Friday, April 20, 2007

Cerita tentang periksa...

Dua hari lepas, sewaktu abah mengawasi peperiksaan, abah berdepan dengan sekumpulan pelajar yang suka 'berkomunikasi' sesama mereka. Sepanjang abah mengawasi peperiksaan, inilah pertama kali abah berjumpa dengan sekumpulan pelajar yg macam itu. Selalunya antara 2 orang sahaja berkomunikasi, ini tidak. Ada dalam 7 orang yang berbuat macam itu.

Nak tak nak, terpaksalah abah berdiri depan mereka semua itu, bagi mengelakkan mereka 'berkomunikasi". Alhamdulillah, berkesan juga kaedah yang abah buat tu.

Ada seorang pelajar siap tulis besar2 atas kertas, dan mengangkat tinggi2 supaya kawan sebelah boleh baca. Abah ada dibelakang dia masa tu, tapi abah cuma tengok je apa dia buat. Tahu dia tulis apa? Dia tulis "Soalan no. 2 tu aku ikut logik saja". Hehe. Nasib baik dia tulis macam itu, kalau dia tulis jawapan, tak pasal2 abah kena rampas kertas tu. Aduihhhh.

Yang abah kesalkan adalah kerana mereka ini semuanya cikgu-cikgu sekolah. Abah sangat yakin yang disekolah, merekalah orang yang mengajar budak2 sekolah supaya tidak meniru sewaktu peperiksaan. Tetapi bila mereka sendiri yang menduduki peperiksaan, mereka pulak yang 'cakap tak serupa bikin'. Agak memalukan sebenarnya abah nak menerima hakikat macam itu.

Bercakap ttg berkomunikasi dan meniru sewaktu peperiksaan ni, abah rasa ianya satu perkara yang biasa dimana-mana pun. Cuma tahap saja yang berbeza. Ada yang bawa masuk nota dalam dewan exam, ada yang main pass kertas jawapan, ada yang menjeling2 jawapan kawan, etc. Abah pun tak tahu sebenarnya kenapa jadi macam itu. Sebab kalau ditangkap meniru, macam2 alasan yang kurang logik yang diterima. Tak cukup masa belajarlah, sehari sebelum exam demamlah, dan macam2 lagi. Aduihhhh, apalah nak jadi.

Tapi kan, abah dulu waktu SPM pun pernah buat macam itu. Siap pass-pass kertas jawapan lagi tu. Tapi abah pass sebab kesiankan kawan2 yang dah dok jeling2 pandang2 kat abah ala-ala Tan Sri S.M. Salim jeling Datuk(ke Dato' ?)Siti Nurhaliza. Dan abah berkongsi kertas jawapan pun sebab abah yakin dengan jawapan abah. Tapi itu pun untuk kertas Pengetahuan Agama Islam sajalah. Kertas lain abah tak berani sebab abah tak yakin dgn jawapan abah. Lucu juga bila diingatkan gelagat kami meniru sewaktu SPM dulu. Tapi syukur pada Allah, ketua pengawas waktu itu tidak terlalu 'strict' walaupun abah tahu dia nampak kami passing kertas jawapan. Hehe. Agaknya kalau tertangkap waktu dulu, abah pun mungkin takkan dapat jejakkan kaki ke universiti.

Oklah dulu setakat ni, abah nak kena jaga peperiksaan sesi petang pulak sekejap lagi, harap2 kali ni, takdelah lagi yang meniru2.

Selamat berhujung minggu untuk anda semua.

Monday, April 16, 2007

Cerita tentang kerja...

Abah baru saja bercakap dalam telefon dengan buah hati abah di Sungai Buloh sana. Ceria saja suaranya. Alhamdulillah. Walaupun abah tak dapat tengok, tapi abah yakin Muizz sihat dan ceria, seperti dia yang selalunya. Asyik dia dok bercerita tentang ayam masak kicap kesukaannya. Abang..abang. Saat abah kesunyian dibilik hotel ini, suara ceria abang buat rindu abah terubat. Begitu juga dengan Ummi, abah boleh dengar suara ummi yang kesedihan, hehe, kesedihan sebab tengok cerita Qabil Kusyri Qabil Igam. Aduiiii. Sabar mi, cerita je tu, hanya lakonan semata-mata.

Maaf la mukadimah hari ni, bercerita tentang insan2 kesayangan abah dulu. Abah nak mengepek benda lain sebenarnya.

Tadi waktu tengahari, abah ke masjid berhampiran tempat kerja abah untuk solat jumaat. Abah tertarik dengan khutbah tengahari tadi, dan abah nak kongsi sikit dengan anda semua, rakan2 yang tak pernah jemu baca epekan abah ini.

Khutbah tadi intipatinya ringan sahaja, tapi mampu buat abah sedar sedikit. Khutbah tentang kerja. Kerja yang kita buat sehari2. Baik kerja rasmi atau kerja-kerja tidak rasmi. Kerja yang setiap satunya adalah satu ibadah, asal saja ianya kerja yang diredhai Allah.

Bukan tidak pernah dengar tentang ungkapan 'kerja itu satu ibadah', tapi abah seringkali lupa akan kebenaran hakikat itu. Abah bekerja saban hari hanya atas sekadar buat kerja. Kalau ditanya pun, jawapannya akan hanya berlegar sekitar kerja itu sumber pendapatan, sumber rezeki untuk terus hidup. Abah lupa yang kerja itu ibadah.

Anda mungkin tidak lupa macam abah, alhamdulillah.Tapi kalau anda lupa macam abah juga, sama-samalah kita sentiasa peringatkan diri kita akan kerja itu satu ibadah kita pada Allah.

Tapi bukan sekadar ingat sajalah. Bila dah ingat tu, kena la amalkan yang sebaiknya. Maksud abah, bila bekerja tu, kerjalah dengan sebaiknya. kerja dengan rajin, dengan jujur, dengan ikhlas. Bukan sekadar kerja untuk RMxxxx sebulan, bukan kerja untuk dipuji bos atau rakan2, bukan bekerja untuk merasa gah dengan kerja, bukan juga kerja sekadar kerja semata.

Menurut khatib tadi juga, bekerja seperti juga ibadah lain, akan senantiasa ada dugaan dan ujian. Dimarah bos, gaji tak naik, 'claim' kena potong, bonus sikit, 'appraisal' tak seperti yg kita harap, konflik dengan rakan sekerja, etc. Tapi jangan sekali-kali dugaan itu kita terima dengan cara yang negatif. Dugaan itu semua sebenarnya memerlukan kita melihat semula akan kerja yang kita buat. Ikhlaskah kita buat, jujurkah kita buat, sempurnakah kerjanya - semua itu perlu dilihat semula. Jika perlu diperbetulkan, perbetulkanlah.

Abah tak nak mengepek panjang-panjang. Abah nak kita sama-sama fikir, dan sama-sama muhasabah diri. Sekian lama kita bekerja, betulkah kerja yg kita buat selama ini ibadah? Atau ada kemungkinankah ibadah kerja itu telah kita cemari dengan perkara-perkara salah. Abah fikir, kalau setiap satu dari kita senantiasa niatkan kerja kita buat itu sebagai satu ibadah, dan mengingati bahawa Allah senantiasa melihat apa yang kita lakukan - sudah pasti kita akan buat yang terbaik. Akan kita elakkan unsur-unsur dosa berlaku sewaktu kita bekerja. Pasti takkan ada kes tipu 'claim', tipu waktu bekerja, rasuah, membuang masa hingga kerja tak siap, guna kemudahan pejabat untuk kepentingan peribadi, etc.

P/S: Terlanjur cakap pasal kerja sebagai ibadah ini, teringat abah sewaktu ke Pejabat JPN di Kota Damansara minggu lepas. Abah kesana untuk buat MyKad sebab MyKad abah 'hilang'. Bagus sungguh layanan dari kakitangan JPN disana. Dengan wajah manis, dan tuturkata yang baik buat abah bangga dengan mereka itu. Semoga Allah memberikan mereka ganjaran yang sebaiknya, insyaAllah.

602, Hotel Sandakan
13 April 07 @ 8.05pm

Saturday, April 14, 2007

Cerita tentang nyawa...

Semalam(Khamis), sewaktu abah baca akhbar The Borneo Post, abah jadi sedih menatap satu berita. Berita tentang seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang membunuh diri dengan menggantung dirinya sendiri.

Kata ibu kepada Donny John Duin, "Dia sentiasa memberitahu saya yang dia mahu menyelamatkan saya...dia beritahu saya sewaktu dia masih hidup. Saya tidak pernah terfikir yang dia akan betul-betul membuatnya."

Kenapa Donny sanggup gantung dirinya sendiri? Kerana dia percaya jika dia mati, jantungnya dapat diberikan kepada ibunya yang menghidap talassaemia dan lemah jantung.

Dia pernah mencuba untuk membunuh diri sebelum ini, tetapi gagal. Alasannya waktu itu, dia ingin mengurangkan beban ibunya yang miskin. Dengan kematian dia, dia harap ibunya tidak perlu lagi menanggung dirinya. Ayah Donni ada dipenjara.

Abah tak nak lihat isu ini kepada betul atau tidak Donny bunuh diri. Abah juga tidak mahu pandang dari sudut dosa, kerana Donny adalah bukan Islam. Kalau dia Islam sekalipun, abah tidak mahu membicarakan bab dosa perbuatan itu.

