Tuesday, July 29, 2008

Cerita tentang sahabat...lagi...

Kawan
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku

aku takkan suruh kau berhenti menangis

tapi...
aku akan kata
"aku ingin menangis dengan kau

tapi tak leh lama sangat

nanti habis air mata aku"


Kawan
jika terasa nak larikan diri
jauh dari masalah yg menyelubungi
maklumkan aku

aku takkan halang kau

tapi...
aku akan kata
"berlarilah bersama aku

untuk kau lupakan sementara masalah

cuma jangan terlalu laju

aku tak larat nak kejar

kaki aku pendek."

dan lepas itu aku juga akan kata

"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia"

Kawan
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia
beritahulah aku

aku takkan minta kau benci pada keluargamu

tapi… aku akan kata
"Kajilah punca kekecewaanmu, dan pa
ling penting
terimalah segala ketentuan Allah..."

Kawan
jika kau kecewa
dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti

ceritalah pada aku

aku takkan memburukkan dia

tapi aku akan kata
"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,
dan kau akan mengerti..."

Tetapi kawan

jika suatu hari aku berdiam diri

aku tak balas sms kau

aku tak angkat panggilan dari kau

hubungilah aku segera (kot emel ke, kot surat ke)

sebab waktu itu aku

ermmm...

aku sangat perlukan kau (dan aku malu untuk mengakuinya)

atau mungkin
...
aku telah kekal bersemadi
diruang nan dalam dan sepi.

Diatas adalah satu karya yang abah petik dari blog seorang sahabat. Abah ubahsuai sikit karya itu untuk sesuaikan dengan keadaan.

Kenapa abah petik tulisan sahabat itu?
-
Kerana abah rasa ada mesej untuk abah disitu.
- Kerana abah rasa, abah akan berbuat semacam apa yang ditulis, untuk seorang sahabat
dan
- Kerana abah rasa itu juga yang abah harapkan dilakukan oleh seorang sahabat.

Dan untuk sahabat yang membaca, "Persahabatan itu adalah nilai hati bukan untuk dipendam, tapi untuk ditunjukkan. Ditunjukkan dengan kaedah terbaik, dan dilandaskan tulus ikhlas kerana Allah SWT".

Abah tinggalkan untuk anda tafsir sendiri apa yang abah tulis. Mungkin ada kaitannya dengan anda, mungkin juga tidak. Tetapi abah yakin, selagi mana kita ini punya sahabat, tulisan diatas akan tetap berkait dengan diri kita, dan sahabat2 kita.

6 comments:

Anonymous said...

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

...Quote from UNIC's song - Kawan.

Terima kasih atas persahabatan ni, Encik Abah.

Abah Mui'zz said...

Sama-sama En Muzem. Dan terima kasih juga pada En Muzem, atas sebab yang sama. :-)

Anonymous said...

abah muiz

oklah kalau ada apa2 call je .. kita jumpa kat masjid uniten

(itu adalah yg saya boleh buat sebagai sahabat :)

Bidadari Exquisite said...

kalau x keberatan boleh sy amik nukilan abah ni utk di kongsi bersama di blog saya?

ak kah itu? said...

benarkan saya meminjam kata2 sahabat abah nie

Nasyrik said...

saya nak share cerita tentang seorang sahabat