Friday, July 06, 2007

Cerita tentang ayah...

Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar. kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...ditelinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang... abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian .....

sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.

Pastu...

abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.

Pertama kali.... naik van jenazah,

pertama kali.... buat sijil kematian,

pertama kali.... tak tidur 2 hari,

pertama kali.... asyik menangis,

pertama kali.... menimbus kubur,

pertama kali.... menjirus air mawar,

semuanya pertama kali........ ....

Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...

aku dan abang mengangkat jenazahnya... dan mengebumikannya.hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong...... setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang.... seringkali tidur di peha.

Kelmarin,

aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll....... Abah catat Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...

sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu fikir... aku...bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"...

abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung... bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada.

YaALLAH....

aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan... tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek... pastu ditanam... tanahnya masih penuh kat tepi.... terlebih tandanya seorang yang pemurah.... sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....

YaAllah...

sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ..... Talkin buat abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,

kita yang hidup akan pergi juga....

Lelaki berat tanggungjawabnya....

suami menanggung dosa isteri dan anak-anak....

isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada.... jadikan iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan....

Di atas itu adalah kandungan satu emel yang abah terima dari seorang sahabat pagi tadi. Satu cerita tentang kematian, yang biasa kita baca. Namun bukan cerita itu yang penting, mesej yang disampaikan itu yang perlu diberi perhatian.

Walaupun cerita itu kisah 5 tahun lalu, namun abah yakin, tika ini, kisah seperti itu masih berlaku, dan akan tetap berlaku, sekiranya kita sekadar baca, dan kemudian rasa insaf, seterusnya berazam dalam hati akan lebih menyayangi ayah serta berbakti kepada ayah. Tapi bila kita berdepan dengan ayah nanti, episod sama akan berlaku. Kita cuma cium tangan ayah, bercakap sekadarnya dengan ayah, dan kemudian kita sibuk mencari mak.

Apa yang kita insafkan, apa yang kita azamkan - tidak terluahkan. Bukan sebab kita ego, tidak, tapi sebab kita sudah terlalu biasa berhubungan dengan ayah sekadar itu.

Bukan kita tak sayang ayah, kita sangat sayang. Tapi kasih sayang kita hanya dengan menghormati ayah saja. Kita tidak ucapkan kata2 sayang pada ayah, kita tidak tunjukkan kasih sayang itu pada ayah. Abah tahu sukar sungguh untuk berbuat macam itu, sebab abah pun dikedudukan yang sama.

Abah sangat sayang ayah, tapi abah sukar nak tunjukkan.

Jika kita ayah, abah fikir, kita ubahlah sikit cara kita sayang anak2 kita. Kita rapati mereka, kita cakap pada anak-anak yang kita sayang mereka, kita tunjukkan yang kita sayang mereka. Abah rasa anak2 manapun, mesti ingin sangat mendengar dan merasa kasih sayang ayah pada diri mereka. Tidak cukup dengan menyediakan tempat tinggal, menanggung belanja keluarga - seorang ayah kena beri lebih dari itu. Tidak kiralah sebesar mana pun anak itu. Abah sendiri pun pada usia ini sangat ingin mendengar kata2 dari ayah abah yang dia sangat sayangkan abah.

Jika kita anak, kita ubahlah cara kita sayang ayah kita. Kita tunjukkan, kita luahkan yang kita sayang ayah. Tidak cukup sekadar duit yang dihulur bulan2 itu sebagai tanda sayang kita pada ayah. Tidak cukup sekadar menghormati ayah sebagai tanda kita sayang pada dia. Ayah macam manapun, abah yakin juga sangat ingin dengar kata2 sayang dari anak2, hatta dari anak2 yang telah besar panjang.

Sangat malang sekali kiranya kasih sayang dalam diri cuma wujud dalam hati dan sekadar tercatat dalam diari.

Ya Allah, Engkau bantulah kami. Berikanlah kami kekuatan untuk menjadi ayah dan ibu yang lebih baik pada anak2 kami, ayah dan ibu yang menyayangi dan mampu meluahkan kasih sayang pada anak2 kami. Engkau berikanlah juga kami kekuatan untuk menjadi anak yang baik, anak yang mampu mengasihi menyayangi ayah dan ibunya lahir dan batin. Engkau rahmatilah hidup ayah dan ibu kami, dan anak2 kami.

Untuk yang sudah tiada ayah, ingatlah bahawa tidak putus amalan seorang hamba Allah melainkan 3 perkara, antaranta, doa-doa dari anak yang soleh. Moga kita sama-sama berusaha menjadi anak yang soleh, bukan sekadar untuk kita dan generasi kehadapan kita, tapi juga untuk ayah kita – sebagai bukti tidak putusnya kasih sayang kita pada dia.

Thursday, July 05, 2007

Cerita tentang perancangan dan takdir...



Semalam adalah hari yang buat abah frust sungguh. Hehehehe, bukan frust apa sangat pun.

Kisahnya macam ini. abah dah beli tiket wayang untuk tengok Transformers, selepas Muizz asyik dok ajak tengok, dan sememangnya abah sentiasa teruja dengan cerita macam itu. Dalam abah dok berangan dapat tengok cerita tu, apatah lagi pagi semalam, kawan baik abah dok provoke abah supaya tengok kerana menurutnya, cerita tu memang hebat, dan pasti abah akan suka - akhirnya memang betul apa kata orang, manusia hanya merancang, Allah juga yang menentukan.

Hasilnya, abah tidak tengok cerita tu semalam. Kenapa? Sebabnya, abah berlegar2 cari tempat parking, naik turun level, pusing sana sini, tapi dah Allah kata tidak ada rezeki kami, maka dengan berat hati, abah terpaksa juga keluar dari bangunan 1 Utama itu untuk balik. Haha, waktu itu, rasanya abah sangat frust, ekeke, kalau boleh diukur, lagi frust dari putus cinta. Haha, pernah putus cinta ke abah???

Bukan abah saja yang kecewa, anak jantan abah pun turut sama kecewa. Abah tahu dia nak sangat tengok cerita tu. kalaulah dia tahu yang abahnya pun terlebih2 lagilah nak sangat tengok, hehe, pasti dia akan ketawa besar.

Tapi tak apalah, ada sebab Allah kata tidak boleh tengok malam tadi. InsyaAllah, kalau ada masa lapang lagi, abah akan bawa juga Muizz dan Ummi tonton cerita tu sebelum ia dikeluarkan dari senarai tayangan dipawagam nanti.

Tetapi, dalam kecewa2 itupun, abah sebenarnya sangat bahagia skrg ini. Sejenis rasa bahagia yang sudah lama abah tidak kecapi. Alhamdulillah, syukur pada Allah.



Friday, June 29, 2007

Cerita tentang kuliah...

Petang semalam, abah sempat hadiri satu sesi bercakap teh a.k.a 'tea talk'. Kebetulan ada seorang Profesor dari Australia datang kepejabat abah, maka kami minta dia berikan sedikit input pada kakitangan disini.

Topik yang dibentangkan mudah, tapi menarik hati abah. Topiknya berkisar kepada bagaimana menggunakan powerpoint dalam menyampaikan kuliah dengan berkesan. Dan tips yang diberi cuma 1 - Jangan guna powerpoint dalam kuliah.

Pelik kedengarannya, apatah lagi oleh kami yang sememangnya telah terbiasa menggunakan slaid powerpoint sewaktu menyampaikan kuliah. Usia powerpoint sudah hampir 20 tahun, dan sekarang ini ianya telah menjadi satu alatan mengajar yang paling banyak digunakan diserata dunia.

Betul juga idea-idea Profesor Russel semalam itu. Kuliah yang baik adalah kuliah yang tidak menggunakan powerpoint, sekiranya powerpoint itu disalahguna.

Abah rasa anda yang pernah ada pengalaman mengikuti kuliah samada dikolej atau universiti, pasti akan tahu keadaan dalam satu-satu dewan kuliah. Pensyarah kadang-kadang menggunakan powerpoint dengan cara yang salah, dan hasilnya, kuliah dia menjadi kuliah paling membosankan dalam dunia. Dan bercakap tentang bosannya kuliah, teringat kata kawan baik abah satu ketika dulu. Kata beliau, lebih kurangnya "kita boleh mati kebosanan sebab mengikuti kuliah pensyarah ni".

Abah pun faham kalau anda kata kebanyakan kuliah oleh pensyarah2 membosankan. Walaupun ada banyak kuliah yang bagus dan cemerlang, tapi lebih banyak yang membosankan. Kenapa kuliah itu membosankan?

1. Pensyarah guna powerpoint, dan sepanjang masa kuliah, dia cuma ulang balik atau baca apa yang tertera pada slaid powerpoint beliau.

2. Pensyarah cuma cerita apa yang pelajar boleh baca dalam buku.

3. Pensyarah tidak ada idea bagaimana nak menarik minat pelajar pada kuliahnya.

4. Pensyarah sudah hilang kemahiran menerangkan sesuatu pada pelajar.

Dan ada beberapa sebab lain lagi.

