Tuesday, August 22, 2006

Cerita tentang sikap dan hati...

Alhamdulillah, Siti telah selamat dinikahkan dengan Datuk Khalid. Itupun abah sempat tengok masa Buletin Utama paparkan sikit segmen tentang perkahwinan Siti. Dan abah seperti biasa, no komen! Abah cuma harapkan moga depa berdua akan hidup bahagia seperti pasangan mukmin yang sepatutnya (faham maksud abah kan?).

Dan bercerita tentang Siti kahwin ni, abah pun nak ucapkan tahniah pada kawan sekerja abah yang melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu itu hari. Sempat la juga abah ke kendurinya di Sunway Semenyih. Kebetulan hari tu tengah lapar, apa lagi, bertambah la 2 pinggan nasi. Ekekeke. Iswan, tahniah dan Selamat jadi pengantin baru! Abah tak berupaya nak ke kenduri di Sandakan, tapi abah harap kenduri di Sandakan nanti akan meriah seperti Karnival Jom Heboh. :-)

Dan bercakap tentang tahniah ini juga, abah nak ucap tahniah pada Anim kerana telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat oleh UKM pada 17 Ogos yang lepas. Abah bangga kerana seorang lagi 'adik' abah telah berjaya dalam akademiknya. Dan moga dengan ilmu dan pengalaman yg diperolehi sepanjang belajar, akan Anim gunakan sebaik mungkin, insyaAllah.

Semalam juga abah sempat berborak sekejap dengan seorang kawan pejabat. Katanya, dia sekarang jauh hati dengan seseorang. Dan abah faham pun kenapa dia jauh hati dengan orang itu. Dan kes macam ini biasa berlaku dalam hidup kita pun.

Pernahkah anda mengenali orang yang semasa berada dengan anda, mereka lah sebaik2 manusia. Cakapnya berhemah, budi pekertinya baik. Tapi bila depa bersama ahli keluarga atau orang2 rapat, mereka tidak seberhemah dan seberbudi pekerti yang baik. Terutamanya dengan isteri, anak2, adik2, etc.

Abah pernah jumpa dengan orang macam ini. Dan abah kenal sangat-sangat siapa dia.

Dan itulah yang terjadi dengan kawan abah tadi. Dia jauh hati kerana seseorang itu berbuat macam itu pada dia. Dengan rakan taulan dan jiran2, cakapnya cukup baik, senyumnya tak pernah lekang. Pendek kata, orang akan kata dia orang yang baik. Tapi dengan kawan abah tadi, bercakapnya macam ambil syaray saja, tinggi suara perkara biasa, etc.

Apa penyelesaiannya??

Pada abah, kalau betul terasa hati, bagitahu pada orang terbabit. Kena terbuka. Untuk sesetengah orang, mungkin susah, tapi itu cara paling baik abah rasa. Harap2 dengan kita cerita tentang perasaan kita, dia boleh faham, dan terima, dan perbaiki, supaya perhubungan akan jadi baik, atau lebih baik. Tetapi kalau dia tidak berubah juga, kita kena terima hakikat bahawa dia adalah dia. Dan itulah ketikanya kena tanya diri kita juga, boleh ke kita tolerate dgn sikap dan keadaan macam itu. Kalau boleh, then, tidak perlulah sentiasa berjauh hati sekiranya dia macam itu juga. Dan kalau tak boleh nak tolerate, carilah satu alternatif yang dirasakan baik. Sebab dalam hidup ini walaupun memang perlu difikirkan hati dan perasaan orang, jangan pula sering mengorbankan hati dan perasaan sendiri.

Dan satu ingatan untuk anda, dan abah juga, sekiranya berdepan dengan cerita macam itu, samada kita yang jauh hati, ataupun kita yang buat orang jauh hati, carilah satu jalan penyelesaian yang baik untuk kedua-dua pihak. InsyaAllah, berkat keinginan, dan kesungguhan kita untuk menjalani hidup yang lebih baik, sementara kita masih bernyawa ini, Allah akan bantu kita perbaiki diri dan keadaan.

Friday, August 18, 2006

Cerita tentang 'stupidity'...

Kebelakangan ni, banyak juga terbaca laporan akhbar dan emel menceritakan kisah aktress terbaik Malaysia dan juga tentang Siti.

Minta maaf la, dah terbanyak sangat baca kan, jadi terrajin la pulak nak mengepek.

Tak nak komen banyak pun, cuma macam terkilan dengan apa yang cek mek kecik molek yang dapat anugerah tu. Pada abah la, what makes her look stupid is when she said those precious words: "I sound stupid if I speak Malay". Abah tahu pun depa jenis cakap orang putih sama family, sebab abah pernah jumpa dia ngan mak dia kat 1-Utama satu ketika dulu, dan memang dia speaking london(kata bang long) pun.

Abah terima kenyataan dia bahawa dia tak berniat buruk pun bila kata macam itu, tapi itulah, macam mana niat pun, kata2 itu memang nampak buruk pada orang yang mendengar. Sama la macam manusia jenis cakap sesedap rasa saja, pada dia, no harm is done, tapi pada yang mendengar???

Abah pun bukan tak pernah tersilap cakap, selalu. sebab itu abah boleh faham macamana susahnya bila kita tersilap cakap, walaupun apa yg kita nak cakap tu betul.

Dan ttg kes kahwin Siti dan Khalid. Tak habis2 kecoh satu Malaya hal kahwin. Siap masuk TV3 lagi berceritakan tentang rahsia depa. Haha, tapi takleh salahkan TV3 juga, sebab ada berjuta orang melayu yang ternanti2kan rancangan macam itu. Cakap banyak pun tak guna juga, sebab memang melayu macam itu. Orang lain nak kawin, kita yang kecoh lebih2. Kalau kecoh yang membahagiakan semua orang, alhamdulillah. Ini semua kecoh yang menjahanamkan(maaf cakap). Tak percaya, bacalah emel2 yang beratus2 yang berlegar2 itu cerita tentang Siti. 90% bercerita negatif saja. Sapa yang tulis? Sapa lagi kalau bukan orang melayu Islam kita. Siti ini, siti itu, Datuk K ini, Datuk K itu.

Bukan la abah kata Siti tu betul semua, cuma abah nak cakap: Buat apa la orang2 kita ni dok sibuk2 kecoh2 cerita tentang Siti. Biarlah dia kahwin, itu hak dia. Kita dok kecoh2 dalam emel pun cerita buruk2 tentang dia, cuma mengundang dosa saja, berganda2 pulak tu. Mahu tak berganda, beribu2 orang baca. Terima saja itu jodoh dia, dan doakan moga depa bahagia dan hidup di landasan agama yang betul. Bukan dengan kecoh2 sebarkan cerita yang kita pun tak tahu betul tidaknya.

