Monday, August 25, 2008

Cerita tentang erti cinta...

Heart shaking pictures of Love of a Bird...

The picture is telling the suffering of a poor bird shocked with his wife's fatal injury.

Here his wife is injured and the condition is very appalling


Here he brings her food and attend her with love and compassion


Brings her food but shocked with her death and try to move her


He is aware that his sweetheart is dead and will not come to him again he cries with adoring love


Stand beside her and scream saddened of her death


Finally aware that she would not return to him and she departed him, stand beside her body with sad and sorrow


Niezam emelkan abah emel burung diatas ni. Menyayat hati juga melihatnya, tapi ia bukanlah memeranjatkan. Kerana abah pernah saksikan perkara yang sama. Sewaktu abah ditingkatan 4, ada seekor anak lembu dirempuh kereta. Kerana orang ramai berkumpul (rakyat malaysia memang prihatin bila ada kemalangan kan), abah pun turut sama sertai mereka.

Alhamdulillah, pemandu kereta tidak cedera teruk. Tapi abah kasihan dengan ibu lembu itu, yang tidak lari jauh dari anaknya. Dia tidak lari kerana anaknya mati disitu juga. Abah tahu dia meraung (dalam bunyi lembu la kan) akan kehilangan anak kesayangannya. Iyalah, ibu mana yang tak sedih kehilangan anak, hatta seekor ibu binatang.

Abah rasa cukup sayu waktu itu. Sayu sebab abah boleh rasa kesedihan si ibu lembu itu, dan sayu sebab abah tidak mampu buat apa2. Orang ramai berpakat tanam bangkai anak lembu tersebut menggunakan bulldozer. Dan waktu senjanya, abah tengok, ibu lembu itu kembali lagi ketempat itu, sambil keluarkan bunyi yang sama. Abah luahkan perkara itu pada keluarga waktu kami makan malam, dan alhamdulillah, perasaan sayu abah dikongsi juga oleh kakak-kakak abah yang turut sama menyaksikan kejadian itu.

Besarnya kuasa Allah SWT. Pada binatang itu dijadikan banyak perkara yang boleh dipelajari manusia. Bahawa dalam diri haiwan itu, wujud rasa kasih yang cukup mendalam pada pasangan/anak depa. Dan rasa itulah yang perlu diikuti oleh manusia yang kadangkala tidak kasih pada pasangan/anak depa.

Dan abah sekarang ini, berusaha kuat untuk mengajar Muizz agar berlaku baik pada binatang. Kadang2 naik geram juga dengan budak2 yang suka menyepak2 kucing atau menganiaya binatang. Tapi nak disalahkan budak, tak boleh juga. Bukan kerana memang perangai budak macam itu, tapi abah rasa ibubapa yang tak pandai nak mengajar anak supaya kasih pada binatang. Bukan tidak pernah Muizz pijak anak ayam hingga mati. Tapi selepas ditegur, dan diberitahu, alhamdulillah, menjadi juga.

Eh, apa abah ni, elok2 bercerita ttg nilai kasih sayang dalam diri binatang, tetiba pulak merepek pada soal berlaku baik pada binatang. Ekekekke.

Maaf la ya, terlencong sikit. Abah tinggalkan anda disini. Nak siapkan kerja sikit. Hari ni abah balik lambat, sebab nak tunggu dinner syarikat malam ni di Hotel Legend, KL.

Untuk semua bekas pelajar abah yang konvo pada hari Sabtu, Ahad, dan hari ini - tahniah untuk anda semua. Semoga tidak akan lokek berkongsi ilmu dengan orang lain nanti, insyaAllah. Dan jangan berhenti belajar.

Thursday, August 21, 2008

Cerita tentang luahan...

Hari semalam perasaan abah bercampur baur. Ada juga rakan yang bertanya, tapi abah sendiri pun tak tahu nak jawab, apa kandungan campuran perasaan abah itu.

Hari ni, perasaan bercampur baur itu telah hilang, kerana segala campuran itu bergaul menjadi satu adunan perasaan, rasa kecewa.

