Tuesday, April 15, 2008

Cerita tentang terima...

"Pondan ke, tak pondan ke, makhluk Tuhan nyah!"

Itu antara dialog yang diluahkan dalam telemovie berjudul "Wali" yang abah tonton di Astro Prima 2 malam lepas.


Wali adalah cerita tentang seorang anak gadis yang mencari ayahnya untuk menjadi wali. Akhirnya dia ketemu ayah itu, namun ayah yang ditemuinya itu adalah seorang mak nyah a.k.a pondan.

Dari situ bermulalah episod sedih, tentang bagaimana anak yg tidak pernah kenal siapa ayahnya, akhirnya bertemu semula ayah yang siangnya membuka gerai, dan malamnya menjadi penyanyi dikelab, dengan berpakaian ala diva. Seperti diduga, dia tidak boleh terima apa yang dilihat. Namun akhirnya, kenyataan bahawa Hamzah a.k.a Madam Zaza itulah ayah kandungnya diterima dengan hati terbuka.

Dari situ juga bermula episod dilema seorang maknyah. Bila mana dipandang serong, dihina oleh masyarakat yang pada abah, cukup tinggi betul ego "kesempurnaan" mereka.

Ada beberapa perkara yang boleh abah rumuskan dari Wali.

1. Golongan mak nyah cuba menyampaikan kepada masyarakat bahawa diri mereka selama ini dihina. Mereka dikatakan golongan jijik. Semua manusia yang "sempurna" itu menolak diri mereka, keluarga menyisihkan, dan mereka terbuang.

2. Manusia yang takbur dengan kelebihan diri mereka juga membuktikan bahawa kenyataan diatas itu adalah benar berlaku.

3. Sebahagian masyarakat pula menerima mak nyah seadanya mereka. Diterima sebagai makhluk Allah yang diuji dengan ujian sebegitu. Walaupun kadangkala gelihati dengan telatah maknyah ini, namun itu bukan satu penghinaan.

Rasanya telah banyak abah mengepek tentang isu mak nyah ini, namun Wali membuka satu perspektif baru untuk abah mengepek. Bukan untuk salahkan mak nyah, tidak sama sekali, namun abah ingin lontarkan sikit pandangan yang abah pun tidak pasti samada abah bisa memperolehi jawapannya.

Berbalik pada perkara 1 diatas, mak nyah ingin mereka diterima. Dan alhamdulillah, hari ini, ramai anggota masyarakat yang menerima mereka. Walaupun abah yakin ada juga manusia yang mencemuh dan menghina, tapi itu bukanlah mewakili populasi keseluruhan yang menerima.

Dan berbalik pada soal penerimaan, sejauh manakah mak nyah ini mahu orang lain menerima mereka?

Teringat pada perbualan dengan seorang rakan internet abah beberapa hari lalu. Dia mengakui memiliki jiwa yang lebih pada perempuan, walaupun fizikalnya masih lelaki sejati. Itu bukan berita mengejutkan pada abah, dan abah boleh terima dirinya seadanya dia.

Tetapi bila soal "saya bahagia dengan lelaki pilihan saya" dijadikan modal perbualan. Abah mula memikirkan tentang tahap penerimaan yang dia ingin abah terima. Bila abah mula tunjukkan nada2 penolakan, maka kesimpulan yang dibuat, "I thought you are open."

Abah tidak tahu sesungguhnya sampai tahap mana mereka (mak nyah, gay, etc) ini mahu diri mereka diterima masyarakat. Adakah setakat menerima diri mereka itu dijadikan lembut oleh Allah, atau perlukan masyakarakat menerima hingga pada soal "dalam almari" mereka?

Bukan untuk bersikap tertutup, tapi abah fikir, sebagai orang Islam, kita ada tahap2 penerimaan kita pada satu-satu isu. Dan bila kita terpaksa tolak a.k.a tidak terima, bukan bermaksud kita menolak diri dia sebagai individu, tetapi kita tolak perlakuan mereka yang bertentangan dengan prinsip Islam yang kita pegang kukuh dalam hati dan jiwa sanubari.

Bila bercakap soal hinaan dan kejian pula, kenapa kejian dan hinaan itu terlontar dari mulut dan perbuatan orang lain? Memang ada yang mengeji hanya dengan mengetahui orang itu lembut. Tetapi rata2 yang lain akan mengeji bila mana melihat perlakuan2 yang tidak selari dengan ketetapan agama Allah. Berpakaian seperti perempuan, malah lebih dasyat dari perempuan. Berkeliaran di lorong2 gelap (yang abah tahu anda pasti tahu apa sebab dan tujuannya). Memilih untuk hidup dengan lelaki lain yang dianggap suami a.k.a laki.

Sebagai manusia berakal dan beragama, rasanya itulah yang jadi punca penolakan masyarakat pada mereka. Bukan sebab mereka lembut, tidak. Tapi sebab perlakuan2 yang telah abah nyatakan diatas.

Teringat pada satu hamba Allah yang abah kenali suatu ketika dulu. Seorang lelaki lembut yang menjadikan andaman, hiasan pelamin, dan catering sebagai sumber rezekinya. Seoang lelaki yang sangat bersopan dan berhemah percakapannya. Dan seorang lelaki yang juga sedar bahawa hidup didunia ini tidak lama. Abah hormati dia sebagai individu. Kelembutan itu adalah anugerah Allah pada dirinya, yang digunakan sebaiknya bagi mencari rezeki membesarkan adik2 yang masih kecil. Alhamdulillah berkat usaha gigih, dia tidak pernah gagal menjejakkan kaki ke Bumi Mekah hampir saban tahun. Bila abah tanya kenapa, kata dia, "Rezeki yang Allah bagi adalah untuk kita hidup, dan bersyukur pada Dia. Mana yang ada, gunakan setakat keperluan, dan selebihnya, berikan pada yang berhak."

Takat itulah dulu, abah nak siapkan kerja. Abah tahu isu sebegini tidak akan kemana. Ia akan jadi isu yang tersimpan dalam sanubari sahaja. Baik mereka yang lembut, nyah, gay dan sebagainya ini, ataupun dipihak manusia2 lain yang Allah jadikan sebaliknya. Abah cuma meluahkan apa yg ada dalam minda abah. Bukan untuk menyakiti hati sesiapa. Kalau abah salah, mohon dimaafkan dan diperbetulkan insyaAllah.

Dalam Wali, ada diselit sebuah lagu allahyarham Sudirman yang dah lama abah tak dengar.


Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lamam hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku


Friday, April 11, 2008

Cerita tentang surat cinta...

Tidak ada surat untuk dibaca, cuma surat2 cinta dalam bentuk klip video untuk tontotan rakan2 blog abah semua. Tengok, nilaikan, dan berbuatlah sesuatu. Semoga kasih sayang Allah tetap ada untuk kita.

Surat cinta I


Surat cinta II


Surat cinta III

Cerita tentang cerdas...

Sewaktu ke KL Book Fair 2008 di PWTC baru-baru ini, abah sempat sambar beberapa buah buku, salah satunya ialah buku tentang Emotional and Spritual Quotient (ESQ) karya Ary Ginanjar. Abah rasa pada mereka yang pernah menghadiri kursus ESQ yang banyak kali diadakan di Malaysia ini, abah rasa pasti anda punya saranan yang sangat tinggi untuk orang lain mengikuti kursus tersebut.

Abah berminat juga, tapi masa dan keadaan masih belum mengizinkan. Sebab tak dapat hadiri kursus itu, abah nak baca dulu bukunya.

Sekarang masih sedang membaca pun buku tersebut. Namun setakat apa yang abah telah baca, abah boleh cakap yang idea2 yang ada dalam buku itu cukup bagus. Idea2 itu kalau anda suka baca buku2 motivasi, pasti anda kata "biasa saja", tapi kerana Ary kaitkan idea2 itu dengan Islam, maka itu yang membuatkan idea2nya cantik dan menarik untuk kita hayati, dan ikut, insyaAllah.

Apapun, tunggu abah habis baca dulu, dan akan abah beri ulasan tentangnya, insyaAllah. Sementara itu, jika anda ingin tahu serba sedikit idea ESQ ini, tontonlah klip ini. Semoga ia mampu beri sikit manfaat pada kita pada hari Jumaat yg mulia ini.

Thursday, April 10, 2008

Cerita tentang cermin...

Hari ni abah cuma nak 'tampal' satu tazkirah yang abah dapat dari satu laman web yang bagus. Panjang juga tazkirahnya. Ingatkan nak letak semua kat post ni, tapi bila abah cuba main2 dengan blogspot ni untuk cipta satu expandable post, tak menjadi. Hehe, nak kena godek lagi la nampaknya skrip template abah tu.

Apapun, inilah tazkirahnya, berkaitan dengan cermin, bukan cermin apa, tapi cermin diri. Semoga mampu memberi manfaat pada kita semua insyaAllah.

Dalam kehidupan seharian kita, sering kali kita bercermin. Kita tidak pernah bosan melihat wajah yang sama, yang tidak berubah. Aneh bukan? Bahkan lebih daripada itu, hampir setiap kesempatan yang ada, kita bercermin. Mengapa? Ini kerana kita ingin selalu berpenampilan menarik dan sempurna. Kita tidak inginkan penampilan yang mengecewakan, apatah lagi lusuh dan tidak menentu.


Allah juga suka kepada penampilan yang indah dan lawa. Sabda Rasulullah S.A.W: “Innallaha Jamilun Yuhibbul Jamal – Sesungguhnya Allah itu indah dan meyukai keindahan”. Tetapi perlu diingat, kita sepatutnya menghindari niat untuk membuatkan orang lain terpesona. Bimbangnya orang lain menjadi tidak tentu arah, bahkan terpesong daripada niat sucinya. Nauzubillah. Tetapi hakikatnya selama ini kita sibuk bercermin topeng belaka - topeng make-up, seragam, kot, tali leher, serban atau hiasan lain. Memang benar, kita sibuk dengan topeng, namun tanpa disedari, kita sudah ditipu dan diperhamba oleh topeng buatan sendiri.