Abah secara peribadinya, tak berminat sangat pun nak tengok segala macam kisah kat TV yang cerita tentang Siti, but still, kalau TV3 ada tayang majlis kahwin dia, abah nak juga tengok[hehe], kalau dah takde keja apa nak buat. Dan abah doakan Siti dan Datuk K akan hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri, dan dengan perkahwinan itu nanti, hidup mereka berdua, akan jadi lebih baik, dan mereka akan hidup sebagai orang Islam yang sepatutnya. Azmil Mustapha berubah, Ustaz Akil pun berubah, Kak Ogy pun alhamdulillah berubah, belum campur lagi Dayangku Intan, Norkumalasari, Raja Mazian dan beberapa orang artis lagi. Sama-sama la kita doakan.

Oklah dulu, abah nak sambung kerja pulak. Jumpa lagi.

Ini ada satu lagu yang Bob AF2 nyanyi, yang abah suka. Punya la lama cari, hari ni baru terjumpa.

Wednesday, August 16, 2006

Cerita tentang Waja...

Kereta Waja MME dah keluar dah, cantik gak. Berkenan, tapi ...

Tuesday, August 15, 2006

Cerita tentang Utara...

Seminggu dua ni abah kalut sikit dgn tugas pejabat yang tak pasti bila boleh selesai. Tapi abah ni biasa la, sekalut mana pun, akan ada masa juga nak mengepek kat blog.

Tapi kali ni nak cerita sikit tentang kunjungan abah ke Utara. Abah ke Sungai Petani hari Jumaat lepas atas urusan kerja. Bertolak lambat sikit, sebab tunggu Muizz habis sekolah. Sampai sana dalam pukul 8, tapi sebab pihak hotel salah bagi info, abah cari hotel tu dalam sejam juga. Rasa nak marah tu adalah juga sebab pihak hotel bagi direction yang salah. Masa abah call, dia suruh masuk exit SP Utara, tapi bila abah masuk exit Utara, dia bagitahu masuk exit Selatan pulak. Aduihhhh. Lepas tu bila abah call lagi mintak guide, dia suruh abah follow satu jalan dan pergi straight. Straight punya straight, sampai terlajak kedepan pulak. Sabar je hati.

Hari Sabtu abah kerja sehari suntuk. Pukul 6 lebih baru balik hotel. Apa lagi, bawak Muizz pergi main kat swimming pool la. Kebetulan masa tu takde orang guna, so, pool tu kami yang punya saja lah.

Hari Ahad, abah bawak ummi dan Muizz ke rumah keluarga angkat abah di Kg. Legong, Baling.

Kebetulan masa abah pergi, mak dan abah ada anak angkat lain yang kebetulan program anak angkat belia Perlis sedang berjalan. So, kenal la anak-anak angkat abah yang baru ni.

Kami sama-sama berkelah sambil makan2 di Sungai Kap. Abah ngan Muizz main air. Dan ummi, sebab tak tahan tengok kami enjoy main air, terus join sama. Hehe, memang syok la mandi kat situ. Airnya sejuk betul.

Lepak kejap rumah mak, lepas tu singgah ke rumah 2,3 jiran abah yang baik dgn abah masa program keluarga angkat hari tu. Kami bertolak balik ke Sungai Buloh dalam pukul 6 juga. Tapi sebelum berangkat balik tu, sempat lagi ikut abah menjala udang galah dikolam abah. Dapat la juga dalam sekilo. Hehehe, nanti merasalah abah makan tomyan udang galah best yang ummi akan masak, kan Ummi??

Itulah dulu untuk kali ni. Nak sambung buat kerja laks.

Thursday, August 10, 2006

Cerita tentang generasi...

Hari ni nak mengepek lagi. Bukan mengepek nak marah sesiapa, tapi mengepek untuk merayu dan memohon. Memohon agar kita lebih berusaha kearah membentuk keluarga dan orang disekitar kita, termasuklah diri kita sendiri.

Semalam berborak dengan seorang kawan yang secara tidak langsung berkhidmat untuk PLKN(Program Latihan Khidmat Negara). Dan dalam berborak, kami rupanya berkongsi rasa dan pandangan yang sama. Abah cuma banyak mendengar kerana abah perlukan input dari dia tentang apa yang jadi dengan PLKN.

Banyak benda sebenarnya yang perlu orang tahu tentang adik2 dan anak2 kita di Kem PLKN tu. Tentang apa yang depa belajar, apa yang depa buat, apa yang jadi pada depa, etc. Dn semalam, abah tahu juga sikit sebanyak tentang itu.

Program 3 bulan itu bertujuan untuk membentuk satu kelompok remaja yang boleh berfikir dan bertindak dengan lebih baik, dan dalam masa yang sama, cintakan negara. Alhamdulillah niatnya baik, dan perlaksanaanya pun baik, walaupun masih boleh dipertingkatkan.

Yang abah nak kongsi dengan anda ialah kisah budak2 PLKN ini. Ada bermacam2 jenis budak dengan bermacam2 jenis latar belakang yang pastinya datang dengan bermacam2 peel dan perangai. Ada yang bagus, ada yang biasa, ada yang kurang.

Yang baik tu abah tak nak komen la kan. Cuma nak komen tentang yang kurang baik sikit itu.

Kenapa abah kata kurang baik?
- Suka main2 dalam kelas.
- Tidak hormat para jurulatih yang majoritinya orang lebih dewasa.
- Suka langgar disiplin.

Mungkin ada orang kata ini benda biasa untuk budak2, tapi bagaimana kalau abah kata, ada kes pelatih PLKN nak bunuh diri, ada pelatih hisap ganja dalam kem??

Nak bunuh diri sebab tak tahan terkurung dalam kem. Hisap ganja sebab tak tahan ketagih.

Belum campur yang merokok, sedangkan rokok diharamkan dalam kem. Mana dapat rokok?? Mak ayah yang bawak sewaktu sesi perjumpaan dengan keluarga.

Mungkin kes terpencil, tapi abah rasa tidak.

Imagine ramai budak2 PLKN tu yang tak berapa mahir solat. Solat Asar 3 rakaat. Belum dicampur dengan yang solat sambil bergurau senda.

Abah tak nak kata ini salah siapa2. Cuma nak kita semua tahu akan keadaan ini, dan cuba bentuk keluarga dan orang2 yg dekat dengan kita supaya mereka dan kita tidak akan jadi macam itu.

Abah, dan kawan tadi bersetuju dalam satu perkara: banyak benda tidak baik yang terjadi dan dibuat pada budak2 ini ialah kerana keluarga. Mak ayah kadang tidak ambil berat sangat pada anak2. Cukup makan pakai belanja sekolah, OK, dah! Perasaan anak2, perkembangan karekter anak2, pendidikan anak2 terutama agama, semuanya macam tak ditekankan. Dan lebih teruk kalau mak ayah sendiri bukan jenis yang particular tentang kebajikan dan tanggungjawab mereka sendiri. Tak pelik kalau anak solat Asar 3 rakaat, sebab mak ayah pun solatnya bila free saja, ataupun lagi hebat, tak solat langsung. Tak pelik juga kalau anak remaja hisap rokok berkepul2, sebab bapaknya hisap 2X ganda kepulan asapnya.