Abah cuma nak pandang dari sudut kenapa dia boleh buat begitu. Abah tidak tahu apa alasan sebenar dia buat begitu, tapi abah rasa, satu sebabnya, Donny buat begitu kerana dia sayangkan ibunya. Kekecewaanlah yang selalunya jadi sebab kenapa orang bunuh diri. Tapi untuk anak semuda ini, abah terkilan. Kalau betul kerana kasihkan ibu, amat malang sekali bagi dia. Kalau betul dia percaya yang kalau dia mati, jantungnya boleh diberi kepada ibunya itupun, itu lebih malang lagi. Hanya kerana kasih, dan kepercayaan yang silap, dia gantung diri.

Apa yg boleh kita pelajari dari berita Donny ini? Belajarlah untuk merapati anak-anak. Sematkan ilmu agama sebaiknya dalam jiwa mereka. Hormatilah perasaan mereka. Hargailah diri mereka. Didik mereka menjadi sabar. Asuh mereka supaya cekal. Ajar mereka supaya mencintai Allah, keluarga, diri sendiri, dan orang-orang disekitar mereka.

Perkara sebegini boleh terjadi dalam keluarga kita, nauzubillah. Jangan kata ia mustahil.

Berusahalah yang terbaik dalam membesarkan anak-anak. Berdoalah dengan Allah supaya diri mereka akan senantiasa dilindungi. Abah ada anak, anda pun ada anak, atau mungkin akan ada anak. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa pada Allah. Moga generasi anak-anak kita adalah generasi yang teguh imannya, tinggi akhlaknya, cemerlang pekertinya, baik budinya serta terpuji amalannya. Anak-anak yang bukan sekadar membahagiakan kita didunia, tapi anak-anak yang mampu membantu kita dialam barzakh dan akhirat kelak, insyaAllah.

Wednesday, April 11, 2007

Cerita tentang diri, pada ketika ini...

Dah banyak hari abah nak mengepek disini, tapi masa seringkali tidak beri abah keizinan untuk mengepek (alasan lapuk). Abah berada di Negeri dibawah bayu sejak hari sabtu yang lalu. Akan terus berada didaerah Sandakan ini sehingga penghujung April.

Datang ke Sandakan untuk kali yang entah keempat ini, tidak banyak yang mengujakan abah. Namun begitu, ada angin perubahan yang abah rasakan pada kedatangan abah kali ini. Perubahan dari segi pembangunan. Ya, Sandakan memang telah banyak membangun berbanding kali pertama abah kenali ia 2005 yang lalu. Pasar basah yang makin tersusun dan bersih dan kehadiran 'gergasi' runcit disini, abah rasa gembira utk pihak orang Sandakan.

Abah tidak kemana-mana lagi setakat hari ini, kerana hampir saban hari bekerja, balik hotel pun dah lewat petang (kat sini pukul 6.30 pun dah gelap). Duduk dibilik sajalah abah tiap2 malam, sambil menonton TV dan menyiapkan kerja2 yang masih belum sempurna, serta menelefon dua orang buah hati kesayangan abah di SB, yang sangat-sangat abah rindui kala ini. Ececece, jiwang sokmo abah ni!

Oklah, tidak ada apa2 isi pun nak diepek petang ini, sekadar nak memaklumkan akan koordinat abah waktu ini yang mungkin akan kurang berblog. Malam nanti, insyaAllah, abah nak ke pawagam bersama Irman, nak tonton "Jangan Pandang Belakang", yang mana abah baca banyak 'review' positif tentangnya. Harap-harap dalam cerita tu takde la hantu yang kata, "Apa pandang-pandang belakang, tak puashati ke?". Hehe.

Wednesday, April 04, 2007

Cerita tentang gambar...

Apa yang terlintas difikiran anda bila lihat gambar diatas ini? Kemungkinan besar, "Cantiknya gambar".

Apapun yang terlintas, abah fikir banyaknya berkisar tentang 'rupa' gambar tersebut. Anda salah? Tidak. Tapi itulah manusia. Persepsi kita mungkin sama, mungkin berbeza.

Ada orang melihat gambar, sekadar gambar. Ada yang mengagumi, ada yang tidak rasa apa-apa. Ada yang fokus pada langit, ada yang fokus pada awan, tak kurang yang tertarik pada pokok, dan kebanyakan kita, melihat secara keseluruhannya. Ada yang kata cantik, ada yang kata tidak. Normal sebenarnya, kerana manusia dan pemikirannya pelbagai, satu lagi keunikan ciptaan Allah ini.

Berbalik pada gambar diatas tadi, andaikan anda bukan mata yang memandang, tapi andalah pokok itu. Apa yang ada difikiran anda bila anda gambarkan diri anda pokok itu?

Hehe, apa yg abah merepek ni? Takde apa pun, sekadar teringatkan seorang adik yang tidak berapa lama dulu mengadu bahawa dia seperti pokok didalam gambar itu - bersendiri dan kesunyian. Abah cuba juga letakkan diri abah sebagai pokok itu, tapi abah gagal, kerana pada ketika dan saat ini, abah bukan pokok itu. Alhamdulillah, syukur pada Allah, tuhan pencipta alam.

Tuesday, April 03, 2007

Cerita tentang tudung dan seksi...

Semalam abah tak masuk kerja, demam. Muizz pun demam. Semalam kerja abah keluar masuk klinik sajalah. Pagi abah ke klinik, lepas tu, abah berkejar ke Kelana Jaya untuk bawak Muizz ke klinik doktor kesukaan dia. Nak buat macamana, Muizz cuma sesuai dengan Dr. Cheng dan ubat2annya saja. Dah banyak klinik abah cuba, kat Dr. Cheng juga yang dia sesuai. Alhamdulillah, hari ni abah dah sihat sikit, cuma Muizz je masih demam lagi.

Abah nak bercerita tentang satu emel yang abah terima di grup SIM abah. Emel tu bertajuk - Wanita bertudung lebih seksi. Hehe. Mungkin untuk orang bertudung, pelik dengar tajuk macam itu, tapi untuk orang lelaki macam abah, tajuk itu ada betulnya. Betul bukan sebab orang bertudung itu seksi, tapi betul sebab, dia bertudung, tapi bahagian lain masih tetap terdedah, dan itulah yang dimaksudkan dengan seksi.

Bertudung litup, tapi masih pakai baju kebaya ketat yang menampakkan susuk badan, tak seksi ke? Pakai tudung, tapi kainnya masih setakat bawah sikit je pada lutut. Ataupun, bertudung, tapi leher yang putih itu masih juga tertayang kemulusannya(macam yang Ogy selalu pakai). Itulah maksud abah dengan bertudung tapi lebih seksi dari yang tak bertudung. Pernah jumpa orang yang bertudung, tapi rambut berceracak keluar dari tudung. Kes yg itu pada abah tak seksi la kan, seksa. Maaf cakap!

Awat buleh jadi lagu tu? Sebabnya mudah sahaja. Kerana wanita-wanita ini cuma mahu bertudung, tapi tidak mahu menutup aurat. Ada yang sudah tahu, ada juga yang tidak tahu. Yang abah kesian, adalah yang tidak tahu. Ramai lagi wanita yang abah fikir, mereka rasa bertudung itu sudah memadai untuk menutup aurat seperti yang Islam kehendaki. Mereka tidak tahu pun yang menutup aurat itu sebenarnya lebih dari sekadar menutup rambut.

Untuk yang tahu akan apa makna tutup aurat, abah kesian juga. Kesian sebab, dah tahu, tapi tak nak buat. Kerana apa, kerana nafsu lebih kuat dari tuntutan Islam. Bukan orang lainpun, abah pun sama. Kita manusia, memang selalu lebihkan nafsu diri dari memenuhi tuntutan agama. Orang dok azan, kita tetap tak nak berganjak dari depan TV, hanya kerana sayang dengan cerita yang tengah best ditayang. Siapa la tu ek, abah la tu! Ya Allah, lemahnya iman abah.

Oklah tak nak merepek lagi tentang aurat wanita. Cuma abah fikir, kalau muslimah kita semua bertudung dan menutup aurat, itu adalah lebih baik. Bertudung itu memang dituntut, tapi yang lebih dituntut ialah mentutup aurat dengan sempurna. Kalau rasa tak tahu, dan nak tahu, apa maksud menutup aurat dengan sempurna, baca Menutup aurat bukan diskriminasi wanita. Dan kalau nak baca penulisan yg lebih baik kupasannya, baca Nilai Tudung Wanita.

Abah ni mengepek bab aurat, terlupa la pulak, lelaki pun kena tutup aurat juga. Walaupun tidak sesukar wanita menutup aurat, tapi masih ramai juga yang memandang remeh akan keperluan itu. Itu setakat yang abah lihat di mana-mana tempat abah pergi. Sekarang ini pun macam dah jadi satu trend orang lelaki memakai seluar pendek paras lutut. Kalau dulu, nampak macam lekeh, tapi sekarang ni, dah jadi satu fesyen kegemaran pulak nampaknya.

Oklah dulu, abah nak kena siapkan banyak kerja. Kita jumpa lagi nanti, insyaAllah.

Thursday, March 29, 2007

Cerita tentang hidayah...

Abah sebenarnya nak mengepek tentang isu eksekutif muda muflis, tetapi bila terbaca akhbar BH hari ni, abah tertarik dengan satu artikel berkenaan dengan salah seorang personaliti TV yang abah minati - Raja Mazian Raja Mohamed.

