Monday, June 05, 2006

Cerita tentang rezeki dan takdir...

Hari Sabtu hari tu, abah ada hari Keluarga di Taman Wetland Putrajaya. Walaupun hari keluarga, tapi abah pergi sorang saja, sebab Ummi ada bowling company buat di 1-Utama. Dan Muizz, dengar je 1-Utama, terus nak ikut ummi. Dan tak larat la juga nak menjawab soalan kawan2 ofis "Mana family?". Hehe, tapi tak salah pun depa tanya, sebab nama lagi family day. OK juga Taman Wetland tu, itu ka pertama kali abah sampai situ. InsyaAllah, kalau berkesempatan, abah nak bawak juga Ummi dan Muizz ke situ naik bot nanti. Balik dari Wetland, abah kerumah keluarga angkat abah diKajang. Lepas mandi, sembahyang, dan makan, abah telan panadol, terus terlelap sampai petang. Entah kenapa rasa macam tak larat je petang tu. Lepas maghrib, baru abah balik Sungai Buloh.

Dan semalam, abah ada bengkel di Serdang. Tahan jugalah sampai pukul 1, cuma yg tak tahan, pukul 7.30 dah kena keluar rumah. Lepas bengkel, abah ke rumah rakan baru abah di Semenyih. Sebabnya: dia nak belanja abah makan nasi ayam. Hehehe. Abah ok je la, walaupun abah tak sangka jalan ke Semenyih akan jem. Itulah kali pertama abah jejak kaki ke Semenyih. Lepas makan, abah lepak kat rumah dia, dan kebetulan masa abah nak balik, adik kepada kawan abah tadi sampai ke rumah tu. Borak punya borak, rupanya junior abah masa matrik dulu. Tapi kami tak kenal pun masa dulu, biasalakan, abah ni manusia yg orang susah nak kenal, sebab suka duduk bawah tempurung. Hehe.

Seronok jugalah bersembang ngan junior satu tempat belajar ni. Dan dalam borak2 tu keluar juga la isu tentang rezeki dan takdir masing2. Yelah, bila dah keluar U ni, dan sesekali jumpa, nak gak tahu apa yang jadi kat depa semua. Kerja apa, duduk mana, anak dah berapa, etc. etc. Dari situlah abah dapat cerita tentang kawan2 yang dah cukup berjaya dalam karier, orang besar situ, orang besar sini, pegawai itu, pegawai ini. Hehe, abah pun orang besar juga - besar perut. Ekekekeke. Dan ada ramai juga yang berjaya dalam karier tu, adalah kawan2 yang agak sederhana masa belajar dulu. Yang excellent masa degree dulu pun, ada yang biasa2 saja kerjayanya.

Itu yang kami simpulkan, itu semua rezeki dan takdir hidup masing2. Cemerlang atau tidak masa belajar bukan kayu pengukur sangat akan kejayaan masa hadapan. Tapi itu bukan bermakna tak perlu nak usaha untuk cemerlang. Cuma jangan jadikan kecemerlangan masa belajar itu jaminan untuk kerjaya yang cemerlang, walaupun pada hakikatnya, ramai yg cemerlang ini yang bagus juga dalam kariernya. Tapi faktor rezeki dan takdir ni lebih kuat.

Apa-apapun, abah bersyukur dengan keadaan abah hari ini, walaupun masih belum berpuashati. InsyaAllah, kalau dilapangkan masa, dan dimudahkan Allah, abah nak juga ubah sedikit kehidupan abah sekarang ini, kepada kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan, baik kehidupan untuk dunia, dan juga kehidupan untuk akhirat. Anda doakanlah abah. :-)

Friday, June 02, 2006

Cerita tentang kahwin misyar...lagi

Sejak kebelakangan ini, abah rasa macam takde idea je nak mengepek kat blog nih. Nak melaporkan aktiviti pun tak ada sangat. Sabarlah Sue, moga2 abah akan diberi idea untuk mengepek yang bermakna sikit nanti, insyaAllah.

Terlanjur menulis ni, abah nak komen sikit la ttg kahwin misyar, sambungan hari tu.

Menurut Sheikh al-Azhar Mesir, Prof Dr Muhammad Sayyed Tantawi yang sering menjadi rujukan kerajaan Malaysia ketika beliau berada di Kuala Lumpur baru-baru ini:

Perkahwinan misyar mengikut syarak adalah sah. Semua syarat syarak seperti ijab dan kabul, mas kahwin dan pengisytiharan kepada umum terdapat dalam perkahwinan ini dan tidak ada paksaan oleh mana-mana pihak. Kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk menolak haknya jadi kedua-dua pihak dapat hidup dengan aman dan sempurna.

Tidak timbul soal penganiayaan kepada wanita kerana ia dibuat dengan persetujuan bersama tetapi dari segi lain. Mereka yang berkahwin misyar ini sebabnya ada wanita yang mungkin sudah bercerai atau suaminya meninggal dunia tetapi wanita itu ingin hidup dalam keadaan bersih (terpelihara daripada maksiat) dan kebahagiaan (mendapat kasih sayang dan nafkah batin dari suami).

Lelaki yang mengamalkan perkahwinan misyar ini pula kebanyakannya sudah berumahtangga dan memang menjadi amalan di kebanyakan negara di Asia Barat.

Wanita akan bersetuju untuk tidak mendapat nafkah zahir kerana wanita itu sendiri mungkin mampu menyara hidupnya tetapi menuntut supaya suami menjenguk sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Suami pula tidak boleh memaksa wanita itu pindah ke rumah isteri pertama malah terpaksa membenarkan isteri yang dikahwini secara misyar itu duduk bersama keluarga atau di rumah milik beliau sendiri.

Pada abah, kalau dah agama benarkan benda itu, tak payahlah ada pihak nak menentang sungguh2 lagi benda yg halal. Kalau betul pun nak menonjolkan diri dalam politik supaya dipandang oleh seseorang, carilah isu lain yang betul2 perlukan kerja kuat mereka. Kalau betul Rosmah, Shahrizat dan Noraini serta SIS dan siapa2 yg menentang tu, nak berbakti pada wanita, buat la benda lain yang lebih bermakna. Tak payah la dok komen sana komen sini sekadar nak tunjukkan penentangan tentang kahwin misyar, kononnya demi maruah orang perempuan.

Bendanya senang saja, kalau kita tak nak buat kahwin misyar, jangan buat. Tapi jangan sampai menghalang orang lain kalau depa nak buat, sebab benda itu sah. Jangan berlagak seolah2 nak menyelamatkan maruah kaum wanita sedangkan kita semua tak berada ditempat orang yang nak buat benda tu.

Harap2 takdelah pulak yang menempelak abah sebab cakap macam ini. :-)

Tuesday, May 30, 2006

Cerita tentang persimpangan...

Kata Siti Nurhaliza (Siti lagi!!),

Perjalanan hidup ini sangat panjang
Bagaikan kembara yang tiada hujungnya

Di sini ku berdiri di persimpangan

Jauh pandangan yang kini ku renung...


Pernah berada dipersimpangan? Maksud abah bukan persimpangan jalan, tapi persimpangan dalam hidup. Berdiri disimpang, antara nak memilih jalan mana yang perlu diikut. Jalan ini ke atau jalan itu. Abah selalu berada di persimpangan hidup ni. Kadang mudah abah pilih jalan mana nak dituju, kadang sukar juga. Dan abah rasa anda pun sama.

Banyak perkara yang kita buat dalam hidup ini sebenarnya terjadi apabila kita membuat keputusan untuk memilih jalan mana kita nak tempuh. Dan dalam memilih jalan mana ni, ada orang yang pilih jalan mudah, dan ada juga yang pilih jalan susah.

Hehe, kenapa tetiba mengepek bab simpang ni? Sebabnya sehari dua ni, abah terserempak dengan beberapa kawan yang ada dipersimpangan. Depa tak tahu nak pilih jalan mana. Depa tahu hidup perlu diteruskan, tapi tak tahu samada simpang mana yang baik untuk depa teruskan. Dan ada juga takut nak pilih mana2 simpang. Dan selama dia takut itu, selama itulah dia tidak akan berganjak kemana-mana.

Macamana nak tahu simpang mana yang baik untuk kita? No one can tell. Prinsip abah simple saja, kita tahu setiap jalan yang kita pilih, cuma kita tak tahu apa ada dipenghujung jalan itu. Cara terbaik dan selalu abah buat: timbangkan baik buruk yang datang kefikiran kita atas setiap pilihan jalan yg kita ada. Pilih jalan yg mana kebaikannya lebih. Dan kena yakin atas pilihan kita. Andai kata ada benda yg tidak baik berlaku sepanjang kita berjalan dijalan tersebut, kita kena redha dan terima.

Macam Ayong baru ni, tak tahu nak pilih mana. JPA offer buat medic, Petronas offer buat Chemical Engine. Dua-dua kat oversea. Dua2 nampak menarik pada dia, tapi at the end, lepas approach Ummi dan abah, she made her mind - PETRONAS. Alhamdulillah, dia boleh buat keputusan, yang abah doakan adalah yang terbaik untuk Ayong. Dan abah harap kalaupun nanti ada cabaran yg timbul, Ayong akan terima dan hadapi dengan baik.

Semalam juga ada kawan abah tanya, "What should I do?". Tinggalkan pasangannya, atau kekal hidup bersama? Dan abah cakap benda yang sama juga. Fikirkan kebaikan dan keburukan setiap pilihan yang ada. Buat keputusan, dan tetapkan hati pada keputusan yang dipilih. Kalau tak tahu sangat nak pilih mana, Allah sentiasa ada untuk kita. 'Tanya'lah Allah, insyaAllah, Dia akan beri petunjuk, kalau kita bersungguh2 mohon.

Dan bercakap tentang jalan dan persimpangan ni, abah tertarik dengan satu lukisan karya Vanessa Jones. Anda nilaikan sendiri apa maksudnya. Tajuk lukisannya: Only One Way Through.


Monday, May 29, 2006

Cerita tentang salah cakap...

Pagi ni boring sikit rasa, sebabnya, depa dok buat construction kat jalan nak ke Tol Plaza Sungai Buloh, hasilnya: abah sampai ofis pukul 8.15. Itupun abah lalu Jalan Kuching. Dengar kata Sami Vellu, 4 bulan juga kerja-kerja construction tu. Habis la abah kalau 4 bulan. Kena naik komuter semula la nampak gayanya.

Dan sampai je diopis, terserempak dengan adik yang agak baik dengan abah. Dan agak terkejut juga sebab dia tak tegur abah, walaupun mata dia pandang tepat kearah abah. Senyum pun tidak, bukan seperti yg selalu dia buat. Sebabnya, minggu lepas abah tersilap cakap masa dia call. Dia call nak bercerita, tapi abah sibuk dok bagi nasihat, kononnya. Satu ayat yang abah takleh lupa dia kata, "Saya ingat abang tak macam orang lain, tapi abang rupanya sama juga macam orang lain, yang senang pandang serong walaupun tak nampak bukti depan mata". Aduihhhhh, susah juga macam ini.

