Friday, June 27, 2008

Cerita tentang 'life'...

Seminggu tak mengepek, rasa macam sebulan lamanya. [Seminggu tak baca Quran, tak pulak rasa macam sebulan ya! Manusia..manusia.] Disebalik kesibukan kerja, rasa nak mengepek di blog tu tetap ada, cuma masa je tak beri ruang untuk abah duduk depan laptop, menaip segala benda yg ada dalam minda kebelakangan ini.

Banyak benda sebenarnya (eh, cam biasa dengar je ayat penyedap ni) nak diepekkan, tapi abah nak fokus pada satu benda saja hari ni. Yang mana berkaitan secara tidak langsung dengan kehidupan.

Petang rabu baru ni, ada seorang adik menegur abah diruang YM. Lama sungguh kami tak bersembang, walaupun selalu nampak dia online. Tapi sebab abah sibuk (alasan biasa la kan), dan dia juga agaknya, maka kami tidak tegur satu sama lain walaupun kami sama2 online.

Dan bila orang dah tegur, mesti ada perkara nak disembangkan. Secara ikhlasnya abah cakap, kalau orang tegur abah dulu di ruangan chat, abah tidak akan ada banyak idea untuk bersembang. Sekadar berbasa basi bertanya khabar dan menjawab persoalan sajalah yang mampu abah buat .

Tetapi bila abah yang tegur kawan2 dulu, maka akan adalah benda yang abah nak bualkan. Hehe, sebab itu abah tegur kawan2 di ruangan chat. Yang dah kenal abah semestinya dah tahu, kalau abah page, maksudnya ada benda la tu. Kalau nak saja2 tegur, payah sikit abah ni. Ekekkeke.

Berbalik pada sembangan abah dengan adik tadi, abah nak mengepek sikit tentang satu soalan yang sering ditanya bila:=
1. Kita dah tak tahu apa nak tanya/cakap.
2. Kita sememangnya nak tahu apa cerita dia.

Apa soalannya? Soalan yang abah maksudkan ialah: “How's life?” @ ”Apa citer?” @ “Camna skang?”. Ramai orang guna ayat yang berbeza-beza, tapi pati soalannya sama saja iaitu bertanyakan tentang kehidupan orang yang sedang ‘chat’ dengan kita.

Abah selalu juga bertanya soalan itu pada rakan2 chat. Kadang2 abah bertanya sebab alasan 1 diatas. Tetapi kebanyakan masanya, abah bertanya sebab alasan no 2.

Tidak kiralah apa alasan kita bila kita keluarkan soalan macam itu, jawapan yang akan diperolehi belum tentu menjawap apa yang ditanya.

Ada yang bercerita panjang lebar, dan ada juga yang sekadar beritahu sipi2. Ada juga (kebanyakannya) yang cuma cakap, “Life aku macam tu jugak ler. Macam biasa.” Apapun jawapan yang diberi, abah pasti org yang jawab itu ada sebab jawab macam itu.
1. Sebab malas nak bercerita panjang lebar ttg kisah hidupnya.
2. Dia nak rahsiakan apa yang berlaku dalam hidupnya (yang mana memang hak dia)
3. Dia rasa kita tak ikhlas pun tanya dia soalan tu.

Adik itu tanya juga soalan yang sama pada abah, dan jawapan abah juga jawapan skima yang abah beri hampir setiap masa, iaitu, “Hidup abah baik-baik saja. Tidak ada perkara menarik yang berlaku.”

Bukan nak berbohong, tapi sememangnya hidup abah baik2 saja. Sebabnya abah rasa setiap hari dalam hidup abah adalah hari2 yang cantik dan indah, walaupun kadangkala sesak nafas dan minda juga. Tapi kalau orang2 tertentu yang bertanyakan soalan itu, kadangkala, apa yang menyesakkan nafas dan minda abah itu, akan abah luahkan juga.

Abah juga bertanyakan dia soalan yang sama, “How’s life?”

Kata dia, “OK, tapi banyak benda yang berlaku.”

Abah tanya lagi, “Contohnya?”

Kata dia, “Entahlah abah, susah saya nak cakap.”

Dan abah seperti biasalah, bila tidak ada banyak masa dan mood untuk provoke orang lain supaya bercakap, maka jawapan abah “IC, kalau susah nak cakap tak apa la. Mungkin lain kali saja boleh cakap.”

