Thursday, April 03, 2008

Cerita tentang gangguan...

Sejak bangun dari tidur pagi tadi, abah rasa macam ada yang tak kena dengan diri abah. Abah rasa abah tahu apa yang mengganggu fikiran, tapi abah tak fikir perkara2 itu yang buatkan abah rasa macam ini. Tapi abah tetap buat aktiviti2 yang biasa abah buat hampir setiap pagi.

Waktu memandu tadi pun, macam biasa, abah bukak radio ikim. Tapi entah apa tak kena pada radio tu pagi ni, abah tukar mendengar CD. Zahirnya abah mendengar, tapi realitinya, abah tak dengar pun CD tu. Tapi tak kisahlah kan, biasalah macam itu dak!

Sampai saja dipejabat, bila abah bukak pintu kereta belakang nak ambik beg abah. Tu dia, dua buah beg sekolah Ahmad Mu'izz tersusun elok bersebelahan beg abah. Aduihhhh mak. Macamana abah boleh lupa singgah rumah pengasuh Mu'izz untuk hantar beg sekolah dia. Dah jadi macam itu, abah nak call la rumah pengasuh nak bagitahu abah nak balik hantar beg. Seluk poket seluar, handphone pulak takde. Mana handphone?? Tinggal kat rumah la pulak. Aduihhhh mak sekali lagi.

Bila dah jadi macam ini, memang betullah apa abah rasa, memang ada benda tak kena hari ni. Hahahahah, nampak gayanya gangguan yg ada dalam fikiran abah ni nak kena diselesaikan juga hari ni, atau abah buang saja terus dari minda.

Oklah, abah nak balik hantar beg sekolah Mu'izz pulak. Dia dah merajuk la tu agaknya, sebab takde beg nak pergi sekolah agama pagi ni.

Abah...abah....

Tuesday, April 01, 2008

Cerita tentang hiba...

Kebelakangan ini banyak kisah yang menyedihkan terjadi. Kalau nak dikira bukan kebelakangan ini sajalah, tapi sepanjang masa. Tidaklah menyedihkan sampai meratap meraung, tidak. Tapi menyedihkan yang buat jiwa hiba.

Abah rasa anda tentu terbaca berita bayi dibuang kedalam tong sampah berhampiran Sogo baru-baru ini. Sedih. Disebalik sekian banyak cerita2 duka moral anak2 bangsa, berita ini antara yang menghibakan.

Menonton TV juga seringkali menambah lagi rasa hiba, bila mana tudung dijadikan satu bahan jenaka oleh orang2 popular Malaysia. Abah tidak tahu apa niat masing2, tapi apabila isu tudung atau tutup aurat jadi bahan lawak, abah rasa sangat sedih. Ada yang bertudung tapi tidak menutup aurat. Ada pula yang bertudung bila mana rasa nak bertudung, bila rasa tak mahu, dia togelkan kepalanya. Ada juga yang sebab berlaku sesuatu yang tidak diingini, terus buka tudung. Abah tak tahu apa sebabnya. Tapi yang abah nampak, perbuatan itu sebenarnya lebih kepada tanda protes pada Allah. Nak kata tak tahu hukum, mustahil. Kebanyakan idola2 pada remaja ini beri alasan yang cukup retorik - "saya belum bersedia lagi". Kalaulah ini alasan yang diberi oleh orang2 bujang bila ditanya, "Bila nak kahwin?", abah akan cukup faham. Tapi, bila soal tutup aurat diberi jawapan sebegitu, hmmm.....

Buka kerja abah nak menilai orang. Tapi pada abah, benda yg kita memang dah jelas hukum hakamnya, kenapa nak perlu datang 'seru' baru nak buat. Apakah ajaran, ilmu2 yang dipelajari dan diajari selama ini masih belum mampu bangkitkan 'seru' itu? Atau apakah janji2 dan amaran2 Allah dalam AlQuran itupun masih belum cukup untuk mendatangkan 'seru'? Itu baru soal menutup aurat, belum kira soal solat, puasa dan sebagainya. Kalaulah ibadat2 itupun nak tunggu "nantilah bila saya dah bersedia", akan buatkan kita semua makin sedih.

Dan berita tentang Safiah yang pintar itu dipaparkan dalam akhbar2 sehari dua ini, menambah duka yang ada.

Mendengarkan nasyid dari Far East yang dikongsikan oleh beberapa rakan abah, lebih2 buat abah sayu.



Semoga Allah ampunkan segala dosa2 kita, dan semoga Allah beri kita kekuatan dalam melayari hidup kita ini dijalanNya. Semoga bukan sekadar kesedaran yang Allah datangkan dalam jiwa kita, tapi juga keazaman dan kesungguhan dalam beristiqamah melaksanakan segala ibadat keranaNya, insyaAllah.

Semoga kita semua dalam rahmat kasih sayang Allah sentiasa.

p/s: Karya lain Far East yang juga senantiasa buat abah sayu.

Thursday, March 27, 2008

Cerita tentang perwatakan...

Kejap ni, sedang abah menikmati minum petang (uiks, sejak bila lak ada sesi minum petang nih?) di pejabat, abah baca satu emel, yang bertajuk "Bila hati sudah mati.". Baca punya baca, ingatkan tazkirah, rupanya kisah tentang bagaimana seorang isteri dimadukan dan disisihkan suami hinggakan meninggal pun suami tak jenguk. Malam itu si isteri nazak, malam itu jugalah si suami naik flight ke Perancis untuk berbulan madu dengan isteri muda.

Membaca emel itu, buat abah teringat kepada 2 cerita yang abah tonton diTV baru-baru ini. Cerita pertama, Ihsan tajuknya, disiarkan di TV3. Berkisah tentang si Tanggang moden. Cerita ke2 pula bertajuk Mencari Syurga yang disiarkan di Astro Prima. Kisah bagaimana hidup 3 wanita yang bermadu bila mana isteri paling muda cuba memporakperandakan rumahtangga 2 yang lain.

Apa kesamaan ketiga2 kisah ini? Tidak ada samanya dari segi kisah, tapi dari segi pengajaran, abah rasa banyak kesamaan.

Pertamanya, dalam hidup ini, jangan sesekali meninggi diri. Tak selamanya kita akan cantik, muda, kaya, bahagia, disayangi. Akan sampai ketika kita akan hilang semua itu.

Keduanya, orang tua, perlulah dihormati oleh yang muda. Apatah lagi jika yang tua itu, ibu bapa kandung sendiri. Amaran Allah dan pesanan Nabi juga sudah sekian banyak tentang perilaku kita pada ibu ayah.

Ketiganya, dalam berumahtangga, jangan sekali2 faktor cantik, muda, berharta, pandai dsbnya itu dijadikan asas perkahwinan. Yang cantik tidak mustahil akan hodoh suatu
hari, yang muda pastinya akan berkedut juga kulitnya nanti. Begitu juga yang berharta dan pandai. Semua itu tak siapa berani jamin akan kekal lama. Letakkan agama paling atas sekali dalam membentuk rumahtangga. Supaya satu hari nanti, hati kita tidak akan terpaling dari pasangan, hanya kerana nawaitu kita sewaktu memilih dia adalah bukan kerana agamanya.

Balik pada ketiga2 kisah tadi, terlintas difikiran abah, "Masih wujudkah lagi manusia yang berperwatakan seburuk itu - menendang ibu kandung, memisahkan suami dgn isteri tua, membiarkan isteri menderita hingga ke akhir hayat? Kalau ikut pengalaman, susah nak percaya. Tapi kalau difikir sebetulnya, abah rasa masih ramai diluar sana yang berperwatakan sebegitu.

Semoga Allah jauhkan kita dari sifat2 sebegitu insyaAllah.

p/s: Ini wallpaper laptop abah yg terkini.

Friday, March 21, 2008

Cerita tentang cinta tidak kesampaian...

Pagi ini, waktu dalam perjalanan kepejabat, abah dengar satu tazkirah di radio IKIM.fm. Tidak keterlaluan abah katakan kalau itulah tazkirah yang terbaik pernah abah dengar di radio itu. Masakan tidak, bergenang air mata abah mendengarkan tazkirah itu.

Abah tidak tahu apa topik sebetulnya, namun ia berkisar pada kecintaan kita pada Rasulullah s.a.w.

Abah cuba untuk berkongsi apa yang disampaikan dalam tazkirah tadi, tapi abah gagal. Abah taip, dan abah padam. Abah taip lagi, dan abah padam lagi. Mungkin bukan rezeki anda untuk tahu apa yang abah dengar.

InsyaAllah jika anda berpeluang mendengar tazkirah itu (sekiranya diulangsiar oleh pihak IKIM.fm), abah pasti hati anda juga akan tersentuh.

Betapa nipisnya rasa cinta kita pada Rasulullah s.a.w.....



Wednesday, March 19, 2008

Cerita tentang matang...

Abah baru siapkan satu kerja penting yg perlu dihantar hari ini. Alhamdulillah. Dan sebagai imbuhan (haha, sejak bila pulak ada imbuhan peribadi nih?), maka abah nak ambik sikit masa kerja untuk mengepek disini.

Abah ke bilik pantri kejap tadi, dan tersembang la dengan seorang rakan pejabat tentang politik negara. Bukan sembang apa pun, kawan tadi bagitahu abah, salah seorang ahli politik yang digugurkan dari menjdi menteri kabinet, dikhabaranginkan telah keluar parti dan meletakkan jawatan parti yg dipegangnya.