Kita sangat ingin orang lain menganggap diri kita lebih daripada kenyataan yang sebenar. Nampak lebih pandai, lebih gagah, lebih cantik, lebih kaya, lebih soleh, lebih suci dan lain-lain. Tetapi pada akhirnya, selain bersusah payah agar topeng tetap melekat, kita akan berasa tegang dan was-was. Kita takut topeng kita terbuka. Akibatnya orang tahu siapa kita sebenarnya. Tindakan tersebut tidak semuanya salah, kerana membuka aib sendiri yang telah ditutupi oleh Allah selama ini adalah berdosa. Yang penting, jangan sampai kita terleka dan tertipu oleh topeng sendiri. Oleh sebab itu, amatlah penting bagi kita untuk menjadikan saat bercermin itu bukan sahaja untuk menatap topeng yang kita amat-amati, tetapi juga saat untuk kita mengenali diri kita di sebalik topeng tersebut.

Sambungannya disini.

Wednesday, April 09, 2008

Cerita tentang surat lamaran...

Petang semalam, waktu abah merayau2 dalam internet, abah terjumpa satu kisah yang agak menarik dibaca. Kisah bagaimana seorang gadis bersetuju untuk menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang belum dikenali sebaiknya. Bukan sebab rupa, bukan sebab harta, bukan juga sebab pangkat kedudukan, apatah lagi sebab kepintaran. Tapi kata si gadis itu, lelaki itu dipilih, hanya kerana dia sedar yang dia cuma insan biasa. Insan yang tidak boleh janjikan apa2, kerana diakhirnya, Allah juga yang menentukan segala.

Dan bagaimana si gadis itu tahu tentang itu - melalui sekeping surat yang diberi oleh si lelaki. Inilah kandungan suratnya (yang telah abah edit sikit):-

Kepada Yang Dihormati ........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.

Assalamu'alaikum Wrb.

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan dengan cara ini. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Selepas itu silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ menginginkan anda ............ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anak saya kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan terus menyewa selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya.

Saya hanya manusia
biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh sebab itu, saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar ia menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga untuk menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah solat istiqarah berkali-kali, dan hati saya semakin kuat memilih anda.

Yang saya tahu, saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya ingin menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda solat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin.

Wassalamu'alaikum Wr Wb.

Apa perasaan anda membaca surat ini? Abah yakin kalau anda perempuan, anda pasti akan terharu dengan pengakuan ikhlas si lelaki. Abah tertarik dengan keikhlasan yang ditunjukkan dalam surat itu. Tidak ada bintang dan bulan yang dijanjikan sebagai tanda cinta. Tidak ada juga ketaksuban untuk meredah lautan api atau memanjat gunung Everest sebagai membuktikan sayang, seperti yang selalu orang lafazkan.

Apa yang tercatat hanyalah satu pengharapan dan juga satu keikhlasan, yang sekiranya dibaca dengan teliti, mampu menyedarkan kita bahawa kita semua ini hanya manusia biasa yang tidak punya apa2. Segala yang kita ada hanyalah kerana Allah memberikan itu pada kita, entah esok, entah lusa, boleh ditarik semula dari kita. Bukan bermaksud mahu menjadi manusia pesimis, tapi menjadi seorang hamba Allah yang yakin sepenuh hati, bahawa manusia perlu berusaha sebaiknya, namun pengakhirannya, Allah yang menentukan.

Cukup sekadar ini dulu, ada beberapa benda lagi yang ingin abah kongsi. Lain kali, insyaAllah.

Tuesday, April 08, 2008

Cerita tentang ibu...

Malam tadi, sedang abah tidur, tiba2 abah dengar Azim menangis. Abah tak pulak bangun sebab fikirkan ummi ada. Tapi bila azim masih juga menangis, nak tak nak, abah bangun juga. Rupanya ummi ada kat dapur waktu itu.

Abah tahu Azim lapar susu, tapi abah tak boleh nak buat apa, sebab cuma ummi saja yang boleh susukan Azim. Dan ummi masih didapur. Bila dah tak tahu nak buat apa, abah bagi air masak. Tapi azim memilih, dia tak suka air masak. Datang rasa marah juga dalam hati. Haha, betul, abah tak tipu. Abah tahu abah tak patut marah, tapi abah manusia lemah, datang juga rasa marah. Nak marah siapa pun tak tahu. Sebab bukan salah siapa2.

Akhirnya, abah dukung Azim, berjalan kehulu kehilir dalam rumah. Alhamdulillah dia terus senyap. Dan akhirnya dia pejam mata semula. Selepas itu baru ummi muncul. Ummi jemur kain rupanya didapur. Salah abah juga sebab terlupa nak jemur kain2 tu sebelum tidur.

Jadinya peristiwa macam itu, baru abah sedar bahawa bukan mudah menjadi ibu. Dulu waktu Mu'izz, kami tidak banyak masalah kerana Mu'izz jenis kalau tidur, dia akan tidur sampai pagi. Tapi dengan Azim, ummi kena banyak berkorban, sebab Azim jenis senang terjaga, dan kerap jaga malam.

Dan abah, all this while, cuma tahu tidur saja.

Memang betul sangat-sangat kata orang, ibu itu terlalu besar jasanya pada kita. Abah tak tahu waktu abah kecik dulu macammana. Kalau abah macam azim yg suka berjaga malam, terbuktilah bahawa mak memang sangat2 besar pengorbanannya untuk abah.

Abah sebagai bapa pun kalau diberi keadaan macam itu tiap2 hari, rasanya satu hari naik bosan dan marah juga abah. Tapi alhamdulillah, Allah berikan orang perempuan ini banyak kelembutan dan kasih sayang. Sebab itu ibu2 ini boleh tahan dan boleh berkorban demi anak2, biarpun diri mereka kadang2 terseksa.

Untuk abah-abah dan suami2 diluar sana[termasuk abah sekali lah], sesekali tu cuba2lah perhatikan bagaimana isteri jaga anak kecil. Sebab kalau kita perhatikan betul2, nescaya kasih sayang kita akan bertambah2 untuk isteri, dan juga anak2. Masakan tidak, kerja menjaga anak kecil sebenarnya tidak mudah. Sementelah lagi untuk ibu yang bekerja. Tapi mereka boleh buat, dan mampu buat yg terbaik, demi kasih sayang dia pada anak kita, dan juga demi kasih sayang dia pada kita.

Sebab kalau dia tak sayang, boleh saja dia letakkan anak kecil dengan pembantu rumah kita, atau bila anak menangis, dia berikan anak itu pada kita untuk kita layan. Tapi banyak isteri tidak buat benda itu. Sepenat mana pun dia, akan masih tetap dijalankan tanggungjawab yang sepatutnya dua2 orang pikul.

Syukur ya Allah padaMu, kerana kami diberikan ibu2 yang sangat menyayangi, dan kami juga dikurniakan isteri2 yang sangat mengasihi. Bukan sekadar kasih dan sayang pada zuriat kami, tapi juga pada diri kami. Semoga rahmat dan kasih sayang Mu untuk isteri dan ibu kami tidak akan pernah putus.

Untuk ibu-ibu dan isteri2 solehah diluar sana (khususnya buat ummi) - abah tabik pada anda semua!

Friday, April 04, 2008

Cerita tentang 1 2 3 4...

Semalam, abah ada mesyuarat dengan pihak tentera di Bangunan Mindef, berkenaan dengan program "joint venture" antara syarikat abah dengan Kementerian Pertahanan. Tak nak la cerita apa isi 'meeting'nya, walaupun abah sesekali rasa gelihati juga melihatkan gelagat manusia yang bermacam2 ragam dalam mesyuarat itu.

Pendekkan cerita, lepas mesyuarat, abah cuba telefon seorang sahabat baik abah waktu belajar dulu, yang kebetulan bekerja di Mindef. Abah saja mencuba nasib, dan alhamdulillah, hajat kami nak bertemu sampai juga akhirnya. Bertemu sahabat lama, menceriakan abah sungguh2. Masakan tidak, dah hampir 12 tahun kami tak berjumpa. Seolah2 banyak saja cerita yang nak dibualkan.

Bermula dengan cerita tentang keluarga masing2, kemudian berpindah pada nostalgia waktu belajar. Dan inilah rasanya part yang paling best. Biasalah kan sesekali melayan nostalgia silam. Macam2 cerita yang abah lupa tapi dia ingat, dia lupa tapi abah ingat - yang keluar dari mulut masing2. Itu belum masuk cerita yang kami masih sama2 ingat. Hahaha, banyak cerita kelakar, tapi tak nak ceritalah, nanti ada org bosan pulak baca.

Tapi selepas bercerita tentang nostalgia lama, kami masing2 terdiam. Masing2 seolah2 mencari idea apa lagi nak dibualkan. Nak berbual tentang politik, boleh la sikit2. Nak berbual tentang sukan, abah bukan jenis gemar sukan. Jadinya, sepanjang 1. 5 jam kami berjumpa sambil makan tengahari, hampir 70% cerita lama yang keluar semula.

Hanya selepas kami masing2 balik ke pejabat, baru abah sedar, banyak benda yang abah nak tahu tentang dia, tentang kerjayanya, tentang keluarganya. Abah tak tahu samada dia pun nak tahu perkara yang sama dari abah. Tapi tak apa, insyaAllah pertemuan semula kali pertama ini akan disusuli dengan pertemuan2 lain nanti. Sebagaimana yang pernah abah katakan pada dia satu ketika dulu, "engkaulah sahabat aku dunia akhirat", abah akan cuba usahakan semoga itu jadi kenyataan yang disedari oleh abah, dan juga sahabat itu.

Oklah, cukup setakat itu dulu. Tidak ada apa2 pedoman dari cerita ini, sekadar menceritakan kegembiraan hati abah bertemu sahabat lama.

Dan bercerita tentang sahabat lama ini juga, ini adalah lagu yang cukup kami suka. Bukan kami saja rasanya, satu blok asrama kami pun suka lagu ini sebenarnya waktu itu. Hampir setiap hari akan dengar lagu ini didendangkan secara langsung dari bilik air. Hahahaha. Dan mungkin untuk rakan2 blogger sebaya abah, lagu ini juga salah satu nostalgia anda.


1234 - Aris Ariwatan

Satu... kasih nan abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara...

Thursday, April 03, 2008

Cerita tentang gangguan...

Sejak bangun dari tidur pagi tadi, abah rasa macam ada yang tak kena dengan diri abah. Abah rasa abah tahu apa yang mengganggu fikiran, tapi abah tak fikir perkara2 itu yang buatkan abah rasa macam ini. Tapi abah tetap buat aktiviti2 yang biasa abah buat hampir setiap pagi.