Abah rasa kalau ditanya pelajar, kuliah macam mana yang mereka prefer, rasanya semua orang akan jawab, "Kuliah yang mana, pensyarah boleh menerangkan sesuatu topik dengan baik dan jelas, menolong pelajar memahami satu2 konsep sukar, pandai menghidupkan suasana kuliah dengan humor dan cerita2 menarik, serta pensyarah sangat berpengetahuan dalam bidang yang diajarnya." Betul? Hehe, abah rasa betul la kot, sebab abah sendiri pernah jadi pelajar satu ketika dulu, dan abah tahu bezanya kuliah yang menarik dan kuliah yang membosankan.

Abah bukanlah seorang pendidik yang baik, tapi abah percaya pada kaedah pengajaran yang baik untuk pelajar. Sebagai tenaga akademik, abah akan cuba cara yang terbaik untuk pelajar2 abah, insyaAllah. Banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang pendidik, dan kemahiran itu tidak akan dapat diperolehi dikedai2, dan untuk mendapatkannya pun, memerlukan masa.

melalut la pulak, berbalik pada cerita powerpoint tadi. kesimpulan perbincangan semalam, pensyarah boleh guna powerpoint dalam kuliah, tetapi perlulah dengan cara yang betul. pensyarah perlu pastikan tumpuan pelajar adalah pada dia, dan bukan pada slaid powerpoint. Tidak guna bersyarah panjang lebar, kalau pelajar asyik dok catit apa yang dipaparkan pada slaid.

itu sajalah dulu kot untuk hari ni, abah nak kena siapkan satu kerja ni.

Jumpa lagi nanti, insyaAllah.

Thursday, June 28, 2007

Cerita tentang lemahnya kita...

Semalam dalam grup SIM yang abah langgan, ada rakan bertanya dan minta dibincangkan isu "mengapa umat islam sekarang lemah?"

Pada abah, persoalannya menarik, yang sepatutnya difikirkan oleh kita semua. Sebab ada pun yang tak pernah terfikir persoalan macam ini.

Apapun, abah nak kongsi sikit kupasan abah pada isu sebegini. Ini cuma pandangan abah, mungkin salah, mungkin betul.

Pada abah, kekuatan satu umat adalah apabila bersatu teguhnya ummah(masyarakat). Umat Islam di negara kita, dan dinegara lain juga abah fikir, tidak begitu maju dan gemilang, kerana perpaduan tidak utuh. Kenapa perpaduan tidak utuh? Sebabnya, tak lain dan tak bukan, individu didalam ummah itu tidak kuat iman dan peribadinya. Kalau kita lihat mana-mana bangsa dan mana-mana tamadun yang gemilang itu pun, semuanya berpunca dari perpaduan dan kesatuan umat mereka yang cukup teguh. Orang melayu dulu-dulu sendiri pun pernah kata, "bersatu teguh, bercerai roboh". Kita dimalaysia ini memang secara luarannya nampak bersatu, tapi hakikatnya tidak.

Tak perlu ambil kes semua rakyat malaysia, kita ambik kes umat islam melayu sahajalah. Bersatukah kita? Sepakatkah kita? Saling menyokongkah kita? Abah rasa jawapannya - TIDAK.

Rata2 rakan group SIM kata, kita skrg ini tidak melaksanakan hukum dan cara hidup Islam sepenuhnya. Betul, abah cukup setuju. Kita belajar, diajar dan kita tahu bagaimana cara hidup orang Islam seperti yang diterangkan dalam Al-Quran dan Hadis2 Rasulullah s.a.w, tapi kita tak amalkan. Kenapa kita sbg individu tidak mengamalkan sepenuhnya carahidup yang kita belajar itu?

1 - Sebab kita sudah selesa dengan gaya hidup kita yang senang (atau susah) skrg ini.

2 - Kita telah berjaya dilalaikan oleh dunia kita.

3 - Kita rasakan bahawa hidup kita telah cukup Islamik.

4 - Paling teruk, kita mungkin rasa ada perlaksanaan Islam tidak boleh digunapakai dalam era kehidupan kita sekarang. nauzubillah.

Kalau abah tanya berapa ramai dari kita ini yang sering berusaha yang terbaik untuk hidup sebagai seorang muslim mukmin sejati setiap hari, abah rasa boleh kira berapa kerat yang akan kata Ya. Abah sendiri pun tidak berani nak kata Ya. Kita sebagai individu muslim, tidak kuat. Kita leka dengan dunia. Apa yang Allah kata Haram, Jangan buat itu pada awalnya kita sedaya upaya elakkan, tapi bila dah lama2, kita anggap ianya perkara biasa.

Satu contoh paling mudah - aurat. Berapa kerat kita ini yang jaga betul2 benda itu, walaupun Allah kata wajib tutup aurat? Anak isteri kita keluar rumah buka aurat, kita pandang itu kosong. Walaupun kita tahu itu berdosa.

Kita ber'interaksi' dengan Allah hanya 5 waktu sahaja dalam sehari, itupun ramai yang gagal penuhi. Dr Fatma Al-Zahraa kata membaca Al-Quran dengan cara yang betul sebenarnya adalah satu interaksi kita dengan Allah. Tapi berapa kerat dari kita yang buat tiap2 hari? Kita tak reti baca Al-Quran, berapa ramai yang pergi belajar?? Hatta yang reti baca pun, berapa kerat yang baca dan faham apa yang dibaca?

Islam ajar kebersihan, tapi cuba lihat berapa ramai individu Islam yang pengotor. Islam ajar kasih sayang dan berhubungan baik sesama manusia, tapi lihat berapa ramai yang mengumpat mengata dan bergaduh antara saudara islam sendiri? Islam suruh bekerja menuju kejayaan, betulkan kerja kita hari2 itu kerja yang menuju kejayaan? Masuk kerja lambat keluar awal, claim pun selalu tipu.

Itu sedikit dari contoh yang boleh dilihat. Tidak perlu lihat pada isu luas seperti ekonomi, politik, pendidikan yang banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki. Kita lihat isu kecil dalam diri kita sebagai individu ini saja dulu. Itu yang paling penting diselesaikan.

Jangan nanti kalau satu hari anak cucu kita kencing berlari kita marah, sebab kita pun kencing berdiri. Kita tak nak itu berlaku, tapi kita sekarang secara perlahan2 merelakan ianya berlaku.

Kuatnya individu dalam melaksanakan agama Allah ini, nescaya akan kuat umat Islam seluruhnya.

Sampai bila kita cuma sekadar mengangguk2 bila baca kitab dan buku atau mendengar kuliah. Kita angguk sebab kita setuju, tapi bila bab perlaksanaan, kita gagal. Kita setuju kalau dikatakan remaja Islam melayu makin parah, kan? Tapi jangan
setakat setuju saja. Perlu berbuat sesuatu, dan berbuat sesuatu itu adalah dengan memperkuatkan diri dan iman kita sendiri dahulu, insyaAllah.

Abah menulis ni untuk diri abah dan anda juga. Abah manusia lemah, sebab itu bila tiba perlaksanaan, abah kadangkala gagal. Moga2 Allah kuatkan hati dan iman abah dan anda juga, untuk sama2 memperbaiki diri, dan seterusnya mendidik dan cuba memperbaiki keluarga, dan masyarakat, insyaAllah.

- Sekadar pandangan abah saja, tiada niat negatif, kalau salah tolong perbetulkan.

Tuesday, June 26, 2007

Cerita tentang mak nyah...antara ujian dan pilihan...

Hari ni abah nak mengepek sikit. Tapi isu ringan saja.

Dua malam lepas, abah tonton satu rancangan kendalian Rosyam Noor berjudul Modal Insan. Itu kali pertama abah tengok, dan abah fikir, bagus juga rancangan itu jika topik yang diperbincangkan itu betul, dan bahan perbincangan itu memberi manfaat.

Isu dalam Modal Insan yang abah tonton malam itu ialah Mak Nyah.

Siapa tak kenal mak nyah kan? Abah pasti anda semua tahu, dan mungkin kenal pun beberapa orang mak nyah, sebab abah pun ada juga kenal. Bukan kenal apa pun, kenal sebab mereka itu rakan sekolah abah.

Rosyam menjemput beberapa orang mak nyah untuk diwawancara. Bagus. Sekurang-kurangnya penonton tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran golongan ini. Cuma abah sikit terkilan, kerana bahan perbincangan tidak banyak membantu penonton memahami keadaan sebenar. Mengetahui apa sebenarnya yang ada dalam hati mak nyah2 ini adalah perlu, tetapi untuk mak nyah2 itu tahu apa yang ada dalam hati orang lain juga adalah perlu.

Sebagai seorang manusia, abah sangat simpati pada mak nyah, tetapi dalam masa yang sama, sebagai seorang Muslim, abah tidak boleh terima keadaan mereka itu.

Sebelum abah mengepek lebih panjang, elok abah terangkan dua keadaan. Dan penerangan abah ini adalah dari kaca mata orang biasa. Ada dua kategori manusia semacam ini, kategori pertama, lelaki lembut. Kategori kedua - mak nyah.

Kalau dikira pengalaman abah, lebih ramai dari kategori 1 berbanding kategori 2, dan kalau diseliki asal kategori 2 ini, mereka semua itu pun sebenarnya datang dari kategori 1.

Wujudnya kategori 1, abah tidak mahu ulas, sebab abah fikir, Allah jadikan mereka itu sebegitu. Mungkin sebagai ujian untuk diri mereka, dan ahli keluarga mereka. Atau mungkin juga Allah nak uji masyarakat untuk lihat sejauhmana masyarakat boleh menerima kewujudan golongan ini. Apa yang masyarakat buat, apa yang mereka fikir, dan sebagainya.