Nantilah, abah call minta maaf, sebab abah rasa abah memang salah hari tu. Abah cuba nak jadi kawan yang baik, tapi kadangkala abah tersasar cakap juga.

Kejap lagi ada perhimpunan staff pulak. Nasib baik la pagi ni takde sesi menyanyi lagu Negaraku depan tiang bendera, kalau tak, berpeluh la abah dok menghadap tiang kaku tu. Hehe, maaf, bukan tak patriotik, tapi kalau pepagi buta dok mengadap tiang menyanyi sampai berpeluh2 dalam kot, apa cerita.

Friday, May 26, 2006

Cerita tentang kahwin misyar...

Sehari dua ni panas juga suratkhabar dengan isu kahwin misyar. Mula2 abah dengar, abah ingat Misha awek abah tu nak kawin, rupanya kahwin misyar - perkahwinan antara perempuan yg berkemampuan dari segi harta dengan lelaki yang kurang mampu dari segi harta, bagi memenuhi tuntutan batin.

Ramai betul nampaknya yang menentang. Hehe, dan abah respek la pendirian dan pendapat mereka atas penentangan yang ditunjukkan. Tapi bak kata Prof Mahmood Zuhdi, kalau masyarakat boleh beri sikit ruang untuk satu idea baru dibincangkan, sebelum di'terajang' awal-awal, abah rasa betul juga.

Abah tak tahu nak komen banyak, sebabnya abah tak baca atau dengar lagi satu istilah dan penerangan tepat tentang kahwin misyar ni. Ideanya bagus, cuma kena dijelaskan lagi akan perlaksanaannya. Ramai yg menentang sebab tak faham sangat apa konsep sebenar kahwin misyar ini.

Abah belum menyokong atau menentang idea ini, tapi secara dasar, abah rasa bagus juga dibincangkan akan idea ini.

Yang menentang mungkin yang tak mahu la kan, tapi kalau ada mereka yang betul2 memerlukan, abah rasa tak sepatutnya jadi satu isu. Asalkan wujud persetujuan kedua2 belah pihak.

Ini bukan soal menjatuhkan maruah wanita, tapi kalau dipandang lebih pada membantu wanita, dan lelaki juga, abah rasa tak jadi satu masalah.

Apapun, abah tunggu juga apa hasil perbincangan yang sedang dibuat tentang isu itu, dan abah nak tengok apa hasilnya. Hehehe, isu menarik pada abah ni. hahaha. Jangan fikir bukan-bukan ya!

Thursday, May 25, 2006

Cerita tentang ketenangan...

A tranquil mind is a paradise found

Tuesday, May 23, 2006

Cerita tentang Kuching...

Hari Sabtu lepas, abah terbang ke Kuching. Abah cuma pergi sorang saja, sebab ada kerja sikit pada hari Ahad, dan kebetulan Muizz tidak sihat. Ummi dan Muizz hantar abah ke airport, lepas kami pergi ke Nilai 3 sekejap pada pagi tu.

Ini kali kedua abah ke Kuching, kali pertama pada 2003 hari tu bersama Ummi dan Muizz. Banyak jugalah perubahan yang abah tengok berlaku di Kuching. Banyak kawasan dan bangunan-bangunan baru dibina dan banyak juga yang masih dalam pembinaan. Kebetulan masa abah pergi tu, hari pilihanraya. Nampak happening sikit la.

Abah tak sempat berjalan sangatpun, cuma sempat jalan2 cari makan, which at last, makan di fast food restaurant juga. Sugar Bun la, apa lagi. Itu je yg abah cari kalau ke Sarawak.

Hari Ahad abah kerja the whole day, cuma petang tu ada kawan satu bengkel dengan abah bawak abah pergi cari ikan terubuk masin di Satok. Beli jugalah beberapa ekor. Hehe, untuk bang long sikit, untuk abiumar sikit, dan untuk abah makan sikit. Kebetulan gaji tak masuk lagi masa tu, so, takleh beli banyak. Hehehe.

Hari Senin, abah berkejar2 juga ke airport, sebab satu pagi habiskan masa cari kedai yg jual Laksa Sarawak. Last2 tak makan pun sebab abah sikit skeptikal dengan kedainya. Kedai cina, tapi menurut depa yang jual tu Islam. hehe, tapi sebab abah dah was-was kan, so, last2 balik makan pagi di hotel saja la.

Makan punya makan, oh, sebelum tu, makanan pagi di Hilton boleh tahan juga, walaupun abah tak makan banyak. Satu yg sedap: muffin. Hehe. Sekali sedar masa dah lambat, cepat2 abah naik bilik gi ambik beg dan check out. Dan sebab kalut itulah, charger HP abah tertinggal. Aduihhhh.... Sampai diairport, abah cuak lagi, sebabnya dah la sampai lambat, sakit perut lak tetiba. Hahahaha.

Nak tahu apa sambungan, nanti petang abah sambung. Sebab abah nak gi melawat jenazah ibu ofismate abah yg meninggal malam semalam. Sambung karang.

Sambungan...

Takde apa cerita sangat pun, cuma beberapa perkara:-

1. Jalanraya dibandaraya Kuching tidak setaraf dengan gelaran bandaraya. Abah bukan nak menghina, tidak. Cuma sikit pelik, sebab sebuah bandaraya punya sistem jalan yg tidak sebaik bandaraya lain. Di Kelantan pun abah rasa, jalan rayanya lebih elok. Tanah luas, tapi jalannya semua satu lorong, dan menurut pemandu teksi disana, kesesakan trafik berlaku hampir setiap hari.

2. Masa balik ke KL, abah naik Airbus A330, besar juga. Mula tu seronok la dapat naik flight besar, tapi yg tak seronoknya bila part menunggu untuk masuk dan keluar pesawat. Lama. Tunggu bagasi pun lama. Sebabnya, ramai sangat penumpang. Tapi yg abah tertarik dalam flight itu ialah bila abah pertama kalinya mendengar Kapten kapal memberi salam pada penumpang. Alhamdulillah. Sebelum ni abah tak pernah dengar lagi ucapan salam dari kapten atau ketua krew kabin. Kapten itu juga kata, "Kita akan mendarat diKL, pada ...., insyaAllah." Abah tak kenal Kapten kapal itu siapa, tapi abah bangga dengan dia. Dan sebelum keluar dari perut kapal, sempat juga abah dengar kapten tu ucapkan terima kasih kepada semua anak kapal atas kerjasama mereka, dan dia sempat juga ucapkan selamat bertemu lagi pada semua anak kapal, walaupun selepas MSS nanti. Hehe, ketua macam inilah yang kita hendak. Berkuasa, tapi masih menghormati orang bawah.

Semalam abah menziarah jenazah ibu pada ofismate abah. Arwah meninggal kerana barah, dan abah agak sedih mendengarkan cerita ofismate tersebut, yang barah arwah ibunya hanya dikesan bila dah diperingkat serius. Selepas itu, pihak hospital saling menyalahkan satu sama lain kerana gagal mengesan penyakit tersebut diperingkat awal. Abah rasa hospital di Malaysia dah maju, tapi itulah, sebetulnya maju hanya dari segi kepakaran dan peralatan, dari segi mentaliti pekerja, masih tetap sama. Datang kerja kerana duit gaji bulan2 semata-mata. Niat untuk membantu sesama manusia itu macam dah luput je dari hati pekerja2 hospital ni. Ramai yg bagus, tapi ramai juga yang tidak. Sebab itu ada doktor dan nurse boleh tengking-tengking pesakit, dan ada doktor boleh cakap, "Cucu makcik ni bodoh", pada seorang nenek yang cucunya menghidapi Down Syndrome.

Friday, May 19, 2006

Cerita tentang percaya...


I Believe In You (Il Divo with Celine Dion)

Lonely the path you have chosen
A restless road, no turning back
One day you will find your light again
Don't you know
Don't let go be strong

Follow your heart
Let your love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe I believe I believe in you
Follow your dreams
Be yourself an angel of kindness
There's nothing that you cannot do
I believe I believe I believe in you

Tout seul tu t'en iras tout seul
Coeur ouvert à l'univers
Poursuis ta quête
Sans regarder derrière
N'attends pas
Que le jour se lève

Suis ton étoile
Vas jusqu'où ton rêve t'emporte
Un jour tu le toucheras
Si tu crois
Si tu crois
Si tu crois en toi

Suis ta lumière
N'éteins pas la flamme que tu portes
Au fond de toi souviens toi
Que je crois
Que je crois
Que je crois en toi

Someday I'll find you
Someday you'll find me too
And when I hold you close
I know that it's true

Follow your heart
Let your love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe I believe I believe in you

Follow your dreams
Be yourself an angel of kindness
There's nothing that you cannot do
I believe I believe I believe in you

Thursday, May 18, 2006

Takziah buat Sue

Baru sekejap ni Atie inform abah yang mak kepada Sue telah pulang ke rahmatullah. Dan abah nak ambil kesempatan untuk ucapkan salam takziah pada Sue sekeluarga atas pemergian ibu.

Moga-moga Sue dan keluarga tabah dan redha, dan semoga Allah akan senantiasa mencucuri rahmatNya untuk arwah ibu Sue.

Inna lillah wa inna ilayhi raji'oon ...Sesungguhnya benar janji Allah, tiap2 yang bernyawa pasti akan menemui mati. Semoga kita semua akan menemui Allah Maha Esa dengan keimanan dan ketakwaan dihati, insyaAllah.

Al-fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Cerita tentang orang Malaysia...

Baru kejap ni abah baca satu akhbar, ada sorang penulis tulis tentang 'being Malaysian'. Dia tanya pembaca, apa sebenarnya yang membuatkan orang malaysia itu orang malaysia. Adakah dengan suka petai, itu dah kira orang Malaysia? Ataupun, adakah jadi orang melayu itu maknanya dia orang malaysia? Entah, abah tak pulak terfikir macam itu. Tapi abah yakin ramai yang terfikir macam itu. Macam Raja Azmi kata dalam Fenomena Seni la, "Malaysia itu kepunyaan Melayu". Abah tak tahu apa fikiran anda, tapi pada abah, Ya, Malaysia a.k.a Tanah Melayu dulunya ini adalah milik orang melayu. Tapi untuk berkata Malaysia ini milik melayu sekarang ini, abah rasa susah sikit. Dan abah kurang senang sikit kalau bangsa dijadikan agenda dalam mempertikaikan apa2 hak. Pada abah, siapa2 pun yang lahir, besar dan tinggal di Malaysia, akan jadi rakyat Malaysia, tidak kira bangsa apa mereka itu. Asalkan masing2 tahu akan hak diri dan hak orang lain, dan mereka mengormati dan menjaganya.