Kawan abah kata, kadang2 sedih dengar cerita budak2 ini. Betapa kosong jiwa depa, walaupun ada mak ayah adik beradik. Keperluan fizikal selalunya mencukupi, tapi keperluan jiwa dan hati, kosong! Dan kita sebagai mak ayah sentiasa fikir kita dah besarkan anak dengan cukup makan dan pakai. Tugas cikgu2 dan ustaz2 disekolah untuk didik anak2 kita.

Untuk para2 mak ayah termasuklah abah sendiri, lebih2kan sikit masa tengok keperluan anak2, terutamanya yang kita tak nampak. Anak2 itu perlu bimbingan dan contoh. Agama jangan sekali2 diabaikan dari jiwa anak2. Kawal anak2 dari perkara2 yang tidak baik untuk dia. Kita buat yang terbaik untuk anak, dengan doa dia akan jadi manusia dan hamba Allah yang baik satu hari nanti.

Abah risau dengan apa yang jadi hari ni. Gerun tengok keadaan generasi muda. Dan kesian juga dengan generasi tua. Kalaulah kita boleh mainkan peranan kita dengan lebih baik sekarang ini, abah harap satu hari nanti, kita tidak perlu menyesal dengan banyak benda.

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa, moga Allah beri kita semua kekuatan.

Wednesday, August 09, 2006

Cerita tentang Muizz...

Ada dua insiden menarik tentang Muizz yang abah nak kongsi ngan anda.

Hari tu, masa abah balik dari Kuching, Muizz tak sihat. So, abah ngan ummi bawak dia gi klinik Dr. Cheng.

Klinik tu dekat dengan KJMC. Dan masa pergi tu abah park la kereta depan KJMC tu. Balik dari klinik, kami lalu la depan KJMC tu. Muizz tanya abah, "Abah, itu apa?". Abah kata "hospital". Dia pun mengeja la signboard KJMC tu, Pusat Perubatan Kelana Jaya. Tahu apa dia eja?? "PUSAT" - hospital. Aduihh, anak abah, PUSAT jadi hospital. Hehehehe. Abang..abang.

Dan 2,3 malam lepas, dia dok belek2 majalah Variasi. Kebetulan cover majalah tu, ada gambar hantu. Dia pun cam biasa la, cuba nak tunjuk kebolehan dia mengeja. Tau dia eja apa? VARIASI, "hantu". Abah ngan ummi pun takleh tahan nak gelak. Tapi dia buat muka innocent je la.

Aduilah, harap2 tak lama la dia macam itu.

Monday, August 07, 2006

Cerita tentang...tentang apa ek??


Dealova - Once

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
merantai hati
bayangmu seakan-akan…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa
membuatku tenang
tanpa dirimu
aku merasa hilang
dan sepi…

P/S: Ummi, lirik lagu ini adalah sama dengan apa yg ada dalam hati abah yg ingin abah luahkan pada ummi, tapi tak terluahkan.

Entry lama: Cerita tentang Kuching...

Semalam 31 Julai, abah cuti. Dan kesempatan hari cuti ni, setelah sekian lama tak dapat bercuti, abah gunakan untuk melawat kampung salah seorang kawan abah di Kota Samarahan.

Amir jemput abah dalam pukul sembilan lebih, dan perjalanan ke kampung Mang adalah dalam kurang lebih 20 minit. Kampung Mang adalah sebuah kampung di kawasan Kota Samarahan yang terkenal dengan tanaman nenasnya. Abah pergi sana pun sebab nak tengok kebun nenas bapa Amir.

Rumah orang2 di Kampung Mang cantik, dan tinggi tiangnya sebab rumah2 mereka betul2 ditepi Sg. Samarahan. Cantik sungguh pemandangan disini. Duduk berehat dipondok kecik tepi sungai, dengan angin yang best je bertiup, hehe, terasa macam nak duduk lama2 je kat situ.


Tapi sebab masa tak panjang, duduk kejap rumah amir, terus dia bawak abah ke kebun limau dan nenas milik ayahnya. Seronok juga dapat petik buah limau dari pokok dan makan dikebun tu terus. Nyaman..hehe, kata orang sarawak, yang maknanya, sedap. Mau tak sedap, dah la limau manis, free lak tuh.



Sempat la juga ambik gambar buah2an yang ada kat kebun tuh.



Balik dari kebun, Amir buat jus nenas yang memang pure jus nenas. Subhanallah, nyamannya jus tuh. Kena lak mak amir masak macam2 benda sebab nak jamu abah. Hehe, sud tulang ada, ikan bulu(atau mulu) goreng, buah engkalak, udang galah..perghhh memang nyaman. Ikan bulu ni yang hanya hidup di Sungai Samarahan ni sedap juga rasanya. Dan agak terkenal dikalangan orang2 Kuching.

Balik dari rumah Amir, abah ronda2 area Bandar Kuching kejap, cari barang2 yang Ummi pesan. Lepas maghrib, abah, amir dan abangnya pergi ke MyVillage Baruk, sebab abah ajak kawan2 yang tolong abah jaga exam diKuching ni, makan2 di situ. Ada dalam 13 orang semuanya.

Makanan kat situ macam biasa la, memang nyaman. Kena lak dengan kerenah masing2 yang tak abis2 buat lawak, memang kecoh la jugak, sampaikan orang lain pun jeling 2,3 macam jek. Tapi tak apalah, janji depa enjoy.

Itu sajalah agaknya pengalaman yang agak syok juga di Kuching nih.

Yang tak syok, sebab asyik dok dengar orang2 tempatan sini, yang majoritinya memang tak berkenan dengan Taib Mahmud dan kuncu-kuncunya. Apa yang abah boleh kata, Taib memang sangat kaya. Rumah saja entah berapa juta harganya, belum ditambah lagi rumah anak beranaknya yang macam mansion mewah saja.

Kalau diikutkan kata2 orang tempatan sini, melayu di Sarawak mundur sebab Ketua Menteri sendiri sibuk dok kayakan diri dan kerabat2nya sendiri. Dan memang ya, abah memang nampak la rumah2 mewah, dan bangunan2 milik orang2 besar ini. Memang betul la kot apa yang orang2 biasa ni kata.

Jalan raya di Kuching memang kureng sikit keadaannya. Dan ada juga jalan yang kena tol. Orang2 yang kaya kebanyakannya orang bukan melayu, dan kalau ada melayupun, memang orang2 yg baik dengan KM. Kawasan perumahan baru memang agak banyak dibangunkan, tapi rata2nya rumah 200K keatas, yang pastinya bukan dalam jangkauan bangsa melayu islam disini. Abah tak nampak pulak ada projek perumahan kos rendah yang dibangunkan.