Yang abah terkilan adalah mereka yang ada dalam kategori 2. Yang pada abah, mereka ini sememangnya telah diuji Allah, tapi atas sebab-sebab tertentu, mereka MEMILIH untuk masuk kedalam kategori kedua. Masing-masing ada alasan, tetapi pada abah, alasan apa pun yang digunakan, perbuatan itu masih tidak boleh diterima masyarakat Muslim. Sebab Allah sangat nyata telah menerangkan akan hukum lelaki yang menyamai perempuan, dan sebaliknya. Kalau ada mak nyah yang terbaca tulisan abah ini, abah tidak marah kalau mereka kata abah tidak adil dan prejudis. Abah bukan tidak adil, tapi abah fikir, Allah berikan mereka akal untuk berfikir dan kudrat untuk berusaha.

Rosyam Noor kata masyarakat perlu menerima kehadiran mak nyah seadanya dalam masyarakat. Salah tu. Masyarakat tidak boleh menerima kehadiran mak nyah sebagai mak nyah dalam masyarakat. Sebab kalau masyarakat menerima, sama juga macam masyarakat menerima orang-orang yang berbuat sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah. Masyarakat tidak boleh menerima pencuri, perogol, pembunuh, penzina, peminum arak dan sebagainya, dan masyarakat juga tidak boleh menerima mak nyah.

Yang masyarakat boleh terima, dan perlu terima ialah golongan lelaki lembut. Walaupun lembut, mereka tetap lelaki. Cuma mungkin kecenderungan mereka yang meminati kerja-kerja dan hobi orang perempuan sahaja yang menjadikan mereka lembut. Atau perwatakan mereka yang seperti perempuan itu yang buat mereka lembut. Ini yang masyarakat perlu terima. Biarlah mereka suka memasak, suka menjahit, suka buat kerja2 rumah, kalau dah itu yang mereka nak buat. Asal saja mereka tidak melanggar hukum Allah. Bukan sedikit lelaki2 lembut diluar sana, yang sangat taat pada perintah Allah. Jika boleh dibentuk mereka supaya lebih lelaki, cubalah. Dan jika gagal, kita terimalah mereka seadanya, selagi mana mereka hidup sebagai seorang muslim mukmin sejati.

Untuk masyarakat diluar sana yang memandang sinis pada lelaki-lelaki lembut, abah kata - hentikanlah. Anda mungkin beruntung tidak diuji Allah semacam mereka, tapi itu bukan lesen untuk anda menghina mereka. Mereka bukan bahan lawak untuk diketawakan. Mereka juga manusia seperti anda, yang punya hak untuk hidup dalam masyarakat seperti anda. Cuma mereka diuji Allah dengan naluri sebegitu. Kita sebagai masyarakat yang jelas lelaki atau perempuan ini, perlu menerima dan membantu mereka sebaik yang kita boleh.Kita cegah mereka dari bertukar menjadi maknyah, yang bukan saja mengundang kemurkaan Allah pada mereka sahaja, sebaliknya pada kita juga sebagai masyarakat.

Untuk golongan sebegini pula, abah cuma boleh katakan - anda diuji Allah. Dan Allah menguji hambaNya sekadar apa yang mampu ditanggung. Abah respek pada anda, kerana anda kuat. Jika tidak kuat, anda tidak akan diuji sebegini. Allah itu juga Maha Adil, Dia tidak menguji anda dengan tidak ada apa-apa. Allah beri anda akal, beri anda kudrat, beri anda harta kekayaan(walaupun tidak semewah orang lain), dan Allah beri anda banyak benda lagi - supaya anda menggunakan segala apa kurniaan Allah itu untuk hidup sebagai seorang muslim mukmin sejati. Janganlah difikir kenapa anda saja yang diuji, kenapa tidak orang lain. Allah itu Adil, dan Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Orang lain juga diuji, mungkin sikit, atau mungkin lebih hebat ujiannya dari anda.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah kami kekuatan dalam menghadapi hari-hari yang makin nampak kelam ini. Engkau berilah hidayah dan kekuatan dalam jiwa kami ini, dan Engkau terangkanlah nur iman dalam diri-diri kami yang diuji ini ya Allah. Kami mohon kekuatan untuk membantu insan lain, dan kami juga memohon supaya mereka diberi kekuatan untuk hidup dijalanMu yang lurus ini. Makbulkanlah doa kami ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim.

Thursday, June 21, 2007

Cerita tentang mimpi...lagi

Hari ni tak ada apa nak cerita, cuma nak cerita kisah 3-4 hari lalu.

Satu pagi, Muizz bangun tidur. Awal pulak dia bangun pagi tu.

Tiba-tiba Muizz kata, "Abah, semalam masa Ahmad tidur Ahmad nangis."

Abah tanya dia, "Kenapa abang nangis?"

"Sebab Ahmad mimpi." Balas Muizz semula. "Ahmad mimpi abah dgn ummi meninggal. Ahmad duduk dengan nenek je. Ahmad nangis la."

Abah kata, "Abang sedih ke?"

Muizz balas, "Sedih la, sebab ahmad sayang abah dengan ummi."

Abah tak tahu nak kata apa. Syukur saja pada Allah pada ketika itu, kerana anak abah seorang itu sesungguhnya sangat sayangkan abah dan umminya.

Dan abah berdoa pada Allah, moga-moga kami tidak dipanggil sebelum Muizz mampu meneruskan hidupnya tanpa kami.

Dan malam semalam sebelum tidur, abah tenung muka Muizz yang sedang tidur. Dalam tenung itu, abah memohon sekali lagi pada Allah dalam hati abah. Semoga Allah beri kami peluang menyaksikan anak kami membesar dan menikmati hidupnya sebagai seorang budak, remaja, dan dewasa, insyaAllah.

Ya Allah, dengarlah permintaan hamba yang lemah ini ya Allah.

Monday, June 18, 2007

Cerita tentang paparan TV...

Paparan TV? Hehe. Abah bukan nak bercerita tentang paparan TV HD, Plasma atau apa, walaupun semalam abah berkesempatan jalan2 kat Kedai Sony Style di The Curve. Membeli belah kot tingkap je la yang mampu, sebab tgk harga tv yang cantik2 tu, berkali ganda gaji sebulan abah. Hehe.

Kisahnya malam semalam, sewaktu sedang menikmati makan malam sedap yang Ummi masak (hehe, apa lagi, Lamb Chop ler), abah tonton Edisi Siasat di NTV7. Abah memang suka program ni dulu, waktu Wan Kamaruddin jadi hos. Bukan setakat suka tgk paparan ttg masyarakat kita yang makin sakit ni ditayangkan dalam program ini, tapi abah suka juga dengan 'trademark' Wan Kamaruddin - "Apa ke jadahnya!". Hehe, tapi janganlah anda dok sebut2 macam tu, huduh benar bunyinya. Wan Kamaruddin je yang sedap sebut ayat tu.

Semalam, dipaparkan tentang kes penagihan air daun ketum dan 'spray' untuk kecederaan sukan. Bagi abah, itu perkara baru yang abah tak tahu pun selama ini. Tak pernah terlintas difikiran abah bahawa 'spray' yang selalu digunakan untuk sembur pada bahagian badan yang cedera sewaktu bersukan itu sebenarnya boleh digunakan untuk buat manusia jadi khayal, seperti gam basikal.

Dan semalam NTV7 memaparkan dengan jelas akan isu tersebut, bukan setakat jelas untuk beritahu masyarakat akan kegiatan tidak sihat anak2 muda melayu islam sekarang ini, tetapi pihak Edisi Siasat juga berjaya menunjukkan dengan jelas akan cara-cara bagaimana untuk melakukan perbuatan itu. Kalau tak silap abah, untuk minum air daun ketum, daun direbus dahulu, dan kemudian diambil airnya. Air tersebut akan lebih 'power' bila dicampurkan dengan air coca-cola, dan sedikit air arak. Lepas tu minum la barang 2,3 gelas untuk mendapatkan kesannya.

Untuk spray tersebut pula, caranya mudah saja, beli atau curi spray tersebut difarmasi, harganya dalam linkungan RM18-20 sahaja. Ambik satu tuala, semburkan spray tersebut pada tuala, dan hidulah baunya. Ulang beberapa kali sehingga kita terasa 'high'. Apabila sudah ketawa seorang diri tanpa apa2 sebab, itu menunjukkan ia telah berjaya meng'high'kan si pelaku.

Itulah yang ditunjuk malam semalam, tak ubah seperti Chef Wan menunjukkan cara-cara memasak kat dalam TV. Untuk abah, insyaAllah, abah takkan buat la benda2 tak cerdik macam itu, tapi bayangkan kalau anak2 remaja yang tak pernah tahu akan perkara itu, tiba-tiba terasa nak membuat benda2 itu. Senang saja nak buat, sebab Edisi Siasat dah tunjuk caranya satu persatu.

Abah tak salahkan NTV7, sebab pada abah, boleh kalau nak bongkarkan, cuma tak perlulah tunjuk satu persatu kaedahnya. Itu bukan rancangan masakan. Takut nanti, ada orang yang terikut, tak ke parah. Nanti ditanya mana belajar hisap spray nih? Jawab depa, "NTV7 yang ajar".

Itu sajalah nak mengepek hari ni, epekan kosong sahaja...