Memang banyak cerita yang kita dengar tidak elok tentang bangsa lain, hatta bangsa melayu sekalipun, tapi untuk jadikan bangsa itu asas dalam perdebatan, entahlah, abah kurang setuju. Abah cakap direct saja lah ya. Abah selalu dengar kawan2 merungut tentang pemandu perempuan yang berbangsa cina. Kadang-kadang disumpah seranahnya depa ni sebab bawak kereta macam si**. Mungkin betul, mungkin tidak. Dan bayangkan kalau perempuan cina yang bawa kereta yang disumpah seranah itu adalah seagama Islam dengan orang yang menyumpah tu, tak ke naya.

Haha, entah lah, persepsi Cina buddha, India hindu dan Melayu Islam ni macam tak praktikal je untuk digunapakai sekarang ini.
Kita orang melayu ni kadang bila bercakap tentang bangsa pun, selalu dalam kepala fikir macam itu, mengutuk bangsa2 lain. Kadang2 sampai tak perasan orang sebelah kita tu orang bangsa lain, cuma agamanya saja sama macam kita. Bayangkan anda orang Cina atau India, dan berkawan dengan orang2 Melayu, dan orang2 Melayu ini mengutuk menyumpah orang2 Cina dan India. Apa agaknya perasaan anda?

Dan dalam The Sun hari ni juga melaporkan 57 pelajar Cina lulusan MRSM yang cemerlang dalam SPM, gagal mendapatkan mana-mana tempat untuk menyambungkan pelajaran mereka. Ini pun abah tak faham. Kerajaan sepatutnya dah lama fikirkan perkara ini bila mereka setuju mengambil bangsa lain memasuki MRSM. Agaknya sebab cina, mereka tidak dapat tempat, agaknya. Dan agaknya, mereka itu cina Islam, yang juga datang dari keluarga miskin. Mungkin.

Dan dua tiga hari ni juga, abah asyik nampak iklan kereta-kereta baru je keluar. Semalam UMW dah pasarkan Yaris dan Wish. Hari ni, Naza keluarkan Bestari 206 pulak. Tapi setakat tengok sajalah, dan berangan. Sebab nak beli tu, macam terlalu mewah la pulak kereta-kereta itu, untuk orang2 yang tak mampu macam abah.

Dan tarif elektrik akan pasti naik lagi. Aduihhhhh, naik sokmo. Gaji je dok naik2 pah sudoh. :-)

Wednesday, May 17, 2006

Cerita...entah tak tahu cerita apa.

Sejak dua menjak ni abah banyak kerja sikit. Tapi dalam banyak kerja sempat juga mengemaskini blog pagi ni.

Tak ada apa pun nak cerita, sebab abah macam ketandusan idea langsung, atau juga kemahiran mengepek abah dah makin lusuh.


Hujung minggu lepas, sempena cuti umum, abah sekeluarga balik Paka. Hajatnya sebab nak jumpa ayah, sebab ayah patut berangkat ke Tanah Suci pada 14 Mei. Tup tup tak jadi, sebab kena tunda ke bulan 6 pulak. Tapi tak apalah, sebab memang dah lama tak balik pun. Jumpa mak ayah dan adik beradik tu yang penting, walau tak semua adik beradik dapat abah jumpa. Dan kebetulan 14 Mei tu hari ibu, so, raikanlah sikit untuk mak yang dah selama ni banyak berkorban untuk kami.

Walaupun hal2 keraian hari2 macam itu bukan amalan keluarga abah, tapi kali ni, bila ada kesempatan, abah raikan juga. Ini semua atas idea Ummi juga. Dan alhamdulillah, mak nampak gembira juga bila Muizz berikan bunga, dan abah belikan kek untuk mak. InsyaAllah, abah akan jadikan benda-benda macam ini satu tradisi keluarga.

Bercakap tentang keraian keluarga ni, abah kadang seronok dengar kawan-kawan cerita yang depa selalu berkumpul ramai-ramai satu family, raikan hari lahir ahli keluarga, atau sekadar jumpa makan-makan. Seronok sebab abah fikir, itu perkara yang baik dan menggembirakan. Tetapi perkara-perkara itu tidak berlaku dalam keluarga abah.

Dan itu bukan silap sesiapa, dan abah tidak salahkan sesiapa atau apa2. Kami mungkin sudah terbiasa dengan keadaan macam itu. InsyaAllah, mana yang boleh abah perelokkan, akan abah cuba, itupun dengan bantuan Ummi.

Dan untuk keluarga abah sendiri, insyaAllah, abah akan jadikan keraian keluarga satu kemestian, walaupun ada ketikanya, kami tak celebrate juga sesetengah perkara.


Oklah, cukup epekan hari ni. Eh, abah mengepek ke tadi??? Oh my.

Ini ada sikit gambar yg abah ambik masa pergi berkelah ngan mak dan keluarga kakak abah di Pantai Teluk Bidara, Dungun. Abah tak pernah tahu ada tempat secantik itu dikawasan tempat tinggal abah. It is a very nice place. 2 jam juga abah habiskan masa kat situ. Main air.

Ok, nanti kita jumpa lagi. Chowww.

Eh, kejap. Abah nak petik sikit lirik lagu siti yang abah suka dengan ayat2nya.

Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Bisakah Hatiku Difahami...

Monday, May 15, 2006

Cerita tentang transkripsi...

Ini perbualan hari Khamis lepas dengan Yun.

Yun: "Ko dah dengar ke Transkripsi?"

Abah: "Transkripsi? Abende tuh?"

Yun: "Ler, ko nih, Album baru Siti la"

Abah: "Oh, ya ke! Belum"

Dan 10 minit lepas tu, abah dah boleh dengar lagu2 album baru siti.

Dan Siti, seperti biasalah, tidak pernah gagal berikan yang terbaik untuk peminatnya. Abah secara peribadi rasa ini adalah album yang baik. Banyak lagu-lagu yang abah dan ummi suka dari album ini, cumanya bila dah dengar banyak kali. Sekali dengar, tak rasa best, bila 2,3 kali dengar, baru rasa lagu tu best.

Transkripsi - Menurut DBP, transkripsi ialah:-
1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dll atau daripada rakaman ucapan dll; 2. penukaran bahan bertulis drpd sesuatu bentuk ke dlm bentuk lain (mis yang menggunakan sistem fonetik, huruf dlm abjad lain, dll);

2. mentranskripsikan membuat (menyediakan) transkripsi (sesuatu).

Ini abah letak dua lagu yang abah suka dengar. Ini cuma promo saja, sebab Siti marah betul dengan hal2 MP3 dan cetak rompak ni, walaupun dah jadi jutawan. So, kalau nak semua lagu-lagu siti dari album baru, belilah CD original. Itu kata Siti, kata abah...[anda faham2 sajalah]. Hehehe. Tapi berbaloi la kalau anda nak beli, abah tak tipu. Kalau beli album-album Hijjaz lagi berbaloi, hehehe.








Semalam balik dari Paka, abah sampai Sungai Buloh dalam pukul 7 ptg. Tapi abah kena habiskan kerja abah yang belum siap lagi tu. Sambil buat kerja, sambil tengok Astro Ria, cerita Rashid Sibir yang ditayang khas untuk Hari Ibu, tapi abah lupa lak tajuk dia. Cerita yang simple, tapi air mata abah gugur banyak kali juga semalam. Mahu tak gugur, abah sensitif betul kisah2 anak2 dan mak ayah ni. Hehehe, nasib baik Ummi kat dalam bilik masa tu, so, takdelah segan sangat kan. :-)

Thursday, May 11, 2006

Cerita tentang kawan..dan rupa...

Dua tiga hari kebelakangan ini, abah dapat kenal seorang kawan baru. Camna kenal? Abah kenal sebab dia tersilap hantar emel. Dia nak hantar kat kawan dia, tapi tersilap tulis alamat emel abah. Abah balas je la, bagitahu yang dia silap. Memang itupun abah selalu buat bila orang silap hantar emel, sebab abah fikir, kesian org yang sepatutnya terima emel tu tapi tak terima, hanya kerana pengirim tersilap hantar kepada orang lain. Kalau orang tu jenis kawan yg tak fikir negatif tentang kawan, ok la, tapi yang jenis suka berprasangka pada kawan, tak ke susah. Yang si pengirim fikir, "Mana mamat ni tak balas2 emel aku". Yang si penerima sepatutnya pulak fikir, "Kenapa dia tak emel kat aku dah, dah lupa ke dia? Sibuk sangat ke? Kan ke dia dah janji nak emel kat aku".

Dan bercakap tentang kawan yang berfikiran negatif pada kawan ni, abah rasa semua orang ada melalui pengalaman kenal orang2 macam ini. Bukan la nak kata dia tu jenis berprasangka, tapi jenis dok fikir benda yang negatif. Bila kita lama tak call, dia fikir kita dah lupakan dia dan tak mahu berkawan lagi. Bila kita tersilap cakap, dia kata kita mengata atau menyindir dia. Bila kita berjauh hati, dikatanya kita marah dia. Bila kita takde mood nak bercakap dengan dia, dia kata kita dah boring dgn dia, dan dah ada kawan lain, etc. etc.

Dan itu belum lagi kalau jenis kawan yang suka dengar cerita orang lain, dan fikir yang bukan-bukan. Yang ini lagi bahaya. Bukan setakat kawan sajalah, suami isteri pun akan berperang besar bila salah seorang tu jenis suka dengar dan percaya cakap orang. Bukan la kata tak boleh dengar, tapi kena dengar dan nilaikan, dan pastikan kesahihannya, baru boleh buat kesimpulan atau tanggapan. Sebab cakap2 orang ni banyak yang tak betulnya. Kadang memang betul, tapi ditambah2 pulak ceritanya. Tengok isteri kawan keluar makan dengan kawan-kawan lelaki, direportnya kat si suami kata "aku nampak bini ko keluar makan dengan lelaki lah", padahal si isteri tu keluar makan beramai-ramai dengan kawan ofis, dan memang kebetulan ada kawan sekerja lelaki. Tak ke naya kalau suami jenis dengar je cakap kawan, tanpa selidiki dulu.

Abah penat dah sebenarnya dengan cerita kawan/sedara yang lebih percaya dengan cakap orang dari bertanya dan selidik dengan kita sendiri. Kalau setakat dengar saja tak apa, ini takde usul periksa, marah kita, merajuk dengan kita, tak nak tegur kita, etc. etc.

Kalau kita jenis yg senang percaya cakap orang, cuba2lah untuk menilai dan selidik dulu lain kali.

Kalau kita ni jenis suka menyampaikan cerita pada kawan, pastikanlah cerita kita itu fakta yang betul dan sahih, bukan cerita yang kita dengar dari orang lain, bukan cerita yang kita 'rasa', dan jauh sekali cerita yang tidak sahih.