Abah tertarik dengan perenggan pertama artikel tersebut berbunyi: “Siapa anda untuk bercakap mengenai agama?” Itulah mesej pesanan ringkas (SMS) yang diterima penerbit dan pengacara program Al-Hidayah, Raja Mazian Raja Mohamed, ketika mula meneraju program berkenaan tujuh tahun lalu."

Abah tidak pelik kalau RM mendapat SMS sebegitu, kerana abah secara peribadinya pernah berjumpa beliau di R&R Rawang, kalau tak silap abah, 8 atau 9 tahun yang lalu. Dan RM waktu itu, bukanlah personaliti TV yang abah minat. Tengok gaya berpakaian dan perwatakan, tidak pelik kalau nama beliau tidak pernah menarik minat abah. Dan abah fikir orang yang hantar SMS itu, pun mungkin sebab dia masih mengingati RM yang dahulu.

Tetapi pada abah, hidayah mencari Allah boleh hadir dalam jiwa sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dengan kehendakNya. Abah percaya, RM telah mendapat hidayahnya. Seperti juga personaliti 'glamour' yang lain. Dan adalah sangat tidak adil jika kita menghukum mereka berdasarkan diri mereka yang kita kenal satu ketika dahulu. Siapa sangka Noorkumalasari akan jadi seperti sekarang. Ustaz Akil Hayy, Mel, Kartina Aziz, dan beberapa nama lagi, siapa pernah menyangka depa akan jadi seperti sekarang.

Tapi itulah besarnya kuasa Allah. Alhamdulillah, abah bersyukur kerana mereka jadi spt mereka sekarang. Dan kalau ada yang cuba juga menilai berdasarkan apa yg mereka pernah jadi dulu, adalah sangat tidak adil. Manusia mana yg tidak pernah buat silap. Terima sajalah mereka yang dahulu itu sebagai kesilapan mereka.

Dan bercakap tentang hidayah pada orang2 terkenal ini, abah nak ambil satu video dari laman web turntoislam. Anda tontonlah video ini, dan dengarlah apa yang dikata. Maha Suci Allah, betapa sucinya nur Islam. Betapa luhurnya agama Allah ini. Saudara2 baru seperti Iman(Monica) dalam video itu saja yang boleh gambarkan keadaan itu. Kita yang Islam sejak bayi ini, abah fikir agak susah untuk menceritakan keadaan itu.





Memetik kata Iman, yang abah terjemahkan: "Umat Islam yang ada tidak menunjukkan kehebatan agamanya. Muslimah yang bertudung pun tidak nampak menariknya, mungkin kerana bertudung itu adalah amalan sejak kecil, bukan bertudung atas kesedaran agama yang tinggi. Yang muslimin pun sama, tiada bezanya dengan lelaki agama lain. Tidak nampak apa kelebihan mereka beragama Islam berbanding orang agama lain."

Dan waktu dia berkata begitu, abah terfikirkan diri abah dan orang2 sekitar abah. Betul juga apa yang dikata. Kita adalah orang Islam yang tidak menampakkan kehebatan agama Islam pada penganut agama lain. Agama yang sangat syumul ini, tidak kita tunjukkan dalam diri kita.

Dan kerana itu, kita tidak membantu menarik orang agama lain untuk mendekati Islam, untuk lebih mengenali apa Islam ini.

Bercerita tentang menarik orang kepada Islam ini, teringat kata-kata Sdr. Ridhuan Tee dalam satu artikel [terima kasih Pak Ngah] di Utusan, kata beliau: "Sebenarnya bilangan orang yang masuk Islam jumlahnya terlampau sedikit dalam tempoh 50 tahun negara merdeka. Kenapa? Inilah yang perlu difikirkan oleh pihak berkuasa sedangkan ditempat lain agama Islam begitu cepat berkembang. Jawapannya, sebab kita tidak serius dalam kerja dakwah dan memberi kefahaman Islam selain menjana saudara baru yang berkualiti."

Abah mengepek ni utk abah. Dan untuk sesiapa yang sudi nak tujukan apa yang abah sebut ni pada diri sendiri.

Ya Allah, berilah kami kekuatan. Kekuatan untuk memiliki sifat2 keislaman sejati. Kekuatan untuk senantiasa menyanjungiMu ya Allah. Dan ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka yang lain. Engkau limpahkanlah hidayahMu pada kami, dan pada mereka yang lain disekitar kami ini juga ya Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sekalian alam.

Wednesday, March 28, 2007

Cerita tentang persepsi...

Petang semalam, waktu sedang menunggu giliran kami untuk berjumpa doktor, Mi ada buat satu 'sign' guna tangan, seperti gambar dibawah.

Ummi tanya abah, "Abah, apa ni?"

Abah kata, "A heart shape."

Abah tanya Ummi pulak, "Mi?"

Ummi kata, "It's love."

Lihatlah, berbezanya persepsi dua manusia bernama lelaki dan perempuan dalam menafsir sesuatu yang dilihat dek pandangan mata. Namun itu bukan alasan untuk tidak memahami, sebaliknya ia adalah alasan untuk kita saling mendekati, mengetahui dan memahami keunikan setiap satu dari kita, makhluk yang cukup cantik dijadikan Allah SWT.

Tuesday, March 27, 2007

Bacaan Ahmed Saud - Doa



Panjang doanya, sepanjang harapan dan permintaan hatinya pada Rabbul Jalil...

Cerita tentang agenda...

Terkejut abah kejap ni tadi bila Su bagitahu blog abah menceritakan tentang Bible. Nauzubillahiminzalik.

Semak punya semak, rupanya ada orang memang buat web Bible yang menggunakan alamat lebih kurang sama dengan alamat blogspot, cuma ditukar sikit saja, iaitu dari blogspot jadi blogpsot.

Untuk rakan-rakan blogger abah yang guna blogspot, berhati-hatilah dengan agenda manusia2 semacam itu. Abah rasa ramai blogger blogspot yang kena macam itu.

Kalau nak baca tentang kes 'cybersquat' ini, klik sini.

Monday, March 26, 2007

Cerita tentang mimpi...

Abah dok menyemak2 tugasan pelajar ni, tapi sebab naik boring dok baca tugasan depa, yang kebanyakannya 'cut and paste' dari Internet je, abah nak melayan la ngepek kat blog ni sat.

Takde kisah apapun. Hari sabtu hari tu, abah dok mendengar Muizz bercerita tentang kisah mimpi dia. Abah yang mula tanya dia, "Abang mimpi apa malam tadi?". Abah tanya tu sebab, malam tu dia ketawa waktu tidur.

Dia pun seperti biasalah bila ditanya, ada je idea nak bercerita. Al-kisah ceritanya. Dia dok bermimpi tentang bagaimana dia terpaksa lari kerana dikejar seekor raksasa. Lari punya lari, entah macam mana, tiba-tiba raksasa tu berjaya tangkap kaki dia. Dia pun takut la. Lepas tu, tiba-tiba Ultraman datang. Ultraman pun bergaduh la dengan raksasa yang tangkap kaki Muizz tu. Ultraman berjaya matikan raksasa tu. Itu yang Muizz seronok sangat tu.

Bila abah tanya, "Abah takde ke masa raksasa tangkap kaki Ahmad?". Katanya, "Abah ada. Abah la yang jadi Ultraman masa raksasa tu tangkap kaki ahmad." Hehehehe, aduih. Abang, abang. Sekian banyak mimpi, Ultraman dan raksasa juga yang dimimpikannya. Tapi itulah, nama lagi budak-budak.

Kang kalau bapak budak mimpi jadi Ultraman, lain lak pulak nanti ceritanya.

Abah tumpang seronok jugalah bila dia ceritakan tentang mimpi dia. Ingat nak bercerita tentang mimpi abah kat dia juga, tapi tak boleh lah, bahaya. Ekekekeke, mimpi apalah tu ek?

Oklah, abah nak sambung menghadap tugasan student abah ni dulu.



Thursday, March 22, 2007

Cerita tentang masa...

Salam penuh kerahmatan pada rakan2 pembaca blog abah hari ni. Moga anda semua tetap dalam lindungan dan kasih sayang Allah s.w.t.

Nak mengepek sikit hari ni. Hehe, 'intro' sikit punya baik, nak mengepek juga ke abah?? Aduihhhh.

Bukan nak mengepek apa pun, cuma nak mengepek tentang kisah manusia dan masa. Rasanya tak payahlah abah buktikan akan kepentingan masa dalam hidup kita semua. Semua orang tahu itu. Dalam kitab suci Allah, Al-Quran itupun, begitu banyak ayat yang menekankan tentang kepentingan masa. Peribahasa pun, baik peribahasa timur ataupun barat, banyak sangat tentang kepentingan masa.

Kita tahu masa itu penting, tapi sayang sangat2, dalam kehidupan kita seharian, kita kadangkala atau mungkin seringkali lalai dengan masa. Nak bercerita sikit la tentang insiden yang melibatkan masa ni.

Hari ni komuter mengalami kelewatan perjalanan selama 20 minit. Lama tu. Abah tak tahu apa masalah sebenar KTM, tetapi yang jelas, ribuan pengguna komuter kecewa dengan kelewatan ini. Kecewa bukan sebab apa, tapi kecewa sebab dengan kelewatan komuter, lewat la mereka tiba dipejabat. Dan bila lewat tiba dipejabat, akan lewatlah banyak benda, atau mungkin ada benda yang tidak sempat dibuat. Itu belum campur dengan nak bercerita dengan majikan kenapa kita lewat.

Abah bukan pengguna setia komuter seperti kebanyakan pengguna lain, tapi setakat ketidakkerapan abah menggunakan komuter, abah boleh kata, masalah kelewatan keretapi komuter agak kerap berlaku.