Waktu memandu tadi pun, macam biasa, abah bukak radio ikim. Tapi entah apa tak kena pada radio tu pagi ni, abah tukar mendengar CD. Zahirnya abah mendengar, tapi realitinya, abah tak dengar pun CD tu. Tapi tak kisahlah kan, biasalah macam itu dak!

Sampai saja dipejabat, bila abah bukak pintu kereta belakang nak ambik beg abah. Tu dia, dua buah beg sekolah Ahmad Mu'izz tersusun elok bersebelahan beg abah. Aduihhhh mak. Macamana abah boleh lupa singgah rumah pengasuh Mu'izz untuk hantar beg sekolah dia. Dah jadi macam itu, abah nak call la rumah pengasuh nak bagitahu abah nak balik hantar beg. Seluk poket seluar, handphone pulak takde. Mana handphone?? Tinggal kat rumah la pulak. Aduihhhh mak sekali lagi.

Bila dah jadi macam ini, memang betullah apa abah rasa, memang ada benda tak kena hari ni. Hahahahah, nampak gayanya gangguan yg ada dalam fikiran abah ni nak kena diselesaikan juga hari ni, atau abah buang saja terus dari minda.

Oklah, abah nak balik hantar beg sekolah Mu'izz pulak. Dia dah merajuk la tu agaknya, sebab takde beg nak pergi sekolah agama pagi ni.

Abah...abah....

Tuesday, April 01, 2008

Cerita tentang hiba...

Kebelakangan ini banyak kisah yang menyedihkan terjadi. Kalau nak dikira bukan kebelakangan ini sajalah, tapi sepanjang masa. Tidaklah menyedihkan sampai meratap meraung, tidak. Tapi menyedihkan yang buat jiwa hiba.

Abah rasa anda tentu terbaca berita bayi dibuang kedalam tong sampah berhampiran Sogo baru-baru ini. Sedih. Disebalik sekian banyak cerita2 duka moral anak2 bangsa, berita ini antara yang menghibakan.

Menonton TV juga seringkali menambah lagi rasa hiba, bila mana tudung dijadikan satu bahan jenaka oleh orang2 popular Malaysia. Abah tidak tahu apa niat masing2, tapi apabila isu tudung atau tutup aurat jadi bahan lawak, abah rasa sangat sedih. Ada yang bertudung tapi tidak menutup aurat. Ada pula yang bertudung bila mana rasa nak bertudung, bila rasa tak mahu, dia togelkan kepalanya. Ada juga yang sebab berlaku sesuatu yang tidak diingini, terus buka tudung. Abah tak tahu apa sebabnya. Tapi yang abah nampak, perbuatan itu sebenarnya lebih kepada tanda protes pada Allah. Nak kata tak tahu hukum, mustahil. Kebanyakan idola2 pada remaja ini beri alasan yang cukup retorik - "saya belum bersedia lagi". Kalaulah ini alasan yang diberi oleh orang2 bujang bila ditanya, "Bila nak kahwin?", abah akan cukup faham. Tapi, bila soal tutup aurat diberi jawapan sebegitu, hmmm.....

Buka kerja abah nak menilai orang. Tapi pada abah, benda yg kita memang dah jelas hukum hakamnya, kenapa nak perlu datang 'seru' baru nak buat. Apakah ajaran, ilmu2 yang dipelajari dan diajari selama ini masih belum mampu bangkitkan 'seru' itu? Atau apakah janji2 dan amaran2 Allah dalam AlQuran itupun masih belum cukup untuk mendatangkan 'seru'? Itu baru soal menutup aurat, belum kira soal solat, puasa dan sebagainya. Kalaulah ibadat2 itupun nak tunggu "nantilah bila saya dah bersedia", akan buatkan kita semua makin sedih.

Dan berita tentang Safiah yang pintar itu dipaparkan dalam akhbar2 sehari dua ini, menambah duka yang ada.

Mendengarkan nasyid dari Far East yang dikongsikan oleh beberapa rakan abah, lebih2 buat abah sayu.



Semoga Allah ampunkan segala dosa2 kita, dan semoga Allah beri kita kekuatan dalam melayari hidup kita ini dijalanNya. Semoga bukan sekadar kesedaran yang Allah datangkan dalam jiwa kita, tapi juga keazaman dan kesungguhan dalam beristiqamah melaksanakan segala ibadat keranaNya, insyaAllah.

Semoga kita semua dalam rahmat kasih sayang Allah sentiasa.

p/s: Karya lain Far East yang juga senantiasa buat abah sayu.

Thursday, March 27, 2008

Cerita tentang perwatakan...

Kejap ni, sedang abah menikmati minum petang (uiks, sejak bila lak ada sesi minum petang nih?) di pejabat, abah baca satu emel, yang bertajuk "Bila hati sudah mati.". Baca punya baca, ingatkan tazkirah, rupanya kisah tentang bagaimana seorang isteri dimadukan dan disisihkan suami hinggakan meninggal pun suami tak jenguk. Malam itu si isteri nazak, malam itu jugalah si suami naik flight ke Perancis untuk berbulan madu dengan isteri muda.

Membaca emel itu, buat abah teringat kepada 2 cerita yang abah tonton diTV baru-baru ini. Cerita pertama, Ihsan tajuknya, disiarkan di TV3. Berkisah tentang si Tanggang moden. Cerita ke2 pula bertajuk Mencari Syurga yang disiarkan di Astro Prima. Kisah bagaimana hidup 3 wanita yang bermadu bila mana isteri paling muda cuba memporakperandakan rumahtangga 2 yang lain.

Apa kesamaan ketiga2 kisah ini? Tidak ada samanya dari segi kisah, tapi dari segi pengajaran, abah rasa banyak kesamaan.

Pertamanya, dalam hidup ini, jangan sesekali meninggi diri. Tak selamanya kita akan cantik, muda, kaya, bahagia, disayangi. Akan sampai ketika kita akan hilang semua itu.

Keduanya, orang tua, perlulah dihormati oleh yang muda. Apatah lagi jika yang tua itu, ibu bapa kandung sendiri. Amaran Allah dan pesanan Nabi juga sudah sekian banyak tentang perilaku kita pada ibu ayah.

Ketiganya, dalam berumahtangga, jangan sekali2 faktor cantik, muda, berharta, pandai dsbnya itu dijadikan asas perkahwinan. Yang cantik tidak mustahil akan hodoh suatu
hari, yang muda pastinya akan berkedut juga kulitnya nanti. Begitu juga yang berharta dan pandai. Semua itu tak siapa berani jamin akan kekal lama. Letakkan agama paling atas sekali dalam membentuk rumahtangga. Supaya satu hari nanti, hati kita tidak akan terpaling dari pasangan, hanya kerana nawaitu kita sewaktu memilih dia adalah bukan kerana agamanya.

Balik pada ketiga2 kisah tadi, terlintas difikiran abah, "Masih wujudkah lagi manusia yang berperwatakan seburuk itu - menendang ibu kandung, memisahkan suami dgn isteri tua, membiarkan isteri menderita hingga ke akhir hayat? Kalau ikut pengalaman, susah nak percaya. Tapi kalau difikir sebetulnya, abah rasa masih ramai diluar sana yang berperwatakan sebegitu.

Semoga Allah jauhkan kita dari sifat2 sebegitu insyaAllah.

p/s: Ini wallpaper laptop abah yg terkini.

Friday, March 21, 2008

Cerita tentang cinta tidak kesampaian...

Pagi ini, waktu dalam perjalanan kepejabat, abah dengar satu tazkirah di radio IKIM.fm. Tidak keterlaluan abah katakan kalau itulah tazkirah yang terbaik pernah abah dengar di radio itu. Masakan tidak, bergenang air mata abah mendengarkan tazkirah itu.

Abah tidak tahu apa topik sebetulnya, namun ia berkisar pada kecintaan kita pada Rasulullah s.a.w.

Abah cuba untuk berkongsi apa yang disampaikan dalam tazkirah tadi, tapi abah gagal. Abah taip, dan abah padam. Abah taip lagi, dan abah padam lagi. Mungkin bukan rezeki anda untuk tahu apa yang abah dengar.

InsyaAllah jika anda berpeluang mendengar tazkirah itu (sekiranya diulangsiar oleh pihak IKIM.fm), abah pasti hati anda juga akan tersentuh.

Betapa nipisnya rasa cinta kita pada Rasulullah s.a.w.....



Wednesday, March 19, 2008

Cerita tentang matang...

Abah baru siapkan satu kerja penting yg perlu dihantar hari ini. Alhamdulillah. Dan sebagai imbuhan (haha, sejak bila pulak ada imbuhan peribadi nih?), maka abah nak ambik sikit masa kerja untuk mengepek disini.

Abah ke bilik pantri kejap tadi, dan tersembang la dengan seorang rakan pejabat tentang politik negara. Bukan sembang apa pun, kawan tadi bagitahu abah, salah seorang ahli politik yang digugurkan dari menjdi menteri kabinet, dikhabaranginkan telah keluar parti dan meletakkan jawatan parti yg dipegangnya.

Pada abah, itu bukanlah aksi mengejutkan dalam senario politik Malaysia - sebabnya yg abah nampak, politikus dinegara kita ini memang ramai yang tidak matang, walaupun dah berpuluh tahun dalam parti. Waktu mereka berkuasa, dan politik tidak gawat, susah nak nampak ketidakmatangan mereka, tapi bila mereka dah hilang kuasa, dan bila keadaan sikit gawat, maka muncul lah berbagai adegan yg menunjukkan betapa tidak matangnya mereka. Atau lebih tepat kalau abah kata, ketidakikhlasan mereka dalam berpolitik mula menunjukkan rupa.

Kalah pilihanraya - menangis sampai tak keluar rumah. Bertukar kerajaan - habis dokumen dimusnahkan. Tak dapat jadi menteri - keluar parti. Tak jadi menteri penuh - tolak jawatan timbalan menteri. Tak dapat jadi MB pun kecoh satu malaya. Dan abah percaya anda semua dah saksikan perkara-perkara ini berlaku.

Dan kalaulah mereka kaji, itulah sebenarnya antara seba
b besar pengundi pakat2 kenakan BN kali ini. Bagus jugalah sebenarnya mereka tunjukkan nilai diri mereka sekarang ini, sekurang2nya apa yang diperkatakan sebelum ini, sudah ada bukti kukuh.