Dan perbualan itu berakhir disitu saja.

Eh, apa abah merepek ni. Aduihhhhh, tak pasal2 merepek tentang benda ni. Dan tak pasal2 ceritakan tentang sikap abah. Ekekeke, takpe la kan, sekurang2nya rakan2 yg selalu chat dgn abah itu tahu tentang sikap abah bila bersembang di alam maya.

Oklah, abah undur diri dulu. Masih banyak urusan pejabat dan peribadi yang perlu diselesaikan. Minggu ini adalah antara minggu yang agak menyesakkan fizikal dan mental abah. Tapi dalam sesak2 itupun abah tetap bahagia, terutamanya waktu balik dari pejabat, bila melihat si kecik jantung hati abah yang sudah makin membesar itu.

Wajah riang Azim lah yang buat abah rasa hidup abah sangat bermakna tika ini, dan wajah riang itu jugalah yang kembalikan ingatan abah sewaktu si Muizz jadi si kecik abah hampir 7 tahun lalu. Sebabnya? Sebab wajah si kecik no 2 ini saling tak tumpah dengan wajah si kecik no 1 abah. InsyaAllah kalau ada kesempatan, abah cuba uploadkan sikit gambar terbaru Azim.

Semoga anda semua baik2 saja, dan sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT, insyaAllah. Selamat berhujung minggu buat anda semua.

Jaga diri anda dan keluarga baik-baik...

Friday, June 20, 2008

Cerita tentang kritik, dan ilmu...

Seperti yang abah nukilkan (cewah, sejak bila menukil-nukil lak ni) 2 hari lepas, abah sekarang ini dalam kepeningan. Bukan pening kepala yang macam anda selalu kena tu, tapi pening dengan sikap sebahagian pelajar abah, yang rata-ratanya adalah mak dan ayah manusia.

Sudah jadi sebahagian dari tugas dan tanggungjawab abah untuk menilai hasil kerja pelajar-pelajar abah diserata Malaysia (mana yang dan abah pergi la!). Sebab itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini, abah kerap keluar daerah. Tujuannya satu saja - pergi ke pusat pembelajaran dinegeri-negeri tertentu untuk menilai hasil kerja mereka.

Bukan mudah menilai, apatah lagi bila melibatkan pelajar dewasa. Macam-macam kerenah. Tapi abah seperti biasa la kan, akan menilai ikut apa yang abah rasa perlu. Menilai dari sudut yang perlu dinilai, dan memberi komen setakat sepatutnya. Abah tahu dalam abah menjaga bahasa abah, ada juga komen-komen yang menyakitkan telinga dan hati pelajar-pelajar itu. Dan abah berharap mereka faham.

Tapi abah silap, bukan semuanya memahami. 4-5 hari kebelakangan ini, kotak mel abah dihujani dengan emel tidak puashati, begitu juga kotak sms abah. Kebanyakannya ialah luahan rasa kecewa dan tidak puashati atas gred yang abah berikan. Abah cuba menjawab mana yang perlu, tapi bila melarat kepada menuduh abah yang bukan-bukan, naik jugalah tekanan darah abah sekejap.
Cuma bila teringat kata-kata Dale Carnegie ni, lega sikit. Ekekeke.

Bukan abah nak memandang rendah pelajar-pelajar dewasa ini, tapi abah fikir, ramai antara mereka yang belajar sekadar inginkan sekeping kertas kelulusan sahaja. Setiap kerja kursus yang dibuat kalau boleh ingin dapat markah setingginya, walaupun hasil kerja, boleh ditongsampahkan sahaja. Bila dapat markah yang tidak seberapa, komplennya masyaAllah, sampai ke orang no.1 dalam organisasi ni. Seolah2 si penilai kerja mereka itu tidak bagus menilai, dan betapa berhaknya mereka mendapat markah cemerlang, kerana mereka sudah banyak habiskan RM untuk bayar yuran.

Abah akui mereka banyak berkorban masa, tenaga dan RM, tapi mereka juga perlu sedar, penilaian terhadap hasil kerja mereka tidak boleh ambil kira elemen-elemen itu, kerana kalau diambil kira, markah kasihan akan terlalu banyak tercatat, berbanding markah yang sepatutnya. Itu belum campur kes meniru, plagiat, upah orang luar dan sebagainya, yang sedikit sebanyak, menyesakkan fikiran abah dan rakan2 lain.