Dan segalanya bermula hanya dengan satu luahan. Satu luahan yang pada fikiran abah, akan membawa kebaikan, tapi akhirnya yang nyata, ia mengecewakan abah. Disini hari ini, abah terasa nak meluahkan soal luahan ini, yang mungkin untuk sesetengah orang, ini adalah rungutan. Abah pun tak pasti sangat apa bezanya luahan dengan rungutan, tetapi sewaktu meluahkan, abah tidak pernah terlintas pun sekiranya ia satu rungutan.

Awal minggu lepas, abah meluahkan ketidakpuasan hati abah pada laman web KWSP. Ini mungkin satu rungutan la kot. Sebabnya, mereka tangguhkan kerja mereka yang melibatkan abah. Proses yang sepatutnya makan masa 2 minggu, tertangguh hingga sebulan lebih. Sehari selepas rungutan dibuat, alhamdulillah, KWSP telefon abah, bagitahu cek dah siap, boleh datang ambik. Berbaloi jugalah merungut macam itu kot. Kalau tak merungut, tak tahulah bila depa akan siapkan kerja tu.

Dua hari sebelum itu, abah juga meluahkan apa yang abah pendam selama 3 tahun bekerja ini pada boss abah dan juga pada rakan2 sejawatan melalui emel. Banyak kali abah berfikir sebelum abah tekan butang Send, tetapi entah kenapa, hati abah kuat sangat kata, "This is the moment!". Dan akhirnya, emel luahan hati abah itu (yang mungkin dipandang sebagai emel rungutan oleh boss abah dan kawan2 sekerja) masuk juga dalam kotak emel mereka.

Hasilnya?? Boss datang berjumpa abah semalam, dan abah diberi kata dua:

1. Awak teruskan dengan kerja2 tambahan yang diberi, dan saya akan cuba sarankan pada pihak pengurusan untuk naikkan pangkat awak awal tahun depan.

2. Awak lepaskan segala kerja tambahan yang awak lakukan sekarang ini pada staf lain, dan saya tidak akan sarankan apa2 untuk pihak awak berkaitan kenaikan pangkat selepas ini.

Dan bila abah bangkitkan isu appraisal, kata boss abah, "Ohh, appraisal semua orang mesti sama. Semua orang meet requirements." Bila abah tanya, "Then what's the point of giving extra work to certain staff, but not the others, and at the end, everyone is equal?" Dijawab dengan, "Apparaisal mana boleh tak sama, memang semua orang akan sama."

Dan itulah saatnya perasaan abah bercampur baur itu mengadun diri mereka menjadi satu. Kerana kesebatian perasaan itu, abah akhiri perbualan dengan, "Ikut suka boss la nak buat macamana. Kalau boss nak saya buat kerja2 tambahan ni, saya akan buat sebab saya tak kisah sangat banyak kerja. Kalau boss rekomen dan awal tahun depan saya naik pangkat, saya akan teruskan dengan kerja2 ini. Tapi kalau boss rekomen, dan tidak diluluskan kenaikan pangkat saya, saya akan lepaskan semua kerja ini pada staf lain. Tak guna juga buat kerja berlebihan bila penilaian performance akan masih tetap sama rata untuk semua orang."

That's it.

Hari ini, pagi ini, abah buat kerja2 abah seperti biasa. Walaupun feeling abah masih jelas kecewa, tapi kerja tetap kerja. Itu tanggungjawab abah.

Abah cuma mampu berdoa pada Allah, semoga keadilan akan muncul ditempat kerja abah ini yang sangat ketara ketidakadilan berlaku dimana2 jabatan. And yes, we are keeping on losing talented and dedicated staff almost every months. Bila teringat kata2 seorang staf pergurusan tertinggi, "Tak apalah mereka nak pergi, sebab sorang yang pergi, seribu orang yang akan datang." And with that, I rest my case.

Semoga anda semua sihat dan ceria saja hari ini.