Kalau benda positif nak diceritakan, ceritalah apa pun, tapi kalau benda negatif, fikirlah dua tiga kali sebelum beritahu kawan. Kita tak tahu kadang tu apa kesan dari cerita yang kita sampaikan. Macam baru2 ni abah dapat emel tentang kisah cerai Noraniza Idris. Abah tak pasti ceritanya sahih atau tidak, dan abah tidak berani nak bagi atau cerita pada orang lain, sebab kalau abah ceritakan atau forwardkan emel tu pada orang lain, dan kisah yang ditulis tu fitnah, nauzubillah, besarnya dosa abah. Menyebarkan cerita yang tidak betul tentang orang lain.

Berbalik pada kawan Internet yang baru abah kenal tu, lepas kes tersilap emel tu, kami berbalas2 emel juga. Dan terkeluarlah cerita tentang tidak ketemu jodoh kerana rupa tidak elok. Hehehe, abah biasa la kan, ada je benda nak dingepekkan. Abah cakap la kat kawan tu, jangan sesekali jadikan rupa kita atau rupa orang lain sebagai penyebab kita bertemu atau tidak bertemu jodoh. Sebab rupa itu kurniaan Allah yang unik untuk setiap orang. Tidak ada istilah rupa hodoh, buruk dan sebagainya. Mungkin kita tidak sehensem atau secantik orang lain, tapi rupa kita tetap rupa manusia, yang merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat cantik.

Dan bercakap tentang rupa ni, pagi tadi terdengar lagu Siti Nurhaliza dalam kereta. Antara liriknya, "Kalaulah rupa taruhan jiwa dik, pudar sedikit berpaling hati...", dan abah setuju sangat dengan apa yang penulis lirik tu kata.

Wednesday, May 10, 2006

Cerita tentang Sandakan...

Ingat nak cerita tentang AirAsia, tapi sebab Zamdee dah tanya camna Sandakan, so, abah cerita sikit tentang Sandakan. Dan tak banyak nak diceritakan, sebab Sandakan tidak banyak sangat tempat menarik untuk dilawat, kecuali kita rajin nak travel dari satu tempat kesatu tempat lain. Abah cuma melawat sekitar bandar Sandakan saja, sebab nak travel tu susah sikit, satu sebab jauh, dua sebab ada Muizz. Kalau orang bujang tu, abah rasa banyak la yang boleh diexplore Zamdee.

Paling menarik pada abah ialah bila naik Trig Hill, dan dapat tengok pemandangan seluruh bandar Sandakan. Sangat cantik. Kalau ke Sandakan, abah suggest anda ke Trig Hill ini. Kagum sungguh dengan ciptaan Allah.

Keduanya, kalau ke Sandakan, pergilah ke Sepilok, kecuali binatang anda Orang Utan, tak payah pergi la. Hahaha, gurau saja. Menariknya sepilok sebab boleh tengok Orang Utan hidup dalam habitat mereka sendiri, dikelilingi hutan yang sangat cantik dan terjaga. Seronok juga tengok baby orang utan yang nampak cute, tapi tak boleh nak pegang. Staff depa saja yang boleh pegang, hehe, tapi abah tak nak pegang pun, sebab masa di Bukit Merah Laketown Resort 6 tahun lepas, abah dah pegang, dan tak tahan sikit dengan baunya.

Nak makan kat mana? Pergi la ke Pasar Sim-sim, tempat makan ikan bakar paling popular di Sandakan, cubalah makan ikan bakar yang sedap, dan murah. Nak try Bakso sedap di Pasar Malam pun best juga. Dan jangan lupa pekena Coto[Soto] Makasar di depan GentingMas Mall.

Kalau takde kerja petang2 tu, pergi la lepak kat Tembok. Itu memang tempat lepak orang Sandakan kalau petang2. Boleh tengok Teluk Sandakan dan kapal2 besar.

Kalau sempat, lawatlah Kampung Air. Hehe, menarik kampung air ni, sebab rumahnya semua atas air. Dari beranda rumah boleh nampak ikan2 kecil berenang. Dan kalau berombak sikit, boleh terasa macam dialun ombak. Dia punya angin yg bertiup, masyukkkk abih, boleh terlena dibuatnya. Abah melawat rumah Irman pun di Kg. Air ni. Bukan sekali, 3 kali. Dan 3 kali itu jugalah kami dijamu dengan macam2 jenis makanan. Mereka sangat menghargai dan melayan tetamu. Terima kasih banyak-banyak pada Irman dan keluarga kerana layanan yang diberi buat abah dan keluarga. Abah tak kan lupakan itu semua.

Dan kalau rajin juga, berjalan2la ke Pasar Minggu(hari Ahad pagi), banyak sungguh barang2 dan kuih muih yang tak pernah ditengok akan boleh ditengok, dan dibeli. Meriah.

Secara keseluruhannya, abah suka la cuti2 malaysia abah kali ni. Sebab abah nikmati betul2 pemandangan teluk dan laut yang pada abah sangat menakjubkan. Singgahlah solat di Masjib Besar Sandakan, dan saksikanlah keindahan pemandangan laut dan pulau dari Dewan Solat. Subhanallah.

Itu sajalah kot yang abah teringat buat masa ini. Nanti kalau ada lagi, abah akan cerita lagi.

Tuesday, May 09, 2006

Cerita pendek yang tak ada makna...

Abah saja je menulis post ni hari ni, sebab saja nak catatkan dalam diari web abah ni - abah dan family dah selamat sampai Sungai Buloh semula, selepas 5 hari meronda2 Sandakan. Banyak cerita nak diceritakan, tapi nantilah, tunggu abah ada masa sikit, insyaAllah.

Tuesday, May 02, 2006

Cerita tentang cuti...

Lama betul rasa tak menulis kat blog, padahal baru beberapa hari. Sebabnya - malas nak menulis. hehe. Bukan malas nak menulis saja lah rasanya, malas dalam banyak benda. Nak buat kerja ofis pun malas, kerja rumah pun malas, aduihhh, entah virus apa la yang dah melekat kat abah sekarang ni.

Nak masuk kerja hari ni pun malas, hehehe. Agaknya sebab dah lama sangat 'berehat' kat Sandakan hari tu, tu yang jadi malas tuh.

Tapi dalam malas pun, abah nak bercerita juga. Cerita apa ya? Oh, cerita tentang pengalaman abah dileteri oleh seorang pakcik di lapangan terbang sandakan. Abah sampai lewat sikit kat airport, dan orang terakhir yang check-in. Oklah part tu, tapi yang tak bestnya, abah ada la beli sikit ikan2 segar kat pasar Sandakan tu, letak la dalam kotak polisterin, bila nak masuk luggage, dia tak bagi, sebabnya, tak isi kotak polisterin tu dalam kotak kertas. Aduihhhhh.

Entah macamana datang la seorang staff MAS, Hj. Daud namanya. Datang-datang terus bagi lecture kat abah. "Awak ni dah la check-in lambat, bawak makanan laut macam ini pulak", tong tang tong tang, adalah dalam 3-4 minit juga abah kena lecture. Sabar je lah hati, dah la takleh nak bawak balik ikan2 tu, kena lecture pulak. Last2 abah call kawan kat opis sandakan, mintak depa ambik ikan2 tu. Hehehe, takde rezeki abah. Takde rezeki ok lagi, tang kena lecture tu yang tak best sikit.

Dah la masa dalam flight transit ke KK tu abah minta air kosong, haram(maaf cakap) dia tak bagi, padahal dia dah angguk dah masa abah mintak tu. Pramugara agaknya, jenis care-less sikit pada passenger. Kalau pramugari atau pramugari lelaki tu, depa bagus sikit, sebab sensitif pada keperluan penumpang. Nasib baik la flight dari KK ke KL pramugari yang layan, so, dapat la abah minum air kosong sampai 3 cawan.

Balik dari Sandakan, abah bercuti 2 hari, dan kebetulan sebab weekend dan cuti hari pekerja, 5 hari jugalah abah cuti. Time itulah settelkan apa yang patut. Berjalan mana yang perlu, hehe, sebabnya sebulan abah tak bawak ummi ngan muizz jalan2, so, dah balik ni, kena la bawak berjalan, itu yang berjalan sampai ke Kuala Pilah tu. Sabtu kami ke Makro Shah Alam, cari hadiah untuk ofismate abah yang nak kawin. Ahad kami ke Seri Serdang dan Kuala Pilah, kenduri kawin ofismate abah dan juga ofismate Ummi. Masa kat KP tu, ingat nak beli buah naga, sekali dah habis, aduihhhh, kesian ummi, tak merasa la juga buah naga Ulu Bendul tu. Tapi sebab nak makan sangat agaknya, Ummi siap beli pokok naga tu suruh abah tanam. Hehehe, insyaAllah Ummi, akan abah tanam, dan kalau ada rezeki, lagi 5 bulan boleh la makan buah naga hasil tanam sendiri.

Balik dari KP, sempat lagi Ummi suruh singgah Nilai 3, tapi seperti biasa la kan, nama je nak singgah kejap, tapi dalam sekejap itupun, sempat lagi Ummi beli kain untuk baju raya nanti. Muizz lagilah, nampak kedai barang mainan, terus tarik tangan abah, last2 abah beli la bola kecik kat dia, RM2. Cukup la abang, abah pun tengah kering. Yang paling dia seronok, dapat ambik gambar ngan Ultraman. Hehe, kalau sempat, nanti abah letak gambar tu kat sini.

Oklah, cukuplah abah melalut, kerja...kerja..banyak lagi tak siap ni. Kang lusa nak bercuti lagi, aduihhhhhh...

Saturday, April 22, 2006

Cerita tentang marah...

Tetiba je nak bercerita tentang marah. Bukan tetiba pun, tapi sebab abah baru terbaca satu artikel disatu majalah yang berceritakan tentang marah. Hmmm, menarik bunyinya, sebab itulah abah baca artikel tu sampai habis. Bukan apa, sebab sekarang ni ramai betul orang pemarah, termasuklah abah. Hehe, abah tak tipu, abah ni kalau tak kena gaya, senang sangat nak marah, tapi sekejap saja la. Abah boleh cool balik tak sampai setengah jam pun. Dan bila dah cool tu, mulalah terfikir betapa bodohnya abah sebab marah.

Dan untuk anda yang seangkatan dengan abah (harap-harapnya tak la kan!), ini adalah sinopsis dari artikel yg abah baca, yang ingin abah kongsi dengan anda semua.

Tulis Fouziah Amir dalam artikel bertajuk Padamkan Api Amarahmu di Majalah Nur keluaran September 2004;

Punca Kemarahan:

1. Salah faham - suami marah isteri yang tidak memasak dan beli makanan siap dikedai, hanya kerana suami tidak tahu gas telah habis, dan tidak pernah bertanya kenapa isteri tidak memasak.

2. Masalah kewangan - orang boleh marah jika tidak cukup wang untuk membeli barang keperluan dan kehendaknya. Wang hasil titik peluh juga kalau dicuri, akan menimbulkan kemarahan juga, sementelah lagi jika syarikat berjanji bagi bonus 2 bulan, yg akhirnya cuma bagi 1 bulan.