BN sebagai kerajaan sangat perlu menghapuskan orang2 sebegini. Rakyat tidak perlukan wakil2 sebegini. Abah tidak nampak isu lain bila mereka melatah dan buat tindakan yg mereka rasa betul. Yang abah nampak, mereka melatah sebab mereka rasa yg mereka sudah tidak berkuasa, atau mereka sudah tidak lagi boleh 'berkepentingan' dalam banyak hal.

Nak persoalkan keikhlasan mereka pun, rasanya patut juga. Kalau abah salah, tolong betulkan, tapi abah tak nampak mana ikhlasnya perjuangan mereka sebagai wakil dan pembela rakyat, bila mana, tanpa jawatan - mereka berpaling diri, tanpa jawatan - mereka lontarkan kekecewaan. Pada abah, kalau betul perjuangan mereka ikhlas, tidak akan terjadi episod2 sebegini. Tambahan lagi mereka itu kebanyakannya melayu islam. Dan bila merujuk pada poliTIKUS melayu islam ini, segan pulak abah pada bekas KM Pulau Pinang.

Tentang barisan kabinet baru, abah rasa, apa yang terbentuk ternampak perubahan yang ingin dilakukan. Abah berharap menteri2 baru ini akan dapat menjawab banyak persoalan dan permasalahan yang rakyat utarakan. Henti2kanlah memegang jawatan menteri atau apa saja jawatan pun, kalau sekadar untuk kepentingan diri sendiri serta anak beranak. Rakyat malaysia hari ini bukan masyarakat kayu yang tidak nampak apa yang jadi. Abah doakan semoga keadaan politik diMalaysia akan jadi antara yang menjadi kebanggaan setiap rakyat.

Semoga kepentingan setiap orang, tanpa kira bangsa, agama, budaya, dan status akan terbela. Semoga isu Islam dan Melayu tidak akan terus timbul jadi isu yang tidak menyenangkan kami.

Itulah saja kot epekan kali ini. Ada kerja lain nak kena siapkan juga ni. Jumpa lagi nanti, insyaAllah.

Friday, March 14, 2008

Cerita tentang anak...

Seperti yang abah janjikan, ini abah letakkan gambar buah hati terbaru abah untuk tatapan mereka yang sudi.

Walaupun abah tidak mahir ambil gambar, dan tidak minat sangat pun mengambil gambar, apatah lagi bergambar, namun untuk anak2, ada sikit kekecualian disitu. Ada satu rasa kepuasan bila dapat 'capture' wajah anak2. Bukan setakat itu saja, waktu abah berjauhan [atau berdekatan sekalipun], bila abah belek2 semula gambar2 anak dalam album atau laptop abah ini, akan datang satu rasa aman, rasa tenang, rasa bahagia menyusup masuk ke jiwa.

Untuk Mu'izz dan Azim, selain Ummi, abah sangat berharap agar kalian berdua dapat menjadi teman terulung hidup abah. Walaupun banyak ketikanya abah marah, abah berleter atau abah pukul, tapi tidak sekali-kali abah 'pindah'kan kalian jauh dari hati abah. Bagaimanapun dan apapun yang terjadi, anak2 abah akan tetap dekat dihati abah dan ummi.

Semoga Allah tidak uji kami dengan ujian yang berat bersabit anak2 ini, insyaAllah.

Untuk anak2 abah berdua ini, andai kata satu hari nanti sudah boleh faham erti kasihsayang, maka fahamilah kata-kata dibawah ini, yang abah tujukan khas buat kalian.



Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaan mu
Seindah kejujuranmu

Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Maka kudup penantianku
Hadirnya teman sejati

Melangkah kita menjejak mimpi
Bahgia berdiri dengan mu di sisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Chorus :
Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak ingin ku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

Wednesday, March 12, 2008

Cerita tentang ajaib dan kuasa...

Tadi abah terima satu emel berkenaan keajaiban yang berlaku bilamana seorang bayi, Carolyn Isbister yang dilahirkan pramatang, tidak diberi harapan tinggi untuk hidup lama. Doktor kata, "All the signs were that the little one was not going to make it." Tapi kuasa Allah, tidak ada manusia yg boleh menduga kebesarannya. Hanya kerana si bayi diletak atas dada si ibu, dan kerana kuatnya kasih ibu pada anak itu - Allah perlihatkan kekuasaanNya.

Pernah juga abah terbaca tentang kes yg sama dimana seorang bayi mengalami keadaan yg sama. Doktor tidak beri harapan. Tapi si abang pada bayi itu menyanyikan lagu yang selalu dinyanyikan sewaktu anak itu didalam perut ibunya. Akhirnya, bayi itu hidup seperti bayi2 lain.

Tengoklah, Allah banyak sangat beri petunjuk pada manusia akan kekuasaan dan kehebatanNya. Tanyalah siapapun, tiada siapa yang boleh jelaskan kejadian2 yang ajaib ini. Sains sendiri tidak mampu berikan jawapan.
Jika kita lihat cermin dan pandang diri kita sendiri, disitupun sudah sekian banyak tanda kekuasaan Allah.

Sayangnya disebalik itu semua, masih ramai lagi yang ingkar...hinggakan abah sendiri kadang jadi tak faham macamana ramai manusia gagal untuk melihat ini.

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, JADILAH LALU TERJADILAH', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" [al Anaam: 73]

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [Al- Fushshilat]

Monday, March 10, 2008

Cerita tentang PRU...

Setelah agak lama bercuti, hari ni abah kembali bekerja. Kalau dulu waktu bersekolah, time buka sekolah selepas cuti penggal, memang liat nak kesekolah, kali ini pun sama - rasa liat sangat nak kepejabat pagi tadi. Tapi dalam liat-liat pun sampai juga dipejabat. :-)

Belum sampai sejam duduk kat ofis ni, dah teringat kat si kecik abah dirumah tu. Rindu la pulak. Dengan si abangnya pun. Tadi sebelum abah bergerak ke tempat kerja, sempat lagi dia pesan, "Abah, nanti balik kerja abah masak ek. Ahmad lapar."

Tutup bab peribadi, nak bercerita sikit tentang soal pilihanraya. Abah bukan orang politik pun, dan memang tidak minat politik. Tapi dalam tak minat itupun, abah masih tertarik mengikuti perkembangan pilihanraya. Tak mahu komen banyak pasal keputusan pilihanraya, sebab semua orang dah kata, "mengejutkan".

Cuma abah sebagai salah seorang daripada jutaan 'silent majority', sudah boleh agak benda itu akan terjadi. Dan ada banyak sebab kenapa jadi begitu. Bukan sebab golongan ini taksub pada mana-mana parti (sebab itu jadi 'silent majority'), tapi sebab dah naik muak dan bosan lihat apa yang berlaku. Dan kerana bimbang kami akan mati kebosanan, maka ramai memilih untuk beri pengajaran pada BN. Pengajaran bahawa jangan pandang remeh isu2 yang dikemukakan pembangkang. Apa yang diluahkan perlukan jawapan dan tindakan. Bukan jawab dengan tayangkan iklan2 kempen yang sangat memualkan itu di TV dan akhbar.

Baru2 ini Ummi dimasukkan ke wad kerana demam denggi. Sepanjang abah menemani ummi di wad itu, selama itu jugalah abah menyaksikan iklan-iklan kempen oleh BN di mana2 saluran TV Malaysia, yang pada abah, iklan itu menarik dari sudut artistiknya, tapi dari sudut mesej - sungguh memualkan. Memetik komen Annuar Zaini dari Bernama, mesej2 sebegitu cuma berkesan dizaman Tunku dan Tun Razak. Zaman ini bukan masanya lagi rakyat disogok dengan benda2 yang akhirnya akan buat semua pengundi naik muak dan bosan. Abah rasa kerajaan BN gagal untuk melihat itu.

Soal Kelantan, tak payah sebut la kan. Hampir semua cerita di TV dan akhbar adalah mengenai Kelantan yang dianggap tidak maju. Nak tergelak juga abah rasa bila tengok apa yang disiarkan. Masakan tidak, walaupun abah bukan rakyat Kelantan, tapi tiap kali abah balik ke Kelantan, abah kagum dengan apa yg ada disana. Dari segi kemajuan, tidak kurangnya banding negeri2 lain. Jadi kalau soal nak bawa kemajuan ke Kelantan, abah sudah nampak dari awal2 lagi yang BN tak akan menang disana. Bukan sebab orang kelantan tolak kemajuan tambahan, dan bukan sebab orang Kelantan sudah sangat selesa dengan PAS, tapi sebab rakyat tidak yakin dengan BN akan jadikan negeri mereka lebih baik dari segenap segi. Itu sahaja. Cuma agak terkejut sedikit bila Dr Awang Adek kalah, sebab kata ibu mertua abah, Dr Awang Adek itu bagus sewaktu menjadi Ahli parlimen Bachok.

Abah ni mengepek soal pilihanraya ni, abah tak balik mengundi pun. Camna nak mengundi, Ummi tak sihat. Abah tak sanggup nak balik kampung semata2 sebab nak mengundi dan tinggalkan Ummi serta anak2 di Sg Buloh. Dan abah tak menyesal pun tak balik mengundi. Sebab kalau abah balik, sudah pastinya abah akan serba salah. Serba salah sebab, hampir keseluruhan kaum keluarga abah di Trg itu adalah penyokong2 setia BN. Abah akan jadi serba salah, sebab abah tahu jika mengundi, abah tidak akan pilih BN disitu. Sebabnya?? Haha, ada banyak sebab, dan salah satunya ialah kerana calon PAS dikawasan abah, adalah seorang yang baik dan boleh dicontohi. Calon BN pula, hahaha, no komen, nanti jadi mengumpat pulak.

Tapi abah ralat la sedikit, bila kaum keluarga abah dikampung jenis fanatik dengan parti tanpa melihat calon yg bertanding. Abah tahu mereka nampak kekurangan calon BN dikawasan abah itu, tapi kerana sayangkan parti, mereka bekerja kuat juga untuk pastikan BN menang. Dan BN memang menang disitu. Cuma abah harap, calon BN N28 Paka yang menang tu, supaya tukar2lah sikit cara bekerja untuk rakyat tu. (Itupun kalau dia baca la kan repekan abah ni!). Harap2 selepas kemenangan ini, rakyat jelata tidak lagi melihat sebuah 'mansion' jutaan ringgit dibangunkan dikawasan itu. Sebab kalau ada, insyaAllah, pilihanraya ke13 nanti, abah pasti BN akan kalah tersangat teruk disitu.

