Wednesday, October 05, 2005

Cerita tentang malam dan hari pertama ramadhan

Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi usia abah pada Ramadhan kali ini. Tahun ni abah rasa seronok dengan bulan ramadhan, entah kenapa, tiba2 rasa hati seronok. Moga rasa macam ini akan kekal hingga ke penghujungnya dan untuk ramadhan-ramadhan yang akan datang insyaAllah. Oh sebelum lupa, abah nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan pada semua pembaca blog abah yang juga merangkap kawan-kawan baik abah.

Abah nak berkongsi sikit ngan anda semua apa yang abah tengok dan dengar kat tv pagi tadi. Seperi biasa la, kalau muncul Ustazah Nur Bahyah kat tv tu, abah selalu akan cuba juga untuk duduk kat sofa tu dan tengok, ustazah favourite la katakan.

Ustazah Bahyah cerita tentang puasa dan anak-anak hari ni. Abah pun sebab kehulu dan kehilir dalam rumah tu tadi, so, tak dengar betul2 apa yg ustazah kata, cuma ada beberapa perkara yang abah dapat tangkap.

1. Ibu bapa kena didik anak-anak berpuasa sejak dari kecil. Bagitahu anak-anak kenapa perlu puasa, apa akan jadi kalau tidak puasa, kelebihan-kelebihan puasa. Kita kadang fikir, anak itu kecil lagi, tapi hakikatnya, anak yang kecil itu akan mampu memahami seandainya kita beritahu mereka dengan betul. Jangan sesekali menunggu anak dah besar baru kita nak bagitahu anak apa yang mereka perlu buat sebagai seorang Muslim.

2. Bila ajar anak-anak berpuasa, jangan ibubapa sendiri tidak puasa. Even kalau mak tidak berpuasa kerana 'cuti', makan la dibelakang anak-anak. Jangan biarkan anak-anak keliru tentang puasa.

3. Kejut anak bersahur sekali. Walaupun kita kasihan tengok anak tidur, tapi kejutlah. Ajaklah mereka bersahur bersama. Itu salah satu dari nikmat berpuasa. Anak pun akan nampak kelainan bulan puasa dengan bulan-bulan lain. Mereka akan seronok InsyaAllah. Tapi kejutlah anak dengan baik, jangan kejut anak macam nak kejut beruang tengah tidur.

4. Beri ganjaran pada anak sekiranya mereka berjaya puasa. Tak salah. Bukan nak mengajar mereka tentang ganjaran, tapi sedikit sebanyak, kita tunjuk pada mereka yang bila mereka buat yang baik, insyaAllah ganjarannya akan baik. Ini mampu membakar semangat mereka untuk yg lebih baik. Dan untuk suami seperti abah, bukan anak-anak saja yang perlu diberi ganjaran, mak anak pun nak juga ganjaran. Fikirlah apa ganjaran yang sesuai, asalkan isteri kita akan suka dengan ganjaran itu.

Itulah sikit sebanyak yang abah dapat tangkap dari ceramah ustazah pagi tadi.

P/S: Teringat tazkirah ustaz nizam disurau semalam, katanya, salah satu kelebihan bulan ramadhan, ialah memberi kita lebih ketenangan. Dengan cara apa? Salah satunya, dengan berkunjung ke rumah Allah. InsyaAllah, kalau kita dirumah Allah, kita akan rasa tenang. Kita akan terlupa seketika hal keluarga, hal pejabat bila kita beribadat dirumah Allah. Tapi jangan la sampai terlebih tenang, sampai terlentuk-lentuk masa dengar tazkirah. :-) Tergelak jugalah abah sekejap. Yalah, dalam bertazkirah sempat juga ustaz melawak.

Monday, October 03, 2005

Cerita hujung minggu

Hujung minggu yg baru ni abah terpaksa menghadiri bengkel yang dianjurkan syarikat tempat abah kerja. Kesian Ummi ngan Muizz, tak dapat pergi mana-mana weekend hari tu. Abah kalau ikut malas juga nak pergi, tapi sebab bengkel dibuat kat Marriot Putrajaya, so abah pergi jugak la. Nak try food kat situ. Oklah, not bad juga makanannya, walaupun tak banyak variety. Tapi hotelnya sangat cantik. Abah terpegun sekejap masa tiba kat lobby hotel tersebut.

Since Yun dapat bilik, abah tumpang la bilik dia sekejap petang tuh, sementara tunggu sesi bengkel bersambung pada belah malam. Dalam abah tengah dinner, cousin Ummi call abah. Dia dah landed kat KLIA. Alamak, camna ni, abah patut abis bengkel pukul 10, dan kalau ikut plan, flight depa dari Adelaide akan sampai lebih kurang pukul 10 lebih. Takut depa letih tunggu lama kat KLIA, abah mintak kebenaran boss utk balik awal. Nasib baik OK.

The first thing yang cousin Ummi bagitahu abah masa abah tiba kat KLIA is dia nak abah pergi cari tempat makan, dia nak makan nasi sangat2. Kebulur katanya asyik dok makan roti sepanjang seminggu di Adelaide. Abah pun ikut je lah, singgah makan di Dengkil. Rasa macam seronok tengok dia makan nasi, as if, macam dah sebulan tak dapat nasi. Hmmm. Kelakar jugak.

Oklah, abah ada kerja satgi, nanti kalau sempat abah sambung lagi cerita hujung minggu.

Wednesday, September 28, 2005

Cerita tentang hedonisme...

Realiti TV Memupuk Budaya Hedonisme

Dalam keghairahan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan konsep Islam Hadhari yang bermatlamat melahirkan umat Melayu yang seimbang pencapaian antara kejayaan duniawi dan ukhrawi, rakyat negara ini dihimpit oleh budaya kuning yang diimport dari luar.

Hal ini secara tidak langsung boleh menggugat usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun dan boleh menggagalkan usaha melahirkan personaliti unggul (towering personality).

Di mana silapnya hingga rakyat di negara ini begitu terdedah dengan budaya-budaya songsang yang diimport dari Barat melalui kaca televisyen. Rakyat menjadi medan ujian dan mangsa kegelojohan sesetengah pihak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nilai-nilai murni yang semakin pupus. Yang menjadi mangsa ialah remaja-remaja yang masih dangkal pemikiran mereka, yang hanya tahu untuk berhibur. Inikah generasi yang ingin kita lahirkan untuk menggantikan kepimpinan yang ada? Hukamak pernah berkata, “Jika kita ingin lihat pemimpin-pemimpin yang akan datang maka lihat lihatlah generasi yang ada pada hari ini! Jika generasi yang ada suka berhibur, itulah bentuk pemimpin yang akan dilahirkan pada masa akan datang!

Tidak cukup dengan lambakan siri telenovela dari negara Amerika Latin seperti Rosalinda, Betty La Soy, Perla, Ruby, Juanas Miracha dan Mis Tres Hermanas, yang mana budaya dan cara hidup yang dipaparkan jelas bertentangan dengan norma-norma ketimuran dan agama, masyarakat kini berhadapan pula dengan rancangan Realiti TV yang condong dalam memaparkan budaya hedonisme yang merosakkan dan melalaikan.