3. Tidak sependapat - kita juga boleh jadi marah sekiranya pendapat kita bertentangan dengan orang lain ataupun orang lain memperlekehkan pandangan kita.

4. Ditimpa penyakit

5. Hak dirampas - pakaian, wiper kereta(macam biasa dengar je, hehe), pangkat atau suami yang dicuri/dirampas orang lain juga akan menimbulkan kemarahan.

6. Gagal mencapai impian - anak gagal dalam peperiksaan, harga saham jatuh merudum, rumah yang dibeli terbengkalai, gagal dalam rumahtangga kadang2 menyumbang kepada rasa marah dalam diri manusia.

Bagaimana nak atasi marah?

1. Terima sesuatu yang berlaku sebagai takdir Allah dan ucapkanlah "Inna lillahi wainna ilaihi rajiun".

2. Banyakkan berdiam diri dan banyakkan membaca "a'uzubillahiminas syaitanirrajim".

3. Ambil wuduk. Bawa bertenang, duduk dan santaikan diri buat sementara.
Abu Hurairah dan Said Al-Magburi mengisahkan ada seorang lelaki memarahi Abu Bakar r.a. Ketika itu Rasulullah s.a.w duduk disebelahnya. Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar hanya mendiam diri. Oleh kerana orang itu bersikap melampau dengan mengeluarkan kata-kata kesat, lalu Abu Bakar membalas makian orang tadi. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w bangun dan meninggalkan tempat duduknya. Abu Bakar merasa hairan dan terus mengikuti Rasulullah s.a.w dan bertanya, " Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba Tuan bangun dan meninggalkan saya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan". Baginda kemudian berkata lagi, "Allah akan memuliakan hambaNya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah."


4. Latih diri berakhlak mulia seperti sabar, lemah lembut dan pemaaf.

5. Selalu bermohon kepada Allah agar dilindungi dari syaitan. Allah SWT berfirman, "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-A'raf:200)

Sebab marah itu jugalah agaknya banyak betul kes bunuh sekarang ini, hinggakan naik takut nak tengok berita, apatah lagi 999. Sana bunuh sini bunuh. Mudah sungguh manusia nak mengambil nyawa manusia lain yang nyatanya hakmilik Allah sahaja. Pernah abah tengok dua orang driver kereta berhentikan kereta tengah kesesakan trafik, dan bertumbuk diatas jalan raya. Melayu pulak tu. Semuanya gara-gara tak boleh nak kawal rasa marah. Harap2 kita semua tak akan jadi macam itu la nanti, ya?

Lusa abah dah nak balik Sungai Buloh. Hehe, seronoknya, dapat jumpa semula Ummi dan Muizz. Dan kalau tidak ada aral melintang, 4 Mei nanti, abah akan datang semula ke Sandakan ini, tapi kali ini, bersama-sama Ummi dan Muizz. Dah lama sangat abah tak bawak sikecik kesayangan abah tu naik kapalterbang. Kebetulan AirAsia ada harga murah, merasalah kami naik kapalterbang dengan belanja sendiri. hehehe...


Cerita tentang cerita...

Malam semalam abah malas nak buat kerja yang masih tak siap lagi tu. Dan sebab malas nak buat, abah habiskan masa dengan tonton TV saja. Daripada Buletin Utama, abah ke The Collector dan akhirnya, terpaku pada satu cerita di TV3 -
A Walk To Remember.


Dah lama abah tak tonton cerita macam ini. Cerita yang simple saja, tapi sarat dengan perasaan. Pada abah, A Walk to Remember is a beautiful story. Sepanjang 2 jam abah tengok, abah rasa cerita tu berjaya mengusik perasaan abah yang pelbagai. Kadang terasa seronok, sekejap rasa bengang, kemudian rasa bahagia, rasa rindu, dan akhirnya rasa sayu, terutamanya masa ayah Jamie menangis dikatil hospital, dan juga waktu Carter memeluk ayahnya. Hehe. Abah..abah, apa la abah ni, tengok cerita TV pun boleh ada macam-macam rasa ke??

Kisahnya simple saja, tentang percintaan dua pelajar sekolah tinggi. Daripada jadi bahan ejekan, Landon(lakonan Shane West) akhirnya jatuh cinta dengan Jamie(lakonan Mandy Moore). Dan cinta itu bukan cinta biasa macam kata Siti Nurhaliza, cinta itu satu cinta yang cukup mendalam abah rasa. Jamie mati kerana leukimia, tapi cinta dalam diri dia tidak dibawa bersemadi didalam kubur bersama-sama jasadnya. Sebab cinta itu nampaknya masih mekar juga dihati Landon, yang akhirnya menjadi suami Jamie sebelum dia mati.

Sekali fikir, macam susah je nak jumpa cinta yang macam itu, tapi abah rasa ramai orang yang mempunyai cinta seindah itu, cinta yang tidak pernah padam, walaupun jasad telah dikandung tanah. Dan satu contoh terbaik yang abah rasa, ialah cinta Pak Lah pada arwah isterinya.

Abah juga tertarik dengan lagu nyanyian Jamie semasa pementasan dramanya. Dan cari punya cari, terjumpa juga abah dengan lagu itu - Only Hope. Disini abah sertakan lagu itu berserta liriknya sekali, kot-kot anda yang tak sempat tonton cerita semalam tu, nak dengar juga.


There's a song that's inside of my soul.
It's the one that I've tried to write over and over again
I'm awake in the infinite cold.
But you sing to me over and over and over again.


So, I lay my head back down.

And I lift my hands and pray

To be only yours, I pray, to be only yours

I know now you're my only hope.

Sing to me the song of the stars.
Of your galaxy dancing and laughing and laughing again.

When it feels like my dreams are so far

Sing to me of the plans that you have for me over again.

So I lay my head back down.

And I lift my hands and pray

To be only yours, I pray, to be only yours

I know now, you're my only hope.


I give you my destiny.
I'm giving you all of me.

I want your symphony, singing in all that I am
At the top of my lungs, I'm giving it back.


So I lay my head back down.

And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray, to be only yours

I pray, to be only yours

I know now you're my only hope.

Dan ini satu dialog dalam cerita A Walk to Remember yang menarik perhatian abah.

Dean: If there is a greater power, why is it He can't get you a new sweater?

Jamie: Because, He's too busy looking for your brain.

Satu jawapan yang cukup cantik, bagi satu persoalan yang ketara dungunya. :-)


Dan ini juga satu kata-kata yang abah suka dari cerita itu juga:

"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful or conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful."

Semasa iklan ditayangkan, abah tergelak juga tengok satu iklan promo TV9. Iklan tu tunjukkan tentang bagaimana Tok Mudim tengah ceritakan dengan seorang rakannya tentang bagaimana nak dapatkan siaran TV9. Kebetulan masa tu, ada sekumpulan budak lelaki tengah tunggu turn untuk di'jawi'kan [kata orang Terengganu]. Dah la tengah takut(yang buat abah teringat kenangan lalu, hehe), tetiba kat TV keluar pulak gambar lelaki putih macam hantu, apa lagi, bertempiaran la lari, siap nak terjun tingkap lagi. Hahahaha, kelakar betul.


Nanti kalau Mu'izz dah sampai masa, abah ingat nak khatankan dia dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai la, nampak macam seronok je. Yelah, abah dulu tak merasa sangat, sebab ayah cuma bawak abah pergi berkhatan dihospital, dengan kawan baik ayah, seorang Pembantu Perubatan.

Tuesday, April 18, 2006

Cerita tentang majalah...

Tadi sementara jaga peksa, sempat juga abah baca Majalah Nur keluaran Jan 06. Kebetulan, ada rakan opis abah kat sini bawak, so abah pinjam je la. Ada juga la yang pelik bila abah kata abah baca Majalah Nur. hehe, tak apa. Pada orang lain mungkin pelik la, tapi pada abah, ok je. Dan abah baca hampir semua benda yang boleh dibaca pun, baik Mingguan Wanita, baik URTV, baik Al-Islam, etc. Asalkan majalah tu tidak tumpukan 100% pada fesyen, resipi dan kosmetik, akan abah baca kalau berkesempatan. Tapi baca sajalah, bukan belipun.

Oklah, abah saja je sebenarnya nak berkongsi beberapa benda berguna yang abah dapat dari majalah yg abah baca tadi tu.

1. Tentang hati
Kata Imam Al-Ghazali, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka seperti firmanNya dalam surah asy-Syams, ayat 7 hingga ayat 10".

2. Tentang sunnatullah
Ramai manusia mengharap kebahagiaan, tapi menanam benih derita; ramai manusia mengharapkan kasih sayang, tapi menanam benih kebencian; ramai manusia mengharap kejayaan, tapi menanam benih kegagalan. Lebih malang lagi, ramai manusia mengharap untuk mendapat syurga, tapi melangkah ke jalan neraka. Paling malang, ramai mengharapkan keredhaan Allah tetapi menanam benih kemurkaanNya.

3. Tentang tips meraih cinta suami
Tip 1 - Berusahalah dengan tulus dan ikhlas dalam 'menyerahkan hidup' dan berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Apabila seseorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (Riwayat al-Bazzar)

Tip 2 - Sentiasa bersederhana dalam penampilan. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu apabila engkau memandangnya, mentaatimu apabila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu apabila engkau tiada dirumah". (Riwayat Tabrani)

Tip 3 - Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Sabda Rasulullah, "Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah membencimu. Sesungguhnya dia disisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah darimu untuk berkumpul dengan kami."" (Riwayat Ahmad)

Tip 4- Sentiasa berusaha menjadi pasangan yang menyenangkan dikamar tidur. Belajar cara dan teknik menyenangkan suami ditempat tidur, dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.

Itulah tiga benda yang abah rasa berguna untuk sama-sama kita hayati.

Muizz demam semalam, dan Ummi dah bawa pergi jumpa doktor kesukaan Muizz. Pagi tadi abah call pun, dia mengadu dia demam. Tapi alhamdulillah, setakat ni, dia masih boleh bermain walaupun demam. Rindukan abah agaknya, sebab pengasuh muizz pernah beritahu Ummi, katanya "Muizz selalu tunggu abah dia telefon. Kalau abah dia telefon, suka sangat dia." Abang, bukan abang saja rindu pada abah, abah lebih-lebih lagilah rindu pada abang...

Friday, April 14, 2006

Cerita tentang surat : surat rindu buat Ummi...

Ummi, pertama-tamanya, maafkan abah kerana menulis surat terbuka abah untuk Ummi diblog kesayangan abah ini. Niat abah cuma satu, abah menulis surat ini untuk abah nukilkan rasa rindu abah pada Ummi.

Sungguh Ummi, satu-satunya perasaan yang abah rasa pada masa dan ketika ini [dan sejak kebelakangan ini sebenarnya], ialah abah sangat rindukan Ummi. Hahaha, abah fikir Ummi pun tahu sebenarnya yang abah tidak boleh berjauhan dengan Ummi.