Pihak KTM berkali-kali buat pengumuman memohon maaf, yang pada abah sangat bagus. Tetapi kalau berkali-kali maaf pun, dan masalah sama tetap terjadi, abah rasa erti maaf tersebut sudah tidak ada makna lagi pada pengguna komuter. Abah rasa mereka serik pun dengan kejadian komuter lewat ini, tapi sebab mereka tak ada pilihan, jadi nak atau tak nak, terpaksa juga guna.

Dan sebab keterpaksaan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka inilah, abah rasa KTM tidaklah serius sangat nak mengatasi masalah kelewatan itu. Mentaliti "alah, tak apa, depa tetap akan guna juga" ini rasanya dah diamalkan oleh banyak pihak, terutamanya pihak yang menyediakan perkhidmatan. Hanya kerana pengguna tidak banyak pilihan, maka, tak perlulah berusaha sangat2 untuk mengatasinya. "Lewat ke apa ke, esok depa naik lagi komuter, sebab depa takdak choice."

Sama jugalah macam pihak bank. Minggu lepas abah ke BSN Cawangan Subang Perdana. Abah pergi waktu rehat tengahari. Kaunter yang buka cuma 2, 1 kaunter dah sibuk mengira duit tauke kedai mana entah yang nak depositkan duit, jadi tinggal 1 kaunter saja melayan pelanggan lain. Anda boleh bayangkanlah kan keadaannya. Pelanggan sikit punya ramai. Abah lega bila nampak ada seorang 'teller' baru balik dari makan. Ingatkan dia nak buka kaunter bila tengok pelanggan ramai, tapi abah silap. Kakak tu dengan lemah lembutnya duduk, dan letakkan beg tangan, dan seterusnya, menelek cermin membetulkan tudung, dan memeriksa mekapnya supaya nampak cantik. Dan proses itu hampir dalam 5 minit juga. Sabar sajalah hati. Abah rasa pelanggan lain pun mesti 'bara' je dalam hati.

Pada kakak itu, 5 minit tidak ada apa-apa, sebab pelanggan akan tetap tunggu. Tapi pada pelanggan, 5 minit itu lama, sebab mereka cuma menggunakan masa rehat tengahari untuk keluar berurusan dibank. Itu satu antara puluhan kes abah lihat di bank-bank tempatan. Baik BSN, Bank Islam, dan beberapa bank lagi, sama saja. Masa menunggu pelanggan itu tidak penting mana sangatpun pada mereka. Sebab mereka tahu,pelanggan tidak ada pilihan.

Sebab itu abah seboleh-bolehnya hanya nak berurusan dengan mesin-mesin sahaja. Alhamdulillah sudah banyak bank yang perkenalkan sistem urusan dimesin. Lagi senang. Bila-bila masa boleh pergi berurusan. Sentuhan mesin dalam kes urusan dibank ini adalah jauh lebih baik dari sentuhan manusia yang kerapkali menyakitkan hati.

Itu belum lagi masuk bab caj yang dikenakan pada pelanggan akibat lewat pembayaran. Sehari lewatpun dah kena caj. Tapi bila pihak bank yang lambatkan urusan pelanggan, tidak pula pelanggan caj pihak bank. Kesimpulannya, apa-apapun, pelanggan sajalah yang malang. Terpaksa membayar pada perkhidmatan yang tidak seberapa.

Kadang-kadang abah tertanya-tanya juga, apakah slogan bank yang berbunyi, "Kami memahami keperluan anda", "Anda keutamaan kami", dan segala macam slogan itu hanyalah "bullshit" semata-mata, ataupun sememangnya bank2 kita lemah sehingga tidak dapat menepati janji slogan mereka.

Cukuplah dulu mengepek. Pada orang2 KTM dan bank yang baca epekan abah ni, ini yang abah rasa sebagai pelanggan, yang terpaksa membayar untuk mendapatkan perkhidmatan, dan mengharapkan perkhidmatan yang diberi setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

P/S: Abah dok mengepek2 tentang masa nih, abah pun dah terambil masa bekerja untuk mengepek. Aduihhhhhh...maaf boss!

Wednesday, March 21, 2007

Cerita tentang suara...

Tak nak mengepek apa hari ni. Nak berkongsi satu video dengan anda.




Maha Suci Allah. Merdu sungguh suara yang Allah pinjamkan untuk Ahmad Saud dalam video itu. Abah suka betul dengan lenggok dia membaca. Sangat merdu.

Abah akan cuba letakkan beberapa video klip bacaan surah oleh Ahmad Saud tersebut yang abah cari dalam Internet di blog abah ini.

Kalau la artis2 kita yang bersuara lunak merdu itu dapat mengaji dan videokan macam itu, abah la orang pertama yang akan beli VCD depa. Kita sama-sama doakan, insyaAllah.


Monday, March 19, 2007

Cerita tentang cerita...

Hari Khamis itu hari, abah tonton satu cerita dari DVD. Tak ada niat nak tonton sangat pun, tapi bila dah tengok sikit tu, lekat la pulak sampai habis cerita.

Tajuk ceritanya CRASH.
Kalau nak baca tentangnya, klik sini. Pada abah, ini antara cerita yang bagus. Bagus sekiranya ditonton dan dipelajari sesuatu darinya. Kalau setakat tengok untuk hiburan semata, tak la bagus mana.

Apa yang buatkan abah kata bagus. Satu sebab jalan ceritanya. Ini satu-satunya cerita yang mana kisahnya melibatkan banyak orang, dan kisah mereka berkaitan antara satu sama lain. Satu perkara lagi tentang cerita yang berkisahkan "racial sentiment" ini, ialah apa yang dia nak kita pelajari dari kisah yang ditunjukkan.

Abah tak mahu nak komen lebih-lebih, tapi abah sarankan anda tonton, dan buat la apa kesimpulan yang anda nak buat - asalkan ianya kesimpulan positif.

P/S: Kalau nak tonton, pastikan anak-anak kecil tidak ada sekali, sebab ada babak yang tak patut untuk depa.

Everyday we are faced with reactions.
How we interpret a situation colours our perception of daily life.

Wednesday, March 14, 2007

Cerita tentang hati...

Semalam ada kawan 'page' abah, dan kata abah jiwang kebelakangan ini. Hahaha. Ya ke jiwang?

Mungkin la kot, abah je tak perasan. Tapi tak apalah, abah jiwang pun dengan Mi saja.

Hari tu waktu abah ke Sabah, abah cuma melepak kat bilik hotel saja, sebab malas nak berjalan-jalan(kebetulan waktu tu tgh berjimat cermat, hehe). Dalam melepak-lepak itu, abah tengok la TV. Abah tengok satu cerita tajuknya In Her Shoes, ceritanya biasa saja, tapi abah tertarik dengan satu sajak yang dibacakan oleh Cameron Diaz. Balik KL, abah godek-godek la Internet cari sajak tu, alhamdulillah jumpa juga.

Sajak itu adalah hasil ilham E. E. Cummings. Abah suka dengan bait-bait sajak tersebut. [Mesti ada yang kata abah jiwang lagi nih].

Inilah sajaknya, kalau anda nak baca.

I carry your heart with me
(I carry it in my heart)
I am never without it
(anywhere I go you go, my dear; and whatever is done by only me is your doing, my darling)

I fear no fate

(for you are my fate, my sweet)

I want no world

(for beautiful you are my world, my true)

and it's you are whatever a moon has always meant

and whatever a sun will always sing is you

here is the deepest secret nobody knows

(here is the root of the root and the bud of the bud
and the sky of the sky of a tree called life;
which grows
higher than soul can hope or mind can hide)

...and this is the wonder that's keeping the stars apart
I carry your heart (I carry it in my heart)


Bercerita tentang hotel, abah tinggal di Hotel Promenade KK hari tu. Hotelnya biasa saja. Abah tak dapat bilik yang 'sea view', walaupun sepatutnya dapat. Satu yang best tentang hotel ni, makanannya sedap. Abah suka dengan makanan yang dihidangkan untuk sarapan pagi, memang kena dengan selera abah, cuma tak dapat la nak merasa semua makanan tu, sebab berat abah dah naik lagi 3kg. Alamak...nak kena buat sesuatu nih.

Esok abah cuti, ada kerja sikit nak dibuat. Jumaat insyaAllah kami akan ke Penang untuk hadiri kenduri saudara Mi di Balik Pulau. InsyaAllah, kalau takde aral, minggu depan abah akan sambung mengepek lagi tentang beberapa persoalan yg ada dalam minda abah. InsyaAllah...

Tuesday, March 13, 2007

Cerita tentang pencapaian...


Abah nak ucapkan tahniah pada semua adik-adik yang berjaya dalam SPM 2006 yang diumumkan semalam. Tidak kira setakat mana kejayaan SPM anda semua, anda patut berbangga dengan apa yg dicapai hasil penat lelah sendiri. Untuk Nadiah Amirah yang keputusannya tidak seperti yang digembur2kan sebelum ini, abah masih tetap berbangga dengan dia. Pada abah, bukan "pecah rekod" yang penting, tapi pencapaian terbaik setakat yang kita mampu capai, dengan izin Allah, itu yang lebih penting. Abah sangat berharap dan doakan moga Nadiah dan semua yang lain, akan jadi manusia dan rakyat yang berguna untuk agama, bangsa dan negara satu ketika nanti, insyaAllah.