Pada abah, itu bukanlah aksi mengejutkan dalam senario politik Malaysia - sebabnya yg abah nampak, politikus dinegara kita ini memang ramai yang tidak matang, walaupun dah berpuluh tahun dalam parti. Waktu mereka berkuasa, dan politik tidak gawat, susah nak nampak ketidakmatangan mereka, tapi bila mereka dah hilang kuasa, dan bila keadaan sikit gawat, maka muncul lah berbagai adegan yg menunjukkan betapa tidak matangnya mereka. Atau lebih tepat kalau abah kata, ketidakikhlasan mereka dalam berpolitik mula menunjukkan rupa.

Kalah pilihanraya - menangis sampai tak keluar rumah. Bertukar kerajaan - habis dokumen dimusnahkan. Tak dapat jadi menteri - keluar parti. Tak jadi menteri penuh - tolak jawatan timbalan menteri. Tak dapat jadi MB pun kecoh satu malaya. Dan abah percaya anda semua dah saksikan perkara-perkara ini berlaku.

Dan kalaulah mereka kaji, itulah sebenarnya antara seba
b besar pengundi pakat2 kenakan BN kali ini. Bagus jugalah sebenarnya mereka tunjukkan nilai diri mereka sekarang ini, sekurang2nya apa yang diperkatakan sebelum ini, sudah ada bukti kukuh.

BN sebagai kerajaan sangat perlu menghapuskan orang2 sebegini. Rakyat tidak perlukan wakil2 sebegini. Abah tidak nampak isu lain bila mereka melatah dan buat tindakan yg mereka rasa betul. Yang abah nampak, mereka melatah sebab mereka rasa yg mereka sudah tidak berkuasa, atau mereka sudah tidak lagi boleh 'berkepentingan' dalam banyak hal.

Nak persoalkan keikhlasan mereka pun, rasanya patut juga. Kalau abah salah, tolong betulkan, tapi abah tak nampak mana ikhlasnya perjuangan mereka sebagai wakil dan pembela rakyat, bila mana, tanpa jawatan - mereka berpaling diri, tanpa jawatan - mereka lontarkan kekecewaan. Pada abah, kalau betul perjuangan mereka ikhlas, tidak akan terjadi episod2 sebegini. Tambahan lagi mereka itu kebanyakannya melayu islam. Dan bila merujuk pada poliTIKUS melayu islam ini, segan pulak abah pada bekas KM Pulau Pinang.

Tentang barisan kabinet baru, abah rasa, apa yang terbentuk ternampak perubahan yang ingin dilakukan. Abah berharap menteri2 baru ini akan dapat menjawab banyak persoalan dan permasalahan yang rakyat utarakan. Henti2kanlah memegang jawatan menteri atau apa saja jawatan pun, kalau sekadar untuk kepentingan diri sendiri serta anak beranak. Rakyat malaysia hari ini bukan masyarakat kayu yang tidak nampak apa yang jadi. Abah doakan semoga keadaan politik diMalaysia akan jadi antara yang menjadi kebanggaan setiap rakyat.

Semoga kepentingan setiap orang, tanpa kira bangsa, agama, budaya, dan status akan terbela. Semoga isu Islam dan Melayu tidak akan terus timbul jadi isu yang tidak menyenangkan kami.

Itulah saja kot epekan kali ini. Ada kerja lain nak kena siapkan juga ni. Jumpa lagi nanti, insyaAllah.

Friday, March 14, 2008

Cerita tentang anak...

Seperti yang abah janjikan, ini abah letakkan gambar buah hati terbaru abah untuk tatapan mereka yang sudi.

Walaupun abah tidak mahir ambil gambar, dan tidak minat sangat pun mengambil gambar, apatah lagi bergambar, namun untuk anak2, ada sikit kekecualian disitu. Ada satu rasa kepuasan bila dapat 'capture' wajah anak2. Bukan setakat itu saja, waktu abah berjauhan [atau berdekatan sekalipun], bila abah belek2 semula gambar2 anak dalam album atau laptop abah ini, akan datang satu rasa aman, rasa tenang, rasa bahagia menyusup masuk ke jiwa.

Untuk Mu'izz dan Azim, selain Ummi, abah sangat berharap agar kalian berdua dapat menjadi teman terulung hidup abah. Walaupun banyak ketikanya abah marah, abah berleter atau abah pukul, tapi tidak sekali-kali abah 'pindah'kan kalian jauh dari hati abah. Bagaimanapun dan apapun yang terjadi, anak2 abah akan tetap dekat dihati abah dan ummi.

Semoga Allah tidak uji kami dengan ujian yang berat bersabit anak2 ini, insyaAllah.

Untuk anak2 abah berdua ini, andai kata satu hari nanti sudah boleh faham erti kasihsayang, maka fahamilah kata-kata dibawah ini, yang abah tujukan khas buat kalian.



Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaan mu
Seindah kejujuranmu

Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Maka kudup penantianku
Hadirnya teman sejati

Melangkah kita menjejak mimpi
Bahgia berdiri dengan mu di sisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Chorus :
Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak ingin ku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

Wednesday, March 12, 2008

Cerita tentang ajaib dan kuasa...

Tadi abah terima satu emel berkenaan keajaiban yang berlaku bilamana seorang bayi, Carolyn Isbister yang dilahirkan pramatang, tidak diberi harapan tinggi untuk hidup lama. Doktor kata, "All the signs were that the little one was not going to make it." Tapi kuasa Allah, tidak ada manusia yg boleh menduga kebesarannya. Hanya kerana si bayi diletak atas dada si ibu, dan kerana kuatnya kasih ibu pada anak itu - Allah perlihatkan kekuasaanNya.

Pernah juga abah terbaca tentang kes yg sama dimana seorang bayi mengalami keadaan yg sama. Doktor tidak beri harapan. Tapi si abang pada bayi itu menyanyikan lagu yang selalu dinyanyikan sewaktu anak itu didalam perut ibunya. Akhirnya, bayi itu hidup seperti bayi2 lain.

Tengoklah, Allah banyak sangat beri petunjuk pada manusia akan kekuasaan dan kehebatanNya. Tanyalah siapapun, tiada siapa yang boleh jelaskan kejadian2 yang ajaib ini. Sains sendiri tidak mampu berikan jawapan.
Jika kita lihat cermin dan pandang diri kita sendiri, disitupun sudah sekian banyak tanda kekuasaan Allah.

Sayangnya disebalik itu semua, masih ramai lagi yang ingkar...hinggakan abah sendiri kadang jadi tak faham macamana ramai manusia gagal untuk melihat ini.

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, JADILAH LALU TERJADILAH', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" [al Anaam: 73]

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [Al- Fushshilat]

Monday, March 10, 2008

Cerita tentang PRU...

Setelah agak lama bercuti, hari ni abah kembali bekerja. Kalau dulu waktu bersekolah, time buka sekolah selepas cuti penggal, memang liat nak kesekolah, kali ini pun sama - rasa liat sangat nak kepejabat pagi tadi. Tapi dalam liat-liat pun sampai juga dipejabat. :-)

Belum sampai sejam duduk kat ofis ni, dah teringat kat si kecik abah dirumah tu. Rindu la pulak. Dengan si abangnya pun. Tadi sebelum abah bergerak ke tempat kerja, sempat lagi dia pesan, "Abah, nanti balik kerja abah masak ek. Ahmad lapar."

Tutup bab peribadi, nak bercerita sikit tentang soal pilihanraya. Abah bukan orang politik pun, dan memang tidak minat politik. Tapi dalam tak minat itupun, abah masih tertarik mengikuti perkembangan pilihanraya. Tak mahu komen banyak pasal keputusan pilihanraya, sebab semua orang dah kata, "mengejutkan".

Cuma abah sebagai salah seorang daripada jutaan 'silent majority', sudah boleh agak benda itu akan terjadi. Dan ada banyak sebab kenapa jadi begitu. Bukan sebab golongan ini taksub pada mana-mana parti (sebab itu jadi 'silent majority'), tapi sebab dah naik muak dan bosan lihat apa yang berlaku. Dan kerana bimbang kami akan mati kebosanan, maka ramai memilih untuk beri pengajaran pada BN. Pengajaran bahawa jangan pandang remeh isu2 yang dikemukakan pembangkang. Apa yang diluahkan perlukan jawapan dan tindakan. Bukan jawab dengan tayangkan iklan2 kempen yang sangat memualkan itu di TV dan akhbar.

Baru2 ini Ummi dimasukkan ke wad kerana demam denggi. Sepanjang abah menemani ummi di wad itu, selama itu jugalah abah menyaksikan iklan-iklan kempen oleh BN di mana2 saluran TV Malaysia, yang pada abah, iklan itu menarik dari sudut artistiknya, tapi dari sudut mesej - sungguh memualkan. Memetik komen Annuar Zaini dari Bernama, mesej2 sebegitu cuma berkesan dizaman Tunku dan Tun Razak. Zaman ini bukan masanya lagi rakyat disogok dengan benda2 yang akhirnya akan buat semua pengundi naik muak dan bosan. Abah rasa kerajaan BN gagal untuk melihat itu.