Eh, panjang la pulak merepek. itu saja dulu untuk kali ini. Nak sambung dengan kerja2 pejabat yang banyak menanti ini. Sighhhhhhh...

Tuesday, March 04, 2008

Cerita tentang ahli baru...

Setelah sekian lama menyepi dari blog ini, hari ni alhamdulillah, abah diberi sikit kesempatan untuk mengepek sepatah dua kata (sepatah dua ke??). Bukan ada perkara menarik pun, sekadar ingin memaklumkan pada rakan2 blog. Walaupun mungkin ramai yang dah tahu.

Tanggal 22 Februari yang lepas, alhamdulillah, keluarga abah menerima seorang lagi ahli baru. Bukan menantu yek. Tapi ahli baru yang berbinkan abah. Disekian banyak rasa risau dan teruja dalam hati, kurang lebih pukul 6.45 petang, abah dapatlah melihat insan yang kami tunggu2 selama ini muncul didepan mata. Alhamdulillah, segala puji buat Allah. Kedua-dua ummi dan baby sihat waktu itu, walaupun berat baby cuma 2.56 kg saja.

Dan hari ini, hampir 10 hari abah hidup dengan ahli baru itu. Satu perkara saja yang bermain dalam hati abah - gembira. Masakan tidak, dalam kami tidak diberi harapan untuk menimang zuriat lagi oleh para doktor, selepas Mu'izz, Allah Maha Pengasih masih beri kami ruang untuk itu. Ummi pun abah rasa berkongsi perasaan yang sama dengan abah. Cuma ummi tidak sangat dapat tunjukkan keterujaan kerana masih perlu banyak berehat (walaupun hakikatnya abah tak rasa ummi punya rehat yang cukup). Kesian Ummi. Allah saja yang mampu membalas jasa2 Ummi pada abah dan anak2.

Dan abah rasa, anda mesti nak tahu juga kan, apa nama yang kami beri pada gerangan si buah hati terbaru ini? Dan ada kemungkinankah abah tukar nama blog abah ini? Hahaha.

Setelah menimbang2kan beberapa nama selama beberapa hari, akhirnya abah, ummi dan Mu'izz memilih untuk menamakan insan terbaru itu sebagai Ahmad Azim Hafiz.

Dan untuk blog, rasa2nya abah akan kekalkan nama yang sama. Nanti kalau abah panjang umur, dan kalau Azim tanya, pandai2lah abah menerangkan. Ekekeke.

Jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan atas doa dan harapan. Atas ucapan tahniah dan lawatan yang sekian banyak kami terima. Terutamanya untuk Bang long dan Muzem - terima kasih banyak2. Allah swt saja yang mampu membalas apa yang telah anda hulurkan pada kami.

Mana gambar Azim? Haha, gambar nanti dulu ya. Abah belum sempat pindahkan gambar dari kamera ke dalam laptop abah ni. InsyaAllah selepas abah balik dari Bangkok nanti, abah akan cuba letakkan diblog ini, sekadar untuk tatapan kawan2 yang ingin melihat.

Terima kasih sekali lagi dari kami sekeluarga untuk anda semua. Jumpa lagi insyaAllah.

Wednesday, February 20, 2008

Cerita tentang teruja, dan risau...

Post pagi ini adalah post khusus untuk "ahli baru" yang akan mengganggotai keluarga abah tidak berapa lama lagi insyaAllah. Dan malam tadi, abah terfikir2 untuk mengubahsuai nama blog abah ini. Bukan apa, takut nanti ada orang jeles pulak bila nama dia tak ada kat blog. Hahaha.

Tak ada cerita banyak pun, sekadar satu makluman pada kawan-kawan abah, dan rakan2 pembaca blog abah, bahawa esok, abah akan mula bercuti selama 2 minggu mungkin. Bercuti kerana hari Jumaat nanti, Ummi akan melalui proses melahirkan zuriat ke2 kami. Selepas 7 tahun, abah faham kalau ummi (dan abah juga) risau, walaupun dalam masa yang sama, teruja. Teruja kerana kami memang tidak pernah sabar [sejak dari tahu yg ummi hamil 8 bulan yg lalu] nak melihat bagaimana rupa sikecil ke-2 ini. Risau ada juga sebab bimbang andai berlaku sebarang komplikasi sewaktu proses bersalin, seperti yg pernah berlaku dulu. Abah sangat berharap moga Allah tidak menguji abah dan ummi kali ini dengan ujian yg tak mampu kami nak tanggung.

Oleh kerana itu juga, abah dengan penuh rendah hati disini memohon doa dan harapan dari anda semua, semoga proses kelahiran itu akan berjalan dengan lancar nanti. Dan semoga kedua-dua Ummi dan baby nya akan sihat sejahtera. Tiada apa yang lebih abah harapkan dari kawan2 selain doa agar segalanya baik untuk kami.

InsyaAllah, abah akan cuba update sebarang berita berkaitan itu (hahaha, dah jadi blog personal dahhh) untuk pengetahuan rakan2 semua. Pada yang terasa hati sebab abah tak bagitahu secara peribadi, abah minta maaf. Bukan tak ingin bagitahu, tapi kesibukan kerja dan urusan keluarga yang buatkan abah lupa untuk beritahu.

Urusan berbloging akan bersambung mungkin agak lewat sedikit nanti. Tapi akan tetap bersambung insyaAllah.

Tuesday, February 19, 2008

Cerita tentang pilihan hati...

Tengahari tadi ada kawan sepejabat bawak abah makan di Cheras. Sedap juga makannya, hinggakan abah nak bernyawa pun susah. Haha, apa lagi, perut sendat punya pasal ler [org pantai timur kata "se'eh"]. Baru je abah berangan nak diet, dah hari ni makan banyak. Ekekekeke.

Hari ni abah nak bercakap sedikit tentang soal pilihan. Pilihan hati. Bukan pilihan dalam mencari buah hati, tapi soal pilihan hati kita dalam bertindak.

Pagi tadi, Mu'izz sekali lagi menguji kesabaran abah. Abah suruh dia cepat bersiap sebab waktu itu dah agak lambat. Tapi Muizz sebagai Muizz, dengan selambanya "take his own sweet time" dalam mandi dan pakai baju sekolah. Dan abah sebagai abah, rasa macam angin kus-kus dah naik sikit.

Tapi dalam angin kus-kus naik itu, tiba-tiba terlintas difikiran abah, "Nak marah ke, tak nak marah?". Kalau marah, mungkin Muizz akan cepat sikit bersiap, tapi abah yakin, anak jantan itu akan rosak moodnya pagi ini, dan dalam masa sama, akan turut bagi kesan pada sesi sekolahnya. Kalau abah tak marah, hati abah pulak yang panas, dan pastinya abah akan lambat ke tempat kerja.

Apa abah pilih? Abah pilih untuk tidak marah. Abah buat as if tidak ada apa2 yang berlaku, walaupun sesekali abah suruh juga Muizz cepat2 bersiap. Dan hasilnya seperti abah jangka, Muizz ceria sebagaimana cerianya dia dihari2 lain. Walaupun panas hati, tapi sebab keceriaan Muizz, secara tidak abah sedari abah pun sikit demi sedikit hilang rasa panas dalam hati pada Muizz. Alhamdulillah, abah buat pilihan yang betul pagi tadi.

Sampai diofis pula, abah terima satu emel, yang pada abah, emel tersebut agak biadap. Dan abah tak terkejut, kerana si penghantar emel juga memang terkenal dengan sifat biadapnya dikalangan kami. Abah rasa abah berhak pun untuk marah si penghantar emel itu semula. Dan kalau ikut kebiasaan hati panas, abah pasti akan balas emel dia semula. Paling tidak, menegur dia supaya akan lebih sopan bila beremel dengan kakitangan lain.

Abah akhirnya memutuskan untuk tidak balas emel dia. Sebaliknya abah pergi jumpa dia. Jumpa sebab ada urusan lain juga. Dan bila berjumpa, abah masih boleh memilih samada untuk tegur dia "tang-tang itu" juga atau tidak. Alhamdulillah, abah tidak buat. Mungkin itu bukan tindakan yang baik. Tapi bila abah bersopan cakap dengan dia, alhamdulillah, abah dapat respon yang hampir sama. Hilang rasa marah abah pada dia ketika itu. Walaupun kesopanannya bukan seperti yg abah harapkan, tapi sekurang2nya dia bercakap secara baik dgn abah.

Balik ke meja abah semula, abah dok terfikir2 tentang 2 insiden itu hari ini. Bila fikir2kan, abah baru sedar bahawa dalam menghadapi hidup, kita sebenarnya akan berdepan dengan pilihan-pilihan sebelum bertindak. Mungkin ada keadaannya dimana kita tidak akan sempat untuk memilih, tapi secara umumnya, kita akan ada ruang untuk memilih. Memilih apa yang perlu dibuat seterusnya.

Dalam keadaan kita marah - kita boleh memilih untuk kekal marah, atau kita boleh pilih untuk redakan kemarahan. Dalam keadaan kita rungsing, kita boleh pilih untuk kekal runsing, atau untuk kurangkan rasa runsing. Dalam keadaan kita tertekan, kita juga sebenarnya boleh pilih, samada untuk terus tertekan, atau cuba atasi tekanan. It is all about choosing the right choice.

Abah tak boleh nak cakap pilihan apa yang baik, apa yang tidak. Apabila berdepan dengan situasi, kita selalunya akan tahu apa pilihan yang kita ada. Yang jadi masalah kita selalunya, ialah memilih yang salah. Bila tengah naik hot dengan kenakalan anak, kita memilih untuk marah dan pukul. Bila berdepan dgn orang biadap, kita memilih untuk menjadi lebih biadap terhadap dia. Mungkin kita punya alasan untuk memilih pilihan yg salah, tapi itupun masih tetap akan bawa kesan pada pilihan dan tindakan kita.

Apa yang boleh dibuat bila berdepan dengan pilihan? Ambil masa untuk tenangkan diri dan fikir baik-baik. Pada masa ini, fokuskan lebih pada akal, bukan perasaan. Sebab diwaktu kita berdepan dengan situasi, perasaan selalunya akan buat kita memilih pilihan yg salah. Semoga dengan sedikit ruang yang kita ambil untuk menilai pilihan yg akan dibuat, akan buatkan kita memilih tindakan yang betul, insyaAllah.