Hal ini dapat dilihat dengan munculnya program-program Realiti TV yang diceduk dari Barat seperti Akademi Fantasia (AF), Malaysia Idol, Mentor, Audition, Mencari Cinta dan sebagainya. Akademi Fantasia yang diterbitkan oleh ASTRO menggunakan format La Academia, sebuah program TV popular dari Mexico, Malaysian Idol terbitan 8TV berilhamkan rancangan American Idol dan Mencari Cinta terbitan TV3 berdasarkan program Bachelor Lorette.

Pengimportan budaya asing melalui rancangan-rancangan tersebut jelas menunjukkan perancangan jahat musuh untuk merosakkan generasi muda kita khususnya remaja agar leka dan asyik dengan hiburan dan hidup berseronok-seronok.

Pendedahan kepada hiburan yang keterlaluan menyebabkan mereka banyak membuang masa tanpa memikirkan hala tuju dan masa depan. Para remaja juga ditune minda mereka untuk menjadi selebriti, mengejar populariti dan glamor. Inilah sebabnya ramai remaja yang menyertai program-program tersebut demi untuk mencapai cita-cita sebagai penyanyi!

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah i Oktober 2005.

Petikan diatas abah ambil dari Majalah i. Menarik topik bulan ini. Banyak perkara yg abah sendiri terlepas pandang, tapi bila baca, abah terfikir semula tentang banyak benda itu.

Abah sebenarnya tidak menyokong sangat hiburan zaman sekarang, tapi dalam tidak menyokong itupun, abah baca juga kalau ada cerita tentang Misha Omar diakhbar atau majalah...:-). Dalam tidak sokong itupun, abah dengar juga lagu-lagu. Dalam tidak sokong itupun, abah download juga mp3 yang abah suka.

Pernah juga cuba lari dari berbuat benda2 macam itu, tapi abah gagal. Bila baca tulisan dalam I bulan ni, baru abah tahu. Abah sebenarnya macam jutaan lain lagi manusia, sudah terikut budaya hedonisme. Budaya yg lebih selesa untuk berhibur. Alhamdulillah, abah rasa abah tidak terlalu taksub dengan hiburan. Mungkin sebab abah pun dah berumur. Tapi bila tengok anak-anak muda yang terjerit-jerit, yang terkinja-kinja bila mereka join program hiburan, abah jadi sedih. Sedih kerana pada pandangan abah, mereka ini seolah taksub dengan artis dan hiburan. Sedih kerana abah tahu artis itu bukannya jenis yang jaga agamanya. i.e solatnya.

Memang ada orang kata, takkan artis solat pun nak tunjuk dalam TV, atau, takkan dia nak cakap dia solat atau tidak. Tapi dari pemerhatian abah, rasanya artis2 yang akan muncul dalam rancangan live, rasanya perlu disolek 3-4 jam sebelum rancangan ke udara. Dan kalau dah disolek, macamana mereka nak solat? Bukan senang nak set rambut, nak solek muka. Kalau dah pukul 5 ptg disolek, dan siap sejam lepas itu, agak anda apa jadi pada solat maghribnya, kalau rancangan perlu keudara jam 8.30?

Tapi bila artis yang tidak solat maghrib itu tadi keluar buat show dipentas, terjerit2 juga peminatnya, mungkin ada yang histeria. Sebab terlalu minat agaknya. Dah terlanjur bercakap tentang ini, abah teringat satu iklan tentang rancangan akhir Rexona No Sweat Challenge, yang rasanya akan dibuat pada pukul 7pm. Dan abah rasa, yang masuk pertandingan tu, ada yang dalam ICnya tertulis Agama: Islam. Hmmm. Itu baru bab solat, belum cerita bab2 lain lagi. Sebab kalau dicerita, rasanya semua orang akan cakap: Itulah dunia artis. Kalau setakat cakap saja tidak mengapa, takut nanti anak-anak kita juga yang terikut2 budaya artis itu tadi, tak ke haru dibuatnya. Nak kata anak kita ni artis, bukan, tapi tingkahlakunya dah macam artis??? Camna?

Abah saja je tulis benda2 macam ini. Walaupun remeh, dan semua orang tahu, tapi abah rasa tak semua orang concern. Dan abah nak juga beritahu anda, betapa abah rasa gelihati bila tengok ada orang cium tangan orang2 tertentu. Tangan mak ayah pun tak dicium, tapi bila jumpa orang2 besar, kalau boleh nak dicium sampai kekaki. Padahal bukan tak tahu, yang dicium tangan itulah kaki perempuan, kaki judi, kaki rasuah...etc.

Monday, September 26, 2005

Cerita tentang kenangan...

Dibawah ini adalah sebahagian kandungan emel yang abah terima. Menarik dan banyak yang boleh dipelajari dari kisah tersebut.

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.

SEMOGA MENJADI RENUNGAN BERSAMA


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!"

Baca kisah diatas, teringat abah pada cerita zaman silam, masa abah sendiri sebesar anak dalam kisah itu. Teringat pengalaman menjaja kuih muih hampir setiap pagi, dari rumah ke rumah, bermula seawal 7 pagi, dan selalunya tamat kurang lebih jam 10. Abah sendiri pun rasanya rindu pada kuih2 yang abah jual, yang sekarang pun susah abah nak jumpa. Abah bukanlah sejujur dan seikhlas anak dalam cerita tadi, tapi sekurang-kurangnya, pengalaman membesar dalam keadaan sebegitu banyak menyumbang kepada siapa diri abah sekarang. Sesungguhnya takkan abah lupakan kisah silam yang banyak membentuk abah. Kisah diikat pada tiang rumah kerana bermain hingga lewat senja, kisah ditampar ayah kerana merokok pada usia 10 tahun :-), kisah takut turun dari pokok kerana takut dimarah akibat mandi pantai tanpa pengawasan orang dewasa, kisah hampir lemas dalam telaga semata2 kerana nak selamatkan sehelai t-shirt. Hmmmmm, banyak sangat kisahnya. Kisah suka, duka, lucu, semua bercampur aduk. Dan alhamdulillah, semua itu masih tersemat dalam memori abah. Itulah agaknya antara benda2 paling berharga dalam hidup abah: Kenangan silam.

Tuesday, September 20, 2005

Cerita tentang abah...

Kesian kawan-kawan blogger abah, mesti tertanya-tanya mana la abah pergi. Senyap je. Maaf banyak-banyak. Abah bukan nak menyepi diri, cuma banyak benda berlaku 4-5 hari ni. Sabtu lepas abah pergi cuci rumah kakak ipar abah(alhamdulillah, penyewa yg bermasalah tu pindah juga akhirnya). Lepas cuci rumah tu, abah bawak Ummi dan Muizz makan nasi ayam melawati. Sedap juga.

Hari Ahad bermula la episod abah tak sihat. Bangun pagi, rasa satu badan sakit-sakit. Agaknya lama tak buat kerja berat sikit kot. Ummi pun sama. Tapi dalam macam itupun, abah sempat juga ke rumah sahabat baik abah, tengok baby girlnya yang baru 2 bulan usianya di Shah Alam. Comel babynya. Balik dari rumah sahabat abah, ummi ajak ke Wisma PKNS kejap. Ronda2 tengok gerai, then abah ajak depa balik, sebab rasa macam nak demam.

Memang demam pun. Rasa flat habis. Tapi dalam flat2 tu pun, abah tengok juga Tru Calling.[Ya Anim, abah tengok]. And as usual, ceritanya menarik. Nanti la abah chat ngan Anim kang, abah cerita kat Anim.