Soal Kelantan, tak payah sebut la kan. Hampir semua cerita di TV dan akhbar adalah mengenai Kelantan yang dianggap tidak maju. Nak tergelak juga abah rasa bila tengok apa yang disiarkan. Masakan tidak, walaupun abah bukan rakyat Kelantan, tapi tiap kali abah balik ke Kelantan, abah kagum dengan apa yg ada disana. Dari segi kemajuan, tidak kurangnya banding negeri2 lain. Jadi kalau soal nak bawa kemajuan ke Kelantan, abah sudah nampak dari awal2 lagi yang BN tak akan menang disana. Bukan sebab orang kelantan tolak kemajuan tambahan, dan bukan sebab orang Kelantan sudah sangat selesa dengan PAS, tapi sebab rakyat tidak yakin dengan BN akan jadikan negeri mereka lebih baik dari segenap segi. Itu sahaja. Cuma agak terkejut sedikit bila Dr Awang Adek kalah, sebab kata ibu mertua abah, Dr Awang Adek itu bagus sewaktu menjadi Ahli parlimen Bachok.

Abah ni mengepek soal pilihanraya ni, abah tak balik mengundi pun. Camna nak mengundi, Ummi tak sihat. Abah tak sanggup nak balik kampung semata2 sebab nak mengundi dan tinggalkan Ummi serta anak2 di Sg Buloh. Dan abah tak menyesal pun tak balik mengundi. Sebab kalau abah balik, sudah pastinya abah akan serba salah. Serba salah sebab, hampir keseluruhan kaum keluarga abah di Trg itu adalah penyokong2 setia BN. Abah akan jadi serba salah, sebab abah tahu jika mengundi, abah tidak akan pilih BN disitu. Sebabnya?? Haha, ada banyak sebab, dan salah satunya ialah kerana calon PAS dikawasan abah, adalah seorang yang baik dan boleh dicontohi. Calon BN pula, hahaha, no komen, nanti jadi mengumpat pulak.

Tapi abah ralat la sedikit, bila kaum keluarga abah dikampung jenis fanatik dengan parti tanpa melihat calon yg bertanding. Abah tahu mereka nampak kekurangan calon BN dikawasan abah itu, tapi kerana sayangkan parti, mereka bekerja kuat juga untuk pastikan BN menang. Dan BN memang menang disitu. Cuma abah harap, calon BN N28 Paka yang menang tu, supaya tukar2lah sikit cara bekerja untuk rakyat tu. (Itupun kalau dia baca la kan repekan abah ni!). Harap2 selepas kemenangan ini, rakyat jelata tidak lagi melihat sebuah 'mansion' jutaan ringgit dibangunkan dikawasan itu. Sebab kalau ada, insyaAllah, pilihanraya ke13 nanti, abah pasti BN akan kalah tersangat teruk disitu.

Eh, panjang la pulak merepek. itu saja dulu untuk kali ini. Nak sambung dengan kerja2 pejabat yang banyak menanti ini. Sighhhhhhh...

Tuesday, March 04, 2008

Cerita tentang ahli baru...

Setelah sekian lama menyepi dari blog ini, hari ni alhamdulillah, abah diberi sikit kesempatan untuk mengepek sepatah dua kata (sepatah dua ke??). Bukan ada perkara menarik pun, sekadar ingin memaklumkan pada rakan2 blog. Walaupun mungkin ramai yang dah tahu.

Tanggal 22 Februari yang lepas, alhamdulillah, keluarga abah menerima seorang lagi ahli baru. Bukan menantu yek. Tapi ahli baru yang berbinkan abah. Disekian banyak rasa risau dan teruja dalam hati, kurang lebih pukul 6.45 petang, abah dapatlah melihat insan yang kami tunggu2 selama ini muncul didepan mata. Alhamdulillah, segala puji buat Allah. Kedua-dua ummi dan baby sihat waktu itu, walaupun berat baby cuma 2.56 kg saja.

Dan hari ini, hampir 10 hari abah hidup dengan ahli baru itu. Satu perkara saja yang bermain dalam hati abah - gembira. Masakan tidak, dalam kami tidak diberi harapan untuk menimang zuriat lagi oleh para doktor, selepas Mu'izz, Allah Maha Pengasih masih beri kami ruang untuk itu. Ummi pun abah rasa berkongsi perasaan yang sama dengan abah. Cuma ummi tidak sangat dapat tunjukkan keterujaan kerana masih perlu banyak berehat (walaupun hakikatnya abah tak rasa ummi punya rehat yang cukup). Kesian Ummi. Allah saja yang mampu membalas jasa2 Ummi pada abah dan anak2.

Dan abah rasa, anda mesti nak tahu juga kan, apa nama yang kami beri pada gerangan si buah hati terbaru ini? Dan ada kemungkinankah abah tukar nama blog abah ini? Hahaha.

Setelah menimbang2kan beberapa nama selama beberapa hari, akhirnya abah, ummi dan Mu'izz memilih untuk menamakan insan terbaru itu sebagai Ahmad Azim Hafiz.

Dan untuk blog, rasa2nya abah akan kekalkan nama yang sama. Nanti kalau abah panjang umur, dan kalau Azim tanya, pandai2lah abah menerangkan. Ekekeke.

Jutaan terima kasih buat semua rakan-rakan atas doa dan harapan. Atas ucapan tahniah dan lawatan yang sekian banyak kami terima. Terutamanya untuk Bang long dan Muzem - terima kasih banyak2. Allah swt saja yang mampu membalas apa yang telah anda hulurkan pada kami.

Mana gambar Azim? Haha, gambar nanti dulu ya. Abah belum sempat pindahkan gambar dari kamera ke dalam laptop abah ni. InsyaAllah selepas abah balik dari Bangkok nanti, abah akan cuba letakkan diblog ini, sekadar untuk tatapan kawan2 yang ingin melihat.

Terima kasih sekali lagi dari kami sekeluarga untuk anda semua. Jumpa lagi insyaAllah.

Wednesday, February 20, 2008

Cerita tentang teruja, dan risau...

Post pagi ini adalah post khusus untuk "ahli baru" yang akan mengganggotai keluarga abah tidak berapa lama lagi insyaAllah. Dan malam tadi, abah terfikir2 untuk mengubahsuai nama blog abah ini. Bukan apa, takut nanti ada orang jeles pulak bila nama dia tak ada kat blog. Hahaha.

Tak ada cerita banyak pun, sekadar satu makluman pada kawan-kawan abah, dan rakan2 pembaca blog abah, bahawa esok, abah akan mula bercuti selama 2 minggu mungkin. Bercuti kerana hari Jumaat nanti, Ummi akan melalui proses melahirkan zuriat ke2 kami. Selepas 7 tahun, abah faham kalau ummi (dan abah juga) risau, walaupun dalam masa yang sama, teruja. Teruja kerana kami memang tidak pernah sabar [sejak dari tahu yg ummi hamil 8 bulan yg lalu] nak melihat bagaimana rupa sikecil ke-2 ini. Risau ada juga sebab bimbang andai berlaku sebarang komplikasi sewaktu proses bersalin, seperti yg pernah berlaku dulu. Abah sangat berharap moga Allah tidak menguji abah dan ummi kali ini dengan ujian yg tak mampu kami nak tanggung.

Oleh kerana itu juga, abah dengan penuh rendah hati disini memohon doa dan harapan dari anda semua, semoga proses kelahiran itu akan berjalan dengan lancar nanti. Dan semoga kedua-dua Ummi dan baby nya akan sihat sejahtera. Tiada apa yang lebih abah harapkan dari kawan2 selain doa agar segalanya baik untuk kami.

InsyaAllah, abah akan cuba update sebarang berita berkaitan itu (hahaha, dah jadi blog personal dahhh) untuk pengetahuan rakan2 semua. Pada yang terasa hati sebab abah tak bagitahu secara peribadi, abah minta maaf. Bukan tak ingin bagitahu, tapi kesibukan kerja dan urusan keluarga yang buatkan abah lupa untuk beritahu.

Urusan berbloging akan bersambung mungkin agak lewat sedikit nanti. Tapi akan tetap bersambung insyaAllah.

Tuesday, February 19, 2008

Cerita tentang pilihan hati...

Tengahari tadi ada kawan sepejabat bawak abah makan di Cheras. Sedap juga makannya, hinggakan abah nak bernyawa pun susah. Haha, apa lagi, perut sendat punya pasal ler [org pantai timur kata "se'eh"]. Baru je abah berangan nak diet, dah hari ni makan banyak. Ekekekeke.

Hari ni abah nak bercakap sedikit tentang soal pilihan. Pilihan hati. Bukan pilihan dalam mencari buah hati, tapi soal pilihan hati kita dalam bertindak.

Pagi tadi, Mu'izz sekali lagi menguji kesabaran abah. Abah suruh dia cepat bersiap sebab waktu itu dah agak lambat. Tapi Muizz sebagai Muizz, dengan selambanya "take his own sweet time" dalam mandi dan pakai baju sekolah. Dan abah sebagai abah, rasa macam angin kus-kus dah naik sikit.

Tapi dalam angin kus-kus naik itu, tiba-tiba terlintas difikiran abah, "Nak marah ke, tak nak marah?". Kalau marah, mungkin Muizz akan cepat sikit bersiap, tapi abah yakin, anak jantan itu akan rosak moodnya pagi ini, dan dalam masa sama, akan turut bagi kesan pada sesi sekolahnya. Kalau abah tak marah, hati abah pulak yang panas, dan pastinya abah akan lambat ke tempat kerja.

Apa abah pilih? Abah pilih untuk tidak marah. Abah buat as if tidak ada apa2 yang berlaku, walaupun sesekali abah suruh juga Muizz cepat2 bersiap. Dan hasilnya seperti abah jangka, Muizz ceria sebagaimana cerianya dia dihari2 lain. Walaupun panas hati, tapi sebab keceriaan Muizz, secara tidak abah sedari abah pun sikit demi sedikit hilang rasa panas dalam hati pada Muizz. Alhamdulillah, abah buat pilihan yang betul pagi tadi.