Oklah dulu, bersembang lagi nanti ya! Abah ada kerja sikit.

Friday, February 15, 2008

Tiada cerita...sekadar berkongsi rasa...

Sekejap tadi waktu abah kebosanan, sempat abah siapkan satu posting baru. Nak dijadikan cerita, belum sempat abah klik butang Post, entah macamana abah terklik butang x kat sebelah atas kiri tuh [tutup window la maknanya tu]. Aduihhhh, tensennya rasa. Nasib baik tensen dalam seminit jer, alhamdulillah.

Nak taip semula, dah takde mood dah la. Tapi masih ada benda nak dikongsikan juga hari ni. Takde cerita apa(sebab cerita tu dah terdelete), cuma sekeping gambar. Sekeping gambar yang bawa banyak erti pada abah kala ini.


Cerita tentang apa pengertian gambar ini pada abah, akan menyusul. Minggu depan insyaAllah.

Thursday, February 14, 2008

Cerita tentang kiblat...

Rasanya semua dah tahu kan yang parlimen Malaysia dah dibubarkan. Dan pembubaran parlimen petanda penting untuk tarikh pilihanraya ke-12.

Kebetulan semalam The Star ada siarkan gambar yang kat atas tu. Abah pun nak la berkongsi gambar itu dengan anda. Bukan sebab abah kaki politik pun, tapi sebab:-

1. Itulah jambatan yang abah lalu tiap kali balik kampung, sebab itulah satu2nya jambatan yg ada kat kampung abah.

2. Abah tahu siapa orang2 yang pasang bendera tu kat situ. Hehehehe, tapi takleh cakap la kan, nanti kesian depa.

Harap-harap abah dapat la jalankan tanggungjawab sebagai pengundi nanti. Bukan apa, abah berkemungkinan akan ke Bangkok selama seminggu awal Mac nanti. Jangan la pilihanraya berlangsung sewaktu abah kat sana. Sebab kalau tarikhnya bertembung, jawabnya, wakil ADUN dan Parlimen kawasan abah akan kekurangan satu undi penting, ahaks.

Oklah dulu, abah nak turun makan. Boss dah panggil ajak makan, sebab ada tetamu datang ofis pagi ni, so, nak kena temankan tetamu tu makan la. Kebetulan pulak tetamu tu adalah profesor abah diUKM dulu. Hehehe, banyak la cerita nanti ni.

Sempena 14hb Februari hari ni, yang mana ada juga orang2 kita dok raikan, abah nak tujukan satu lagu cinta kat anda. Lagu yang abah baru dengar semalam, dan rasa macam menarik melodi dan liriknya. Tapi abah tuju ni bukan sebab valentine ya, abah tuju lagi ni, sebab abah sayang dan kasihkan anda semua, bukan sekadar sebagai rakan pembaca blog abah, tapi sebagai saudara seagama abah.


Kiblatku - Hazami

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

Wednesday, February 13, 2008

Cerita tentang malu...

Pagi tadi, abah terdengar rancangan NurHikmah di radio IKIM. Selalunya abah dengar sajalah, tapi kali ni terasa nak berkongsi dengan anda sedikit tentang apa yang diterangkan oleh Ustaz Zamani Ismail dari UTM dalam tazkirah beliau. Topiknya - malu. Tak payah la abah bagi definisi malu kan, rasanya semua orang tahu apa itu malu. Cuma yang bezanya, tahu malu atau tak tahu malu saja. Orang yang tak tahu apa itu malu, abah belum jumpa lagi setakat ni.

Nak malu apa? Malu pada siapa?

Malu pada perbuatan tidak elok kita, dan malu pada anak isteri, pada jiran tetangga, pada masyarakat sekeliling, dan paling penting, malu pada Allah SWT.

Banyak sikap2 yang kita patut rasa malu nak dibuatpun sebenarnya, tapi masih juga kita buat, terutamanya bila kita fikir, orang tidak nampak, ataupun, "Ahhh, peduli apa kat orang lain." Kan?

Ambil satu contoh: Anda memandu kereta dalam kesesakan jalanraya yang teruk (seperti yang abah alami baru-baru ini sewaktu memandu dari Paka ke KL). Dalam kesesakan dan keperlahanan trafik itu, anda setia memandu ikut aturan. Dan tidak lama kemudian, anda dan pemandu2 setia yang lain itu pun mula menyaksikan acara "memotong q" beramai2.

Apa yang terlintas difikiran anda waktu itu? Ataupun apa yang anda buat/kata sewaktu menyaksikan adegan itu?

Dan bagi pemandu yang memotong q itu pun, apa yang ada dalam fikiran dia bila dia buat macam itu?

Anda mesti ada jawapannya kan. Cuma mungkin jawapan kita berbeza.

Yalah, bagi orang yang sabar, mungkin tidak ada rasa apa-apa bila tengok ramai pemandu lain potong q. Bagi yang kurang sabar, dia pun akan ikut sama memotong q juga. Bagi yang masih sabar, tapi susah nak kawal rasa hati (macam abah la kan), tetap juga memandu ikut aturan, tapi dalam masa sama - terlintas juga dalam hati mengutuk mereka yang memotong q tersebut.

Balik pada cerita malu tadi tu, sebenarnya, dalam contoh diatas, dua-dua pihak berhadapan dengan ujian malu oleh Allah. Pihak yang memotong q itu diuji, pihak yang dipotong q itupun diuji. Senang saja ujiannya - rasa malu dalam hati.

Umumnya, orang yang memotong q itu, adalah orang-orang yang tidak ada rasa malu dengan perbuatan mereka. Kalau ikut istilah abah - itu orang-orang yang pentingkan diri sendiri. Kalau mereka malu, setidak-tidaknya pada Allah, abah yakin mereka tidak akan potong q.

Bagi yang dipotong q itu juga, Allah uji rasa malu dalam diri mereka. Kalau mereka naik marah, dan menyumpah seranah orang-orang yang potong q, maka itupun termasuk dalam kategori mereka yang tidak tahu menjaga malu. Tak payah malu pada orang lain pun, malu pada anak isteri sendiri cukuplah. Apalah agaknya anak2 fikir bila tengok ayah mereka sumpah seranah dan maki hamun pemandu yang potong q itu? [Pesanan untuk abah ni sebenarnya. Hehe].

Abah sendiri terasa malu bila dengar tazkirah tadi. Rasa betapa masih banyaknya kekurangan dalam diri abah yang perlu diperbaiki.

Dan pada rakan-rakan blog abah, semoga kita semua akan dapat menjaga rasa malu dalam diri kita itu baik2. Sentiasa beringat supaya malu untuk melakukan perbuatan tidak baik. InsyaAllah, andainya rasa malu itu kita jaga dan amalkan betul-betul, abah yakin Allah akan lebih menyayangi diri kita.

Dan bercakap soal malu, teringat pada kisah dikampung baru-baru ni. Entah macam mana, sewaktu kami sekeluarga berkumpul dan bercerita, ummi tiba-tiba memegang tangan abang ipar abah (seperti yang selalu ummi buat pada abah). Dan bila menyedari yang ummi tersalah pegang tangan orang lain, terus merah padam muka ummi. Hahahaha. Kesian ummi. Abah yakin ummi termalu betul waktu itu. Dan abah, tanpa malunya, tersengih-sengih saja tengok ummi yang termalu itu. Ekekekekeke.

p/s: Sori Ummi, abah tercerita tentang benda tu, Ummi jangan marah yek!

Satu artikel lain yang bagus, berkaitan malu.

Wednesday, February 06, 2008

Tidak ada cerita...

Kebelakangan ini, abah seolah2 tidak ada rasa apa2 untuk menulis sebarang perkara diblog ini. Ada benda bermain2 dalam minda, tapi tidak juga terluahkan pada blog.

Pada yang rajin singgah, minta maaf banyak2 kerana tiada pengisian yg baru. Mungkin kerana kesibukan kerja dan tuntutan tanggungjawab peribadi, buat abah tidak ada rasa untuk menulis. Dan mungkin juga sebab abah tengah 'berperang' dengan sikap lama yang kembali menghantui diri abah kala ini. Haha, apa benda la tu ya!

Apapun, kesempatan kali ini, abah cuma nak mengucapkan sesuatu pada kawan2 abah, yang senantiasa 'ada disisi' abah.

Untuk Muzem, tahniah sekali lagi dari abah. Moga Muzem akan jadi seorang pendidik yang cemerlang, gemilang, terbilang. Boleh??? Nanti kalau posting, mintak la area sini, boleh lepak rumah abah selalu.

Untuk Rizal, terima kasih atas 'award' yang diberikan. Pastinya ia membawa makna tertentu pada abah. Sekurang2nya abah tahu, Rizal meng'hargai' persahabatan dengan abah. Dan abah pun menghargai juga, cuma tidak berkesempatan (atau masih melengah2kan) untuk menunjukkan penghargaan itu.

Untuk Brader, tahniah sekali lagi juga kerana mendapat puteri kedua dalam keluarga. Walaupun dah hampir 2 bulan ia berlaku, namun abah harap masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah itu secara terbuka disini. Semoga brader dapat menjaga dan mendidik anak itu dengan baik. InsyaAllah, abah akan melawat juga brader sekeluarga. Keinginan tu sentiasa ada, cuma kekangan yg datang itu saja yang menghalang.

Untuk bang long, alhamdulillah, abah dah jumpa kamera tu. Tersembunyi ditempat yang abah pun terlupa bila abah letak disitu. Tentang jemputan bertandang ke kediaman baru bang long, abah tak boleh nak berjanji, tapi insyaAllah satu hari nanti, abah akan sampai juga kesana. Harap pintu rumah bang long sentiasa terbuka untuk abah sekeluarga.

Untuk Nizam, 'perpisahan' ini abah fikir, adalah untuk kebaikan. Semoga dia bahagia mengejar cita-cita yang diimpikan selama ini (haha, tahu tahu je abah ni impian orang!). Ini cuma satu daripada episod 'perpisahan' yang perlu ditempuh dalam bersahabat. Kalau panjang umur, akan banyak lagi episod 'perpisahan' yang akan muncul.