P/S: Harap2 takda la remaja2 rempit yg baca entry abah kali ni dan mencuba apa yg abah tulis tu.

Friday, June 15, 2007

Cerita tentang servis...lagi...

Hari Rabu baru ni, Muizz tiba-tiba berlari balik rumah, sambil urut dada. Abah tanya, "Kenapa". Kata Muizz, "Ainon kena langgar". Abah mulanya tak percaya yang kawan permainan Muizz kena langgar. Abah tanya lagi, "Ainon bangun tak?", Muizz jawab, "Tak.". Abah pun terus keluar rumah. Dan bila abah keluar, semua jiran2 sudah berkumpul. Ainon dah pun dibawa ke hospital. Risau juga abah, sebab anak jiran bagitahu kepala Ainon berdarah.

Memandangkan waktu dah hampir maghrib, abah balik rumah dulu. Abah call Hospital Sg. Buloh untuk bertanyakan tentang kes accident tu. Abah tulis sikit perbualan antara abah dengan kakitangan HSB tersebut.

Abah: Anak jiran saya kemalangan, saya nak tahu la kot2 dia dihantar ke sana.

Staf HSB: Apa nama dia?

Abah: Entah, saya pun tak pasti nama penuh dia, yang saya tahu Ainon namanya, nama ayahnya Nor Harun.

Staf HSB: Ohhh, kalau tak tahu nama dia, saya tak boleh check la encik.

Abah: Manalah saya nak tahu nama penuh dia, sebab dia cuma budak, kawan anak saya, yang kebetulan jiran saya.

Staf HSB: Susah nak check kalau tak tahu nama penuh. Dari mana kes tu?

Abah: Bandar baru sungai buloh.

Staf HSB: Ohh, saya tak tahulah encik, ada 2,3 kes yang baru masuk ni.

Abah: Takpelah macam tu, terima kasih.

Tak tahu abah nak cakap apa. HSB yang sepatutnya sudah guna sistem komputer yang canggih itupun tak boleh nak check benda sekecil itu. Ataupun memang sistem hospital canggih ni cuma boleh check benda-benda besar saja kot.

Tapi abah percaya, bukan salah sistem. Tapi sebab staf yang tak berapa mahir guna sistem, ataupun malas nak mahirkan diri nak belajar guna sistem. Sebab itulah jawapan paling mudah diberi, "Ohh, sistem tak boleh check la encik".

Sama juga macam satu kes lain waktu abah di Kota Bharu. Abah ke BSN untuk bayar pinjaman. Abah cuma tulis no IC di slip pembayaran sebab abah lupa no akaun pinjaman tersebut. Kakak teller tu tanya, "No akaun tak de ke?" Abah kata, "saya lupa. Tapi boleh check kan dalam sistem?". Kakak tu kata lagi, "Sistem tak boleh check, kena tulis no akaun." Adussss, abah dah membara je dalam hati dengar jawapan. Bukan nak bangga diri atau apa, tapi setakat ilmu abah, abah tahu sistem depa boleh check. Bank takkan la ada sistem se'koro' itu.

Abah ingat nak saja cakap kat kakak tu, "Akak, kawan saya kerja buat sistem kat BSN tu, akak janganlah nak malukan dia dengan cakap sistem BSN tak boleh nak check no loan dengan IC". Tapi abah tahan saja. Endingnya, abah blah macam itu saja. Dah tua2 ni tak ada mood la pulak nak melaser-laser staf bank yang malas buat kerja nih. Kalau ikut masa muda dulu, abah cakap saja.

Dah abah tak dapat bayar, Ummi pulak yang masuk, tapi ummi pergi kaunter lain la, dan alhamdulillah, teller yang lain elok je proses bayaran pinjaman abah tu, walaupun takde no akaun. Aduihhh, manusia..manusia.

Itulah yang payah staf2 bank nih. Kadang2 gaya dia tu, macam la orang yang berdiri kat depan dia tu orang2 yang tak tahu apa benda. Dibuatnya kita ni macam budak tak lepas SPM saja lagaknya. Abah bukan marah, tapi kadang2 abah pelik juga dengan teller yang berlagak bagus ni. Nak kata sekolah tinggi, tak juga, sebab kerjanya teller saja. Tapi lagak cakapnya kadang ngalahkan orang ada PhD.

Untuk sesiapa yang kerjanya berurusan dengan orang awam, buatlah kerja betul2. Tak semua orang awam itu manusia bengong. Ramai org yang pergi berurusan itu orang yang jauh lebih berpelajaran dari anda pun. Cuma takde la mereka nak mengaku yang mereka tu berpelajaran tinggi. Don't insult other people's intelligence. Dan kalau ya pun mereka tidak berpelajaran tinggi, hormatilah mereka sewaktu anda berurusan dengan mereka. Ingat, gaji anda dibayar sebab adanya manusia2 yang berurusan dengan anda.

Ok dah, habih dah keluar. Maaf la kalau ada yang terasa.

Opsss, lupa nak cakap, Ainon sebenarnya tak cedera teruk. Cuma luka ditangan sahaja. Alhamdulillah.

Wednesday, June 13, 2007

Cerita tentang cinta dan kiasannya...

Abah dah lama tahu kewujudan penyanyi nasyid bernama Suhaimi ni, tapi tak pernah terdetik nak dengar lagu dia. Sekali bila dia dah bertunang dengan Ina ni, abah pun cuba-cubalah dengar lagu-lagu dia. Dan hasilnya, abah terberkenan la pulak dengan lagu Kias Cinta ni. Lagunya ok, ditambah lagi dengan suara Suhaimi yang pada abah merdu tu, lagilah sedap dengar.

Haha, tetiba je abah berangan punya suara seperti suara Suhaimi. Berangan je le, biasa la kan, manusia. Apapun, syukur pada Allah kerana walau suara abah tidak semerdu Suhaimi, abah masih mampu berkata-kata. Dan moga Allah berikan abah kekuatan untuk menjaga suara dan kata-kata abah, sebab kebelakangan ini, abah sedari yang kata-kata abah bisa buat hati orang lain terluka.


Kias Cinta - Suhaimi

Seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna
zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti...

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya
yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri...

Tak akan ku persia
limpah rahmat Yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji
asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Illahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanya pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia..

Cerita tentang solat, dan HP...

Monday, June 11, 2007

Cerita tentang persahabatan, versi Khalil Gibran...

Petang ni abah rasa sangat bosan. Bukan tidak ada kerja, ada kerja yang perlu dibereskan, tapi entah kenapa, rasa bosan itu susah betul nak diterajang pergi. Dan kerana kebosanan, abah melawat beberapa blog kawan2 yang sudah sekian lama abah tidak berkesempatan, atau mungkin berkesempatan, tetapi tidak juga dilawati. Banyak cerita sukaduka kawan2 yang abah tidak tahu, dek kerana kelalaian dan sibuk mengisi waktu dengan agenda sendiri.

Apapun, abah nak berkongsi dengan anda satu lagi karya Khalil Gibran yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, yang bawa makna pada abah ketika ini. Mungkin esok lusa abah akan lupa sajak ini, tapi untuk hari ni, sekarang ini, banyak sungguh pengertian dari apa yang abah nak kongsi dengan anda ini.

PERSAHABATAN

Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.

Dikala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

:+: Khalil Gibran :+:

Cerita tentang hari keluarga...

Hari Sabtu baru-baru ni, abah sekeluarga ke Lukut. Ada hari keluarga syarikat yang diadakan di Glory Beach Resort. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik untuk abah sekeluarga, dan juga untuk program itu keseluruhannya. Abah tak la join sangat, sebab staf ramai, hampir 900 orang semuanya yang datanag. Abah cuma habiskan masa melayan Muizz mandi dikolam renang, dan main dipantai. Oleh sebab ada Muizz, kami galakkan dia masuk acara mewarna. Walaupun tak memang, tapi oklah, sebab dia pun seronok, walaupun mengeluh juga penat mewarna.

Kebetulan rakan abah yang sepatutnya berkongsi apartmen dengan abah tak jadi datang, jadi kami bertiga sajalah yang duduk diapartmen 3 bilik yang disediakan itu. Alhamdulillah, selain dapat berjumpa staf yang jarang abah jumpa, dapat juga merehatkan diri disana. Makan walaupun tak sedap sangat, tapi alhamdulillah ok. Dapat tengok Saleem menyanyi lagi waktu lunch. Walaupun abah minat, tapi takde la tengok sangat, sebab abah minat dia waktu dengan Iklim je dulu.

Muizz macam biasa la, dapat duduk tempat macam itu, seronok la dia. Main kolam sepuas hati, sampai tak nak berhenti. Lepas tu petang dapat main kat pantai, lagi la seronok. Dan abah sebagai bapa, seronok jugalah bila tengok anak seronok. InsyaAllah, lain kali kalau murah rezeki abah akan bawak Muizz kesitu lagi. Ataupun ketempat lain.

Itu sajalah kot update untuk hari ni, lain kali la abah mengepek pulak.

Thursday, June 07, 2007

Cerita tentang Pak Lah dan Jeanne...

Abah tersenyum sorang2 bila baca wawancara antara wartawan dan Pak Lah dalam Berita Harian kejap tadi. Senyum sebab gembira dengan perkahwinan Pak Lah, dan senyum sebab baca jawapan yang diberi. Abah sertakan sikit antara soalan dan jawapan yang buat abah tersenyum sorang2 pagi2 tadi.