Sampai diofis pula, abah terima satu emel, yang pada abah, emel tersebut agak biadap. Dan abah tak terkejut, kerana si penghantar emel juga memang terkenal dengan sifat biadapnya dikalangan kami. Abah rasa abah berhak pun untuk marah si penghantar emel itu semula. Dan kalau ikut kebiasaan hati panas, abah pasti akan balas emel dia semula. Paling tidak, menegur dia supaya akan lebih sopan bila beremel dengan kakitangan lain.

Abah akhirnya memutuskan untuk tidak balas emel dia. Sebaliknya abah pergi jumpa dia. Jumpa sebab ada urusan lain juga. Dan bila berjumpa, abah masih boleh memilih samada untuk tegur dia "tang-tang itu" juga atau tidak. Alhamdulillah, abah tidak buat. Mungkin itu bukan tindakan yang baik. Tapi bila abah bersopan cakap dengan dia, alhamdulillah, abah dapat respon yang hampir sama. Hilang rasa marah abah pada dia ketika itu. Walaupun kesopanannya bukan seperti yg abah harapkan, tapi sekurang2nya dia bercakap secara baik dgn abah.

Balik ke meja abah semula, abah dok terfikir2 tentang 2 insiden itu hari ini. Bila fikir2kan, abah baru sedar bahawa dalam menghadapi hidup, kita sebenarnya akan berdepan dengan pilihan-pilihan sebelum bertindak. Mungkin ada keadaannya dimana kita tidak akan sempat untuk memilih, tapi secara umumnya, kita akan ada ruang untuk memilih. Memilih apa yang perlu dibuat seterusnya.

Dalam keadaan kita marah - kita boleh memilih untuk kekal marah, atau kita boleh pilih untuk redakan kemarahan. Dalam keadaan kita rungsing, kita boleh pilih untuk kekal runsing, atau untuk kurangkan rasa runsing. Dalam keadaan kita tertekan, kita juga sebenarnya boleh pilih, samada untuk terus tertekan, atau cuba atasi tekanan. It is all about choosing the right choice.

Abah tak boleh nak cakap pilihan apa yang baik, apa yang tidak. Apabila berdepan dengan situasi, kita selalunya akan tahu apa pilihan yang kita ada. Yang jadi masalah kita selalunya, ialah memilih yang salah. Bila tengah naik hot dengan kenakalan anak, kita memilih untuk marah dan pukul. Bila berdepan dgn orang biadap, kita memilih untuk menjadi lebih biadap terhadap dia. Mungkin kita punya alasan untuk memilih pilihan yg salah, tapi itupun masih tetap akan bawa kesan pada pilihan dan tindakan kita.

Apa yang boleh dibuat bila berdepan dengan pilihan? Ambil masa untuk tenangkan diri dan fikir baik-baik. Pada masa ini, fokuskan lebih pada akal, bukan perasaan. Sebab diwaktu kita berdepan dengan situasi, perasaan selalunya akan buat kita memilih pilihan yg salah. Semoga dengan sedikit ruang yang kita ambil untuk menilai pilihan yg akan dibuat, akan buatkan kita memilih tindakan yang betul, insyaAllah.

Oklah dulu, bersembang lagi nanti ya! Abah ada kerja sikit.

Friday, February 15, 2008

Tiada cerita...sekadar berkongsi rasa...

Sekejap tadi waktu abah kebosanan, sempat abah siapkan satu posting baru. Nak dijadikan cerita, belum sempat abah klik butang Post, entah macamana abah terklik butang x kat sebelah atas kiri tuh [tutup window la maknanya tu]. Aduihhhh, tensennya rasa. Nasib baik tensen dalam seminit jer, alhamdulillah.

Nak taip semula, dah takde mood dah la. Tapi masih ada benda nak dikongsikan juga hari ni. Takde cerita apa(sebab cerita tu dah terdelete), cuma sekeping gambar. Sekeping gambar yang bawa banyak erti pada abah kala ini.


Cerita tentang apa pengertian gambar ini pada abah, akan menyusul. Minggu depan insyaAllah.

Thursday, February 14, 2008

Cerita tentang kiblat...

Rasanya semua dah tahu kan yang parlimen Malaysia dah dibubarkan. Dan pembubaran parlimen petanda penting untuk tarikh pilihanraya ke-12.

Kebetulan semalam The Star ada siarkan gambar yang kat atas tu. Abah pun nak la berkongsi gambar itu dengan anda. Bukan sebab abah kaki politik pun, tapi sebab:-

1. Itulah jambatan yang abah lalu tiap kali balik kampung, sebab itulah satu2nya jambatan yg ada kat kampung abah.

2. Abah tahu siapa orang2 yang pasang bendera tu kat situ. Hehehehe, tapi takleh cakap la kan, nanti kesian depa.

Harap-harap abah dapat la jalankan tanggungjawab sebagai pengundi nanti. Bukan apa, abah berkemungkinan akan ke Bangkok selama seminggu awal Mac nanti. Jangan la pilihanraya berlangsung sewaktu abah kat sana. Sebab kalau tarikhnya bertembung, jawabnya, wakil ADUN dan Parlimen kawasan abah akan kekurangan satu undi penting, ahaks.

Oklah dulu, abah nak turun makan. Boss dah panggil ajak makan, sebab ada tetamu datang ofis pagi ni, so, nak kena temankan tetamu tu makan la. Kebetulan pulak tetamu tu adalah profesor abah diUKM dulu. Hehehe, banyak la cerita nanti ni.

Sempena 14hb Februari hari ni, yang mana ada juga orang2 kita dok raikan, abah nak tujukan satu lagu cinta kat anda. Lagu yang abah baru dengar semalam, dan rasa macam menarik melodi dan liriknya. Tapi abah tuju ni bukan sebab valentine ya, abah tuju lagi ni, sebab abah sayang dan kasihkan anda semua, bukan sekadar sebagai rakan pembaca blog abah, tapi sebagai saudara seagama abah.


Kiblatku - Hazami

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

Wednesday, February 13, 2008

Cerita tentang malu...

Pagi tadi, abah terdengar rancangan NurHikmah di radio IKIM. Selalunya abah dengar sajalah, tapi kali ni terasa nak berkongsi dengan anda sedikit tentang apa yang diterangkan oleh Ustaz Zamani Ismail dari UTM dalam tazkirah beliau. Topiknya - malu. Tak payah la abah bagi definisi malu kan, rasanya semua orang tahu apa itu malu. Cuma yang bezanya, tahu malu atau tak tahu malu saja. Orang yang tak tahu apa itu malu, abah belum jumpa lagi setakat ni.

Nak malu apa? Malu pada siapa?

Malu pada perbuatan tidak elok kita, dan malu pada anak isteri, pada jiran tetangga, pada masyarakat sekeliling, dan paling penting, malu pada Allah SWT.

Banyak sikap2 yang kita patut rasa malu nak dibuatpun sebenarnya, tapi masih juga kita buat, terutamanya bila kita fikir, orang tidak nampak, ataupun, "Ahhh, peduli apa kat orang lain." Kan?

Ambil satu contoh: Anda memandu kereta dalam kesesakan jalanraya yang teruk (seperti yang abah alami baru-baru ini sewaktu memandu dari Paka ke KL). Dalam kesesakan dan keperlahanan trafik itu, anda setia memandu ikut aturan. Dan tidak lama kemudian, anda dan pemandu2 setia yang lain itu pun mula menyaksikan acara "memotong q" beramai2.

Apa yang terlintas difikiran anda waktu itu? Ataupun apa yang anda buat/kata sewaktu menyaksikan adegan itu?

Dan bagi pemandu yang memotong q itu pun, apa yang ada dalam fikiran dia bila dia buat macam itu?

Anda mesti ada jawapannya kan. Cuma mungkin jawapan kita berbeza.

Yalah, bagi orang yang sabar, mungkin tidak ada rasa apa-apa bila tengok ramai pemandu lain potong q. Bagi yang kurang sabar, dia pun akan ikut sama memotong q juga. Bagi yang masih sabar, tapi susah nak kawal rasa hati (macam abah la kan), tetap juga memandu ikut aturan, tapi dalam masa sama - terlintas juga dalam hati mengutuk mereka yang memotong q tersebut.

Balik pada cerita malu tadi tu, sebenarnya, dalam contoh diatas, dua-dua pihak berhadapan dengan ujian malu oleh Allah. Pihak yang memotong q itu diuji, pihak yang dipotong q itupun diuji. Senang saja ujiannya - rasa malu dalam hati.

Umumnya, orang yang memotong q itu, adalah orang-orang yang tidak ada rasa malu dengan perbuatan mereka. Kalau ikut istilah abah - itu orang-orang yang pentingkan diri sendiri. Kalau mereka malu, setidak-tidaknya pada Allah, abah yakin mereka tidak akan potong q.

Bagi yang dipotong q itu juga, Allah uji rasa malu dalam diri mereka. Kalau mereka naik marah, dan menyumpah seranah orang-orang yang potong q, maka itupun termasuk dalam kategori mereka yang tidak tahu menjaga malu. Tak payah malu pada orang lain pun, malu pada anak isteri sendiri cukuplah. Apalah agaknya anak2 fikir bila tengok ayah mereka sumpah seranah dan maki hamun pemandu yang potong q itu? [Pesanan untuk abah ni sebenarnya. Hehe].