Hari Isnin, abah ngan Ummi MC. Berehat kat rumah saja, sebab badan still rasa tak larat lagi.

Hari ni, Selasa, abah kena attend bengkel di Hotel Legend, sampai la Jumaat nanti. Abah tak pernah datang sini, tapi abah bagi 4 bintang untuk makanannya. Banyak jenis, dan sedap. Hehe, anda jangan fikir abah kesana untuk makan saja. Abah ada kerja, tapi dah terlanjur diberi makan kan, so abah berilah komen sikit. Manalah tahu satu hari PB ke, Am ke, Anim ke nak ajak abah makan kat situ.

Oklah, banyak pulak abah bercerita. Nanti sambung lagi.

Thursday, September 15, 2005

Cerita tentang Regresa A Mi



No me abandonas asi
hablando sola de ti
Ven y devuelveme al fin
la sonrisa que se fue
Una vez mas
tocar tu piel
e hondo suspirar
Recuperemos lo que se ha perido

[Chorus:]
Regresa a mi
Quiereme otra vez
Borra el dolor
que al irte me dio
cuando te separaste de mi
Dime que si
Ya no quiero ilorar
Regresa a mi
No puedo, vida

Extrano el amor que se fe
Extrano la dicha tambien
Quiero que vengas a mi
y me vuelvas a querer
No puedo mas
si tu no estas
Tienes que ilegar
Mi vida se apaga

[Chorus]

No Me abondonas asi
hablando sola de ti
Devuelveme la pasion de tus maso

Regresa a mi
Quiereme otra vez
Borra el dolor que al irte me dio
cuando te separaste de mi
Dime que si

Abah terdengar lagu ni kat TV. Then abah cari kat Internet, tapi tak jumpa. Nasib baik sahabat baik abah (thanks J!) carikan lagu ni kat abah.

Abah tak faham apa yang dinyanyikan, tapi sedap juga dengar.

Kalau anda faham, abah respek la.

P/S: kalau anda nak lagu ni, emel abah.

Wednesday, September 14, 2005

Cerita tentang jodoh lagi...

Malam semalam Ummi masak laksa, hmmm, boleh tahan juga sedapnya. Habis la jugak semangkuk besar abah makan. Kebetulan semalam ada rancangan Mencari Cinta, so, tengok la. Zul masuk balik. :-). Terkejut juga macamana depa boleh masukkan semula org yg dah terkeluar, tapi bila fikirkan itu rancangan untuk mencari rating dan untung, abah fikir, depa boleh buat macam2 benda, as if itu satu kejutan dan pembaharuan. Tapi kemasukan Zul abah rasa OK la, sebab dia peserta yg abah rasa cool, namun pada abah, secara peribadinya, Elly bukan untuk Zul. Dari segi rupa, Danial banyak persamaan dengan Elly, dan kalau ikut orang tua-tua, selalunya suami isteri ni mesti akan ada persamaan dari segi rupa. Tapi dalam kes mencari cinta ni, tak tahulah abah apa kesudahannya. Sebab ajal maut jodoh pertemuan itu Allah yang tentukan.

Dan bercakap tentang jodoh pertemuan Allah yang tentukan ni, abah bercerita juga dengan seorang kawan. Kawan yang sekian lama mencari pasangan, tapi belum jumpa sampai sudah. Dia macam putus asa sedikit bila usahanya tak berhasil. Abah pun faham apa perasaan dia bila tengok kawan2 lain semuanya dah berkeluarga dan hidup aman bahagia(mudah-mudahannya). Abah kata kat dia, perkara pertama kena terima: Jodoh ditangan Allah. Perkara kedua kena ingat: org yg baik akan dijodohkan dengan yg baik. Kenapa abah pesan macam itu pada dia? Sebab abah nak dia faham tentang ketentuan jodohnya. Mungkin setakat hari ini masanya belum sampai, atau mungkin tidak ada jodoh yg sesuai untuknya lagi. Dan kalau ditakdirkan dia tidak bertemu jodoh hingga akhir hayat, abah kata kat dia: Jadilah hamba Allah yang terbaik yang mampu dibuat, kerana kalau jadi hamba Allah yg terbaik, insyaAllah syurga nan abadi itulah tempatnya pengakhirnya. Dan disyurga itu, namakan sajalah siapa yang dia ingin berada disisinya. Itulah jodoh dia. Ada orang jodohnya didunia, ada orang jodohnya disyurga nanti. Apapun, kita sebagai hamba Allah yg lemah, berusahalah sebaik mungkin moga2 kita ini tergolong dalam golongan yg disayangi Allah Maha Pencipta.

Dan kalau abah masuk syurga Allah nanti(yang mana abah sangat2 berharap), walaupun abah tahu abah tak layak, tapi abah fikir abah takkan mampu menahan siksaan api neraka Allah. Kalau masuk nanti(anda doakanlah agar abah serta anda semua dapat masuk syurga Allah), abah cuma nak Ummi saja berada disisi abah. Pada abah, setakat hari ini, dan insyaAllah hingga keakhirnya, Ummilah 'bidadari' abah.

Teringin memetik kata-kata Ibnu Sina - "Aku lebih rela hidup pendek yang penuh terisi, daripada hidup panjang yang kosong."

Tuesday, September 13, 2005

Cerita hujung minggu...

Semalam sibuk sikit, sibuk apa pun abah tak tahu. Sebab tu tak sempat nak update blog. Hari ni nak menulis sikit tentang aktiviti hujung minggu hari tu. Hari minggu abah penuh dengan berjalan-jalan. Sebabnya, kakak abah sekeluarga dengan mak abah dan tok chu abah datang KL. So, hari sabtu tu kami pusing2 KL la. Bawak depa pergi mana2 yang patut, tapi banyaknya kami pergi ke kedai2 kereta terpakai la, sebab abang ipar abah nak survey kereta second hand. Ada la yg dia berkenan, tapi tak pasti apa keputusannya.

Hari Ahad, abah bawak depa ke Putrajaya. Abah pun dah lama tak berjalan kesana. Muizz dgn sepupu2nya lah yang seronok, berlari sana sini. Kami ke Alamanda sekejap, sebab abah pun tak pernah sampai situ. OKlah. Tak la seperti yg abah dengar. Lepas Alamanda, kami ke Masjid dan kawasan sekitarnya. Lama juga kat situ, sebab budak2 tu asyik dok bermain, lari sana sini, walaupun tengah panas terik. Abah nak larang kan, kesian pulak, sebab nampak mereka macam enjoy.

Ahad petang tu, lepas makan, depa bertolak balik ke Terengganu. Haha, tiba-tiba abah rasa sayu tengok depa balik. Tak tahu kenapa, tapi inilah perasaan yang abah selalu rasa masa belajar dulu, tiap kali abah perlu balik ke kampus lepas tamat cuti semester. Tapi sekejap je la rasa tu, sebab lepas tu bila layan Muizz, hilang rasa sayu tadi. Sekejap je abah layan, sebab lepas tu abah tertidur, sampai la pukul 7.

Malam tu kami ke Econsave kejap beli sikit barang rumah, dan bawak Muizz ke klinik sebab dia batuk dan selsema. Ummi pun sama. Balik dari klinik, abah layan Tru Calling, dah 3 minggu cerita ni tak ditayang.