Dan dalam masa yang sama, abah kasihan pada mereka ini. Mereka sangat berbangga dengan sekeping kertas kelulusan yang mereka dapat. Tapi jauh disudut hati mereka, abah yakin mereka tahu bahawa ilmu yang dipelajari tidaklah sebanyak mana. Yang penting - dapat kertas, pangkat naik, gaji naik, hati senang. Ilmu itu tidak penting, sebab majikan tidak akan uji apa2. Lupakan semua sekali ilmu itu pun, masih boleh senang hati.

Abah terima hakikat, ini lah dunia. Apabila pendidikan diniagakan dan dicari keuntungan atasnya, akan berlakulah kes semacam ini. Sudah lama abah rasa keadaan ini akan berlaku, cuma sekarang saja terluahkan diblog ini. Abah tidak boleh gambarkan apa akan jadi pada ilmu, pada pendidikan kerana nanti semuanya akan dinilai/didagangkan dengan RM semata-mata. Kalau yang positif tak kisah la, ini yang negatif.

Pada yang masih mencari ilmu kerana cintakan ilmu, dan kerana ingin berkongsi ilmu dengan dunia, abah sangat-sangat berterima kasih kepada anda. Sesungguhnya spesis sebegini abah rasa akan makin pupus disekitar kita. Yang ada dan akanbertambah, adalah spesis yang mencari ilmu, kerana RM semata-mata. Ada RM, ilmu dicari
(dibeli mungkin) dan dikongsi , tiada RM, ilmu boleh jalan.

Walaupun senak kepala melihat keadaan ini, abah tidak boleh 'carried away' dengan permasalahan ini. Hidup dan kerja perlu diteruskan, supaya setidak-tidaknya, abah tahu apa abah cari, apa abah hendak dalam hidup, dan kemana abah nak pergi, serta apa abah nak capai. Ini mungkin sebahagian dari dugaan disepanjang perjalanan hidup dan karier abah.

Teringat pada satu emel dari seorang rakan. Anda baca dan fahami kata-kata emel tersebut.

Life's Little Annoyances

Don't let a relatively small setback ruin an otherwise beautiful day.

Choose instead to take it in stride and quickly get back to being positive, productive and effective.

Don't waste your time being outraged or offended by someone else's careless, inconsiderate remark or gesture.

Use the opportunity to strengthen your valuable sense of patience, and move on ahead to something that truly matters.

Life's little annoyances can quickly add up to have a big negative and destructive impact if you let them.

Fortunately, you don't have to let them.

Instead, you can choose to let them go.

You can decide to see the small, relatively meaningless annoyances for what they are, and move quickly beyond them.

Do you really want your attitude to be held hostage by rude, careless, inconsiderate people or random events beyond your control?

Of course not, because within you is a positive purpose that is big and beautiful and filled with real meaning.

Each time one of life's little annoyances comes along, let it just keep on going right past you until it fades away into its own insignificance.

You have plenty of much more positive and valuable things upon which to focus your attention.

*~*~*~*~*~*

Jumpa anda lagi minggu depan, insyaAllah. Jaga diri anda baik-baik, luaran dan juga dalaman. Semoga segalanya akan cemerlang buat anda, dan juga abah, insyaAllah.

p/s: terlupa abah bahawasanya blog abah ini sudah genap 3 tahun 2 hari arini. Terasa macam semalam je baru mula berblog (boleh caya ke?). Happy 3rd anniversary to abahmuizz.blogspot.com

Wednesday, June 18, 2008

Cerita tentang panda...

Hari Jumaat itu hari, abah dan Muizz ke 1-Utama. Kalau diikutkan abah tak nak pergi sebab badan rasa macam tak berapa sihat, tapi sebab abah dah berjanji dengan Mu'izz nak bawa dia tengok Kung-fu Panda, maka kami pergi jugalah.

Alhamdulillah kami dapat tiket untuk tayangan 7.50 malam. Lepas solat Maghrib, abah dan Mu'izz beli popcorn kesukaan dia, dan juga sikit minuman. Dan tepat pukul 8, terpakulah mata kami dengan cerita itu.