Bila abah baca kata2 Yeo, Melissa dan Nadiah, resipi yang sama sahaja mereka guna: kerja keras.

Untuk yang gagal, jangan putus asa, hidup masih panjang, dan banyak perkara lagi yang boleh dilakukan selain dari rasa kecewa. Pegang moto abah, "Apa saja yang terjadi, kehidupan mesti diteruskan". Dan nak petik kata2 pakar motivasi di TV3 pagi tadi, "Jika kita berjaya capai dan dapat apa yang kita ingini dalam hidup, teruskan maju kehadapan, jangan pandang kebelakang lagi. Tapi jika kita tidak dapat apa yang kita nak, tolehlah kebelakang, dan intai balik apa yang mendorong kepada kegagalan kita."

Oklah, takat ni dulu. Esok sambung lagi, insyaAllah.

Monday, March 12, 2007

Cerita tentang cuti...

Lama sungguh tak post apa2 kat blog ni. Nak buat macamana, abah pun baru je berkesempatan capai Internet yang laju sikit. 4 hari di Sabah memang tak sempat langsung nak capai Internet.

Takde cerita apa sangat pun nak dikhabarkan. Sabah macam KL juga, panas. dan terik. Tak sempat nak berjalan sangat, sebab abah terpaksa berkejar2 dari satu tempat ke tempat lain. Apapun, setiap tugasan luar daerah yang abah lalui, pastinya ada banyak benda yang menarik utk diri abah. Apa yg menariknya?? Hehe, rahsia.

Anak-anak saudara Mi(dan abah) tiba dari kelantan pada hari Jumaat. Dan semalam, seharian suntuk abah bawak depa berjalan di KL. Pagi kami habiskan 2 jam lebih juga di Petrosains, lepas tu pi pekena nasi ayam sedap di Taman Melawati, lepas tu ronda2 Sogo cari hadiah kahwin utk seorang saudara yang akan berkenduri hujung minggu ni di Penang. Hehe, berjalan ke Penang lagi nampaknya kami.

Habis pusing Sogo, abah bawak depa ke Taman Tasik Perdana. Budak2, memang seronok sangat la dapat pergi tempat2 macam itu. Balik dari KL dah pun hampir Maghrib. Belum hilang penat, kena berkejar ke kenduri salah seorang saudara Mi di Kg Melayu Subang. Hehe, inilah pertama kali abah hadiri kenduri kahwin disebelah malam. Tak kurang juga meriahnya, hingga tak cukup tempat utk makan. Terpaksa la makan cepat2, walaupun hati kata, "Makan lagi, tambah lagi, sedap nasinya". Haha.

Oklah dulu, lain kali abah mengepek. Sekarang ni tgh banyak kerja, dan minda tengah kurang stabil sikit. Banyak benda yang mengganggu fikiran abah kebelakangan ini. Nak kena selesaikan satu-satu, dengan izin Allah pastinya.

Ops, sebelum tu, hari tu waktu dalam kereta rakan baik abah, abah terdengar satu lagu di radio. Best juga bunyinya. Cari punya cari, lagu Kaer rupanya - Izinkan Ku Pergi. Dah masuk dalam senarai lagu yang abah suka. [Jangan kata abah jiwang ya!]

Monday, March 05, 2007

Cerita tentang kejayaan...

Abah rasa gembira waktu belek akhbar Utusan di Internet pagi ni, gembira hanya kerana satu berita. Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006.

Dan abah nak memetik sikit laporan dari UM tersebut.

BATU PAHAT 4 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 yang akan diumumkan pada 12 Mac ini dijangka menyaksikan satu lagi rekod baru dilakarkan apabila seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di pekan Rengit dekat sini berjaya memperoleh 19 1A.

Pelajar pintar itu, Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon.

Nadiah Amirah, anak sulung daripada tiga beradik, mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi (EST).

Dia juga mengambil subjek Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Tasaur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains Teras, Geografi dan Sastera.

Demi cita-citanya untuk memadamkan rekod Nur Amalina yang menjadi idolanya, Nadiah Amirah sanggup meninggalkan segala kemudahan di sekolah berasrama penuh untuk kembali menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.

Johor sekali lagi bakal melahirkan seorang pelajar pintar daripada keluarga sederhana.


Kata Nadiah Amirah: “Keazaman dan cita-cita mengatasi segalanya.”

Alhamdulillah, seorang anak Melayu Islam sekali lagi berjaya buat abah bangga.

Friday, March 02, 2007

Cerita tentang gelak...

Hari ni tak nak mengepek. Sebab hari jumaat kan! Ecececece.

Takde, hari ni nak kongsi satu klip video dengan anda. Tersenyum sorang-sorang abah tengok klip tu, 'cute' sungguh. Kalau dengar Pocoyo gelak pun abah suka.

Wednesday, February 28, 2007

Cerita tentang kejutan seks...

Semalam dalam akhbar Utusan dan The Sun keluar berita yang menggemparkan semua orang, kecuali abah, dan beberapa orang lain lagi lah kan. Beritanya hanyalah cerita lama yang diberikan nafas baru. Bukan abah tak percaya dengan hasil kajian Dr. Khaidzir tersebut, abah sangat percaya. Orang lain pun abah rasa percaya juga dengan kajian itu, cumanya, kita ni macam biasalah kan. Ada orang keluarkan satu isu/penemuan, lepas tu semua orang buat kecoh, termasuklah pak-pak menteri yang entah apalah yang dibuat kat atas sana nun, lepas beberapa bulan, pastinya isu itu akan masuk almari buruk. Semua orang akan buat-buat lupa, ataupun semua orang akan terima isu itu sebagai satu kebiasaan.

Abah rasa anda semua pun pasti pernah dengar isu anak gadis remaja kita yang sudah hilang dara sebelum tamat persekolahan lagi. Tak pernah dengar? Kalau tak pernah dengar tu, alhamdulillah. Hidup anda memang dikelilingi oleh manusia2 baik sahaja. Abah pernah dengar, sejak dari abah dibangku sekolah lagi. Bukan setakat dengar, malah pernah lihat rakan satu sekolah datang menduduki SPM sambil membawa bayi didalam perutnya. Alhamdulillah masa tu, budak2 ini tidak tahu lagi istilah gugurkan anak. Berbeza dengan budak2 sekarang, cubalah tanya, apa kaedah untuk gugurkan kandungan, abah rasa depa boleh jawab lebih baik dari jawab Kertas Bahasa Melayu SPM.

Kajian Dr. Khaidzir hanyalah meliputi remaja yang masih bersekolah, belum lagi dikaji anak2 gadis yang habis sekolah. Kalau Dr. Khaidzir kaji, abah rasa, masyarakat Malaysia akan buat2 terkejut dan buat2 kecoh sekali lagi. Kalau anda nak tahu, inilah trend yang berlaku sekarang ini. Kalau rasa benda itu pelik, tidak, itu tidak pelik. Inilah realiti yang kita tidak nampak, atau sengaja buat2 tidak nampak, hanya kerana anak2 gadis kita baik-baik. Yang tak baik itu semua anak orang lain, tak penting untuk kita nampakkan mata kita dengan realiti hidup mereka. Nanti kat akhirat, kita cuma ditanya tentang anak dara kita sahaja, bukan anak dara orang lain, kan? Jadi, tak perlulah nak tengok keadaan orang lain.

Mi pernah cerita kat abah, bagaimana rakan sepejabat Mi yang masih gadis sunti berkata, “Alah kak, itulah trend zaman sekarang, awek-awek semuanya dah tak dara, sebab bagi pada pakwe. Sayang punya pasal. Kawan2 saya pun ramai yang macam itu”. Betul juga kata kawan abah sewaktu abah di universiti dulu, katanya “Jak, perempuan ni, kalau dah sayang kita, mintak apa pun dia akan bagi”. Abah tak kata kenyataan kawan abah tadi tu ‘apply’ untuk semua perempuan, tetapi ramai yang macam itu. Hanya kerana nak suruh pakwe sayang, sanggup serahkan benda paling mahal yang ada pada dia dan keluarga: DARA a.k.a MARUAH. Abah tak nak la mengepek pada anak2 gadis yang macam itu. Dan abah tak nak mengepek juga pada mak-mak bapak macam abah ni juga.

Abah cuma nak kita fikir balik, kenapa boleh jadi macam itu? Dimana salahnya? Apa yang boleh dibetulkan? Ini bukan soal anak2 zaman sekarang sahaja, ini soal mak-mak bapak dan persekitaran juga. Semua orang kena main peranan. Pada yang tidak ada anak dara, jangan tarik nafas lega. Anak2 dara itu hilang dara sebab anak2 jantan kita juga. Tidak ada anak dara yang hilang dara pada anak dara lain?(Atau mungkin ada!) Kita sebagai ibubapa bukan sekadar perlu lebih berhati2 dalam mendidik anak dara, tetapi kita perlu lebih berhati2 mendidik anak jantan kita.

Itu sajalah kot cerita tentang DARA dan uda abah kali ini. Abah nak tengok juga berapa hari isu ini akan kecoh dalam media. Dan abah pasti, tak akan sampai sebulan isu ini akan kecoh, lepas tu, diam begitu sahaja. Hehehe.

P/S: Teringat kisah waktu dimatrikulasi 16 tahun dahulu, seorang bapa bergelar Jurutera, dan seorang ibu bergelar Guru, hanya berkata, “Tak apalah dia nak tidur dengan tunang dia”, apabila diberitahu anak gadisnya ditangkap khalwat dibilik hotel bersama tunangnya. Beristighfar panjang cikgu matrik abah yg telefon ibubapa budak tu.