Dan semalam, abah dapat call dari seorang sahabat, hampir 2 jam juga bersembang, hehe, habis la duit dia bayar bil telefon bulan ni. Banyak la ceritanya, yg berkisar tentang kehidupan dia. Seronok juga dapat borak dengan sahabat ni kadang-kadang. 2 jam berlalu pun rasa macam 20 minit.

Dan sebelum abah lupa, abah nak ucap terima kasih pada sahabat abah(Ustaz, abah tahu ustaz baca blog abah) kerana menghadiahkan sesuatu untuk abah dan ummi sempena ulangtahun perkahwinan ke5 kami 31 ogos lepas. Terima kasih banyak2 Ustaz. Abah dan ummi suka dengan pemberian tu.

Friday, September 09, 2005

Cerita tentang hensem dan tak hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan macam bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Abah dapat emel yg mengandungi sajak/pantun/puisi?? diatas. Abah tak kata semua tu betul, tapi sesetengahnya abah setuju...dan abah sedih sikit la, sebab 'malang'nya jadi lelaki tak hensem. Hehe...

Thursday, September 08, 2005

Cerita tentang nostalgia...

Abah ada terbaca kisah kemalangan bas di UUM. Sedih juga sebab ada yang parah. Abah pun tak pasti apa silapnya, tapi one thing for sure, jalan di Sintok tu seingat abah, ada part2 yang bahaya. Kalau tak, takde la abah terbang cam Superman masa motor abah kena langgar dengan kereta pakcik cafe kat satu simpang tu dulu. Kena pulak betul2 hari abah nak balik beraya dikampung. Dalam tangan berbalut, naik la jugak bas balik kampung. Sedih ada, seronok pun ada. Sedih sebab dalam bas abah takleh tidur, sakit. Seronok sebab ingatkan keprihatinan kawan2. Almost everybody bagi kad raya and wish yang abah akan cepat sembuh. Hehe, kira kesayangan jugak la abah ni masa tu dalam batch tu...[abah perasan sebenarnya ni]

Semalam juga kami berbalas2 emel alkisah dari kes kemalangan bas di UUM tu. Ntah macam mana, tiba2 abah teringat dua kisah lucu (atau mungkin tak) tentang abah dan bas masa belajar di Sintok dulu. Abah share dgn kawan2 kisah abah, dan abah ingat nak share dengan anda jugalah.

Satu hari abah naik bas ke kuliah, selalunya abah jalan kaki saja sebab Kolej Pernas dengan dewan kuliah tak jauh, tapi entah macamana, abah naik bas pulak masa tu. Seperti biasa, bas sesak la. Abah tak kisah sgt sebab memang selalu macam itu. Kat depan abah ada sorang pelajar India perempuan. Dalam dok berhimpit2 tu, tiba2 driver bas brek mengejut, tak pasti abah apa sebabnya. Tau apa jadi? Abah terkedepan dan muka abah tenggelam kejap dalam rambut budak perempuan India yang kembang setaman itu. Tapi takde la sampai tahap abah lemas, cuma sempat la hidu bau minyak bijan sekejap. Budak tu pun malu agaknya, tapi sebab dah sesak macam itu, so, masing2 buat tak tahu sajalah.

Kisah kedua, abah keluar ke Pekan Changlun satu hari tu, kalau tak silap hari tu ada Pasar Malam. Abah beli la durian 2 biji, hajat hati nak ajak kawan2 kat blok 3A tu makan sama. Abah letak durian bawah seat bas. Sampai satu tempat, driver tu emergency brek. Apa lagi, bergolek la dua biji durian tu dari seat abah kat belakang bas, ke depan. Hehe. Nasib baik la tak kena sapa2. Bila ada pakcik cakap "Durian sapa bergolek ni??"...abah dengan muka dua posen pergi la ambik balik durian tu. Haha. Syukur juga tak kena kaki orang lain, kalau kena agaknya, tak pasal2 abah kena humban keluar dari bas tu.

Tersengih juga abah sekejap teringatkan dua kisah lama tu. Tapi dalam teringat kisah kelakar tu, abah tiba2 rasa rindu pada kehidupan abah di UUM, rindu pada kawan2 lama yang majoritinya abah tak tahu apa kisah mereka sekarang, rindu juga pada makanan2 yang sedap di Kedah. Harap2 abah dapat satu hari nanti jenguk UUM semula, inysaAllah.

Monday, September 05, 2005

Cerita hujung minggu...

Hari ni tak ada cerita menarik, cuma nak kisahkan sikit apa aktiviti abah hujung minggu baru-baru ni.

Hari Sabtu abah sepatutnya attend persidangan di Hotel Istana tapi abah tak pergi sebab abah kena bawak ummi dan ibu ummi untuk membuat rawatan di klinik. Ibu ummi mengadu dia rasa letih, and quite shocking juga bila diuji kandungan gula dalam darah ibu, 21.5. Mak aih, tingginya. Patut la ibu rasa letih. Bila ditanya, ibu kata dia lupa makan ubat. Hmmm, abah diam saja, sebab fikirkan kesian kat ibu yang terpaksa menelan 14 jenis ubat tiap2 hari. Kebetulan ubat diabetes dah habis, dan ibu tak tahu pun itu ubat diabetes. Malam semalam lepas abah belikan ibu ubat2 yang dah habis tu, dan lepas ibu makan, nampak ok sikit. Pagi ni ummi check gula dalam darah ibu, dah turun ke 9. Alhamdulillah. Harap-harap lepas ni ibu lebih particular dgn ambilan ubatannya. Abah risau kalau2 ibu lupa lagi. Sebab dgn umur ibu yang sebegitu, doktor kata anything could happen to her kalau jadi lagi kes macam ini.

Semalam hari Ahad, abah temankan ummi dan kakak Ummi ke Ukays Perdana, pergi tengok rumah kakak Ummi yang bermasalah dengan penyewanya. Kesian kat kakak Ummi, dah la gaji tak seberapa, penyewa pulak buat hal. Setakat tak bayar sewa tu boleh faham, ini dengan air dan elektrik tertangguh sampai beratus-ratus. Macamana la kakak Ummi tak garu kepala. Petang tu abah pergi kenduri rumah jiran, sedap juga nasi beriyaninya. hehe...abah ni suka makan. So, kalau ke kenduri yg makannya sedap, mesti bertambah la.

Petang semalam abah bawak Muizz dan sepupu Muizz (yg pernah membesar bersama2 dengan Muizz) pergi beli ikan untuk kolam abah. Seronok betul depa tengok ikan yg pelbagai bentuk dan rupa tu. Abah, macam biasa la, sentiasa teruja dengan ikan-ikan perhiasan. On the way balik, abah singgah kat Taman rekreasi di Kota Damansara. Lagi sekali Muizz dan sepupunya bersorak. Depa berlari la keliling tasik, abah je yang berjalan. patutnya abah pun lari sama, sebab dah lama abah tak exercise, perut pun dah makin kedepan nampaknya. :-). Seronok juga teman anak main2 kat taman rekreasi ni, tapi lagi seronok kalau ummi ada.

Next time kalau free lagi abah nak bawak Muizz ke situ lagi. Seronok tengok dia enjoy dengan tempat tu.

Thursday, September 01, 2005

Cerita tentang Insaf...

Hari ni bukan nak cerita, hari ni abah nak kongsi lirik sebuah lagu yang sangat2 abah suka dengar. Kalau anda berkesempatan, dengarlah lagu Insaf dari Rabbani ini. Syahdu sungguh lagunya, dan boleh bawa kesedaran kalau hayati betul2 liriknya, InsyaAllah.