# Wartawan: Bila Datuk Seri melamar?
Abdullah: Saya ingin mengingati bila, saya cuba ingat bila.... saya pun tak ingat lagi dah

# Wartawan: Apa yang membuatkan Datuk Seri tertarik kepada Jeanne?
Abdullah: (senyum) Oh yang tu ke... sebab ada hatikan. Saya ingat dia boleh jaga sayalah, boleh jadi teman sayalah.

# Wartawan: Kenapa ambil masa yang lama untuk mengumumkannya kerana sebelum ini Datuk Seri kata ia hanya khabar angin?
Abdullah: Yalah... itu khabar angin. Bagaimanapun, perkara ini mengambil masa. Saya terpaksa berunding dengan anak-anak, adik-adik tanya. Lepas itu nak cari masa pula, saya terlalu sibuk sana sini. Itulah sebabnya.

# Wartawan: Datuk Seri nanti akan bersanding?
Abdullah: Tak ada, orang tua kahwin.. (gelak)

# Wartawan: Boleh Datuk Seri cerita sedikit mengenai karekter Jeanne, kerana kami tidak tahu. Lagi pun beliau bakal menjadi ‘first lady’?
Abdullah: Pertamanya, dia adalah orang yang cukup sederhana dan peramah juga kalau orang nak bercakap dengan dia. Dari segi... kalau nak ambil kira hubungan dia dengan orang yang datang ke rumah saya, dulu masa Kak Endon ada, dialah yang sentiasa menyambut kawan-kawan dan tetamu yang datang kerana ada mesyuarat dengan saya atau ada juga kadang-kadang pelawat dari luar negara, kawan dari luar negara, pegawai kerajaan. Jadi apabila semua orang ini datang, yang menjemput mereka di mana nak duduk, tanya apa nak minum, itulah peranan dilakukannya... macam Kak Endon juga. Rumah itu besar dan orang datang pun ramai. Di samping itu juga, ada masa perlu diadakan jamuan sama ada kecil atau besar, itu pun dia juga yang menguruskannya seperti mencari katerer, menentukan menu dan akan susun meja, kerusi semua. Jadi saya tengok dia dapat membawa diri dengan baik dan elok. Tidak ada apa-apa yang berlaku (menyebabkan) saya rasa nak marah ke apa. Jadi, sifat begitu pada saya adalah baik.

# Wartawan: Merisik pula bila?
Abdullah: (gelak)... baru-barulah

# Wartawan: Sudah setahun?
Abdullah: (senyum)... kurang sikit


# Wartawan: Hantaran pula Datuk Seri, berapa banyak?
Abdullah: Tak ada, tak ada.... simple saja. Ini bukan nak kahwin kali pertama. Tak payah hantaran banyak-banyak.

# Wartawan: Ada yang kata, ini (berkahwin dengan Jeanne) wasiat daripada Allahyarham Kak Endon, betul ke?
Abdullah: Kak Endon tak adalah kata wasiat.

# Wartawan: Pesanan atau cadangan Kak Endon, mungkin?
Abdullah: (Gelak)... Itu pun dia tak kata.

# Wartawan: Jadi perkahwinan ini diadakan dengan cara sederhana saja?
Abdullah: Ya, lebih sederhana. Yang pertama (perkahwinan) tu, besarlah. Lepas itu kali kedua, kecil.... kali ketiga lain sikit, empat lain sikit (gelak).... ketiga, keempat tak ada dah. Kita henti setakat dua (gelak).

# Wartawan: Ada rancangan nak bercuti selepas kahwin?
Abdullah: Belum ada rancangan cuti sebab lepas itu ada kerja. Saya nak pergi lawatan rasmi ke luar negara.

# Wartawan: Jeanne bawa sekali?
Abdullah: Bawa sekalilah... dah ada teman (gelak).... ehh itu pun nak tanya (gelak lagi).

# Wartawan: Apa pesanan Datuk Seri kepada rakyat?
Abdullah: Selepas ini seperti biasa, saya akan pergi membuat lawatan, pergi ke merata tempat seluruh Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak. Ada program yang saya pergi kerana dijemput untuk rasmi itu dan rasmi ini. Jadi masa pergi itu, bolehlah bawa (Jeanne). Bukanlah saya suruh mereka buat kenduri besar, nak terimalah... saya tak ada macam itu. Bila pergi boleh jumpa dan memang pun lawatan saya ke merata tempat ini memang kerap dan di mana sesuai, bolehlah bawa dia.

# Wartawan: Datuk Seri dah tempah cincin?
Abdullah: Dah tempah, takkan tak tempah lagi, dah lewat.

# Wartawan: Tetapi hubungan dan cinta Datuk Seri dengan Allahyarham Kak Endon begitu kuat, macam mana Datuk Seri boleh jatuh cinta dengan wanita lain?
Abdullah: Secara jujur saya katakan, sayang saya terhadap Endon tetap kuat. Tetapi saya percaya Tuhan mencipta banyak ruang dalam sanubari kita bagi berlainan orang untuk disayangi. Kita boleh sayangi ibu, anak, isteri, cucu, adik tetapi kita tidak dapat bandingkan kasih kita kepada ibu dengan kasih kepada isteri. Jeanne adalah satu daripadanya... itu adalah kelebihan Allah. Dia mencipta keupayaan untuk kita menyayangi dan menjalin hubungan. Jadi biarlah di rumah tu, gambar-gambar Endon yang ada itu terus berada di situ, saya tak akan ubah sebab itu adalah ingatan memori yang abadi... nak tambah satu lagi (gambar), tak apa tambahlah (senyum).

# Wartawan: Datuk Seri panggil Jeanne dengan panggilan apa, sayang atau ‘darling’?
Abdullah: (Gelak).... nanti anda dengar i sebut macam mana. Tadi dalam mesyuarat Kabinet, macam-macam (tanya). Saya dah maklumkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini dan lepas itu, dah maklumkan kepada Jemaah Menteri. Eloklah mereka tahu, lepas itulah kenyataan (mengenai perkahwinan) itu dikeluarkan, biarlah rakyat tahu, tiada apa nak sembunyikan, apa nak sorok-sorok.

# Wartawan: Kepada rakyat, apa Datuk Seri harapkan?
Abdullah: Insya-Allah, mudah-mudahan mereka doakan kesejahteraan kami berdua. The Happy Prime Minister can do a lot of good work (Perdana Menteri yang gembira boleh melakukan banyak kerja yang baik). Yalah.... gembira dah ada teman.

# Wartawan: Bagaimana majlis acara akad nikah Sabtu ini, apakah terbuka?
Abdullah: Ini terhad kepada keluarga yang terdekat, anak-anak saya, adik-adik saya dan suami isteri mereka. Lepas itu, sebelah Kak Endon, orang dia ramai... ada 11 orang semuanya tetapi kembar yang lain dah meninggal, Kak Endon dan kembarnya, ada sembilan lagi untuk bersama balu atau isteri, sebelah ibu mertua saya, besan saya dan anak-anaknya. Jadi itulah... cukuplah untuk menyaksikan apa yang berlaku dalam keluarga.

# Wartawan: Selama ini Datuk Seri memang minat dengan madu lebah, apakah Datuk Seri masih mengambil madu lebah?
Abdullah: (Gelak)... Itu daripada dulu, sejak sekolah lagi saya makan sampai sekarang.

Pada PM, abah ucapkan tahniah, dan semoga akan bahagia. Pada rakyat, terima sajalah itu sebagai jodoh Pak Lah. Walaupun mungkin bukan itu yang kita inginkan, tapi abah fikir, PM pun ada hak untuk menentukan sesuatu dalam hidup peribadinya.

Wednesday, June 06, 2007

Cerita tentang hero...

Hari ni takde nak mengepek apa, walaupun dah beberapa hari tak mengepek. Ada bendanya, tapi malas. Hahaha, susah tul bila sindrom malas ni mula merebak dalam diri.

Selama beberapa hari lepas, abah luangkan banyak masa menghabiskan 23 episod Heroes. Memang best. Puashati betul tengok cerita tu. Abah tak tengok sangat diTV sebab kalau diTV, abah kena ikut jadual dia. Untuk Heroes ni, abah pinjam dari seorang sahabat abah. Thanks Jay.

Kalau anda peminat cerita2 bersiri macam Supernatural, Heroes pun anda kena tengok. Hahaha, tak sabar nak tunggu Volume 2.

P/S: Sejak bila lak 'gila' dgn drama TV nih?

Thursday, May 31, 2007

Cerita tentang kerja...

Hari ni abah mengepek dari rumah. Baru balik dari klinik. Dapat MC, seperti yang diharapkan. Hehehe, bukan berharap MC pun, tapi memang rasa tak larat sejak balik dari bengkel di Angkasa Raya semalam.

Kali ni nak mengepek sikit tentang kerjaya. 2,3 hari lepas, ada seorang rakan abah waktu di U dulu sms abah, menceritakan tentang niatnya nak beralih angin dalam kerjaya. Bila abah tanya, nak alih kemana, katanya, nak jadi pensyarah. Alhamdulillah kalau betul dia nak jadi pensyarah. Bertambah la lagi anak bangsa abah yang sanggup mendidik anak bangsa kearah kecemerlangan.

