hanya sebab dah tak tahu nak bagi kat sapa?".

Abah tak expect jawapan anda seperti diatas. Sebab bukan itupun intipatinya abah nak mengepek hari ni. Tapi sebab kita ni manusia, maka abah sebut jugalah tentang rasa hati manusia dalam perenggan atas tu. Yang abah nak mengepek adalah tentang soal sisa, atau saki baki. Dan bukannnya saki baki atau sisa untuk kita. Tapi untuk Allah Rabbul Jalil. Sisa untuk Allah? Sadis dan menyedihkan sangat bunyinya, kan?

Yalah, takkan untuk Allah diberi sisa2 dan saki baki saja. Betul, tapi itu kata kita, bukan tindakan kita. Abah tak rujuk pada orang lain, abah ambil diri abah sendiri sebagai contoh. Dengar azan berkumandang di surau, ada kalanya abah akan terus ke surau, tapi banyak ketikanya juga, abah tak ke sana terus. Sebab? Kat TV tgh tayang cerita yang abah tengah syok tengok. Dah habis cerita tu, solat lah. Sedihkan? Hanya kerana cerita TV, sanggup abah bagi sisa pada Allah. Maknanya, dah habis urusan dunia, baru abah nak buat urusan akhirat, which is menyembah Allah Maha Pencipta. Bukan sisa ke tu?

Sama juga soal ibadat lain, seperti sedekah. Kita bersedekah? Ya. Ikhlas? InsyaAllah ya. Banyak mana? Terpulang atas kemampuan. Alhamdulillah. Tapi yang atas kemampuan itu sebenarnya setelah ditolak pada tuntutan duniawi kita yg kadang2 tidak berkait dengan akhirat pun. "Ohh, bulan ni takleh sedekah banyak, sebab nak simpan duit beli PSP nanti." Bersedekah juga, bukan tak bersedekah, tapi sisa dan saki baki sajalah. Kan? Tapi itu lebih baik dari tak bersedekah langsung.

Dan lagi sekali, abah tak point pada siapa2. Sekadar peringatan untuk diri abah sendiri, dan pada sahabat2 yg terasa ingin diperingatkan. Renung2lah ibadat kita pada Allah selama ini. Adakah 'krim' yg kita bagi, atau sekadar sisa? Kalau kita beri krim @ yang terbaik, alhamdulillah. Tapi kalau sisa saja yg selalunya kita persembahkan pada Pencipta kita, usahakanlah sesuatu. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang dimurkai Allah, insyaAllah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,

lemah-lemah kami, kuatkanlah
salah-salah kami, maafkanlah
lalai-lalai kami, ingatkanlah
bodoh-bodoh kami, pandaikanlah
sakit-sakit kami, sembuhkanlah
dosa-dosa kami, ampunkanlah
kurang-kurang kami, cukupkanlah
susah-susah kami, mudahkanlah
riak-riak kami, tundukkanlah
bangga-bangga kami, tawadhukkanlah
gundah-gundah kami, tenangkanlah
sibuk-sibuk kami, lapangkanlah...

Sesungguhnya kami sangat lemah ya Allah...