Abah sendiri terasa malu bila dengar tazkirah tadi. Rasa betapa masih banyaknya kekurangan dalam diri abah yang perlu diperbaiki.

Dan pada rakan-rakan blog abah, semoga kita semua akan dapat menjaga rasa malu dalam diri kita itu baik2. Sentiasa beringat supaya malu untuk melakukan perbuatan tidak baik. InsyaAllah, andainya rasa malu itu kita jaga dan amalkan betul-betul, abah yakin Allah akan lebih menyayangi diri kita.

Dan bercakap soal malu, teringat pada kisah dikampung baru-baru ni. Entah macam mana, sewaktu kami sekeluarga berkumpul dan bercerita, ummi tiba-tiba memegang tangan abang ipar abah (seperti yang selalu ummi buat pada abah). Dan bila menyedari yang ummi tersalah pegang tangan orang lain, terus merah padam muka ummi. Hahahaha. Kesian ummi. Abah yakin ummi termalu betul waktu itu. Dan abah, tanpa malunya, tersengih-sengih saja tengok ummi yang termalu itu. Ekekekekeke.

p/s: Sori Ummi, abah tercerita tentang benda tu, Ummi jangan marah yek!

Satu artikel lain yang bagus, berkaitan malu.

Wednesday, February 06, 2008

Tidak ada cerita...

Kebelakangan ini, abah seolah2 tidak ada rasa apa2 untuk menulis sebarang perkara diblog ini. Ada benda bermain2 dalam minda, tapi tidak juga terluahkan pada blog.

Pada yang rajin singgah, minta maaf banyak2 kerana tiada pengisian yg baru. Mungkin kerana kesibukan kerja dan tuntutan tanggungjawab peribadi, buat abah tidak ada rasa untuk menulis. Dan mungkin juga sebab abah tengah 'berperang' dengan sikap lama yang kembali menghantui diri abah kala ini. Haha, apa benda la tu ya!

Apapun, kesempatan kali ini, abah cuma nak mengucapkan sesuatu pada kawan2 abah, yang senantiasa 'ada disisi' abah.

Untuk Muzem, tahniah sekali lagi dari abah. Moga Muzem akan jadi seorang pendidik yang cemerlang, gemilang, terbilang. Boleh??? Nanti kalau posting, mintak la area sini, boleh lepak rumah abah selalu.

Untuk Rizal, terima kasih atas 'award' yang diberikan. Pastinya ia membawa makna tertentu pada abah. Sekurang2nya abah tahu, Rizal meng'hargai' persahabatan dengan abah. Dan abah pun menghargai juga, cuma tidak berkesempatan (atau masih melengah2kan) untuk menunjukkan penghargaan itu.

Untuk Brader, tahniah sekali lagi juga kerana mendapat puteri kedua dalam keluarga. Walaupun dah hampir 2 bulan ia berlaku, namun abah harap masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah itu secara terbuka disini. Semoga brader dapat menjaga dan mendidik anak itu dengan baik. InsyaAllah, abah akan melawat juga brader sekeluarga. Keinginan tu sentiasa ada, cuma kekangan yg datang itu saja yang menghalang.

Untuk bang long, alhamdulillah, abah dah jumpa kamera tu. Tersembunyi ditempat yang abah pun terlupa bila abah letak disitu. Tentang jemputan bertandang ke kediaman baru bang long, abah tak boleh nak berjanji, tapi insyaAllah satu hari nanti, abah akan sampai juga kesana. Harap pintu rumah bang long sentiasa terbuka untuk abah sekeluarga.

Untuk Nizam, 'perpisahan' ini abah fikir, adalah untuk kebaikan. Semoga dia bahagia mengejar cita-cita yang diimpikan selama ini (haha, tahu tahu je abah ni impian orang!). Ini cuma satu daripada episod 'perpisahan' yang perlu ditempuh dalam bersahabat. Kalau panjang umur, akan banyak lagi episod 'perpisahan' yang akan muncul.

Untuk yang lain-lain, selamat bercuti sempena orang bercuti raya nih!

Tuesday, January 29, 2008

Cerita tentang mencipta kasih...

Hari Ahad malam baru-baru ini, sewaktu abah sedang syok menonton CSI di AXN, tiba-tiba ada satu sms masuk ke hp abah.

Bunyi smsnya macam ini: "Cunlah ex-girlpren abah kat tv3 tu. Ahaks."

Mula-mula abah tak faham sangat apa maksud sms tu, tapi bila abah tukar siaran ke TV3, barulah abah faham. Rupanya malam itu ada siaran langsung Juara Lagu. Dan sebab dah tertukar channel itu, dan tiba2 ada pengumuman dari pengacara yang calon seterusnya ialah Bob, maka lekat jugalah abah didepan TV sekejap.

Melihat persembahan Bob (yang sememangnya abah kagum dgn kemerduan vokalnya), abah terlupa langsung cerita CSI yang abah sedang tengok. Ekekekeke, dan rasanya, malam itulah juga pertama kalinya abah dengar lagu Kasih Tercipta ini. Apa yang abah boleh komen....abah suka dengar Bob nyanyikan lagu tu.

Untuk yg tidak berkesempatan mendengar betapa merdunya Bob nyanyi malam tu, ini abah jumpa video di YouTube.



p/s: Untuk bro rizal, tag tu abah jawab nanti ya. Skrg ni tgh cari kamera digital abah (yang bang long hadiahkan satu ketika dulu). Abah lupa mana abah letak.

Thursday, January 24, 2008

Cerita tentang motivasi bekerja...

Hari selasa itu hari, abah terbaca satu artikel tentang motivasi pekerja. Dan tertarik dengan pandangan Peter Block berkaitan "culture of entitlement" yang banyak diamalkan oleh organisasi diMalaysia, dan salah satunya, syarikat tempat abah bekerja. Dari satu segi, bagus budaya itu, tapi dari satu segi lain, Peter Block kata -

“I am willing to do what is rewarded, I want desperately to know what they [the management] value, I refuse to do what is not rewarded, and I want greater rewards, especially when I deliver greater and greater results.

Ultimately, no level of reward is enough, for my work, and my purpose has become a game. Winning more becomes the point, for I need the game to feel valued. What I may not realize is that when I choose this path, I sacrifice my own purpose... Everything is offered up for auction, the most precious of which is our own freedom.

We are willing to surrender our freedom, especially in the workplace, in return for protection and promotion. We surrender sovereignty to the boss and they in turn protect us and look out for our interests... Subjugation in return for safety..."


Kata abah - Abah tak tahu samada abah berada pada tahap itu atau tidak. Tapi sebetulnya, duduk dalam keadaan budaya kerja macam itu, abah ada tendency untuk "malas nak buat apa yang management tak 'pandang'". Tapi dalam masa yang sama, abah tidak sampai hati nak menolak permintaan dari rakan sekerja yang memerlukan abah membantu mereka dalam perkara-perkara yang "management tak pandang".

Semoga abah tidak memilih jalan yang salah.

Tuesday, January 22, 2008

Cerita tentang kerja...

Hari ni nak mengepek sikit(hehe, kebelakangan ni rasa nak mengepek je kerjanya) tentang "betapa bosan dan muaknya berurusan dengan orang malas buat kerja.".

Uiks, panjangnya topik. Tapi itu yang betulnya. Kenapa tetiba je keluar topik ngepekan yang itu. Sebabnya malam tadi, abah call kakak abah dikampung, dan dia luahkan rasa hati dia yang sangat bosan berurusan dengan pejabat agama di Dungun. Kalau sebelum ini, dia kecewa dengan cara bekerja kakitangan Majlis Daerah Dungun, time ni, giliran kakitangan Pejabat Agama pulak yang buat hal.

Hari sabtu lepas pun, waktu berkunjung ke rumah sepupu ummi, dia meluahkan rasa yang sama juga. Betapa dia bosan, kecewa dan marah bila berurusan dengan jabatan2 kerajaan. Dan bila mendengarkan luahan sepupu itu, abah rasa memang sepatutnya dia kecewa. Kalau abah pun abah kecewa.

Sepupu abah ingin menukarkan tanah yang dia ada kepada lot2 berasingan, dan untuk itu, perlu berurusan di Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran dan juga JPS. Diketiga2 jabatan ini, nasib yang dialaminya sama. Berdepan dengan kakitangan yang malas bekerja. Bayangkan permohonan dibuat awal 2006. Bila ditanya pada pertengahan 2006 akan statusnya, kerani itu boleh jawab, "Sabar En. X. En. X punya permohonan baru je dibuat. Masih ada banyak lagi permohonan tahun 2005 yang masih belum diproses." Aduisss mak. Dia tahu ke apa dia cakap. Kalau dah tahu, kenapa tak buat cepat2. Entah2 orang yang memohon tahun 2005 itu ramai yang dah meninggal. Sampai sudah la mereka tak tahu apa cerita permohonan mereka.

Tapi nasib baik la sepupu abah yang mendengarnya, kalau abah, hahahaha, dah lama kerani tu kena sembur dgn abah. Abah pantang betul manusia yang buat kerja macam nak tak nak sahaja. Time boss ada, dialah manusia paling sibuk dalam dunia. Bila boss tak ada, buat kerja cuma sejam, yang lain, sibuk dengan urusan peribadi.

Sama macam kes sepupu abang berjanji untuk berjumpa dgn seorang kakitangan lain di Shah Alam. Janji pukul 3 (sebab hari jumaat), tapi 3.30 belum nampak batang hidung. Lama benar wiridnya. Ke dia pergi solat jumaat diMasjid Nabawi. Bila ditelefon, masih tgh makan diluar.