Apa yang abah boleh kata, dalam rasa nak demam itupun, abah masih boleh ketawa mengekek-ngekek bila tengok filem animasi itu. Kung-fu Panda adalah sebuah animasi yang sangat menarik. Kecantikan animasinya tak perlu dipertikaikanlah, ditambah pula dengan jalan cerita yang buat kami tak henti2 ketawa atau tersenyum. Pendek kata, memang puashatilah belanja RM13 malam tu untuk tengok ceritanya.

Balik dari 1-Utama, memang abah demam terus. Lepas telan panadol, terus tidur. Oleh kerana tak sihat, hari minggu abah cuma habis dirumah saja. Dalam orang lain sambut Hari Bapa mungkin diluar rumah, abah cuma meraikan (rai ke?) dirumah. Tapi alhamdulillah juga Allah bagi sakit ni. Sebabnya? Ummi memang manjakan abah sungguh-sungguh. Ekekkeke, untungnya badan. Ummi tak bagi abah sentuh sikitpun kerja rumah. Dahlah tu, siap masakkan sup ketam spesel buat abah (sebab takut kena denggi masa tu!). Bila difikirkan layanan ummi macam itu, rasa macam nak kena demam je selalu. Ekekekke.

2-3 hari ini, abah pening kepala lagi. Pening memikirkan sikap pelajar2 abah yang rata-ratanya mak-mak dan ayah-ayah orang ini. Bukan tidak faham, tapi abah susah nak terima kenyataan bahawa ramai manusia lebih menghargai gred dan CGPA daripada menghargai ilmu. Tapi nantilah abah mengepek tentang ini. Abah nak siapkan kerja dulu.

Semoga anda semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT senantiasa, insyaAllah.

Thursday, June 12, 2008

Cerita tentang sebal...

Dalam satu mailing list yang abah langgan, sedang hangat dengan komen dan pendapat berkaitan kenaikan harga minyak. Waktu abah takde kerja, atau buat2 takde kerja, abah baca jugalah beberapa komen dari rakan mailing list tersebut.

Secara ratanya, abah tahu kita semua ni menerima kenaikan harga minyak ni dengan hati yang sebal. Setakat hati sebal, ok lagi la kan. Ini libatkan dompet pulak, lagilah terasa kesebalannya. Bukan orang lain la, abah pun terasa.

Dan dari sekian banyak komen, ada juga saranan2 yang abah rasa boleh diikuti. Sebagai kaedah untuk mengurangkan kesebalan hati dan dompet. Tapi tak semua orang boleh ikut. Kan? Yang sememangnya naik motor kepejabat, takkan kita nak sarankan dia naik basikal? Kalau yang berkereta tu boleh la.

Tapi soal berjimat cermat atau ubah gaya hidup ni, abah rasa macam manapun, ia akan balik pada kita juga sebenarnya. Orang boleh kata dan sarankan macam-macam. Tapi hanya kita yang tahu sebenar2nya keadaan kita dan keluarga. Pada abah, mana2 saranan dan pendapat yang baik, abah ambik. Kalau tak ikutpun, sekurang2nya boleh diberi pada orang lain yg lebih memerlukan.

Ambil contoh, ada orang kata, dah minyak naik - gunalah pengangkutan awam. Kalau nak ikutkan, abah boleh saja tidakkan saranan itu, sebab realitinya kita tahu betapa 'pathetic'nya sistem pengangkutan awam kita. Tapi abah memilih untuk tidak fokus kepada kesendatan, kepanasan, bau2an, dan segala macam dugaan bila naik pengangkutan awam, komuter khususnya. Kenapa? Kerana bila abah hitung2, gunakan komuter ke tempat kerja, memang lebih menjimatkan perbelanjaan abah berbanding dengan berkereta. Pejam mata sajalah pada segala ketidakselesaan naik komuter itu.

Duit belanja sekolah Mu'izz pun rasanya akan abah kurangkan sedikit. Bukan nak hukum dia, tidak, tapi abah rasa, itu antara kaedah untuk kurangkan sebal dompet abah, dan dalam masa sama, boleh tambahkan duit tabungan dia. Kalau dulu, aiskrim itu abah benarkan lagi dia beli, tapi sekarang ni rasanya, aiskrim adalah item yang dia dah tak boleh beli lagi. Ekekekke, sian Mu'izz, tapi takpelah, sesekali abah akan belikan dia aiskrim juga. Dah itu kesukaannya.