Insaf

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu

Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama

Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia

Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti

Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku

Rabbani

Tuesday, August 30, 2005

Cerita tentang memilih kawan...

Ahad lepas abah ada terima emel dari seorang kawan siber abah, katanya "Sebenarnya, macam2 kawan aku ada. Ada yang gangster, ada yang rock, ada alim-alim, ada funky2, ada yg sosial2, ada biase2 je, adik2 junior lagi nak kena layan. Ramai jugak la kenalan aku sampai aku tak terlayan. Macam2 lah. & aku join je semua tu."

Alhamdulillah syukur, bahagia hidupnya ada kawan seramai itu.

Sebab kenapa abah sertakan excerpt dari emel kawan abah tadi ialah kerana abah nak sentuh sikit tentang isu kawan. Abah tahu ramai kita diluar sana yang boleh saja berkawan dengan siapa saja, dan ada juga yang memilih kawan. Masing2 ada pendapat dan abah rasa dua2nya betul.

Kita boleh nak berkawan dgn siapa saja, dan kita juga boleh nak memilih kawan kita, dan pada abah, abah lebih memilih pada gabungan kedua2 pendekatan tadi. Maknanya, abah boleh nak berkawan dengan siapa saja yang nak berkawan dengan abah, dan dalam masa yang sama, abah menilai juga kawan tadi, samada betul boleh abah buat kawan, atau perlukah abah lupakan niat berkawan itu.

Bukan sebab abah pilih bulu atau apa, tidak. Pada abah, dan pernah abah dengar orang berkata "kalau kita nak jadi baik, berkawanlah dengan mereka yg baik" sebab "kalau kita berkawan dgn org yang tidak baik, paling tidak pun, sedikit tempias ketidakbaikan kawan tadi akan terkena pada kita juga".

Kawan macamana yg abah pilih? Abah bila dah berkawan, selalunya akan menilai samada kawan ini adalah kawan yang boleh membantu abah kearah kebaikan, ataupun abah boleh bantu dia kearah kebaikan juga. Ini bukan maksud abah akan cari orang2 yang baik saja.

Ada juga orang2 yang kurang baik, tapi bila timbul kesedaran, cuba untuk menjadi baik. Kalau beginilah orangnya, insyaAllah, akan boleh jadi kawan ataupun sahabat abah.

Tapi kalau orang yang kurang baik, dan tidak nampak ada usaha nak kearah baik, malah lebih teruk lagi, kalau dia itu boleh berbangga-bangga atas ketidakbaikannya, abah mintak maaf la, kalau abah terpaksa lupakan kawan2 sebegini.

Abah pun bukan manusia sempurna, sebab itu bila berkawan, abah berharap kawan2 akan tegur abah untuk jadi lebih baik, ataupun abah boleh tegur mereka untuk kebaikan mereka.

Dan alhamdulillah, setakat hari ni, kawan2 abah kebanyakannya jenis yg boleh jadi kawan abah, dan ada yg tahap menjadi sahabat abah. Dan ada juga 2,3 kes kawan yg abah terpaksa lupakan saja niat berkawan dengan mereka.

Ahad lepas abah ke rumah sepupu ummi. Dalam borak-borak, dia cerita tentang satu kursus kesihatan yg dia pergi. Doktor yng bagi talk tersebut kata sekali dalam setiap 3 bulan, kita seharusnya cuci usus kita. Ini kerana usus kita selalu digunakan untuk memproses sekian banyak benda yang masuk, dan semestinya pelbagai jenis. Adalah elok kalau kita boleh cuci atau detox usus kita untuk kesihatan yang lebih baik. Bagaimana nak cuci???

Ambil satu gelas yang biasa saiznya, isikan 1/3 gelas dengan Virgin Olive Oil, 1/3 lagi dengan jus grapefruit, dan 1/3 lagi dengan jus lemon. Kacau semua tu supaya bercampur. Kalau masam sgt, tambah sesudu kecil madu. Minum ramuan tersebut sebelum tidur, kerana ramuan tadi akan bekerja mencuci usus semasa kita tidur.

Abah dah pun beli lemon dan grapefruit semalam, ingat malam ni abah nak try. In case apa2 jadi, at least esok cuti merdeka. Cakap tentang merdeka..hmmmm, 31 Ogos lebih bermakna pada abah bukan sebab merdeka saja...31 Ogos adalah tarikh dimana abah terima tanggungjawab besar sebagai seorang suami...suami pada ummi. Anda doakan abah, ummi dan muizz senantiasa hidup dalam lindungan dan rahmat Allah.

Kita cerita2 lagi lepas cuti merdeka nanti.

Teringin nak petik kata2 Ibnu Sina: "Aku lebih rela hidup pendek yang penuh terisi, daripada hidup panjang yang kosong."

Merdeka...merdeka...merdeka.

p/s: merdeka tu apa ya? :-)

Monday, August 29, 2005

Cerita tentang pangkat dan gelaran...

Dua hari bercuti, tak ada apa sgt yang menarik yang abah buat utk dikongsi dgn anda. Cumanya pada Sabtu tu, syarikat tempat abah kerja buat Hari Terbuka, dan kebetulan abah kena kerja syif pagi, abah sempat la dgn majlis perasmian.

Tan Sri Azman Hashim yang datang rasmikan sebab isteri Pak Lah tak boleh datang. Puan Seri Endon masih lagi dalam rawatan, abah doakan beliau cepat sembuh, since Puan Seri is the Chancellor, kang takde dia, takde la pulak konvokesyen.

Kebetulan masa jaga booth tu, orang2 besar ni datang melawat booth. Sebelum diaorang sampai kat tempat abah, ada sorang staff ni dtg bagitahu abah, supaya addresskan one of the guest tu sebagai YM Tengku Puan. Abah tak kenal pun siapa dia, dan bila diaorang tiba kat booth abah, abah cuma greet Tan Sri Azman sajalah, sebab dia je yang abah kenal walaupun dia tak kenal abah.

Dan bercakap tentang gelaran untuk panggilan ni, teringat cerita kawan sekerja abah, tentang betapa dia selalu kena marah sebab silap address orang. Kawan abah ni selalu berurusan dgn org-org akademik di IPTA. Seperti biasa la orang akademik ni, kalau Prof nak dipanggil Prof, kalau ada PhD, nak kena panggil Dr. Kena yg jenis tak kisah tak apa, tapi kena yg jenis particular ttg gelaran ni, kadang direct saja disoundnya. Itu abah pesan kat kawan abah tu, nanti kalau call atau bercakap dgn orang akademik ni, panggil je Prof, selamat sikit. At least kalau dia bukan Prof pun, takkan dia nak marah kalau kita tinggikan sikit gelarannya.

Abah secara peribadi sebenarnya tak kisah sgt dengan gelaran, dan terkejut juga dgn kalangan ahli akademik yg begitu taksub dgn gelaran. Student silap address dia pun, kena marah. Tapi alhamdulillah, tak ramai abah jumpa akademik yg macam itu. Majoriti yang abah jumpa, were a very down to earth academics.

Itu baru cerita ttg orang akademik, belum lagi cerita ttg orang kat luar yang ada Datuk dan Tan Sri tu. Ramai juga yg abah dengar jenis yg tak boleh salah address, marah dia. Padahal nanti masa baca talkin, takde pulak disebut Datuk atau Tan Sri ke apa. Pada abah, gelaran ni tak ada apa pun sebenarnya. Tapi utk org yg taksub sikit, of course la dia kata banyak maknanya.