Tuesday, February 27, 2007

Cerita tentang Michael Jackson...

Semalam abah terbaca dalam akhbar tentang kisah Michael Jackson memeluk agama Islam. Hari ni, abah cuba juga cari sebarang berita yang sahih tentang itu, tapi tak jumpa. Apapun, kalau betul ianya sahih, alhamdulillah. Syukur pada Allah.

Kalau anda nak baca salah satu tapak web yang bercerita tentang kisah MJ ni, anda boleh rujuk sini - Michael Jackson 'to convert to Islam'.

Itu sajalah kot untuk hari ni, abah ambik cuti setengah hari, hari ni, kejap lagi nak ke UMSC, Mi ada rawatan susulan.

Jumpa lagi nanti, insyaAllah.

Esok abah nak komen sikit tentang kisah DARA dan uda. Hehe, jika diizinkan Allah.

Ini ada satu zikir yang abah tak jemu-jemu dengar. Abah petik dari album Pelita Hidup III Kumpulan Hijjaz. Nak juga tahu maksud zikir tersebut, tapi tak jumpa-jumpa juga. Kalau anda tahu, tolong maklumkan kepada abah maksud zikir tersebut.

Friday, February 23, 2007

Cerita tentang adik, dan doanya...

Pagi tadi abah terima emel dari seorang adik di Penang. Isi kandungannya cuma satu, walaupun meleret2 ceritanya: dilema nak kawin atau tidak. Abah tak nak komen banyak ttg apa yang ditulisnya sebab itu rahsia dia dengan abah, hehehe, ya ke rahsia?

Abah cuma tertarik dengan satu doa yang disisipkan sekali dengan emel itu. Abah tak tahulah dia tulis sendiri ke atau ceduk dari mana-mana ke, tapi abah nak kongsi dengan anda. Satu doa, satu harapan dari seorang hamba Allah yang masih didalam dilema samada perlu meneruskan niat untuk berkahwin atau tidak.

Ini doa hatinya (yang abah dah edit sikit2):

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandangan ku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta ya Allah ya tuhanku yang Maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya tuhanku
Pasrahkan lah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh

AMIN...

Kata abah, seperti selalunya: "Syed, hidup ini pilihan dan perjuangan. Kena yakin, kena berani!"

Thursday, February 22, 2007

Cerita tentang media, lagi...

Ingat tak nak mengepek hari ni, tapi sebab tertarik dgn satu isu dari satu yahoogroup yang abah langgan, maka abah terpanggil nak mengepek sikit.

Isunya memang nampak simple dan remeh, iaitu isu media. Sekali nampak macam isu lapuk, tapi pada abah, ianya masih belum lapuk, sebab keadaan nampak makin tidak terkawal dan makin parah.

Dan bila bercakap ttg media, macam2 jenis media la, media penyiaran, media cetakan, media Web.

Kata pengirim emel itu:
Pernahkah kita kaji apakah agenda yang dibawa oleh siri-siri tersebut ? Pernahkah kita mendalami apa yang diajar oleh drama-drama tersebut ?

Mainan emosi yang berlebihan serta pujukan halus melalui drama-drama tersebut memberi kesan yang besar kepada suri rumah & anak-anak kita yang membuang begitu banyak masa menonton siri-siri tersebut. Pembawaan perasaan curiga yang berlebihan, keluh kesah rumahtangga serta ketamakan kasih sayang telah meracuni mereka secara senyap-senyap.

Hasilnya ialah keruntuhan moral dan tindakan melulu dalam menangani masalah kehidupan. Pihak yang berwajib asyik membangkitkan peranan institusi keluarga serta kaunseling yang berkesan. Namun mereka terlepas pandang racun yang dibawakan oleh siri-siri drama yang setiap hari ditonton oleh isi rumah yang pengaruhnya lebih hebat dari kaunselor dan rakan sebaya.

Sambut seorang lagi rakan group:
Memang media memainkan peranan paling ampuh dalam mempengaruhi manusia. Saya bercakap sedemikian sebab saya sendiri orang media.

Sebab itu, saya tidak mengizinkan anak-anak saya menonton televisyen sepenuhnya dan selektif kepada rancangan tertentu seperti berita dan hanya setiap hujung minggu. Itupun hanya dihadkan kepada 2 jam sehari. Saya memang tegas dalam hal ini.

Kata abah:
Abah setuju dengan kata dua rakan group tadi. Tapi seperti biasala kan, bila satu2 pendapat disuarakan, akan adalah kata-kata lawan yang akan kedengaran. Bagus, sebab kita boleh nampak 'pro n con' tentang sesuatu isu.

Ada yang kata media cuma media, untuk hiburan, dan segala yang dipaparkan cuma lakonan. Abah setuju itu, tapi masalahnya yang besar disini ialah selain hiburan yang ditayangkan, orang yang menonton itu sendiri.

Berapa ramai orang malaysia yang pandai memilih rancangan TV mereka? Berapa ramai yang tahu memilih majalah yang baik utk mereka? Berapa ramai yang bijak memilih siaran radio yang mampu membentuk mereka jadi orang yang lebih baik?

Abah tak nak jawab, sebab abah tahu anda semua ada jawapannya. Tak perlu tengok jauh. Tengok diri kita sendiri. Apa yang kita tonton, apa yang kita baca, apa yang kita dengar. Pada kita itulah yang baik utk kita, tapi betulkah baik? Betulkah apa yg kita tonton, baca dan dengar itu membentuk kita jadi individu yang lebih baik, atau paling tidak pun menghiburkan kita dengan kaedah yang betul. Abah tak kata orang, abah sendiri pun seringkali salah pilih. Bukan sebab tak reti sangat nak pilih, tapi sebab nafsu. Time rasa ok, abah dengar lagu2 nasyid, selawat2 dan zikir2 baik di radio atau CD, tetapi time abah pelik skit tu, dengar juga lagu2 pop, rock, tradisional etc.

Kalau orang kata, "ler, dah tahu tak elok, jangan la tengok/baca/dengar". Betul, abah setuju juga. Tapi itu kalau kita tahu benda tu tak elok. Kalau kita tak tahu. Kalau abah tanya anda sekarang, "Baguskah rancangan realiti hiburan TV seperti AF, American Idol, Mentor dsbnya itu?". Patutkah ditonton rancangan2 itu? Akan ada yang kata tak bagus, tetapi pasti akan ada yang kata "ler, apa salahnya rancangan macam2 itu?".

Nampak tak apa yg abah nak sampaikan. Kalau kita mak ayah kata, rancangan2 AF, AI, Mentor itu semua boleh ditonton, dan kita membiarkan anak2 kita tonton (atau kita sama naik tengok), apa yg akan jadi? Tak ada apa pun, anak kita tetap anak kita. Sebab kita tak nampak kesannya sangat pada diri kita dan keluarga kita. Kalau betul anak2 kita tonton media2 macam itu, dan sahsiah dirinya masih tetap utuh dan islamik, alhamdulillah. Tapi apa jadi kalau anak2 perempuan yang kecil2 itu dok cerita kat kita betapa cantiknya budak2 AF bersolek, betapa menariknya baju2 seksi mereka? Mungkin kita iyakan saja, dan kalau satu hari anak perempuan kita pakai macam budak2 AF pakai(contohnya), kita pun mungkin ok saja. Pada kita itu OK, itu tidak salah.

Tapi apa jadi kalau anak2 orang lain terpengaruh dengan anak2 kita. Imagine kalau ada parents yang menjaga betul media yang boleh dicapai anak2 mereka, tapi sebab anak depa berkawan ngan anak kita, anak depa pun terikut2 anak kita. Remaja, budak2, bukan ke kawan sebaya lagi kuat pengaruhnya. Tak rasa bersalah kah kita?

Sebab itu ada yang sarankan, memandangkan kita sebagai masyarakat sukar untuk menjaga benda2 itu, kenapa pihak media tidak menjalankan sikit tanggungjawab mereka dengan tidak menyiarkan mana2 rancangan yang tidak bagus untuk rakyat. Kita nak kawal susah. Anak kita depan mata kita boleh la kita tengok, tapi bila dengan kawan2 dia, kita tak tahu apa jadi. Anak kita yang tak pernah kenal kafe siber pun boleh terikut2 kawan2 dia ke sana, sebabnya kawan kata seronok lepak kat cc ni.

Eh, cukuplah takat tu. Kang mengepek banyak2 kang, ada yang kata tak kena pulak. Yalah, tak semuanya sependapat dgn abah.

P/S: Mengepek tentang media ni, abah skrg ni tengah suka dua lagu Westlife, I Cry dan Soledad. Lagu dah lapuk, tapi sebab abah baru dengar, so, baru la bagi abah, kalau nak dengar ada kat sini.

Wednesday, February 21, 2007

Cerita tentang bulan dan diri...

Hari ni takde point apa nak mengepek, cuma nak petik sikit kajian Dato Dr. Fadzilah Kamsah yang dibuat tentang bulan kelahiran dan jenis individu. Itupun sebab masa balik Paka hari tu, Mi dok bercerita tentang tu. Abah petik bulan kelahiran abah je la, kalau anda nak baca bulan2 lain, rujuk sini.