Duduk didaerah asing ini untuk beberapa ketika, telah mengajar abah banyak perkara. Dan satu perkara ketara yang abah pelajari hasil dari kesunyian dan kerinduan abah pada Ummi ialah: Kasih sayang, selain perlu disalurkan dengan perbuatan, juga perlu dituturkan dengan kata-kata.

Abah tahu semenjak abah bersama Ummi untuk hampir enam tahun lamanya, abah sangat ego dalam memendam rasa hati abah. Bukan semua rasa hati, tapi rasa hati yang abah sangat cintakan Ummi. Seingat abah, terlalu jarang abah tuturkan pada Ummi betapa abah sangat cinta dan kasih pada Ummi. Tapi kejauhan ini sesungguhnya telah berjaya cairkan keegoan abah. Abah tak boleh tipu diri dan hati abah. Dan abah mula sedar yang abah sesungguhnya perlu belajar ucapkan rasa kasih, rasa sayang abah pada Ummi, dan juga pada Muizz.

Abah juga pohon maaf pada Ummi kerana abah tahu selama hampir enam tahun ini, banyak kata-kata yang kurang sedap didengar, keluar dari mulut abah. Walaupun mungkin niat dihati bukan untuk berkata2 sebegitu pada Ummi, tapi sebab Ummi yang berada disamping abah, secara tidak langsung, kata2 itu sikit sebanyak kena juga pada Ummi. Abah mohon maaf sungguh-sungguh. Abang tahu Ummi sedih, abah tahu Ummi kecewa, walau sekuat mana Ummi cuba untuk sembunyikan. Namun, sesedar manapun abah tentang itu, ego abah masih kuat bermaharajalela. Abah tahu Ummi sangat dambakan abah supaya berkata “I am sorry” setiap kali abah lukakan hati Ummi. Abah sedar itu, tapi mulut abah sangat berat untuk ucapkan itu. Abah dengan bodohnya berfikir, yang memohon maaf itu akan hanya membuat ego kelelakian abah tercalar.

Alhamdulillah Ummi, kejauhan ini telah buat abah sedar yang abah perlu jadi suami terbaik pada Ummi dan abah terbaik pada Muizz. InsyaAllah, abah akan berusaha untuk jadi yang terbaik. Dan abah mohon moga Ummi turut sama membantu abah dalam menjadi manusia seperti itu.

Ummi sesungguhnya adalah perkara terbaik yang Allah kurniakan untuk abah. Walaupun abah tahu abah bukan manusia baik, tapi abah sangat yakin Allah temukan abah dengan Ummi, untuk menjadikan abah manusia yang lebih baik. Kelembutan wajah Ummi, kesopanan bicara Ummi, kecantikan budi Ummi, kemanjaan gelak tawa Ummi, dan tidak lupa, keenakan hasil air tangan Ummi – itu semua beradun menjadi satu dalam hati abah tika ini. I love, and I miss you, soooo much.

Oklah Ummi, takat ini saja surat rindu abah untuk Ummi. Dan sebagai penutup surat terbuka yang sangat bermakna pada abah ini, abah tujukan dua lagu dibawah ini khusus untuk Ummi.

Lots of love, and kisses;
Abah yang merindui...
Sandakan.

P/S: Teringin abah meminjam kata-kata penerima Anugerah Maulidur Rasul 1427H, "Isteri saya adalah anugerah tidak ternilai daripada Allah..."

Thursday, April 13, 2006

Cerita tentang Selawat...


Takde apa nak cerita hari ni, cuma nak letak Selawat untuk Nabi yang abah dok cari dari semalam.



Powered by Castpost

Abah suka betul selawat2 nih, dari sekolah lagi. Tapi bila dah makin besar, dah makin lalai, dah makin lupa benda tu.

Dulu masa Muizz baby, abah rajin juga tidurkan dia sambil lagukan selawat, tapi bila dia dah besar ni, abah jarang sangat buat. Hehehehe, nak tunggu baby baru datang agaknya, baru nak kena amalkan semula.

Apapun, pada anda yang baca blog abah ni, kalau ada masa, rajin2 la lagukan selawat Nabi Muhammad s.a.w ni kat rumah. Tenang rasa hati, insyaAllah.

Dan abah nak komen sikit tentang keputusan Pak Lah hentikan pembinaan jambatan ke Singapura tu. Syabas. Inilah keputusan terbaik yang patut dibuat. Abah suka dengan Pak Lah. Walaupun ada orang kata Pak Lah slow, tapi pada abah, Pak Lah buat yang terbaik untuk rakyat dan negara, cuma kita yang dibawah ini kena menyokong apa yang dia nak buat. Susah juga kalau boss OK, tapi orang2 dibawah boss tak OK [faham2lah maksud abah ni].

Monday, April 10, 2006

Cerita tentang Melayu...

Hari ni abah nak berleter lagi, bukan berleter pada orang lain, tapi pada orang yang terasa leteran ini untuk dia, dan salah seorang dari orang itu, diri abah sendiri.

Abah baru habis baca dua akhbar sekejap tadi – Mingguan Malaysia dan Borneo Post. Yang menarik perhatian abah – MM. Kenapa? Sebab banyak orang dalam MM bercakap tentang bangsa Melayu, tentang bangsa abah. Dr. Mahathir, Najib Tun Razak, Prof. Ungku Aziz, Izham Yusoff, dan ramai lagi, samada secara langsung atau tidak. Abah dah agak, bila baca pun apa yang depa kata, intipatinya tetap sama. Orang Melayu kena berubah. Mesti berubah. Bosan juga baca benda yang sama, tapi abah fikir depa itu cerita dan cakap benda yang sama bukan sebab takde benda lain nak cakap, tapi sebab orang Melayu tetap bangsa yang sama. Tidak berubah-ubah juga.

Takkan takde yang berubah kot? Ada, memang ada, tapi berapa kerat? Sedih sangat kalau nak cerita jumlahnya. Nak berubah tahap mana lagi? Pelajar terbaik SPM setakat ni, Melayu. Budak genius matematik skrg ini juga Melayu. Jutawan Internet kat Malaysia skrg ni pun Melayu. Tak cukup lagi ke? Kita sama-sama renung(dan fikir) dan sama-sama jawablah.

Kita tolak ketepi orang2 Melayu yang tak bernasib baik (penagih, pelacur, pencuri, perompak, pembunuh, etc) tu dulu. Ambil saja kita sebagai contoh, orang Melayu yang berkerjaya, dan mempunyai kelulusan akademik, walau setakat SPM. Kita selesa dengan hidup, ada kerja, ada rumah, ada kereta. Nak buat apa lagi? Hidup secara sederhana cukup lah, buat apa nak kaya sangat. Akhirat pun nak kena kejar juga.

Abah tak kata orang, abah pun berfikiran macam itu. Cukuplah apa yang ada, tak perlu nak buat lebih lebih sangat. Dan abah tahu itu silap. Sangat silap. Buat lebih lagi itu sebenarnya perlu, dan mesti. Mungkin bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang lain juga. Abah pendidik, dan abah sangat suka dengan kerja ini, namun abah tidak boleh anggap ini sebagai satu kerja, sebagai satu mata pencarian. Abah kena anggap ini satu kelebihan yang Allah beri untuk abah untuk buat benda yang lebih baik.

Abah memang mendidik orang, tapi abah boleh didik lebih gigih lagi. Abah juga buat kerja2 pentadbiran, dan abah boleh buat lebih baik lagi. Bukan tak boleh, cuma abah kena ubah sikit mindset abah. Anda juga. Kerja bukan sekadar kerja, tapi juga satu usaha untuk majukan diri dan agama, bangsa serta negara. Tak perlu jadi doktor, tak perlu jadi cikgu untuk berbuat sesuatu bagi majukan bangsa. Jadi jaga pun boleh, jadi kerani pun boleh, jaga kaunter pun boleh, apatah lagi jadi Manager atau CEO..

Kenapa tidak boleh layan pelanggan sebaiknya? Be the best service provider. Sambut orang dengan senyum, bukan wajah masam mencuka. Bantu pelanggan yang tidak tahu, bukan herdik atau perli orang. Kalau jual ikan dipasar, jual ikan yang segar, dan harga yang berpatutan. Orang cina boleh beri servis yang baik, kenapa kita tidak? Abah sebolehnya cuba nak belanjakan setiap ringgit dan sen duit abah membantu orang Melayu Islam. Beli barang di kedai melayu, servis kereta di bengkel Melayu, tapi kadang abah kecewa dengan orang-orang melayu ini. Anda faham2 la apa maksud abah.

Berapa ramai graduan menganggur orang melayu? Berlambak-lambak. Memang keadaan yang membuat mereka terpaksa menganggur, tapi setakat itu sajakah usahanya. Memang dalam hidup cabaran akan sentiasa ada, tapi perlukah berhenti sebab halangan itu? Susah la nak kerja, sebab aku tak reti cakap omputeh? Susah, memang susah, tapi tak boleh buat sesuatu ke? Berapa ramai abah dah jumpa budak kampung yang ulu dulunya, tapi boleh bercakap Bahasa Inggeris dengan baik. Dia telan pil ajaib ke? Tidak, depa berusaha keras untuk sampai tahap itu! Kenapa tidak kita.

Orang kita lebih suka melayan hal jiwa2. Tak salah melayan jiwa, tapi biarlah ia boleh majukan diri. Susah sikit, tak boleh buat. Ada cabaran sikit, nak berhenti. Kita lebih senang memikirkan masalah daripada memikirkan bagaimana nak menyelesaikan masalah. Asyik-asyik susah, balik-balik susah. Medic susah, Accounting susah, Law susah, semua susah. Sebab susah itulah, semua pakat2 ambik Arts, Social Science, Culture etc. Salah ke bidang-bidang itu? Tak salah, tapi berapa puluh ribu orang Arts yang kita hendak? Dan kalau betul pun nak jadi 'artists', nak jadi saintis sosial, jadilah yang bagus, yang cemerlang. Bukan setakat lulus Arts kelas dua bawah.

Abah bukan nak menghina bangsa sendiri, tapi abah fikir kita sendiri menghalang diri kita untuk jadi yang terbaik. Orang Cina Islam lagi lancar baca Al-Quran dari kita. Orang India muallaf lagi hebat ilmu Islamnya berbanding kita yang Islam sejak kecik. Itu belum cerita budak2 Cina bukan Islam yang rata-rata dapat A untuk kursus Tamadun Islam di universiti. Begitu juga dengan berlambak2 budak India dapat A kursus Perniagaan Islam. Kita???

Haha, abah..abah. Buat apa la mengepek banyak2 tentang orang melayu. Buang masa je.