Sedih juga dengar cerita2 rakyat2 jelata ni. Tak ubah juga macam cerita2 di Semenanjung, cuma di Semenanjung keadaannya tidak begitu ketara.

Abah pun tak tahu nak komen apa, tapi dengarkan kata-kata sorang pakcik bila abah kata tentang banyaknya tanah dia sebab kebunnya luas dengan macam2 jenis tanaman, kata dia," Ini semua tanah Taib, bukan pakcik punya. Bertahun2 pakcik mintak, sebab dah lama pakcik usahakan tanah ni, tapi tak pernah dapat. Malas la nak cakap banyak tentang ni, buat menyakitkan hati saja."

Itulah sikit sebanyak cerita tentang Kuching dan Sarawak setakat yang abah amati dan dengari sepanjang 3 minggu ini. Harap2 bila abah kesini semula nanti, benda2 tak best tu akan berubah jadi best, walaupun hati abah kata, memang macam mustahil nak jadi macam itu.

Friday, August 04, 2006

Cerita tentang kenangan...

Kenangan Terindah



Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati...

Monday, July 31, 2006

Cerita tentang Islam di Malaysia...

Dah lama nak menulis tentang isu ini, tapi sentiasa tak ada idea nak menulis macam mana. Hari ni, tengah2 boring jaga periksa, abah rasa macam ada idea je nak mengepek sikit tentang bab ini.

Abah rasa majoriti orang malaysia tahu tentang isu Lina Joy, dan majoriti tahu apa yang sedang berlaku dengan kes Lina Joy ni. Ataupun mungkin majoriti malas nak ambik tahu, sebab Lina Joy tu bukan sedara rapat depa.

Abah kuat kata ramai orang kita tak ambik tahu tentang isu ni sebab kita masing2 jenis "malas nak ambik tahu hal2 serius macam itu". Kita lebih suka terlanguk depan TV nengok Akademi Fantasia, Tunjuk ajarku sifu, One in a Million, dan segala macam cerita realiti TV yang skrg ni dok asyik menarik minat kita. Kita lebih senang tekan butang2 enpon tolong undi orang yg kita suka, padahal kita pun tahu orang yg diundi itulah yang akan bawak anak2 dan adik2 kita kejalan yang salah.

Kalau baca paper pun, kita lebih senang belek dan baca cerita Datuk K dan Siti N. Cerita Palestin dan Israel kita setakat tengok gambar je, cerita tentang perhimpunan menteri ASEAN di KLCC kita setakat jeling2 saja. Apatah lagi cerita tentang Lina Joy yang kita pun agak2 "Ntah sapa2 la Lina Joy ini gamaknya?".

Tapi dalam ramai yang tak ambil kisah tentang masa depan Islam diMalaysia ini, alhamdulillah syukur, kerana ramai juga lagi yang tengah berhempas pulas berusaha untuk pastikan Islam akan terus dihormati dan menjadi agama agung di bumi tercinta kita ini.

Abah pun lemah iman juga, sebab tak buat apa2, cuma abah boleh mengepek kat sini sajalah, dengan harapan sapa yang baca akan terusik sikit hati nak berbakti bagi memastikan Islam akan menang dalam kes Lina Joy ini.

Kalau anda nak tahu tentang kes Lina Joy dan kenapakah anda mesti prihatin pada kes ini, anda muatturun la bacaan dari laman web MyIslamNetwork ini.

Dan kalau ada sikit rasa terpanggil untuk turut memperjuangkan agama suci Allah ini, sama2lah kita berbuat sesuatu, walaupun sekadar menandatangangi petisyen yang ada dilaman web tersebut. Isi nama penuh dan IC, kalau boleh nombor HP, jangan setakat letak 'Hamba Allah' saja. Anda tak perlu takut. Kita tandatanga petisyen itu ramai2 hanya dengan satu niat - kerana Allah.

Tak perlu takut apa2, tak perlu risau hilang kerja ke, kena ISA ke, atau apa saja. Apa yang kita ada hari ni pun Allah yang bagi. Tak perlu takut kehilangan benda2 itu hanya kerana kita ingin berjuang kejalan Allah.

Dan kalau sempat lagi, sebarkanlah risalah yang anda muatturun itu dengan rakan2 seagama anda.

Inilah masa kita perlu serius dengan masa depan Islam dibumi bertuah ini. Sebab masa depan anak cucu kita bergantung pada apa yang akan jadi sekiranya Lina Joy menang kesnya itu di mahkamah.

Cukup2lah melanguk tengok AF dan segala macam tok nenek hiburan kat TV tuh. Ini masa depan kita, anak cucu kita, generasi kedepan kita.

Solat hajatlah, berdoalah moga2 Islam akan terus terpelihara di bumi Allah Malaysia, dan juga di Palestin. Tengoklah anak2 kecil Palestin yang jadi korban, tidak kasihankah kita??

Sedarkanlah sikit akan kerajaan kita bahawa mereka perlu tahu yang rakyat malaysia Islam sangat menitikberatkan isu2 berkaitan Islam.

Jangan biar lagi airmata tumpah sebab Islam disisihkan dinegara yang majoriti penduduknya Islam ini. Cukuplah airmata Mufti Perak gugur, cukuplah airmata pejuang2 Islam di Malaysia ini tumpah. Jangan sampai kita terpaksa menangis meratap bila anak atau generasi baru Islam kita murtad sewenang-wenangnya satu hari nanti, hanya kerana undang2 membenarkan.

Hari ni hari Tuan Haji Jelani dan keluarga diuji, sebelum ini airmata Tuan Haji Bukhari dah tumpah diMasjid Jamek(dan abah sendiri mendengar tangisan ayah pada Aisyah ini). En. Kamaruddin pun dah puas menangisi kes Hartina kesayangannya yang murtad. Janganlah kita leka lagi. Jagalah dan didiklah anak2 kita sebaiknya, dan dalam masa sama, pastikan Islam dan undang-undangnya terus kukuh seperti yang sepatutnya.

Kita dah tak boleh harap pada ADUN, Ahli Parlimen, dan Menteri2 yang kita pilih itu lagi dah. Depa pun banyak yang dok lali dengan hidup senang-lenang masing2. Semua ahli agama yang ada kat atas tu pun, masing2 pandang enteng isu penting ini. Orang kata permohonan murtad dah hampir 100 ribu orang, depa sibuk dok pertikai sahih ke angka tu? Orang dok kata pakai serban itu tidak salah, depa dok kata takleh pakai serban kat sekolah. Serban itu untuk masjid saja. Dalam orang kata Jom Heboh mengundang maksiat, depa kata tak. Tapi bab nama Sure Heboh tu siap sanggup rugi RM 1 juta nak tukaq ke Jom Heboh.
Nampak tak apa yang jadi skrg nih? Orang2 melayu Islam sendiri yang hanyutkan orang melayu Islam lain.