Kata Dato':

Orang yang lahir bulan Oktober :-
  • Suka sembang
  • Suka org yg sayang padanya
  • Suka ambil jln tengah
  • Sangat menawan & sopan santun
  • Kecantikan luar & dalam
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura
  • Mudah rasa simpati,baik, pentingkan kawan
  • Sentiasa berkawan
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
  • Cepat marah
  • Macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong org kecuali diminta
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • Tidak suka terima pandangan org lain
  • Emosi yg mudah terusik
  • Suka berangan & pandai bercakap
  • Emosi yg kelam kabut
  • Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
  • Suka melancong, bidang sastera & seni
  • Pengasih ,penyayang & lemah lembut
  • Romantik dlm percintaan
  • Mudah terusik hati & cemburu
  • Ambil berat tentang org lain
  • Suka kegiatan luar
  • Org yg adil
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
  • Mudah patah semangat
Kata abah:
Hampir 80% apa yang Dato' kata tu kena pada diri abah. Yang mana satu, abah takleh cakap la...hehe.

Thursday, February 15, 2007

Cerita tentang 'baby'...

Hari Selasa yang lepas, abah dan Mi ke UMSC kerana ada rawatan susulan disana. Kalau ikutkan hati, malas sebenarnya nak berurusan di UMSC. Pakar2 perubatan disana bagus, cuma abah dan Mi agak ralat sikit dengan kakitangan pentadbiran yang buat kerja macam acuh tak acuh. Abah faham pun mereka sibuk, sebab pesakit ramai, tapi tak susah pun nak bersikap profesional dengan pesakit. UMSC itu pusat perubatan swasta, yang kos rawatan pun jauh lebih mahal dari UMCC, jadi berilah perkhidmatan yang sepadan dengan kos yang dikeluarkan pesakit. Pada sesiapa yang pernah berurusan dengan UMSC, agaknya faham la kot apa maksud abah.

Anda bayangkan, bila pergi daftar, tak pernah nak diberitahu bilik doktor yang merawat kita itu nombor berapa[sebab setiap hari bilik doktor bertukar2]. Untuk pesakit yang selalu kesana, mereka tahu la agaknya, tapi untuk pesakit baru, abah pasti terkial2 juga mencari bilik doktor. Itu belum lagi masuk bab pembayaran yang sangat lembab. Hehe, ok..ok, tutup cerita bab UMSC. Abah nak ceritakan tentang apa hasil dari rawatan Mi.

Untuk pengetahuan rakan2 blog abah, kami sebenarnya sedang dalam usaha untuk mendapatkan 'baby' baru. Muizz pun sudah masuk 6 tahun umurnya, dan memandangkan beberapa bulan yang lepas, pakar jantung Mi bagi 'greenlight', so, kami berusahalah. Mungkin belum ada rezeki lagi, sampai sekarang belum ada apa2 tanda positif. Oklah dengan yang itu, sebab pada abah, rezeki Allah akan sampai bila tiba masa yang dijanjikan kerana Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Tetapi, pertemuan hari selasa itu sebenarnya pertemuan yang buatkan abah dan Mi terpaksa lupakan hasrat kami. Berdasarkan pemeriksaan, pakar kardio itu, Prof Wan Azman namanya, sangat tidak menggalakkan kami untuk teruskan dengan usaha kami. Maha Suci Allah, abah rasa terkejut juga masa dengar kata-kata Prof Wan. Abah redha, dan Ummi pun, cuma macam terkejut sikit. Sebab kenapa Prof Wan tak galakkan ialah kerana kondisi kesihatan Mi tidak mengizinkan.

Dan waktu balik dari UMSC, abah bercakap2 juga dengan Mi dalam kereta. Dan setelah timbangkan apa kesan, apa baik buruknya 'pregnancy' pada Mi, kami putuskan untuk tidak teruskan niat itu. Sedih..., abah manusia biasa yang lemah, memang abah sedih. Ummi pun tahu abah sedih, sebab kata Mi, abah nampak sangat nakkan' baby' baru. Hehehe. Dan Mi pun jadi sedih sebab fikirkan Mi tak boleh nak bagi apa yang abah nak.

Tapi itulah hidup. Allah dah janjikan akan ujian dan dugaan untuk hambaNya, dan barangkali, inilah ujian untuk kami. Apapun, kami terima ketentuan Allah dalam kehidupan kami ini. Abah sangat yakin, apa saja yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. Cuma untuk kes ini, abah tidak terlalu nak fikirkan apakah hikmahnya. Abah cuma menerima apa yang Allah uji. Cuma sekarang ini, kena ubah persepektif sikit la dalam melihat keluarga orang lain. Kalau sebelum ini, abah rasa cemburu tengok kawan2 dan adik beradik abah dan Mi yang punya anak ramai. Sekarang, abah kena lihat pula pada kawan2 dan saudara mara yang masih belum dikurniakan cahaya mata keluarga. Alhamdulillah, Allah telah anugerahkan dan pinjamkan Muizz untuk kami berdua.

Untuk rakan2 blog abah juga, doakanlah moga Mi akan diberikan rahmat kesihatan oleh Allah selalu. Dan kalau ada kenalan, rakan2 atau saudara mara yang ingin menyerahkan 'baby' untuk dijadikan anak angkat, hubungilah abah. InsyaAllah, dengan apa yang Allah beri pada kami, rasanya mampu lagi untuk kami menjaga dan mendidik beberapa orang anak lagi.

Esok abah akan mula cuti, tapi bukan untuk raikan TBC, untuk teman Mi kat rumah sebab Mi sedang MC. Dan pagi Sabtu, kami akan balik ke Paka, insyaAllah. Dah lama tak jumpa mak ayah. Kebetulan pula abah ada anak saudara baru - nak juga tengok camana rupa anak buah yang baru itu. Muizz pun dah lama tak pergi pantai. Hehe, terbayang-bayang keindahan Pantai Kemasik.

Untuk rakan2 semua, selamat bercuti dan berehat sempena cuti TBC ini. Kita jumpa lagi lepas cuti nanti, insyaAllah. Moga kita semua akan tetap dalam lindungan dan kasih sayang Allah swt.

Monday, February 12, 2007

Cerita tentang artis...

Semalam abah baca Mingguan Malaysia, dan tertarik juga dgn satu ruangan dalam Pancaindera berkaitan Mel, bekas vokalis Wings. Abah tak mahu komen apa-apa, cuma abah bersyukur kerana ada seorang lagi artis yang akhirnya berubah diri kearah yang lebih baik. Anda bacalah sendiri apa kata-kata Mel. Dan abah bersyukur juga kerana abah lihat Norzie Pawanchek pun dah mula menutup aurat didalam Majalah 3. Alhamdulillah. Norzie seorang wanita yang baik, dan bila dia dah menutup aurat, abah rasa itu lebih menampakkan diri Norzie sebenar sebagai seorang wanita yang baik. Begitu juga dengan Kartina Aziz, yang juga abah rasa dah berubah kearah kebaikan.

Cuma sikit malang bila baca kisah2 tentang Rosnah Mat Aris dalam rancangan Sensasi.

Apapun, marilah sama-sama kita doakan moga artis2 ini akan diberi hidayah oleh Allah untuk berubah diri kejalan Allah. Bukan sekadar kita mengutuk perbuatan2 yang melanggar hukum Allah oleh mereka ini, tapi dalam masa yang sama, kita mendoakan. Moga-moga artis yang lain itu akan menurut jejak langkah rakan2 artis yang telah berhijrah itu. Walaupun dia bukan saudara mara atau sahabat handai kita, tak salah rasanya doakan moga mereka berubah.

Dan juga semoga penghijrahan mereka itu akan kekal ke akhir hayat. Dan bercakap tentang penghijrahan yg kekal, terkilan abah dengan Fauziah Ahmad Daud. Abah sangat bersyukur waktu lihat dia muncul dalam rancangan Melodi beberapa tahun dahulu menyatakan bahawa dia akan mengundurkan diri dari Melodi. Abah gembira dengan perubahan dia. Tapi kebelakangan ini, abah nampak dia macam sudah mula hampir semula pada dia yang sebelumnya. Sudah mula berubah gaya pakaiannya, percakapannya pun sudah mula 'merapu-rapu'. Abah harap moga dia tidak akan terus berubah menjadi dia yang sebelumnya, insyaAllah.

Friday, February 09, 2007

Cerita tentang keluhan...

Hari ni tak nak mengepek apa-apa, cuma nak letakkan satu emel yang baru sekejap abah terima dari Mi. Emel yang baik untuk dibaca dan dikongsi bersama, dan semoga apa yang kita baca ini mampu menjawab persoalan yang sering bermain diminda kita. Terima kasih Mi untuk emel itu. Abah sangat memerlukan sesuatu seperti itu sekarang ini.

Ini kandungan emelnya(yang telah abah 'edit' sikit2):

JANGAN MENGELUH ..........

Kita selalu Bertanya.... .dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA AKU RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

QURAN JUGA MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA UJIAN INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TIDAK MAMPU MENAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Kalau kita masih mengeluh lagi, marilah kita pakat-pakat mengaji dan mengkaji al-Quran, banyak lagi jawapan pada persoalan kita ada didalamnya…

Thursday, February 08, 2007

Cerita tentang sinetron...

Kebelakangan ni, abah memilih untuk gunakan perkhidmatan komuter untuk pergi dan balik kerja. Walaupun tidak berapa bagus sangat, tapi terpaksalah, memandangkan trafik dari Sungai Buloh ke tempat kerja abah skrg ini agak sendat sedikit. Kalau dulu, abah cuma ambil masa 20-30 minit saja memandu ke tempat kerja, sekarang, hampir 45 minit - 1 jam masa perjalanannya. Jadi, untuk tidak buah abah tension dalam kereta, abah ambik komuter. Walaupun padat dengan penumpang, dan masa perkhidmatan yang kadang tepat kadang tidak, itu saja pilihan yang abah ada.