Untuk yang lain-lain, selamat bercuti sempena orang bercuti raya nih!

Tuesday, January 29, 2008

Cerita tentang mencipta kasih...

Hari Ahad malam baru-baru ini, sewaktu abah sedang syok menonton CSI di AXN, tiba-tiba ada satu sms masuk ke hp abah.

Bunyi smsnya macam ini: "Cunlah ex-girlpren abah kat tv3 tu. Ahaks."

Mula-mula abah tak faham sangat apa maksud sms tu, tapi bila abah tukar siaran ke TV3, barulah abah faham. Rupanya malam itu ada siaran langsung Juara Lagu. Dan sebab dah tertukar channel itu, dan tiba2 ada pengumuman dari pengacara yang calon seterusnya ialah Bob, maka lekat jugalah abah didepan TV sekejap.

Melihat persembahan Bob (yang sememangnya abah kagum dgn kemerduan vokalnya), abah terlupa langsung cerita CSI yang abah sedang tengok. Ekekekeke, dan rasanya, malam itulah juga pertama kalinya abah dengar lagu Kasih Tercipta ini. Apa yang abah boleh komen....abah suka dengar Bob nyanyikan lagu tu.

Untuk yg tidak berkesempatan mendengar betapa merdunya Bob nyanyi malam tu, ini abah jumpa video di YouTube.



p/s: Untuk bro rizal, tag tu abah jawab nanti ya. Skrg ni tgh cari kamera digital abah (yang bang long hadiahkan satu ketika dulu). Abah lupa mana abah letak.

Thursday, January 24, 2008

Cerita tentang motivasi bekerja...

Hari selasa itu hari, abah terbaca satu artikel tentang motivasi pekerja. Dan tertarik dengan pandangan Peter Block berkaitan "culture of entitlement" yang banyak diamalkan oleh organisasi diMalaysia, dan salah satunya, syarikat tempat abah bekerja. Dari satu segi, bagus budaya itu, tapi dari satu segi lain, Peter Block kata -

“I am willing to do what is rewarded, I want desperately to know what they [the management] value, I refuse to do what is not rewarded, and I want greater rewards, especially when I deliver greater and greater results.

Ultimately, no level of reward is enough, for my work, and my purpose has become a game. Winning more becomes the point, for I need the game to feel valued. What I may not realize is that when I choose this path, I sacrifice my own purpose... Everything is offered up for auction, the most precious of which is our own freedom.

We are willing to surrender our freedom, especially in the workplace, in return for protection and promotion. We surrender sovereignty to the boss and they in turn protect us and look out for our interests... Subjugation in return for safety..."


Kata abah - Abah tak tahu samada abah berada pada tahap itu atau tidak. Tapi sebetulnya, duduk dalam keadaan budaya kerja macam itu, abah ada tendency untuk "malas nak buat apa yang management tak 'pandang'". Tapi dalam masa yang sama, abah tidak sampai hati nak menolak permintaan dari rakan sekerja yang memerlukan abah membantu mereka dalam perkara-perkara yang "management tak pandang".

Semoga abah tidak memilih jalan yang salah.

Tuesday, January 22, 2008

Cerita tentang kerja...

Hari ni nak mengepek sikit(hehe, kebelakangan ni rasa nak mengepek je kerjanya) tentang "betapa bosan dan muaknya berurusan dengan orang malas buat kerja.".

Uiks, panjangnya topik. Tapi itu yang betulnya. Kenapa tetiba je keluar topik ngepekan yang itu. Sebabnya malam tadi, abah call kakak abah dikampung, dan dia luahkan rasa hati dia yang sangat bosan berurusan dengan pejabat agama di Dungun. Kalau sebelum ini, dia kecewa dengan cara bekerja kakitangan Majlis Daerah Dungun, time ni, giliran kakitangan Pejabat Agama pulak yang buat hal.

Hari sabtu lepas pun, waktu berkunjung ke rumah sepupu ummi, dia meluahkan rasa yang sama juga. Betapa dia bosan, kecewa dan marah bila berurusan dengan jabatan2 kerajaan. Dan bila mendengarkan luahan sepupu itu, abah rasa memang sepatutnya dia kecewa. Kalau abah pun abah kecewa.

Sepupu abah ingin menukarkan tanah yang dia ada kepada lot2 berasingan, dan untuk itu, perlu berurusan di Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran dan juga JPS. Diketiga2 jabatan ini, nasib yang dialaminya sama. Berdepan dengan kakitangan yang malas bekerja. Bayangkan permohonan dibuat awal 2006. Bila ditanya pada pertengahan 2006 akan statusnya, kerani itu boleh jawab, "Sabar En. X. En. X punya permohonan baru je dibuat. Masih ada banyak lagi permohonan tahun 2005 yang masih belum diproses." Aduisss mak. Dia tahu ke apa dia cakap. Kalau dah tahu, kenapa tak buat cepat2. Entah2 orang yang memohon tahun 2005 itu ramai yang dah meninggal. Sampai sudah la mereka tak tahu apa cerita permohonan mereka.

Tapi nasib baik la sepupu abah yang mendengarnya, kalau abah, hahahaha, dah lama kerani tu kena sembur dgn abah. Abah pantang betul manusia yang buat kerja macam nak tak nak sahaja. Time boss ada, dialah manusia paling sibuk dalam dunia. Bila boss tak ada, buat kerja cuma sejam, yang lain, sibuk dengan urusan peribadi.

Sama macam kes sepupu abang berjanji untuk berjumpa dgn seorang kakitangan lain di Shah Alam. Janji pukul 3 (sebab hari jumaat), tapi 3.30 belum nampak batang hidung. Lama benar wiridnya. Ke dia pergi solat jumaat diMasjid Nabawi. Bila ditelefon, masih tgh makan diluar.

Aduhaiii, malangnya kerajaan dapat kakitangan sebegini. Kerja dibuat macam "bapak dia yang bayar gaji". Masuk kerja asyik dok tengok jam bila nak balik. Keluar makan, 2 jam tak cukup. Berurusan dgn orang ramai, seolah2 orang ramai itu datang minta sedekah dengan depa, etc.

Ikhlas cakap, abah kalau boleh dielakkan berurusan dgn pejabat2 kerajaan ni, memang abah akan elakkan. Tapi kalau terpaksa tu, kena la juga. Bukan semua macam itu, abah faham. Tapi masalahnya, RAMAI lagi macam itu. Kerja hanya kerana gaji semata2. Bukan kerja untuk kerja sangat pun. Selagi gaji masuk bulan2, selagi itulah dia anggap kerja itu macam makan angin. Bila dia rasa rajin, dia buat, bila dia rasa tak ada mood, dia tak buat.

Ini abah nak buat rayuan terbuka pada mana2 kakitangan kerajaan ataupun swasta, yang kerja sekadar nak memenuhi poket hujung bulan saja. Yang rasa dah malas berurusan dgn orang awam, yang rasa tak mampu nak penuhi hak2 orang awam, yang rasa "kalau nak cepat urusan, kena hulur duit bawah meja" - [tang ni percayalah cakap abah, semua orang malaysia tahu realiti ini], yang rasa dengan buat kerja cepat tu sekadar buat penat saja (sebab ganjaran gaji cuma ciput), yang rasa bersembang ttg politik dan peribadi lebih seronok didalam pejabat - abah minta mereka ni hantar la surat berhenti cara terhormat.

Kerajaan atau organisasi anda tidak akan rugi jika anda berhenti, malah beruntung sebenarnya. Dan gantikanlah orang2 ini dengan mereka yang bekerja kerana bekerja mencari rezeki halal untuk anak isteri. Gantikan dengan mereka yang bekerja memenuhi hak orang ramai [yang secara tidak langsung membayar gaji mereka]. Gantikan dengan mereka yang tidak suka buang masa sewaktu kerja. Gantikan dengan mereka yang bila tak ada boss pun, mereka buat kerja dengan sepenuh hati.

Susah ke nak cari orang2 bagus macam yg abah cakapkan itu? Tak susah. Ramai pun diluar sana yang bagus2, tapi tak dapat nak masuk kerja, sebab ada manusia2 selfish yang pemalas ini, yang tak sanggup nak hilang gaji bulan2, tapi sanggup bertanggungjawab depan Allah diakhirat kelak akan urusan kerjanya.

Alamak, apa abah tulis ni? Tak OK lagi la ni rasanya kot. Ahaks.

Selamat bercuti untuk mereka yang bercuti. Bercuti sebab kerajaan bagi cuti, bukan bercuti sebab sama2 nak meraikan Thaipusam ya!

p/s: Akibat terlebih sembur perfume hari ni, tak pasal2 abah jadi Ambi Pur bergerak. :-)

Friday, January 18, 2008

Cerita tentang falsafah...

Charles Schultz Philosophy

The following is the philosophy of Charles Schultz, the creator of the "Peanuts" comic strip. You don't have to actually answer the questions. Just read the e-mail straight through, and you'll get the point.

1. Name the five wealthiest people in the world.

2. Name the last five Heisman trophy winners.

3. Name the last five winners of the Miss America.

4. Name ten people who have won the Nobel or Pulitzer Prize.

5. Name the last half dozen Academy Award winners for best actor and actress.

6. Name the last decade's worth of World Series winners.


How did you do?


The point is, none of us remember the headliners of yesterday. These are no second-rate achievers. They are the best in their fields. But the applause dies. Awards tarnish. Achievements are forgotten. Accolades and certificates are buried with their owners .


Here's another q
uiz. See how you do on this one:
1. List a few teachers who aided your journey through school.

2. Name three friends who have helped you through a difficult time.

3. Name five people who have taught you something worthwhile.

4. Think of a few people who have made you feel appreciated and special.

5. Think of five people you enjoy spending time with .


Easier?


The lesson:
The people who make a difference in your life are not the ones with the most credentials, the most money, or the most awards. They are the ones that care.

Apa yg anda baca diatas adalah apa yang abah terima dalam satu emel dari bang long. Kenapa abah letakkan dalam blog?

1. Untuk berkongsi sesuatu dgn anda (seperti biasalah kan).
2. Untuk menyedarkan diri abah akan kepentingan keluarga dan kawan2 dalam hidup abah.