Siapa yang kata surau takleh bina dalam kawasan sekolah? Melayu Islam.
Siapa yang kata serban tak boleh pakai dalam kawasan sekolah? Melayu Islam.
Siapa yang suruh kelab2 malam beroperasi sampai pagi buta? Melayu Islam.
Siapa yang terkinja2 atas pentas tunjuk pusat dan dada? Melayu Islam.
Siapa yang dok jadi ahli2 Sisters in Islam(Islam ka?) tuh? Melayu Islam.

Anda sambung la sendiri soalan2 abah ini. Banyak sangat rasanya soalan yang punya jawapan yang sama, Melayu Islam Malaysia.

Pada Muslim bukan Melayu, sokonglah kami saudara seagama anda. Kalau anda ingin ketepikan soal melayu, cina atau india, ketepikanlah. Tapi bangunlah dan sama2 berjuang demi Islam tercinta kita ini. Cukuplah tidur. Kita dah lama sangat lena dengan dunia melalaikan.

Bangunlah, sedarlah, berjuanglah....kerana Allah Taala.

Abah, 29 Julai 06.

Monday, July 24, 2006

Cerita tentang percaya...

Sejak kebelakangan ini, hidup abah macam ada sedikit ralat. Ralat yang buatkan abah berfikir banyak benda dan mungkin akan buatkan abah bertindak melakukan beberapa perkara juga.

Dan ralat yang berlaku itu banyak mengundang abah untuk memikirkan satu perkara yang selama ini abah tidak ambil berat - rasa percaya. Ya, rasa kepercayaan kita pada orang lain.

Dalam mana-mana hubungan antara manusia, hatta dengan haiwan sekalipun, abah rasa kena wujud elemen percaya(both trust and believe). Walaupun kita tidak terlalu memandang itu, tapi itulah antara elemen penting yang menjaga hubungan antara 2 manusia. Tidak kiralah apa hubungan kita, tapi bila kita setuju untuk hadirkan diri dalam satu hubungan itu, kita secara relanya meletakkan elemen kepercayaan dalam hubungan. Bukan satu pihak, tapi dua-dua pihak. Dan rasa percaya itulah yang banyak mencantikkan hubungan kita.

Tapi sayang, kita kadang-kadang lalai, kita lupa nak menjaga satu elemen penting itu. We take things for granted, kata omputeh. Kita kadang2 buat benda yang boleh menggugat rasa percaya itu, samada sengaja atau tidak. Jika kesannya tidak besar, alhamdulillah. Tapi hanya kerana apa yang kita buat, rasa percaya itu hilang dari hati satu pihak lagi, abah rasa, that's it.

Apabila pasangan sudah tidak percaya pada pasangannya, apabila anak sudah tidak percaya pada ibubapanya, apabila adik sudah hilang kepercayaan pada abangnya, apabila sahabat sudah tidak percaya kawan - dan pada abah, samalah seperti makan madu yang tawar, tak ada ertinya dan serinya lagi hubungan itu.

Kalau mampu rasa percaya itu diletakkan semula dalam hubungan, alhamdulillah, itulah yang kita hendak. Tapi abah sangat yakin, untuk meletakkan atau restore semula kepercayaan itu sangat sukar. Apatah lagi sekiranya rasa percaya sebelum ini direntap dengan peristiwa yang sangat hebat kesannya.

Pesan abah untuk adik2 abah yang baca blog abah ini, dan juga untuk kawan2 yang sememangnya kawan abah, juga untuk diri abah sendiri - berhati2lah dengan yang satu ini. Jagalah kepercayaan orang lain pada kita. Jaga sungguh2 rasa percaya isteri kita, anak kita, ibubapa kita, ahli keluarga kita, sahabat kita, kawan2 kita, boss kita, dan siapa saja.

Manusia akan sanggup berkongsi banyak benda dengan kita bila rasa percaya itu ada dalam hati mereka. Dan jagalah rasa percaya itu. Jangan sesekali buat perkara yang boleh hilangkan rasa percaya itu.

Untuk adik2 abah, jangan semudah2nya letakkan kepercayaan pada orang yang kita rasa kita boleh percaya. orang2 sekitar kita yang mengaku rapat dengan kita itu tidak semuanya sanggup menjaga rasa percaya kita pada dia. Ada yang hanya berpura2 minta dipercayai, dan bila kita percaya, dia rentap rasa percaya itu sesenang hati.
Berhati2lah...

P/S: Bercakap tentang percaya ini, abah nak petik kata-kata Siti Nurhaliza(Siti lagi, adeihhh) yang abah tujukan khas buat Ummi, yang pada ketika ini, sangat abah rindui. Hanya Allah saja yang tahu betapa abah rindu pada Ummi, dan juga Muizz, dan betapa abah sangat berharap apa yang telah berlaku, tidak pernah berlaku.

Kata-kata itu..."Percayalah, kasihku lama tersulam, diruang paling dalam, terlalu jauh tak terserlah. Ku akui, dugaan datang jua pergi, relaku menghadapi, dengan harapan suci, doa bersemi..."
Jiwang la pulak lagi abah ni, maaf ya! Ekekekekkeke.

Abah, 23 Julai 06.

Wednesday, July 19, 2006

Cerita tentang andaian...

Hari ni abah nak menulis sikit(banyak gak sebenarnya) tentang kisah Mawi dan kaitannya dengan kita.

Kecoh kebelakangan ini cerita tentang Mawi putus tunang. Semua akhbar dan media bercerita, dari media utama negara hinggalah ke majalah picisan. Cuma abah tak pasti kalau Sin Chew Jit Poh atau Tamil Nesan bercerita juga tentang kisah Mawi.

Abah terima hakikat yang Mawi orang terkenal dan semua orang hendak tahu apa kisah hidup dia. Tapi abah rasa apa yang dibuat oleh pihak media kita tidak bagus. Mawi pun manusia juga. Dan dia wajar dihormati haknya untuk tidak menceritakan segalanya tentang peribadi dia.

Tapi itulah akhbar kita, dan mungkin itulah sifat orang kita. Bila empunya badan tidak mahu beri sebarang komen atau kenyataan, kita mula pandai buat komen dan spekulasi sendiri, hanya untuk kepentingan sendiri.

Bukan setakat dalam media sajalah, hatta dalam mailing list pun kecoh juga. Semua orang tiba-tiba 'kenal' siapa Mawi dan apa dah jadi pada dia. Semua orang tampil dengan teori sendiri, seolah2 mereka adik beradik atau kawan rapat Mawi. Abah rasa, jumpa Mawi pun mereka tak pernah, sementelah lagi nak tahu apa cerita sebenar Mawi. Tapi sebab dah memang tabiat kita suka nak buat2 cerita, suka nak fitnah2 orang(maaf cakap), maka kita buat juga cerita.