Hehe, mengepek tentang perbelanjaan dan sara hidup dibandar yang makin meningkat ni, rasanya memang takkan habis. Yang boleh kita buat, tepuk dada, tepuk dompet, dan fikirkan apa yg boleh dibuat. Mengeluh sahaja takkan ubah apa2. Kalau rasa perlu tukar kerajaan, mungkin kita semua boleh pakat2 tukar nanti, insyaAllah. Kita tukar dalam diam sajalah. Tak payah kecoh2 nak komen apa2. Betul???? Entah...

Apapun, dalam sibuk mem'budget'2 belanja rumah, jangan sesekali lupakan arah tuju kita. Hidup ni cuma didunia, dan cuma sementara. Jadikan dugaan seperti kenaikan kos hidup ini, sebagai satu peluang untuk kita makin kuat berusaha untuk menambah bekal diri kita ke sana nanti. Tidak perlu belanja banyak pun untuk menambah bekal. Cukup dengan keikhlasan, usaha untuk berbuat, dan keyakinan padaNya. InsyaAllah...

Tuesday, June 10, 2008

Cerita tentang sikap dan solat...

Ingat nak mengepek esok, tapi sebab teringat esok abah cuti, dan kerja hari ini pun dah banyak yang beres, maka abah ambil kesempatan nak mengepek sikit.

Hujung minggu baru-baru ini, kami ke Tiara Beach Resort di PD. Kompeni abah adakan hari keluarga tahun ni di situ. Oleh kerana semuanya ditaja syarikat, maka abah pun bawaklah keluarga berehat disana. Menarik juga tempatnya, kerana ada banyak kolam air. Dan bila dah ada kolam air ni, siapa lagi yang paling teruja kalau bukan Mu'izz. Pendek kata, sepanjang 2 hari kami disitu, memang Mu'izz enjoy betul2.

Oleh kerana Mu'izz suka tempat tu, dan Azim pun nampak gayanya suka sangat dengan air, insyaAllah kami akan kesana lagi nanti. Bila tu tak pasti la kan. Mungkin tunggu Azim besar sikit kot.

Sewwaktu dalam perjalanan balik dari PD, kami singgah di R&R Dengkil untuk solat. Dan isu epekan kali ni bermula dari situlah.

Lepas solat, Ummi masuk kereta sambil mengomel tentang sikap mereka yang singgah solat disurau R&R berkenaan. Kata Ummi, ramai orang yg solat di surau awam itu, tidak jaga kebersihan dan adab disurau. Masing2 singgah sekadar nak tunaikan solat. Selepas solat, "main blah macam tu saja." Maksudnya, tidak ada masa untuk depa lipat sejadah dan kain sembahyang, sangkut ditempat sepatutnya. Bukan apa, kalau dikemaskan sejadah dan kain sembahyang, bukankah itu akan buat surau nampak kemas dan bersih. Orang lain yang singgah nanti pun senang dan aman nak solat. Itu belum masuk tang mereka yang masuk surau dalam kumpulan, kemudian bercakap kuat2 sesama sendiri. Hahaha, tang ini abah tak pasti sangat la, sebab disurau lelaki, jarang abang dengar orang bercakap kuat2.

Terlanjur Ummi mengomel soal sikap muslimah disurau wanita, abah nak sentuh juga dengan sikap mereka yang solat seolah2 sedang mengejar sesuatu. Abah tak pasti anda pernah saksikan atau tidak, tapi setakat abah tengok dikebanyakan tempat yang abah singgah untuk solat, kerap abah jumpa mereka yang sebegini. Mereka solat sangat cepat, seolah2 mahu pecahkan rekod olimpik saja gayanya. Kalau kebiasaannya orang solat dalam 6-10 minit, depa ni abah rasa solat cuma 2-3 minit.

Abah bukan nak salahkan depa, cuma abah rasa sikit pelik. Abah tak boleh nak elakkan dari bertanya dalam diri abah, "Apa surah yg depa baca?", "Depa guna kaedah bacaan laju ke?". itu belum masuk waktu abah tengok depa yang rukuk macam tak rukuk, sujud pun macam tak sujud. Abah pun bukan sempurna sangat solatnya, masih ada kecacatan. Tapi setakat yang abah belajar, abah rasa dalam solat, kita tak boleh buat dalam keadaan gopoh, apatah lagi laju. Sebab solat itu adalah perbuatan menyembah Allah. Dan dalam menyembah Allah, pada abah, kena jaga adab dan prosedurnya yang betul. Kita bukan menghadap orang2 besar, tapi kita menghadap Yang Maha Besar.