Pada abah, biarlah kita dipandang dan dihormati atas keperibadian kita dan sumbangan kita pada masyarakat, bukan sebab gelaran pangkat yg ada pada kita. Kalau kita betul2 baik dan bagus, org ramai tentu akan hormat dan sanjung kita, walaupun kita tak mintak.

Bercakap ttg pangkat dan address org ni, teringat pada cerita Ummi, yang pernah bersembang selama kuranglebih setengah jam dgn seorang pakcik di airport. Dalam duduk bersembang, datang la orang bagitahu kat pakcik tadi, "Tan Sri, kereta dah sampai". Kemudian tan sri tadi cakap kat ummi, "Pakcik mintak diri dulu". Org macam ini lah yg abah respect. Tak kisah dgn gelaran yg dia ada, dan tak kisah kalau orang tak address dia dgn pangkat dia.

Pagi ni abah sedih sikit, sebab wiper belakang MyVi abah kena curi orang. :-( Agaknya masa abah parking kat luar rumah malam semalam kot. Abah baru perasan masa parking kat ofis tadi. Bila abah nak angkat wiper belakang, tengok wiper tu dah tak ada. Hmmm, agaknya adalah tu benda yg Allah nak ingatkan abah. Bukan rezeki abah agaknya, dan memang sepatutnya bukan rezeki orang yg mengambilnya juga. Walaupun dia berusaha untuk mencuri, tapi itu bukan 'mencari rezeki', sebab hasil curian itu pada abah, bukan satu rezeki.

Thursday, August 25, 2005

Cerita tentang Islam pada yang Bukan Islam...

Lepas lunch tadi, abah dan dua tiga orang kawan duduk baca akhabar hari ni. Tiba-tiba kawan sekerja abah (a chinese lady) tanya abah, "In Islam, do you allow this kind of wear?", sambil merujuk pada satu gambar diakhbar yg menunjukkan dua gadis Melayu memakai baju yang bahagian atasnya terdedah, dan juga singkat hingga menampakkan perut.

Abah kata, dalam Islam, berpakaian sebegitu dilarang, kerana pakaian itu membuka aurat.

Kemudian dia tanya lagi,"Then, why these 2 girls wear like that?". Abah tak tahu nak kata apa, cuma abah cakap, itu benda yg terpulang pada individu. Walaupun dalam Islam telah jelaskan benda itu salah, tapi kalau orang nak buat, kita tak boleh nak buat apa. Sebab kalau dia buat pun, dia berdosa. Kita tak boleh nak buat apa?

Dia tanya lagi, "Why don't they kena saman sebab pakai macam itu?"

Abah kata, sebab di Malaysia, undang-undang Islam masih belum digunapakai sepenuhnya. Kalau digunakan pun, masih boleh dioverwrite oleh undang2 konvensional.

Kemudian abah melawak la dengan dia. Abah kata, "orang yg pakai macam itu sebenarnya orang yang perasan dia cantik dgn berpakaian macam itu. Sebab itu dia pakai. Kalau org kata dia nampak hodoh pakai macam itu, mesti dia tak akan pakai". Tergelak besar dia sambil berkata "mana ada cantik pakai macam itu, nampak itu perut semua".

Then the converstion goes on and on, hinggalah kami bercakap tentang Haji, dan terberhenti disitu sebab masa rehat dah habis.

Abah rasa kagum dgn org bukan Islam seperti rakan sekerja abah tadi, yang nampak peka dengan Islam. Walaupun dia tak tahu banyak, tapi dia concern juga. Jadi malu juga bila dia boleh tegur benda macam itu, sedangkan kita yg Islam ini pun, masih boleh langgar hukum Islam walaupun dah tahu. Dah tahu tutup aurat itu wajib, kita buka juga. Dah tahu arak itu haram, kita minum juga. Dah tahu rasuah itu haram, kita menghulur juga. Dah tahu tipu claim itu haram, kita tipu juga. Sebab apa kita buat juga? Sebab kita tak nampak apa kesannya pada kita.

Kita bukak aurat pun, kulit kita tetap cantik(atau hodoh) macam itu juga. Kita minum arak, paling terukpun mabuk saja, takde pulak arak tu menggelegak dalam perut. Kita tipu claim, duitnya kita boleh guna buat makan anak bini juga, dan anak2 sihat je, takde la pulak sakit ke apa.

Semuanya sebab kita tak nampak apa itu dosa, apa hukumannya. Kadang2 abah cakap juga dgn kawan2, kita ni kalau bercakap hal kesan dosa, kesan berbuat baik, macam susah nak terangkan pada org yang tak nampak. Cthnya kalau nak berzakat, tak nampak apa baiknya pada diri kita. Yg kita nampak, duit kita habis sebab bayar zakat.

Tak habis kalau bercakap bab ini. Paling2 abah boleh kata kan kat siapa2 yg jenis suka menyoal atau cakap2 macam itu: Jangan sentiasa nak gunakan akal dan pandangan kasar semata2 dalam menilai sesuatu. Kuasa akal kita kadang tak mampu nak jelaskan apa yg tersirat.

Moga2 Allah ampunkan dosa kita semua, dan tetapkan hati kita pada jalanNya yang suci ini. Amin.

Wednesday, August 24, 2005

Cerita tentang malisnya cinta...

abah ambil gambar ni dari DigitalBlasphemy


Malis Cinta

Tersentuh di hati sedalamnya
Seri suram dan tiada cahaya
Tika dikau memaliskan cintamu

Hilang semua hilanglah segala
Luruh hati ku tidak terdaya
Leka cinta yang teguh di binasa

Chorus:
Memalis cinta
Merajuk hiba
Terbukunya, pilu daku beradu
Tanpamu

Malis cinta mu
Sebak merayu
Hilangnya dikau
Membalas rindu ku

Seri cinta mu lama tersimpan
Seringnya daku terlayang pandang
Di kamar cinta pernah diundangnya
Dikau sayang

Memalis cintamu …

Lagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Ucu
Penyanyi : Siti Sarah

Abah suka dengar lagu yang satu ni sekarang ni. Jangan cakap abah jiwang lagi sudah. Abah tak jiwang, tapi dengar lagu ni mendayu-dayu, buat abah rasa tertarik. Dah ada keta sendiri ni, boleh la dengar dalam keta, sebab kalau naik keta ngan Ummi, ummi selalu tak bagi abah pasang CD. :-)

Semalam tengok Mencari Cinta, sebab bila abah balik dari berubat mak mertua di Kuang, abah tgk ummi tgh tonton rancangan tu. Haha, keluar juga akhirnya si Zul, calon yg abah rasa cukup cool. Zul reminds me of a very good friend yang tgh bertungkus lumus siapkan tesis kedoktorannya di UK. Bukan jodoh Zul dengan Elly agaknya. But Zul will be a good husband to his future wife. Komen ummi satu je, "Tiga yang tinggal, semuanya kantoi tak solat subuh dengan Abang Long si Elly". Abah...no komen.

Cuma kalau tak silap abah, Bang Long si Elly tu pakar motivasi bagi Motivasi Alihan Pelajar(MAP) yang abah selalu dengar beliau bercakap di radio IKIM.fm. Bagus juga program2 motivasi yg beliau buat. Nanti Mu'izz dah besar, nak juga abah bagi dia join program Dr. Tengku Ismadi tu.