Abah harap abah tak buang masa la menulis a.k.a mengepek ni. Abah kena berubah, anda juga kena berubah. Sikit-sikit pun tak apa, janji berubah. Kita tak hidup lama, tapi anak-anak kita insyaAllah akan hidup lama, dan kita tentu tak mahu anak2 melayu kita akan datang mewarisi pemikiran kita sekarang. Cakap saja tak elok juga, kena buat. Kalau anda jurutera, jadilah jurutera cemerlang. Kalau anda doktor, bantulah pesakit terbaik yang boleh. Eh, ada ke jurutera dan doktor baca blog abah ni? Hehe...

Oklah, sampai sini dulu. Nanti abah sambung lagi. Mengepek lama-lama nanti, orang bosan juga, hehe, biasa la, melayu...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul esok. Tapi tak tahulah samada esok sekadar hari cuti saja atau hari yang beri makna, dan boleh anjakkan kita ke depan dalam mencintai Rasulullah s.a.w...Ketuk hati, beri salam, tanya iman...

Takde cerita, cuma lagu...

Versi Josh Gorban


Versi Westlife


"You Raise Me Up"

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.


Sunday, April 09, 2006

Cerita hujung minggu di Sandakan

Hari ni nak cerita sikit tentang hal semalam. Pagi semalam, pelajar2 bawah pengawasan abah datang jumpa abah dihotel. Dua jam lebih juga berbincang tentang projek depa, tapi alhamdulillah, bila depa dah makin jelas ttg apa yang perlu dibuat. Kesian juga pelajar di kawasan2 macam ini, yang jarang2 sekali berpeluang berjumpa cikgu2 depa di KL.

Lepas berbincang, kami makan ikan bakar di Sim-sim. Tidak sesedap sebelumnya. Cerita punya cerita, rupa2nya, kalau nak makan ikan bakar di Sim-sim, kena datang belah malam, baru sedap.

Dan semalam juga abah terima beberapa call dari student yang tak puashati dengan markah kerja kursus mereka. Abah cakap senang saja, abah beri apa yang patut mereka dapat. Kalau bagus hasil kerja, buat ikut yang dikehendaki, insyaAllah, markah pun akan tinggi. Abah tak kisah pelajar itu macamana orangnya, janji kerja-kerjanya bagus. Baik dengan abah pun belum tentu dapat markah kesian. Tapi itulah pelajar, susah nak faham benda2 itu. Dia fikir bila kita baik dengan dia, kita akan favour dia. Silap besar la kan.

Dan bercakap tentang hasil kerja vs favouritism, abah teringat Mandissa American Idol. (hehe, jangan tak percaya! abah kagum dengan bakat dia). Tapi sayang, Mandissa terkeluar, tapi itulah realiti, kadang2 sifat dan rupa diri lebih jadi keutamaan. Sama macam Latoya London juga hari tu, kecewa juga tengok bakat2 macam itu ditidakkan. Hehehe, tutup bab AI.

Lepas makan di Sim-sim, pelajar abah tadi tu bawak abah ke Batu Sapi, tapi sayang, batu yang menyerupai lembu sapi itu dah hilang rupa sapinya, agaknya kerana hakisan ombak. Dan sayang juga, sebab disekeliling Batu Sapi Heritage Park itu terlalu banyak kilang2. Dan kalau ikut jangkaan abah, BSHP akan betul2 jadi heritage satu hari nanti. :-(

Malam semalam abah pergi makan kat Ocean King, kedai masakan seafood yang terkenal di Sandakan. Oklah masakannya, so-so saja. Awal2 tu sedap jugalah, tapi bila dah banyak, jadi tak sedap. Memandangkan ada orang belanja, dan dia order banyak makanan, so, abah dan kawan2 lain terpaksa la habiskan juga, walaupun perut dah terik.

Balik bilik, ingat nak tengok Khalifah, tapi sedar-sedar, dah pukul 1 pagi. Itulah bahananya makan sampai kenyang sangat.

Dan semalam abah call Muizz, tahu apa dia cakap? "Kenapa abah call Ahmad? Ahmad dah mengantuk ni, Ahmad dah nak tidur". Aduihhh, sabarlah hati. Anak tak bagi abah call! Hehehe, itu abah cakap ngan Ummi, nasib baik la baru 5 tahun, kalau umur 15 tahun dan cakap macam itu kat abah, abah tak balik dah la rumah. Hehehe.

Friday, April 07, 2006

Cerita tentang Muizz...

Petang semalam(kat Sandakan dah malam), abah terima call dari rumah. Ingatkan siapa, rupanya anak jantan kesayangan abah yang call.

Abah: Hello, siapa cakap tu?

Muizz: Ahmad.

Abah: Ohhh, abang telefon abah ya? Abah ingatkan Ummi. [Muizz gelak]

Abah: Abang dah makan ke?

Muizz: Dah

Abah: Abang pergi school tak?

Muizz: Pergi [Gelak lagi]

Muizz: Abah tak habis lagi ke naik aeroplane?

Abah: Belum la sayang, lambat lagi. Abang ahmad tak nak datang sini ke naik aeroplane?

Muizz: Nak

Abah: Cuba pergi tanya Ummi nak datang tak kat sini?

Muizz terus tanya Ummi dia.

Muizz: Abah, ok.

Abah: Ummi kata OK ke? Abang rindu abah tak?

Muizz: Rindu. Ahmad rindu abah [Gelak lagi]

Muizz: Abah, kejap ek, ummi nak cakap.

Lepas tu pun abah sembang la sekejap dengan Ummi. Abah tanya la Ummi kenapa Muizz happy sangat bunyinya. Ummi kata dia sibuk nak call abah. So, ummi pun ajarlah dia dail nombor abah. Ummi sebut nombor, dia tekan button telefon tu. Dia terus jadi excited bila dengar suara abah dalam telefon.

Lepas Ummi cakap ngan abah, mesti pass kat dia balik gagang tu, kalau tidak sure dia mengamuk. Hehe.

Abah: Abang, oklah dulu. Nanti abang call abah lagi.

Muizz: OK

Abah: Abang, abah sayang sangat kat abang. I miss you.

Muizz: I miss you too.

Abah: I love you.

Muizz: I love you too.

Abah: Assalamualaikum.

Muizz: Kum salam tullah. [Ini version Muizz jawab salam]. Abah dah penat betulkan sebutannya, tapi itu juga yang disebut.

Hehe, abang...abang. Macamanalah abah tak sayang abang sangat2. Abang selalu buat abah surprise.

Nantilah, bulan Mei nanti, abah akan bawak juga Muizz dan Ummi datang jalan-jalan ke Sandakan. Boleh tengok orang utan di Sepilok, kalau nasib baik, jumpa Bigfoot terus. Haha.

Oklah, abah nak gi solat jumaat lak. Kat sini awal. Lunch lepas solat nanti.

Wednesday, April 05, 2006

Cerita tentang Sandakan II

Dah hampir 5 hari di Sandakan, abah tak pergi mana-mana lagi. Cuma 2 hari lepas pergi makan ikan bakar di satu kawasan kat Jalan Sim-sim. Sedaaaaap! Dan murah. Imagine makan ikan bakar 3 ekor sebesar tapak tangan abah, campur nasi dan sayur semua, baru RM18. Kat KL memang tak jumpa la makanan semurah ini. Kalau abah ada transport, agaknya hari-hari pegi makan kat gerai Aji di pasar kat jalan sim-sim tu.

Tapi sayang, abah takde kamera. Kalau ada, mesti abah ambik gambar ikan bakar tu, dan anda mesti kecur air liur tengok. Hehe. Dan sebab tak ada kamera tu jugalah, abah kena minta maaf pada PB, sebab abah tak boleh nak rakam keindahan Sandakan(pada mata abah), untuk dipaparkan pada blog abah ni. InsyaAllah, nanti kalau abah dah mampu beli kamera digital yg abah berkenan, akan abah datang lagi ke Sandakan ni, dan ambik gambar banyak-banyak.

Satu perkara yg menarik - orang Sandakan sangat peramah. Mana-mana orang yang abah jumpa, semuanya rajin menegur, atau paling tidakpun, akan senyum. Abah pun biasa la kan, dah orang senyum dan tegur, lagilah abah senyum dan tegur, kena la pulak yang senyum tu cun habis, hahaha. [Abah gurau je Ummi, jangan marah] Tapi betul, orang Sandakan hensem2 dan cantik2, tu yang abah tak boleh tak nak tunjuk keterasingan tu Imran. Bila berjalan kat bandar Sandakan yang nampak sikit buruk tu, abah memang ketara nampak macam orang luar. Sebabnya, dalam ramai2 orang yang hensem2, adalah sorang mamat tu yang tersangatlah tak hensemnya i.e abah la tu. Hehe, sorilah Man, abah memang ke'asing'an dalam duka la kat Sandakan nih. Tapi insyaAllah, mudah2an takde la berlaku apa2 yang tak abah ingini.

Hari bermula cukup awal, pukul 6 pagi tu dah macam pukul 8 kat KL. Abah pulak jenis pukul 12 baru tidur, so, bila bangun pukul 5.30 pagi tu, masa kerja selalu menguap la. Pukul 7 petang dah gelap gulita dah, bandar pun lengang habis. Bak kata kawan abah, "boleh tidur atas jalan, takde yang akan langgar".

Oklah, berhenti dulu cerita hal Sandakan, ini nak komen tentang seorang ahli parlimen Jasin Melaka yang semalam bagi komen yang buat abah terkejut monyet sikit. Apa tidak, dia boleh kata secara tak langsungnya, masalah polarisasi kaum sikit sebanyak disumbangkan oleh pembinaan surau-surau di sekolah2. Wah lau. Bayangkan ahli parlimen yang beragama Islam boleh salahkan surau2 di sekolah bila orang2 bukan Islam takut nak ke sekolah kebangsaan.

Abah tak tahu lah betul ke tidak sangkaan Datuk apakebendantah namanya, tapi setakat abah kenal kawan2 masa sekolah dulu yang memang lebai gila dengan agama kristiannya, pun tak pernah kata dia takut dengan surau.

Abah setuju kalau kerajaan nak rapatkan jurang polarisasi antara kaum ni, sebab pada abah, kaum apa pun, masih rakyat malaysia. Tapi kalau disalahkan surau itu, abah fikir, itu tidak patut. Kawan2 abah yang berbangsa Cina dan India pun ramai yang guna surau dan masjid untuk solat.

Nak bagi komen boleh, tapi fikir2lah sikit apa nak dikomen. Bukan salah surau, tapi kerajaan kena buat sesuatu untuk betulkan tanggapan orang2 bukan Islam tentang kewujudan surau disekolah, bukannya dengan hilangkan surau dari kawasan sekolah.

Entahlah, kadang sakit hati juga dengar orang2 politik ni bercakap. Yang jenis bagus tu ramai la, tapi yang jenis bercakap sedap mulut je ni yang payah. Menyesakkan jiwa orang yang dengar. Kalau tak rasa perlu komen, tak payah la komen, walaupun reporter pergi sorong mikrofon kat mulut.