Abah tak kata depa yg solat macam kilat itu tidak solat dengan betul, cuma abah rasalah, kalau solat itu betul2 dengan hati ikhlas, khusyuk dan tunduk pada Allah, abah tak rasa akan makan masa sangat singkat. Sekurang-kurangnya kita boleh baca ayat2 Allah dengan tenang, ada masa untuk fokuskan ingatan pada Allah sepanjang solat, dan perbuatan kita itu juga pun mengikuti kaedah2 solat yang betul. Bukan apa, untuk pastikan solat kita diterima Allah.

Abah pun banyak benda lagi nak kena belajar soal solat ni. Cuma kadang2 rasa malas tu melebihi rasa nak belajar. Semoga kita akan senantiasa cari jalan dan berusaha untuk memperelokkan hubungan kita dengan Allah, dan salah satu caranya ialah dengan berusaha untuk solat dengan yang terbaik.

Itu sajalah kot dulu.

Friday, June 06, 2008

Cerita tentang kitab...

Malam tadi abah dan Mu'izz tonton saluran OASIS di Astro. Satu saluran yang bagus abah rasa. Kerana cerita2 yang dipaparkan bagus, dan ia banyak diselitkan dengan bacaan Al-Quran dan zikrullah. Dalam abah tonton tu, abah tertarik dengan satu surah yang dibaca. Bila abah tengok terjemahan surah Al-Infitaar itu, tiba-tiba terdetik dalam hati, "Betapa banyak ayat-ayat Al-Quran ini yang mudah difahami maksudnya." Tak perlu nak fikir sampai pecah kepala pun untuk fahami apa yang cuba disampaikan. Itupun kita manusia ni masih juga lagi mencari alasan untuk tidak membaca dan memahami Al-Quran, walaupun kita tahu, kitab itulah kitab ilmu paling agung yang ada dimuka bumi ini.

Semoga surah ini, yang abah paparkan terjemahannya ini, akan mampu buat kita tahu sesuatu - tentang kita, dan tentang persiapan ke akhirat, insyaAllah.


[1] Apabila langit terbelah;

[2] Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

[3] Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;

[4] Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan,

[5] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

[6] Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?

[7] Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

[8] Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

[9]
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

[10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

[11] (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

[12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

[13] (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

[14] Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

[15] Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

[16] Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

[17] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

[18] Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

[19] (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

p/s: Ada rakan tanya abah, "Dalam Cerita tentang naik tu, apa yang tak naik?". Jawapan abah - ketinggian abah. Seingat abah, dari waktu belajar lagi tinggi abah 164cm, dan 2 hari lepas pun, masih tetap tinggi itu juga. :-)

Thursday, June 05, 2008

Cerita tentang naik...

Baca tajuk tu, rasanya anda semua mesti boleh agak kan apa abah nak ngepek (ada orang kata lucah je bunyi 'ngepek' ni, betul ke?) ari nih. Apa lagi kalau bukan soal kenaikan minyak. Masakan tidak, RM2.70 seliter itu walaupun masih murah, tapi untuk abah dan keluarga abah, pastinya ia bawa banyak kesan keatas hidup kami. Kalau sewaktu RM1.92 seliter pun abah rasa sesak nafas, inikan pula 2.70. Macam nak kena asma terus rasanya. Ekekeke. Tapi nak buat macam mana kan, dah itu realitinya. Abah terpaksa terima, dan terpaksa juga meng'adjust' apa-apa yang patut, kerana perbelanjaan pastinya sudah bertambah kosnya, sedangkan pendapatan tetap ditakuk itu juga.

Nak dijadikan cerita, malam tadi, abah keluar nak beli roti untuk bekal Muizz dirumah pengasuhnya. Keluar je dari rumah, abah terus tersangkut dek deretan kereta yang bergerak sangat perlahan. Bila dah dekat sampai area kedai runcit, abah cuba la nak potong Q, tapi belum sempat belok ke arah kedai, tiba2 kena tahan oleh seseorang. Bila abah turunkan cermin tingkap, kata orang itu, "Bang, diaorang semua beratur bang. bertimbangrasalah sikit, jangan potong Q. Kita kan orang malaysia." Abah terkedu la sekejap. Memang betul kita orang Malaysia, dan kita perlu bertimbangrasa. Abah tanya dia balik, "Diaorang ni beratur nak gi mana?" Orang tu jawab lagi, "Nak beli minyak la bang." Aduhaiiiiii. Patut la jem giler (opssss, Muizz tak suka abah guna perkataan ni).