Aduhaiii, malangnya kerajaan dapat kakitangan sebegini. Kerja dibuat macam "bapak dia yang bayar gaji". Masuk kerja asyik dok tengok jam bila nak balik. Keluar makan, 2 jam tak cukup. Berurusan dgn orang ramai, seolah2 orang ramai itu datang minta sedekah dengan depa, etc.

Ikhlas cakap, abah kalau boleh dielakkan berurusan dgn pejabat2 kerajaan ni, memang abah akan elakkan. Tapi kalau terpaksa tu, kena la juga. Bukan semua macam itu, abah faham. Tapi masalahnya, RAMAI lagi macam itu. Kerja hanya kerana gaji semata2. Bukan kerja untuk kerja sangat pun. Selagi gaji masuk bulan2, selagi itulah dia anggap kerja itu macam makan angin. Bila dia rasa rajin, dia buat, bila dia rasa tak ada mood, dia tak buat.

Ini abah nak buat rayuan terbuka pada mana2 kakitangan kerajaan ataupun swasta, yang kerja sekadar nak memenuhi poket hujung bulan saja. Yang rasa dah malas berurusan dgn orang awam, yang rasa tak mampu nak penuhi hak2 orang awam, yang rasa "kalau nak cepat urusan, kena hulur duit bawah meja" - [tang ni percayalah cakap abah, semua orang malaysia tahu realiti ini], yang rasa dengan buat kerja cepat tu sekadar buat penat saja (sebab ganjaran gaji cuma ciput), yang rasa bersembang ttg politik dan peribadi lebih seronok didalam pejabat - abah minta mereka ni hantar la surat berhenti cara terhormat.

Kerajaan atau organisasi anda tidak akan rugi jika anda berhenti, malah beruntung sebenarnya. Dan gantikanlah orang2 ini dengan mereka yang bekerja kerana bekerja mencari rezeki halal untuk anak isteri. Gantikan dengan mereka yang bekerja memenuhi hak orang ramai [yang secara tidak langsung membayar gaji mereka]. Gantikan dengan mereka yang tidak suka buang masa sewaktu kerja. Gantikan dengan mereka yang bila tak ada boss pun, mereka buat kerja dengan sepenuh hati.

Susah ke nak cari orang2 bagus macam yg abah cakapkan itu? Tak susah. Ramai pun diluar sana yang bagus2, tapi tak dapat nak masuk kerja, sebab ada manusia2 selfish yang pemalas ini, yang tak sanggup nak hilang gaji bulan2, tapi sanggup bertanggungjawab depan Allah diakhirat kelak akan urusan kerjanya.

Alamak, apa abah tulis ni? Tak OK lagi la ni rasanya kot. Ahaks.

Selamat bercuti untuk mereka yang bercuti. Bercuti sebab kerajaan bagi cuti, bukan bercuti sebab sama2 nak meraikan Thaipusam ya!

p/s: Akibat terlebih sembur perfume hari ni, tak pasal2 abah jadi Ambi Pur bergerak. :-)

Friday, January 18, 2008

Cerita tentang falsafah...

Charles Schultz Philosophy

The following is the philosophy of Charles Schultz, the creator of the "Peanuts" comic strip. You don't have to actually answer the questions. Just read the e-mail straight through, and you'll get the point.

1. Name the five wealthiest people in the world.

2. Name the last five Heisman trophy winners.

3. Name the last five winners of the Miss America.

4. Name ten people who have won the Nobel or Pulitzer Prize.

5. Name the last half dozen Academy Award winners for best actor and actress.

6. Name the last decade's worth of World Series winners.


How did you do?


The point is, none of us remember the headliners of yesterday. These are no second-rate achievers. They are the best in their fields. But the applause dies. Awards tarnish. Achievements are forgotten. Accolades and certificates are buried with their owners .


Here's another q
uiz. See how you do on this one:
1. List a few teachers who aided your journey through school.

2. Name three friends who have helped you through a difficult time.

3. Name five people who have taught you something worthwhile.

4. Think of a few people who have made you feel appreciated and special.

5. Think of five people you enjoy spending time with .


Easier?


The lesson:
The people who make a difference in your life are not the ones with the most credentials, the most money, or the most awards. They are the ones that care.

Apa yg anda baca diatas adalah apa yang abah terima dalam satu emel dari bang long. Kenapa abah letakkan dalam blog?

1. Untuk berkongsi sesuatu dgn anda (seperti biasalah kan).
2. Untuk menyedarkan diri abah akan kepentingan keluarga dan kawan2 dalam hidup abah.

Kebelakangan ini, abah rasa agak tertekan, dan tidak tahu apa puncanya. Dan bila tertekan, kerapkali abah akan gagal mengawal rasa, terutamanya rasa marah. Dan bila tidak boleh kawal, tempiasnya akan terkena pada orang-orang disekitar abah. Dan dua manusia kesayangan abah dirumah itulah yang paling teruk kena tempias. Bukan niat hati nak berbuat benda2 tidak elok waktu marah singgah dalam hati, tapi rasa marah itu melebihi logik akal dan perasaan asli, maka berlaku juga episod berleter dan meninggi suara.

Sewaktu memandu kepejabat tadi, masih terasa tertekan juga (ditambah dengan kesesakan jalan). Tapi dalam tertekan itu, timbul juga rasa sedar yang diri abah sangat berdosa pada dua manusia yg abah sayang itu. Dan juga pada manusia lain.

Bila baca semula emel yang bang long bagi tu, makin buat abah rasa bersalah dan berdosa. Abah sangat2 berharap agar rasa tertekan dan rasa amarah itu akan lari cepat2 dari diri abah. Abah nak hidup bahagia, ceria, gembira sepanjang masa. Anda doakan abah ya!

Wednesday, January 16, 2008

Cerita tentang Rasul Allah...

Sudah lama benar tak post apa-apa. Nak kata sibuk, memang sibuk, tapi kalau nak diluangkan sikit masa untuk post, insyaAllah ada. Tapi tak juga buat. Haha. Bukan apa, kekeringan idea dan kata-kata kebelakangan ini untuk menulis sesuatu.

Apapun, untuk rakan2 yang setia mengunjungi blog abah (kalau ada lah kan), ini ada sedikit video dan audio berkaitan Nabi junjungan, Muhammad s.a.w.






Kebetulan, ada seorang adik beritahu abah tentang kewujudan video itu, dan dalam masa yang sama, abah dok mendengar album Rabbani bertajuk Maulana, dan tiba-tiba datang rasa sayu mendengarkan satu lagu ini.

Bukan kesayuan rasa yang ingin abah kongsi, tapi kesedaran, bahawa kita seringkali lupa akan kekasih Allah itu. Kesibukan kerja dan hidup buatkan kita lupa pada Baginda. Moga-moga apa yang abah kongsi ini mampu buatkan kita paling tidak ingat pada Rasulullah s.a.w. Baik dalam doa, dalam kesibukan tugas, dalam kekalutan hidup, dan dalam apa2 situasi sekalipun, insyaAllah. Bukan sekadar ingat, tapi ingat yang mampu menambahkan kecintaan kita pada Rasulullah s.a.w.

Semoga anda semua akan tetap dalam rahmat dan kasihsayang Allah SWT. Selamat tahun baru hijrah 1429. Semoga 1429 ini akan jadi tahun paling cemerlang buat kita, insyaAllah.

Tuesday, January 08, 2008

Cerita tentang idola...

Hari ni takde nak mengepek, cuma nak berkongsi rahsia. Uiks, rahsia apa tu? Takde rahsia apa pun, cuma nak bagitahu anda siapakah idola-idola abah sekarang ini. Sejak remaja dulu lagi pun sebenarnya memang abah ada idola abah sendiri, tapi kalau zaman sekolah dulu, idolanya tak lari dari watak2 superhero, kemudian beralih pada penyanyi2, dan sekarang, beralih pula pada individu2 yang abah rasa sangat positif pemikiran mereka tentang hidup dan kehidupan. Idola yang mampu mengubah tanggapan dan fikiran kita terhadap sesuatu. Dan yang paling penting, idola yang mampu menyentuh jiwa kemanusiaan abah - dengan kesedaran tentang kemanusiaan dan ketuhanan dalam diri mereka.

Inilah rahsianya. Dua individu yang sekarang ini abah hormati sebagai individu-individu yang mampu menjadi contoh pada abah.



Dalam klip video itu ada 4 individu, idola abah cuma 2. Prof. Dato' Dr. Dzulkifli Abd Razak yang sekarang ini adalah Naib Canselor USM dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor - Angkasawan pertama negara.

Abah cuma kenal mereka dari kejauhan, namun itupun sudah cukup untuk abah. Kerana yang penting, bukan berjumpa mereka secara peribadi [walaupun ini yang abah harap2kan], tapi dapat mendengar dan membaca idea2 dan pendapat mereka tentang sesuatu. Dan dalam kes dua individu ini, abah seronok mendengar dan membaca pemikiran mereka tentang sains, tentang kemanusiaan, dan tentang kebesaran Allah.

Abah berhenti disini dulu. Masih banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan. Jumpa lagi insyaAllah.

P/S: Pagi tadi terima emel yg ada gambar Siti Nurhaliza [dia ni adalah ex-idola abah juga] bertudung. Walaupun ada orang pertikaikan itukah makna bertudung pada Siti, tapi pada abah, Siti pegang kata-kata dia untuk bertudung selepas menunaikan ibadah haji. Dia tak kata nak tutup aurat, cuma nak bertudung. Sedikit ralat rasa, tapi moga2 satu ketika nanti, dia akan menutup aurat, bukan sekadar bertudung kepala sahaja.