Bila abah suruh dia lawat tapak web UPSI, kerana UPSI sedang ada tawaran skim latihan akademik bumiputra (SLAB), tahu apa responnya? "Kenapa ciput sangat gaji dan elaun yg diberi?". Abah faham pun apa maksud dia, yalah, sekarang dia dah jadi Pengurus yang bergaji besar disektor korporat, dan bila nak beralih arah ke bidang pendidikan, terus hilang semangat bila tengok jumlah gaji dan elaun yang bakal diterima. Abah tak salahkan dia pun. Sesiapapun dibidang korporat sana yang gajinya berkali ganda dari apa yang diterima dalam bidang pendidikan ini, pasti akan berfikir banyak kali untuk beralih arah.

Bukan soal tak ikhlas atau apa, tidak, tapi soal survival. Bayangkan gaji sekarang yang dah dalam lingkungan 5-6 ribu, tiba2 cuma akan dapat sekitar 1500-2500 saja bila masuk skim akademik, siapa la yang boleh tahan.

Dan bila dia tanya, "Camna ko boleh survive ek?", abah tak tahu nak jawap apa. Abah cuma boleh kata, orang pendidik macam abah ni cuma boleh hidup seadanya saja. Kalau nak mewah macam orang2 dikorporat sana, susah. Tapi bukan tak boleh. Kalau rajin kejar kelas2 part time di kolej2 swasta, boleh la kumpul duit banyak2, dan beli kereta besar atau hidup senang.

Sebab itu kalau ada adik2 abah diluar sana yang bercita-cita nak jadi pendidik, bermulalah dari awal, supaya takkan terasa sangat perbezaan gaji antara akademik dan korporat. Bidang akademik bukan lubuk duit, tapi ada kepuasan lain yang diperolehi.

Retorik sangatlah kalau abah katakan, yang abah sangat cintakan profesion pendidik ini. Sebab kadangkala ada juga masanya abah sendiri akan tertanya-tanya, "Apa yang aku buat kat ni?". Tapi abah fikir, kerja apa dan dimana pun tetap sama. Ada masa kita rasa "down". Abah cuma boleh kata abah suka dengan kerja ini, sebab banyak ketikanya abah akan rasa puas dalam diri. Puas bila abah tengok ada orang lain yang bertambah ilmunya kerana didikan kita. Puas bila ada pelajar yang kata, terima kasih atas ilmu yang dikongsi. Puas bila tengok bekas pelajar boleh jadi manusia baik bila tamat pengajian. Dan ada beberapa perkara lagi.

Setakat itu sajalah dulu, nanti dah sihat sikit kang, abah sambung mengepek lagi. nak berehat sekejap, sambil tengok Muizz siapkan kerja-kerja sekolahnya.

Tuesday, May 29, 2007

Cerita tentang puashati...

Semalam abah terbaca satu emel dari seorang rakan grup, berkenaan tidak puashati. Hari ni nak mengepek sikit la ttg perkara ini.

Siapapun dalam dunia ni abah rasa pasti akan tahu dan pernah rasa tidak puashati. Tidak puashati pada diri sendiri, pada orang lain, dan juga pada keadaan, dan pada tahap yang paling ekstrem, tidak puashati dengan Maha Pencipta, nauzubillah.

Salah ke rasa tak puashati ni? Atau wajarkah kita tak berpuashati? Jawapannya, balik pada diri sendiri. Ada orang boleh tenangkan diri mereka kalau mereka tidak berpuashati terhadap sesuatu, ada orang tidak mudah nak menenangkan diri bila mereka tidak puashati. Terutamanya bila tidak puashati terhadap orang lain dan keadaan sekeliling.

Bagaimana nak buat kalau tak puashati? Jawapannya pun terpulang pada individu.

Kalau dengan memendam dan redha akan apa yang berlaku, alhamdulillah. Mungkin itu yang terbaik untuk kita dan orang lain. Tapi kalau dengan meluahkan rasa tidak puashati itu boleh memberi kebaikan utk kita dan orang sekitar, lakukanlah.

Abah secara peribadinya berpendapat, rasa ketidakpuasan hati perlu disalurkan dengan cara yang sebaiknya. Agar jiwa kita tidak terganggu dengan rasa yang ada dalam hati, dan agar apa yang membuatkan kita tidak puashati itu boleh diperbaiki.

Kita tak puashati bila pasangan kita berbuat sesuatu yang tidak kita berkenan, luahkan. Kita tak puashati tengok rakan sekerja buat kerja dgn cara yang silap, luahkan. Kita tak berpuashati dengan servis yang diberikan oleh kedai yang kita bayar untuk servis itu, luahkan. Tak salah meluahkan ketidakpuasan hati, cuma dengan cara yang betul.

Sebab kalau kita tidak luahkan, benda itu tetap akan jadi macam itu. Pasangan kita akan tetap berbuat benda yg kita tak suka, rakan sekerja kita terus2an buat kerja silap, kedai akan terus2an bagi servis cincai2 pada kita. Cuma yang selalu jadi isu, bila ketidakpuasan hati tu diluahkan dengan cara yang silap. Ramai dari kita, termasuk abah pun, bila tidak puashati, sering menyalurkan rasa itu yang bercampur dengan nafsu amarah. Dan bila rasa tidakpuashati itu disalurkan dengan rasa marah, maka itu sudah jadi cerita lain. Dan dalam kes macam itu, abah fikir, lebih baik dipendamkan saja daripada diluahkan.

Untuk anda dan abah juga, semoga kita semua ini akan diberi kekuatan oleh Allah, dan kita berusaha mencari kekuatan itu - supaya luahan rasa tidak puashati kita pada orang lain, akan mampu memperbaiki keadaan untuk kebaikan kita bersama. Kita sematkan dalam hati, bahawa luahan itu bukan kerana kita marah, tetapi kerana kita ingin mereka membetulkan keadaan yang pada kita silap.

Bercerita tentang puashati ni, teringat pada kata rakan abah sewaktu di U dulu, katanya "Kita hidup ni jangan sesekali berpuashati. Namun kita harus bersyukur. Sebab bila kita berpuashati, maknanya, kita tidak akan nampak ruang untuk memperbaiki atau mempertingkatkan lagi perkara itu."

Sambung lagi nanti, abah nak gi bilik pantri jap, nak makan bubur sedap yang Ummi masak pagi tadi. Choww.

Thursday, May 24, 2007

Cerita tentang lelaki melayu...

Salam buat semua rakan2,

Lama abah tak mengepek kat sini. Hehe, bukan apa, agak sibuk sikit kebelakangan ini dengan kerja-kerja pejabat. Alhamdulillah, hari ni, lega sikit, sebab kerja dah banyak yang siap. Tapi dah nama lagi kerja, siap yang itu, yang baru pulak akan datang. Hehe, tapi takpe, janji hari ni abah tak la sibuk macam hari2 sebelum ini.

Gelihati baca satu surat dalam Utusan Malaysia yang meluahkan rasa hati seorang wanita tentang Lelaki Melayu Bermasalah. Tak tahu la apa nak kata. Pada abah, lelaki melayu bermasalah tu memang satu hal la kan, tapi penulis tu pun sebenarnya bermasalah juga. Tapi abah tak la nak fokus pada masalah sipenulis wanita tersebut. Cuma tang isu lelaki melayu bermasalah tu yang abah nak sembang sikit.

Bukan nak nafikan isu itu, tapi kalau dikatakan lelaki melayu bermasalah tu, agak tidak adil. Bukan sebab abah lelaki melayu, tidak. Kalau dikatakan lelaki india atau cina bermasalah pun, abah tetap akan kata tidak adil. Tidak adil sebab kita tidak sesenang itu boleh generalisasikan sesuatu isu dengan sesuatu kaum atau jantina.

Abah tahupun ramai lelaki melayu yang bermasalah, tetapi ramai juga lagi lelaki melayu yang tidak bermasalah.

Dan satu lagi, pada abah, kalau setakat nak tulis kat suratkhabar menceritakan tentang keburukan dan kepincangan sesuatu, hentikanlah. Orang yang membaca bukannya tak tahu pun tentang keburukan dan kepincangan yang terjadi, mereka lebih dari faham akan isu itu. Yang mereka nak baca, ialah apa yang boleh dibuat. Tindakan apa yang perlu diambil bagi mengatasi keburukan dan mencegah kepincangan supaya ianya tidak akan jadi lebih parah. Rakyat marhaen macam abah ni perlukan saranan-saranan dan idea-idea untuk dilaksanakan bagi menjamin orang2 kita diMalaysia ini tidak akan bermasalah.

Setakat nak kata ramai orang melayu ramai jadi penagih, mat rempit, etc. semua tu dah tak ada makna. Tulislah pula tentang apa yang perlu dibuat dan difikir. Asalkan ideanya 'wise and realistic', tulislah. Kalau idea itu takkan jadi dasar kerajaan pun tak apa, tapi itu yang nak dibaca. Penulisan2 mengutuk itu dan ini, mendedahkan itu dan ini perlulah dikurangkan. Sebab makcik2 kat kawasan2 Ulu pun dah tahu akan bahana masalah sosial remaja Malaysia sekarang. Tak perlu nak diberitakan lagi akan keburukan itu.

Oklah dulu, nak sambung kerja. InsyaAllah esok jumpa lagi.