Dan abah cakap sajalah pada orang itu, "Saya bukan nak beli minyak, saya nak pergi kedai runcit tu nak beli roti. Dah panjang sangat Q, saya potong la." Aduhhhhhh. Tak pasal-pasal kena sekat, hanya kerana ramai sangat orang nak beli minyak malam tadi. Tapi kan, abah memang ada niat nak isi minyak pun lepas beli roti tu, tapi bila tgk Q nya panjang yang amat, abah batalkan saja niat tu.

Tutup bab minyak naik, ini nak cerita soal benda lain pulak naik. Semalam abah ada buat pemeriksaan kesihatan dipejabat abah. Dan hasilnya, semua benda naik semacam minyak naik. Antaranya:

1. Berat - naik kepada 72kg.
2. BMI - 26.7 (dah masuk kategori Obesiti 2)
3. Tekanan darah - 129/105 (slightly high)
4. Body fat - 23.6% (slightly high)
5. Visceral fat - 12% (slightly high)
dan seterusnya......., yang mana kebanyakannya naik.

Nasihat doktor, "Awak patut jaga pemakanan, dan mesti selalu bersenam. Sebab kalau ikut bacaan ni semua, awak ada potensi tinggi untuk dapat hipertensi, strok dan serangan jantung." Dan abah, telan air liur saja bila dengar nasihat itu.

Impian dan........Kenyataan

Aduihhhhhh, parah le macam ni. Lepas ni memang nak kena jaga makan betul2 la, walaupun susah. Dan nak kena bersenam juga. Abah kalau boleh tak nak la semua penyakit ada pada abah. Tapi itu la kan, kita manusia ni, nak semuanya dalam keadaan baik, padahal kita tak berusaha sangat pun nak pastikan semuanya dalam keadaan baik. Sebab kita beranggapan kita sihat(walaupun hakikatnya kita tahu kita tak la sihat mana) :-)

Oklah, abah berhenti sini dulu. Lusa nak ke PD, ada hari keluarga. Harap2 kat sana nanti, tekanan darah abah akan kembali normal la. Ekekeke.

p/s: Dalam banyak benda2 naik tu, ada satu je yang tak naik. Teka apa dia?

Wednesday, June 04, 2008

Cerita tentang 'anyway'...

Sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung hari tu, kami singgah di Stesen Petronas Lebuhraya Karak. Berhenti untuk makan sebenarnya. Tapi bila masuk dalam stor depa, abah terpandang satu poster motivasi yang dijual kat situ. Abah tertarik dengan kata-kata pada poster tu. Untuk beli tu, abah tak la sampai tahap itu. Apa abah buat, abah keluarkan HP, abah snap gambar poster tersebut. Bukan nak capture gambarnya, tapi kata2 yang tercatat pada poster itu.

Dan tadi, abah cari di Internet, kata-kata itu sebenarnya kata-kata yang ditulis oleh Mother Teresa. Abah faham kalau ada orang kata, mana boleh pegang kata-kata orang macam itu. Tapi abah tak kisah sangat, sebab pada abah, bukan siapa yang berkata-kata, tapi apa yang dikatakannya. Kata-kata itu banyak beri abah bayangan jawapan pada persoalan yang seringkali bermain-main dalam minda abah, terutama sekali bila ia melibatkan urusan kerja dipejabat.

Anda bacalah kata-kata ini, dan ambillah yang baik daripadanya.

People are often unreasonable, irrational, and self-centered.
Forgive them anyway.


If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives.
Be kind anyway.


If you are successful, you will win some unfaithful friends and some genuine enemies.
Succeed anyway.


If you are honest and sincere people may deceive you.
Be honest and sincere anyway.


What you spend years creating, others could destroy overnight.
Create anyway.

If you find serenity and happiness, some may be jealous.
Be happy anyway.


The good you do today, will often be forgotten.
Do good anyway.


Give the best you have, and it will never be enough.
Give your best anyway.


In the final analysis, it is between you and God.
It was never between you and them anyway.

Semoga anda sihat sejahtera adanya, insyaAllah.