Tahniah juga untuk bro TJ atas kehadiran ahli keluarga baru. Abah akan cuba luangkan masa hujung minggu ini untuk menziarah bro dan baby baru itu. Mesti akan comel semacam unclenya juga, kan? :-)

Sunday, August 17, 2008

Cerita tentang cekal...

Malam tadi, sewaktu sedang memeriksa kertas peperiksaan pelajar abah yang hampir 200 keping itu, abah terjeling2 juga pada TV, dan selepas 2,3 kali jeling, akhirnya mata abah terpaku pada TV itu, dan tangan abah secara otomatik berhenti menanda kertas. Hehehe, itulah bahananya buat kerja didepan TV, di bilik hotel pulak tu. Kalau dirumah, TV bukan masalah sangat sebab dirumah abah, kami tidak langgan saluran 'movie'. Tapi dihotel, memang ada saluran 'movie', dan abah pula memang kaki 'movie', terutamanya cerita2 yang kena dengan selera abah.

The Guardian adalah 'movie' yang buat abah terpaku pada skrin TV itu malam tadi. Sebuah cerita yang menarik pada abah, sebab abah memang minat pada 'movie' heroic kemanusiaan macam ini. Kisah bagaimana kehidupan US Coast Guard, dan bagaimana pengorbanan mereka dalam menyelamatkan manusia. Walaupun mungkin ada orang kata, diluar tak semestinya sama dengan dalam filem, tapi pada abah, nilai yang ditunjukkan dalam filem itu yang lebih penting. Kerana nilai itu adalah sesuatu yang baik yang tidak mustahil kita pun boleh amalkan dalam kehidupan kita.

Lebih menarik lagi, adalah lagu yang mengiringi 'ending' cerita ini.



Can you lay your life down, so a stranger can live?
Can you take what you need, but take less than you give?
Could you close every day, without the glory and fame?
Could you hold your head high, when no-one knows your name?
That's how legends are made, at least that's what they say.

We say goodbye, but never let go.
We live, we die, 'coz you can't save every soul.
Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go.

Can you lose everything, you ever had planned?
Can you sit down again, and play another hand?
Could you risk everything, for the chance of being alone?
Under pressure find the grace, or would you come undone?
That's how legends are made, at least that's what they say?

We say goodbye, but never let go.
We live, we die, 'coz you can't save every soul.
Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go.

Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go.

We say goodbye, but never let go.
We live, we die, 'but you can't save every soul.
Gotta take every chance to, show that you're the kinda man who;
Will never look back, never look down,
and never let go.

Will never look back, never look down,
and never let go.


Oklah, abah tinggalkan anda dengan lagu tema The Guardian itu. Abah nak sambung kerja melihat dan menilai projek pelajar2 abah di KK ini. Ini dah masuk hari ke-2, dan hari ni, mungkin akan terperap diofis ini sampai pukul 6 ptg lagi, macam semalam. Bukan terperap sangat pun, sebab abah ditemani oleh pelajar2 ini, yang kadang2 buat abah seronok dengan pembentangan mereka, ada juga yg buat abah nak ketawa, tak campur lagi dengan ramai yang buat abah rasa sedih tgk hasil kerja mereka. Ada yang mintak no telefon abah, dan jemput abah melawat tempat mereka. Tapi abah tahu, itu cuma basa basi pelajar sahaja, kerana selepas ini, mereka cuma menunggu gred apa yang mereka dapat, dan selepas itu mereka akan lupa siapa abah. hahaha, nak buat macamana, memang itulah hakikat kehidupan...

Selamat berhujung minggu untuk anda semua...

Tuesday, August 12, 2008

Cerita tentang Tuhan...

Kawan: "Tuhan awak gemuk."

Muizz: "Mana adaaaaaa. Tuhan kita ada kuasa hebat tahu. Tuhan awak tak boleh buat apa2."

Muizz lagi: "Awak tahu tak sapa yang buat awak? Tuhan kita yang buat awak tahu!"

dan abah tak tahu apa kesudahannya dialog antara Muizz dengan kawan sekelas dia berbangsa India itu.