Opsss, sikit lagi nak sambung. Hari Selasa hari tu, abah cuti. Dan seperti kebiasaan, kalau abah cuti, abah akan bawa Muizz makan tosai kat kedai mamak depan rumah tu. Hari tu, waktu abah ke kedai mamak itu, abah terdengar ada orang bercerita tentang AF5. Menarik jugalah bunyi ceritanya, sebab ada seorang tu tengah bercerita akan kehebatan Mila. Abah pun tolehlah nak tengok siapa yang dok bergebang tentang AF5 tu. Terkejut beruk sikit la abah, sebab yang bergebang tu, adalah 3 orang pakcik, yang mana salah seorangnya telah putih kesemua rambutnya. Aduhaiii, kalau datuk2 dan pakcik2 pun dok bersungguh-sungguh bercerita tentang Mila dan AF, abah tak tahulah apa yang orang2 muda dok gebangkan.

Wednesday, May 16, 2007

Cerita tentang cikgu...

Sebelum abah mulakan hari yang sibuk hari ni, abah nak ambil peluang yang ada pagi ni untuk mengucapkan Selamat Hari Guru pada semua guru2 dan pendidik, yang kebetulan terbaca blog abah ini. Muizz pun semalam minta Mi belikan 3 kuntum bunga untuk dia, katanya, nak bagi kat cikgu di tadika. Hehe, untung cikgu sekarang ya, budak tadika pun dah pandai bagi hadiah penghargaan kat cikgu. Zaman abah dulu, tak pernah terfikir pun nak bagi cikgu hadiah penghargaan. Yang ada, cuma ucapan terima kasih, kerana mengajar abah.

Dan dikesempatan pagi 16 Mei 2007 ini, abah nak ucapkan rasa terima kasih dan penghargaan abah pada semua cikgu2 zaman sekolah, matrikulasi, dan pensyarah2 di universiti yang telah mengajar dan mendidik abah hingga abah menjadi seperti abah sekarang. Alhamdulillah. Moga jasa dan sumbangan cikgu-cikgu semua akan tetap wujud dalam diri abah, dan abah perturunkan pada anak-anak bangsa yang lain pula, insyaAllah.

Untuk cikgu dan pendidik berikut:

Sekolah Kebangsaan Paka
Cikgu Nuaman
Cikgu Zaleha
Cikgu Zaifah
Cikgu Mohd Amin
Ustaz Abu Bakar
dll. [abah lupa nama yang lain]

Sekolah Menengah Paka
Cikgu Kamariah Ali
Cikgu Rashid
Cikgu Yazid Mohd Zawawi [Cikgu math yang tak pernah jemu ajar student sekolah kampung yang agak bengap, dan cikgu yg paling 'cool']
Cikgu Hussien
Cikgu Sharifah Nora [ckgu dari MRSM yang bongkak sikit pada awalnya, tapi bertukar menjadi cikgu kesayangan abah]
Cikgu Suhaimi
Cikgu Zakiah Salleh [yang kecik molek comel lote, ajar Fizik]
Cikgu Fatimah
Cikgu Rozlan [Cikgu English favourite abah, walaupun abah selalu ingkar arahan beliau]
Cikgu Mohd Amin [pernah pecah spek sebab kena tampar pelajar histeria]
Ustazah Dayang Ali [yang penuh sifat keibuan]
Ustaz Musa
Cikgu Omar [Cikgu kimia yang selalu cakap abah ada potensi jadi pencuci tandas di universiti]
Cikgu Sulong [yang kata abah pelajar pertama dia yang dapat 98% kertas BM untuk trial SPM sepanjang berbelas tahun dia mengajar. Ekeke, riak sekejap ek]
Cikgu Mat Zain Muda [cikgu biologi yang baik, tapi tegas]
dan sekian banyak cikgu lain yang abah dah lupa nama, tapi masih ingat rupa mereka.

Pusat Matrikulasi UUM
Cikgu Zanira Natrah Hj. Zakaria [yang abah suka sangat2..ekekeke]
Cikgu Ropisah Pin [cikgu Math yang garang, tapi baik hati]
Cikgu Zawiyah [cikgu IT yang boleh berlawak ngan student]
Cikgu Jeffri [cikgu Ekon yang sempoi]
Cikgu Mahathir [yang perli abah sebab fail Ujian 1 Akaun]
Cikgu Salina [ yang suruh abah ambik Accounting sebab katanya "abah ada potensi yang bagus dalam perakaunan] tapi abah degil, ambik IT jugak.
dan cikgu-cikgu lain lagi.

UUM dan UKM
Prof Madya Dr. Zulikha Jamaluddin [orang yg bertanggungjawab bawa minat abah ke Multimedia]
Dr. Engku Mohd Nazri [pensyarah Algebra dan Kalkulus yg sempoi, dan kebetulan abang kepada seorang geng baik abah]
PM Dr. Zurinah Suradi [abah cukup suka gaya dan teknik pengajarannya]
Pensyarah Pengantar Pemikiran yang abah lupa namanya, tapi takkan lupakan tugasan beliau, "Siapakah kita dimuka bumi Allah ini?"
En. Sabri
Dr. Shakirin
En. Aminuddin
En. Mohd Suki
Kakak-kakak Tutor yang baikhati
Prof Dr. Datin Halimah Badioze Zaman
Allahyarhamah PM Dr. Norhayati Abdul Mukti [penyelia projek sarjana abah]
dan segala macam lagi pensyarah yang baik2 dan garang2 yang abah jumpa sepanjang di universiti..

Untuk anda semua, individu2 yang sedikit sebanyak berjaya membentuk abah, terima kasih lagi sekali. Allah SWT sajalah yang mampu membalas jasa dan sumbangan kalian pada kemajuan anak bangsa.

Dan untuk kawan2 seperjuangan abah, Selamat Hari Pendidik untuk anda semua. Be a good teacher, tutor, lecturer, etc.

Oklah, abah nak sambung kerja. Esok abah akan terbang ke KK sekali lagi untuk 2-3 hari, ada kerja sikit. Walaupun penat dgn segala macam kerja dipejabat, namun abah tetap juga sanggup kesana, bukan utk diri abah sendiri, tapi untuk ramai orang yang berhubung dgn abah, yang memerlukan abah untuk terus berkorban. Cewahhh, macam bagus!!!

Monday, May 14, 2007

Entri khas buat Ummi...

Entri hari ni abah buat khas untuk isteri kesayangan abah. Sebabnya, hari ni ialah hari ulangtahun kelahiran Ummi. Selamat hari ulangtahun kelahiran untuk Mi. Semoga akan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dirahmati sentiasa, dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat oleh Allah SWT.

Friday, May 11, 2007

Cerita tentang lagu...

Hari ni tak ada apa yang nak diepek. Cuma nak berkongsi satu lagu yang dah lama abah cari, baru semalam abah ketemui. Lagu yang menjadi lagu wajib, andai abah terasa nak melalak dalam bilik air, sejak dari abah mula tahu lagu tu hinggalah sekarang. Hehehe. Itu cuma lagu sajalah, takde kaitan apa2 pun dengan hidup abah.

Kalau anda nak dengar, anda kena klik sini. Abah takleh nak letak dalam post ni, sebab malas nak godek2 skrip dia.

Cinta Berakhir - Shidee

Antara berjuta bintang dilangit

Engkaulah bintang hatiku
Kupilih dirimu antara beribu
Engkaulah syair jiwaku

Kuletak engkau dikolam rasa
Hilanglah segala duka
Tapi mengapa kau tidak setia
Kau pergi jauh dariku

Dimana puisi cintamu
Dimana bahasa kasihmu
Di kala semuanya kau lupa
Ingatan pun turut mencair
disalam terakhir...

Baru sekejap ni, abah dikhabarkan berita seorang bekas rakan pejabat telah meninggal akibat kanser kolon. Al-fatihah untuk arwah Zul. Kami tak rapat pun kerana berlainan jabatan, tapi abah masih ingat arwah sebab dia antara staf yang paling lembut percakapannya dengan orang lain, dan selalu membantu jika abah ada masalah dengan sistem di tempat kerja lama abah. Dan abah tak tahupun dia ada blog, yang buatkan abah rasa sayu bila baca. Apapun, semoga roh akan berada disamping roh2 mereka yang dikasihi Allah.

Thursday, May 10, 2007

Cerita tentang kahwin...

Terbaca satu artikel diBH hari ni, iaitu Konsep kasta kikis keikhlasan kenduri kahwin, agak lucu juga. Lucu bukan sebab isunya, tapi lucu sebab teringat kisah lama. Kang abah cerita kisah abah tu, sebelum tu nak mengepek sikit ttg isu hantaran terlalu tinggi.

Abah tahu ada orang setuju hantaran tinggi, ada yang tidak. Yang setuju selalunya sebelah perempuan la, dan yang tak setuju, sebelah lelaki. Masing-masing betul, sebab masing-masing punya alasan kukuh untuk setuju atau tidak setuju.

Kalau anda tanya abah, abah kata, "Hantaran hendaklah atas dasar tolak ansur dan permuafakatan kedua belah ahli keluarga, samada lelaki atau perempuan."

Yang penting bukan hantaran, tapi nikah, atau bersatunya dua manusia yang dipanggil anak-anak. Jika kedua-dua belah keluarga dapat bersepakat dan bertimbangrasa, abah fikir, isu hantaran tidaklah menjadi isu sangatpun. Cuma yang jadi isu, bila hantaran cuma berpihak pada satu belah sahaja, iaitu pihak perempuan. Bukan abah tidak pernah dengar isu keluarga perempuan tetapkan 'harga', dan bila di'tawar', tidak boleh langsung.