Tuesday, August 23, 2005

Cerita tentang cerita dalam Mastika...

Waktu abah balik ke kampung hari tu, abah sempat baca majalah Mastika. Kebetulan masa tu, abah pergi rumah kakak abah. Abah cuma baca yang 3 bulan terkini. Sepanjang baca, banyak benda datang kat fikiran abah. Dan banyak benda yg datang itu, semuanya menjurus pada satu perasaan; RISAU. Abah cukup takut membaca apa yg dipaparkan dalam majalah tu. Dan abah yakin, itu semua realiti yg betul-betul berlaku, bukan rekaan wartawan Mastika. Masalah sosial - zina, homoseksual, dadah, lumba motor, etc. semuanya dipaparkan dalam Mastika.

Dan abah fikir, kalau didasarkan pada pendedahan Mastika saja, sudah cukup untuk pihak yg berkenaan mula merancang utk mengambil tindakan sewajarnya.

Memang orang akan kata(semestinya org akan kata, sebab manusia2 zaman ini semuanya pandai berkata-kata, walaupun ilmu tidak setinggi mana), kenapa perlu diletakkan pada pihak-pihak tertentu untuk memikirkan apa yg perlu dibuat. Bukan maksud manusia biasa macam kita tak boleh buat apa-apa. Boleh. Tapi tindakan kita setakat mana sangat. Andai kata nampak ada manusia berkhalwat depan mata kita, apa agaknya kita nak buat?

Kita tidak ada banyak kuasa, lebih-lebih lagi bila melibatkan polisi kerajaan atau badan-badan tertentu. Setakat abah nampak hari ni, kuasa kecil macam kita ni masih belum mampu nak halang Inul dari menggerudi dangdutnya di Malaysia. Kita tak mampu juga lagi nak kurangkan rancangan hiburan di kaca TV. Belum juga mampu nak membaca berita tentang Siti Nurhaliza beri ceramah penghayatan Islam pada anak-anak yatim, di dalam akhbar.

Dalam banyak ahli fikir kata kita perlu kurangkan rancangan hiburan di TV dan radio, dalam mereka kata undang-undang Islam perlu digunapakai sebaiknya, dalam mereka kata pendidikan Islam untuk anak-anak muda perlu diperkukuhkan, abah rasa abah tak nampak lagi benda-benda itu dipraktikkan.

Kita sebenarnya bukan tak boleh nak mengubati penyakit-penyakit sosial yg ada, cuma abah rasa kita tak serius nak mengatasinya. Oklah, abah cakap banyak tentang tindakan pihak tertentu pun bukan jadi apapun. Baik abah cerita sikit tentang apa yang kita boleh buat sebagai individu Islam yang bertanggungjawab pada saudara seagamanya.

Banyak dari kes yg dipaparkan dalam Mastika tu, setakat yang abah baca, berlaku pada anak muda yang tiada ibubapa, ataupun mempunyai ibubapa yang tidak begitu beratkan kebajikan rohani anak-anak.

Abahpun fikir kita manusia sekarang ini, lebih banyak tumpukan pada keperluan jasmani anak-anak. Ibubapa sekarang lebih kepada pastikan, makan pakai anak2 terjaga, sedangkan rohani anak2 tidak diberatkan. Bayangkan ada anak dan mak boleh borak tentang Akademi Fantasia dalam tren komuter dengan begitu kecoh sekali. Sekali dengar, "sportingnya mak, boleh cakap benda2 macam itu dengan anak", tapi kalau difikirkan balik, "perlu ke sporting sampai tahap itu?". Kalau maknya menyokong artis-artis AF, anaknya abah rasa lebih la lagi. Kalau nenek boleh hantar SMS AFUNDI, cucunya lebih lebih lagi la mengAFUNDI.

Benda mungkin nampak remeh, tapi abah fikir kalau kita sebagai mak ayah mainkan peranan yang betul, kita boleh didik anak-anak. Anak-anak orang mungkin kita susah nak ajar, tapi anak kita sendiri, insyaAllah. Bukan abah maksudkan menghalang minat si anak cthnya bila anak tgk TV, kita pergi tutup. Bukan. Tapi tak salah kalau ibu atau ayah tengok TV sama-sama dengan anak, dan dalam masa yang sama mendidik anak baik buruk sesuatu perkara.

Kalau anak dok kata cantik si artis ini pakai baju, ibunya kena la beri komen sedikit. Memang cantik baju artis tu, tapi bukan itu cara berpakaian yg Islam tuntut. Wanita Islam sepatutnya berpakaian macam ini dan itu. Kita mendidik dalam diam. InsyaAllah, anak-anak pun akan faham dan boleh terima.

Bercakap tentang itu, abah teringat satu slot alam Astro, masa tu cerita tentang AF juga. Ditemuramahnya ibu bapa kepada peserta tadi tentang anaknya. Kata si ayah "Saya yang belikan baju ni untuk anak saya tu. Semata-mata untuk beri semangat pada dia supaya buat yang terbaik". Alhamdulillah, niatnya betul, tapi bila tengok pada baju yang anaknya pakai....abah termenung panjang. Inikah ibubapa zaman sekarang? Si ibu bertudung litup, tapi si ayah belikan pakaian 'tak cukup kain' untuk anak perempuan kesayangannya. Moga2 Allah teguhkan hati kita pada Islam yang suci ini, moga dijauhkan kita dari kelalaian.

Abah sangat berharap generasi akan datang adalah generasi pendukung ajaran Islam yang sebenarnya. Moga-moga Allah makbulkan harapan abah.

Monday, August 22, 2005

Cerita tentang balik kampung...

Alhamdulillah, abah selamat balik ke KL. Abah sampai KL waktu maghrib. Singgah rumah kawan kejap, hantarkan keropok lekor yang dia kirim. Penat juga drive sorang2 ni. Next time tak nak la abah drive sorang2 balik kampung, boring. Nak ada ummi juga kat sebelah, jadi teman abah borak2.

Alhamdulillah kenduri kahwin 2 pupu abah tu berjalan lancar, walaupun ada sikit kesulitan. Biasa la, kita rancang, Allah yg tentukan semua. Terlanjur pegi ke Besut (2pupu abah kahwin dgn orang Besut), abah singgah la rumah Tok Su (paksu pada mak abah). Kesian dia, dah 2,3 bulan sakit. Tapi alhamdulillah, dia masih boleh bergerak, cuma tak boleh berjalan je. Tok Su pun tak kenal abah, sebab dah berapa tahun abah tak jenguk dia kat kampung. Dalam sakit2, sempat juga dia melawak. Kata TokSu, abah sebiji-biji macam pak sedara abah (adik mak). Saling tak tumpah. Hehe, abah rasa bukan kot, sebab pak sedara abah tu hensem. TokSu kata pak sedara abah tu baru je kawin untuk kali ke3nya, dan toksu pun kata, abah mesti kawin 3 juga.

Tergelak besar abah. Mak pun senyum aje. Abah tak nak komen apa2, just gelak je. InsyaAllah, lepas ni abah akan selalu balik ke kampung mak di Besut, utk melawat sedara mara belah mak, sebab abah tak kenal ramai sedara mara kat situ. Abah cuma banyak kenal sedara mara belah ayah abah saja.