Tadi sewaktu sampai dekat gate utama untuk ketempat kerja, abah jumpa seorang pakcik guard yang baru. Sebelum sempat abah senyum pakcik itu dah ucapkan selamat pagi dan bagi salam. Dan yang paling best, kata pakcik tu, "Selamat berjaya hari ni!". Hmmm. Jarang orang boleh kata benda2 macam itu pada orang yang pertama kali jumpa, tapi pakcik ini tidak. Dan abah cuma boleh membalas dengan, "InsyaAllah pakcik". Alangkah bagus kalau kita semua jenis macam itu. Jenis yang suka bagi semangat pada orang lain, semangat untuk terus berusaha, semangat untuk maju kehadapan. Dan sebut tentang beri kata-kata semangat ni, teringat satu dialog dalam cerita Silence di tv8 skrg ini. Pertanyaan hati seorang gadis bisu bernama Shenshen, "Mengapa manusia yang boleh berkata-kata, sukar untuk meluahkan kata-kata yang indah pada orang lain?".

Dan cerita tentang cerita Silence ni, teringat juga pada dialog antara abah dan Mi sewaktu abah menonton sinetron Mutiara Hati. Kata Mi, "Ada ke bah orang sejahat itu diIndonesia, yang sanggup buat apa saja utk dapat duit?". Mi merujuk pada watak-atak jahat dalam sinetron tersebut. Pada abah, mungkin ada, mungkin tidak. Tapi abah memandang sinetron seperti Mutiara Hati itu dari sudut yang agak berbeza. Abah tidak kisah sangat dengan jalan ceritanya, tapi abah tertarik kerana sinetron seperti ini, dan beberapa yang lain lagi, adalah kisah yang memaparkan bagaimana ALLAH itu pusat segala perkara. Abah syukur kerana ada watak2 dalam cerita itu yang kata-kata mereka berkisar pada Allah dan agamaNya. Jadilah apa saja dugaan dan ujian, ALLAH yang disebut. Pujian2 pada Allah tidak pernah lekang dari cerita semacam ini. Dalam sinetron sebeginilah abah boleh dengar dengan kerap "Alhamdulillah", "MasyaAllah", "Subhanallah", "Astaghfirullah", bukan astaga, dan beberapa pujian lain.

Abah tak jumpa lagi cerita dinegara kita ini yang ada penghayatan Islam semacam itu. Kalau adapun jarang. Kita berbangga dengan cerita2 seperti Dunia Baru, Puteri, Astana Idaman, Dalam hati ada cinta, dan beberapa kisah lagi, yang pada abah, drama2 yang menjengkelkan. Tidak ada apa yang positif sangat yang dipaparkan, jauh sekali untuk membawa penonton kepada membesarkan Yang Maha Esa, iaitu Allah s.w.t. Drama Malaysia lebih pada keseronokan hidup remaja, ke'masyuk'an cinta, dendam, porak peranda keluarga dsbnya. Bukan tak boleh, boleh, tapi apa salahnya kalau masukkan e
lemen2 yang boleh buat penonton merasa bahawa dalam apa perkarapun, ALLAH saja pusatnya.

Itu sajalah kot epekan untuk hari ini, hingga jumpa lagi esok, insyaAllah. Moga kita semua akan terus berada dijalan Allah.

P/S: Abah cuba mencari makna sinetron, tapi tidak jumpa. Yang abah jumpapun, katanya:
Sinetron, stands for Sinema Elektronik (Electronic Cinema), is Soap-Opera like, TV series, which usually tells fiction stories, ranging from fictious tale, until family relationship (in any forms of it).

Wednesday, February 07, 2007

Cerita tentang kesedihan...lagi...

Hari tu abah ada ceritakan tentang VCD La Tahzan yang abah beli. Hari ni abah berkesempatan 'extract' kandungan audio VCD tersebut, dan abah nak kongsi dengan anda. Harap-harap abah tidak berbuat sesuatu yang salah disisi undang-undang sebab dalam VCD tu tidak disebut tentang hakcipta. Yang ada cuma tertulis pada buku La Tahzan yang dijual sekali dengan VCD tersebut sahaja. Apapun, niat abah hanya untuk berkongsi sesuatu yang baik dengan pembaca-pembaca blog abah. Dan abah sangat sarankan agar anda mendengar tazkirah dan zikir ini. Ambillah sesuatu daripadanya, semoga hidup kita akan lebih bertambah baik, dan bahagia, insyaAllah. Inilah tazkirahnya, hampir sejam juga kalau nak mendengar kesemuanya.



Didalam tazkirah diatas, ada diajarkan satu doa bagi menghilangkan dukacita dan moga dilangsaikan hutang. Inilah doanya, yang abah petik dari laman jailur_rashied.

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

Tuesday, February 06, 2007

Cerita tentang kesilapan...

Abah sepatutnya ada bengkel minggu ni, tapi sebab masa abah pergi semalam, agenda bengkel itu tidak menarik hati abah, maka hari ni, abah memilih untuk masuk pejabat saja. Banyak lagi tugasan yg perlu abah selesaikan daripada duduk dalam sesi bengkel sambil minda tertanya-tanya, "Apa yg aku buat kat sini?".

Tapi hari ni abah masuk pejabat, esok, abah akan masuk bengkel semula sebab bermula esok hingga Jumaat, agendanya nampak macam menarik sikit.

Hari ni nak mengepek sikit, bukan mengepek apa, tapi mengepek tentang kesilapan. Tapi sebelum abah mengepek, anda lihatlah dahulu dua gambar yang abah ambil dari Utusan Malaysia dan Berita Harian.


Abah pasti anda tahu kisah yang berkaitan dengan dua gambar diatas. Kalau tak tahu, cubalah klik pada 'caption' gambar tersebut.

Kisah dalam gambar itu adalah kisah yang terhasil akibat dari untaian kesilapan yang dibuat manusia. Kesilapan yang tidak dijangkakan, juga kesilapan yang disengajakan. Seorang bayi dibuang begitu sahaja, mungkin kerana kelahirannya adalah satu kesilapan sang ibu. Kesilapan kerana mungkin terlalu mempercayai seorang lelaki. Dan itu mungkin kesilapan yang tidak dijangkakan, mungkin. Tetapi, bila bayi tidak berdosa itu dibuang, itulah contoh kesilapan yang disengajakan. Dan kesilapan yg disengajakan seperti itu, pada abah, adalah kekejaman.

Sama juga macam kes Zulhaidi Omar. Kesilapan pertukaran bayi 29 tahun lalu, akhirnya mewujudkan satu dilema untuk kita semua. Dilema dimana anak cina yang tersilap diserahkan kepada keluarga melayu, dan membesar sebagai seorang yang beragama Islam, akhirnya memilih untuk kembali kepada keluarga asalnya, yang bermakna juga, kembali pada agama anutan keluarga asalnya.

Hanya mungkin kerana kesilapan pihak hospital yang tertukar bayi, kita hari ini melihat kepada hasil dari kesilapan yang tidak disengajakan itu. Abah tidak mahu menghukum Zulhaidi, kerana bila abah baca kisah dia, katanya, keluarga melayu yang membelanya adalah keluarga yang porak peranda. Dan abah boleh bayangkan apa maksudnya dengan porak peranda. Ibu dan ayah angkat Zulhaidi telah membuat satu kesilapan yang mungkin disengajakan, atau tidak. Keluarga angkat Zulhaidi, pada abah, telah silap atau mungkin lebih tepat lagi, gagal membentuk jiwa Zulhaidi supaya sayangkan Allah dan agamanya. Sebab kesilapan itu, Zulhaidi begitu mudah sekali membuat keputusan untuk balik pada agama ibubapanya.

Kenapa abah paparkan dua kisah kesilapan ini. Kerana pada abah, kisah kesilapan yang berlaku itu aalah kisah hidup kita. Ia berlaku disekitar kita. Ia berlaku mungkin pada orang yang kita kenal. Dan kalau tidak kita ambil iktibar dan pengajaran dari kesilapan orang lain ini, abah tidak tahulah apa gunanya kisah2 itu dipaparkan dalam akbar dan berita. Jangan setakat mengutuk atau mencemuh manusia2 yang terlibat dalam kisah itu, tapi pandanglah pada diri kita, belajarlah sesuatu yang baik dari kisah itu.

Kita mungkin tidak mampu menghalang bayi itu dibuang, dan kita juga mungkin tidak mampu mengelakkan Zulhaidi dari kembali pada agama ibubapa asalnya. Tapi kita mampu untuk berusaha, supaya diri kita, ahli keluarga kita, masyarakat sekitar kita, tidak akan membuat kesilapan yang sama. Kita ajar anak2 kita supaya cintakan Allah dan agamanya sepenuh hati. Kita didik masyarakat kita supaya cintakan Allah dan agamaNya. Kita doakan supaya seluruh masyarakat kita akan kembali pada Allah dan agamaNya, dan hidup berlandaskan agama Allah yang suci ini, insyaAllah.

Bercakap tentang kesilapan, teringat satu mutiara kata yang abah pernah dengar satu ketika dulu: Belajarlah dari kesilapan diri kita dan kesilapan orang lain, kerana umur kita tidak akan cukup panjang untuk kita mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah kita ketahui itu.

Jumpa lagi nanti, insyaAllah.