Kita buat cerita berdasarkan apa yang kita dengar dan baca, dan kita buat kisah ttg orang lain berdasarkan apa yang kita rasa. Kita tak fikirkan akan kebenaran dan kesahihan apa yang kita cerita. Pada kita, apa yang kita dengar dan tahu itulah yang betul. Mawi lupa diri, Mawi lelaki dayus, Mawi dah mabuk dgn populariti, Ina demand, Ina sakitkan hati keluarga Mawi, Mawi ini, Ina itu. Pendek kata semua yang tak seronoklah yang diceritakan.

Dan abah boleh faham apa yang Mawi dan keluarga terdekatnya rasa tentang apa yang dilaporkan dan diceritakan dalam media, atau dalam lapangan tak rasmi seperti mailing list atau di kedai kopi. Sedih. Itulah satu perasaan Mawi yang abah boleh pastikan. Sedih dengan manusia2 sekelilingnya yang hanya tahu membuat spekulasi dan cerita2 yang tidak betul. Abah bukanlah peminat Mawi, cuma abah rasa abah perlu hormati hak diri dia sebagai seorang manusia.

Abah mungkin tak boleh nak betulkan apa yang abah rasa tak kena dalam masyarakat kita, tapi abah harap pada anda yang baca blog abah ni, elakkan diri dari beri komen atau berkata sesuatu yang kita tak pasti sahih betulnya. Dia ada sebab untuk mendiamkan diri macam itu. Sekiranya dia cerita, kita terima saja cerita dia. Jika dia tidak cerita, kita hormati hak dia.

Abah bercerita tentang ini pun, sebab ada orang2 yang mengaku rapat dan baik dgn abah sendiri pun buat benda yang sama spt yang Mawi kena.

Abah dituduh itu dan ini, dikata itu dan ini, disyak itu dan ini, dan kesemuanya bukanlah benda yang sedap didengar. Hanya kerana mereka rasa mereka rapat dgn abah, dan mengaku kenal abah, maka itulah mereka boleh fikir macam itu tentang abah.

Abah tak salahkan mereka, tapi abah kalau boleh mintak mereka itu fikirlah dengan akal yang waras. Andai saja segala yang didengar dari mulut orang lain, atau andai saja apa yang mereka fikir itu tidak seperti apa yang nyata, hentikanlah perbuatan itu.

Abah tidak marah, sungguh abah tidak marah. Cuma terkilan, sebab orang yang mengaku baik dgn kita boleh syak kita yang bukan-bukan, sementelah lagi orang yang tidak kenal kita. Seperti kes Mawi, siapa-siapa saja boleh tiba2 mengaku kenal Mawi dan Ina, dan mula bercerita tentang apa yang dia 'tahu'. Dan kita percaya bulat2 apa yang mereka kata.

Andai betul nak tahu apa ceritanya, tanyalah abah sendiri. Kalau abah cerita, terimalah itu yang sebenarnya. Dan kalau abah memilih untuk berdiam diri, hormatilah pendirian abah. Bukan dengan membuat andaian-andaian sendiri, sekadar untuk menyedapkan hati kita.

Seorang sahabat dunia akhirat akan mendoakan kerahmatan dan keampunan Allah untuk sahabatnya, akan mengharapkan kesejahteraan hidup sahabatnya, akan mengimpikan kebahagiaan saudaranya, akan menegur demi kebaikan, akan membimbing kejalan yang diredhai Allah. Tapi bukan dengan memandang serong atau memfitnah.

Abah sehabis baik akan cuba menghormati hak dan diri mana-mana individu, apatah lagi individu yang bergelar kawan atau sahabat. Dan abah akan sentiasa memaafkan kesalahan sahabat abah, sebab abah tidak tahu bila abah akan dipanggil Allah. Abah tidak mahu dosa sahabat dengan abah tidak terampun bila abah meninggal. Kesian dengan sahabat2 dan kawan2 abah. Allah sudah tetapkan, dosa denganNya boleh diampunkan, asal saja kita bertaubat dan memohon ampun. Tapi dosa dengan orang lain, hanya boleh diampunkan oleh orang itu.

Dan abah mohon maaf secara terbuka pada mana2 individu yang terasa abah tidak menjaga hatinya, tidak menghormati haknya. Abah manusia biasa yang takkan bebas dari buat silap, sekuat mana abah cuba pun. Anda maafkanlah abah sebelum anda, atau abah pergi menghadap Ilahi.

Sekali lagi abah mohon dan sangat berharap agar kita semua(termasuklah diri abah sendiri) berusaha untuk tidak jadi manusia yang suka untuk membuat andaian, tanggapan, teori, spekulasi tentang individu atau perkara yang kita tidak pasti akan kebenarannya. Kita sendiri tahu apa hukumnya kita buat macam itu.

Kalau benar kita sangat ingin mengetahui, selidikah dengan cara yang betul. Kajilah dengan kaedah terbaik. Dan andai jawapannya tidak kita temui, terima saja hakikat bahawa kita tidak perlu ambil tahu perkara itu.

Kita sama-sama doakan seikhlasnya untuk saudara kita, dan sahabat2 kita, termasuklah Mawi. Moga Allah menjaga hati kita, menguatkan iman kita, memberi kebahagiaan pada hidup kita dan juga mereka yang dekat dengan kita, insyaAllah.

P/S: Abah terasa sangat sayu hati tiap kali abah dengar lagu Kembali dari Far East, dan abah tak tahu nak jelaskan kenapa. Kebetulan dalam HP abah ada lagu ini, dan Mu'izz sangat suka memasang lagu ini di HP abah. Mu'izz pun dah boleh hafal sikit2 lagu ini, dan abah harap satu waktu nanti, anak kesayangan abah ini akan faham sebaik2nya maksud setiap bait lirik lagu itu.

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah, Terangilahku dengan nur imanMu, Hanya Engkau tempat aku berserah, Mohon maghfirah didalam syahdu.

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, Ampunilah segala dosaku, Laksana buih dilaut memutih, Hanyut ditelan gelombang nafsu.

Bebaskanlah diriku dari dibelenggu dosa noda nafsu durjana.

Terimalah taubatku ya Allah. Pimpinlah daku kejalan redhaMu. Moga sinarMu terangi hidupku didalam kegelapan.

Aku kan kembali padaMu Rabbi, MengadapMu ya Rabbul Izzati. Segala ketentuan kupasrahkan dihujung penghayatan...
- Abah 17 Julai 2006

Cerita tentang meow-meow

Alhamdulillah, Allah beri abah peluang untuk bernafas dimuka bumiNya ini, dan peluang untuk abah menulis lagi pada blog abah.

Abah selamat tiba di Kuching hari Sabtu hari tu, dalam pukul 7 ptg. Ummi, Muizz bersama dgn pengasuh Muizz dan anak perempuannya hantar abah ke KLIA. Sempat la juga makan2 kat KFC KLIA tu sebelum abah naik flight.