Friday, January 04, 2008

Cerita pembuka 2008...

Lama sungguh abah tak mengepek apa2 disini. Nak sangat sebenarnya mengepek, tapi sebab banyak kekangan, maka banyak benda dalam minda itu abah simpan dulu. Ada yang dah lupa pun.

Apapun, dikesempatan kali ini, tidak mahu mengepek panjang. Cuma sekadar nak menulis sikit benda, supaya anda semua tahu, abah masih lagi bernafas diatas muka bumi Allah ini, dan masih diberi kesihatan tubuh badan dan akal fikiran oleh Allah. Cuma sedikit tua je sekarang ni. Haha. Biasalah kan, naik je tahun baru, perkara pertama yang terlintas difikiran abah, "Tua dah aku ni ya!". Tapi takat itu sajalah. Walaupun sekian ramai dari kita memasang azam pada tahun baru, abah tetap dengan dialog lama itu juga. Azam tak pernah terlintas untuk dipasang ditahun baru. Kenapa? Sebab azam dalam diri abah tidak datang dengan kedatangan tahun baru. Azam akan datang bila ia perlu datang. Tapi datang azam sajalah, terbuat atau tidak, atau tercapai atau tidak, itu cerita lain.

Sikit cerita tentang diri abah. [Uiks, dah jadi cam blog kehidupan abah la pulak skrg nih]. Sekarang ini agak sibuk sikit dengan urusan kerja dan juga urusan peribadi. Tak pasti sangat adakah abah betul2 sibuk, atau mungkin kerana pengurusan masa abah yang silap. Yang pastinya, macam banyak saja benda yang perlu dibuat. Hal ofis tidak ada apa yang m
enarik untuk diceritakan. Tentang peribadi, abah agak sibuk sikit, sebab Muizz dah masuk darjah 1. Seperti orang lain yang ada anak masuk darjah 1, abah pun turut sama sibuk. Bukan sibuk apa pun, cuma sibuk uruskan kelengkapan persekolahan Muizz. Beli uniform, kasut, beg, etc. Dan juga uruskan pendaftaran disekolah. Ini satu pengalaman baru buat abah. Dan menyeronokkan juga sebenarnya mengalami perkara sebegini. Seronok tengok gelagat Muizz disekolah, teruja juga dengan suasana disekolah. Tapi dalam masa yg sama, kerisauan tetap ada. Maklumlah, anak sorang. Risau juga fikirkan keselamatan dia. Tapi abah dan ummi berserah saja pada Allah. Moga2 Muizz akan senantiasa dilindungi - dari ancaman fizikal, dan juga spiritual.

Abah cuma mahu Muizz mengharungi alam persekolahan sepertimana kanak2 lain juga, dan sepertimana sewaktu abah sekolah dahulu. [Hehe, susah dah kot nak sama dgn zaman abah].

Ok tutup bab Muizz.

Nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 pada kawan2 abah, dan anda semua. Walaupun dah 4 hari berlalu, rasanya masih belum terlewat. Walaupun tahun baru tidak mengujakan abah, mungkin bagi anda ia sesuatu yang beri makna. Apapun maknanya pada anda semua, abah doakan moga tahun baru ini akan lebih bawa keberkatan pada hidup anda. Semoga kita semua akan lebih tunduk dan tawadhuk pada Maha Pencipta. Dan semoga kasih sayang Allah akan makin bertambah melimpah ruah untuk kita semua.

Semoga dengan bertambahnya umur, berkedutnya kulit (dah berkedut ke), bertambahnya uban,
dan kurang terangnya mata, atau mungkin makin perlahan telinga mendengar ini, amal ibadat kita yang ikhlas kerana Allah akan makin bertambah2. Dan semoga apa yang kita cita2kan, akan kita berusaha bersungguh2 untuk mencapainya.

Dan sebagai anak kelahiran Terengganu, ingin juga abah mempromosi Tahun Melawat Terengganu 2008. Walaupun banyak tempat yg abah tak tahu dinegeri sendiri, abah yakin, banyak benda yang menanti anda disana. Kalau kebetulan abah berada di Terengganu sewaktu anda disana, boleh la singgah rumah. Hahaha, sungguh ni, bukan ajak2 ayam belanda.

Tahniah kepada Kuala Terengganu yang sudah bergelar bandaraya. Abah tidak mahu sentuh tentang adakah KT layak untuk dapat taraf bandaraya. Abah cuma berharap, taraf bandaraya akan mampu beri kebaikan pada pembangunan bandar dan negerinya. Untuk kebaikan rakyat jelata juga. Kalau boleh, bukan setakat bina 86 buah masjid saja, tapi pastikan ada usaha untuk memenuhkan kesemua 86 buah masjid yang dibina indah itu. Tidak seperti sebuah masjid baru di bandar Marang, yang bila abah singgah untuk solat satu ketika dulu, sedih hati abah tengok.

Tak lupa juga ingin abah ucapkan tahniah pada kedua2 anak buah, Tasnim di Putrajaya, dan Aiman di Bachok. Tahniah buat kalian berdua kerana berjaya dapat 8A dalam PMR baru2 ini. Semoga akan lebih cemerlang diperingkat yang lebih tinggi nanti, insyaAllah.

Itu sajalah rasanya epekan abah sebagai pembuka tahun 2008 ini. Semoga ditahun ini, abah akan dapat menulis sesuatu yang lebih baik, yang lebih memberi manfaat, dan juga yang lebih menyedarkan kita semua tentang kehidupan, insyaAllah.

Saturday, December 15, 2007

Cerita tentang persahabatan...lagi

Lama betul rasanya tak berkesempatan mengepek diblog abah ni. Bukan sengaja, tapi sebab memang tak sempat. Pada yang menunggu post baru (kalau adalah kan), maaf banyak-banyak.

Seminggu dua ni agak kalut sedikit, dan rasanya akan berlarutan hingga hujung2 tahun. Bukan sekadar sibuk dgn urusan kerja, tapi juga sibuk dgn urusan peribadi. Maklum sajalah, nak beraya korban lagi, Mui'zz nak masuk sekolah lagi. Adik Mui'zz nak menjengah dunia lagi. Semuanya perlukan paling tidak sikit persediaan. Dan abah dalam kalut ini, terpaksa ke K.Trg lagi sekali hari ni. Dan selepas cuti Krismas, akan terpaksa ke K. Kinabalu pula untuk 2-3 hari. Dah ambik cuti panjang pun sebenarnya, ekeke, bermula hari ni hingga 2 Jan. Tapi rasanya dalam cuti pun terpaksa kerja juga. Tak apalah, ini saja antara yang boleh abah sumbangkan pada syarikat.

Tutup soal itu, nak mengepek sikit tentang persahabatan..lagi. Bukan apa, tadi pagi waktu menunggu kereta abah dibaiki, sempat abah tonton sikit satu cerita di HBO. Dalam cerita tu, ada sikit kisah tentang persahabatan. Yang menarik perhatian abah, ada dialog yang berkata "Bukan senang untuk mendapat sahabat selepas umur 30 tahun.". Abah tidak tahu samada itu satu fakta, atau pernyataan dari pengalaman. Tapi kalau ditanya abah, dengan pengalaman hidup abah, abah akan kata "Betul kata2 dialog tu."

Sahabat yang bertemu secara alami, kebanyakannya adalah sebelum usia abah mencecah 30 tahun. Dan peliknya juga, abah tidak pasti kemana semua mereka itu menghilang. Ada yang abah tahu lokasi mereka, tapi sekadar itu sajalah. Persahabatan yg terjalin hanya tinggal kenangan dalam benak masing2. Bukan tak ingat pada sahabat, ingat. Tapi sebab masing2 ambil sikap "tak apalah, malas nak ganggu", maka kekallah abah dan sahabat2 semua dalam satu keadaan yang "semoga dia sihat" sahaja.

Selepas umur 30 tahun, abah ada juga jumpa sahabat2. Tapi itupun kerana teknologi Internet yang membuka ruang (dan pastinya dengan izin dan kehendak Allah SWT). Jika nak dikira persahabatan baru yang dibina tanpa campurtangan Internet, tidak ada. Bagus juga Internet ni, sekurang2nya abah diketemukan dengan sahabat2 baru, yang jika tanpanya, abah rasa kenyataan yang sukar bertemu sahabat bila umur melepasi 30 tahun itu, banyak benarnya.

Dan mengepek tentang ini, teringat pada usaha abah untuk memahami semula makna persahabatan, seperti yang abah telah utarakan dalam satu post terdahulu. Dah faham ke? Rasanya belum sepenuhnya. Tapi sekarang, abah sudah boleh meletakkan dalam hati dan minda abah, apa itu persahabatan untuk abah, buat masa ini.

Kesimpulan abah cuma satu - dalam bersahabat, satu saja benda penting yang abah nak - sahabat yang memahami abah. Senang saja bunyinya, tapi kalau nak dihuraikan maksud 'memahami' itu, rasanya banyak juga yang perlu diceritakan.

Abah tidak pasti tentang sahabat2 abah dari segi keperluan persahabatan dengan abah. Adakah mereka juga mahu abah memahami mereka, atau cukup sekadar "ada bila diperlukan", atau lebih lagi dari itu. Dan bila bercakap soal, apa kehendak orang lain, abah tidak boleh tolak, bahawa kehendak manusia berbeza. Dua manusia bersahabat baik pun mungkin berbeza kehendak. Suami isteri pun, punya kehendak yang pasti berlainan. Tapi masih mampu untuk untai satu pertalian yang menghubungkan mereka.