Hehehe, berleter la pulak abah hari ni, maaf la ya, tak sedar!

Monday, April 03, 2006

Cerita tentang Sandakan I

Alhamdulillah, dah berapa hari tak capai Internet, hari ni dapat la jugak. Tapi sori, abah takde apa nak cerita hari ni.

Cuma nak cerita, abah suka Sandakan. Dari tingkat 8 hotel yang abah menginap, pandangannya sungguh cantik. Subhanallah, besar sungguh kuasaNya. Tiap2 petang abah dok merenung laut yang cantik tu.

Nanti la abah explore Sandakan kalau ada masa. Dan abah akan update lagi, insyaAllah.

Time to go, chow.

Thursday, March 30, 2006

Cerita tentang gunung...

Hari ni abah nak mengepek sikit tentang satu cerita yang abah tonton minggu lepas. Cerita apa? Cerita Brokeback Mountain(BM). BM? Abah tengok cerita ni ke? Kenapa, tak percaya..! Untuk anda yang tahu tentang cerita kontroversi tu, mungkin itu yang terlintas difikiran bila abah kata abah tonton cerita tu. Sabar dulu, jangan buat apa2 judgement lagi. Baca dulu apa abah nak ngepek.

Untuk yang belum tonton dan belum tahu ttg cerita tu, BM adalah satu kisah dua koboi gay
yang agaknya jatuh cinta sesama mereka. Dan hubungan mereka bertahan selama lebih 20 tahun(lama tuh). Kisah ini berlaku pada awal 60an. Dua2 berkahwin, dan masing2 ada anak. Seorang dari lelaki itu meninggal, dan seorang lagi, berpisah dengan isteri. Itu saja ceritanya.

Kenapa abah tengok cerita macam itu???

Abah tengok sebab abah dah lama tunggu satu cerita yang memaparkan kisah macam ini. Abah nak tengok bagaimana orang barat memaparkan kisah macam ini dilayar filem. Anda jangan salah anggap, walaupun sesetengah orang kata ini cerita gay, tapi pada abah, Ang Lee buat cerita ini bukan untuk ditonton golongan gay semata. Tidak ada sebab dia nak buat macam itu. Sebab kalau nak buat cerita untuk gay semata, berlambak lagi cerita lain yang ada, dan Ang Lee tidak perlu buang masa dan rosakkan reputasinya semata2 untuk itu.

Abah fikir Ang Lee cuba untuk beritahu kepada masyarakat barat akan kehidupan gay pada zaman itu. Dia cuba untuk garapkan kisah kehidupan ini dari pandangan beberapa pihak - dari pandangan gay itu sendiri, dari pandangan keluarga mereka, dan dari pandangan masyarakat. Kalau ditonton tanpa ada prejudis, cerita ini bagus. Tapi realitinya, abah orang yang ada pegangan dan kepercayaan, dan abah tonton dengan sedikit prejudis.

Izinkan abah ulas sedikit apa yang abah dapat dari cerita itu. Ini bukan untuk mengutuk, menghina atau menyindir sesiapa. Ini adalah apa yang abah fikir.

Pada abah:

Dari sudut pandangan gay - Diuji dengan cara ini adalah satu ujian yang cukup memeritkan. Bayangkan hampir setiap hari mereka ini cuba untuk jadi normal seperti lelaki lain, tapi setiap kali itulah juga jiwa mereka meronta, meronta untuk memenuhi keinginan diri. Mereka bukan tidak tahu ini bertentangan dengan batasan normal - jatuh cinta pada kaum sejenis, berhasrat untuk menjadi kaum satu lagi. Tapi kekadang iman didada, dan ilmu dihati tidak cukup kuat. Ada yang berjaya menahan, walaupun perit, dan ada yang tersungkur. Tapi rasa hati, naluri kontra ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menjadi hamba Allah sejati. Kalau dikutkan rasa hati, mungkin membinasakan, tapi untuk ditahan, sangat perit. Salahkah mereka ini mempunyai jiwa sedemikian?

Dari sudut pandangan isteri - Dalam cerita BM, isteri salah seorang lelaki itu terlihat suaminya bercumbu dengan yang seorang lagi. Dan abah boleh rasa apa yang dia rasa. Rasa kecewa yang teramat sangat. 5 tahun disimpan, tapi akhirnya tak mampu dia tahan. Dan inilah rasanya perasaan mana2 isteri pun bila tahu suami mereka gay. Sedih. Pilu. Suami yang disayang dicinta, suami yang dikasihi, suami yang telah berjaya menghadiahkan anak2 buat mereka rupanya bercinta dengan lelaki lain. Salahkah kalau mereka kecewa? Salahkah kalau mereka marah?

Dari sudut pandangan ahli keluarga - Dalam BM, tidak ditunjukan sangat pandangan ahli keluarga lain, tapi abah fikir, keluarga mana pun akan sedih, akan malu, akan marah bila mereka tahu yang anak atau adik atau abang mereka gay, yg memilih untuk bercinta dengan lelaki lain. Salahkah perasaan itu semua?

Abah tak tahu sangat akan jawapan pastinya, tapi pada abah, tidak pernah salah ibu itu mengandungkan dan melahirkan anak gay, tidak ada salahnya juga ayah membesarkan dan mendidik anak itu. Begitu juga adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, bukan silap mereka beradik-beradikkan gay.

Dan kerana bukan salah mereka, abah rasa tidak akan ada sepicing pun rasa kesal, rasa marah kerana ada ahli keluarga gay, tetapi mungkin rasa sedih andainya ahli keluarga itu memilih jalan yang salah.

Ini semua ujian Allah, baik pada yang menghadapinya, baik pada ahli keluarganya, baik pada masyarakatnya.

Jika anda gay, dan sentiasa ada keinginan dihati untuk jadi hamba Allah yang terbaik, berusahalah sekuatnya. Ujian ini bukan mudah. Banyak halangan dan godaan. Fikirlah mereka yang rapat dengan anda. Andai ada isteri, isteri itu juga sebenarnya diuji, dan fikirkanlah kesedihan mereka andai anda memilih jalan salah. Begitu juga andai anda ada anak-anak. Mereka itu juga diuji bersama-sama anda, dan jangan biarkan anak-anak comel itu berduka dengan jalan salah yang anda pilih. Mak, ayah, adik beradik juga perlu difikirkan. Hidup ini bukan sekadar memenuhi kehendak diri semata, tapi pengorbanan untuk melepaskan kehendak diri itu juga mesti dilakukan.

Jika anda isteri, anak-anak atau adik beradik mahupun rakan taulan, janganlah dihina mereka. Percayalah, selagi iman ada didada mereka, selagi itulah mereka akan sentiasa ingin berubah. Bantulah mereka sebaiknya. Ujian itu amat berat untuk mereka, dan untuk anda. Namun, jangan sekali-kali mengaku kalah dalam perjuangan. Terimalah mereka seadanya,namun didiklah mereka ke jalan yang diredhai Allah, seikhlasnya.

Memandangkan abah akan ke Sandakan selama sebulan. Rasanya inilah post terakhir abah sebelum bertolak ke sana pagi esok. Abah tinggalkan anda untuk sama-sama memikirkan tentang isu ini. Dan ini juga adalah posting abah yg terakhir untuk isu ini. Abah tak akan sentuh lagi, insyaAllah. Doakan moga abah selamat pergi dan selamat balik ke KL semula. Kalau abah sempat meyambungkan diri ke Internet selama berada disana, adalah tu posting yang baru, insyaAllah.

Wednesday, March 29, 2006

Cerita tentang Muizz...

Semalam abah nampak Sue tinggal mesej kat shoutbox tanyakan tentang cerita Muizz. Betulpun Sue, lama betul abah tak cerita tentang Muizz. Hari ni abah cerita sikitlah apa dah jadi dengan si kecik kesayangan abah sorang tu.

Muizz sekarang dah makin membesar, makin pandai sikit, makin kuat main, makin pandai cakap, makin kurang makan, makin suka merajuk, etc. Sejak dia sekolah tadika ni, abah nampak dia dah ok sikit in terms of berkawan dengan budak2 lain. Maunya tidak, tiap2 petang akan heret keluar basikal dia, pergi main entah mana2, pukul 7 baru balik rumah. Awal2 tu abah risau juga, tapi dah lama2 ni, abah biarkan aje, asalkan dia tak pergi main jauh2.

Dan malam, selalunya dia akan tidur awal, penat katanya. Nasib baik homework dia dah siapkan kat rumah pengasuh, so, takde la buat homework malam2. Cuma time dia rasa nak mewarna je, dia akan sibuk dengan kerja2 mewarna. Habis dibantainya orang warna merah, lembu warna hijau. Abah tak kisah sangat sebab pada abah, budak memang tak pandai lagi nak appreciate warna dan benda. Ummi la kadang tegur juga Muizz, kenapa orang warna merah, kenapa ini kenapa itu. Hehehe, abah dengar sajalah.

Abah tak nak paksa Muizz sangat, sebab abah nak dia enjoy hidup dia sebagai seorang kanak2 5 tahun. Akan tiba masanya nanti abah akan stress benda2 macam tu kat dia. For the moment, let him do what he likes to do.

Terlanjur cerita tentang Muizz, ini ada satu lagu kegemaran Muizz satu ketika dulu. Ini lagunya:


"Yusuf Islam - My Mother''

(Teacher): “The Prophet Muhammad (sall-Allahu alayhi wa sallam) told us that we must obey Allah and His messenger at all times. But who else did he tell us to listen to, and be close to?

(Children): “My Mother!”

Who should you give your love to?
Your respect and your honour to?
Who should you pay good mind to - after Allah,
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night,
Holding you tight?
That’s right no other, your Mother

Who should you take good care of,
Giving all your love?
Who should you think the most of - after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell, who’d pick you up?
Clean your cut?
No one but, your Mother, your Mother

Who should you stay right close to?
Listen most to?
Never say no to – after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears? Who really cares?
Your Mother

Say Alhamdulillah,
Thank you Allah
Thank You Allah for my Mother


Tapi sekarang ni Muizz suka la pulak lagu Tak Tahu. Abah pun tak tahu mana dia dengar lagu tu, sebab setahu abah, abah tak pernah dengar lagu tu. :-)

Semalam abah tak sihat sangat, tapi sebab dah terpaksa kerja, so, abah kerja jugalah. Malam tadi pergi klinik. Alhamdulillah pagi ni sihat sikit. Dan semalam masa tengah rasa tak larat tu, tetiba abah terasa yang kecik sungguh kita, lemah sungguh kita. Allah baru beri sikit ujian macam itupun, kita dah rasa tak larat. Besar sungguh kuasa Allah, dan Maha Pemurahnya Allah itu. Sekian lama abah diberi nikmat kesihatan, abah selalu lupa tentang kerdilnya abah, tapi bila diuji dengan hal kesihatan sekecik ini, baru abah tersedar sekejap dari kealpaan abah.