Sampai Kuching, abah terus check-in ke hotel. Awek reception tu siap upgrade bilik abah ke suite lagi. Hehehe, agaknya sebab abah duduk lama kot, dan mungkin sebab hari tu masa dtg Kuching pun abah duduk sini.

Hilton Kuching macam biasa la, memang best, kena lak duduk suite. Tapi kalau ada Ummi dan Muizz ni sure lagi best, sebab bilik besar.

Breakfast kat sini pun OK, cuma sebab batuk abah tak pulih sepenuhnya lagi, so, tak banyak yang abah boleh makan. Staff sini pun baik2. Walaupun abah cuma berjeans lusuh dan bert-shirt sempoi, depa tetap layan abah macam guest lain. Nanti kalau batuk abah dah OK, abah nak makan betul2 makanan kat sini.

Hari ni abah tak buat apa. Lepas breakfast tadi, abah makan ubat. Dan sejam lepas tu, terasa mual. Dah mual camtu, apa lagi, tidur le. Hehehe. Bangun tidur lega sikit.

Petang ni rasa cam nak exercise skit. Ececece, sejak bila pulak abah mula nak bersenam nih. Dah sekian lama tak keluarkan peluh, tetiba nak bersenam pulak. Hehe, bukan apa, kat hotel ni ada fitness centre, dan pagi tadi abah dah gi survey skit. OKlah, kalau setakat nak guna threadmill tu, nak lari2 sikit. Untuk guest hotel free, tapi sebab abah tak bawak kasut dan baju untuk exercise, so, terpaksalah sewa benda2 tu ngan depa, RM10 sehari. Boleh la. Saja nak test juga kot2 abah rasa ok dgn fitness centre, boleh la nanti balik KL abah join mana2 fitness centre kat sana. Kurang2nya keluar la peluh sikit, dan abah sihat.

Oklah dulu, nanti abah update lagi kisah2 di Kuching meow meow nih.
- 16 Julai 2006

Friday, July 14, 2006

Cerita tentang Pah Bedah...

Hari ni takde apa nak mengepek, cuma nak melalut sikit tentang cerita drama pukul 7.30 petang kat TV3. Cerita orang gaji lagi. Pada sesiapa yang pernah ikuti cerita Orang gaji dulu, inilah sambungannya. Dan Pah Bedah, seperti biasala, tidak pernah gagal untuk buat abah ketawa. Mahu nya tak ketawa, setiap patah kata dan perbuatan dia memang boleh buat abah tersengih sepanjang cerita. Sejak dari siri 1 lagi hinggalah sekarang, Elly Suriaty memang bagus betul bawak watak Pah Bedah.

Hari tu masa tengok dengan Ummi, abah ada gak cakap ngan Ummi, "Kalau la kita boleh dapat orang gaji macam Pah Bedah, memang happening habis la rumah tu". Maksud abah bukan la happening apa, tapi mesti abah akan ketawa je hari2 kat rumah tu tengok gelagat si Pah Bedah. Tapi itu cuma angan2 sajalah sebab abah rasa, tak ada orang gaji macam Pah Bedah tu skrg nih. Mana ada dah orang tempatan nak kerja jadi pembantu rumah.

Yang sanggup nak jadi pembantu rumah cuma orang Indon dan orang Peleping(mak abah panggil orang Filipina). Orang2 kita tak nak kerja macam itu, tak standard agaknya. Ataupun mungkin sebab rasa tak bebas. Ya lah, duduk rumah orang, akan mesti terasa tak bebas juga. Dan kalau jenis orang yang jaga agamanya, mungkin kekok sikit, ya lah, kena tuan rumah yang bukan muhrim, susah juga.

Itu je la dulu untuk hari ni. Dan mungkin kalau takleh dapat internet di Kuching, abah akan diam untuk 2 minggu lebih ni. Esok abah akan ke Kuching. Ada kerja sikit. Balik dari Kuching kang, insyaAllah abah akan ke Sungai Petani lak. Hehe, tak sabar nak ke SP, sebab nak gi melawat keluarga angkat abah kat Baling. Kurang2 boleh gak merasa buah2an yang tengah bermusim sekarang nih.

Doakan abah selamat pergi dan kembali.

Sebelum abah lupa, semalam masa tolong Ummi kemas rumah, terjumpa majalah masa abah belajar dulu. Dan abah tertarik dengan satu tulisan dalam majalah tu yang bercerita tentang "A Father's Instruction for Life". Arahan yang pertama berbunyi, " Compliment three people each day." Arahan2 yang seterusnya akan abah update dalam post2 selepas ini.

Wednesday, July 12, 2006

Cerita tentang 'surrender'...

Ingat dah nak berenti menulis dah kat blog nih, tapi tangan ni gatal jek sepanjang sehari dua ni nak menulis jugak, nak mengepek jugak.

Abah ni memang takleh pakai la.

Tapi tatau nak tulis apa lak. Ingat nak mengepek tentang Pah Bedah, tapi nanti la abah mengepek tentang awek baru abah tu.

Hari ni nak letak benda alah ni je. Harap2 anda terhibur jugak la tengok klip Final Fantasy nih.



Monday, July 10, 2006

Cerita terakhir tentang hidup dan kehidupan...

Sepanjang setahun lebih sikit abah mengepek di blog abah ini, beberapa kali terjadi keadaan dimana tulisan abah jadi bahan yang sikit kontroversi yang akhirnya buatkan hidup abah sikit terganggu.

Sampai saat ini, abah tidak faham akan kesan dari epekan abah pada siapa yang membaca. Pada abah, abah hanya menulis pada blog yang abah cipta sendiri. Abah tidak pernah minta siapa-siapa yang membaca untuk ikut dan setuju dengan apa abah kata. Apatah lagi mengikut apa yang abah sarankan. Abah cuma menulis untuk diri abah dan Muizz satu hari nanti, insyaAllah. Dan kalau adapun sikit bahan yang boleh membuatkan manusia lain berfikir. Itu saja tujuannya.

Dan dalam mengutuk manusia lain, abah cuma menulis apa yang abah fikir, abah rasa dan abah perhatikan. Kalau ada yang terasa, itu secara kebetulan yang tidak pernah terniat untuk abah tujukan pada orang-orang tertentu.

Dan kalau mungkin tulisan atau epekan abah banyak menngecilkan hati siapa2 yang terasa, abah mohon ampun sekali ini.

Ini mungkin posting blog abah yang terakhir, sebab abah fikir abah perlu berhenti menulis, paling tidak pada blog abah ini.

Pada rakan2 blog yang rajin melawat, terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah kalau ada masa abah akan melawat dan mengomen blog anda, sekiranya perlu.

Untuk rakan2 nyata abah yang juga baca blog ini, terima kasih juga atas lawatan dan komen2 yang membina, dan meruntuhkan. Alhamdulillah, abah diberi kesedaran sebelum abah lebih jauh tersasar.