Kebelakangan ini, abah rasa agak tertekan, dan tidak tahu apa puncanya. Dan bila tertekan, kerapkali abah akan gagal mengawal rasa, terutamanya rasa marah. Dan bila tidak boleh kawal, tempiasnya akan terkena pada orang-orang disekitar abah. Dan dua manusia kesayangan abah dirumah itulah yang paling teruk kena tempias. Bukan niat hati nak berbuat benda2 tidak elok waktu marah singgah dalam hati, tapi rasa marah itu melebihi logik akal dan perasaan asli, maka berlaku juga episod berleter dan meninggi suara.

Sewaktu memandu kepejabat tadi, masih terasa tertekan juga (ditambah dengan kesesakan jalan). Tapi dalam tertekan itu, timbul juga rasa sedar yang diri abah sangat berdosa pada dua manusia yg abah sayang itu. Dan juga pada manusia lain.

Bila baca semula emel yang bang long bagi tu, makin buat abah rasa bersalah dan berdosa. Abah sangat2 berharap agar rasa tertekan dan rasa amarah itu akan lari cepat2 dari diri abah. Abah nak hidup bahagia, ceria, gembira sepanjang masa. Anda doakan abah ya!

Wednesday, January 16, 2008

Cerita tentang Rasul Allah...

Sudah lama benar tak post apa-apa. Nak kata sibuk, memang sibuk, tapi kalau nak diluangkan sikit masa untuk post, insyaAllah ada. Tapi tak juga buat. Haha. Bukan apa, kekeringan idea dan kata-kata kebelakangan ini untuk menulis sesuatu.

Apapun, untuk rakan2 yang setia mengunjungi blog abah (kalau ada lah kan), ini ada sedikit video dan audio berkaitan Nabi junjungan, Muhammad s.a.w.






Kebetulan, ada seorang adik beritahu abah tentang kewujudan video itu, dan dalam masa yang sama, abah dok mendengar album Rabbani bertajuk Maulana, dan tiba-tiba datang rasa sayu mendengarkan satu lagu ini.

Bukan kesayuan rasa yang ingin abah kongsi, tapi kesedaran, bahawa kita seringkali lupa akan kekasih Allah itu. Kesibukan kerja dan hidup buatkan kita lupa pada Baginda. Moga-moga apa yang abah kongsi ini mampu buatkan kita paling tidak ingat pada Rasulullah s.a.w. Baik dalam doa, dalam kesibukan tugas, dalam kekalutan hidup, dan dalam apa2 situasi sekalipun, insyaAllah. Bukan sekadar ingat, tapi ingat yang mampu menambahkan kecintaan kita pada Rasulullah s.a.w.

Semoga anda semua akan tetap dalam rahmat dan kasihsayang Allah SWT. Selamat tahun baru hijrah 1429. Semoga 1429 ini akan jadi tahun paling cemerlang buat kita, insyaAllah.

Tuesday, January 08, 2008

Cerita tentang idola...

Hari ni takde nak mengepek, cuma nak berkongsi rahsia. Uiks, rahsia apa tu? Takde rahsia apa pun, cuma nak bagitahu anda siapakah idola-idola abah sekarang ini. Sejak remaja dulu lagi pun sebenarnya memang abah ada idola abah sendiri, tapi kalau zaman sekolah dulu, idolanya tak lari dari watak2 superhero, kemudian beralih pada penyanyi2, dan sekarang, beralih pula pada individu2 yang abah rasa sangat positif pemikiran mereka tentang hidup dan kehidupan. Idola yang mampu mengubah tanggapan dan fikiran kita terhadap sesuatu. Dan yang paling penting, idola yang mampu menyentuh jiwa kemanusiaan abah - dengan kesedaran tentang kemanusiaan dan ketuhanan dalam diri mereka.

Inilah rahsianya. Dua individu yang sekarang ini abah hormati sebagai individu-individu yang mampu menjadi contoh pada abah.



Dalam klip video itu ada 4 individu, idola abah cuma 2. Prof. Dato' Dr. Dzulkifli Abd Razak yang sekarang ini adalah Naib Canselor USM dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor - Angkasawan pertama negara.

Abah cuma kenal mereka dari kejauhan, namun itupun sudah cukup untuk abah. Kerana yang penting, bukan berjumpa mereka secara peribadi [walaupun ini yang abah harap2kan], tapi dapat mendengar dan membaca idea2 dan pendapat mereka tentang sesuatu. Dan dalam kes dua individu ini, abah seronok mendengar dan membaca pemikiran mereka tentang sains, tentang kemanusiaan, dan tentang kebesaran Allah.

Abah berhenti disini dulu. Masih banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan. Jumpa lagi insyaAllah.

P/S: Pagi tadi terima emel yg ada gambar Siti Nurhaliza [dia ni adalah ex-idola abah juga] bertudung. Walaupun ada orang pertikaikan itukah makna bertudung pada Siti, tapi pada abah, Siti pegang kata-kata dia untuk bertudung selepas menunaikan ibadah haji. Dia tak kata nak tutup aurat, cuma nak bertudung. Sedikit ralat rasa, tapi moga2 satu ketika nanti, dia akan menutup aurat, bukan sekadar bertudung kepala sahaja.

Friday, January 04, 2008

Cerita pembuka 2008...

Lama sungguh abah tak mengepek apa2 disini. Nak sangat sebenarnya mengepek, tapi sebab banyak kekangan, maka banyak benda dalam minda itu abah simpan dulu. Ada yang dah lupa pun.

Apapun, dikesempatan kali ini, tidak mahu mengepek panjang. Cuma sekadar nak menulis sikit benda, supaya anda semua tahu, abah masih lagi bernafas diatas muka bumi Allah ini, dan masih diberi kesihatan tubuh badan dan akal fikiran oleh Allah. Cuma sedikit tua je sekarang ni. Haha. Biasalah kan, naik je tahun baru, perkara pertama yang terlintas difikiran abah, "Tua dah aku ni ya!". Tapi takat itu sajalah. Walaupun sekian ramai dari kita memasang azam pada tahun baru, abah tetap dengan dialog lama itu juga. Azam tak pernah terlintas untuk dipasang ditahun baru. Kenapa? Sebab azam dalam diri abah tidak datang dengan kedatangan tahun baru. Azam akan datang bila ia perlu datang. Tapi datang azam sajalah, terbuat atau tidak, atau tercapai atau tidak, itu cerita lain.

Sikit cerita tentang diri abah. [Uiks, dah jadi cam blog kehidupan abah la pulak skrg nih]. Sekarang ini agak sibuk sikit dengan urusan kerja dan juga urusan peribadi. Tak pasti sangat adakah abah betul2 sibuk, atau mungkin kerana pengurusan masa abah yang silap. Yang pastinya, macam banyak saja benda yang perlu dibuat. Hal ofis tidak ada apa yang m
enarik untuk diceritakan. Tentang peribadi, abah agak sibuk sikit, sebab Muizz dah masuk darjah 1. Seperti orang lain yang ada anak masuk darjah 1, abah pun turut sama sibuk. Bukan sibuk apa pun, cuma sibuk uruskan kelengkapan persekolahan Muizz. Beli uniform, kasut, beg, etc. Dan juga uruskan pendaftaran disekolah. Ini satu pengalaman baru buat abah. Dan menyeronokkan juga sebenarnya mengalami perkara sebegini. Seronok tengok gelagat Muizz disekolah, teruja juga dengan suasana disekolah. Tapi dalam masa yg sama, kerisauan tetap ada. Maklumlah, anak sorang. Risau juga fikirkan keselamatan dia. Tapi abah dan ummi berserah saja pada Allah. Moga2 Muizz akan senantiasa dilindungi - dari ancaman fizikal, dan juga spiritual.

Abah cuma mahu Muizz mengharungi alam persekolahan sepertimana kanak2 lain juga, dan sepertimana sewaktu abah sekolah dahulu. [Hehe, susah dah kot nak sama dgn zaman abah].

Ok tutup bab Muizz.

Nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 pada kawan2 abah, dan anda semua. Walaupun dah 4 hari berlalu, rasanya masih belum terlewat. Walaupun tahun baru tidak mengujakan abah, mungkin bagi anda ia sesuatu yang beri makna. Apapun maknanya pada anda semua, abah doakan moga tahun baru ini akan lebih bawa keberkatan pada hidup anda. Semoga kita semua akan lebih tunduk dan tawadhuk pada Maha Pencipta. Dan semoga kasih sayang Allah akan makin bertambah melimpah ruah untuk kita semua.

Semoga dengan bertambahnya umur, berkedutnya kulit (dah berkedut ke), bertambahnya uban,
dan kurang terangnya mata, atau mungkin makin perlahan telinga mendengar ini, amal ibadat kita yang ikhlas kerana Allah akan makin bertambah2. Dan semoga apa yang kita cita2kan, akan kita berusaha bersungguh2 untuk mencapainya.

Dan sebagai anak kelahiran Terengganu, ingin juga abah mempromosi Tahun Melawat Terengganu 2008. Walaupun banyak tempat yg abah tak tahu dinegeri sendiri, abah yakin, banyak benda yang menanti anda disana. Kalau kebetulan abah berada di Terengganu sewaktu anda disana, boleh la singgah rumah. Hahaha, sungguh ni, bukan ajak2 ayam belanda.

Tahniah kepada Kuala Terengganu yang sudah bergelar bandaraya. Abah tidak mahu sentuh tentang adakah KT layak untuk dapat taraf bandaraya. Abah cuma berharap, taraf bandaraya akan mampu beri kebaikan pada pembangunan bandar dan negerinya. Untuk kebaikan rakyat jelata juga. Kalau boleh, bukan setakat bina 86 buah masjid saja, tapi pastikan ada usaha untuk memenuhkan kesemua 86 buah masjid yang dibina indah itu. Tidak seperti sebuah masjid baru di bandar Marang, yang bila abah singgah untuk solat satu ketika dulu, sedih hati abah tengok.

Tak lupa juga ingin abah ucapkan tahniah pada kedua2 anak buah, Tasnim di Putrajaya, dan Aiman di Bachok. Tahniah buat kalian berdua kerana berjaya dapat 8A dalam PMR baru2 ini. Semoga akan lebih cemerlang diperingkat yang lebih tinggi nanti, insyaAllah.

Itu sajalah rasanya epekan abah sebagai pembuka tahun 2008 ini. Semoga ditahun ini, abah akan dapat menulis sesuatu yang lebih baik, yang lebih memberi manfaat, dan juga yang lebih menyedarkan kita semua tentang kehidupan, insyaAllah.