Abah tak tahu apa sebab jadi macam itu, tetapi abah fikir, keadaan macam itu berlaku atas sebab-sebab keduniaan, yang boleh diubah pun sebenarnya. Kos sara hidup tinggi, belanja kenduri tinggi, anak dara saya graduan, dia kerja besar, saya orang berkedudukan, dialah satu2nya anak dara saya, etc. etc. Senarai alasan tak akan habis, sebab banyak sangat. Tapi itulah, itu semua benda2 yang boleh dibincang dan ditolakansurkan.

Yang penting kebahagiaan anak-anak kita. Kalau hantaran RM20000 pun, tapi lepas kahwin anak menantu bertengkar sebab tak cukup duit, apa guna? Puas ke kita jika dapat tahu keluarga lelaki terpaksa bergolok bergadai nak memenuhi kehendak kita hanya semata-mata sebab anak lelakinya dah sangat sayang dengan anak dara kita? Adakah kita berbangga dapat buat majlis kahwin besar-besaran, dan dibelakangnya, duit hantaran itu menantu kita sebenarnya dapat dari pinjaman peribadi dengan bank?

Pada mak ayah seperti abah, harap-harap dapatlah berfikir dengan baik ttg isu2 macam ini. Apahal sekalipun, berbincanglah dan bertolakansurlah dikedua belah pihak. Kalau mampu, buatlah apa yang dirancang, kalau kurang mampu, jangan dibeban kehidupan orang lain, dan diri kita.

Tidak guna hantaran RM10000 dan kenduri kendara 3 hari 3 malam, kalau kasih sayang anak2 cuma bertahan sekejap saja. Yang penting bila anak2 nak kahwin, selidiklah keperibadian bakal menantu itu, jangan diselongkar sangat berapa harta yang dia ada. Jika menantu itu manusia yang baik, bertanggungjawab, patuh pada tuntutan agama, dan sangat sayang pada anak dara kita, nikahkanlah mereka, walaupun tidak berkenduri besar2an jika tidak mampu. Dipenghujung harinya, hanya kebahagiaan mereka yang kita hendak lihat.

Bercerita tentang kahwin ni, teringat cerita abang tukang gunting kat rumah abah waktu abah kekedai dia 2 hari lepas. Katanya, "Adik perempuan saya kahwin dengan seorang anak Datuk. Ingatkan nak pakat ramai2 la adik-beradik pergi bertandang kerumah pihak lelaki, tetapi bila Datuk itu siang-siang lagi cakap, "Hanya 20 orang saja boleh datang, dan tak boleh bawak budak-budak", terus mati niat kami nak pergi ramai-ramai."

Itu cuma satu kisah, dari sekian banyak kisah yang wujud bila cerita bab kahwin kenduri nih. Anda fikirkanlah sendiri apa pengajarannya.

Ini pulak kisah abah waktu malam akad nikah hampir 7 tahun dulu. Abah yang sememangnya cuma tahu akan kewujudan mas kahwin(mahar) dan wang hantaran, tanpa kaji selidik, telah bersetuju dengan keluarga untuk mengikut kebiasaan itu. Abah silap sebab tak tanya keluarga sebelah Ummi. Bila tiba waktu akad nikah, barulah abah tahu, rupa-rupanya diKelantan, tiada istilah wang hantaran, mereka cuma ada konsep mas kahwin sahaja. Jadi, katakan kita bawa hantaran RM8000, kiranya waktu akad tersebut, RM8000 la yang akan dilafazkan sebagai mas kahwin.

Dan alhamdulillah syukur pada Allah, kerana keluarga Ummi tidak tetapkan sebarang nilai untuk hantaran kami. Bila mak abah tanya, jawab pihak mereka, "Terpulanglah pada perbincangan mereka berdua(abah dan mi).". Syukur ya Allah atas nikmat perkahwinan, dan kelancaran proses perkahwinan kami berdua.

Oklah, nak kena mula buat kerja, kang tak siap lak kang kerja2 abah. Hehe.

Tuesday, May 08, 2007

Takde cerita...tentang Spidey

Nak lari sekejap dari mod pening yang sedang melanda. Haha, banyak benda yang memeningkan.

Berkenan la pulak tengok gambar Spiderman kecik ni. Dan memang tengah dok berangan2 nak bawak Ummi dan Muizz tengok Spidey-3 kat pawagam. Tadi cuba juga tempah tiket untuk esok, tapi dah penuh. Takpelah, hujung minggu nanti la kot pergi tengok, insyaAllah.

Monday, May 07, 2007

Cerita tentang diri...

Abah mula masuk ofis hari ni, setelah hampir sebulan tinggalkan meja abah ni. Masa masuk kerja rasa seronok pagi tadi, tapi bila dah bukak emel, aduhaiiii, terus rasa cam nak pengsan. Banyaknya kerja2 menanti. Masak la abah, 3-4 minggu akan datang ni, berlambak2 benda nak kena buat.

Tapi dalam sibuk2 pun, abah nak jugak mengepek skit kat blog yang dah seminggu abah tak jenguk ni. Takde cerita apapun, cuma nak bercerita tentang keadaan dan perkara yang berlaku sepanjang abah tak mengepek diblog.

Abah tiba diSemenanjung hari Ahad 29 April. Buah hati abah yg 2 orang itu jemput abah diKLIA. Hilang rasa rindu nampak muka Mi dan Ahmad waktu diKLIA. Dari sana, kami terus ke rumah bang long di Nilai. First time kerumah bang long, dapat la jumpa kak long ngan ahli keluarga bang long yang lain. Hehe, terima kasih bang long atas layanan dan masakan udang galah yang sedap itu. Ahmad pun asyik dok sebut nama Abg. Syahriel jek. Dia tanya abah bila nak kerumah bang long lagi. Hehe, nanti kalau ada masa, abah akan kerumah bang long lagi, boleh kan bang long?

Balik dari rumah bang long, abah terus keSungai Buloh, sebab masa dah agak petang. Nak hadiri kenduri kahwin jiran selang 2,3 buah rumah dari rumah abah. Hehe, tetamu yang paling dekat datang paling akhir. Orang dah siap mengemas dan tutup khemah, baru abah sampai. Hehe, tapi takpe, jiran tu tahu yg abah baru balik.

Hari Selasa, kami balik ke Kelantan. Dah lama tak jenguk mertua kat kampung. Alhamdulillah semuanya sihat, termasuklah anak buah abah yang paling baru, Naufal Afiq. Sampai je kat kampung, mak mertua abah tiba-tiba decide nak buat kenduri akikah hari Jumaat. Hehe, kalut jugalah, sebab keputusan buat tiba-tiba. Abah ingatkan nak berehat balik kampung, sekali kena la jugak menolong. Hari Jumaat tu, daripada bantu selesaikan 2 ekor kambing, hinggalah kepada mengemas balik kesemuanya, letih gak. Kul 11.30 malam pun ada tetamu lagi.

Dan semalam, kami bertolak balik ke KL. Biasa la kan, kalau dalam perjalanan jauh, ada la yg menariknya. Bukan apa, perbualan kami tiga beranak. Muizz sekarang ni tgh seronok membaca, sebab dia baru saja tahu membaca sikit-sikit. Hampir semua papan tanda yang dia nampak nak dibacanya. Ada satu ketika, dia suruh abah eja Honda. Abah pun ejalah. Kemudian dia suruh eja City. Abah eja lagi. Sekali dia kata "Abah, ada tak Honda City Nurhaliza?". Aduihhh mak. Mana pulak la dia tahu si Siti Nurhaliza tuh. Abah kata tak ada. Kemudian dia cakap ngan Umminya, dia kata, "Mi, kat sekolah ahmad ada orang nama Siti. Tapi bukan siti nurhaliza." Mi tanya, "Abis tu siti apa?". Tahu apa dia jawab? "Muhammad Siti!". Aduih la anak abah.

Masa berenti rehat di R&R Gua Musang pulak, abah makan maggi, dia pun. Siap boleh cakap lagi, nak makan maggi macam Mawi. Abah buat2 tanya la, "Mawi mana?". Katanya, "Mawi yang botak tu, yang makan maggi dalam TV". Hehehe, abang..abang. Kuat sungguh pengaruh TV.

Tapi yang paling menarik, dia dah mula bertanya tentang Allah, tentang syaitan dan hantu. Abah kena berhati-hati sikit la skrg ni dengan anak abah sorang ni. Takut abah tersilap terangkan pada dia. Yelah, bukan senang nak bagitahu kat anak 6 tahun ini dimana Allah! Kadang-kadang abah cuak juga bila dia sebut2 tentang mati, antaranya "Abah, lepas kita mati, kita hidup balik tak?". Sekarang ni dah mula terasa sulit sedikit nak mendidik anak kecik. Hehe, sulit bila berdepan dengan persoalan macam itu. Semalam juga, abah pasang lagu Hikmah kat dalam kereta. Alhamdulillah, dia boleh eja perkataan hikmah, walaupun sekali je abah sebut perkataan tu. Tapi yang tak tahannya, "Abah, hikmah tu apa?".

Sambung lagi esok, insyaAllah, telefon dah start berbunyi2 dah....