Selagi kita hidup, cerita tentang kehidupan tidak akan pernah ada penghujungnya...Dan didoakan moga pengakhiran cerita tentang hidup dan kehidupan setiap satu dari kita satu hari nanti, adalah cerita pengakhiran yang amat membahagiakan, insyaAllah.

-Abah Muizz, 100706.

Thursday, July 06, 2006

Cerita tentang gambar...

Abah dapat satu gambar yang abah rasa cantik. Kalau la abah boleh ambik gambar dan edit secantik ni, kan ke best.

Kalau anda nak tengok gambar-gambar lain yang cantik2, pergi la ke Photonarphy.

Cerita tentang pelajar wanita...

Abah petik peratusan ini dari akhbar Berita Harian hari ni.

Peratus pelajar wanita di IPT sesi akademik Julai 2006/2007

UUM – 73
UPM – 70
UKM – 67.7
UM – 60
USM – 60
Unimas – 60
UPSI – 60
UTM – 40

Terkejut? Tak.

Pelik? Pun tidak.

Bagus ke tu? Entah.

Kita tunggulah esok lusa isu ni diulas oleh orang2 bijak pandai. Abah nak gak tahu apa kisah dan pendapat mereka, sebelum abah mengulas ikut pemikiran dan rasa abah.

Wednesday, July 05, 2006

Testing You Tube



Minta maaf, jangan ada lak yang kata abah gila ke kemaruk raya ke atau buang tebiat ke.

Abah tengah nak test masukkan video dalam blog guna You Tube. Dan kebetulan lagu siti ni memang lagu feveret abah. Ekekekeke.

Tuesday, July 04, 2006

Cerita tentang isu negara...

Ada beberapa perkara yang menarik minat abah untuk abah mengepek dalam blog hari ni.

1. 1.2 juta penagih di Malaysia

Semalam abah tengok Buletin Utama, ada sikit isu tentang bilangan sebenar. Ada yang kata 1.2 juta, dan ada yang kata ratus ribu sahaja. Tapi tak kisah la kan apa bilangannya, yang penting kena ambil tindakan untuk berbuat sesuatu. Tak perlu bertekak berapa bilangannya sedangkan kita sendiri yakin, bilangannnya cukup ramai, dan yang paling menakutkan, majoritinya melayu Islam. Orang-orang bijak pandai kat dalam kementerian mana-mana tu, fikirlah dan kajilah idea terbaik untuk atasi masalah, untuk jangka masa panjang, bukan sekadar 'simpan bawah karpet' saja banyak benda. Ini antara masalah besar negara. Bagaimana nak atasi masalah penagih, dan pengguna dadah yang cukup ramai dinegara kita yang kita sayangi ini. Sayang ke kita kat Malaysia nih??

Sementara tunggu kerajaan buat sesuatu yang pastinya akan makan masa yang cukup lama, [Biasa la kan, gomen ni lembap sikit bab2 nak ambik tindakan utk kepentingan negara, tapi kalau bab2 untuk kepentingan peribadi, memang laju habis. Kalau tak percaya, tanya la sapa2 sedara yang kerja kat bahagian yang membuat pembayaran kepada syarikat2 swasta bila mereka siapkan projek kerajaan. Payment memang confirm akan lambat dengan pelbagai alasan tak masuk akal, tapi kalau jolok duit barang seribu dua, atau buat2 terbagi hadiah2 mahal, confirm esok lusa boleh dapat duit tuh. Itu belum masuk lagi dengan sapa2 yang terlibat bagi tender, hehehehe, lagi hebat reward yang perlu dibagi untuk dapat tender] apa kata kita ibu bapa ni berbuat sesuatu untuk hindari ahli keluarga kita dari terjerumus dalam gejala dadah ini.

Anak2 kecil kita tu kalau boleh kawal la siapa kawan2 mereka, jangan bagi mereka buat benda2 yang tak patut, contohnya, hisap rokok atau hidu gam. Cerita tentang hisap rokok, ingat masa abah umur 10 tahun. Itulah umurnya abah belajar hisap rokok. Allah Maha Kuasa, masa abah tengah syok belajar hisap rokok, terserempak la ngan abang abah. Dia balik report kat ayah. Tahu apa abah dapat?? Hehe, kenyang gak la makan pelempang sebijik. Dan alhamdulillah, sejak dari tarikh tu, abah langsung tak hisap rokok sampai la kehari ini.

Moral of the story: Kalau rasa dengan melempang atau merotan anak sesedap rasa tu dapat menghindarkan dia dari buat kerja bodoh dan untuk kebaikan dia, buatlah. InsyaAllah, dia akan hargai apa yang anda buat satu hari nanti. Betul, abah takkan lupakan jasa ayah menyedarkan abah akan bahaya merokok dengan satu pelempang.

2. 70% peratus graduan menganggur.

Zaman abah dulu ada juga kawan2 yang kerja tanam anggur lepas habis belajar, tapi alhamdulillah, belum sempat anggur masak, depa dapat kerja lain. Tapi dengar berita semalam, abah simpati dengan nasib adik2 abah yang masih menunggu anggur masak itu. 70% bukan sikit. Tapi abah yakin dalam 70% yang takde kerja tu, sebahagian besar mereka buat kerja2 lain juga, walaupun kerja tak setaraf kelulusan mereka, dan abah salute dengan mereka yang macam itu.

Abah tak pasti apa masalah sebenar sampai 70% takde kerja, sebab kalau belek akhbar hari-hari ada iklan kerja kosong.

Pada abah, faktor kelulusan tidak sesuai dengan trend market kerja sekarang, dan faktor 'apa yg calon boleh tawarkan pada syarikat' adalah dua faktor besar yang perlu diberi perhatian. Maksudnya disini, untuk adik2 kita atau anak-anak kita yang masih belum masuk universiti tu, nasihatkanlah mereka memilih kursus-kursus yang memenuhi trend pasaran kerja sekarang dan masa hadapan(kalau mereka memilih untuk makan gaji la). Tak salah pilih kursus2 spt IT, Business dan sebagainya, tapi kalau boleh pilih kursus yang lebih memenuhi keperluan kerja, lebih baik.

Dan bila mereka dah masuk U, pastikan mereka bangunkan diri mereka sepenuhnya. 4-6 tahun diuniversiti adalah masa untuk pertingkatkan kemahiran dan kelebihan diri.

Masa itulah nak belajar apa saja yang depa boleh belajar. Bukan setakat belajar kursus-kursus yang mereka ambil sahaja. Kuasailah seni berkomunikasi, seni menulis, seni pertahankan diri, seni sukan, seni muzik, atau apa2 lah samada yang ada seni atau tidak. Kalau rasa nak belajar seni bercinta pun boleh juga, tapi jangan la sampai cinta je dalam kepala 24 jam. Sebab seni cinta tu tak boleh nak tolong masa kerja nanti.

Hehe, ada satu lagi topik yg abah nak mengepek, tapi tangguh dululah untuk esok, banyak sangat dah abah mengepek, kang bosan lak baca, kan?