Semalam masa nak bertolak balik ke KL, abah singgah rumah mak sepupu abah, just nak bagitahu dia yg abah dah nak balik KL. Dia jemput la abah ke kenduri anaknya 2 minggu lagi. Abah kata InsyaAllah, takleh nak janji lagi, sebab takut abah ada kerja time tu. Dengar je abah cakap macam itu, terus dipeluknya abah sambil menangis. Abah pun tergamam la kejap, sebab mak sepupu abah tu jenis happy go lucky, rasa pelik bila dia menangis. Dia berharap sangat abah dan ummi dapat dtg kenduri tu nanti, sebab dia kata dah tak tahu nak berharap pada siapa. Abah nak juga tanya kot2 mak sepupu abah tu ada masalah, tapi abah batalkan je niat tu, mungkin lain kali abah akan tanya. Bila abah kata, abah akan cuba balik, baru dia senyum. Hmmm...susah juga duduk jauh2 ni.

Mak abah masakkan wajik dan pulut kuning untuk Muizz. Abah dah cakap, jangan masak banyak-banyak, banyak juga yg dimasak. Mak...mak. Memang macam itu agaknya org tua. Abah singgah Kertih belikan Ummi pulut panggang dan 'sata', favourite Ummi. Sampai kat Chendor, abah singgah beli keropok lekor. Yang ni ummi dah pesan awal2. In fact, tiap kali balik Trg, mesti kena singgah beli keropok lekor.

Kalau nak makan keropok lekor, jom la ke rumah abah. Banyak juga abah beli.

Esok kita sambung cerita-cerita...

Thursday, August 18, 2005

Cerita tentang hak...

Semalam jenguk blog Am, baca satu entry berkaitan hak. Hmmm, bercakap tentang hak atau rights ni, abah rasa sama la macam bercakap hal poligami (poligami lagi...hmmm, abah ni minat betul hal poligami :-) ).

Memang kalau mengikut Pertubuhan Hak Asasi Sedunia, setiap individu mempunyai hak, tetapi abah fikir, hak itu bukan lah hak mutlak. There is no such thing as 'total right' for anybody. Kenapa abah kata macam itu? Sebab pada abah, selagi kita hidup dalam masyarakat, kita takkan ada hak mutlak, sebab hak yg ada itu perlu dikongsi dengan orang lain, samada kita sedar atau tidak, mahu atau tidak.

Kalau kita sedar yang itu, alhamdulillah, tapi kalau yang tak sedar, itu yang kadang keluar ayat2 seperti, "ikut suka akulah nak buat apa, diri aku, bukan kacau ko pun", ataupun "I have my own rights to my ownself". Anda mungkin ada pendapat sendiri, abah tahu. Ini cuma pendapat abah. Sebab pada abah, kalau kita jenis manusia yg fikirkan kita ada hak mutlak diri sendiri, then akan timbullah isu2 seperti dosa peribadi. Anda mungkin pernah dengar istilah dosa peribadi atau maksiat peribadi ini.

Contoh macam minum arak la, org kata, itu hak individu. Atas dia la nak minum ke tak nak minum ke, sebab dia tak kacau orang. Memang betul, tapi bagaimana kalau dgn sebab minum dia mabuk, bawak kereta, terlanggar orang lain? Adakah itu hak individu juga untuk melanggar orang? Kita sendiri pun kadang2 akan ambil pendekatan, "alah, biarlah dia tu nak buat apa pun, rasuah ke, zina ke, apa ke, asal dia tak ganggu orang lain sudah.". Betul ke pendekatan kita tu? Betul ke maksiat2 peribadi yang mereka buat tidak 'kacau' orang lain?

Abah nak dengar juga pendapat anda?

Pagi esok abah nak bertolak ke Terengganu...hehe balik kampung. Tapi kena bertolak seawal 4 pagi la, sebab sepupu abah akan kahwin pada esok hari. Abah kena sampai sana by pukul 8 pagi, sebab rasanya rombongan akan bertolak sekitar pukul 9, ke utara Terengganu (abah di selatan Trg). Tapi sedih sikit, sebab abah kena balik sorang. Ummi tak boleh ikut, sebab ibu ummi ada dirumah, dan ibu tak boleh berjalan jauh. So, ummi kena duduk rumah jaga ibu dan Muizz. Anda doakan moga perjalanan abah selamat. Hehe, abah bukannya biasa sangat drive sorang2 ni kalau balik kampung. Pernah sekali terlelap, sedar2, abah dah masuk lane bertentangan, nasib baik abah terjaga bila driver belah sana hon. Syukur alhamdulillah, Allah jaga abah dan Ummi masa tu.

Kita jumpa lagi minggu depan...

Wednesday, August 17, 2005

Cerita tentang abah...

Malam Selasa lepas, abah ngan ummi dan Muizz pergi ambik keta kat SEA Park. Hehe, kereta baru. Ummi biasa je, takde apa2 reaksi pun, cuma abah ngan muizz je yg terlebih excited. Keta kecik je, tapi sebab baru, dan beli sendiri agaknya, abah jadi teruja. Balik rumah, ummi tegur. Katanya, "abah ni agaknya masa kahwin dgn mi dulu mesti tak se excited ni kan?". Abah tanya la kenapa Ummi cakap macam itu. Ummi kata "Yalah, ummi tgk dari time ambik keta sampai la kat rumah, senyum sokmo"...Hehe.
Betul pun ummi kata, dan masa kawin ngan ummi dulu, macam itulah juga abah. Dari lepas akad nikah, sampai la abah tidur, rasanya mak ayah abah pun perasan, abah asyik tersengih manjang. Excited la tu maksudnya. Mau tak excited, dapat apa yang kita nak. Dah la lama mengidam, alih2 dapat kita miliki, memang la teruja. Tapi tak la sampai lupakan Allah, sebab apa yg abah dapat ni pun, baik Ummi, baik Muizz, baik kereta, semuanya Allah pinjamkan sekejap atas dunia ni. Bila Allah nak tarik, sekelip mata dia boleh tarik. Syukur alhamdulillah, setakat pagi ni, Allah masih lagi anugerahkan abah dengan semua tu.

Semalam masa dinner, ummi cerita juga ttg kes audit di pejabatnya. Auditor luar curiga ngan company tempat ummi kerja. Memang patutpun dia curiga, sebab orang2 besar kat company tu semuanya buat kerja tak betul, hinggakan ummi selalu mengeluh nak cari kerja lain. Si auditor luar ni bukan Muslim, yang didalam company ummi tu majoritinya muslim, tapi dari segi kerja, abah rasa yang non muslim ni lebih bertanggungjawab pada kerjanya. Yang Muslim ni pulak, hmmmmm, rasanya anda pun tahu apa kerenah orang2 Islam yang berpangkat2 ni. Kalau nak diceritakan, sampai esok pun tak habis. Tapi pendek cerita, semua yg dilakukan, abah rasa sangat-sangat bertentangan dgn hukum Allah. Namanya semua ada Haji-haji, tapi kelakuan??? Moga Allah ampunkan mereka dan kita semua.

Abah minat juga cerita ummi tu, dan abah mintak ummi update abah ttg kes tu. nanti satu hari abah ceritalah sikit apa yg jadi kat company tu.

Oklah dulu utk hari ni, kejap lagi ada Perhimpunan Staff pulak kat bawah tu. Abah pun kena join la, sebab semalam HR dah hantar memo 'jemput' join perhimpunan tu.