Thursday, October 30, 2008

Cerita tentang permintaan terakhir...

Bayangkan, suatu petang, sahabat baik anda telefon. Dia minta bantuan anda untuk ambil dia dipejabat dan hantarnya balik kerumah, sebab dia tak boleh nak memandu, sakit kepala katanya. Dan anda, kebetulan sebab ada kerja lain waktu itu, terpaksa menolak permintaan sahabat itu. Tak lama selepas itu, anda dapat lagi panggilan telefon, dari sahabat yang lain pula. Dan dia telefon bukan nak minta tolong anda, tapi untuk maklumkan bahawa sahabat yang sakit kepala tadi telahpun meninggal dunia.

Apa perasaan anda??? Terkejut? Sedih? Terkilan?

Abah rasa macam2 rasa yang anda akan rasa. Kebetulan pula kalau anda tahu bahawa andalah orang terakhir yang arwah telefon sebelum dia hembuskan nafas terakhir.

Kenapa abah cerita macam itu pulak petang ni? Sebab abah cuba bayangkan jika abah berada ditempat yang abah kata tadi. Dan ini ada kaitan dengan cerita kematian jiran abah.

Arwah (yang tak pernah bersembang dengan abah - sebab arwah sangat pendiam orangnya) meninggal dunia pada hari Khamis lepas. Arwah meninggal kerana serangan jantung. Umur baru 41 tahun. Pergi meninggalkan isteri dan 2 anak berusia 10 tahun dan 10 bulan.

Menurut mertua arwah, arwah meninggal selepas jatuh pengsan berhampiran keretanya, ketika hendak pulang dari kerja. Dan pada waktu itu, arwah sedang bercakap dalam telefon dengan kawan baiknya, meminta bantuan.

Arwah pergi, itu sudah janji Allah - setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Tapi pada sahabat arwah yang menolak permintaan akhir arwah, abah rasa depa pasti cukup ralat. Abah tidak salahkan depa (dan abah tidak ada hak pun untuk salahkan depa), tapi abah faham kalau depa terkilan sangat2. Jika abah berada ditempat depa pun, abah takkan terfikir bahawa itu permintaan terakhir dari sahabat. Kerana kalau abah tahu itu permintaan terakhir, abah akan berusaha sekuat2nya untuk penuhi permintaan sahabat. Sebab abah tahu, bukan mudah nak usir pergi rasa ralat dan terkilan bila tidak dapat penuhi permintaan terakhir seorang sahabat, seolah rasa macam diri berhutang dengan arwah.

Abah tak tahu anda, tapi abah rasa itulah yang abah rasa jika perkara sebegini menimpa diri abah. Dan semalam, abah bercuti. Bukan bercuti sebab meraikan deepavali, tidak. Tapi bercuti sebab nak gunakan cuti yang masih banyak berbaki. Dalam bercuti itu, abah sempat menonton satu cerita di TV. Kisahnya tentang bagaimana perlunya kita berbuat sesuatu yang baik pada orang yang kita sayang dan kasih, sewaktu kita masih ada peluang.

Kalau kita sayang dia, tunjuklah sayang itu pada dia. Jika kita hargai diri dia, tunjukkan penghargaan itu sewaktu dia masih boleh merasanya. Jika kita sanggup berkorban untuk dia, tunjukkan juga. Paling penting, kalau kita berbuat salah padanya, mintalah kemaafan dia sewaktu masih ada peluang. Sebab kalau dia sudah tidak ada, kemana kita nak tunjukkan itu semua? Pada siapa? Kalau dia sekadar lari dari diri kita, mungkin kita boleh cari dia. Tapi kalau Allah sudah menjemput dia dari dunia? Dan ini adalah berkait dengan apa saja jenis perhubungan anda dengan orang itu, baik dia isteri, ibu ayah, anak2, sahabat sejati, dan apa sajalah.

Jangan sampai satu hari anda terkilan dan ralat sendiri sebab sudah tidak ada peluang untuk menunjukkan pada dia apa yang dia perlu tahu dan rasa dari anda, sebab dia sudah dijemput pulang.

Tetapi kalau ini sudah pun berlaku pada kita, perkara paling baik adalah untuk terus-terusan berdoa pada Allah, semoga dia akan dicucuri rahmat Allah selalu disana.

Al-fatihah pada orang-orang kesayangan kita yang telah pulang...

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

3 comments:

pB said...

bila dah tak ada , baru nak rasa kasih dan sayangnya....


tapi masa tu dah terlambat ....

arsaili said...

Salam abh..al Fatihah buat arwah, semoga dicucuri rahmat ALLAH.Thanks for sharing, satu peringatan yg baik...kekadang kita mudah lupa. Culture kita agak reserved, susah untuk kita pamerkan kasih sayang, kita biasanya simpan...terutama hubungan ayah dan anak. Kalau dengan mak, tak rasa ralat nak kiss, nak hug..tapi kalau ngan ayah cam ada barrier...klu tgk omputih dia org selamba jer...i love u dad..i love u son...hug, kiss. Saya dulu segan, tapi bila lepas SPM dan pergi jauh, sy telah mulakan, hug dan kiss ayah sebagaimana sy lakukan pada ibu. Lama2 ia menjadi perkara yg biasa, malu pun hilang..dan ayah pun tade la fikir.."anak aku ni buang tabiat ker apa'..ahaha

Abah Mui'zz said...

pB, sesungguhnya tepat sekali.

Arsaili, bukan mudah nak merubah kebiasaan, walaupun kita tahu ia baik. Tapi kena lawan juga rasa segan dan malu itu. Sebab lama2 yang tak biasa itu, mampu jadi biasa - spt yang telah Ar buktikan.