Itu apa yang diceritakan pada Ummi dan abah sewaktu kami makan malam tadi. Abah pun tak tahu nak komen apa. Abah cuma mengiyakan saja apa yang diceritakan. Nak dibetulkan, benda dah jadi. Dan memang itu yang abah ajar dia selama ni pun, Allah itu Maha Kuasa, Allah Maha Hebat. Allah yang jadikan kita semua.

Tapi dalam mengajar itupun, banyak sangat lagi soalan Muizz yang tak mampu abah nak jawab kesemuanya. Tu yang kadang2 kena marah juga dia sebab banyak sangat tanya. Ekekeke, apalah abah ni. Teruk betul. Anak tanya banyak2, dimarah la pulak. Kesian Muizz.

Untuk Muizz, abah mintak maaf. Bukan abah tak nak jawab banyak dari sekian banyak persoalan yang abang utarakan. Tapi abah manusia biasa yang lemah. Ada masa abah akan jawab, ada masa abah takde idea dan 'mood' nak jawab.

Tapi abah akan berusaha. Berusaha untuk jadi lebih berilmu dan berpengetahuan. Dan akan berusaha menjadi lebih sabar.

Abang bagi abah masa sikit ya!

Saturday, August 09, 2008

Cerita tentang kehilangan...

KE SANA KITA NANTI
(Al-Fatihah, Belasungkawa buat yang kehilangan)

Keberangkatan telah menjemput
satu-satu pergi
tak kembali.

Genangan airmata
tumpah disisi
pusara.

Cuma
yang tinggal
adalah cermin nostalgia.

Pasti
menyusul nanti
kami.

Menghadap-Nya
ke liang lahad
negeri akhirat!

Karyacipta - SHUKRI SAIFUDDIN, KOTA KINABALU.

Abah pinjam karyacipta ini dari sebuah emel yang abah terima satu ketika dulu. Dan ianya adalah kerana seorang kawan baik yang juga rakan sepejabat abah, telah kehilangan seseorang. Seseorang yang takkan ditemui dalam alam nyata ini lagi, tak kira sekuat mana dia berusaha. Untuk Yun, doakan pemergiannya dengan doa tulus ikhlas dari seorang anak. Semoga rohnya bersama roh2 mereka yang dikasihi Allah SWT. Ini waktu orang lain pergi, waktu kita juga akan tiba nanti.

Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah
irji’ii ilaa Rabbiki
raadhiyatan mardhiyyah
Fadkhulii fii ‘ibaadii
wadkhulii jannatii
Al-Fajr: 27-30

(Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kamu kepada Tuhanmu
dengan hati puas lagi diredhai
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
Maka masuklah ke dalam syurga-Ku.)

Thursday, August 07, 2008

Tidak ada cerita, cuma berita.

Salam untuk semua rakan dan sahabat.

Lama tak mengepek, sebab lama tak dapat capai Internet. Rasa semput je nafas bila tak dapat capai Internet ni.

Abah baru balik dari satu kursus (yang sangat menarik), dan abah akan ceritakan tentang itu nanti, insyaAllah.

Ini pun menulis sekadar nak maklumkan bahawa abah masih diberikan peluang untuk hidup oleh Allah SWT.

4 hari berkursus, penat juga rasanya, kerana mula dari 8 pagi hingga 11 malam, setiap hari. Adeihhhhhh.

Dan esok pagi, terpaksa bergegas ke JB pulak, sebab abah ada kerja kat sana pada hari Sabtu.

Dan hari Ahad, masa untuk abah dan keluarga berehat sambil2 kami explore Sunway Lagoon - satu tempat yang belum pernah abah jejakkan kaki.

Harap2 abah dan keluarga akan enjoy la nanti kat sana. Itupun atas belas ihsan syarikat tempat ummi kerja yang mengadakan hari keluarga mereka kat SL tu.

Abah berhenti sini dulu. Nak balik rumah dah, nak rehat sikit. Petang nanti nak ke UMSC pulak bawak ummi jumpa doktornya.

Selamat berhujung minggu untuk anda semua. Semoga senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allag SWT, insyaAllah.