Untuk kawan2 dan sahabat2 abah (sekiranya anda merasa demikian), abah minta supaya abah difahami, sedikit. Bukan difahami apa sangatpun. Bila abah tak balas emel atau sms - bukan bermaksud abah tidak menghormati. Bila abah tidak angkat panggilan telefon, atau tidak menelefon semula pun - bukan bermaksud abah sudah bosan dengan sahabat. Bila abah nampak seperti tidak begitu berminat - bukan juga kerana abah sudah jelak. Tidak. Tapi berlakunya keadaan semacam itu, atas alasan yang abah saja tahu, yang mungkin remeh pada orang lain. Bukan tidak mahu orang tahu sebabnya, tapi pada abah mereka tidak perlu tahu. Kecuali hal2 yang besar.

Paling penting, untuk memahami abah (dan org lainpun) - jangan sekali2 prejudis atau berprasangka. Sekiranya ingin tahu, tanya. Jika terima jawapan, maka itulah jawapannya. Jika tiada jawapan, terima saja sebagai "itu anda tak perlu tahu."

Dan dalam masa yang sama, abah bertanggungjawab juga memenuhi keperluan kawan2. Tak adil la kan kalau asyik kawan saja yang memahami kita, tanpa kita peduli apa keperluan kawan2. Pada yang bergelar sahabat, harapnya apa yang abah lakukan setakat ini, memenuhi keperluan persahabatan anda. Dan jika tidak, kena bagitahu. Abah tidak berapa beruntung dalam soal "boleh baca fikiran dan hati orang lain".

Oklah dulu, cukup setakat ini. Sekejap lagi flight dah nak berlepas.

Selamat bercuti hujung tahun pada yang bercuti.

P/S: Malam tadi, sewaktu dalam perjalanan ke klinik, kami dikejutkan dengan satu rompakan bersenjata disebuah kedai emas. Ketika rompakan, kereta abah betul2 berada dihadapan kedai emas tersebut. Hampir 10 tembakan kedengaran, dan alhamdulillah, kami tidak apa2. Cuma sedikit cuak didalam kereta bila dengar tembakan, dan lihat orang agak kecoh diluar. Apalah nak jadi dengan dunia hari ini, ya!

@KLIA, 14 Dec - 1.50pm

Thursday, December 06, 2007

Cerita tentang hidup dan teknologi...

Abah ada terima satu emel dari rakan pejabat. Satu emel yang mengandungi satu jenaka berkaitan kehidupan suami isteri. Kali pertama abah baca, abah tersenyum sorang2 depan komputer. Mahu tak senyum, macam 'real' je lawaknya, dikaitkan dengan perisian komputer.

Tapi lepas tersenyum, abah terfikir pula yang ia bukan satu jenaka kosong sebenarnya. Pada yang mengerti, jenaka ini sebenarnya dicipta kerana realiti kehidupan sememangnya macam itu. Memang banyak perkara itu berlaku. Jika anda perasan 'post' abah sebelum ini berkaitan suami 'mental', jenaka dibawah ini pula lebih kepada isteri 'mental'. Itupun cuma sebahagian alasannya saja. Tidak semuanya digambarkan dalam jenaka itu.

Dan andainya kehidupan adalah semudah 'install' dan 'uninstall' perisian, beruntung manusia ni kan? Berbahagialah sesiapa yang boleh menaiktaraf atau menuruntaraf sistem kehidupan keluarga. Anak bermasalah, 'uninstall'. Isteri tak seperti yg dikehendaki, 'install' mana2 'patch' yang sesuai.

Dan pastinya jika ini betul2 boleh dibuat, kayalah syarikat pembuat perisian tersebut, sebab abah yakin, mesti orang berebut2 nak membelinya.

Cuma satu je masalah yang abah nampak - pabila sang virus menyerang. Kalau serang sikit2 saja tak apa, kalau diformat semula ruang simpanan, ekekekkee, banyaklah hospital bahagia perlu diwujudkan nanti. Ekekekeke.

Apapun, terima ini sebagai jenaka semata. Jika anda nak fikir lebih dari itu, silakan.

UPGRADE FROM BOYFRIEND TO HUSBAND

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?

Signed,
Desperate Housewife

Reply:

Dear Desperate Housewife,

First keep in mind:
Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0.

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5 or Late Night Teh Tarik 6.1.

Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly. wav files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly.

You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,
IT Support

Monday, December 03, 2007

Cerita tentang suami dan 'mental'...

Abah sedang kebosanan kala ini. Biasalah, kalau kerja terpaksa duduk dan menjaga orang periksa nih. Boleh mental kalau tak kena gayanya. Tapi sebab kat dewan ni ada komputer dan internet, maka disebabkan kebosanan melampau ini, abah terasa rajin la nak merapu petang nih. Itupun sebab terbaca satu post di blog abang long.

25 sebab SUAMI "Mental" !!!


1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ".
Kata abah -> Alhamdulillah, terlalu jarang sgt benda ni berlaku pada abah. Dan kalau berlaku pun, abah memang takleh nak cakap apa, sebab bendanya betul.


2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak " .
Kata abah -> Ummi dulu memang suka telefon abah selalu, tapi lepas abah cakap ttg benda ni, alhamdulillah, ummi cuma telefon jika ada hal saja. Cuma kekadang je Ummi call tanpa alasan. Abah pun...


3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."
Kata abah -> Yang ni terkena atas batang hidung abah. Tapi bukan bab berkemas, tapi bab letak barang tempat lain, pastu carik kat tempat lain. Dan hasilnya, Ummi selalu kata "Abang ni suka cari barang dengan lutut". Haha, apa nak buat, dah tebiat.


4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"
Kata abah -> Alhamdulillah, terlalu jarang terjadi. Sebabnya, Ummi tak suka baca paper, kecuali paper hari Ahad.


5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."
Kata abah -> Ini pun setakat ni tak pernah terjadi lagi.


6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "
Kata abah -> Ini kerap juga berlaku. Tapi sebab yang nak makan pun abah, jadi terpaksa la pergi beli juga. Hehehe.


7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"
Kata abah -> Nasib baik ummi bukan jenis cam ini.


8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "
Kata abah -> Pun sgt sgt jarang terjadi. Sebabnya, ummi tahu abah jenis kerja macam mana. Jarang ada hujung minggu dengan depa.


9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."
Kata abah -> Tak jadi lagi setakat ni. Sebabnya, kami tak ada PC kat rumah.


10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."
Kata abah -> Mujur juga Ummi bukan jenis kaki telefon. Kalau tak, parah juga.


11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "
Kata abah -> Kadang2 jadi juga, tapi sebab yang dijemput pun kawan2 dan sedara mara, maka abah ok sajalah. Sebab tugas abah melayan depa je, yang prepare masak dan minum, ummi. Hehehe.


12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."
Kata abah -> Alhamdulillah, setakat ni, Ummi di luar atau didalam rumah, tetap cantik dan seksi dimata abah. Ahaks.

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."
Kata abah -> Hahahaha, tang ni memang takleh nak cakap apa. Memang org perempuan macam itu. Terima sajalah seadanya.


14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."
Kata abah -> Bab basuh baju tu, takde masalah. Cuma tang gosok je kekadang kena buat sendiri. Alasannya, sian ummi nak buat semua benda. [Pujuk hati sendiri je sebenarnya alasan tu - jgn cakap dgn ummi ya!]


15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."
Kata abah -> Berlaku juga kadang2. Angin juga sebenarnya bila jadi macam itu, tapi sebab Muizz pun anak Ummi juga, so, terima sajalah, walaupun hati masih hot.


16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."
Kata abah -> Setakat ni takde masalah lagi bab ini.


17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."
Kata abah -> Ini pun takde masalah lagi takat ni.


18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."
Kata abah -> Ummi bagus tang ini. Ummi tahu abah jenis camna. Tapi kekadang kena kacau gak time tengah syok menonton.


19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."
Kata abah -> Yang ini bukan Ummi macam itu, abah yg jenis pesen macam itu. Bercakap tak sempat orang lain bukak mulut.


20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"
Kata abah -> Ini pun bukan peel ummi, tapi peel abah. Aduis mak, terkena batang hidung sendiri.


21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."
Kata abah -> Syukur ya Allah, isteri abah bukan jenis ini.


22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"
Kata abah -> Yang ni tak sure, tapi abah yakin tak pernah jadi la kot.


23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."
Kata abah -> Kadang2 jadi juga. Bila abah nak makan nasi ngan telur kicap, tapi lain pulak yg dihidang. Apapun, tak leh nak komen lebih2, sebab licin juga pinggan selalunya.


24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."
Kata abah -> InsyaAllah tak ada lagi la kot bagi pinjam benda2 peribadi. Takat benda kecik2 tu, pada abah, no hal.

DAN AKHIR SEKALI


25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."
Kata abah -> Yang ni abah tak tahu nak kata apa, hanya jauhari je yang kenal manikam. Hahahahaha.

Kesimpulannya - syukur pada Allah kerana abah tidaklah mental sangat dalam hidup berkeluarga. Walaupun tidak sempurna, tapi masih tetap berterimakasih atas nikmat ini. Semoga akan lebih bahagia dan lebih jauh dari kes-kes 'mental' macam kat atas tu.

Ok, dah habis merapu. Abah nak sambung jaga periksa pulak.